Anda di halaman 1dari 8

000 Bahagian B No.

7: Novel Destinasi Impian (Mohd Ismail Sarbini) 000


Sinopsis keseluruhan :
Cerita ini bermula dengan situasi perjalanan mengayuh basikal oleh Johari, Firdaus dan Azlina.
Perjalanan mereka dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru adalah untuk menyahut cabaran
datuk. Jarak perjalanan mereka sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa merungut sepanjang perjalanan
kerana destinasi mereka sangat jauh dan dia berasa letih. Johari dan Azlina memberikan dorongan
semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan mereka diteruskan. Tujuan Johari mengajak Firdaus
dan Azlina adalah untuk mengajar mereka supaya mereka menjadi lasak, berdikari dan berani. Firdaus
berasa bangga kerana berjaya mengayuh basikal hingga Pantai Morib Baru. Kawan-kawan Firdaus
berasa bangga atas kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh basikal. Akhirnya, Firdaus insaf dan
sedar serta tidak bersikap angkuh.

Tema :
Cabaran yang dihadapi berikutan cabaran generasi tua yang mengatakan bahawa generasi kini tidak
kuat dan tidak bersemangat.
Persoalan :
1. Kebijaksanaan seorang ketua dalam mengurus konflik demi memastikan program yang
dilaksanakan berjaya.
2. Sikap terlalu memanjakan anak akan mengakibatkan anak menghadapi konflik identiti.
3. Martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan masih rosak akibat sikap rakyat dan
penduduk yang tidak prihatin terhadap ejaan dan strukstur ayat yang betul.
4. Ekspedisi berbasikal yang penuh dengan cabaran merupakan analogi terhadap kehidupan kita
yang sebenar.
5. Kejayaan hanya diperoleh berkat kesungguhan dan kecekalan.
6. Pembohongan akan terbongkar juga akhirnya dan tidak memberikan kebaikan kepada diri
sendiri.
Watak dan perwatakan :
1. Johari (Utama) : sepupu kepada Azlina dan Firdaus, pelajar Universiti Putra Malaysia, gemar
berbasikal, penyabar, suka membaca dan mempunyai banyak pengetahuan.
2. Azlina : anak bongsu daripada enam orang adik-beradik, 16 tahun, pelajar tingkatan empat,
adik kepada Firdaus, adik sepupu kepada Johari, lasak, aktif, pandai berkata-kata, berani dan
penyayang.
3. Firdaus : satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya, abang kepada Azlina, agak
keperempuanan, lemah-lembut, tampan, berhidung mancung, berkulit putih, tidak mempunyai
daya saing yang tinggi untuk menghadapi cabaran, cepat marah, cepat lupa diri.
4. Datuk : datuk kepada Johari, Firdaus, dan Azlina, kuat semangat.
5. Salim : kawan rapat Firdaus, baik hati, bangga akan kejayaan Firdaus.
6. Sazali : kawan Firdaus, bangga akan kejayaan Firdaus, curiga akan kata-kata Firdaus, berani.
7. Mazlina : memiliki wajah yang cantik, diminati oleh Firdaus, bangga akan kejayaan Firdaus,
berpura-pura tidak pandai berenang, berani.
8. Moksin, Mokhtar, Erma, Zarina : kawan Firdaus.
9. Kasman, Tamrin : kawan Johari.

Latar Tempat :
1. Tanah terbiar - tempat Azlina merakamkan gambar bunga lalang.
2. Sekolah Menengah Kapar - tempat Azlina dan Firdaus belajar.
3. Kampung Bukit Kapar - tempat tinggal Johari, Firdaus dan Azlina. Tempat permulaan
ekspedisi berbasikal menuju ke Morib.
4. Jambatan Musaedin - tempat Johari, Firdaus dan Azlina melintas dalam ekspedisi berbasikal
dan masuk ke Kampung Jawa.
5. Pekan Banting - tempat berehat
6. Pantai Morib Baru - tempat yang dituju dan tempat perkhemahan
Latar Masyarakat
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Masyarakat yang penyabar.


Masyarakat yang aktif bersukan.
Masyarakat golongan lelaki yang berperwatakan seperti perempuan.
Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Masyarakat yang tidak mengenang budi.
Masyarakat yang mempunyai semangat juang yang tinggi.
Masyarakat yang taat pada perintah agama.
Masyarakat golong peniaga

Nilai
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Keberanian
Ketabahan
Berpengetahuan
Simpati
Kasih sayang
Baik hati

Pengajaran
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Kita hendaklah berani menyahut cabaran.


Kita hendaklah rajin membaca supaya mempunyai pengetahuan yang banyak.
Kita hendaklah tabah dalam menghadapi dugaan.
Kita haruslah bersimpati terhadap orang yang ditimpa kesusahan.
Kita haruslah mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anggota keluarga.
Kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.

SINOPSIS
Bab 1 Johari Teruskan Perjalanan Ini!

Johari, Firdaus dan Azlina mengayuh basikal dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru kerana
menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan tersebut sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa merungut
sepanjang perjalanan kerana destinasinya jauh dan berasa letih. Johari dan Azlina memberi dorongan
semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan mereka diteruskan. Tanpa kerelaan diri, Firdaus
terpaksa meneruskan perjalanan tersebut.
Bab 2 Firdaus Penyesalan Sepanjang Perjalanan

Firdaus terus merungut dan berasa menyesal sepanjang perjalanan. Beliau berasa letih kerana lama
mengayuh basikal. Kepanasan cahaya matahari yang begitu lama menambahkan lagi keletihan
Firdaus. Firdaus menyatakan kekesalan kerana menyertai Johari dan Azlina dan menganggap
perjalanan sebagai perjalanan gila. Firdaus cedera akibat terkejut oleh bunyi hon yang kuat dari arah
belakang Firdaus. Sikunya luka. Azlina membandingkan keadaan abangnya itu dengan orang yang
sebaya dengan abangnya di Afghanistan dan Palestin. Menurut Azlina, banyak orang yang sebaya
dengan abangnya di negara-negara tersebut patah tangan atau kaki kerana berjuang untuk
mempertahankan tanah air. Kata-kata Azlina itu menyakiti hati Firdaus. Setelah Johari membalut
luka pada siku Firdaus, mereka meneruskan perjalanan berbasikal walaupun Firdaus ingin berehat.
Bab 3 Azlina Kerana Abang
Azlina adik kepada Firdaus sangat berani dan tabah. Walaupun sebagai seorang perempuan, dia
mempunyai semangat dan daya juang yang tinggi. Meskipun berasa letih, Azlina tetap ingin
meneruskan perjalanan kerana mengikut sepupunya Abang Johari. Johari sentiasa memberi nasihat
dan dorongan kepada Azlina sebagai pembakar semangat untuk meneruskan perjalanan.
Bab 4 Johari Antara Mereka Berdua
Johari mempunyai hasrat tersirat sebab Firdaus dan Azlina perlu menyertai perjalanan berbasikal.
Tujuan Johari agar dapat mengajar Firdaus dan Azlina supaya tabah dan kuat menghadapi cabaran.
Selain itu, Johari mengharap agar Firdaus dan Azlina menjadi seorang yang lasak, berdikari dan
berani.

Bab 5 Firdaus Kesal Belum Bernoktah


Firdaus berdendam terhadap adiknya, Azlina. Tiba-tiba, Firdaus mengesyaki Azlina dan Johari
bercinta. Dalam pada itu, Firdaus teringat kawan rapatnya, Salim mengajaknya menonton wayang
tetapi ditolaknya kerana mahu menyertai ekspedisi berbasikal itu. Firdau amat menyesal. Kekesalan
Firdaus bertambah apabila mengingati esoknya adalah majlis sambutan ulang tahun kelahiran
Mazlinda, iaitu gadis pujaan hatinya.
Dalam Firdaus berangan itu, Azlina mengajak Firdaus
berlumba kerana Morib makin dekat. Azlina menyindir Firdaus kerana Firdaus tidak memberikan
reaksi dan menyebabkan Firdaus marah. Tiba-tiba, sebuah lori besar bergerak laju dan menyebabkan
Azlina terjatuh. Firdaus menyindir Azlina bahawa kemalangan yang menimpa Azlina adalah balasan
terhadap perbuatan Azlina yang suka memperlinya.
Johari yang memainkan peranan untuk mengubah sikap Firdaus. Johari berjanji pada dirinya untuk
menghentikan perasaan api dendam dan benci akan Firdaus terhadap adiknya, Azlina. Johari tidak
menduga bagaimana Firdaus boleh mendendami adiknya sendiri, Azlina.

Bab 6 Johari Api Itu Mesti Dipadamkan


Johari memberitahu Azlina bahawa Firdaus betul-betul marah. Azlina memujuknya agar tidak risau
kerana Firdaus cepat marah apabila penat. Kemudian, Johari dan Azlina berbual tentang luka Azlina
yang seolah-olah tiada kesan. Dalam pada itu, Johari bimbang apabila mengenangkan dendam Firdaus
terhadap Azlina. Johari menghampiri Firdaus untuk memberitahu bahawa Morib tidak sampai dua
kilometer lagi tetapi Firdaus seperti tidak mengendahkannya. Mungkin Firdaus mendendaminya juga.
Bagi Johari, Firdaus mesti memadamkan api dendam di hatinya.

Bab 7 Firdaus Tidak Kuduga


Firdaus mula berasa bangga kerana perjalanan mengayuh basikal telah berakhir kerana berjaya
sampai ke destinasi Pantai Morib Baru. Firdaus tidak terduga kerana dapat berkayuh basikal sejauh 50
kilometer. Firdaus berasa bangga atas kejayaannya sampai ke Pantai Morib Baru. Firdaus gembira
kerana ketibaannya telah disambut oleh kawan-kawannya Sazali, Moksin, Salim dan Mazlinda.
Kawan-kawan Firdaus berasa bangga atas kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh basikal.

Bab 8 Johari Kuinjaki Destinasi Ini


Firdaus sampai di Pantai Morib Baru dan bergembira dengan kawan-kawannya. Johari dan Azlina
sengaja membicarakan tindakan Firdaus menghabiskan masa bersama dengan rakan-rakan. Johari dan
Azlina turut gembira dan bangga kerana Firdaus akhirnya berjaya sampai ke destinasi perjalanan,
Pantai Morib Baru.

Bab 9 Azlina Senja di Pantai


Azlina berbual-bual dengan Kasmadiana tentang perjalanan berbasikal di pantai. Kasmadiana memuji
ketabahan dan kemampuan Azlina berbasikal sejauh 50 kilometer. Azlina memberitahunya bahawa
dia mengikuti Abang Johari dan menyahut cabaran datuknya. Kasmadiana memberitahu bahawa
abangnya Kasman bersama Johari dan Tamrin merancang hendak mengelilingi Malaysia dengan
berbasikal. Semasa perbualan, mereka didatangi oleh Sazali dan Moksin bertanya sama ada benar
kenyataan yang diberikan oleh Firdaus bahawa dia sampai dahulu ke Pantai Morib. Azlina menafikan
dan mengatakan bahawa mereka berdua telah ditipu.

Bab 10 Firdaus Usah Lupa Bumi yang Dipijak


Firdaus bermimpi semasa tidur dalam khemah. Dalam mimpi itu, Firdaus banyak mendapat pujian
daripada Mazlinda. Selain itu, dia berasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan kawan pujaannya
Mazlinda. Moksin dan Sazali telah mengetahui kisah sebenar dan cuba mendapat kepastian daripada
Firdaus. Firdaus cuba menafikan tetapi setelah dipaksa, akhirnya dia mengaku bahawa dia telah
berbohong. Dalam mimpi itu, Firdaus telah lemas dan menjerit meminta tolong sehingga terjaga.
Firdaus menerima sindiran tajam daripada Mazlinda, Johari dan Azlina. Mulai saat itu, Firdaus telah
sedar dan insaf.

Bab 11 Johari Perubahan


Johari memberitahu Azlina bahawa Firdaus ingin pulang bersendirian. Azlina berasa bimbing akan
abangnya, Firdaus. Johari menenangkan Azlina dengan cerita seorang lelaki Inggeris yang berbasikal
mengelilingi dunia seorang diri dan menjelaskan bahawa Firdaus mesti menjadi sehebat orang Inggeris.
Johari juga menasihati Azlina supaya tidak berasa risau kerana abangnya, Firdaus telah menjadi lelaki
yang berani dan pandai berdikari seperti yang dikehendaki. Walaupun Johari berperasaan seperti
Azlina yang takut Firdaus ditimpa kemalangan, namun dia mengeraskan suaranya untuk mengajak
Azlina meneruskan perjalanan.

Bab 12 Firdaus Pahit Manis dalam Perjalanan


Firdaus diberitahu Moksin bahawa Johari dan Azlina telah pulang dahulu. Kesempatan itu digunakan
oleh Firdaus dan rakan-rakannya untuk mandi manda di pantai. Semasa mandi, Firdaus betul-betul
lemas kerana cuba menyelamatkan Mazlinda yang pura-pura lemas. Firdaus telah diselamatkan oleh
Mazlinda kerana dia sebenarnya pandai berenang. Peristiwa itu telah menyedarkan dan menginsafkan
Firdaus agar tidak bercakap bohong dan bersikap angkuh lagi.

000 LATIHAN 000


Berdasarkan novel yang anda kaji,

1. huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel tersebut.


Novel yang saya kaji ialah Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini. Novel ini
bertemakan cabaran yang dihadapi berikutan cabaran generasi tua yang mengatakan bahawa
generasi kini tidak kuat dan tidak bersemangat.
Persoalan pertama yang terdapat dalam novel ini ialah kebijaksanaan seorang ketua
dalam mengurus konflik demi memastikan program yang dilaksanakan berjaya. Buktinya,
Johari dapat mengendalikan ekspedisi berbasikal dan konflik sepanjang ekspedisi tersebut
dengan baik sehingga dia, Azlina dan Firdaus sampai ke tempat yang dituju iaitu Pantai Morib
Baru.
Persoalan kedua ialah sikap terlalu memanjakan anak akan mengakibatkan anak
menghadapi konflik identiti. Contohnya, Firdaus berperwatakan agak keperempuanan akibat
sikap ibu bapanya yang terlalu memanjakannya.
Persoalan ketiga ialah pembohongan akan terbongkar juga akhirnya dan tidak akan
memberikan kebaikan kepada diri sendiri. Contohnya, perbuatan Firdaus yang membohongi
Moksin dan Sazali dengan mengatakan bahawa dia lambat sampai ke destinasi kerana adiknya,
Azlina banyak berehat akhirnya terbongkar juga.

2. nyatakan tiga nilai yang menjadi pegangan watak utama. Jawapan anda perlu disokong
oleh contoh peristiwa yang sesuai.
Novel yang saya kaji ialah Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini. Watak utama
dalam novel ini ialah Johari. Johari seorang yang berani. Buktinya, Johari berani menyahut
cabaran datuknya untuk menyertai ekspedisi berbasikal dari Klang ke Pantai Morib Baru iaitu
sepanjang 50 kilometer.
Nilai kedua yang dipegang oleh Johari ialah kesabaran. Contohnya, Johari sanggup
melayan pelbagai kerenah Firdaus dengan sabar sewaktu mereka menyertai ekspedisi
berbasikal. Walaupun Firdaus sering merungut sepanjang perjalanan berbasikal, Johari sabar
memujuknya agar Firdaus dapat sampai ke destinasi yang dituju.
Nilai ketiga ialah simpati. Contohnya, Johari bersimpati terhadap Azlina dan segera
membantu adik sepupunya itu apabila basikal Azlina terbabas ke kiri jalan akibat sebuah lori
besar yang bergerak laju.

3. nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut berserta contoh yang sesuai.
Novel yang saya kaji ialah Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini. Pengajaran
pertama ialah kita hendaklah rajin membaca supaya mempunyai pengetahuan yang banyak.
Sebagai pelajar, adalah menjadi tanggungjawab kita rajin berusaha untuk memperoleh ilmu
pengetahuan. Contohnya, Johari mempunyai pengetahuan yang banyak kerana dia rajin
membaca.
Pengajaran kedua ialah kita haruslah mempunyai perasaan kasih sayang terhadap
anggota keluarga kerana air dicincang tiada putus. Contohnya, Azlina sayang akan abangnya,
Firdaus walaupun mereka selalu sahaja bertengkar.
Pengajaran ketiga ialah kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.
Contohnya, Firdaus insaf atas kesalahannya membohongi kawan-kawannya setelah dia lemas
di laut.

4. nyatakan tiga latar tempat berserta contoh peristiwa bagi setiap latar yang anda nyatakan
itu.
Novel yang saya kaji ialah Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini. Pengarang
novel ini telah menjalin ceritanya di Kampung Bukit Kapar. Inilah tempat tingga Azlina,
Johari dan Firdaus. Di situlah juga Azlina, Johari dan Firdaus memulakan perjalanan
ekspedisi berbasikal menuju ke Pantai Morib Baru.
Jambatan Musaedin juga merupakan salah satu latar tempat yang terdapat dalam novel
ini. Tempat ini merupakan tempat Azlina, Johari dan Firdaus melintas dalam ekspedisi
berbasikal dan masuk ke Kampung Jawa.
Pantai Morib Baru merupakan latar tempat yang membawa cerita ini ke puncak.
Tempat ini merupakan destinasi yang dituju oleh Johari, Azlina dan Firdaus setelah berbasikal
sepanjang 50 kilometer dari Kampung Bukit Kapar. Firdaus juga lemas di laut akibat cuba
menyelamatkan Maslinda, gadis pujaan hatinya yang berpura-pura lemas.

5. nyatakan satu watak samping dan jelaskan tiga perwatakannya.


Novel yang saya kaji ialah Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini.
sampingan yang terdapat dalam novel ini ialah Azlina.
Azlina seroang yang pandai berkata-kata.
hujah atau kata-kata abangnya, Firdaus.

Watak

Contohnya, Azlina pandai mematahkan

Azlina juga seorang yang berani. Contohnya, Azlina selalu menyindir abangnya,
Firdaus yang asyik hendak membatalkan eskpedisi berbasikal. Selain itu, Azlina berani
menerima cabaran datuknya walaupun dia seorang perempuan.
Di samping itu, Azlina seorang yang penyayang. Buktinya, Azlina tidak sampai hati
mahu membiarkan abangnya, Firdaus pulang berseorangan dari Pantai Morib Baru ke Klang.
Dia bimbang akan abangnya ditimpa kemalangan.

Anda mungkin juga menyukai