Anda di halaman 1dari 4

KONSEP PROFESIONALISME

Profesionalisme ialah satu set ciri, pengetahuan, kepakaran, sikap dan nilai dalam sesuatu
profesion. Sifat dedikasi terhadap kerja dan tidak mementingkan diri sendiri juga menunjukkan
ciri profesioanalisme. Menurut Sufiah Hussein dalam Esah Sulaiman (2003), menakrifkan
sebagai satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang dalam mencapai
keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan kebertanggungjawaban.
Menurut Hedderdof dalam Esah Sulaiman (2003) pula, profesionalisme bermaksud satu
nilai yang murni jika individu itu mengamalkan tanggungjawanya dengan penuh dedikasi dan
tidka mementingkan diri atau suka memilih pekerjaan. Pelaksanaan tugas dengan bersungguhsungguh dan tidak terlalu berkira dalam menjalankan tugas. Bagi profesion perguruan, seorang
pengetua/guru besar perlu berusaha meningkatkan profesionalismenya dari semasa ke semasa
dan sentiasa memberi khidmat yang terbaik.
Menurut Lieberman (Sufiah Hussein, 1996) dalam Esah Sulaiman (2003), ciri sesuatu
profesion itu ialah perkhidmatan yang diberikan adalah unik dan penting serta mempunyai
matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara. Menurutnya lagi, semasa menjalankan tugas,
banyak keupayaan dan kebolehan intelek digunakan.
Menurut Parkay (1990) dalam Esah Sulaiman (2003), ahli profesional mempraktikkan
pekerjaan mereka dengan darjah autonomi yang tinggi. Mereka tidak diselia dalam menjalankan
tugas, sebaliknya bertanggungjawab menjalankan tugas, menyelia diri sendiri, dedikasi ke arah
menyediakan perkhidmatan dan mempunyai banyak peluang membuat keputusan tentang
pekerjaan mereka. Ini disebabkan ahli profesional dibenarkan mengisytiharkan monopoli
pengetahuan dan perkhidmatan yang penting.

Menurut Intan, 1995 dalam Esah Sulaiman (2003), profesioanalisme juga dilihat dari segi
mengutamakan mutu perkhidmatan, dedikasi terhadap pekerjaan dan tidak mementingkan
pendapatan atau ganjaran. Sesuatu tugas yang dilaksanakan bukan bertujuan bagi mendapatkan
pendapatan yang lumayan tetapi hendaklah memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi,
serta bermatlamtkan sumbangan untuk masyarakat dan negara.
Seseorang profesioanl hendaklah menjadi ahli kepada sesuatu organisasi yang berkuasa
menentukan nilai tara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran
ahlinya. Selain itu, ahli sesuatu profesion hendaklah mematuhi kod etika yang ditentukan oelh
organisasi

profesion

yang

terlibat.

Dengan

ini,

semua

ahli

profesion

hendaklah

bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang diambil.


Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan, profesionlisme bermaksud ciri-ciri kualiti bagi
sesuatu profesion memerlukan semua ahlinya menjalani latihan, dedikasi menjalankan tugas,
mempunyai

autonomi

semasa

menjalankan

tugas,

menggunakan

keupayaan

intelek,

menganggotai organisasi profesional dan mematuhi etika profesion.

PERANAN

PENGETUA/GURU

BESAR

TERHADAP PROSES

PENINGKATAN

PROFESIONALISME GURU
Perubahan teknologi yang pantas lagi mencabar telah menuntut pengetua/guru besar yang
sememangnya memainkan peranan paling penting dalam menggerakkan visi dan misi sesebuah
sekolah supaya lebih kreatif dan inovatif. Konsep pembelajaran non-linear menjadikan setiap
pengetua/guru besar sentiasa sedar tentang maklumat-maklumat dan konteks baharu yang wujud
dari semasa ke semasa. Peranan yang besar sebagai pendita di atas pentas kepada mentor,

penyelidik, pengguna teknologi, penghasil pengetahuan, pengambil risiko dan pembelajaran


seumur hidup menjadi kayu ukur dalam meningkatkan lagi profesionlisme guru pada perspektif
pengetua/guru besar. Selain sokongan yang jitu perlu ada pada seorang pengetua/guru besar
dalam penggunaan teknologi baharu dalam pengajaran dan pembelajaran, beliau juga perlu
terlibat dalam kursus-kursus formal dan menjadi sebahagian daripada komuniti pembelajaran
tidak formal yang berterusan dengan lain- lain profesional yang berkongsi minat dan prihatin.
Pengetua/guru besar mempunyai impak yang besar terhadap perkembangan dan
peningkatan profesionalisme keguruan. Dengan perubahan maklumat kini yang sentiasa bergolak
memerlukan seseorang pengetua/ guru besar lebih terbuka kepada maklumat-maklumat baru
serta sanggup mengubah set minda mereka yang lama mengikut keperluan dan konteks semasa
bagi meningkatkan kualiti sekaligus mengekalkan profesionlisme perguruan.
Pendedahan kepada idea baharu yang dimainkan oleh pengetua/guru besar amatlah
penting dalam memberikan peningkatan terhadap profesioanlisme keguruan dengan menghadiri
kursus-kursus jangka pendek, bengkel, seminar, mesyuarat dan majlis-majlis bagi meningkatkan
kualiti dalam pengurusan sesebuah sekolah. Perancangan dan pentadbiran yang teliti dan tegas
perlu sentiasa bersemadi dalam setiap diri pengetua/guru besar dalam memajukan profesion
keguruan dalam konteks pengurusan dan pembangunan pendidikan berasaskan sekolahn
sekaligus memantapkan lagi profesionlisme guru. Selain itu, pelaksanaan dasar pembaharuan
pendidikan yang sentiasa berubah mestilah dilaksanakan dengan jayanya agar perkembangan
profesionalisme keguruan terus meningkat dari semasa ke semasa. Oleh dengan demikian,
seorang pengetua/guru besar harus sentiasa terbuka kepada setiap perubahan, pembaharuan dan
inovasi baharu dalam pelbagai aspek seperti pengurusan sekolah, pengajaran dan pembelajaran
murid, pengurusan murid, penggunaan teknologi maklumat atau ICT dan sebagainya.

Pengetua/guru besar perlulah bersifat mesra, mudah dan disenangi. Pengurusan dan
pentadbiran tidaklah seharusnya terikat pada karenah birokrasi. Oleh itu, kebijaksanaan,
pertimbangan dan fleksibiliti dalam pentadbiran dan perancangan pendidikan yang dikelolakan
oleh pengetua/guru besar perlu diambil kira dalam menyelesaikan isu-isu yang timbul dan isu-isu
di luar dugaan. Proses penyelesaian masalah perlulah bersifat harmoni dan tidak autokratik.
Pengetua/guru besar harus sentiasa peka dengan guru-guru, murid dan masyarakat terhadap halhal yang berkaitan dengan pendidikan sekarang. Dasar-dasar pendidikan yang memberikan
masalah kepada masyarakat dan murid perlu dinilai dan diubahsuai bagi mengatasi dan
menangani konflik antara idealisme dan pentadbiran dengan teliti yang dihadapi.
Kesimpulannya, kualiti pendidikan di sekolah amat bergantung pada kewibawaan dan
tanggungjawab seorang pengetua/guru besar yang berkesan. Ini termasuk pengurusan kepakaran
yang ada padanya atau profesionalisme guru, pengurusan kualiti pengajaran, pengurusan kualiti
pembelajaran, pengurusan kualiti peperiksaan, penilaian dan kurikulum dan pengurusan kualiti
menyeluruh. Pemantauan keakuran spesifikasi dalam pengawalan kualiti seperti program
pengawalan kualiti ISO 9000, pengurusan berasaskan objektif, menguruskan kerja kumpulan,
pengurusan melalui mesyuarat, pengurusan tanpa cacat, pengurusan maklumat dan sebagainya
merupakan pendekatan pengurusan yang perlu dilaksanakan oleh pengetua/guru besar bagi
menjamin kualiti sekolah selaran dengan penekanan kepada kualiti pendidikan yang ditekankan
kini dan seterusnya meningkatkan lagi tahap peningkatan profesionalisme guru.

Anda mungkin juga menyukai