Anda di halaman 1dari 5

KHAMIS, 15 NOVEMBER 2012

1 HARI 1 AYAT - KELEBIHAN PUASA ISNIN DAN KHAMIS


KEUTAMAAN PUASA ISNIN DAN KHAMIS

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim
Puasa adalah amalan yang sangat utama. Dengan puasa seseorang akan terlepas
dari berbagai godaan syahwat di dunia dan terlepas dari siksa neraka di akhirat.
Puasa pun ada yang diwajibkan dan ada yang disunnahkan. Setelah kita
menunaikan yang wajib maka alangkah bagusnya kita boleh menyempurnakannya
dengan amalan yang sunat. Ketahuilah bahawa puasa sunat nantinya akan
menutup kekurangan yang ada pada puasa wajib. Oleh kerana itu amalan sunat
sudah seharusnya kita lakukan.

Puasa hari isnin dan khamis adalah termasuk amalan sunat yang di lakukan
Rasulullah s.a.w banyak keutamaan-keutamaan yang terdapat di dalamnya seperti
puasa-puasa sunat yang lainnya khususnya isnin adalah hari di mana Rasulullah
s.a.w di lahirkan dan di turunkan wahyu kepadanya dan juga bahawa hari isnin
dan khamis adalah hari di mana amalan seorang hamba di angkat.

Dalil Puasa Isnin Khamis.


Dari Aisyah radhiyallahu anha beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.aw
bersabda,



Amalan yang paling dicintai oleh Allah Taala adalah amalan yang sentiasa
berterusan walaupun itu sedikit. Aisyah pun ketika melakukan suatu amalan
selalu berkeinginan keras untuk merutinkannya.
Dari Aisyah, beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w di tanya mengenai
amalan apakah yang paling dicintai oleh Allah. Rasul s.a.w menjawab:


Amalan yang rutin walaupun sedikit.
Alqomah pernah bertanya pada Ummul Mukminin Aisyah, Wahai Ummul
Mukminin
bagaimanakah
Rasulullah
s.a.w
beramal?
Apakah
beliau
mengkhususkan hari-hari tertentu untuk beramal? Aisyah menjawab:

- -
.

Tidak. Amalan beliau adalah amalan yang berterusan (rutin dilakukan). Siapa saja
di antara kalian pasti mampu melakukan yang beliau shallallahu alaihi wa sallam
lakukan.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:






.
Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan
dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Taala
berfirman (yang ertinya), Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah
untukKu. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah
meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu. Bagi orang yang berpuasa akan
mendapatkan dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan
kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang
berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi. (HR. Muslim no.
1151)

Dalam riwayat lain dikatakan,



Allah Taala berfirman (yang ertinya), Setiap amalan manusia adalah untuknya
kecuali puasa. Amalan puasa adalah untukKu. (HR. Bukhari no. 1904)

Dalam riwayat Ahmad dikatakan,



Allah azza wa jalla berfirman (yang ertinya), Setiap amalan adalah sebagai
kifarah/tebusan kecuali amalan puasa. Amalan puasa adalah untukKu. Aku sendiri
yang akan membalasnya. (HR. Ahmad. Syaikh Syuaib Al Arnauth mengatakan
bahwa sanad hadits ini shahih sesuai syarat Muslim)

Dari Abu Qotadah Al Anshori radhiyallahu anhu, Rasulullah s.a.w pernah ditanya
mengenai puasa pada hari isnin, lantas beliau menjawab:


Hari tersebut adalah hari aku dilahirkan hari aku diutus atau diturunkannya
wahyu untukku.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Rasulullah s.a.w bersabda:





Berbagai amalan dihadapkan (pada Allah) pada hari isnin dan khamis maka aku
suka jika amalanku dihadapkan sedangkan aku sedang berpuasa.

Dari Aisyah, beliau mengatakan,

.
- -
Rasulullah s.a.w biasa menaruh pilihan berpuasa pada hari isnin dan khamis.

Tata Cara Puasa Isnin dan Khamis

Banyak dari kita menyangka bahawa puasa isnin dan khamis harus di lakukan
pada dua-duanya sehingga ketika telah berpuasa isnin dan tertinggal pada hari
khamisnya berfikiran bahawa puasanya tidak sah.
Cara puasa isnin dan khamis adalah seperti puasa sunat pada umumnya dan yang
perlu di ketahui adalah bahawa hari isnin adalah amalan tersendiri dan hari
khamis adalah amalan tersendiri. Rasulullah s.a.w bersabda :


Ertinya: "(pahala) Amalan di angkat pada hari isnin dan khamis maka aku
menyukai jika ketika amalanku di angkat aku dalam keadaan berpuasa." (HR AtTirmidzi dan Ibnu Majah)
Dan ketika di tanya tentang puasa isnin dan khamis, Beliau juga bersabda
khususnya pada hari isnin:

Ertinya: "Hari itu aku di lahirkan dan pada hari itu (pula) wahyu di turunkan
kepadaku." (HR Muslim)
Rasulullah s.a.w tidak mensyaratkan bahawa harus di lakukan pada isnin dan
khamis dan tidak boleh melewatkan salah satu hari tersebut akan tetapi isnin
adalah amalan tersendiri dan khamis pun begitu kerana beliau mengatakan
bahawa (pahala) amalan di angkat pada hari isnin dan khamis.

Niat Puasa Isnin dan Khamis


Adapun niat adalah niat hendak puasa isnin atau khamis dan niat di lakukan
sebelum fajar hari isnin atau khamis dan pada puasa sunat di perbolehkan niat
pada tengah-tengah hari di riwayatkan dari 'Aisyah -radhiallahu 'anha- berkata:

: - -
: :
Ertinya: "Ketika Rasulullah s.a.w masuk kepadaku dan bertanya: apakah engkau
memiliki makanan? aku berkata: tidak, beliau berkata: bererti aku puasa." (HR Abu
Daud)
Adapun tempatnya niat adalah di dalam hati dan tidak ada lafaz niat puasa isnin
dan khamis yang di riwayatkan dari Nabi s.a.w.

Keutamaan Puasa Isnin dan Khamis


Banyak sekali keutamaan yang terdapat dalam puasa isnin dan khamis. Berikut
adalah beberapa keutamaan yang terdapat pada puasa isnin dan khamis dan
puasa sunat lainnya.

Rasulullah s.a.w bersabda:

:
: .

Ertinya: "Sesungguhnya di syurga ada satu pintu yang namanya "Ar-Rayyan,"
yang akan di masuki oleh orang-orang yang sering berpuasa kelak pada hari
kiamat tidak akan masuk dari pintu itu kecuali orang yang suka berpuasa di
katakan: manakah orang-orang yang suka berpuasa? maka mereka pun berdiri
dan tidak masuk lewat pintu itu kecuali mereka jika mereka telah masuk maka
pintu itu di tutup sehingga tidak seorang pun masuk melaluinya lagi." (HR Bukhori
dan Muslim)



Ertinya: "Dari 'Aisyah radhiallahu 'anha: bahawa Nabi s.a.w sering melakukan
puasa isnin dan khamis." (HR Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan An-Nasai)

Puasa sunat merupakan janji seorang muslim untuk Rabbnya bahawa ketaatan itu
akan terus berlangsung dan tidak hanya pada bulan Ramadhan saja bahawa
kehidupan ini secara keseluruhannya adalah ibadah. Dengan demikian puasa itu
tidak berakhir dengan berakhirnya bulan Ramadhan tetapi puasa itu terus
disyari'atkan sepanjang tahun. Maha benar Allah subhanahu wataala yang telah
berfirman,Katakanlah, "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku
hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam. (QS. 6:162)
Puasa sunnah menjadi sebab timbulnya kecintaan Allah subhanahu wataala
kepada hamba-Nya serta sebab terkabulnya doa, terhapusnya kesalahankesalahan, berlipatgandanya kebaikan kebaikan, tingginya darjat serta sebab
keberuntungan mendapatkan syurga yang penuh dengan kenikmatan.
Puasa sunnah dapat dipergunakan seorang hamba untuk mendekatkan diri
kepada Rabb-Nya kerana membiasakan diri berpuasa di luar puasa Ramadhan
merupakan tanda diterimanya amal perbuatan Insya Allah. Hal ini kerana Allah
subhanahu wataala jika menerima amal seorang muslim maka dia akan
memberikan petunjuk kepadanya untuk mengerjakan amal soleh setelahnya.
Ketika Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa pada hari isnin maka beliau
bersabda, "Itu adalah hari aku dilahirkan, hari aku diutus sebagai Nabi atau hari
diturunkannya al-Qur'an kepadaku."
Di dalam riwayat yang bersumber dari Aisyah radhiyallahu anha dia
berkata,"Nabi s.a.w sentiasa menjaga puasa isnin dan khamis. (HR. Lima Imam
ahli hadits, kecuali Abu Dawud).
Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu bahwa Nabi s.a.w
bersabda, "Amal-amal itu diperlihatkan pada hari isnin dan khamis maka aku
senang jika amalku ditampakkan pada saat aku sedang berpuasa." (HR atTirmidzi)
Dicatat oleh azie kusnin di 10:50 PG

Anda mungkin juga menyukai