Anda di halaman 1dari 3

Usaha berterusan membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan

satu tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan


sumbangan berkesan kepada negara.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu
golongan ini?

Sejak akhir-akhir ini isu kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) telah menjadi satu
topik perbincangan yang hangat dalam kalangan rakyat di negara ini. Golongan
OKU juga perlu dibela oleh seluruh anggota masyarakat kerana mereka tidak
mampu melakukan aktiviti fizikal kerana kecacatan yang dialami itu. Sehubungan
itu, institusi kerajaan, swasta dan orang awam mestilah menyusun strategi atau
usaha untuk membantu golongan OKU memajukan diri mereka supaya tidak
tersisih dalam arus globalisasi kini. Pada masa yang sama mereka juga dapat
memberi sumbangan untuk membangunkan ekonomi Negara ini.

Antara usaha untuk membantu OKU ialah menyediakan peluang untuk


mendapatkan kemahiran dalam bidang tertentu. Program kemahiran tersebut sangat
penting untuk melatih OKU menguasai bidang kraftangan, membaiki kenderaan
dan perniagaan. Dengan cara ini mereka akan mudah untuk bekerja dan dapat
menjana pendapatan keluarga walaupun cacat. Oleh itu, sokongan daripada pihak
kerajaan amat diperlukan untuk membangunkan pusat-pusat latihan kemahiran
OKU ini seperti Program Semai Bakti Pusat (PDK) di bawah pengawasan Felda di
seluruh Negara berjaya melatih kira-kira 7,700 orang OKU dalam pelbagai bidang.
Jelaslah kemahiran yang dimiliki oleh OKU itu akan membantu OKU berdekari
dan menyumbangkan kepada kemajuan serta pembangunan ekonomi negara kita.

Selain itu, pihak kerajaan perlu membuka peluang untuk menyambung pelajaran di
peringkat yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu
diperluaskan kepada OKU yang berada di luar bandar supaya ibu bapa yang

mempunyai anak-anak ini berpeluang menyekolahkan anak-anak mereka.


Sehubungan itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah ditingkatkan bagi
melahirkan para pelajar yang standing dengan pelajar yang normal. Malah pihak
kerajaan juga mestilah menyediakan tempat atau kaota pengajian di peringkat
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang mendapat keputusan
yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia. Oleh itu, peluang ini akan meninkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk
mengubah nasib hidup mereka kea rah yang lebih baik pada masa akan datang
dengan ilmu yang dimiliki itu.

Di samping itu, pihak swasta pula tidak boleh mengamalkan dasar pilih kasih
semasa mengambil pekerja untuk berkhidmat dalam syarikat mereka. Mereka perlu
bersikap adil kerana golongan OKU juga mampu menyumbangkan kemahiran
yang ada untuk memajukan syarikat tersebut. Di kilang umpamanya sudah ada
OKU yang bekerja sebagai operator pengeluaran, pembantu pejabat dan kerani
dimana sebelum ini kerja sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang normal
sahaja. Kita harus memuji Pasaraya Besar Carrefour telah mensasarkan 5 peratus
daripada pekerjanya adalah OKU menjelang tahun 2010 nanti iaitu berjumlah kirakira 200 orang. Oleh itu, peluang pekerjaan haruslah dibuka kepada OKU untuk
membantu mereka mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan keluarga mereka.

Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan sesuatu
perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata golongan ini adalah terdiri daripada
orang susah atau miskin. Sehubungan itu, pihak kerajaan mestilah mengambil
tindakan segera melalui Kementeriannya agar minat OKU dalam bidang ini dapat
dikembangkan dari masa ke masa. Sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia ke9 kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM 22 juta melalui Skim Bantuan
Galakan Perniagaan OKU dibawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia. Semua
OKU yang berminat boleh membuat permohonan dan perlu mendapat sokongan
daripada persatuan masing-masing. Oleh itu, bantuan kewangan atau modal ini
sangat penting untuk membolehkan golongan ini meningkatkan ekonomi mereka
tanpa bergantung kepada pertolongan daripada orang lain.

Kesimpulanya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita semua


untuk meneruskan dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi.
Untuk merealisasikan hasrat tersebut semua pihak terutama kerajaan, swasta dan
masyarakat mestilah berganding bahu menjayakan matlamat tersebut. Sekiranya
kita tidak bersungguh-sunggguh membantu golongan ini sudah pasti mereka akan
tersisih dalam era pemodenan Negara menjelang tahun 2020 nanti. Bak kata
pepatah muafakat membawa berkat sangat sesuai diamalkan oleh masyarakat kita
dalam usaha membantu golongan OKU.

Anda mungkin juga menyukai