Anda di halaman 1dari 7

CATUR MSSM

PERATURAN PERTANDINGAN CATUR MSSM


(Pindaan Mac 2009)

UNDANG-UNDANG PERMAINAN CATUR


Pertandingan catur Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dijalankan dengan menggunapakai
Undang-undang Persekutuan Catur Antarabangsa ( Federation Internationale Des Echecs FIDE) dan
Peraturan-Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) yang sedang berkuatkuasa.

JENIS PERTANDINGAN
2.1

Kategori Individu
2.1.1
2.1.2
2.1.3
2.1.4
2.1.5
2.1.6

2.2

Kategori Berpasukan
2.1.1
2.1.2
2.1.3
2.1.4
2.1.5
2.1.6

Lelaki berumur 18 Tahun dan ke bawah


Perempuan berumur 18 Tahun dan ke bawah
Lelaki berumur 15 Tahun dan ke bawah
Perempuan berumur 15 Tahun dan ke bawah
Lelaki berumur 12 Tahun dan ke bawah
Perempuan berumur 12 Tahun dan ke bawah

PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN


3.1

Kiraan umur pemain bagi setiap kategori adalah pada 1 Januari tahun pertandingan.

3.2

Setiap MSS Negeri dibenarkan mendaftar jumlah pemain/pasukan seperti berikut:-

Bil
3.2.1
3.2.2
3.2.3
3.2.4
3.2.5
3.2.6

Lelaki berumur 18 Tahun dan ke bawah


Perempuan berumur 18 Tahun dan ke bawah
Lelaki berumur 15 Tahun dan ke bawah
Perempuan berumur 15 Tahun dan ke bawah
Lelaki berumur 12 Tahun dan ke bawah
Perempuan berumur 12 Tahun dan ke bawah

Kategori
Lelaki berumur 18 tahun dan ke bawah
Perempuan berumur 18 tahun dan ke bawah
Lelaki berumur 15 tahun dan ke bawah
Perempuan berumur 15 tahun dan ke bawah
Lelaki berumur 12 tahun dan ke bawah
Perempuan berumur 12 tahun dan ke bawah

Individu
2
2
2
2
2
2

Berpasukan
4
4
4
4
4
4

JUMLAH
6
6
6
6
6
6

SISTEM PERTANDINGAN
Peraturan Pertandingan

CATUR MSSM

4.1

Pertandingan ini dijalankan serentak bagi semua kategori.

4.2

Pertandingan Kategori Individu.


Pertandingan Kategori Individu dijalankan mengikut prinsip-prinsip Sistem Swiss
Pemasangan Terus.
4.2.1

Susunan Pemain (Ranking)


Susunan ranking bagi kategori individu di tetapkan dan disusun semasa mesyuarat
pengurus pasukan.
Susunan pemain (ranking) adalah berdasarkan kepada pencapaian
pertandingan MSSM tahun sebelumnya sehingga kedudukan ke-10 bagi setiap
Kategori. Pemain yang mendapat kedudukan terbaik hendaklah diletakkan/diberikan
ranking pertama dan seterusnya. Pemain yang bertukar kategori adalah tidak terlibat
dalam keadaan ini.
Seterusnya susunan ranking disambung dengan pemain-pemain yang mempunyai FIDE
rating dan diikuti pula dengan pemain yang mempunyai National rating.
Seterusnya, pemain-pemain lain disusun berdasarkan undian.

4.2.2

Pemain Penggenap
Jika jumlah pemain menjadi ganjil dalam sesuatu kategori, maka seorang pemain
tambahan boleh dimasukkan untuk menggenapkan jumlah pemain. Pasukan tuan
rumah diberi keutamaan untuk menambahkan seorang pemain penggenap ini. Jika
tuan rumah tidak mengisi pemain penggenap ini, maka seorang pemain tambahan dari
pasukan lain boleh dibenarkan bermain bagi menggenapkan jumlahnya. Jika ada lebih
daripada sebuah pasukan berminat untuk mengisi kekosongan pemain penggenap,
pemilihan hendaklah dibuat secara undian bagi memilih salah seorang daripada mereka
sebagai pemain penggenap.
Dalam apa keadaan sekalipun, penambahan lebih daripada seorang pemain
tambahan adalah tidak dibenarkan.

4.2.3

Jumlah Pusingan
Jumlah pusingan permainan ditetapkan ialah 7 pusingan.

4.3

Pertandingan Kategori Berpasukan


Peraturan Pertandingan

CATUR MSSM

4.3.1

Pertandingan Kategori Berpasukan dijalankan mengikut prinsip-prinsip


Sistem Swiss.

4.3.2

Susunan Pasukan (Team ranking) adalah berdasarkan kedudukan kejohanan tahun


sebelumnya.

4.3.3

Susunan Pemain Dalam Pasukan (Player Ranking In Team)


Pengurus Pasukan adalah bertanggungjawab menyusun ranking pemain-pemain
bagi kategori berpasukannya berdasarkan aturan yang ditetapkan. Pemain yang tidak
disusun mengikut aturan akan dibatalkan penyertaannya.
Susunan pemain (ranking) adalah berdasarkan kepada pencapaian pertandingan MSSM
tahun sebelumnya sehingga kedudukan ke-10 bagi setiap
kategori. Pemain yang mendapat kedudukan terbaik hendaklah diletakkan di papan
pertama dan seterusnya. Pemain yang bertukar kategori adalah tidak terlibat dalam
keadaan ini.
Seterusnya susunan kedudukan papan pemain disambung oleh pemain-pemain yang
mempunyai FIDE rating dan diikuti pula dengan pemain yang mempunyai National
Rating.
Seterusnya, pemain-pemain lain disusun secara bebas.
.

4.3.4

Jumlah Pusingan
Jumlah pusingan permainan ditetapkan ialah 7 pusingan.

TEMPOH BERMAIN
5.1

Tempoh permainan bagi kategori individu dan berpasukan ialah 1 jam 30 minit bagi
setiap pemain.

5.2

Arbiter berhak memberhentikan permainan sekiranya bendera jam salah seorang atau
kedua-dua pemain telah jatuh dengan sah.

KAEDAH MENENTUKAN KEPUTUSAN


6.1

Menentukan Keputusan Kategori Individu.


6.1.1

Pemain yang menang diberikan 1 mata, mata jika seri dan 0 mata jika kalah. Pemain
bye diberikan 1 mata.

6.1.2

Pemain yang mendapat jumlah mata terbanyak akan menjadi johan dan
seterusnya.

Peraturan Pertandingan

CATUR MSSM

6.1.3

Jika terdapat kedudukan mata yang sama, sistem pemecah-seri (tie-break)


berikut hendaklah digunakan.
a)
b)
c)
d)

Mata Solkoff / Buchholz


Mata Sonneborn-Berger
Mata Median-Solfkoff / Median-Buchholz
Mata progresif / kumulatif

Keputusan (Standings) yang dikeluarkan oleh komputer adalah muktamad.


6.2

Menentukan Keputusan Pertandingan Berpasukan


6.2.1

Mata Kemenangan Individu (Game Point)


Pemain yang menang akan diberi 1 mata, 1/2 mata jika seri dan 0 mata jika
Kalah. Pemain yang bye akan diberikan 1 mata. Jumlah mata ini akan dikira untuk
menentukan keputusan perlawanan pasukan (Match Point) pada pusingan berkenaan.

6.2.2

Mata Kemenangan Pasukan (Match Point)


Pasukan yang mendapat jumlah mata kemenangan individu melebihi pihak lawan akan
dikira menang dan diberikan 2 mata. Pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama
dengan pihak lawan akan dikira seri dan diberikan 1 mata. Pasukan yang mendapat
jumlah mata individu yang kurang daripada pihak lawan akan dikira kalah dan diberi 0
mata. Pasukan yang mendapat bye dalam mana-mana pusingan akan diberikan 2 mata
Kemenangan Pasukan (Match Point) dan 2 mata kemenangan individu (Game Point).
Rajah yang berikut boleh dijadikan rujukan,

Match Point

Game Point

Menang
Seri
Kalah
Bye

2 mata
1 mata
0 mata
2 mata

Mengikut jumlah mata


sebenar perlawanan
2 mata

6.2.3

Keputusan kategori berpasukan adalah berdasarkan kepada Jumlah Mata


Kemenangan Pasukan ( Total of Match Point). Pasukan yang mengumpul jumlah
mata kemenangan pasukan terbanyak akan diisytiharkan sebagai johan dan
seterusnya.

6.2.4

Jika terdapat kedudukan mata yang sama, sistem pemecah-seri (tie-break)


berikut hendaklah digunakan bagi menentukan kedudukan seterusnya.
a)
b)
c)
d)

6.2.5

6.3

Keputusan

Jumlah mata kemenangan individu ( Game Point )


Mata Solkoff / Buchholz
Mata Sonneborn-Berger
Mata Median-Solfkoff / Median-Buchholz

Pemain yang tidak bermain mengikut aturan (ranking) pendaftaran akan dikira kalah dan
kemenangan diberikan kepada pihak lawannya.

Menentukan Johan Keseluruhan.


Penentuan adalah berdasarkan kepada jumlah pungutan markah kesemua 12 kategori
berdasarkan Format Pengiraan Untuk Kejohanan Sukan Spesifik MSS Malaysia. Pasukan yang
mengumpul jumlah markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai Johan Keseluruhan. Sekiranya
Peraturan Pertandingan

CATUR MSSM

terdapat persamaan markah maka penentuan kedudukan terbaik adalah melalui bilangan johan,
kemudian bilangan naib johan, kemudian bilangan tempat ketiga, dan seterusnya.

HADIAH
Hadiah-hadiah disediakan oleh MSSM seperti berikut:-

7.1

Hadiah Kategori Individu.


Hadiah bagi setiap kategori ialah dari tempat pertama hingga ke sepuluh. ( Top ten )

7.2

Hadiah Kategori Berpasukan.


Hadiah bagi kategori berpasukan ialah dari tempat pertama hingga ketiga.

7.3

Johan Keseluruhan
Satu hadiah sahaja disediakan (Bergantung kepada pihak pengelola)

7.4

Best Board....

PAKAIAN
8.1

Setiap pemain dikehendaki memakai pakaian seragam negeri atau identiti pasukan
masing-masing. Sekiranya tidak ada pakaian seragam negeri atau identiti pasukan, maka
baju/baju-T berkolar hendaklah digunakan.

8.2

Setiap pemain hendaklah memakai seluar panjang dan memakai kasut. Seluar pendek ,
seluar jeans dan selipar adalah dilarang.

8.3

Setiap pemain perempuan yang tidak memakai seragam negeri atau identiti pasukan
dikehendaki memakai pakaian yang sopan.

8.4

Setiap pemain dilarang membawa atau mengguna peralatan yang boleh mengganggu seperti
alatan elektronik, topi, cermin mata hitam dan sebagainya.

8.5

Setiap pemain dilarang membawa atau mengguna telefon bimbit / telefon mudah alih atau
sebahagian daripada komponen alat tersebut. Pemain yang didapati membawa atau mengguna
alatan ini akan dikenakan penalti dan dikira kalah dalam pusingan tersebut. Dia juga, boleh
dihalang bermain dalam pusingan-pusingan berikutnya.

PEMAIN KURANG UPAYA (OKU)


Sekiranya terdapat Pemain Kurang Upaya (OKU), maka pengelola hendaklah mengambil
langkah yang bersesuaian dari segi kebajikan pemain itu sendiri mahupun kepada pemainpemain lain. Sekiranya perlu, seorang Arbiter perlulah dilantik khas untuk menyelia disepanjang
tempoh permainan.
Jika set permainan khas diperlukan, maka pengurus kontinjen pemain itu sendiri adalah
bertanggungjawab untuk menyediakannya.
Bagi Pemain y

10

DEWAN PERMAINAN
9.1

Dewan Pertandingan
Peraturan Pertandingan

CATUR MSSM

Sebuah dewan yang besar dan selesa, yang boleh menempatkan kesemua pemain dan pegawai
hendaklah disediakan untuk pertandingan.

10

11

9.2

Sempadan Kawasan Permainan


Sempadan kawasan bermain di dalam dewan perlu dipagar dengan tali keselamatan dan
beberapa papan notis tentang kawasan larangan ini hendaklah dipamerkan di sekeliling
kawasan permainan.

9.3

Meja dan kerusi


Meja yang sesuai saiznya perlu disediakan. Meja ini hendaklah boleh menempatkan papan catur,
jam catur, label meja/papan catur, label nama pemain, bendera pasukan negeri dan perlu ada
ruang untuk pemain menulis/merekod pergerakan permainan caturnya. Kerusi yang selesa
perlu disediakan memandangkan tempoh bermain yang sangat panjang. Meja pemain hendaklah
disusun mengikut kategori, dengan sebelah dewan diperuntukkan untuk kategori lelaki dan
sebelah lagi untuk kategori perempuan.

9.4

Meja Pengurusan Pegawai Pertandingan


Meja yang secukupnya perlu disedia dan disusun di bahagian hadapan dewan.

9.5

Pembesar suara
Pembesar suara perlu disediakan dan berfungsi sepanjang masa.

ALATAN
10.1

Buah Catur
Buah catur standard yang digunakan ialah dengan saiz ukuran tinggi raja (king) di antara
8.5 cm 10.5 cm.

10.2

Papan Catur
Papan catur standard yang digunakan ialah dengan saiz sisi bagi setiap petak sisi empat
samanya berukuran 5.0 cm 6.5 cm.

10.3

Jam catur digital dan jam catur analog berbendera sama ada yang menggunakan spring atau
bateri boleh digunakan. Jika jam catur digital yang digunakan, maka hendaklah dipastikan time
increment mesti tidak berfungsi.

MENARIK DIRI
Rujuk Peraturan 11, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

12

BANTAHAN
Rujuk Peraturan 12, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

13

JURI RAYUAN
Rujuk Peraturan 13, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

14

LEMBAGA TATATERTIB
Rujuk Peraturan 14, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

15

MAJLIS RASMI
Rujuk Peraturan 15, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

16

KESELAMATAN
Peraturan Pertandingan

CATUR MSSM

Rujuk Peraturan 16, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

17

PENYALAHGUNAAN DADAH
Rujuk Peraturan 17, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

18

KENYATAAN AKHBAR
Rujuk Peraturan 18, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

19

PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA


Rujuk Peraturan 19, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

Peraturan Pertandingan

Anda mungkin juga menyukai