Anda di halaman 1dari 5

Kebaikan Amalan Gotong-Royong

Mengikut Kamus Dewan, gotong-royong


bermaksud tolong-menolong atau kerja bersama-sama.
Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan di
kampung-kampung dan kurang dilakukan di bandar pada
masa ini. Pada pendapat saya, aktiviti gotong-royong ini
perlu dihidupkan kembali dalam masyarakat di negara
kita. Terdapat beberapa kebaikan amalan gotong-royong
jika diamalkan dalam kehidupan seharian.
Kebaikan pertama amalan gotong-royong ialah
dapat memudahkan kerja yang kita lakukan. Dengan
membuat kerja secara gotong-royong, kerja yang kita
lakukan akan lebih senang. Di kampung, majlis yang
diadakan biasanya dibuat secara gotong-royong seperti
majlis perkahwinan. Dalam sesuatu majlis yang diadakan
itu,, penduduk kampung akan membantu tuan rumah
khususnya dalam kerja memasak dan mendirikan khemah.
Selain itu, amalan gotong-royong juga dapat
menjimatkan masa dan tenaga. Kerja yang dilakukan akan
mengambil masa yang lebih singkat jika dilakukan secara
gotong-royong. Contohnya, gotong-royong dalam
membersihkan kawasan balai raya atau sekolah. Apabila
kerja yang kita lakukan cepat siap, secara tidak langsung
kita dapat menjimatkan masa dan tenaga.
Amalan gotong-royong juga membolehkan kita
menjimatkan belanja. Dalam sesetengah keadaan, kita
boleh menjimatkan perbelanjaan sehingga lima puluh
peratus. Sebagai contoh, jika sesebuah majlis
perkahwinan dibuat secara gotong-royong, kita tidak perlu
membayar upah pekerja dan kos penyediaan makanan.
Selain itu, kita juga boleh menjimatkan perbelanjaan
membina tempat menunggu bas, jika dibuat secara
gotong-royong.

Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga


dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita.
Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam
mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab.
Antara nilai-nilai murni yang dapat dipupuk dalam aktiviti
gotong-royong ialah bekerjasama, bertolak ansur dan
kerajinan. Selain itu, amalan bergotong-royong juga dapat
memupuk sikap berjimat cermat dalam masyarakat.
Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan
perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat penting di
kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan agama. Contohnya, dengan mengadakan
gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan Bulan
Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara
langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya,
dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat,
negara kita akan terus aman dan maju.
Sebagai kesimpulan, aktiviti gotong-royong
mempunyai beberapa faedah kepada masyarakat dan
negara. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu
Maufakat Membawa Berkat. Pada pendapat saya, pihak
kerajaan boleh juga memupuk amalan gotong-royong
melalui kempen yang diadakan di televisyen dan surat
khabar secara berterusan. Aktiviti gotong-royong ini wajar
diamalkan semula. Oleh itu, semua pihak mestilah
memainkan peranan dengan mengamalkan budaya hidup
bergotong-royong ini dalam kehidupan seharian.

Semangat gotong-royong kurang diamalkan oleh


masyarakat Melayu Singapura sekarang.
Bincangkan.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Itulah
perbahasa Melayu yang seringkali diungkap oleh neenek
moyang kita. Namun demikian, peribahasa ini seakanakan sudah diluput dek zaman. Semangat gotong-royong
yang diamalkan oleh nenek moyang kita semakin
berkurangan dan tidak bermaya. Apakah punca-punca
yang menyebabkan masyarakat Melayu meningglkan
amalan tradisi ini?
Sebelum menganalisa faktor-faktor yang mendorong
masyarakat malayu Singapura kurang mengamalkan
semangat gotong-royong, mari kita mentakrifkan
perkataan gotong-royong. Gotong-royong boleh
ditakrifkan sebagai perbuatan tolong-menolong dan kerja
bersama-sama. Semangat gotong-royong ini merupakan
aktiviti masyarakat yang tinggi nilainya. Individu yang
masih mengamalkan aktiviti ini sanggup mengorbankan
dirinya demi masyarakat. Walaupun aktiviti itu mulia dari
segi nilai, semangat gotong-royong ini agak berkurangan
di dalam masyarakat Melayu Singapura. Kenapa hal ini
berlaku?
Salah satu faktor yang menyebabkan masayarakat
melayu Singapura kurang mengamalakan gotaong-royong
ialah kekurangan masa. Di Singapura. Fakto mas penting
dalam kehidupan seharian. Ini kerana ramai masyarakat
Singapura menghabiskan sebahagian besar dari masanya

bekerja untuk mencari rezeki. Masyarakat Melayu


Singapura, walaupun hanya kaum minoriti, harus
mengikut rentak rakyat Singapura bekerja. Jika
masyarakat Melayu tidak mengejar masa, mereka sendiri
akan rugi. Ini kerana persaingan di Singapura amat sengit.
Oleh kerana masyarakat Melayu Singapura mahu
memetingkan masa, nilai gotong-royong yang selama ini
menjadi kebanggaan mereka akan diabaikan. Ini kerana
kegiatan bergotong-royong ini memerlukan banyak masa.
Contohnya, membuat kueh secara beramai-ramai.
Membuat kueh raya secara beramai-ramai ini mengambil
masa yang banyak. Oleh itu, tidak ramai masyarakat
Melayu Singapura mengamalkan gotong-royong kerana
kesempitan masa. Pada mereka, banyak lagi aktivitiaktiviti lain berfaedah yang harus diamalkan dalam masa
yang sempit.
Selain daripada itu, bantuan teknologi juga mendorong
masyarakat Melayu Singapura kurang mengamalkan
gotong-royong. Dengan bantuan teknologi, setiap aktiviti
atau pekerjaan boleh dilakukan secara ringkas dan
mudah. Jika dahulu, masyarakat Melayu Singapura
menggunakan tenaga manusia untuk menebas hutan, kini
mereka hanya memerlukan jentolak. Jika dahulu kita
menggunakan khidmat kendarat untuk menghidangkan
makanan di majlis perkahwinan, kini mereka
menggunakan cara bufet
Selanjutnya, cara bekerja juga mendorong masyarakat
Melayu Singapura kurang mangamalkan semangat
gotong-royong. Kini masyarakat Melayu dipengarauhi oleh
budaya kapitalisme. Budaya ini mementingkan
kebendaan, bayaran dan ganjaran. Oleh itu, setiap
pekerjaan yang dibuat haruslah diberi ganjaran. Nilai ini
bertentangan dengan nialai gotong-royong. Nilai gotongroyong ini menggalakkan seseorang itu berkorban masa
dan tenaga dengan tujuan membantu dan beramal.

Namun demikian, masa dan keadaan tidak menggalakkan


masyarakat melayu untuk bergotong-royong.
Seturusnya, persepsi hidup generasi muda juga
mematikan semangat gotong-royong. Persepsi hidup
generasi muda kini terpengaruh dengan budaya di sekolah
yang mengmalakan meritokrasi. Menerusi meritokrasi,
generasi muda lebih angkuh dan locek. Mereka lebih
gemar berdikari dan tidak suka menolong orang lain
kerana persaingan.Ini secara tidak langsung mematikan
semangat gotong-royong.
Akhir sekali, sistem perumahan di Singapura. Di
Singapura, pemerintah telah mengadakan kuota pada
setiap rumah flat. Oleh disebabkan itu, jumlah masyarakat
melayu yang berkelompok semakin berkurangan.
Ditambah pula dengan mayarakat Melalyu yang hidup
berjauhan dengan saudara-mara. Oleh itu, tidak mudah
bagi mereka untuk mengamalkan aktiviti gotong-royong
seperti kenduri dan majlis persandingan. Struktur
perumahan juga sempit dan terhad. Ia tidak dapat
menampung ramai orang untuk mengadakan kegiatan
gotong-royong di dalam sesuatu masa yang singkat..

Anda mungkin juga menyukai