Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN BSMM DAN HOSPITAL LIKAS

PADA 25 JUN 2008 DI DEWAN INSTITUT PERGURUAN GAYA

AKTIVITI 1: Pendaftaran Penderma Darah


Pada 25 Jun 2008, Bulan Sabit Merah Institut Perguruan Gaya telah menjalankan
kempen menderma darah yang bertempat di dewan Institut Perguruan Gaya. Kempen
ini disertai seramai 10 orang Bulan Sabit Merah yang bertugas dan seramai dua belas
orang kakitangan dari Jabatan Patalogi, Hospital Likas yang menjayakan kempen
derma darah ini.
Sejak pukul 9 pagi lagi, ahli Bulan Sabit Merah yang bertugas pada waktu itu
mula menyusun meja dan kerusi bagi pendaftaran penderma. Para penderma terdiri
daripada guru pelatih, pensyarah dan ahli-ahli BSMM serta kakitangan Institut
Perguruan Gaya. Para penderma darah akan diberi penanda buku dan penderma yang
bertuah diberikan hadiah misteri sebagai tanda penghargaan diatas sumbangan
mereka.

Gambar 1: Para penderma darah sedang mengisi borang.

Aktiviti 2 : Menderma Darah


Setelah mengisi borang pendaftaran, para penderma darah akan bergerak ke stesen
yang seterusnya untuk memeriksa tekanan darah. Apabila melepasi ujian tekanan
darah, para penderma akan bergerak ke stesen seterusnya iaitu ujian darah. Ujian
darah yang dilakukan adalah untuk menguji jenis kandungan darah dan juga menguji
sama ada kandungan hemoglobin di dalam darah adalah mencukupi ataupun tidak.
Para penderma hanyalah digalakkan menderma sekiranya kandungan darah adalah
mencukupi walaupun tekanan darah adalah normal. Sebanyak 33 paket darah yang
berjaya dikumpulkan dan seramai 50 para penderma darah yang berdaftar pada hari
tersebut.

Gambar 2: Setelah mengisi borang, penderma dikehendaki memeriksa tekanan darah.


Tekanan darah yang normal adalah dalam lingkungan 120/80mHg.

Gambar 3: Ujian penitisan darah dijalankan untuk meentukan jenis kumpulan darah.
Ujian darah yang dijalankan adalah dengan mengunakan larutan Anti-A dan Anti B.
Kumpulan darah dapat di tentukan apabila darah berbentuk gumpalan apabila larutan di
titiskan.

Gambar 4: Para penderma darah mula menderma darah dan dibantu oleh seorang
pembantu jururawat. Penderma darah terdiri daripada pensyarah, guru pelatih dan
kakitangan IP Gaya serta ahli Bulan Sabit Merah Institut Perguruan Gaya.

Gambar 5: Pek-pek darah yang telah dikumpulkan dan akan diletak di dalam kotak ais.

Gambar 6: Antara penderma bertuah yang layak menerima hadiah misteri pada masa
itu.

Aktiviti 3: Penyampaian Cenderahati dan Bersurai


Setelah waktu rehat berlalu, aktiviti menderma darah ditutup dengan upacara
penyampaian

cenderahati

kepada

ahli

kakitangan

Hospital

Likas.

Upacara

penyampaian cenderahati ini dilakukan oleh Encik Haji Othman. Upacara bersurai dan
penyampaian cenderahati ini bermula pada jam 1.20 petang dan selesai pada pukul 2
petang.

Gambar 7 :Kakitangan dari hospital Likas memerima cenderahati daripada Encik Haji
Othman yang mewakili Bulan Sabit Merah Institut Perguruan Gaya.

Gambar 8 :Gambar secara berkumpulan daripada kakitangan Hospital Likas dan juga
ahli-ahli Bulan Sabit Merah Institut Perguruan Gaya.

RUMUSAN
Kempen derma darah ini dilakukan untuk memupuk semangat kerjasama di antara
semua ahli Bulan Sabit Merah disamping memberi peluang kepada guru pelatih dalam
menganjurkan sebuah kempen dan menambahkan ilmu pengetahuan dari segi
pendermaan darah dan jenis darah. Malahan, kempen ini juga bertujuan untuk
membantu pesakit yang memerlukannya terutama bagi mereka yang kekurangan
darah.

Namun demikian, terdapat juga kelemahannya dalam kempen ini. Antaranya


ialah ramai penderma yang mendaftar tetapi tidak layak untuk menderma. Antara
alasannya ialah menderma terlalu kerap dimana belum melepasi tempoh sekurangkurangnya tiga bulan. Tambahan itu, terdapat juga penderma yang tidak dapat
menderma kerana kekurangan darah dimana kandungan hemoglobin adalah kurang.

Oleh itu, cadangan seperti kempen menderma darah ini haruslah dijalankan
secara kerap. Ini terutamanya kempen sewaktu cuti sekolah dimana pelajar adalah
tidak sibuk dan tidak menghadapi masalah seperti kekurangan tidur dan tidak cukup
darah. Malahan, publisiti yang meluas juga harus diadakan kerana terdapat ramai juga
penderma yang ingin menderma tetapi tidak mengetahui bilakah, tempat dan masa
untuk menjalankan kempen ini. Tambahan itu, pengetahuan mengenai kepentingan
menderma darah ini juga harus di tingkatkan kerana terdapat ramai lagi penderma yang
layak tetapi tidak berani untuk menderma kerana takut dan sebagainya. Oleh itu, adalah
penting sekiranya setiap orang dapat menderma bagi menolong orang yang sakit
dimana mereka lebih memerlukan bantuan darah kita.

Anda mungkin juga menyukai