Anda di halaman 1dari 5

BBM3401

(BAHASA MELAYU KLASIK)


SEMESTER 2 (2012/2013)

TUGASAN 1: SOALAN 3

PENSYARAH :
PROF.MADYA DR.ZAITUL AZMA BINTI ZAINON
HAMZAH

NAMA : SITI NORIHAN BINTI GHAZI


NO MATRIK : 156910

SOALAN 3
(a) Peranan bahasa Melayu Klasik terhadap:

1)Kemasyarakatan
Bahasa Melayu Klasik berperanan untuk mengeratkan hubungan antara satu masyarakat
dengan masyarakat yang lain dan merupakan alat komunikasi yang digunakan oleh sesebuah
kelompok masyarakat bagi menyatakan sesuatu hasrat yang timbul di dalam diri individu.
Sebelum menjadi alat komunikasi yang berkesan, bahasa Melayu Klasik juga berperanan sebagai
alat untuk menyatukan kaum dan pelbagai bangsa.

2) Kebudayaan

Dalam kebudayaan, bahasa Melayu Klasik berperanan untuk memperkembangkan


kebudayaan Melayu Islam. Dengan wujudnya kitab-kitab agama seperti Ilmu Tauhid yang ditulis
oleh tokoh-tokoh terdahulu iaitu Ahmad bin Aminuddin Qadhi,kebudayaan Melayu Islam telah
tersebar ke seluruh pelusuk Negara. Kitab tersebut ditulis dengan menggunakan bahasa Melayu
Klasik dan telah wujud sekitar tahun 1032 Hijrah bersamaan 1622 Masihi.

3)Pendidikan

Bahasa Melayu Klasik memainkan peranan penting dalam pendidikan untuk


menyebarkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti keagamaan, kesusasteraan, dan
perundangan. Selain itu, bahasa Melayu Klasik juga berfungsi sebagai alat untuk menyampaikan
pengajaran, panduan dan tatacaca mengenai sesuatu perkara. Bahasa melambangkan jati diri
bangsa dan merupakan peranan utama dalam pendidikan untuk membangunkan sesebuah
Negara.

4) Ekonomi
Bahasa Melayu Klasik berfungsi sebagai bahasa lingua franca di kepulauan Melayu
dalam menjalankan aktiviti ekonomi. Ia digunakan peniaga untuk melakukan kegiatan jual beli
dan berkomunikasi dengan pedagang-pedagang luar. Hal ini disebabkan bahasa ini mudah
dipelajari, bersifat sederhana, tidak terikat kepada susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem
yang lebih mudah berbanding bahasa lain.

b) Tujuh kitab agama yang dihasilkan pada zaman awal perkembangan bahasa Melayu Klasik:
1) Furu Al-Masail : merupakan sebuah karya terjemahan dari kitab asal yang ditulis oleh
ulama nusantara terkenal Syeikh Daud al-Fathani yang disampaikan dalam bentuk soal
jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat,
muamalat dan jinayat.

2) Sabil al-Muhtadin li at-Tafaqquhi fi Amri ad-Din : merupakan karya penulisan oleh


Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah berkaitan dengan bab korban, akikah, perburuan,
sembelihan dan pemakanan. Kitab ini telah diseselesaikan pada hari Ahad, 27 Rabiulakhir
1195 Hijrah bersamaan 1780 Masihi.

3) Durarul Faraid Bisyarhil Aqaid : merupakan kitab yang memuatkan tentang ilmu-ilmu
akidah yang perlu di pelajari oleh umat islam. Kitab ini telah ditulis oleh seorang ulama
Melayu iaitu Sheikh Nuruddin ar-Raniri pada tahun 1045 Hijrah bersamaan dengan 1635
Masihi dalam bahasa Melayu Klasik.

4) Tuhfatur Raghibin fi Bayani Haqiqati Imanil Muminin wa Yufsiduhu min Riddatil


Murtaddin : merupakan karya Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari yang
ditulis pada tahun 1188 Hijrah kira-kira 1774 M. kitab ini menghuraikan masalah Aqidah,

kepercayaan yang haq dan bathil atau hakikat iman yang benar, serta hal-hal yang
merosakkan iman.
5) Zahratul Murid fi Bayani Kalimatit Tauhid : merupakan karya Sheikh Abdus Shamad
al-Falimbani yang ditulis pada tahun 1178 Hijrah bersamaan dengan 1764 Masihi. Kitab
agama yang bertulisan Melayu Klasik ini ditulis untuk mengajak masyarakat melakukan
amalan-amalan yang berlandaskan al-Quran, as-Sunnah dan pandangan ahli ulama.

6) Bidayatul Hidayah : merupakan kitab agama yang ditulis pada awal zaman
perkembangan bahasa Melayu Klasik iaitu pada tahun 1170 Hijrah kira-kira 1757 Masihi
oleh tokoh ilmuan terkenal zaman itu, Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin yang
berasal dari Aceh. Kitab ini membahaskan tentang kewajipan setiap mukallaf mengenal Allah
dan para rasul.

7) Ilmu Tauhid : merupakan karya Ahmad bin Aminuddin Qadhi yang berasal dari Kedah.
Kitab ini yang ditulis dalam tahun 1032 Hijrah bersamaan kira-kira 1622 Masihi
menceritakan mengenai ilmu tauhid sama ada melalui pengajaran atau penulisan, para ulama
berusaha meneruskan kesinambungan tanggungjawab para rasul terdahulu dalam menanam
keimanan tauhid ilahiyat, nubuwwat dan samiyyat kepada umat Islam.

Anda mungkin juga menyukai