Anda di halaman 1dari 3

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan tatabahasa.

Kenal pasti kesalahan itu dan sila buat


pembetulan.
1. Oleh kerana begitu lama bekerja sebagai editor, ianya mempunyai banyak pengalaman dalam hal
karang-mengarang.
2. Setiap pelajar-pelajar yang mengikuti seminar itu diminta mengecam struktur ayat yang menyalahi akan
hukum tatabahasa.
3. Budak yang mencuri duit itu menegaskan yang dia tidak pernah menerima didikan agama dari kedua
orang tuanya.
4. Banyak pepohon yang rendang ditanam di kiri kanan lebuhraya itu.
5. Jimat-cermat adalah merupakan sikap yang patut diamalkan oleh kita sejak dari bangku sekolah lagi.
6. Kerajaan mensasarkan tentang keuntungan melalui projek mega itu adalah sebanyak RM200 bilion.
7. Perbuatan saling tolong-menolong di dalam melakukan sesuatu perkara yang tidak baik amatlah ditegah.
8. Juruterbang-juruterbang MAS dan AirAsia sedang menjalani kursus lanjutan di Perdana Hotel.
9. Jawapan yang dikemukakan itu adalah merujuk buku teks dan nota guru.
10. Persatuan bekas-bekas pelajar SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra akan mengadakan program
Kembali Berbakti pada minggu hadapan.
11. Majlis pelancaran, pelantikan jawatankuasa, dan perletakan batu asas oleh tetamu jemputan berjalan
lancar.
ANALISIS JAWAPAN:1. Kesalahan kata sendi: oleh kerana > oleh sebab/Kerana, kesalahan kata ganti diri: ianya > ia /dia,
kesalahan kata kerja transitif: mempunyai banyak pengalaman > banyak mempunyai pengalaman
2. Kesalahan kata bilangan: setiap pelajar-pelajar > setiap pelajar, kesalahan kata kerja: menyalahi akan
hukum > menyalahi hukum
3. Kesalahan kata kerja transitif: menegaskan yang > menegaskan bahawa, kesalahan kata sendi: dari >
daripada, kesalahan kata bilangan: kedua orang > kedua-dua orang
4. Kesalahan kata ganda: Banyak pepohon > Banyak pohon / Pohon-pohon, kesalahan kata sendi: di kiri
kanan > di kiri dan di kanan, kesalahan kata majmuk: lebuhraya > lebuh raya
5. Kesalahan kata setara: Jimat-cermat > Jimat cermat, kesalahan kata pemeri: adalah merupakan >
merupakan, kesalahan ayat pasif diri ke-3: diamalkan oleh kita > kita amalkan, kesalahan kata sendi:
sejak dari > sejak
6. Kesalahan imbuhan: mensasarkan > menyasarkan, kesalahan kata kerja transitif: menyasarkan tentang
keuntungan > menyasarkan keuntungan
7. Kesalahan kata ganda: saling tolong-menolong > saling menolong, kesalahan kata sendi: di dalam
melakukan > dalam melakukan
8. Kesalahan hukum DM: Perdana Hotel > Hotel Perdana
9. Kesalahan kata pemeri: adalah merujuk > merujuk
10. Kesalahan kata ganda: Persatuan bekas-bekas > Persatuan bekas

11. Kesalahan imbuhan: perletakan > peletakan


LATIHAN MENGENAL PASTI KESALAHAN EJAAN & KESALAHAN
PENGGUNAAN IMBUHAN
(i) Kerajaan sudah melulus undang-undang yang membenarkan pegawai penguatkuasa menahan individu
yang berkelakuan tidak bermoral.
(ii) Kenaikkan harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa agar tidak membebankan gulungan
berpendapatan rendah.
(iii) Ketua sendiket pemalsuan kad kredit telah diberkas oleh pihak polis dalam penyerbuan semalam.
(iv) Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mensyorkan pembinaan sebuah stesen jana kuasa kecil di
situ.
(v) Penggunaan e-mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampai mesej dalam beberapa saat
sahaja.
(vi) Kempen anti-dadah peringkat kebangsaan yang dilancar oleh kerajaan mendapat sambutan
menggalakkan daripada masyarakat.
(vii) Semasa berada di peringkat pra-sekolah, kanak-kanak diberikan dedahan awal tentang alam
persekolahan.
(viii) Disamping beriadah, kita perlu mengambil makanan seimbang bagi mempastikan kesihatan terjamin.
(ix) Hasil kajian tentang kualiti alam sekitar itu perlu dianalisa sebelum laporan perincian dibuat.
(x) Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber alam semula jadinya.
(xi) Guru bimbingan itu telah memberikan keterangan yang jelas tentang profesyen sebagai pakar bedah.
(xii) Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengenengahkan moto yang berteraskan perpaduan belia
semalaysia.
(xiii) Syarikat pemaju perumahan akan membayar gantirugi kepada pembeli yang rumahnya gagal menyiapkan
mengikut jadual.
(xiv) Ketrampilan berbahasa dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu mestilah diperkukuhkan dari semasa
ke semasa.
(xv) Aturcara kejohanan olahraga tahunan yang lengkap dimuat dalam buku program.
(xvi) Nawi selalu menasihatkan kawan-kawannya agar tabah dalam menghadapi cabaran hidup tetapi ketika
musibah menimpa dirinya, dia tidak dapat menanggongnya.
(xvii) Kebanyakan pelancung lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di pesisiran pantai Malaysia.
(xviii) Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai progrem kemasyarakatan supaya hubungan antara
kaum dapat dipereratkan.
(xix) Ketika mereka mengadakan latihan silat, langkah sumbangan anak muridnya itu telah dikenal pasti oleh
maha guru itu.
(xx) Kemajuan dan modernisasi telah bidang berkomunikasi telah menghasilkan penciptaan alat hubungan
untuk kemudahan manusia sejagat
JAWAPAN LATIHAN MENGENAL PASTI KESALAHAN PENGGUNAAN EJAAN DAN KESALAHAN
IMBUHAN
Assamualaikum.
Berikut saya paparkan jawaban/jawapan bagi Latihan Mengenal Pasti Kesalahan Penggunaan Ejaan dan
Kesalahan Imbuhan yang terdapat dalam siri 7. Jawapan ditulis semula dalam ayat yang lengkap untuk
menunjukkan kedudukan kesalahan tersebut dalam ayat yang diuji sebagai panduan kita bersama.
(i) Kerajaan sudah meluluskan undang-undang yang membenarkan pegawai penguat kuasa menahan individu
yang berkelakuan tidak bermoral.
(ii) Kenaikan harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa agar tidak membebankan golongan
berpendapatan rendah.
(iii) Ketua sindiket pemalsuan kad kredit telah diberkas oleh pihak polis dalam serbuan semalam.

(iv) Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mengesyorkan pembinaan sebuah stesen janakuasa kecil di
situ.
(v) Penggunaan e-mel memberikan kemudahan untuk seseorang menyampaikan mesej dalam beberapa saat
sahaja.
(vi) Kempen antidadah peringkat kebangsaan yang dilancarkan oleh kerajaan mendapat sambutan
menggalakkan daripada masyarakat.
(vii) Semasa berada di peringkat prasekolah, kanak-kanak diberikan pendedahan awal tentang alam
persekolahan
(viii) Di samping beriadah, kita perlu mengambil makanan seimbang bagi memastikan kesihatan terjamin.
(ix) Hasil kajian tentang kualiti alam sekitar itu perlu dianalisis sebelum laporan terperinci dibuat.
(x) Malaysia mampu memajukan bidang ekopelancongan kerana kekayaan sumber alam semula jadinya.
(xi) Guru bimbingan itu telah memberikan penerangan yang jelas tentang profesion sebagai pakar bedah.
(xii) Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengetengahkan moto yang berteraskan perpaduan belia seMalaysia.
(xiii) Syarikat pemaju perumahan akan membayar ganti rugi kepada pembeli yang rumahnya gagal disiapkan
mengikut jadual.
(xiv) Keterampilan berbahasa dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu mestilah diperkukuh dari semasa ke
semasa.
(xv) Atur cara kejohanan olahraga tahunan yang lengkap dimuatkan dalam buku program.
(xvi) Nawi selalu menasihati kawan-kawannya agar tabah dalam menghadapi cabaran hidup tetapi ketika
musibah menimpa dirinya, dia tidak dapat menanggungnya.
(xvii) Kebanyakan pelancong lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di persisiran pantai Malaysia.
(xviii) Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai program kemasyarakatan supaya hubungan antara
kaum dapat dipererat.
(xix) Ketika mereka mengadakan latihan silat, langkah sumbang anak muridnya itu telah dikenal pasti oleh
mahaguru itu.
(xx) Kemajuan dan modenisasi dalam bidang komunikasi telah menghasilkan penciptaan alat perhubungan
untuk kemudahan manusia sejagat

Anda mungkin juga menyukai