Anda di halaman 1dari 5

Kisah Penduduk Kampung (Ashab al-Qaryah)

)() ) ) ) 21) )() ) ) ) ) ) ) 20) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) )


)() ) 23) )) ) ) ) ) ) ) () ) ) ) ) ) ) ) 22) ) ) ) )
(25) )() ) ) ) 24) )) )

20. Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung
bandar itu Dengan berlari, lalu memberi nasihat Dengan katanya:" Wahai
kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -

21. "Turutlah orang-orang Yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan,
sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".

22. Dan (apabila ditanya: sudahkah Engkau menerima ugama mereka? maka
jawabnya): "Mengapa Aku tidak menyembah Tuhan Yang menciptakan daku, dan
Yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?

23. "Patutkah Aku menyembah beberapa Tuhan Yang lain dari Allah? (sudah tentu
tidak patut, kerana) jika Allah Yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku
Dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat
kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.

24. "Sesungguhnya Aku (kalau melakukan syirik) tentulah Aku pada ketika itu
berada Dalam kesesatan Yang nyata.

25. "Sesungguhnya Aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah
(nasihatku)",.

Ayat ini mengkisahkan mengenai penduduk sebuah kampung yang diutuskan


kepada mereka dua orang Rasul namun mereka mendustakannya. Lalu diutus
Rasul ketiga namun penduduk tersebut tetap tidak menerima kebenaran. Lalu
datang seorang lelaki dari pinggir bandar membenarkan para Rasul tersebut.
Dikatakan bahawa lelaki itu bernama Habib al-Najjar dan bandar atau madinah
tersebut ialah Antakiah (Antioch) di Turki, wa Allahu alam. Lelaki (Rajul) ini
dahulunya juga penyembah berhala selama 70 tahun, namun dia seorang yang
baik dan suka bersedekah. Apabila beliau berjumpa dengan para Rasul ini dan
diterangkan kebenaran Tauhid lalu dia beriman kepada Allah. Apabila dia
mendengar penduduk sebuah kampung yang hendak membunuh para Rasul
yang diutuskan, beliau segera datang kepada kaumnya. Beliau meminta
kaumnya mengikut para Rasul yang berdakwah tanpa meminta upah. Kemudian
beliau mengaku yang beliau telah mengikut ajaran para Rasul tersebut dengan
menzahirkan keimanannya. Kaumnya menjadi marah lalu mereka membunuhnya.
Dikatakan beliau dibunuh dengan cara direjam atau ditanam atau dibakar atau
digantung di tengah kampung. Akhirnya lelaki ini mati syahid.

Ayat ini mempunyai beberapa pengajaran:

Kepentingan berdakwah sama ada di bandar atau di ceruk kampung. Itulah tugas
utama para Nabi dan Rasul.

Berdakwah perlu turun ke dalam masyarakat dan berhadapan dengan mereka.

1
Dakwah perlu dilakukan tanpa upah dan ganjaran. Hanya Allah yang membalas
ganjaran kepada para pendakwah.

Dakwah adakalanya ditentang kaum sendiri tetapi diterima oleh orang lain
seperti Nabi yang ditolak orang Mekah dan diterima orang Madinah.

Sayangi bangsa dengan mengajak mereka melakukan kebaikan dan menjauhi


kejahatan seperti lelaki tersebut yang menyeru kaumnya dengan Wahai
kaumku.

Menyeru ke jalan Allah adalah tanggungjawab semua lapisan masyarakat.

Ganjaran Para Pendokong Agama Allah

() ) ) ) ) ) ) ) 27) )() ) ) ) ) ) ) 26) )) ) ) ) ) ) )


() ) ) ) ) ) ) ) ) ) 29) )) ) ) ) () ) ) ) 28) )) ) ) )
(32) ) () ) ) ) ) ) 31) )() ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) 30) ))

26. (setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke Dalam Syurga". ia


berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui -

27. "Tentang perkara Yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta
dijadikannya daku dari orang-orang Yang dimuliakan".

28. Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang
pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami
menurunkannya.

29. (kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan Dengan satu pekikan (yang


dahsyat), maka Dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.

30. Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa Yang menimpa hamba-hamba
(yang mengingkari kebenaran)! tidak datang kepada mereka seorang Rasul
melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya.

31. Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat Yang telah Kami
binasakan sebelum mereka? umat-umat Yang telah binasa itu tidak kembali lagi
kepada mereka (bahkan kembali kepada kami, untuk menerima balasan).

32. Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat
perbicaraan kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).

Selepas lelaki tersebut dibunuh kaumnya, beliau diperlihatkan dengan nikmat-


nikmat syurga dan dipersilakan masuk ke dalamnya. Katanya kalaulah kaumnya
mengetahui akan keampunan dan kemuliaan yang diberi oleh Allah hasil dari
beriman kepada Rasul tadi, nescaya kaumnya akan mengikuti para Rasul. Kaum
lelaki tersebut akhirnya dimusnahkan oleh Allah Taala dengan mengutus
malaikat Jibril yang menempik satu pekikan kuat yang membinasakan mereka
semua. Allah tidak perlu menghantar tentera dari langit untuk memusnahkan
sesuatu kaum dan sesiapa pun tidak mengetahui tentera-tentera Allah melainkan
Dia. Allah murka bagi kaum yang mendustakan para Rasul dan membunuh para

2
waliNya. Kita perlu ada perasaan cinta dan kasih kepada para ulama yang
menyambung tugas para Nabi dan Rasul.

Ayat ini mempunyai beberapa pengajaran:

Mati di jalan Allah atau Syahid adalah sunnah para Rasul dan mereka yang
mengikuti jalan itu.

Kebanyakannya manusia menentang kerana dia tidak tahu atau jahil. Maka
proses penerangan atau dakwah itu perlu dijalankan.

Kepentingan menanggung beban dakwah iaitu sama ada masyarakat menolak,


mendustakannya atau sampai ke tahap membunuh.

Ganjaran yang dijanjikan adalah perkara ghaib seperti syurga, pahala dan kerana
itulah Islam datang untuk mengajar beriman kepada para ghaib.

Bala Allah turun sekiranya umat meninggalkan tugas dakwah.

Kebesaran Allah Pada Bumi Dan Makhluk

) )() ) ) ) ) ) ) ) ) ) 33) )) ) ) ) ) ) ) ) )


)) ) ) ) () ) ) ) ) ) ) ) 35) )() ) ) ) ) ) ) ) 34

(36) )

33. Dan dalil Yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan
kami), ialah bumi Yang mati; Kami hidupkan Dia serta Kami keluarkan
daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan.

34. Dan Kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur, dan Kami
pancarkan padanya beberapa matair,

35. Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa Yang dikerjakan
oleh tangan mereka; maka Patutkah mereka tidak bersyukur?

36. Maha suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya


berpasangan; sama ada dari Yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka,
ataupun dari apa Yang mereka tidak mengetahuinya.

Ayat ini menerangkan kekuasan dan tanda kebesaran Allah menciptakan bumi
dan menyuburkannya dengan diturunkan hujan, dikeluarkan daripadanya
tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Maka wajiblah ke atas manusia bersyukur
kepada Allah dengan mengikut ajaran dan perintahNya. Tuhan juga menciptakan
manusia berpasang-pasangan lelaki dan perempuan bahkan dari semua jenis
makhluk pun begitu sama ada binatang, tumbuhan, zarah dan jirim.

Pengajaran ayat :

Antara rahmat Allah kepada hamba ialah dia menjadikan segala yang di atas
bumi untuk kemudahan manusia.

3
Syukur dapat menambah nikmat Allah manakala kufur mendatangkan
kemurkaanNya.

Cara bersyukur ialah dengan menjunjung perintah Allah dan Rasul bukan
membantahnya.

Islam melarang perhubungan sejenis kerana ia melanggar fitrah Allah yang


menjadikan makhluknya berpasangan.

Kebesaran Allah Pada Matahari Dan Bulan

() ) ) 38) )() ) ) ) ) ) ) ) 37) )) ) ) ) ) ) ) )


(40) )() ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) 39) ) ) ) )

37. Dan lagi dalil Yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami
hilangkan siang daripadanya, maka Dengan serta-merta mereka berada Dalam
gelap-gelita;

38. Dan (sebahagian dari dalil Yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar
ke tempat Yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa,
lagi Maha mengetahui;

39. Dan bulan pula Kami takdirkan Dia beredar melalui beberapa peringkat,
sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya -
(berbentuk melengkung) seperti tandan Yang kering.

40. (dengan ketentuan Yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar
bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya
beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.

Ayat ini Tuhan hendak menceritakan tanda kebesarannya dan rahmat kepada
manusia dengan menjadikan matahari dan bulan ini berputar pada orbitnya.
Dengan putaran ini menyebabkan berlakunya malam dan siang, gerhana bulan
dan matahari, pasang surut air laut dan kestabilan sistem solar. Kesemua
makhluk ini walaupun lebih besar daripada manusia dari sudut saiz dan jisim,
tetapi semuanya tunduk kepada perintah Allah tidak membantah walaupun
sedikit. Ini semua tanda bagi orang yang berakal.

Pengajaran daripada ayat-ayat saintifik ini ialah:

Mukmin melihat dengan pandangan makrifat iaitu mengembalikan semua


kehebatan makhluk kepada Allah.

Antara rahmat Allah ialah Dia menjadikan malam, siang, gerhana, air pasang,
pertukaran musim dan banyak lagi agar manusia berfikir.

Kehebatan Allah mengatur perjalanan orbit planet tanpa lorong, setiap satu
tetapi beredar di atas paksinya. Matahari dan bulan, walaupun lebih besar dari
manusia, tunduk patuh atas ketetapan itu.

Isyarat ilmiah pada ayat ke 40 menunjukkan bahawa setiap edaran di atas falak
atau orbit ini ia akan kembali semula ke tempat asalnya.

4
) )

) + )) + )) + )) + )) + )) + )

Tuhan yang menjadikan sistem planet ini teratur berkuasa pula untuk
menghancurkan dan membinasakannya apabila tiba hari Kiamat.

Sumber : Tafsir Ibn Kathir, Majallah al-Bayan (Maktabah al-Syamelah)

Anda mungkin juga menyukai