Anda di halaman 1dari 39

HADITH-HADITH MENGENAI SIHIR DAN

RAWATANNYA DALAM AL-KUTUB AL-SITTAH


Oleh:
Khadher Ahmad*
Ishak Suliaman**

Abstrak
There are numbers of Prophetic texts or Hadith
regarding the topic of sorcery and its treatment. Based
on textual analysis, there are 36 texts of hadith in alKutub al-Sittah (The Six Books of Hadith), pertaining
the topic of sorcery and it treatments. There are 24
texts of Hadith focusing on the concept of sorcery,
its types and the explanation of witchcraft cases on
the time of the Prophet and regarding the sorcerer.
In addition, there are 12 texts of Hadith explain the
Prophetic methods in dealing with the treatment of
curing the sorcery and its preventive approaches. The
study reveals that the topic of sorcery and its treatment
derives from 48 texts of Hadith in Sahih al-Bukhari,
29 texts of Hadith in Sahih Muslim, 20 texts of Hadith
in Sunan Abi Dawud, 17 texts of Hadith in Jami alTirmidhi, 9 texts of Hadith in Sunan al-Nasai and 12
texts of Hadith in Sunan Ibn Majah. In terms of quality
of Prophetic texts of sorcery and its treatment, it is
found that out of 36 texts of Hadith, there are 31 texts
of Hadith Sahih, 2 texts of Hadith Hasan and 3 texts of
Hadith Daif.
*

Fellow SLAI merangkap pelajar Ijazah Tinggi di Jabatan al-Quran & alHadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur yang
sedang menyiapkan tesis PhD. (Emel: kbd1997@gmail.com)

**

Prof. Madya di Jabatan al-Quran dan al-Hadith merangkap Timbalan


Pengarah Bahagian Ijazah Tinggi, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya Kuala Lumpur. (Emel: ishakhs69@gmail.com)

95

AL-BAYAN (BIL. 9)

Keyword: Propethic Tradition (Hadith), Treatment,


al-Kutub al-Sittah (The Six Book)

Pengenalan
Sihir adalah satu isu kemasyarakatan yang dibahaskan secara jelas
dalam al-Quran dan hadith Nabi SAW. Dalam surah al-Baqarah ayat
102,1 Allah SWT menjelaskan bahawa sihir menjadi penyebab kepada
keruntuhan institusi kekeluargaan. Antara impak kepada perlakuan
sihir adalah boleh membawa kepada perpisahan dan memecah
belahkan hubungan suami dan isteri yang merupakan induk asas dalam
pembentukan sesebuah keluarga.
Manakala dalam hadith, Aishah RA meriwayatkan tentang
peristiwa Nabi SAW disihir oleh seorang lelaki berbangsa Yahudi
bernama Labid bin al-Asam. Nabi SAW juga menjelaskan bahawa
sihir adalah salah satu daripada tujuh dosa besar yang setanding
dengan perlakuan syirik kepada Allah SWT, melakukan pembunuhan
tanpa haknya, memakan harta anak yatim dan melakukan tuduhan
zina terhadap wanita yang solehah.
Melalui penelitian dalam kitab-kitab hadith, di dapati bahawa
perbahasan tentang sihir dijelaskan oleh Nabi SAW melalui beberapa
tema yang merangkumi pelbagai aspek seperti kisah-kisah tentang
sihir, dakwaan orang-orang kafir bahawa Nabi SAW seorang ahli sihir,
penjelasan tentang hakikat sihir, penjelasan tentang peristiwa Nabi
SAW disihir dan pendekatan yang dilakukan oleh Nabi SAW dalam
merawat sihir yang dihadapi oleh baginda dan lain-lain lagi. Dari itu,
artikel ini akan mengumpulkan hadith-hadith yang menjelaskan tentang
persoalan sihir serta hadith-hadith yang berkaitan dengan rawatannya.

Skop Dan Metodologi


Artikel ini berusaha untuk menyenaraikan dan mengkategorikan
hadith-hadith yang menyebutkan tentang sihir merujuk kepada
pendekatan mawdui (tematik) khususnya daripada hadith-hadith yang
1

Firman Allah SWT (


) , Maksudnya: Ilmu
sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya.

96

HADITH-HADITH MENGENAI SIHIR DAN RAWATANNYA DALAM AL-KUTUB AL-SITTAH

diriwayatkan dalam al-Kutub al-Sittah sahaja.2 Artikel ini berusaha


untuk mendedahkan jumlah sebenar hadith-hadith dalam al-Kutub
al-Sittah melalui metodologi kuantitatif, artikel ini berusaha untuk
mendedahkan jumlah sebenar hadith-hadith dalam al-Kutub al-Sittah
yang berhubung rapat dengan permasalahan sihir dan rawatannya di
samping melihat taburannya mengikut nama kitab dan nama bab dalam
kitab-kitab hadith tersebut termasuk hadith-hadith yang berulang.
Hasil analisis ini akan memperlihatkan taburan dan kuantiti
hadith-hadith berhubung dengan sihir dan hadith-hadith yang dikaitkan
dengan rawatan sihir dalam setiap kitab-kitab hadith tersebut. Untuk
mengira jumlah hadith, pengkaji merujuk kepada penomboran hadith
yang diletakkan dalam Mawsuah al-Hadith al-Sharif al-Kutub alSittah, terbitan Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi, Riyad.3 Oleh
itu, jika terdapat hadith yang berulang dengan matan (teks) yang sama,
tetapi melalui jalur sanad atau perawi yang berbeza, maka hadith
tersebut dikira sebagai dua hadith. Di akhir artikel ini, diharapkan dapat
dijelaskan tema-tema perbincangan dalam hadith yang berhubung kait
dengan sihir dan rawatannya.

Metode Dalam Pemilihan Hadith-Hadith


Melalui penelitian yang telah dilakukan, hadith-hadith berhubung dengan
sihir dalam al-Kutub al-Sittah dapat dibahagikan kepada dua kategori
utama iaitu, [Pertama] Hadith-hadith yang menjelaskan persoalan sihir
dari sudut konsep dan hakikatnya, kisah-kisah berhubung dengan sihir
dan penekanan kepada sihir sebagai ilmu sihir yang tidak melibatkan
penjelasan tentang rawatan sihir. [Kedua] Hadith-hadith yang memberi
penjelasan tentang sihir dari aspek rawatannya. Oleh itu, hadith-hadith
yang dikumpulkan tertakluk kepada dua kategori yang telah ditetapkan
tersebut.

Al-Kutub al-Sittah terdiri daripada enam (6) buah karya utama hadith yang
terdiri daripada Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Jami
al-Tirmidhi, Sunan Ibn Majah dan Sunan al-Nasai.
Mawsuah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, al-Riyad: Dar al-Salam
li al-Nashr wa al-Tawzi, terbitan tahun 2000.

97

AL-BAYAN (BIL. 9)

Analisis Hadith-Hadith Sihir Dan Rawatannya Dalam alKutub al-Sittah


Berdasarkan kepada penelitian yang dilakukan, terdapat 36 hadith dalam
al-Kutub al-Sittah yang menjelaskan tentang sihir dan rawatannya.
Daripada keseluruhan itu, 24 hadith adalah dalam kategori yang pertama
dan 12 daripadanya adalah dalam kategori kedua. Dalam artikel ini
penulis tidak akan menyenaraikan secara lengkap keseluruhan teks
hadith yang menjelaskan tentang sihir dan rawatannya. Hadith-hadith
tersebut akan disenaraikan menggunakan metode atraf iaitu hadithhadith tersebut dicatatkan pangkal hadithnya sahaja yang mewakili
matan hadith yang dipilih. Artikel ini tidak menyenaraikan matan yang
lengkap bagi mengelakkan perbahasan yang terlalu panjang. Tambahan
lagi, tujuan utama artikel ini adalah untuk menjelaskan kuantiti dan
jumlah keseluruhan hadith-hadith yang menjelaskan tentang sihir
dalam al-Kutub al-Sittah serta taburan keseluruhannya dalam setiap
kitab hadith tersebut.
Kategori Pertama: Kuantiti dan Taburan Hadith-Hadith Mengenai
Sihir Dalam al-Kutub al-Sittah
Jadual 1.0: Taburan Hadith-Hadith Sihir Dalam al-Kutub al-Sittah

AD

IM

Jumlah
Hadith

Bil

Hadith Dalam
al-Kutub al-Sittah

Matan Hadith

11

...

...

....


10


- -





15

98

HADITH-HADITH MENGENAI SIHIR DAN RAWATANNYA DALAM AL-KUTUB AL-SITTAH






....

...


...




....

10

11

10

12

13

...



14

15

99

)AL-BAYAN (BIL. 9



)

(

16






...

17





...

18




...

19




...

20








...

21





...

22












...

23





...

24

Singkatan Abjad: B (al-Bukhari), M (Muslim), AD (Abu Dawud), T (al-Tirmidhi),


N (al-Nasai), dan IM (Ibn Majah).

100

HADITH-HADITH MENGENAI SIHIR DAN RAWATANNYA DALAM AL-KUTUB AL-SITTAH

Kategori Kedua: Kuantiti dan Taburan Hadith-Hadith Mengenai


)Rawatan Sihir Dalam al-Kutub al-Sittah (Termasuk Hadith Berulang
Jadual 2.0: Taburan Hadith-Hadith Mengenai Rawatan Sihir Dalam
al-Kutub al-Sittah
Jumlah
Hadith

Hadith Dalam
al-Kutub al-Sittah

Matan Hadith

IM

AD

Bil

11







...

...
(

10




...







...

-





-
...

.


.

...

101

AL-BAYAN (BIL. 9)

10




...

11







...


12




...


Singkatan Abjad: B (al-Bukhari), M (Muslim), AD (Abu Dawud), T (al-Tirmidhi),


N (al-Nasai), dan IM (Ibn Majah).

Berdasarkan kepada Jadual 1.0 terdapat 24 hadith yang menjelaskan


tentang sihir dari pelbagai sudut perbahasan yang berhubung kait
dengannya. Daripada 24 hadith tersebut terdapat 8 hadith yang bukan
hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, 13 hadith yang
tidak diriwayatkan oleh al-Bukhari sahaja dan 10 hadith yang tidak
diriwayatkan oleh Muslim sahaja. Selain itu, terdapat 3 hadith yang
diriwayatkan oleh Muslim sahaja dan 1 hadith yang diriwayatkan oleh
al-Bukhari secara sendirian.
Daripada keseluruhan hadith itu, terdapat hanya 1 hadith yang
diriwayatkan oleh keenam-enam ashab dalam al-Kutub al-Sittah iaitu
hadith bilangan yang kelima (5) dalam Jadual 1.0 di atas. Hadith ini
telah di ulangan periwayatannya sebanyak 15 kali dalam al-Kutub
al-Sittah dengan pecahan ulangan sebanyak 4 kali dalam Sahih alBukhari, 2 kali dalam Sahih Muslim, 3 kali dalam Sunan Abu Dawud,
3 kali dalam Jami al-Tirmidhi, 2 kali dalam Sunan al-Nasai dan 1
kali dalam Sunan Ibn Majah. Hadith tersebut menjelaskan tentang
hasil pendapatan (upah) daripada kerja sihir atau perbomohan adalah
dilarang oleh Nabi SAW. Diriwayatkan daripada Abi Masud al-Ansari
bahawa Rasulullah SAW:

Maksudnya:
Telah melarang (menerima atau membayar) wang
hasil jual beli anjing, hasil usaha pelacuran dan

102

HADITH-HADITH MENGENAI SIHIR DAN RAWATANNYA DALAM AL-KUTUB AL-SITTAH

hasil usaha dari penilikkan (tukang tilik/bomoh).4


Walau bagaimanapun, hadith bilangan yang pertama adalah hadith
yang paling banyak diulang dalam Sahih al-Bukhari iaitu sebanyak
7 kali yang menyebutkan tentang peristiwa Nabi SAW disihir serta
kedatangan dua malaikat yang datang membantu merawat baginda
SAW.
Manakala dalam Jadual 2.0, hadith yang disenaraikan adalah
berhubung dengan penjelasan Rasulullah SAW berkaitan dengan
rawatan sihir yang merangkumi perbahasan berhubung pendekatan
dan kaedah Nabi SAW merawat sihir, bacaan ruqyah yang dibacakan
dalam rawatan serta bahan-bahan yang boleh digunakan untuk rawatan
dan pencegahan sihir. Berhubung dengan perkara ini, terdapat dua
hadith yang diulang oleh pengkaji (iaitu hadith bilangan pertama dan
kelapan dalam kategori kedua) memandangkan kedua-dua hadith
tersebut mempunyai kaitan yang rapat dalam menjelaskan tentang
sihir dan rawatannya. Misalnya pada hadith yang pertama, hadith ini
bukan sahaja menjelaskan peristiwa Nabi SAW disihir, tetapi terdapat
pendekatan Nabi SAW menghadapi dan merawat sihir yang dihadapi
oleh baginda.
Daripada keseluruhan 12 hadith, hanya 3 hadith riwayat alBukhari dan Muslim, dan terdapat 4 hadith sahaja daripada riwayat
al-Bukhari dan 5 hadith daripada Muslim. Daripada 5 hadith riwayat
Muslim, hanya 1 hadith diriwayatkan oleh Muslim secara sendirian.
Di samping itu, terdapat hanya 1 hadith yang diriwayatkan oleh Abu
Dawud secara sendirian dan 1 hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah
secara bersendirian. Didapati juga bahawa tidak ada hadith yang sama
diriwayatkan oleh semua ashab al-Kutub al-Sittah pada kategori kedua
ini.
4

) , no.hadith 5761],
Hadith riwayat al-Bukhari: [Kitab al-Tibb, (


[Kitab al-Tallaq, (

),
no.hadith
5346], [Kitab al

Ijarah, (

),
no.hadith
2282]
dan
[Kitab
al-Buyu, (

), no.hadith 2237] dari hadith Abi Masud RA. Lihat Abu Abd Allah


Muhammad bin Ismail al-Bukhari al-Jafi selepas ini al-Bukhari (2000),
Sahih al-Bukhari dalam Mawsuah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah,
al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi, c.3, h.492, h.461, h.177
dan h.173.

103

AL-BAYAN (BIL. 9)

Kuantiti dan Taburan Hadith-Hadith Sihir dan Rawatannya


Dalam al-Kutub al-Sittah Mengikut Nama Kitab dan Bab
Bagi memperincikan lagi perbahasan, artikel ini berusaha untuk menilai
kuantiti hadith dalam al-Kutub al-Sittah dengan melihat kepada nama
kitab dan nama bab bagi setiap riwayat. Lihat kuantiti dan taburan hadith
mengikut nama kitab dan bab dalam jadual di bawah bagi keseluruhan
hadith dalam kategori yang pertama dan kedua:
Jadual A: Taburan Hadith-Hadith Sihir dan Rawatannya Dalam Sahih
al-Bukhari Mengikut Nama Kitab dan Bab.
Sahih al-Bukhari
Bil.

Nama Kitab

al-Tibb

al-Tallaq

No. Hadith

Jumlah
Hadith

al-Sihr

5763

al-Shirk wa al-Sihr min


al-Mubiqat

5764

Hal Yastakhrij al-Sihr

5765

al-Sihr

5766

Inna al-Bayan Lasihran

5767

al-Dawa bi al-Ajwah
li al-Sihr

5768, 5769

al-Kahanah

5758, 5759,
5760, 5761,
5762,

Al-Nafath fi alRuqiyyah

5748

Al-Ruqa bi al-Quran
wa al-Muawwidhat

5735

Fi al-Marah Tarqi alRajul

5751

Mahr al-Baghy wa alNikah al-Fasid

5346

Nama Bab

104

HADITH-HADITH MENGENAI SIHIR DAN RAWATANNYA DALAM AL-KUTUB AL-SITTAH

al-Ijarah

Kasb al-Baghy wa alIma

2282

al-Buyu

Thaman al-Kalb

2237

al-Faraid

Mirath al-Marah wa
al-Zawj maa al-Walad
wa Gayrih

6740

alMuharabain

Ramy al-Muhsanat

6857

4701

4800

2766

5146

3268, 3288

Dhikr al-Malaikah

3210

Janin al-Marah

6904

6909, 6910

Firman Allah:


(
)



Firman Allah
7

al-Tafsir



(
)

Firman Allah

Firman Allah:




(



)

Wasaya

al-Nikah

al-Khutbah

10

Bad alKhalq

Sifah Iblis wa Junudih

11

al-Diyat

Janin al-Marah wa
Anna al-Aql ala alWalid....

105

AL-BAYAN (BIL. 9)

12

al-Tawhid

13

al-Daawat

14

al-Jizyah

15

Al-Adab

Qiraah al-Fajir wa alMunafiq

7561

Firman Allah:
(


)

7481

Firman Allah:
)
(

7503

Takrir al-Dua

6391

Al-Tawwudh wa alQiraah ind al-Manam

6319

Hal Yufa An alDhimmi Idha Sahara

3175

Firman Allah:



6063

Qawl al-Rajul li alShay laysa bi Shay..

6213

16

Fadail alQuran

Fadl al-Muawwidhat

5017

17

al-Adhan

Yastaqbil al-Imam alNass Idha Sallam

846

18

al-Istisqa

Firman Allah:
)



(

1038

Ghuzwah alHudaybiyah

4147

Marad al-Nabi SAW wa


Wafatih

4439

19

al-Maghazi

20

alTayammum

Yakfih min al-Ma


al-Said al-Tayyib wa
Wudu al-Mslim

344

21

al-Manaqib

Qada al-Salah alFaitah wa Istihbab


Tajil Qadauha

3571

106

HADITH-HADITH MENGENAI SIHIR DAN RAWATANNYA DALAM AL-KUTUB AL-SITTAH

22

al-Aqiqah

23

Manaqib alAnsar

Tasmiyah al-Mawlud
Ghadah Yulad li man
Lam Yauqqa Anh

5469

Hijrah al-Nabi SAW ila


al-Madinah

3909

Ayyam al-Jahiliyyah

3842

24

al-Atimah

Al-Ajwah

5445

25

Fadail alQuran

Fadl al-Muawwidhat

5016

Jumlah Keseluruhan Hadith (termasuk hadith berulang)

50

Jadual B: Taburan Hadith-Hadith Sihir dan Rawatannya Dalam Sahih


Muslim Mengikut Nama Kitab dan Bab.
Sahih Muslim
Bil.

No.
Hadith

Jumlah
Hadith

al-Sihr

5703,
5704

Ruqiyyah al-Marid bi alMuawwidhat wa al-Nafath

5714,
5715,
5716

al-Tibb wa al-Marad wa
al-Ruqa

5699,
5700

Tahrim al-Kihanah wa Ityan


al-Kuhhan

5816,
5817,
5818,
5821

262

231,
232,
233, 234

Nama Kitab

al-Salam

Nama Bab

Bayan al-Kabair wa Akbariha


2

al-Iman

Bayan Kufr Man Qala


Mutirna al-Naw

107

AL-BAYAN (BIL. 9)

al-Zuhd wa
Riqaq

Qissah Ashab al-Ukdud


wa al-Sahir wa al-Rahib
al-Ghulam

7511

al-Jumah

Takhfif al-Salah wa alKhutbah

2008,
2009

Al-Qasamah

Diyah al-Janin wa Wujub alDiyah Fi Qatl....

4391

al-Musaqah

Tahrim Thaman al-Kalb wa


Hulwan al-Kahin

4009,
4010

Tahrim al-Kalam fi al-Salah


wa Naskh ma Kana min
Ibahatih

1199

Qada al-Salah al-Faitah wa


Istihbab Tajil Qadauha

1563

al-Masajid

al-Adab

Istihbab Tahnik al-Mawlud


ind Wiladatih...

5617

Fadail alSahabah

Min Fadail Abi Dhar RA

6359

10

al-Ashribah

Fadl Tamrah al-Madinah

5339,
5340

11

Salah alMusafirin

Fadl Qiraah al-Quran wa


Surah al-Baqarah

1874

Jumlah Keseluruhan Hadith (termasuk hadith berulang)

108

29

HADITH-HADITH MENGENAI SIHIR DAN RAWATANNYA DALAM AL-KUTUB AL-SITTAH

Jadual C: Taburan Hadith-Hadith Sihir dan Rawatannya Dalam Sunan


Abi Dawud Mengikut Nama Kitab dan Bab.
Sunan Abi Dawud
Bil.
1

Nama Kitab
al-Wasaya

al-Tibb

al-Kahanah wa
al-Tatayyar..

al-Adab

al-Ijarah

No.
Hadith

Jumlah
Hadith

Ma Jaa fi al-Tashdid fi
Akl Mal al-Yatim

2874

Fi Taliq al-Tamaim

3883

Fi al-Nushrah

3868

Kayfa al-Ruqa

3893,
3902

Fi Tamrah al-Ajwah

3876

Fi al-Nujum

3905,
3906

Fi al-Kuhan

3904

Ma Jaa fi al-Shir

5007,
5009,
5011,
5012

Ma Yuqal Ind al-Nawm

5056

Fi Hulwan al-Kahin

3428

Fi Athman al-Kilab

3481,
3484

Nama Bab

al-Kharaj

Fi Akhdh al-Jizyah min


al-Majus

3034

al-Diyat

Diyat al-Janin

4576

al-Salah

Tashmit al-Atis fi alSalah

930

Jumlah Keseluruhan Hadith (termasuk hadith berulang)

109

20

AL-BAYAN (BIL. 9)

Jadual D: Taburan Hadith-Hadith Sihir dan Rawatannya Dalam Jami


al-Tirmidhi Mengikut Nama Kitab dan Bab.
Jami al-Tirmidhi
Bil.

Nama Kitab

al-Tibb

No.
Hadith

Jumlah
Hadith

Ma Jaa fi al al-Ruqiyyah bi
al-Muawwidhatain

2058

Ma Jaa fi Ajr al-Kahin

2071

Nama Bab

al-Birr wa
al-Silah

Ma Jaa fi Inna Min al-Bayan


Sihran

2028

al-Nikah

Ma Jaa fi Karahiyah Mahr


al-Baghyi

1133

al-Taharah

Ma Jaa fi al Karahiyah Ityan


al-Haid

135

al-Janaiz

Ma Jaa fi al-Taawwudh li
al-Marid

972

al-Hudud

Ma Jaa fi Had al-Sahir

1460

al-Buyu

Ma Jaa fi Thaman al-Kalb

1276

Wa Min Surah Saba

3223,
3224

Wa Min Surah al-Waqiah

3295

Wa Min Surah al-Buruj

3340

Wa Min Surah al-Qamar

3289

Wa Min Surah Bani Israil

3144

Ma Jaa fi Qublah al-Yad wa


al-Rijl

2733

Ma Jaa fi Man Yaqra alQuran ind al-Manam

3402

Dua al-Far fi al-Nawm

3527

9
10

Tafsir alQuran

al-Istidhan
al-Daawat

Jumlah Keseluruhan Hadith (termasuk hadith berulang)

110

17

HADITH-HADITH MENGENAI SIHIR DAN RAWATANNYA DALAM AL-KUTUB AL-SITTAH

Jadual E: Taburan Hadith-Hadith Sihir dan Rawatannya Dalam Sunan


al-Nasai Mengikut Nama Kitab dan Bab.
Sunan al-Nasai
Bil.

No.
Hadith

Jumlah
Hadith

Ijtinab Akl Mal al-Yatim

3701

al-Sihr

4083

al-Hukm fi al-Saharah

4084

Saharah Ahl al-Kitab

4085

Nama Kitab

al-Wasaya

Tahrim alDamm

Nama Bab

al-Qasamah

Diyat Janin al-Marah

4822

al-Sayd wa alDhaikh

Al-Nahy An Thaman
al-Kalb

4297

al-Buyu

Bay al-Kalb

3670

al-Sahw

Al-Kalam fi al-Salah

1219

al-Istiadhah

Al-Istiadhah min Ain


al-Jann

5496

1
9

Jumlah Keseluruhan Hadith (termasuk hadith berulang)

Jadual F: Taburan Hadith-Hadith Sihir dan Rawatannya Dalam Sunan


Ibn Majah Mengikut Nama Kitab dan Bab.
Sunan Ibn Majah
Bil.

Nama Kitab

al-Tibb

Nama Bab
Man Istarqa min al-Ain
Taliq al-Tamaim
al-Nushrah
al-Sihr
Ma Awwadh bih al-Nabiy SAW
wama Uwidha bih
Ma Yuawwidhu bihi min alHuma
Al-Nafath fi al-Ruqa

111

No.
Jumlah
Hadith Hadith
3511
1
3530
1
3532
1
3545
1
3524

3527

3528

AL-BAYAN (BIL. 9)

al-Adab

al-Tijarat

Taallum al-Nujum

3726

Al-Rajul Yuqabbil Yad al-Rajul

3705

2159

639

194

Al-Nahy An Thaman al-Kalb


wa Mahr al-Baghy wa Hulwan
al-Kahin
al-Nahy An Ityan al-Haid

al-Taharah
al5 Muqaddimah/ Fi Ma Ankarat al-Jahmiyyah
al-Sunnah
Jumlah Keseluruhan Hadith (termasuk hadith berulang)

12

Berdasarkan kepada Jadual A-F di atas, dapat dinyatakan bahawa


taburan hadith-hadith sihir dan rawatannya banyak diulang dan
dinyatakan daripada riwayat al-Bukhari iaitu terdiri daripada 25 kitab,
43 bab dan 48 hadith jika dibandingkan dengan sumber-sumber hadith
daripada al-Kutub al-Sittah yang lain. Manakala riwayat Muslim
dengan 25 kitab, 16 bab dan 29 hadith, dalam Sunan Abi Dawud pula,
terdiri daripada 9 kitab, 14 bab dan 20 hadith, Jami al-Tirmidhi dengan
11 kitab, 16 bab, dan 17 hadith, Sunan al-Nasai dengan 7 kitab, 9 bab
dan 9 hadith iaitu pada setiap bab mewakili satu hadith dan Sunan Ibn
Majah dengan 5 kitab, 12 bab dan 12 hadith yang juga mewakili setiap
bab satu hadith. Jadual 3.0 di bawah dapat memberikan penjelasan
yang ringkas dan padat tentang jumlah nama kitab dan bab mengikuti
sumber-sumber hadith dari al-Kutub al-Sittah. Rujuk juga Rajah 1.0 di
bawah.
Jadual 3.0: Bilangan Nama Kitab dan Bab Mengikut Sumber Hadith
Bil.

Nama Sumber

Jumlah
Kitab

Jumlah
Bab

Jumlah Hadith

Sahih al-Bukhari

25

43

48

Sahih Muslim

11

16

29

Sunan Abi Dawud

14

20

Jami al-Tirmidhi

11

16

17

Sunan al-Nasai

Sunan Ibn Majah

12

12

112

HADITH-HADITH MENGENAI SIHIR DAN RAWATANNYA DALAM AL-KUTUB AL-SITTAH

Penelitian terhadap nama kitab dan bab adalah penting kerana


ia mempunyai maklumat-maklumat penting yang dapat menjelaskan
fiqh bagi sesuatu hadith. Ia juga mewakili pemahaman perawi hadith
dalam menaqalkan hadith-hadith yang dikumpulkan dalam karya-karya
mereka. Oleh sebab itu, sebahagian hadith diulang beberapa kali dalam
sesuatu kitab hadith, tetapi ulangan tersebut tidak dalam kitab atau nama
bab yang sama. Bahkan, setiap ulangan hadith tersebut, diletakkan di
bawah nama bab yang berbeza. Dengan itu, penelitian ini sangat penting
bagi mendapat pemahaman yang jelas berhubung dengan hadith-hadith
yang dikumpulkan.

Taraf Hadith-Hadith Sihir Dan Rawatannya Dalam al-Kutub


al-Sittah
Merujuk kepada analisis yang telah dijalankan, pengkaji dapat
menyatakan bahawa daripada 36 hadith yang dikumpul, 22 hadith
adalah hadith yang jelas kesahihannya iaitu berdasarkan kepada
riwayat al-Bukhari, Muslim atau salah seorang daripada mereka. Oleh
itu, 22 hadith tersebut tidak menjadi pertikaian dalam kalangan ulama
terhadap tarafnya lagi.
Namun demikian, baki 14 hadith adalah hadith yang bukan
daripada riwayat kedua-dua mereka atau salah seorang daripada mereka
(al-Bukhari dan Muslim) dengan pecahan 8 hadith pada kategori yang
pertama dan 6 hadith pada kategori yang kedua. Daripada 8 hadith dalam
kategori pertama, 5 daripadanya adalah hadith sahih, 1 hadith hasan dan
2 hadith daif (lemah). Manakala daripada 6 hadith dalam kategori yang
113

AL-BAYAN (BIL. 9)

kedua, 4 hadith daripadanya bertaraf sahih, 1 hadith hasan dan 1 hadith


daif (lemah). Oleh itu, daripada keseluruhan hadith, dapat dipecahkan
kepada tiga kategori taraf hadith iaitu 31 hadith bertaraf sahih, 2 hadith
hasan dan 3 hadith daif. Lihat Jadual 4.0 di bawah.
Jadual 4.0: Jumlah Hadith Mengikut Kategori Taraf Hadith
Bil.

Kategori Taraf

Bilangan Hadith

Sahih

31

Hasan

Daif

Analisis Pandangan Ashab al-Sunan Tentang Sihir dan


Rawatannya Dalam al-Kutub al-Sittab
Dalam Sahih al-Bukhari terdapat 6 tajuk bab yang jelas diletakkan oleh
Imam al-Bukhari dengan ungkapan yang merujuk kepada sihir iaitu Bab
al-Sihr, Bab al-Shirk wa al-Sihr min al-Mubiqat, Bab Hal Yastakhrij alSihr, Bab al-Sihr, Bab Inna al-Bayan Lasihran dan Bab al-Dawa bi
al-Ajwah li al-Sihr.
Demikian juga dalam Sahih Muslim, iaitu hanya satu tajuk bab
yang jelas menyatakan tentang sihir iaitu Bab al-Sihr. Manakala dalam
Sunan Abi Dawud, tidak ada tajuk bab yang jelas tentang sihir, Jami alTirmidhi dengan dua tajuk bab iaitu Bab Ma Jaa fi Inna Min al-Bayan
Sihran dan Bab Ma Jaa fi Had al-Sahir, Sunan al-Nasai dengan tiga
tajuk bab berhubung dengan sihir iaitu Bab al-Sihr, Bab al-Hukm fi alSaharah, dan Bab Saharah Ahl al-Kitab dan Sunan Ibn Majah dengan
satu tajuk bab iaitu Bab al-Sihr. Jika dihitung jumlah hadith mengikut
nama-nama tajuk bab di atas hanya terdapat 15 hadith termasuk hadith
yang berulang dan hadith yang sama, tetapi dari riwayat yang berbeza.
Berdasarkan kepada keseluruhan hadith-hadith yang dinyatakan di
atas, penulis dapat menyatakan pandangan ashab al-sunan tentang sihir
dan rawatannya melalui beberapa pandangan berikut.
Pertama: Menjelaskan peristiwa Nabi SAW disihir oleh seorang
Yahudi bernama Labid bin al-Asam dan mengisbatkan bahawa sihir
benar terjadi ke atas Nabi SAW serta ia memberi kesan terhadap baginda
114

HADITH-HADITH MENGENAI SIHIR DAN RAWATANNYA DALAM AL-KUTUB AL-SITTAH

SAW. Hal ini kerana terdapat golongan ulama yang menafikan bahawa
sihir boleh berlaku ke atas Nabi SAW dan ia memberi kesan ke atas
baginda SAW.5
Dalam hadith ini juga, dijelaskan kaedah dan pendekatan yang
dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam merawat sihir yang berlaku
ke atas baginda. Allah SWT telah mengutuskan dua malaikat bagi
membantu mengubati sihir tersebut. Oleh sebab itu, pendekatan yang
dilakukan oleh baginda dalam rawatan sihir dapat menjadi asas dalam
perawatan sihir.
Imam al-Bukhari telah mengulangi hadith ini sebanyak 7 kali, iaitu
pada nama kitab dan bab-bab berikut: [1] Kitab al-Tibb, (


. )



( . )

( . )
(

)



( ) .


( . )) , no.hadith 5763;
5

Antara golongan yang mempertikaikannya adalah dari kalangan golongan


Muktazilah, sebahagian daripada golongan al-Hafiyyah dan al-Shafiiyyah
serta Ibn Hazm al-Zahiri. Mereka juga mempertikaikan kewujudan sihir
sehingga sebahagian daripada golongan Muktazilah ada yang mengkafirkan
mereka yang mengatakan keharusan untuk terjadi sihir. Ini kerana pada
mereka sihir adalah azimat, khayalan dan imaginasi sahaja. Golongan ini
berpegang kepada ayat 66 surah Taha, ayat 116 surah al-Araf dan ayat 69
surah Taha. Ibn Uthaymin pula mengatakan bahawa antara hujah yang
dikemukakan adalah jika mengatakan bahawa Nabi SAW disihir dan ia
memberi kesan ke atas baginda, ini bermakna membenarkan dakwaan
orang-orang kafir bahawa Nabi SAW adalah seorang lelaki dari kalangan
tukang sihir iaitu merujuk kepada ayat 8 surah al-Furqan. Ibn Uthaymin
menjawab persoalan ini bahawa tidak sepatutnya untuk bersetuju dengan
pandangan di atas kerana sihir yang berlaku ke atas Nabi SAW sama
sekali tidak memberi kesan terhadap wahyu baginda dan tidak juga pada
perkara ibadah. Bahkan, tidak seharusnya untuk mempertikaikan khabar
(hadith) yang sahih yang menyebutkan tentang Nabi SAW disihir hanya
dengan pandangan akal dan fahaman yang salah. Lihat Ibn Baz, Abd
al-Aziz bin Abd Allah et.al (1996), al-Fatawa al-Dhahabiyyah fi alRuqa al-Shariyyah, al-Riyad: Dar al-Watan, h.154 dan Zuhair Hamawi
(1414H/1994M), al-Insan Bayna al-Sihr wa al-Ain wa al-Jann, Beirut,
Lubnan: Dar Ibn Hazm, h.106.

115

AL-BAYAN (BIL. 9)

.
[2] Kitab al-Tibb, (






) ,
no.hadith 5765; [3] Kitab al-Tibb, (
), no.hadith 5766];6 [4] Kitab
al-Adab, (...
) ( , no.hadith
6063] dengan tidak dinyatakan bahawa Nabi menyuruh ditanam bahan
) , no.hadith 6398; [6] Kitab
sihir7; [5] Kitab al-Daawat, (
) , no.hadith 3175 dengan matan yang
al-Jizyah, (

9
pendek ()
dan [7] Kitab Bad al-Khalq,
(
) , no.hadith 3268 dengan tambahan ( ) iaitu
telaga itu ditimbus.10
Walaupun al-Bukhari mengulangi hadith ini sebanyak tujuh kali,
apabila diteliti kepada setiap tajuk bab yang diletakkan oleh beliau,
ia dapat menjelaskan maksud dan fokus hadith yang dibicarakan. Ia
merujuk kepada pemahaman atau fiqh Imam al-Bukhari terhadap hadith
itu. Dalam Kitab al-Tibb, Bab al-Sihr yang pertama di atas, al-Bukhari
telah mengaitkan hadith ini dengan beberapa ayat al-Quran yang
menjelaskan tentang sihir atau yang mempunyai kaitan rapat dengan
sihir. Ini bermakna selain menyebutkan bahawa Nabi SAW disihir,
beliau cuba menyatakan sudut pandang sihir dari perspektif al-Quran.11
Oleh sebab itu, ayat-ayat al-Quran tersebut dinyatakan pada tajuk bab
lalu dapat dikukuhkan lagi dengan hadith yang menceritakan bahawa
Nabi SAW sendiri pernah ditimpa oleh sihir.
Manakala dalam kitab yang sama, pada bab yang berbeza iaitu (

) , lebih tertumpu kepada penjelasan tentang pendekatan
Rasulullah SAW menghadapi dan merawat sihir yang dikenakan
ke atas baginda SAW. Oleh sebab itu, al-Bukhari menaqalkan pada
tajuk bab itu, perbuatan seorang Sahabat Nabi SAW bernama Said
6

7
8
9
10
11

al-Bukhari (2000), Sahih al-Bukhari dalam Mawsuah al-Hadith, op.cit.,


h.492
Ibid., h.512.
Ibid., h.537
Ibid., h. 257.
Ibid., h.h.264.
Pada bab ini al-Bukhari mengaitkan hadith dengan ayat-ayat al-Quran
yang menyebutkan tentang sihir iaitu ayat 102, surah al-Baqarah, ayat 69,
surah Taha, ayat 3, surah al-Anbiya, ayat 66 surah Taha, dan ayat 4 surah
al-Falaq.

116

HADITH-HADITH MENGENAI SIHIR DAN RAWATANNYA DALAM AL-KUTUB AL-SITTAH

bin al-Musayyah yang telah melakukan al-Nushrah untuk mengubati


sihir.12 Demikian juga dalam kitab yang sama, pada Bab al-Sihr, alBukhari tidak mengaitkan tajuk bab tersebut dengan apa-apa kenyataan
melainkan fokus hadith tersebut adalah untuk menyatakan hakikat sihir
yang berlaku ke atas Nabi SAW.
Hadith ini juga diulang dalam kitab dan tajuk-tajuk bab yang
lain. Pengulangan hadith ini pada tajuk kitab dan bab yang berbeza
mempunyai signifikan dan kaitan yang jelas dengan hadith tersebut.
Contohnya pada Kitab al-Adab, (
(
...) , al-Bukhari mengaitkan hadith ini dengan tiga ayat alQuran iaitu ayat 90 surah al-Nahl,13 ayat 60 surah al-Hajj14 dan ayat
23 surah Yunus.15 Ketiga-tiga ayat ini menjelaskan tentang perintah
Allah SWT agar berlaku adil dan berbuat kebaikan kepada orang lain.
Pada masa yang sama tidak melakukan kejahatan dan mendatangkan
suatu keburukkan serta membalas kembali kejahatan orang lain yang
dilakukan ke atas dirinya. Larangan membalas kembali pelakuan buruk
12

13

14

15

.

(


).
Maksudnya:
Qatadah
berkata,
aku
telah
berkata

kepada Said bin al-Musayyab: Seorang lelaki telah disihir atau ditahan
daripada bersama dengan isterinya, adakah aku boleh mengeluarkan atau
menjampi dan membaca perlindungan (bagi mengubati sihir) padanya?
Jawab Said: Tidak mengapa berbuat demikian, sesungguhnya yang
mereka kehendaki dengan perbuatan tersebut adalah kebaikan. Maka,
selagi mana ia mendatangkan manfaat (kebaikan), maka sama sekali tidak
ditegah yang demikian. Lihat al-Bukhari (2000), Sahih al-Bukhari dalam
Mawsuah al-Hadith, ibid., h. 492.

(

)
Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat
kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang
daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta
kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini),
supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.
) Maksudnya: Demikianlah (janji
(



balasan Allah yang melimpah-limpah itu). Dan sesiapa yang membalas
kejahatan orang, sama seperti yang dilakukan kepadaNya, kemudian ia
dianiaya lagi, demi sesungguhnya Allah akan menolongnya

(
) Maksudnya: Wahai manusia, sesungguhnya
perbuatan kamu menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri
kamu sendiri

117

AL-BAYAN (BIL. 9)

dan jahat orang lain tersebut ditujukan sama ada dalam kalangan orang
Islam atau kafir.
Pada akhir tajuk bab selepas menyebutkan ketiga-tiga ayat ini, alBukhari menjelaskan bahawa fokus ayat-ayat tersebut dan kaitannya

dengan hadith yang dicatatkan adalah untuk menyatakan (

) , iaitu meninggalkan daripada mendatangkan kesan


buruk (melakukan kejahatan balas) ke atas orang Islam atau kafir.16
Perlakuan ini direalisasikan sendiri oleh Nabi SAW dengan tidak
membalas perbuatan sihir yang dikenakan ke atas baginda, sebaliknya
menyerahkan urusan itu kepada Allah SWT seperti disebutkan dalam
hadith tersebut.

) ,
Manakala dalam Kitab al-Jizyah, (
al-Bukhari pada tajuk bab ini, beliau hanya mengaitkan dengan atraf
hadith ini sahaja.17 Beliau memberi fokus utama untuk menyebutkan
tentang tindakan Nabi SAW yang tidak membalas dan menghukum
tukang sihir yang telah melakukan sihir ke atas Nabi SAW. Perkara ini
dikukuhkan lagi dengan catatan pada bab ini yang menukilkan katakata Ibn Wahb.









-

-

Maksudnya:
Ibn Wahb berkata, dikhabarkan kepadaku oleh
Yunus daripada Ibn Shihab katanya: Telah
ditanya tentang seseorang yang melakukan sihir
dari kalangan Kafir Dhimmi yang telah dibunuh.
Katanya: Telah disampaikan kepada kami bahawa
Rasulullah SAW telah berbuat demikian ketika

16
17

Ibid, h.512.
Pada tajuk bab ini al-Bukhari hanya mencatatkan sebahagian matan yang
pendek daripada hadith yang menyebutkan Nabi SAW disihir. Lafaz matan
tersebut adalah () .
Lihat al-Bukhari (2000),
Sahih al-Bukhari dalam Mawsuah al-Hadith, op.cit., h.257.

118

HADITH-HADITH MENGENAI SIHIR DAN RAWATANNYA DALAM AL-KUTUB AL-SITTAH

baginda disihir tetapi baginda tidak membunuh


orang yang melakukan sihir itu, sedangkan tukang
sihir itu dari kalangan Ahli Kitab.
Hadith ini juga diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya pada
dua tempat dalam Kitab al-Salam, Bab al-Sihr.18 Hadith ini juga
diriwayatkan oleh al-Nasai dan Ibn Majah dalam sunan mereka
pada satu tempat sahaja tanpa pengulangan.19 Namun, hadith ini tidak
diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Tirmidhi. Al-Nawawi dalam alMinjah membahaskan hadith ini dari beberapa aspek iaitu menyentuh
tentang peristiwa Nabi SAW disihir, menjelaskan pandangan ulama
tentang hakikat sihir dan kesan sihir ke atas Nabi SAW, menolak
dakwaan golongan yang mengingkari kebenaran Nabi SAW disihir. Dari
itu, dalam Sahih Muslim hadith ini jelas untuk memperkatakan tentang
sihir yang berlaku ke atas Nabi SAW dan menyebutkan bagaimana Nabi
SAW menghadapi perkara tersebut.

18

19

No.hadith 5703 dan 5704. Pada hadith 5703, matan sedikit berbeza pada




lafaz (




) iaitu terdapat lafaz yang menyatakan Aishah mencadangkan agar
bahan sihir tersebut dibakar. Sedangkan pada hadith 5704, dengan lafaz


tambahan (
:
. - -
) yang menyatakan bahawa



Aishah hanya mencadangkan agar bahan sihir tersebut dikeluarkan, tidak
pula mencadangankan agar ia dibakar serta tidak ada pula terhadap lafaz
yang menyatakan Nabi SAW mengarahkan bahan itu ditanam. Muslim
bin al-Hajjaj Abu Husain al-Qusyairi al-Naisaburi selepas ini Muslim
(2000M), Sahih Muslim dalam Mawsuah al-Hadith, ibid, h.1066-1067.


Dalam Sunan al-Nasai [Kitab Tahrim al-Damm, (
),

no.hadith 4085] dengan lafaz matan (

- -

)
daripada
hadith
Zayd
bin
Arqam

RA. Lihat al-Nasai (2000), Sunan al-Nasai, dalam Mawsuah al-Hadith,


ibid., h.2355.
Dalam Sunan Ibn Majah: [Kitab al-Tibb, (

), no.hadith 3545]

iaitu dengan awal lafaz (

-
) .

Lihat
Ibn Majah (2000), Sunan Ibn Majah dalam Mawsuah al-Hadith, ibid.,
h.2690.

119

AL-BAYAN (BIL. 9)

Dalam Sunan al-Nasai, pada Bab Saharah Ahl al-Kitab, penjelasan


al-Nasai adalah lebih fokus terhadap cerita tentang sihir yang berlaku
dalam kalangan Ahli Kitab bukan tumpuan terhadap penjelasan terhadap
kaedah dan pendekatan Nabi SAW dalam rawatan sihir. Manakala pada
riwayat Ibn Majah pula beliau meletakkan hadith ini dalam Kitab alTibb pada Bab al-Sihr. Al-Adawi mengatakan bahawa hadith riwayat
Aishah tersebut menunjukkan bahawa sihir itu mempunyai hakikatnya
dan hadith ini juga menjelaskan peristiwa Nabi SAW disihir sehingga
menyebabkan baginda SAW dalam keadaan khayal.20 Ibn Majah
mengaitkan hadith ini dengan hadith yang menyebutkan peristiwa Nabi
SAW diracun oleh seorang wanita Yahudi melalui daging kambing yang
diletakkan racun. Walaupun demikian, ia tidak memudaratkan baginda
SAW.21
Kedua: Sihir adalah salah satu daripada tujuh dosa besar yang
dijanjikan ganjaran seksa yang amat pedih ke atas pelakunya. Sihir
juga adalah termasuk dalam perbuatan melakukan syirik kepada Allah
SWT.
Perkara ini jelas disebutkan dalam hadith yang kedua dalam
kategori yang pertama. Hadith tersebut diriwayatkan oleh al-Bukhari
pada tiga tempat22 dan masing-masing satu tempat dalam Sahih Muslim,23

20

21

22

23

Adawi, Safa al-Dawwy Ahmad al- (1420H/1999M) Ihda al-Dibajah bi


Sharh Sunan Ibn Majah, UAE: Dar al-Yaqin, j.4, h.611.
Rujuk pada hadith riwayat Ibn Majah [Kitab al-Tibb, Bab al-Sihr, no.hadith
3564]. Lihat Ibn Majah, Abu Abd Allah Muhammad bin Yazid alQazwaini (1417H), Sunan Ibn Majah, ditahqiqkan oleh Muhammad Nasir
al-Din al-Albani, al-Riyad: Maktabah al-Maarif li al-Nashr wa al-Tawzi,
h.592.


[Kitab al-Tibb, Bab (
no.hadith 5764] dari hadith
) ,

Abi Hurayrah RA, dengan matan pendek yang menyebutkan syirik dan

) ,
sihir sahaja sebagai dosa besar iaitu (

[Kitab al ) ,
Muharibain/al-Hudud, Bab (
no.hadith
6857]
dan
[Kitab al

Wasaya, Bab (

),
no.hadith
2766].
Ibid.,
h.492,
h.572,
dan
h.222-223.

) , no.hadith 262]. Muslim (2000M),
[Kitab al-Iman, Bab (
Sahih Muslim dalam Mawsuah al-Hadith, ibid, h.693.

120

HADITH-HADITH MENGENAI SIHIR DAN RAWATANNYA DALAM AL-KUTUB AL-SITTAH

Sunan Abu Dawud24 dan Sunan al-Nasai.25 Daripada keempat ashab


al-sunan tersebut hanya al-Bukhari sahaja yang jelas mengatakan
dalam tarjamah al-bab hukum sihir sebagai dosa besar. Demikian juga
Muslim, tetapi beliau sekadar menyatakan jenis-jenis dosa besar yang
) .
salah satunya adalah sihir, iaitu berdasarkan tajuk bab (
Manakala dalam riwayat Abu Dawud dan al-Nasai, kedua-dua mereka
lebih memfokuskan hadith dalam menyatakan perihal berhubung dengan
hukum memakan harta anak yatim yang termasuk dalam perkara dosa
besar.
Dalam riwayat al-Bukhari, beliau membawa satu hadith yang tidak
lengkap dengan menyatakan hanya dua jenis dosa besar sahaja iaitu
syirik dan sihir sedangkan pada awal lafaz hadith beliau meriwayatkan
dengan kalimah al-mubiqat yang menunjukkan lafaz jamak yang
mewakili jenis-jenis dosa besar yang banyak (melebihi tiga jenis).
Dalam hal ini, al-Hafiz Ibn Hajar berkata, al-Bukhari berhenti dengan
hanya menyebutkan dua daripada tujuh dosa besar (iaitu pada sihir)
sebagai satu rumus untuk menunjukkan dan memberi penekanan
lebih terhadap sihir (dalam kategori dosa besar). Manakala menurut
Musa al-Fifi, yang memetik pendapat Ibn Malik berkata hadith ini
telah dihazaf (dihilangkan) matufnya disebabkan oleh isim alam,


dan boleh ditakdirkan dengan lafaz (

)Jauhilah diri kamu daripada perkara-perkara yang boleh
membinasakan iaitu syirik kepada Allah, sihir dan pecahan keduaduanya. Harus untuk menghazafkan (menghilangkan) kerana al ) itu sendiri adalah terdiri daripada tujuh perkara (jenis)
Mubiqat (
sepertimana thabit dalam hadith yang lain. Hadith ini diringkaskan
oleh al-Bukhari sebagai peringatan bahawa kedua-dua perkara ini (iaitu
syirik dan sihir) adalah yang sangat perlu dijauhi.26
Ketiga: Islam telah mengariskan hukum yang sepatutnya dikenakan
ke atas tukang-tukang sihir dan mereka yang bersubahat dalam
melakukannya. Bahkan perbuatan seseorang yang datang menemui
tukang sihir atau bomoh dan mempercayai kata-katanya telah memberi
24

25

26


[Kitab al-Wasaya, Bab (
) , no.hadith 2874]. Abu
Dawud (2000), Ibid., h.1437

),
[Kitab al-Wasaya, Bab (
no.hadith 3701]. al-Nasai (2000),
ibid., h.2330
al-Fifi (t.t), op.cit., h.82.

121

AL-BAYAN (BIL. 9)

kesan terhadap amal ibadahnya kepada Allah. Tambahan lagi, mereka


selalunya menjadikan jin atau syaitan sebagai pendamping dalam
melakukan rawatan yang menyebabkan perbuatan sedemikian dilarang
oleh Allah SWT.
Perkara ini jelaskan daripada beberapa hadith dalam al-Kutub
al-Sittah. Perkara ini dapat dirujuk kepada hadith keenam, ketujuh
dan kedua belas yang menjelaskan tentang ciri-ciri tukang sihir yang
mengkhabarkan sesuatu berita yang disampaikan kepadanya oleh
makhluk halus yang membantu dan mendampingi dirinya. Hadith
keenam diriwayatkan oleh al-Bukhari pada lima tempat yang berbeza
dan Muslim hadith ini diulang sebanyak tiga kali dalam tajuk kitab
dan bab yang sama iaitu berhubung dengan pengharaman melakukan
perbomohan dan larangan daripada mendatangi para kahin (atau tukangtukang sihir). Manakala pada hadith ketujuh27 juga masih berkaitan
dengan pekara yang sama iaitu berhubung peranan jin atau syaitan yang
mencuri sesuatu berita dari langit dan menyampaikan kepada telingatelinga tukang sihir atau para bomoh. Hadith ketujuh diriwayatkan oleh
al-Bukhari pada tiga tempat dan masing-masing satu tempat daripada
riwayat al-Tirmidhi dan Ibn Majah. al-Bukhari meletakkan hadithhadith sebagai takwilan dan penjelasan kepada firman Allah SWT
dalam surah al-Hijr ayat 18 yang menyebutkan tentang peranan syaitan
yang mencuri dengar khabar berita daripada langit.
27

Sahih al-Bukhari: [Kitab al-Tafsir, Bab ()

) ( ,

no.hadith 4701], [Kitab al-Tafsir, Bab (


)
) ,
no.hadith 4800], dan [Kitab al-Tawhid, Bab (

no.hadith 7481]. al-Bukhari (2000), Sahih al-Bukhari
) ,
dalam Mawsuah al-Hadith, ibid., h.391-392, h.407 dan h.623-624.
Jami al-Tirmidhi: [Kitab Tafsir al-Quran, Bab (.
no.hadith
),

3223 dan 3224]. Pada hadith 3223, diriwayatkan dengan lafaz (

).
al-Tirmidhi
mengatakan
hadith



ini hasan sahih. al-Tirmidhi (2000), Sunan al-Tirmidhi, dalam Mawsuah
al-Hadith, ibid., h.1981.
Sunan Ibn Majah: [Kitab al-Muqaddimah/al-Sunnah, Bab (

),

no.hadith 194] dengan terdapat lafaz (

),
iaitu
berita


yang dicuri tersebut disampaikan kepada kahin atau tukang sihir. Ibn
Majah (2000), Sunan Ibn Majah dalam dalam Mawsuah al-Hadith, ibid.,
h.2489.

122

HADITH-HADITH MENGENAI SIHIR DAN RAWATANNYA DALAM AL-KUTUB AL-SITTAH

Sementara itu, pada hadith kelapan dan kesembilan dalam jadual


1.0 adalah hadith yang menjelaskan tentang hukum mendatangi
tukang-tukang sihir dan membenarkan kata-kata yang diucapkannya.
Individu Muslim yang melakukan perkara tersebut boleh menyebabkan
amalan solatnya tidak diterima olah Allah SWT selama 40 malam dan
individu tersebut telah berlaku kufur terhadap ajaran Nabi SAW. Hanya
Muslim sahaja meriwayatkan hadith yang menyatakan bahawa amalan
solat seseorang itu tidak diterima selama 40 malam akibat daripada
mendatangi tukang sihir dan membenarkan kata-katanya.28 Manakala
hadith kesembilan diriwayatkan oleh tiga ashab iaitu Abu Dawud29, alTirmidhi30 dan Ibn Majah.31 Oleh yang demikian, pada kedua-dua hadith
ini, penekanan kepada pengharaman bertemu dengan para kahin (atau
tukang-tukang sihir) dan membenarkan ucapan mereka hanya jelas
dalam riwayat Muslim dan Abu Dawud sahaja iaitu berdasarkan kepada
penelitian tarjamah al-bab yang diletakkan. Sedangkan dalam riwayat
al-Tirmidhi dan Ibn Majah, mereka lebih fokus terhadap larangan
mendatangi wanita haid yang sama hukumnya dengan mendatangi para
bomoh iaitu telah berlaku kufur terhadap ajaran Nabi SAW.
Keempat: Hasil usaha melalui kerja sebagai tukang sihir adalah
daripada sumber yang diharamkan dalam Islam sepertimana diharamkan
hasil pendapatan daripada kerja sebagai pelacur dan hasil daripada jualan
anjing. Abu Bakr RA pernah memuntahkan makanan yang dimakannya
28

29

30

31


) , no.hadith 5821]
Sahih Muslim: [Kitab al-Salam, Bab (
dari hadith Safiyyah. Muslim (2000M), Sahih Muslim dalam Mawsuah
al-Hadith, ibid, h.1074.
) , no.hadith 3904] dengan
Sunan Abi Dawud: [Kitab al-Tibb, Bab (

lafaz yang sedikit berbeza iaitu (
) , Maksudnya:

Maka sesungguhnya dia telah bersalahan dengan apa yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad SAW. Abu Dawud (2000), Sunan Abi Dawud,
dalam Mawsuah al-Hadith, ibid., h.1510.
Sunan al-Tirmidhi: [Kitab al-Taharah, Bab (

) , no.hadith
135] dari hadith Abi Hurayrah RA. al-Tirmidhi berkata bahawa tidak
diketahui (dikenali) hadith ini kecuali melalui hadith Hakim al-Athram
dari Abi Tamimah al-Juhaymi dari Abi Hurayrah RA. al-Tirmidhi (2000),
Sunan al-Tirmidhi, dalam Mawsuah al-Hadith, ibid., h.1647.
Sunan Ibn Majah: [Kitab al-Taharah wa sunanuha, Bab (

) ,
no.hadith 639]. Ibn Majah (2000), Sunan Ibn Majah dalam Mawsuah alHadith, ibid., h.2514.

123

AL-BAYAN (BIL. 9)

hasil daripada upah sebagai menilik nasib.


Berhubung dengan perkara ini, dapat dirujuk kepada hadith
kedua dan kedua puluh. Hadith yang kedua jelas menyatakan bahawa
upah hasil kerja daripada pekerjaan sebagai bomoh, tukang sihir dan
seumpamanya adalah hasil yang diharamkan dalam Islam.32 Perkara
dapat dikukuhkan dengan hadith kedua puluh yang menceritakan
perihal Abu Bakr RA yang memuntahkan kembali makanan yang dibeli
menggunakan hasil perbomohan.33
Ibn Hajar berkata: Abu Bakr memuntahkan (kembali apa yang
dimakannya itu) kerana thabit daripada hadith Nabi SAW yang melarang
upah kahin (Hulwan al-Kahin).34 Ibn Ibn al-Bar berkata bahawa
tidak ada percanggahan (khilaf dikalangan ulama) tentang upah atau
ganjaran sebagai kahin kerana apa yang diberikan kepadanya adalah
hasil pekerjaan perbomohan itu, iaitu memakan hasil daripada harta
yang batil. Manakala al-Nawawi dalam al-Minhaj memetik pendapat
al-Baghawi dan al-Qadi Iyad mengatakan bahawa semua orang Islam
bersepakat tentang pengharaman ganjaran atau upah kahih kerana hasil
itu daripada perkerjaan yang diharamkan dan memperoleh harta melalui
jalan yang batil.35
Kelima: Rasulullah SAW juga menjelaskan beberapa jenis sihir
yang boleh berlaku ke atas manusia sama ada ia melibat pengaruh
makhluk halus ataupun tidak. Antaranya adalah sihir ikatan atau
khayalan seperti yang dihadapi oleh Rasulullah, sihir dalam bentuk
32

33

34
35

Hadith ini diriwayatkan oleh keenam-enam Ashab al-Sunan dan merupakan


),
hadith yang sahih. Antaranya Sahih al-Bukhari: [Kitab al-Tibb, Bab (


no.hadith 5761], [Kitab al-Tallaq, Bab (

),
no.hadith
5346],


no.hadith 2282] dan [Kitab al-Buyu,
[Kitab al-Ijarah, Bab (
) ,
) , no.hadith 2237] dari hadith Abi Masud RA. al-Bukhari
Bab (

(2000), Sahih al-Bukhari dalam Mawsuah al-Hadith, ibid., h.492, h.461,
h.177 dan h.173.
Sahih al-Bukhari: [Kitab Manaqib al-Ansar, Bab () , no.hadith
3842] dari hadith Aishah RA. Hadith ini hanya diriwayatkan oleh alBukhari sahaja. al-Bukhari (2000), Sahih al-Bukhari dalam Mawsuah alHadith, op.cit., h.492.
Ibn Hajar (1421H/2001M), op.cit., h.189-190.
al-Nawawi (1392H), al-Minhaj, op.cit., j.10, h.231dan Musa al-Fifi (t.t),
op.cit., h.309.

124

HADITH-HADITH MENGENAI SIHIR DAN RAWATANNYA DALAM AL-KUTUB AL-SITTAH

ucapan yang mempesonakan, sihir pengasih, sihir ikatan atau simpulan,


sihir dalam bentuk ilmu perbintangan (ilmu nujum) dan lain-lain lagi.
Hal ini adalah merujuk kepada hadith pertama, ketiga, kesepuluh,
kesebelas, ketiga belas dan kesembilan belas pada Jadual 1.0 di atas.
Pada hadith yang pertama, jenis sihir yang dikenakan ke atas Nabi
SAW adalah sihir khayal atau sihir yang menghalang hubungan suami
dan isteri. Perkara ini jelas disebutkan dalam hadith tersebut melalui
36
riwayat yang
lafaz (

) dan dalam

)
37
lain dengan lafaz (
yang menunjukkan kepada jenis sihir tersebut. Kenyataan ini dapat
dikukuhkan lagi dengan pandangan yang dikemukakan oleh Imam
al-Bukhari melalui penelitian terhadap tajuk bab bagi hadith ini iaitu
beliau mengaitkan dengan beberapa ayat al-Quran, antaranya ayat 102
surah al-Baqarah yang menyebutkan bahawa salah satu matlamat utama
sihir adalah memisahkan hubungan suami dan isteri, ayat 66 surah Taha
yang menyebutkan kisah Nabi Musa AS menghadapi tukang-tukang
sihir Firaun. Pandangan Nabi Musa AS telah dikhayalkan dengan
gambaran ular apabila tukang-tukang sihir itu melemparkan tali dan
tongkat bagi menunjukkan kehebatan mereka. Manakala pada ayat 4
surah al-Falaq pula, Allah menjelaskan salah satu daripada jenis sihir
adalah sihir ikatan yang dihembuskan pada simpulan tali.
Dalam hadith ketiga pula, Nabi SAW menjelaskan bahawa ucapan
yang mengasyikkan iaitu kata-kata yang dapat menarik perhatian orang
ramai juga termasuk dalam jenis sihir. Menurut al-Khitabi, terdapat dua
jenis al-Bayan, iaitu pertama, apa yang berhubung kait dengan suatu
penjelasan dalam apa jua bentuk; dan kedua, iaitu apa yang dimasukkan
pada ucapan (atau kata-kata itu) suatu rekaan atau tambahan yang
menyukakan para pendengar dan memberi kesan atau kecenderungan
kepada hati-hati mereka. Jenis yang kedua yang digambarkan sebagai
sihir iaitu apabila hati seseorang ditipu dan mendorong jiwa atau
perasaan sehingga menukarkan sesuatu yang hakikat kepada sesuatu
yang lain. Akan tetapi jika penukaran itu kepada sesuatu yang hak
(benar) maka ia dipuji, tetapi jika ditukar kepada suatu kebatilan, maka
ia dikeji. Oleh itu, yang dimaksudkan dalam hadith adalah ucapan atau
36

37

Sahih al-Bukhari [Kitab al-Tibb, Bab (


) , no.hadith 5765]. alBukhari (2000), op.cit., h.492.
Sahih al-Bukhari [Kitab al-Tibb, Bab () ,
no.hadith 5766]. Ibid.

125

AL-BAYAN (BIL. 9)

al-Bayan yang dikeji.38


Manakala pada hadith kesepuluh, jenis sihir yang dimaksudkan
dalam hadith adalah sihir pengasih yang dinamakan sebagai al-Tiwalah.
Makna al-Tiwalah menurut al-Khitabi sebagai salah satu cabang ilmu
sihir. Manakala dalam Awn al-Mabud yang memetik pendapat alAsmai katanya tentang al-Tiwalah, iaitu sesuatu yang menyebabkan
seseorang perempuan itu kasih atau cinta kepada pasangannya.39
Hadith ini diriwayatkan oleh Abi Dawud dan Ibn Majah dan kedua-dua
mereka lebih menekankan pada tajuk bab berhubung dengan hukum
memakai tangkal.
Sementara itu pada hadith kesebelas, Nabi SAW menjelaskan
bahawa antara cabang bagi ilmu sihir adalah ilmu nujum (tilik nasib
menggunakan panduan bintang-bintang di langit). Musa al-Fifi
mengatakan bahawa sebahagian individu suka bertilik nasib dan
mendapatkan maklumat untuk mencari kekayaan atau kesenangan
dengan cara yang sesat. Sedangkan dalam bab sihir dan ilmu nujum (tilik
bintang) dan seumpamanya adalah jelas diharamkan sama ada sedikit
atau banyak perbuatan itu dan hukumnya tetap sama (iaitu diharamkan).
Oleh sebab itu, kebanyakan individu yang mendampingi jin adalah
disebabkan perbuatan sihir dan keinginannya sendiri untuk mempelajari
ilmu sihir itu. Abu Dawud dan Ibn Majah yang meriwayatkan hadith ini
meletakkannya dalam bab berkaitan ilmu nujum.40
Manakala pada hadith kesembilan belas pula adalah penjelasan
tentang jenis sihir yang menghalang kelahiran. Berkaitan dengan sihir
penghalang kelahiran atau sihir yang menghalang usaha suami isteri
mendapat anak, Musa al-Fifi mengaitkan hadith ini dengan hadith yang
menyebutkan tentang syaitan yang menendang-nendang rahim wanita
sehingga darah haid tidak berhenti keluar.41
38
39

40

41

Ibn Hajar (1421H/2001M), Fath al-Bari, op.cit., h.248.


al-Azim Abadi (1969M/1388H), Awn al-Mabud, op.cit., j.10, h.262.
Lihat juga Ibid., h.380.
Sunan Abi Dawud: [Kitab al-Tibb, Bab (
) , no.hadith 3905] dan
Sunan Ibn Majah: [Kitab al-Adab, Bab (

) , no.hadith 3726]. Lihat


Abu Dawud (2000), Sunan Abi Dawud, dalam Mawsuah al-Hadith, ibid.,
h.1510 dan Ibn Majah (2000), Sunan Ibn Majah dalam Mawsuah alHadith, ibid., h.2689.


Sabda Nabi SAW: (
) , Terjemahan: Sesungguhnya

126

HADITH-HADITH MENGENAI SIHIR DAN RAWATANNYA DALAM AL-KUTUB AL-SITTAH

Keenam: Dalam hadith dijelaskan juga persoalan sihir dalam


bentuk kisah dan peristiwa seperti kisah seorang budak (ghulam) yang
telah berguru dengan pendeta dan dalam masa yang sama berguru
dengan ahli sihir yang disebutkan dalam hadith yang panjang.
Kisah tersebut dapat dirujuk kepada beberapa hadith seperti hadith
keenam belas yang menceritakan kisah seorang pemuda berdakwah
kepada kaumnya. Hadith ini dipilih kerana pemuda tersebut pernah
berguru dengan tukang sihir berdasarkan kepada kisah beliau daripada
riwayat Muslim dan al-Tirmidhi. Muslim meletakkan hadith ini
dalam Kitab al-Zuhd pada bab yang menyebutkan kisah Ashab alUkhdud, tukang sihir, rahib dan ghulam.42 Manakala al-Tirmidhi pula
menyebutkan hadith ini sebagai takwilan ayat dalam surah al-Buruj.43
Ketujuh: Tukang sihir dijatuhkan hukuman bunuh jika sabit
kesalahan yang dilakukannya.
Perkara ini merujuk kepada hadith keempat belas dan hadith kelima
belas. Dalam hadith keempat belas iaitu daripada riwayat al-Tirmidhi
menyebutkan bahawa hukuman yang boleh dijatuhkan ke atas tukang
sihir adalah dibunuh balas dengan dipancung (dipotong kepalanya).44
Sedangkan pada hadith berikutnya, Saidina Umar pernah mengarahkan
agar dibunuh tukang-tukang sihir yang melakukan sihir sepertimana
hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud.45 Dalam Tafsir Ibn Kathir,
al-Imam al-Shafii dan al-Imam Ahmad meriwayatkan kisah Amru bin

42

43

44

45

ini (al-Istihadah) adalah satu tendangan daripada beberapa tendangan



syaitan. Hadith riwayat Abu Dawud [Kitab al-Taharah, Bab (
) , no.hadith 287]. Lihat Abu Dawud (1424H), op.cit., h.54




Sahih Muslim: [Kitab al-Zuhd, Bab (

),


no.hadith 7511]. Muslim (2000M), Sahih Muslim dalam Mawsuah alHadith, ibid, h.1197.
Jami al-Tirmidhi: [Kitab Tafsir al-Quran, Bab (

no.hadith
),

3340]. al-Tirmidhi mengatakan hadith ini hasan gharib al-Tirmidhi (2000),
Sunan al-Tirmidhi, dalam Mawsuah al-Hadith, op.cit., h.1995.

Jami al-Tirmidhi: [Kitab al-Hudud, Bab (
) , no.hadith 1460].
al-Tirmidhi (2000), Jami al-Tirmidhi, dalam Mawsuah al-Hadith, op.cit.,
h.1800.
) , no.hadith
Sunan Abi Dawud: [Kitab al-Kharaj, Bab (


3034]. Abu Dawud (2000), Sunan Abi Dawud, dalam Mawsuah al-Hadith,
ibid., h.1452.

127

AL-BAYAN (BIL. 9)

Dinar RA yang telah mendengar Bajalah bin Abdah yang melaksanakan


perintah Saidina Umar iaitu dengan membunuh tiga orang tukang sihir.
Demikian juga dikukuhkan lagi perbuatan Hafsah Umm al-Muminin,
bahawa ada seorang daripada jariah (pembantu rumah) yang telah
melakukan sihir ke atas dirinya. Apabila didapati dia terbukti bersalah,
maka telah dijatuhkan hukuman bunuh. Tambah al-Imam Ahmad, telah
sah riwayat bahawa tiga orang dari kalangan Sahabat Nabi SAW yang
telah melaksanakan hukuman bunuh terhadap tukang-tukang sihir.46
Kelapan: Dalam rawatan sihir, Nabi SAW juga mengambil
langkah dengan menjampi (meruqyah) menggunakan ruqyah-ruqyah
yang dibenarkan daripada ayat-ayat al-Quran dan doa-doa mathur.
Jampi atau ruqyah adalah terdiri daripada al-Muawwidhat atau
al-Muawwidhatain dan ruqyah yang diajarkan kepada baginda oleh
malaikat Jibril AS. Perkara ini dipetik daripada hadith keempat, kelima,
keenam dan ketujuh dalam Jadual 2.0. Hadith keempat diriwayatkan oleh
al-Bukhari pada empat tempat, Muslim pada tiga tempat, Abu Dawud
pada satu tempat dan Ibn Majah pada dua tempat. Pada keseluruhan
riwayat tersebut keempat-empat ashab tersebut meletakkan hadith ini
dalam bab berkaitan dengan ruqyah iaitu berhubung dengan cara Nabi
SAW melakukan ruqyah dan penggunaan ruqyah daripada ayat-ayat
al-Quran. Dalam hadith ini, Aishah RA telah membantu membacakan
al-Muawwidhat, lalu beliau meniupkan (menghembuskan) pada kedua
tapak tangan Nabi SAW dan menyapu keseluruh tubuh badan.
Imam al-Bukhari dalam memahami hadith ini, beliau telah
menyatakan empat perkara yang berkaitan dengan hadith iaitu [1]
Hadith ini menyatakan tentang kelebihan al-Muawwidhat, [2] Hadith
ini menceritakan kesakitan yang dialami oleh baginda SAW, [3] Hadith
ini juga menyebutkan jenis jampi yang dibacakan oleh Nabi SAW dalam
rawatan penyakit iaitu daripada ayat-ayat al-Quran dan ia juga bertindak
sebagai pelindung, dan [4] Hadith ini juga menyatakan keharusan untuk
seorang wanita melakukan jampi terhadap pesakit lelaki.47
46

47

Ibn Kathir (1424H/2004M), op.cit., j.1, h.209 dan Dr. Haron Din (2008),
Iktiar Penyembuhan Penyakit: Dengan Ayat-Ayat dan Doa-Doa Mustajab,
Bangi, Selangor: Penerbit Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam
Malaysia (Darussyifa), h.10-11.
Pemahaman al-Bukhari ini dapat dipetik pada tarjamah al-bab dalam kitab
sahih beliau iaitu hadith ini disebutkan dalam [Kitab Fadail al-Quran,

128

HADITH-HADITH MENGENAI SIHIR DAN RAWATANNYA DALAM AL-KUTUB AL-SITTAH

Pada hadith kelima pula, tumpuan adalah terhadap penggunaan alMuawwidhatain (surah al-Falaq dan surah al-Nas) sebagai pelindung
diri daripada penyakit ain dan kejahatan jin. Hadith ini diriwayatkan
oleh al-Tirmidhi, al-Nasai dan Ibn Majah. Merujuk kepada perbincangan
ulama terhadap hadith ini, kedua-dua surah (surah al-Falaq dan al-Nas)
merupakan doa, sedangkan surah al-Ikhlas adalah satu bentuk pujian
kepada Allah SWT. Ibn Taymiyyah menyatakan bahawa surah al-Ikhlas
pujian kepada Allah SWT, manakala pada al-Muawwidhtain merupakan
doa seorang hamba kepada Tuhannya untuk memohon sesuatu. Oleh itu
itu, pujian berkait rapat dengan doa yang dipanjatkan tersebut.48
Manakala pada hadith keenam dan ketujuh pula menyebutkan
tentang jampi yang diajarkan oleh Jibril AS kepada Nabi SAW dalam
merawat kesakitan yang dialami. Perbezaan antara kedua-dua hadith ini
adalah, pada hadith yang keenam Jibril AS membacakan jampi tersebut
bagi merawat Nabi SAW yang sakit. Sedangkan pada hadith ketujuh
Nabi SAW sendiri yang membacakan jampi itu untuk membantu
merawat para sahabat dan baginda mengajarkan para sahabat jampi
itu.49
Ibn Hajar yang memetik pandangan Ibn al-Tin mengatakan bahawa
menjampi dengan al-Muawwidhat dan lain-lain ungkapan berupa
nama-nama Allah merupakan perubatan rohani yang apabila diucapkan
dari lidah orang-orang yang alim atau orang yang baik-baik (al-Abrar),
dengan izin Allah SWT diperoleh kesembuhan dariNya.50

48
49

50


(

) , no.hadith 5016], [Kitab al-Maghazi, ( -


- ), no.hadith 4439], [Kitab al-Tibb, (

),
no.hadith

5735] dan [Kitab al-Tibb, (
) , no.hadith 5751] dari hadith
Aishah RA. al-Bukhari (2000), Sahih al-Bukhari dalam Mawsuah alHadith, op.cit., h.435, h.364, h.490, dan h.491.
Musa al-Fifi (t.t), op.cit., h.576.
Sunan Ibn Majah: [Kitab al-Tibb, ( - -

) , no.hadith 3524] dari riwayat Abi Hurayrah RA dengan matan yang
hampir sama seperti sebelumnya kecuali hadith di atas menjelaskan Jibril
menjampi Rasulullah SAW, sedangkan hadith yang kedua menjelaskan
bahawa Nabi SAW menjampi sahabat menggunakan jampi yang dibacakan
oleh Jibril AS terhadap baginda sebelum itu. Ibn Majah (2000), Sunan Ibn
Majah dalam Mawsuah al-Hadith, op.cit., h.2690.
Ibn Hajar (1421H/2001M), Fath al-Bari, op.cit., j.8, h.141-142, dan lihat
juga Abu Muadh Muhammad Ibrahim (2001), Panduan Menjampi &

129

AL-BAYAN (BIL. 9)

Kesembilan: Nabi SAW juga menggalakkan agar memakan tamar


Ajwah sebagai satu pendekatan dan kaedah untuk melindungi diri
daripada terkena perbuatan sihir. Selain itu, penggunaan ayat-ayat alQuran seperti membaca surah al-Baqarah dan al-Muawwidhat sebagai
amalan seharian juga dapat membentengi diri daripada gangguan
makhluk halus.
Perkara dapat dirujuk pada hadith kedua, kesebelas dan kedua
belas dalam Jadual 2.0. Jelas dalam hadith, Nabi SAW menyatakan
bahawa kurma ajwah yang diambil pada setiap pagi dan petang akan
menghindarkan pemakannya daripada terkena racun dan sihir. Hadith
ini diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud. Ketiga-tiga
mereka berusaha untuk menjelaskan kelebihan yang ada pada buah
tamar tersebut yang juga dikenali sebagai tamar Madinah. Pada satu
bab yang khusus, al-Bukhari berusaha untuk menfokuskan pemahaman
hadith ini menggunakan tamar ajwah dalam rawatan penyakit sihir.
Hanya al-Bukhari jelas menyebutkan demikian dalam tarjamah al-bab
bagi hadith ini.51 Ibn Hajar yang memetik pendapat al-Khitabi berkata
bahawa tamar Ajwah bermanfaat untuk melawan racun dan sihir
disebabkan oleh keberkatan pada tamar itu yang telah didoakan oleh
Nabi SAW pada tamar Madinah tersebut.52
Selain itu, dalam melindungi diri seseorang daripada terkena
sihir Nabi SAW juga mengalakkan umat baginda membaca surah alBaqarah dan mempraktikkan amalan pelindung diri menggunakan
al-Muawwidhat dan doa-doa pelindung tertentu seperti dijelaskan
dalam hadith kesebelas. Pada hadith kesebelas ini walaupun Nabi
SAW tidak secara langsung menyebutkan tentang perlindungan diri
daripada sihir, namun dalam surah al-Muminun ayat 97-98. Ibn Kathir
ketika mentafsirkan ayat ini menyatakan bahawa ia adalah perintah
Allah SWT supaya memohon perlindungan daripada syaitan kerana
mereka (syaitan) tidak mendatangkan sebarang manfaat pada manusia

51

52

Mengguna Jin Menurut al-Quran & al-Hadith, (terj.) Abdullah al-Qari


bin Hj. Salleh, Kuala Lumpur: al-Hidayah Publishers, h.50.
), no.hadith 5768 dan
Sahih al-Bukhari: [Kitab al-Tibb, (

5769]. al-Bukhari (2000), Sahih al-Bukhari dalam Mawsuah al-Hadith,
op.cit., h.493.
Lihat Ibn Hajar (1421H/2001M), Fath al-Bari, op.cit., j.10, h.249 dan
h.251.

130

HADITH-HADITH MENGENAI SIHIR DAN RAWATANNYA DALAM AL-KUTUB AL-SITTAH

melainkan bersama mereka banyak tipu daya.53


Manakala hadith yang menyebutkan surah al-Baqarah boleh
membantu dalam melindungi pembacanya daripada terkena sihir
adalah merujuk kepada hadith kedua belas daripada riwayat Muslim.54
Hadith ini dapat dikukuhkan lagi dengan beberapa hadith lain yang
menyebutkan kelebihan ayat-ayat tertentu dalam surah al-Baqarah
sebagai pelindung daripada gangguan jin dan syaitan. Oleh sebab itu,
surah al-Baqarah mempunyai kelebihan dalam melindungi pengamalnya
daripada terkena sihir.
Kesepuluh: Penggunaan tangkal dan azimat adalah sangat dilarang
dalam rawatan sihir. Bahkan Nabi SAW juga melarang daripada
menggunakan ilmu sihir untuk merawat sihir atau mendapatkan khidmat
tukang sihir dan bomoh dalam rawatan.
Hal ini dapat dirujuk kepada penjelasan Nabi SAW dalam hadith
kelapan dan kesembilan dalam Jadual 2.0. Dalam hadith kelapan, Nabi
SAW melarang menggunakan jampi-jampi yang mengandungi ucapan
pemujaan atau syirik kepada Allah SWT. Bahkan, penggunaan tangkal
juga ditegah kerana meletakkan pergantungan kepada selain Allah.
Perbahasan bagi hadith ini juga berkait dengan satu jenis sihir yang
dinamakan sebagai al-Tiwalah iaitu sihir pengasih. Manakala dalam
hadith kesembilan, Nabi SAW melarang umat bagida melakukan alNushrah iaitu menggunakan ilmu sihir untuk merawat pesakit yang
terkena sihir. Namun, terdapat kaedah al-Nushrah yang dibenarkan
iaitu menggunakan ruqyah-ruqyah yang dibenarkan dalam Islam yang
terdiri daripada ayat-ayat al-Quran, doa-doa mathur dan doa-doa yang
tidak mengandungi pemujaan atau unsur syirik kepada Allah SWT.
Hadith tentang al-Nushrah sebagai amalan syaitan hanya diriwayatkan
oleh Abu Dawud secara sendiri.55
53

54

55

Ibn Kathir (1424H/2004M), Tafsir al-Quran al-Azim, op.cit., j.3, h.19461947.


Sahih Muslim: [Kitab Salah al-Musafirin, (
) ,


no.hadith 1874] dari hadith Abu Umamah al-Bahiliy. Muslim (2000M),
Sahih Muslim dalam Mawsuah al-Hadith, op.cit,, h.804.
Sunan Abi Dawud: [Kitab al-Tibb, (
) , no.hadith 3868] dari hadith
Jabir bin Abd Allah RA. Abu Dawud (2000), Sunan Abi Dawud, dalam
Mawsuah al-Hadith, op.cit., h.1507.

131

AL-BAYAN (BIL. 9)

Al-Hasan al-Basri mengatakan bahawa al-Nushrah adalah daripada


(jenis) sihir56 dan tidak dihalalkan (dibatalkan) sihir melainkan melalui
tukang sihir. Musa al-Fifi yang memetik pendapat Ibn Baz mengatakan
bahawa yang dimaksudkan dengan menghalalkan (membatalkan)
sihir melalui tukang sihir adalah dengan menggunakan al-Nushrah
al-Shaytaniyyah yang menjadi amalan tukang sihir. Perkara ini tidak
diharuskan bahkan ia merupakan amalan syaitan seperti mana disebutkan
oleh Nabi SAW dalam hadith riwayat Abu Dawud tersebut.57

Kesimpulan
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, dapat dinyatakan bahawa
terdapat 36 hadith dalam al-Kutub al-Sittah yang menyebutkan tentang
sihir dan rawatannya. Daripada keseluruhan hadith tersebut, 24 hadith
dalam kategori pertama iaitu hadith-hadith yang menyebutkan tentang
sihir dalam bentuk konsep, hukum, dan kisah-kisah yang berkaitan
dengan sihir serta tukang sihir. Manakala 12 hadith yang lain, khusus
menyebutkan pendekatan dan kaedah rawatan Nabi SAW dalam
merawat permasalahan sihir yang melibatkan rawatan berbentuk
perlindungan dan rawatan selepas terkena sihir. Daripada keseluruhan
hadith, 22 hadith adalah hadith yang sahih berdasarkan kepada riwayat
al-Bukhari, Muslim atau salah seorang daripada mereka. Namun, jumlah
keseluruhan hadith sahih adalah 31 hadith. Manakala baki hadith yang
lain, jumlahnya terdiri daripada 2 hadith hasan, dan 3 hadith daif.
Walaupun terdapat hadith daif, pengkaji mendapati bahawa hadith
tersebut bukanlah daripada hadith yang terlalu lemah atau dari hadith
mawdu. Sebaliknya hadith-hadith yang lemah ini, disokong oleh
hadith-hadith yang lain yang lebih kuat.
Merujuk kepada keseluruhan hadith tersebut, penulis dapat
menyatakan bahawa terhadap sepuluh perkara yang ditekankan oleh
Nabi SAW berhubung dengan sihir dan rawatannya. Dari hadith-hadith
yang menyebutkan tentang sihir, perbahasan dan pemahaman yang boleh
dijana berasaskan kepada pandangan para ulama adalah menyentuh
tentang pengertian atau konsep sihir, hakikat sihir yang berlaku ke atas
Nabi SAW, menjelaskan jenis-jenis sihir, menjelaskan hukum berkaitan
56
57

Ibn al-Athir (1399H/1979M), al-Nihayah, op.cit., j.5, h.128.


Musa al-Fifi (t.t), op.cit., h.152.

132

HADITH-HADITH MENGENAI SIHIR DAN RAWATANNYA DALAM AL-KUTUB AL-SITTAH

dengan tukang sihir dan lain-lain lagi.


Manakala dalam aspek rawatan sihir pula, penekanan adalah
terhadap pendekatan dan kaedah yang dilakukan oleh Nabi SAW
untuk merawat penyakit tersebut yang dijelaskan secara terperinci
melalui bantuan Allah SWT dan menjelaskan tentang bentuk-bentuk
perlindungan yang boleh dilakukan bagi melindungi diri dan keluarga
daripada terkena perbuatan sihir yang merangkumi amalan pemakanan
dan amalan berbentuk praktikal bacaan tertentu. Selain itu, Nabi SAW
juga menekankan aspek halal dan haram dalam rawatan yang dilakukan
dengan menegah penggunaan tangkal, jampi yang mengandungi unsur
syirik dan ilmu sihir bagi mengubati penyakit sihir yang dialami.

133

Anda mungkin juga menyukai