Anda di halaman 1dari 2

Dua waktu telah diperuntukkan untuk pengajaran KOMSAS dari jumlah 6 waktu

asal bahasa Melayu dalam seminggu bagi setiap kelas. Dari segi pelaksanaannya, para
pelajar sekolah menengah akan mempelajari sebanyak 56 waktu dalam tempoh 26
minggu setahun bermula Mac 2000. Kementerian Pendidikan Malaysia telah
memperuntukkan waktu yang relevan untuk pengajaran dan pembelajaran dengan
menetapkan konsep 4 + 2 iaitu empat waktu untuk mempelajari aspek bahasa dan dua
waktu lagi untuk KOMSAS. Walaupun peruntukan waktu itu dikatakan relevan, tetapi
boleh dirumuskan bahawa peruntukan waktu tersebut masih kecil dan tidak dapat
memupuk semangat menghayati dan mencintai sastera Melayu dalam kalangan pelajar.
Para pelajar dan guru masih berada dalam landasan desakan dan batasan masa ini
membawa mereka untuk mengkaji teks-teks sastera dalam sistem berorientasikan
peperiksaan dan bukannya berlandaskan tujuan penghayatan.

Selain itu, setiap pelajar perlu mengkaji 130 karya sastera dalam tempoh lima
tahun persekolahan dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Karya-karya sastera terpilih
meliputi genre novel, cerpen, drama, prosa tradisional, puisi tradisional dan sajak.
Pelajar setiap tingkatan perlu mengkaji 26 karya yang meliputi semua genre tersebut.
Pelaksanaan KOMSAS yang bermula sejak Mac 2000 antara lain bertujuan untuk
membolehkan para pelajar memberikan pendapat dan hujah yang kritis dan analitis
dalam pelbagai situasi serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar
ke atas pelbagai bahan sastera yang dibaca.

Namun di sebalik tujuan yang ideal tersebut timbul pula kekangan kedua iaitu
persepsi pelajar terhadap KOMSAS disebabkan oleh jumlah teks wajib yang besar iaitu
sebanyak 130 karya dan peruntukan waktu mengajar KOMSAS yang kecil. Penjadualan
semula subjek bahasa Melayu sebanyak enam kali seminggu dan dua sahaja
diperuntukkan untuk KOMSAS juga mampu menjejaskan penguasaan subjek bahasa
Melayu sebagai subjek wajib lulus dalam peperiksaan awam. Hal ini demikian kerana
peruntukan waktu hanya sebanyak 4 waktu menjadi cabaran besar kepada guru dan
pelajar untuk menguasai kemahiran tinggi dalam subjek bahasa Melayu seperti
tatabahasa, pemahaman, penulisan karangan dan seb againya.

Anda mungkin juga menyukai