Anda di halaman 1dari 2

MEMELIHARA AKAL

Perkara-perkara yang menyentuh tentang cara serta makanan dan minuman yang
baik untuk kesihatan tubuh badan dan akal fikiran juga diajarkan dalam Islam. Di
dalam Al Quran ada dinyatakan tentang kebaikan pengambilan madu lebah sebagai
ubat yang paling mujarab untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Menjaga kesihatan
menjadi kewajipan umat Islam. Adab makan juga diajarkan di dalam Islam.
Contohnya sebelum makan mestilah mencuci tangan supaya kekotoran pada tangan
dapat dibersihkan. Islam juga mengesyurkan memegang makanan menggunakan
tangan kanan kerana tangan kanan mengandungi kimia yang membantu
penghazaman makanan. Makanan yang mudah hazam menjamin kesihatan tubuh
badan seterusnya menyihatkan fikiran dan akal. Tubuh badan yang sihat akan
menjamin akal yang sihat ke arah membina negara dan menegakkan agama.
Makanan yang dimakan atau minuman yang diminum hendaklah yang halal yang
terhasil dari usaha yang halal kerana makanan dan minuman ini akan menjadi darah
dan daging serta menjana minda. Makanan atau minuman yang haram akan
mengotorkan jiwa dan merosakkan akal.
Hendaklah perut itu dipaksa jangan sampai senang kepada kerakusan, sedikit
sahaja makan dan itupun yang halal sahaja, menjauhi perkara-perkara syubhat dan
dilarang untuk mengikut syahwat sehingga tidak mengenal batas.
(Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi; Intipati Ihya Ulumuddin
Pengajaran Bagi Orang-orang Mukmin, halaman 1364 )
Islam juga mengajar adab melakukan pekerjaaan. Islam mengajar umatnya
memulakan langkah dengan kaki kanan kerana pergerakan anggota kanan akan
mengaktifkan otak kiri. Otak kiri yang aktif akan melahirkan insan yang cerdik serta
kuat ingatan dan akalnya. Melakukan perkara yang merosakkan diri juga adalah
dilarang. Contohnya minum arak, ia dilarang kerana boleh menyebabkan mabuk dan
merosakkan akal. Mabuk dan akal yang rosak ini menjadikan manusia tidak siuman
seterusnya menggalakkan mereka melakukan kemudaratan kepada diri, orang lain
serta persekitarannya. Untuk lebih menjamin kewarasan akal, Islam mewajibkan

umatnya menuntut ilmu demi meningkatkan tahap pemikiran. Umat Islam digalakkan
menimba ilmu sebanyak-banyaknya walau di manapun supaya dengan ilmu yang
dimiliki akal akan terpelihara seterusnya menghindar diri dari melakukan perkaraperkara yang menyalahi norma masyarakat serta ditegah oleh agama. Malah
mencari ilmu itu merupakan satu ibadat dan jihad di dalam Islam. Tidak syak lagi ia
bersesuaian dengan nilai agama lain dan sesuai diamalkan oleh semua orang.

Anda mungkin juga menyukai