Anda di halaman 1dari 35

SEKITAR HAJI

Haji
Haji adalah rukun kelima dari rukun-rukun asas Islam dan mempunyai keistimewaan
dengan menghimpunkan kesemua rukun-rukun yang lain.
Pengertiannya dari sudut bahasa: Menuju kepada Allah Yang Maha Agung.
Pengertiannya dari sudut istilah syari: Menziarahi tempat-tempat tertentu pada masamasa tertentu dengan melakukan pekerjaan-pekerjaan tertentu.
Kelebihan Haji:
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah S.A.W bersabda: (Barangsiapa
yang mengerjakan Haji dan dia tidak mencampuri isterinya serta tidak melakukan maksiat, dia
akan kembali sebagaimana hari dia dilahirkan oleh ibunya).
Syarat-syarat Wajib Mengerjakan Haji:

Islam
Berakal
Berkemampuan
Merdeka
Baligh

Bentuk-bentuk Berkemampuan:

Selamat tubuh badan


Aman perjalanan
Tidak ditahan
Terdapat mahram atau suami bagi perempuan
Tidak berada dalam iddah bagi perempuan

Syarat-syarat Sah Mengerjakan Haji:

Islam
Berihram
Masa (Miqat ihram menepati masa)
Tempat (Miqat ihram mengikut tempat)
Mumayyiz
Berakal
Tidak bersetubuh
Boleh melakukan pekerjaan dengan sendirinya melainkan ketika keuzuran

Cara-cara Mengerjakan Ibadat Haji:


Terdiri dari tiga cara yaitu:

Ifrad: yaitu berniat Haji sahaja.


Tamattu': yaitu berniat Umrah terlebih dahulu (yaitu dia berihram Umrah dari miqat yang
ditetapkan untuk negerinya kemudian dia bertahallul dari ihram tersebut seterusnya
berihram untuk Haji dari Mekah).

Dinamakan sebagai Tamattu' kerana dia memilih cara yang membolehkannya untuk melakukan
perkara-perkara yang dilarang semasa ihram di antara Umrah dan Haji.

Qiran: yaitu berniat Haji dan Umrah bersama-sama (yaitu berihram Haji dan Umrah
bersama-sama secara serentak).

Firman Allah Taala:


)
(
Artinya: Maka barangsiapa yang mau menikmati kemudahan dengan mengerjakan
Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji,
(bolehlah dia melakukannya kemudian wajiblah dia) menyembelih Dam yang mudah
didapati. Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga
hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat
masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi
orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjidilharam (Mekah). (Surah Al-Baqarah,
Ayat: 196).

Jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran dan Tamattu' diwajibkan menyembelih kambing
biri-biri (dam) sebagai tanda syukur kepada Allah Taala kerana dia berjaya mengerjakan Umrah
dan Haji pada bulan-bulan Haji dengan baik serta di dalam satu perjalanan musafir, sekiranya
dia tidak mampu menyembelih dam, dia hendaklah berpuasa selama tiga hari pada musim Haji
dan tujuh hari selepas dia pulang ke tanah airnya.

MUSAFIR HAJI
Persediaan Untuk Musafir Haji:
Sebelum musafir untuk mengerjakan Haji bakal jemaah Haji hendaklah melakukan perkaraperkara berikut:

Kembali kepada Allah dengan bertaubat dari segala dosa-dosa.


Mengembalikan hak-hak dan apa yang diambil secara zalim kepada tuan-tuanya.
Jaminan perbelanjaan Haji dari rezeki yang halal lagi baik.
Mempunyai teman yang solih cintakan kepada kebaikan dan boleh membantunya.
Berjanji untuk:
o Tidak akan melakukan maksiat selama-lamanya.
o Tetap berpegang dengan sunnah Nabi s.a.w.
o Ikhlas mengerjakan Haji kerana Allah Taala dan tujuan serta niat hendaklah
semata-mata untuk mendapatkan keridhaan Allah s.w.t.
o Memberi penumpuan semata-mata untuk beribadat.
o Tidak berbantah, bergaduh, bertengkar dan sibuk dengan orang ramai.

Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Musafir Dan Doa-doanya:

Orang yang musafir sunat mengucapkan selamat tinggal kepada kaum keluarganya,
kawan-kawannya serta kenalan-kenalannya.
Orang musafir berkata kepada orang yang dia tinggalkan:
.()

Orang yang bermukim pula menjawab kepada orang yang musafir:

.( )

Sebelum bertolak dia disunatkan mendirikan sembahyang sunat musafir sebanyak dua
rakaat, pada rakaat yang pertama dia membaca (.... ) dan pada rakaat yang
kedua pula dia membaca (.... ) selepas membaca Al-Fatihah.

Selepas selesai sembahyang dia membaca ayat Al-Kursi.

Ketika keluar dari rumahnya dia membaca:


)
.(

Kemudian selepas menaiki kenderaan dia bertakbir sebanyak tiga kali:

) (

Kemudian dia membaca:


)

(.
Kemudian dia membaca
o Ayat Kursi
o Surah Al-Ikhlas
o Surah Al-Masad
o Surah An-Nas.

Rangkaian Tempat Bagi Jemaah Haji Ifrad

Sebelum 8 Zulhijah

Berihram Haji sahaja dari miqat dan disusuli dengan talbiah.

Sebelum 8 Zulhijah

Tawaf Qudum
Sembahyang Sunat Tawaf Dua Rakaat
Multazam Zamzam

Sebelum 8 Zulhijah

Terus berada di Mekah dalam keadaan berihram sehingga 8


Zulhijah

8 Zulhijah

Bertolak ke Mina selepas sembahyang Subuh, di sana dia


akan mendirikan sembahyang (Zuhur Asar Maghrib
Isyak dan Subuh hari ke sembilan)

9 Zulhijah

Bertolak ke Arafah selepas sembahyang Subuh


Sampai di Arafah
Sembahyang Zuhur dan Asar jamak taqdim pada waktu
Zuhur
Banyak berzikir dan berdoa sehingga tenggelam matahari
Ifadhah dari Arafah ke Muzdalifah selepas Maghrib
Sembahyang Maghrib dan Isyak di Muzdalifah jamak ta'khir
pada waktu Isyak.

10 Zulhijah

Berjalan ke Mina selepas sembahyang Subuh dan


sebelum terbit matahari
Melontar jamrah Aqabah
Bercukur atau bergunting
Tawaf Ifadhah
Saie (Jika masih belum bersaie selepas tawaf Qudum)
Kembali ke Mina untuk bermalam

Dari 11 13 Zulhijah

Melontar ketiga-tiga jamrah (Sughra Wusta Kubra)

Kembali ke Mekah untuk Tawaf Wida' Akhir Haji

Perhatian: Jika jemaah Haji yang mengerjakan Haji Ifrad


ingin mengerjakan saie selepas tawaf Ifadhah, dia boleh
berbuat demikian dan saie tersebut adalah saie Haji malah
ketika itu dia tidak perlu lagi bersaie selepas tawaf Ifadhah.

JEMAAH HAJI IFRAD


Ifrad bermakna jemaah Haji berihram dari miqat dengan niat Haji sahaja kemudian dia
bertalbiah seterusnya dia kekal berada dalam keadaan berihram sehingga dia wuquf di Arafah,
dia melontar Jamrah Aqabah dan bertahallul dari ihramnya.
Firman Allah Taala:


)
.(
Artinya; Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat
kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk
hidayat bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang
menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang
masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan
ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya
dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah
Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

Berihram dari miqat dengan niat Haji sahaja kemudian disusuli dengan talbiah.
Berihram ialah niat dan talbiah. Ia dilakukan dari tempat miqat atau sebelumnya supaya
lebih tenang. Apabila jemaah Haji ingin berihram dia disunatkan:

Menggunting rambutnya atau mencukurnya mengikut kebiasaannya sebelum itu.


Memotong kukunya dan menghilangkan bulu kemaluannya.
Mandi dan berwuduk.
Memakai wangi-wangian.
Memakai pakaian ihram iaitu sarung dan selendang putih, bersih dan yang afdhal adalah
yang baru.
Mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat pada bukan waktu yang makruh.

Kemudian jemaah Haji bertalbiah dengan berkata:


.
Dia mengulanginya sebanyak tiga kali dan dia mengakhirinya dengan selawat kepada Nabi
Muhammad s.a.w. Jemaah Haji mengulangi talbiah setiap kali dia mendaki bukit, turun ke
lembah bukit, menaiki kenderaan atau turun darinya dan ketika berjumpa para sahabat, kenalankenalan serta selepas selesai sembahyang.
Perkara-perkara Yang Diharamkan Semasa Ihram:

Melakukan persetubuhan: Iaitu melakukan persetubuhan dan faktor-faktor yang


mendorong kepadanya dari apa yang berlaku di antara lelaki dan isterinya seperti
bercumbu bergurau senda dan seumpamanya.
Maksiat: Iaitu keluar dari ketaatan.
Berbantah: Iaitu membantah kawannya atau sesiapa sahaja sehingga boleh menimbulkan
kemarahannya begitu juga perbalahan dan cacian.
Memakai pakaian yang berjahit (bagi lelaki).
Memotong rambut.
Wangian (iaitu memakai sesuatu yang berbau wangi-wangian).
Memotong kuku.
Menutup kepala bagi lelaki.
Berburu.
Memotong Pokok.
Memakai stokin dan kasut biasa tetapi harus memakai mana-mana kasut yang boleh
memperlihatkan urat belakang kaki.
Menutup muka dan dua kaki ketika tidur.

Perkara-perkara Yang Diharuskan Semasa Ihram:

Mandi dengan niat bersuci, membersihkan badan atau untuk menyejukkan badan tetapi
tanpa menggunakan sesuatu yang berbau wangi seperti sabun yang berbau wangi,
syampo yang berbau wangi atau ubat gigi yang berbau wangi.
Mencabut gigi.
Membelat kawasan yang patah.
Mengurut kepala atau badan tetapi hendaklah dengan lembut supaya tidak tergugur
rambut atau bulu, apabila tergugur rambut atau bulu, sedekah wajib dikeluarkan.
Harus memakai selipar, cincin, cermin mata, pembesar suara untuk telinga, jam tangan,
tali pinggang serta beg yang digunakan untuk menyimpan wang dan dokumen penting.
Harus menukar pakaian ihram dan membersihkannya tetapi makruh tanzih.

Miqat Makani Ihram:

Iaitu tempat yang tidak harus bagi orang yang ingin memasuki Mekah Al-Mukarramah
melepasinya melainkan dalam keadaan berihram dan bagi setiap penduduk terdapat tempat miqat
untuk dia berihram darinya.
Miqat penduduk Madinah: Zul Hulaifah dan dikenali dengan nama (Abar Ali)
Miqat penduduk Syam: Juhfah (Rabigh)
Miqat penduduk Iraq: Zaatu Irqin
Miqat penduduk Yaman: Yalamlam.
Sesiapa yang ingin mengerjakan Umrah sedangkan dia berada di Mekah, dia hanya perlu keluar
ke Tan'im (Masjid Sayyidah Aisyah r.a) dan dia berihram dari sana.

Memasuki Mekah:
Ketika hampir dengan Mekah jemaah Haji membaca:
.( , )
Apabila masuk ke Mekah jemaah Haji membaca:
, , , ,)
.( , ,
Kemudian dia berselawat kepada Nabi s.a.w.
Memasuki Masjidilharam:

Sunat masuk melalui Bab As-Salam. Ketika dia masuk dengan menggunakan kaki kanan
sambil berselawat kepada Nabi s.a.w dia membaca:
()
.()

Ketika menyaksikan kaabah, dia bertahlil dan bertakbir ( ) sebanyak tiga


kali sambil mengangkat tangannya ke langit dan berdoa kerana doa ketika melihat kaabah
adalah mustajab:
()
()
.()

Atau dia berdoa dengan apa sahaja yang dia ingin pohonkan daripada Allah Taala sambil
berselawat kepada Nabi s.a.w. dan membaca:

)
.( ,

Tawaf:

Disunatkan menghadap kaabah pada permulaan Tawaf iaitu secara menjadikan


Hajarulaswad berada di kanannya kemudian dia
berpindah pula untuk menghadap Hajarulaswad dan
berniat tawaf (tawaf Umrah atau tawaf Qudum).
Dia mulakan dari marmar yang berwarna coklat
sambil membaca:
(
) .
Dia melambai Hajarulaswad dan mengucupnya jika
dapat berbuat demikian.
Tetapi jika tidak dapat mengucupnya, dia bolehlah
menyentuhnya dengan menggunakan tangan kanannya
(istilah) kemudian mencium tangannya.
Jika dia masih juga tidak dapat berbuat demikian dia
bolehlah berdiri menghadap Hajarulaswad sambil mengisyaratkan kepadanya dengan

menggunakan kedua belah tangannya sebanyak sekali sahaja sambil dia menyebut (
) kemudian dia memulakan tawaf.

Cara isyarat tangan (dia mengangkat kedua belah tangannya sehingga ke paras bahu sambil
menjadikan tapak tangan ke arah Hajarulaswad dan menunjukkan kedua-dua belah tangannya
sebanyak sekali sahaja)

Tawaf adalah terdiri dari tujuh pusingan, disunatkan berlari-lari anak pada tiga pusingan
pertama dan ittiba' (sopan) pada setiap pusingan yang lain dan setiap tawaf mesti disululi
dengan Saie.

(Berlari-lari anak dan ittiba' (sopan) bagi lelaki sahaja), ia dilakukan di dalam tawaf yang
disusuli dengan saie sahaja, apabila selesai dari tawaf dia menutup kedua bahunya.

Dipintu Kaabah dia membaca:


( ) .

Dirukun Iraqi dia membaca:



Dirukun Syami dan Yamani dia membaca:


) .
(

Dia disunatkan istilam rukun Yamani setiap kali dia melaluinya di dalam tawaf iaitu
dengan menyentuh rukun ini dengan menggunakan dua belah tapak tangannya atau
dengan menggunakan tangan kanannya. Sekiranya tidak dapat berbuat demikian dia
boleh digantikan dengan mengisyarat kepadanya sahaja malah sunat berdoa di rukun
Yamani kerana ia adalah mustajab di mana di sana terdapat seramai tujuh puluh ribu
malaikat yang akan menyebut amin.

Supaya sah tawaf, orang yang melakukan tawaf hendaklah berhenti betul-betul dari berjalan
ketika istilam rukun Yamani.

Di antara rukun Yamani dan Hajarulaswad dia membaca:


()
() .

Pada tiga pusingan tawaf yang pertama dia hendaklah banyak membaca:
( .)

Manakala pada empat pusingan yang berbaki dia membaca:


( , )

Banyak berdoa untuk memohon kebaikan di dunia dan akhirat.

Pada penutup tawaf, dia istilam Hajarulaswad atau dia mengisyaratkan kepadanya dengan
menggunakan dua belah tapak tangan dan pada setiap kali dia melalui di hadapannya
ketika tawaf.

Sembahyang Sunat Tawaf Dua Rakaat:


Selepas selesai tawaf dia mendirikan sembahyang sunat tawaf sebanyak dua rakaat di
belakang maqam Ibrahim walaupun di hujung Masjidilharam ataupun harus dilakukan di manamana tempat di dalam Masjidilharam ketika keadaan penuh sesak.
Pada rakaat pertama dia membaca: ( ) dan pada rakaat yang kedua pula dia
membaca ( ) selepas membaca Al-Fatihah.
Allah s.w.t berfirman: () . Artinya: Jadikanlah maqam Ibrahim itu
sebagai tempat sembahyang.
Selepas sembahyang dia berdoa:
( , , , , ,
)

Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, tawaf di baitullah adalah sembahyang cuma Allah
mengharuskan bercakap, oleh yang demikian sesiapa yang ingin bercakap jangan dia bercakap
melainkan perkara yang baik sahaja. Malah di dalam tawaf juga disyaratkan supaya suci dari
hadas besar dan kecil serta menutup aurat.

Di dalam keadaan terputus tawaf untuk sembahyang atau memperbaharui wuduk, tawaf
hendaklah disempurnakan dari awal pusingan yang sedang dia berada.

Multazam:
Kemudian selepas itu dia pergi ke Multazam dan dia berdoa di sana:
.( , , , )

Berdoa di Multazam adalah mustajab.


Air Zamzam:
Kemudian selepas itu dia disunatkan pergi ke telaga zamzam kemudian minum airnya sehingga
rasa Tadhallu' sambil dia berdoa ketika meminumnya:
( ) : ) (
dan sesungguhnya aku meminumnya dan berdoa:
.()
.() ) (
Setelah itu dia berdoa dengan doa yang dia ingin pohonkan daripada Allah Taala serta dia
berselawat kepada Nabi s.a.w.

Tempoh Kekal Berada Di Mekah Sehingga Hari Ke 8 Zulhijah:


Di dalam tempoh ini sepatutnya jemaah Haji menggunakan peluang untuk:

Banyak mendirikan sembahyang di Masjidilharam kerana (Sembahyang di dalamnya


menyamai seribu sembahyang)
Banyak melakukan tawaf kerana tawaf yang dilakukan oleh Al-Aafaaqi adalah sebaikbaik ibadat di dalam Masjidilharam.

Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w:


(Sesiapa yang tawaf di Baitullah selama seminggu dan mendirikan sembahyang dua rakaat
seolah-olah dia memerdekakan hamba).
Diriwayatkan juga daripada baginda s.a.w:
(Allah menurunkan kepada jemaah Haji di Baitullah Al-Haram setiap hari adalah sebanyak 120
rahmat: 60 untuk orang-orang yang tawaf, empat puluh untuk orang-orang yang mendirikan
sembahyang dan 20 untuk orang-orang yang melihat kepada Kaabah)
Oleh yang demikian ketika seseorang jemaah Haji melakukan tawaf dan melihat kepada Kaabah,
bererti dia mendapat 80 rahmat.
Diriwayatkan juga daripada baginda s.a.w:
(Sesiapa yang melakukan tawaf di Baitullah sebanyak 50 kali, dia akan dihapuskan segala
dosanya sebagaimana hari dia dilahirkan oleh ibunya).
Sekali adalah sebanyak tujuh pusingan dan selepas setiap kali selesai tujuh pusingan dia
hendaklah mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat.

Hari Pertama: Hari Kelapan Zulhijah


Bertolak Ke Mina:

Selepas sembahyang Subuh hari Tarwiah di Mekah, semua jemaah Haji keluar ke Mina
selepas terbit matahari dan sembahyang sunat Dhuha, kemudian dia menunggu di sana sehingga
waktu terbit matahari hari Arafah iaitu dia mendirikan sembahyang lima waktu di Mina iaitu
(Zuhur Asar Maghrib Isyak dan Subuh hari berikutnya iaitu hari kesembilan Zulhijah).
Ketika menghala ke Mina jemaah Haji membaca:
.
Manakala di Mina pula, jemaah Haji banyak berzikir sambil membaca:
.()
Jemaah Haji sunat menunggu dan sembahyang di masjid Al-Khif.

Hari Kedua: Hari 9 Zulhijah (Hari Arafah)

Selepas terbit matahari pada hari Arafah jemaah Haji akan beredar dari Mina menuju ke
Arafah sambil membaca di dalam perjalanannya:
.( , ,)

Jemaah Haji hendaklah banyak bertalbiah dan membaca Al-Quran seperti firman Allah:
(.....)
dan dia wuquf di Arafah.

Arafah semuanya tempat wuquf tetapi yang paling afdhal ialah di tempat wuquf
Rasulullah s.a.w di batu-batu yang besar di bawah Jabal Rahmah.

Apabila pandangan baginda terlihat kepada Jabal Rahmah, baginda bertasbih kepada
Allah dan bertakbir kepadaNya.

Sunat dia menghala ke masjid Namirah untuk mendengar khutbah, mendirikan


sembahyang Zuhur dan Asar jamak taqdim pada waktu Zuhur dengan satu azan dan dua
iqamat bersama-sama imam umum tanpa mendirikan sembahyang sunat di antara keduaduanya.

Jemaah Haji hendaklah berusaha bersungguh-sungguh supaya hatinya tetap khusyuk


bersamanya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menangisi dosa yang dilakukan.

Dia hendaklah banyak berdoa, bertahlil dan membaca Al-Quran samada sambil berdiri
atau duduk serta memperlahankan suaranya ketika berdoa, turut menyebut kaum
keluarganya di dalam doa dan mengulanginya sebanyak tiga kali. Dia hendaklah berhatihati supaya dapat memastikan bahawa dia menghadap kiblat dan memulakan serta
menutup doa dengan tahmid dan tamjid di samping bertasbih kepada Allah dan
berselawat kepada Nabi s.a.w.

Jemaah Haji disunatkan supaya mandi untuk melakukan ibadat Arafah.

Doa-doa Arafah:
Sebaik-baik apa yang dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para Nabi sebelum baginda ialah:
.( )
Disunatkan banyak menyebut bacaan ini (sekurang-kurangnya seratus kali).
.( ,)

)
(.
) .
(.
) , , , ,
) . ((.
)

(.
)
, ,
, , , ,
, , ,
(.
Dia terus kekal berada dalam keadaan sedemikian sehinggalah sampai hari Nafar dan dia
diwajibkan terus berada di tempat wuquf sehingga tenggelam matahari di mana dia
menghimpunkan di tempat wuqufnya di antara malam dan siang, dia tidak mendirikan
sembahyang Maghrib di Arafah bahkan dia mendirikan sembahyang Maghrib jamak ta'khir
bersama Isyak pada waktu Isyak di Muzdalifah dengan satu azan dan satu iqamat.
Banyakkan melakukan pekerjaan-pekerjaan yang baik pada hari Arafah dan juga sepanjang hari
10 Zulhijah.

Ifadhah Dari Arafah Ke Muzdalifah:


Apabila tenggelam matahari hari Arafah jemaah Haji menuju ke Muzdalifah sambil bertalbiah,
bertakbir, bertahlil dan memuji kepada Allah sambil berkata:
( )
Serta berkata:
( , , , , ,
).

Jemaah Haji berjalan ke Muzdalifah dalam keadaan tenang, perlahan-lahan serta tetap
tanpa tergesa-gesa supaya tidak menyakiti orang lain.

Ketika jemaah Haji sampai ke Muzdalifah, dia cuba berhenti berhampiran dengan masjid
Masy'arilharam (Jabal Qazah) jika tidak menjadi kesulitan untuk berbuat demikian.

Dia disunatkan banyak berdoa, berzikir, bertalbiah dan membaca mana-mana ayat AlQuran yang mudah baginya.



( *

Artinya: Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke
Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di
tempat Masy'ari Haram (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan
menyebutNya sebagaimana Dia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu;
dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah
jalan ibadatnya. Selain daripada itu kamu hendaklah bertolak turun dari (Arafah)
tempat bertolaknya orang ramai dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan
memohon ampun) sesungguhnya Allah amat pengampun lagi amat mengasihani.

Kemudian dia mendirikan sembahyang Maghrib dan Isyak selepas masuk waktu Isyak
secara jamak dengan sekali azan dan sekali iqamat serta melewatkan sembahyang sunat
Maghrib, Isyak dan witir sehingga selepas selesai mendirikan fardhu Isyak.

Di antara doa-doa yang ma'thur di Muzdalifah ialah:

( ,
, , ,).
Dia banyak beristighfar dan bermalam di Muzdalifah sehingga tengah malam.

Kemudian jemaah Haji berbekal dengan batu-batu kecil dengan jumlah sebanyak 70 ketul
batu (saiz lebih besar sedikit dari kacang kuda dan kecil sedikit dari kacang itik) untuk
melontar ketiga-tiga jamrah.

Apabila terbit fajar, jemaah Haji disunatkan mendirikan sembahyang Subuh pada awal
waktunya, kemudian dia berkata:
( , ,)

Dia juga berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w dan berdoa sambil mengangkat kedua
belah tangannya ke langit.
Perlu diperhatikan bahawa Muzdalifah kesemuanya tempat berhenti untuk bermalam
melainkan Wadi Muhassir.

Hari Ketiga: (Berjalan Ke Mina / Hari Menyembelih)


Selepas sembahyang Subuh dan sebelum terbit matahari, jemaah Haji beredar menuju ke
Mina sambil mengerahkan tenaganya di dalam banyak bertalbiah, malah sebaik-baiknya dia
membaca di dalam perjalanannya:
)
(
dan dia berselawat kepada Nabi s.a.w.
Apabila sampai di Wadi Muhassir jemaah Haji mempercepatkan perjalanannya dan ketika
sampai di Mina dia membaca:
)
.(
Beberapa pekerjaan yang dilakukan di Mina pada hari menyembelih ialah: Melontar
Jamrah Aqabah - Menyembelih - Bercukur - Tawaf Ifadhah - Bersaie jika masih belum bersaie
sebelum itu.
1- Melontar Jamrah Aqabah:

Jemaah Haji melontar tujuk ketul batu di mana dia membaca ketika melontar setiap
ketulan batu:
( , )

Jemaah Haji memberhentikan talbiah dengan lontaran yang pertama.

Waktu melontar adalah dari fajar hari menyembelih sehinggalah ke fajar hari yang
berikutnya tetapi sunat melontar pada waktu di antara terbit matahari sehingga gelincir
matahari dan harus melontar selepas maghrib sehingga fajar tetapi makruh melainkan
kerana keuzuran.

Melontar jamrah ialah secara melontar ketulan batu kecil pada tiang Jamrah atau jatuh ke
dalam kawasan sekitarnya, jemaah Haji hendaklah berada dalam keadaan berdiri
menghadap Jamrah di mana dia menjadikan Mina berada di kanannya dan jalan Mekah
berada di kirinya manakala melontar dari atas jambatan ia boleh dilakukan dari manamana arah sekalipun.

2- Bercukur Atau Bergunting:

Wajib mencukur rambut atau mengguntingnya sekadar hujung jari (2 sm) dan disunatkan
bercukur rambut di seluruh kepala dan dengan menggunakan pisau cukur berdasarkan
kepada hadis Rasulullah s.a.w:

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:


(Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata: Bagaimana dengan
orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Allah merahmati
orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata: Bagaimana dengan orang-orang yang
bergunting wahai Rasulullah? Baginda tetap bersabda: Allah merahmati orang-orang
yang bercukur. Para sahabat berkata lagi: Bagaimana dengan orang-orang yang
bergunting wahai Rasulullah? Kemudian barulah baginda bersabda: Dan juga orangorang yang bergunting).
Manakala perempuan hanya perlu menggunting rambutnya sekadar hujung jari sahaja.

Ketahuilah wahai saudaraku jemaah Haji bahawa rambut ialah sesuatu yang akan bertukar ganti
dan ketika mencukur rambut setiap helai rambut akan mendapat satu kebaikan dan
menghapuskan satu kejahatan daripada kamu serta dengannya kedudukan kamu akan diangkat.

Sebaik-baiknya ketika bercukur dia membaca:

, )
(.
Selepas selesai dari bercukur atau bergunting dia membaca:
.()

Apabila jemaah Haji melakukan perbuatan tersebut bermakna dia telah bertahallul
dengan tahallul kecil, dan dia dihalalkan untuk melakukan semua perkara yang diharamkan
semasa berihram melainkan bersetubuh dan faktor-faktor yang mendorong kepadanya di mana
persetubuhan tidak dihalalkan baginya sehiggalah dia melakukan tawaf Ifadhah.

Tawaf Ifadhah:
Selepas kembali dari Mina Ke Mekah, jemaah Haji
melakukan tawaf sebanyak tujuh pusingan, dia mendirikan sembahyang
sunat tawaf sebanyak dua rakaat, seterusnya dia pergi ke Multazam dan
zamzam, kemudian dia bersaie di antara Safa dan Marwah jika dia
masih belum bersaie sebelum itu.
Selepas tawaf Ifadhah jemaah Haji bertahallul dengan
tahallul akbar di mana selepas tahallul ini jemaah Haji dibenarkan melakukan semua perkara.
Kemudian jemaah Haji kembali semula ke Mina untuk bermalam di sana untuk melontar ketigatiga jamrah pada ketiga-tiga hari yang berikutnya.

Saie Di Antara Safa dan Marwah:


Naik ke bukit Safa melalui Bab Safa, seboleh-bolehnya sehingga dia dapat melihat
Kaabah sambil membaca:



)

(.
Kemudian dia membaca:
)

:
, (
Sebanyak tiga kali.
Setelah itu dia berselawat ke atas Nabi s.a.w dan ketika setiap kali turun dari bukit Safa
dia membaca:

()
Sunat berlari-lari anak di antara dua garisan hijau (bagi lelaki sahaja).
Doa yang dibaca di antara dua garisan hijau ialah:
, )
.(
Kemudian dia sampai ke bukit Marwah, dengan ini dia berjaya menyempurnakan satu
pusingan saie di mana tujuh pusingan saie boleh dilakukan dengan bermula dari Safa dan
berakhir dari Marwah.
Bacaan yang dibaca ketika berhenti di bukit Marwah ialah:



)

.(
Setelah itu dia membaca zikir dan doa yang sama sebagaimana yang telah dibaca ketika
berada di bukit Safa, (jemaah Haji perlu bertalbiah semasa bersaie tetapi jemaah Umrah tidak
perlu bertalbiah).
Selepas selesai tujuh pusingan saie, disunatkan mendirikan sembahyang sunat sebanyak
dua rakaat dan sebaik-baiknya di dalam Masjidilharam.
Sunat membaca zikir-zikir, doa-doa dan mana-mana ayat Al-Quran yang mudah dibaca di
dalam saie.
Bacaan yang dibaca selepas selesai bersaie:
.()
Tidak disyaratkan ittiba' (sopan) di dalam saie di dalam mazhab Hanafi (tetapi di dalam
mazhab Syafie adalah disyaratkan ittiba' (sopan)).
Tidak disyaratkan suci bagi sah saie tetapi dengan mengambil kira tempat bersaie yang
berada di dalam Masjidilharam, jadi disunatkan berbuat demikian.

Dalam keadaan terputus saie disebabkan sembahyang atau sebab-sebab yang lain, saie perlu
disempurnakan dari pusingan yang terputus.

Jika jemaah Haji yang mengerjakan Haji Ifrad ingin mengerjakan saie selepas tawaf Qudum,
dia boleh berbuat demikian dan saie tersebut adalah saie Haji malah ketika itu dia tidak perlu

lagi bersaie selepas tawaf Ifadhah.

Setelah itu jemaah Haji kembali semula ke Mina untuk bermalam.


Kembali ke Mina

Hari Keempat: (Pertama Hari Tasyrik, Kedua Hari Menyembelih).

Di Mina jemaah Haji melontar ketiga-tiga jamrah pada hari ini, sunat dia mulakan dengan
Jamrah Sughra, kemudian wusta, kemudian kubra (Aqabah), setiap jamrah tadi dilontar
dengan tujuh biji batu kecil sambil membaca pada setiap lontaran:
.( )

Selepas setiap jamrah kecuali jamrah Aqabah Kubra, dia berdoa sambil mengangkat
kedua belah tangannya menghadap Kaabah serta berselawat kepada Nabi s.a.w dan
memohon permintaannya sambil membaca:
)
.(

Waktu melontar adalah dari gelincir matahari (waktu Zuhur) sehingga terbit matahari hari
yang berikutnya tetapi sunat di antara gelincir matahari dan Maghrib.

Jamrah Aqabah dilontar dalam keadaan menghadap ke arah Jamrah dan menjadikan Mina
berada di kanannya manakala jalan Mekah pula berada di kirinya. Manakala melontar
dari atas jambatan, ia boleh dilakukan dari mana-mana arah sekalipun.

Adapun jamrah Sughra dan Wusta pula, ia dilontar dari semua arah.

Hari Kelima: (Kedua Hari Tasyrik, Ketiga Hari Menyembelih).


Jemaah Haji juga diwajibkan melontar ketiga-tiga jamrah sebagaimana yang dilontar pada hari
sebelumnya dengan mengikut susunan yang sama dan cara serta waktu yang sama kemudian
jemaah Haji bergegas untuk ke Mekah.

Hari Keenam: (Ketiga Hari Tasyrik, Keempat Hari Menyembelih).

Jika jemaah Haji terlewat di Mina sehingga ke masa selepas tenggelam matahari hari
ketiga iaitu hari menyembelih, dia wajib melontar ketiga-tiga jamrah pada hari keempat.
Waktu melontar adalah dari terbit matahari sehingga ke waktu tenggelam matahari
(Maghrib).

.(

Yang bermaksud:
Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa
hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada
hari yang kedua, maka dia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan
(meninggalkan Mina) maka dia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi
orang yang bertakwa. Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan ketahuilah
sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya. (Surah Al-Baqarah, Ayat: 203).
Setelah itu jemaah bergegas pergi ke Mekah.

Tawaf Wada':
Apabila jemaah Haji ingin musafir, dia hendaklah tawaf di Baitullah tanpa berlari-lari
anak dan tidak juga perlu intiba' serta saie. Tawaf ini dinamakan dengan tawaf Wida' dan ia
adalah wajib, kemudian dia mendirikan sembahyang sunat tawaf sebanyak dua rakaat, seterusnya
pergi ke telaga Zamzam dan meminum airnya sambil menghadap ke arah Kaabah serta rasa

Tadhallu' dengan meminumnya sekadar termampu kemudian dia pergi ke Multazam, dia merayu
kepada Allah Taala memohon apa sahaja dari urusan dunia dan akhirat yang dia inginkan di
mana dia mulakan doa dengan pujian dan selawat kepada Nabi s.a.w. begitu juga dengan
penutupnya. Di dalam doa dia menyebut:
, ,)
, ,
.( ,
, , ,)
.(
, , ,)
.(
Kemudian dia istilam (mengucapkan selamat) kepada Hajarulaswad dan dia mengucupnya atau
mengisyarat kepadanya jika tidak dapat mengucupnya serta dia berjalan keluar dari Al-Haram
dalam keadaan mukanya menghadap ke arah pintu dan jangan berjalan secara berpatah kembali
ke belakang, dia berpaling berkali-kali ke Kaabah teragak-agak untuk meninggalkannya serta
bercita-cita untuk kembali semula menziarahi Baitul Atiq di mana ia menjadi tempat untuk
mendapatkan rahmat, keampunan dan keredhaan daripada Allah Taala.

Nasihat-nasihat dan Masalah-masalah Penting Jemaah Haji:

Nasihat Umum:
1. Mengelakkan diri dari berhutang untuk mengerjakan ibadat Haji kerana tindakan
sedemikian adalah salah memandangkan Haji tidak diwajibkan melainkan kepada orangorang yang berkemampuan untuk mengerjakannya sahaja.
2. Cuba berusaha mempelajari ibadat ini supaya tidak mendedahkan diri anda ke dalam
perkara yang boleh merosakkan pekerjaan anda atau mengurangkan pahala anda dalam
keadaan anda tidak sedar.
3. Cuba berusaha untuk mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w mengikut kemampuan anda dan
keadaan anda.
4. Ketahuilah wahai saudaraku jemaah Haji bahawa mengikut mazhab adalah merupakan
suatu kemestian di dalam Haji dan jangan cuba untuk membebankan diri anda lebih dari
kemampuan anda kerana (Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya
olehnya).
5. Cuba berusaha untuk mengelakkan diri anda dari memerhati manusia dan tumpukan
kepada pekerjaan anda dan cara melakukan ibadat anda, kerana tindakan sedemikian
boleh menyebabkan anda terlihat sesuatu yang boleh jadi perkerjaan yang dilakukan oleh
sebahagian umat Islam adalah pelik bagi anda sedangkan perkara itu adalah disebabkan
kejahilan mereka, cuba selesaikan dalam keadaan tenang dan bersabar kerana ia adalah
sebahagian dari tanda kebesaran penciptaan Allah.
6. Elakkan diri anda dari melakukan maksiat dan jauhkan diri anda dari bertengkar dan
berbalah.
7. Elakkan diri anda dari bersesak dengan manusia serta menyakiti mereka di dalam Tawaf,
Saie dan ibadat-ibadat yang lain.
8. Elakkan diri anda dari merempuh atau menenyeh wanita di tempat-tempat yang terlalu
penuh sesak (seperti Tawaf, Saie dan di Arafah).
9. Jangan persoalkan diri anda atau orang lain tentang sebab pekerjaan sebahagian ibadat
dan cuba menyerahkan diri anda kepada Allah Taala.
10. Anda hendaklah bersikap lemah lembut dengan penduduk dua tanah Haram dan jagalah
diri anda supaya tidak berlaku kasar dan bengis bersama mereka kerana sesungguhnya
penduduk Mekah adalah jiran Baitullah dan penduduk Madinah adalah jiran Rasulullah
s.a.w.
Nasihat Di Dalam Tawaf:

1. Ketahuilah wahai saudaraku bahawa Tawaf adalah Tahiyat di Al-Haram dan ia adalah
sama seperti sembahyang cuma diharuskan bercakap, oleh sebab itulah ia disyaratkan
supaya suci dari hadas besar dan kecil serta menutup aurat.
2. Elakkan dari berdiri terlalu lama di Hajarulaswad untuk memberi isyarat kerana tindakan
sedemikian boleh menyebabkan berlaku kesesakan yang sangat dahsyat.
3. Elakkan dari bersesak untuk mengucup Hajarulaswad kerana mengucupnya adalah sunat
dan tidak menyakiti diri anda serta orang lain adalah wajib, malah perkara wajib lebih
patut diikuti berbanding dengan perkara sunat.
4. Jemaah Haji disunatkan supaya khusyuk dan tenang di dalam tawafnya.
5. Muwalat (berturut-turut) di antara pusingan-pusingan di dalam tawaf adalah sunat
muakkad.
6. Elakkan diri anda dari mematahkan jari-jari anda supaya mengeluarkan bunyi dan juga
menyilangnya di dalam tawaf sebagaimana di dalam tawaf juga makruh makan, minum
dan bercakap selain dari berzikir dan berdoa.
7. Makruh tawaf dalam keadan menahan kencing dan berak atau kentut.
8. Berhati-hati supaya melakukan tawaf melalui bahagian luar binaan Hijir Ismail, bukan
melalui bahagian dalamnya kerana cara yang sedemikian bermakna jemaah Haji
melakukan tawaf di sebahagian Kaabah sahaja dan tindakan itu membatalkan pusingan
tawaf yang sedang dia lakukan.
9. Elakkan dari mengangkat suara di dalam tawaf kerana mengangkat suara kadangkala
boleh mengganggu orang lain yang melakukan tawaf.
10. Elakkan dari berlari-lari anak di dalam setiap pusingan tawaf kerana berlari-lari anak
adalah sunat pada tiga pusingan pertama tawaf sahaja yang selepasnya disusuli dengan
saie.
11. Sunat berlari-lari anak pada tiga pusingan tawaf yang pertama dan ittiba' (sopan) di dalam
pusingan-pusingan yang lain yang disusuli dengan saie selepasnya.
12. Wanita tidak disunatkan berlari-lari anak di dalam tawaf begitu juga di dalam saie.
13. Elakkan dari ittiba' (sopan) ketika selawat.
14. Elakkan dari menyentuh maqam Ibramim dan menciumnya kerana perbuatan ini adalah
bidaah bercanggah dengan sunnah begitu juga dengan berpegang pada dinding kaabah.

15. Elakkan dari terlalu berusaha untuk sembahyang di belakang maqam Ibrahim selepas
tawaf ketika keadaan terlalu penuh sesak dan harus sembahyang di mana-mana tempat di
dalam Masjidilharam.
16. Perempuan hendaklah menjaga dirinya supaya tidak memperlihatkan rambutnya ketika
bertahallul (ketika bergunting).
Nasihat Pada Hari Arafah:
1. Sentiasa memastikan untuk bertalbiah di dalam perjalanan ke Arafah.
2. Elakkan dari malas, membuang waktu serta tidak mahu lagi sibuk berdoa dan berzikir
pada hari Arafah kerana Nabi s.a.w bersabda: Sebaik-baik doa ialah doa pada hari Arafah.
3. Sentiasa memastikan untuk menghadap kiblat ketika berdoa sekadar termampu.
4. Berusaha untuk wuquf di dalam kawasan Arafah bukan di luarnya.
5. Jemaah Haji hendaklah mengambil perhatian bahawa di dalam masjid Namirah hanya
tiga perempat sahaja yang termasuk di dalam Arafah manakala satu perempat lagi berada
di luar Arafah, oleh yang demikian berhati-hatilah tentang perkara tersebut jika tidak
anda akan kehilangan wuquf di Arafah menyebabkan Haji anda tidak sah.
6. Elakkan dari wuquf di Jabal Rahmah kerana tindakan itu akan menyebabkan berlaku
kesesakan dan boleh menyakiti orang lain.
7. Berusaha untuk turun dari selepas tenggelam matahari, dengan demikian anda
menghimpunkan di antara malam dan siang, sekiranya anda turun sebelum Maghrib maka
anda diwajibkan membayar dam.
8. Jagalah diri anda supaya tidak buruk sangka pada Allah iaitu anda menyangka Allah tidak
mengampunkan dosa anda kerana itu merupakan dosa pertama yang anda lakukan.
Nasihat Di Mina:
1. Anda wajib memastikan bahawa ketulan batu memang terjatuh ke tempat lontaran dan
tidak melontar dengan cara yang tidak sepatutnya.
2. Elakkan dari melontar kesemua batu-batu secara serantak kerana tindakan sedemikian
tidak dikira bagi jemaah Haji cuma ia dikira sebagai satu lontaran sahaja.
3. Elakkan diri anda dari melontar secara berlawanan dengan susunannya bahkah wajib
dimulakan dari Sughra kemudian, Wusta seterusnya Kubra.
4. Elakkan dari melontar dengan bilangan yang lebih sedikit atau lebih banyak secara
sengaja melainkan jika anda telah ragu-ragu di dalam bilangannya.

5. Jangan lupa berdoa selepas melontar di Jamrah Sughra dan Wusta kerana ia bercanggah
dengan sunnah dan meluputkan diri anda dari melakukan kebaikan yang sangat besar.
6. Jangan berdoa selepas melontar di Jamrah Kubra (Jamrah Aqabah) kerana ia bercanggah
dengan sunnah.
Nasihat Di Madinah Munawwarah:
1. Iltizam dengan sunnah Nabi secara baik dan menetapkannya.
2. Ketika jemaah Haji dipesan supaya menyampaikan salam kepada Rasulullah s.a.w oleh
seseorang maka janganlah kamu berkata Assalamu'alaikum wahai Rasulullah daripada
(syeikh, Haji, jurutera atau doktor si Polan) bahkan sebut sahaja namanya kerana tidak
ada mana-mana kedudukan di hadapan penghulu segala Rasul s.a.w.
3. Berusaha untuk mendirikan sembahyang di Raudhah kerana Raudhah adalah merupakan
sebahagian dari taman-taman syurga.
4. Tidak memegang dan mencium dinding maqam.
5. Berjalan di Madinah dalam keadaan tenang, sopan serta penuh beradab kerana anda
berjalan mengikut langkah Nabi s.a.w dan para sahabat.
6. Tidak sukan atau bercakap dengan kuat di mana mengangkat suara di sisi Rasulullah
s.a.w boleh menggugurkan amalan soleh.
7. Tidak merokok, apabila anda merupakan perokok, berusahalah bersungguh-sungguh
untuk berhenti dari merokok di tanah suci kerana tidak sedemikian merupakan perbuatan
fasiq terutama di Madinah Rasulullah s.a.w. malah ia juga dianggap sebagai tidak
beradab bersama Rasulullah s.a.w.

Anda mungkin juga menyukai