Anda di halaman 1dari 3

Perpaduan Asas Pembangunan Negara

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Seri Indah;
Pemanis kata selamat datang,
Salam sejahtera pembuka madah.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang arif lagi bijaksana para
hakim yang budiman, yang dikasihi guru-guru yang tidak jemu
mendidik anak bangsa serta rakan-rakan seperjuangan
sekalian.Salam sejahtera saya tujukan.
Berdirinya saya dengan penuh hormat dan bangga di dewan yang
serba indah ini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk
Perpaduan Asas Pembangunan Negara.
Sidang hadirin sekalian,
Perpaduan bermaksud bekerjasama ataupun saling membantu.
Pembangunan pula bermaksud segala pembaharuan dan
kemajuan yang membawa kepada taraf hidup yang lebih baik.
Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa amalan bersatu padu dalam
kalangan rakyat merupakan dasar kepada kemajuan sesebuah
negara seiring dengan gelombang modenisasi.
Para pemimpin negara kita saban hari dan setiap ketika menyeru
rakyat Malaysia membentuk benteng pertahanan yang teguh
menentang anasir-anasir luar. Hubungan dan kerjasama yang erat
akan memastikan negara Malaysia terus maju dalam bidang
politik, ekonomi dan sosial. Sekiranya perkara ini tidak diberi
perhatian, harapan dan aspirasi pemimpin kita pada masa lalu
akan menjadi angan-angan Mat Jenin sahaja. Perjuangan Tunku
Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambathan akan siasia sahaja. Justeru, sebagai seorang rakyat Malaysia yang

mempunyai jati diri yang tinggi dan berhati waja, kita haruslah
menghargai kemerdekaan yang telah diperoleh ini dan berusaha
mengukuhkan lagi semangat perpaduan dalam jiwa kita demi
pembangunan negara.
Sidang hadirin yang dihormati,
Lihatlah keadaan kini di Bangkok, Thailand. Rakyat negara jiran
kita tidak berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi secara
diplomasi dan sebagai akibatnya demonstrasi, pergaduhan,
keganasan dan lain-lain berlaku pada setiap hari.Perkara yang
menyedihkan ialah banyak nyawa yang tidak berdosa melayang
begitu sahaja.Lihatlah juga keganasan yang berlaku di Madura,
Indonesia pada beberapa ketika yang lalu. Penduduk di situ
diseksa dan diperkosa untuk orang-orang yang mereka kenali.
Pembangunan yang wujud sebelum tercetusnya huru-hara dan
kemaslahatan di kedua-dua lokasi ini tidak memberi sebarang erti
lagi akibat tidak mempunyai modus operandi yang berkesan serta
tidak wujud perpaduan yang mantap dalam kalangan rakyat yang
berlainan agama, bangsa, budaya, kepercayaan dan pandangan.
Para hadirin yang dimuliakan,
Negara kita kini telah berjaya mencapai tahap yang tinggi dan
dihormati di mata dunia. Kecermelangan negara kita dalam
pelbagai bidang walaupun mempunyai rakyat yang berbilang
bangsa menyebabkan negara lain cemburu dengan pencapaian
negara kita. Malah, negara Malaysia telah dijadikan negara
contoh oleh negara-negara dunia ketiga. Biarlah mereka cemburu
melihat pencapaian nusa kita yang sememangnya merupakan
berkat amalan nilai bantu-membantu dan nilai toleransi. Pepatah
Melayu ada mengatakan bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat.
Para hadirin yang dikasihi,

Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri


kita, Dato Seri Najib Tun Razak pada bulan Mac 2009 merupakan
usaha beliau untuk menyatupadukan rakyat Malaysia di bawah
satu slogan yang akan menjadi
identiti rakyat negara ini. Hasrat Perdana Menteri kita untuk
mewujudkan satu bangsa Malaysia sekiranya mendapat sokongan
padu semua lapisan masyarakat negara ini. Mengikut beliau,
segelintir masyarakat perlu membuat anjakan paradigma
daripada masyarakat yang terkongkong dengan pemikiran yang
dangkal, cetek dan pesimistik kepada masyarakat yang
mempunyai mentaliti kelas pertama. Dengan semangat Satu
Malaysia, Wawsan 2020, aspirasi rakyat Malaysia pasti akan dapat
direalisasikan.
Sedang hadirin sekalian,
Sebelum saya mengundurkan diri saya dari pentas serba cantik
ini, saya berharap agar nilai perpaduan dan patriotisme akan
disemai dan dibajai dalam diri anak-anak muda. Jangan biar titik
hitam 13 Mei 1969 berulang semula dalam sejarah negara kita
supaya negara dapat terus berkembang dan maju mengikut
acuan kita sendiri. Akhir kata,
Bersatu teguh bercerai roboh,
Bermuafakat bertambah berkat,
Bersatu bertambah mutu;
Ala bisa tegal biasa,
Berbahasa kita berbangsa.

Anda mungkin juga menyukai