Anda di halaman 1dari 7

CERPEN

TAJUK : AKU FAHAM


Amar termenung jauh ke luar jendela biliknya. Entah apalah yang difikirkan
olehnya. Mungkin termenungkan akan nasib dirinya yang kehilangan ibu sejak
dia tadika lagi. Ayahnya pula dikatakan melarikan diri dari rumah akibat terlalu
banyak menanggung hutang daripada peminjam duit tidak berlesen. Kini, dirinya
dijaga oleh seorang pemilik perniagaan yang dikenali ramai sebagai seorang ahli
perniagaan barangan eletronik yang berjaya di bandar serba moden, bandar
Kuala Lumpur. Namanya ialah Dato Syarifah Aisyah binti Mustam dan lebih
dikenali sebagai Dato Rifah. Sejak Amar berusia 10 tahun, dia ditempatkan di
rumah jagaan anak yatim oleh ayahnya sendiri, Encik Harun. Kisah ini
diceritakan oleh pemilik rumah jagaan anak yatim tersebut. Dato Rifah pula
seorang ibu tunggal dan suaminya telah meninggal dunia tiga tahun lepas akibat
kemalangan di jalan raya. Beliau belum memiliki cahaya mata sejak berkahwin
dengan arwah suaminya tersebut. Inilah sebab mengapa dia membuat
keputusan untuk mengambil anak angkat.
Mar, turun bawah! Cepat! Sarapan dah siap ni. Nanti lewat pula ke tempat
kerja, teriak Dato Rifah dari ruang tamu rumah.
Sebentar ma! Amar cari tali leher tak jumpa-jumpa ni.
Turun sahaja ke bawah. Mama ada simpan di dalam bilik mama, balas
Dato Rifah.
Amar pun bergegaslah ke ruang tamu rumah. Kelihatan nasi goreng kampung
dan air teh panas siap terhidang di atas meja makan. Orang gaji di rumah itu
yang diberi nama Yanti segera menyedokkan nasi goreng tersebut untuk Amar.
Amar seorang yang sentiasa merendah diri. Dia sedar bahawa sebenarnya dia
tidak layak untuk berada di rumah semewah itu jika dia bukan anak angkat Dato
Rifah. Dato Rifah berjalan menuju Amar dengan membawa tali leher berwarna
biru gelap. Kemudiannya dia pasangkannya ke leher Amar. Sesudah itu, dia
mengusap lembut rambut Amar yang tersikat rapi dengan sedikit jambul pada

hadapan rambutnya.
Tak sangka Amar dah besar panjang seperti ini. Dulu mama tengok Amar
selalu menangis sebab jatuh basikal, Dato Rifah tertawa kecil di hujung
katanya. Amar tersenyum.
Mestilah Amar dah besar. Mama kena terima kenyataan itu. Sudah tiada
Amar yang lemah macam dulu. Sekarang Amar dah kuat sebab mama yang jaga
sejak kecil dan tampung Amar. Mama kan ibu Amar.
Selepas Amar menyudahkan kata-katanya, kedua-dua mereka terdiam
seketika. Amar kemudiannya meminta izin Dato Rifah untuk pergi ke pejabatnya.
Kini, Amar sudah berusia 26 tahun. Umurnya sudah cukup baginya untuk
melayakkan dirinya bekerja di pejabat rakan baik mamanya, Dato Hilmi sebagai
ketua kewangan di Syarikat Ultimex Sdn. Bhd. yang menjual barangan perabot.
Amar sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menaiki kereta
miliknya yang berjenama Lamborghini bewarna hitam metalik. Dia
memberhentikan keretanya ketika lampu isyarat menyalakan warna merah. Amar
membuat termenung sekali lagi akan kata-kata yang dia luahkan kepada ibu
angkatnya itu. Dia bemonolog dalaman, Kenapalah kau Amar hidup
menumpang kebahagiaan orang lain? Tidak mahukah kau mencari kehidupan
asal kau dan keluarga asal kau? Lihat, sekarang semua perkara menjadi serba
tidak kena apabila diingatkan semula tentang status kau. Amar tidak sedar
lampu isyarat sudah bertukar warna hijau. Pelbagai bunyi hon yang datang dari
belakang keretanya yang ingin Amar segera menggerakkan keretanya. Amar
tersentak apabila mendengar bunyi hon tersebut. Dia pun mengangkatkan
tangannya ke luar tingkap kereta tanda maaf dan menggerakkan keretanya
dengan mindanya penuh persoalan hidup.
*** **** ***

Dari jauh, seorang lelaki dalam lingkungan umur 50-an yang bekerja
sebagai pencuci tandas di sebuah syarikat perabot sedang tekun memerhati
seorang anak muda bekerjaya. Dalam hatinya berkata, Itulah anakku yang ingin
aku bangga-banggakan selama ini. Dialah Encik Harun iaitu bapa kepada Amar.
Amar tidak menyedari akan kehadiran bapanya itu kerana dia tidak mengecam
wajah bapanya ketika kecil yang telah meninggalkannya tanpa khabar berita
sehingga kini. Rupa-rupanya selepas Encik Harun meninggalkan Amar di rumah
jagaan tersebut, dia masih mengikuti perkembangan Amar secara tidak
terangan. Dia tahu bahawa dia masih tidak mampu untuk menanggung
keperluan Amar dan apabila mengetahui Amar sudah dijadikan anak angkat oleh
seorang usahawan berjaya, dia berasa lega. Sekurang-kurangnya tanpa
kehadirannya, masih ada lagi orang yang mampu menjaga Amar. Cuma Amar
akan kekurangan kasih sayang daripada seorang bapa. Kini, Encik Harun cukup
bahagia melihat kebahagiaan anaknya dan tambahan lagi apabila anaknya
sudah berjaya. Tanpa Amar sedar, hampir setiap hari Encik Harun membuatkan
kopi panas buat anaknya apabila dia melihat anaknya dalam keletihan. Amar
hanya bertanggapan bahawa kopi tersebut dibuat oleh penolong setiausahanya.
Sesungguhnya hanya tuhan sahaja yang mengetahui betapa rindunya dia
terhadap anak lelakinya yang seorang itu dan apabila dia sebagai seorang bapa
kandung tidak mampu untuk mendekati anaknya sendiri. Baginya, dia masih
tidak layak untuk bergelar bapa kepada Amar yang sudah bahagia mengecapi
kebahagiaannya itu.
*** **** ***
Walaupun Amar sudah bekerja dan memegang jawatan yang tinggi
dalam sebuah syarikat, Dato Rifah masih memasuki sejumlah wang ringgit ke
dalam akaunnya kerana dia sudah melakukannya sejak Amar di bangku
universiti lagi. Baginya, jika dia tidak melakukan perkara tersebut, dia seperti
sudah melepaskan tanggungjawabnya terhadap Amar. Dia mahu menyayangi

Amar seperti anak kandungnya sendiri dan tidak mahu Amar berasa asing hidup
bersamanya. Dato Rifah sering mengalu-alukan kehadirang rakan-rakan Amar
ke rumahnya agar dia boleh merapatkan lagi hubungannnya dengan rakan-rakan
Amar sekaligus mengenali diri Amar dengan lebih mendalam. Dato Rifah
sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Amar tetapi jika disuruh untuk
meninggalkan Amar, itulah antara pilihan paling sukar yang harus dihadapi
olehnya.
*** **** ***
Dato Rifah jarang sekali melawat pejabat Amar. Kebiasaannya, dia
hanya akan datang ke pejabat Amar apabila ada hal berkaitan kerja yang harus
dimaklumkan kepada Amar. Pada suatu hari, Amar terlupa untuk membawa beg
tas kerjanya ke pejabat. Dato Rifah kemudiaannya bergegas datang ke pejabat
Amar untuk menghantar beg tersebut yang dipenuhi dengan dokumen dokumen berkaitan kerja yang mustahak. Tanpa diduga, dia terserempak dengan
lelaki yang tidak pernah berada dalam jangkaannya untuk bertemu. Encik Harun.
Dia kenal benar dengan wajah lelaki tersebut kerana pernah melihat profil dirinya
ketika mengambil Amar sebagai anak angkat. Mata bertentang mata. Minda
Dato Rifah menyuruhnya untuk bertemu dengan lelaki tersebut tetapi hatinya
berkata sebaliknya. Tiba-tiba Amar keluar dari bilik pejabatnya.
Ma, terima kasih! Amar risau sangat beg itu tertinggal dekat rumah tadi.
Mama tak apa-apakah ni? Tanya Amar apabila melihat riak wajah ibunya itu
seperti tidak tenang.
Oh, mama merenung lelaki tersebut. Dia bekerja di sini sebagai pencuci
bangunan ini. Kenapa muka mama seperti tertanya-tanya akan sesuatu? Kata
Amar lagi.
Amar, mari ikut mama masuk ke bilik pejabat kamu sebentar, balas Dato
Rifah sambil menarik lengan Amar masuk ke biliknya.

Dato Rifah memulakan operasi penyiasatan tentang lelaki tersebut.


Pelbagai soalan diajukan kepada Amar sehinggakan dia tiada daya untuk
menjawab. Dato Rifah sedang berfikir untuk membuat keputusan sama ada ingin
memberitahu Amar tentang kisah sebenar lelaki tersebut atau hanya
sembunyikan daripada pengetahuannya. Tiba-tiba ada suara jeritan dari luar bilik
pejabat.
Tuan Amar, pakcik pencuci tandas tu pengsan di pantri sebentar tadi. Dia
tidak sedarkan diri. Apa perlu kita buat? Penolong setiausaha Amar itu dengan
resahnya menyampaikan berita itu.
Bertenang, Lia. Baiklah, biar saya bawa dia ke hospital. Jika ada apa-apa
isu, segera bagitahu saya, balas Amar.
Mama nak ikut kamu Amar.
Baiklah, ma.
*** **** ***
Lelaki tadi disyaki menghidapi penyakit kanser jantung. Dia berada di
tahap yang agak bahaya kerana mengikut laporan kesihatannya, dia tidak
pernah membuat sebarang pemeriksaan terhadap penyakitnya itu. Jadi, saya
berharap lelaki tersebut dapat menerima rawatan lanjut daripada pihak hospital.
Keterangan daripada Dr. Izzad itu amat mengejutkan bagi Amar kerana dia tidak
pernah tahu antara pekerjanya ada yang menghidap penyakit kronik. Dia sangat
bersimpati akan keadaan Encik Harun kerana dia dapat rasakan lelaki tersebut
sudah lama berada dekat di hatinya. Dato Rifah masuk ke bilik Dr. Izzad dan
meminta izin untuk berjumpa dengan Amar. Sebelum memulakan
perbicaraannya, dia menghela nafas tanda untuk bersiap sedia menghadapi apaapa kemungkinan.
Mama harap apa yang mama ingin perkatakan ni Amar boleh terima
dengan hati terbuka. Sebenarnya, Encik Harun..... Lelaki yang Amar selamatkan

tadi, dia sebenarnya ayah kandung Amar.


Amar berkerut muka. Dia seperti tidak mempercayai kata-kata ibunya itu.
Mama serius? Kenapa secara tiba-tiba ni? Maknanya dialah ayah kandung
Amar yang tinggalkan Amar sejak dari kecil tu? Betulkah semua ini mama?
Amar bingung dan inginkan jawaban daripada ibunya.
Benar Amar. Mama masih memegang profil ayah kamu ketika mama
mengambil kamu sebagai anak angkat. Mama sengaja tidak mahu menunjukkan
profil itu kepada kamu atas sebab-sebab tertentu. Maafkan mama, Amar. Mama
kenal benar wajah ayah kandung kamu itu. Mama juga terkejut apabila melihat
Encik Harun di pejabat tadi. Itulah kali pertama mama terserempak dengannya.
Penjelasan daripada Dato Rifah itu cukup membuatkan Amar terduduk di atas
kerusi di sepanjang koridor hospital itu. Tanpa diduga, air mata jernih Amar
mengalir ke pipinya. Dia tidak menyangka ayah kandungnya yang dia tercari-cari
itu rupa-rupanya pekerja yang sudah 3 tahun bekerja di syarikatnya. Dia amat
sedih dan sebak. Dia sebak kerana mengenangkan ayahnya yang sakit dan
rindu akan kasih sayang seorang bapa.
*** **** ***
Dato Rifah termenung di atas katil empuknya. Dia keliru. Dalam mindanya
wujudnya peperangan persoalan tentang kehidupan dia dan Amar yang
selanjutnya. Kata doktor, cara yang dapat menyelamatkan Encik Harun hanyalah
dengan menerima penderma organ jantung. Dato Rifah tekad. Pada malam
tersebut, dia melakukan solat istikharah meminta petunjuk oleh Tuhan Yang
Maha Esa.
*** **** ***
Kini, Amar sedang duduk bersila di hadapan sebuah kubur. Sebuah kubur
milik orang yang tak terkira tinggi nilai moral dan kasih sayang. Dia
menundukkan mukanya dan mula mengalirkan air mata tanda sedih akan

pemergian seorang insan mulia yang telah menyelamatkan hidupnya, Dato


Syarifah Aisyah binti Mustam. Ayahnya masih dirawat di hospital dan menerima
rawatan secara berterusan. Dia tidak dapat menahan sebak kesedihannya
apabila mengenangkan pengorbanan ibu angkatnya yang sudah dia anggap
seperti ibu kandung sendiri itu. Dato Rifah dengan rela hatinya ingin
mendermakan jantungnya kepada Encik Harun. Dato Rifah sempat
mengutuskan surat kepada Amar sebelum dia meninggalkan dunia yang fana ini.
Antara perkara yang dia nyatakan ialah dia hanya mahu melihat Amar bahagia
dan meneruskan hidup dengan orang yang tersayang yang telah dia rindui sejak
sekian lamanya. Dia memohon agar Amar sentiasa mendoakan kesejahteraan
hidupnya di alam yang lain.Dato Rifah tidak mahu Amar bersedih kerana
baginya setiap pemergian pasti ada hikmahnya.
Mama, aku faham. Aku tetap menyayangimu dan kaulah insan yang
takkan ku lupa hingga hujung nyawaku, Amar bermonolog dalaman sambil
menangisi pemergian ibunya itu. Dia pun mengeluarkan kitab Yaasin daripada
poket baju Melayunya dan memulakan bacaan.
Al-Fatihah.
*** **** ***

Anda mungkin juga menyukai