Anda di halaman 1dari 12

PEMBELAJARAN KONSEP AWAL MATEMATIK

Perkembangan awal pemikiran matematik dalam kanak-kanak

Konsep pembelajaran matematik kini dikenali sebagai satu proses dimana kanak-kanak

membentuk danmembina ilmu di dalam bidang matematikdengan mengaitkan ilmu atau konsep

yang telah sedia ada pada mereka. Griffin, Case & Siegler (1994), menyatakan perkembangan

awal dalam bidang matematik telah mula dijalankan di peringkat bayi lagi untuk melihat

kebolehan mereka.

Minda kanak-kanak berkembang di dalam bidang awal matematik berdasarkan kepada

perkembangan beransur-ansur yang melibatkan sesuatu penemuan dan pembinaan makna yang

lebih mendalam tentang angka serta konsep-konsep pengiraan dan bukannya berdasarkan konsep

semua atau tiada langsung (all-or-nothing). (Baroody, 1987).

Piaget (1952) di dalam kajiannya mendapati bahawa perkembangan pemikiran kanak-

kanak dalam bidang ini menunjukan perkembangan yang berperingkat-peringkat, di mana

terdapat had yang jelas tentang kemahiran tertentu pada peringkat-peringkat yang tertentu.

Beliau juga telah mengaitkan had-had ini kepada tahap-tahap perkembangan kognitif yang telah

dicadangkan dalam teori yang dikemukakan oleh beliau. Namun begitu pengkaji-pengkaji

selepasnya mempunyai pandangan yang berlainan tentang kenapa kanak-kanak menunjukkan

had atau limitasi tersebut (Donalson,1987).

1
Peringkat awal kanak-kanak dan pengiraan matematik

Bayi sekecil 6 bulan boleh membezakan objek yang sedikit atau banyak. Kajian oleh

Spelke & Gelman (1990), menunjukkan , sekiranya objek yang digambarkan dalam gambar

berubah dari dua ke tiga dan empat, kanak-kanak akan perasan dan mula tertarik semula. Cooper

(1984), pula menyatakan seawal usia 18 bulan, kanak-kanak akan perasaan koleksi yang mana

satu mengandungi lebih objek jika dibandingkan antara dua koleksi. Ini adalah persediaan bagi

satu pemahaman asas berkaitan nombor, tetapi masih belum boleh dikategorikan sebagai

pengetahuan nombor.

Menurut Steffe (1992), pengetahuan matematik sebenarnya berkembang secara kualitatif.

Misalnya, kebolehan kanak-kanak dalam melihat satu koleksi kecil meningkat dari persepsi

kepada imaginasi dan akhirnya bentuk angka. Seterusnya kanak-kanak akan mengembangkan

kebolehan mereka membayangkan, di mana mereka boleh melakukannya. Mereka boleh

menguraikan secara mental.

Kanak-kanak yang berusia 2 hingga 5 belajar konsep nombor (1, 2, 3) disebabkan

keinginan untuk mengira sehingga koleksi yang lebih besar dan perasaan ingin tahu tentang

nombor itu sendiri. Untuk mengira objek, kanak-kanak akan belajar mengkoordinasikan senarai

perkataan dengan menunjukkan jari ataupun menggerakkan objek yang terikat dengan angka

yang disebut tepat ketika mereka mengira objek yang ingin dikira ( Fuson, 1988). Kanak-kanak

yang berusia 3 tahun memperoleh kemahiran yang lebih baik jika mereka mengira secara

berterusan dan lama-kelamaan mereka berupaya untuk mengira koleksi yang lebih besar dalam

pelbagai jenis susunan, tanpa perlu menyentuh dan menggerakkan objek ketika mengira.

2
Steffe (1992), menyatakan pengetahuan matematik sebenarnya berkembang secara

kualitatif iaitu kebolehan kanak-kanak dalam melihat satu koleksi kecil meningkat dari

persepsi kepada imaginasi dan akhirnya bentuk angka. Kemudian kanak-kanak tersebut akan

Mereka mampu membuat penguraian dilakukan secara mental.

Kanak-kanak pada umur 2 hingga 5 tahun belajar konsep nombor 1,2 ,3 adalah atas

keinginan untuk mengira sehingga koleksi yang lebih besar dan perasaan ingin tahu tentang

nombor itu sendiri. Fuson, (1988) menyatakan bagi mengira objek, kanak-kanak akan belajar

pengkoordinasian di antara senarai perkataan dengan menunjukkan jari ataupun menggerakkan

objek yang terikat dengan angka yang disebut tepat ketika mereka mengira objek yang ingin

dikira. Latihan pengiraan yang berterusan akan membuatkan kanak-kanak yang berusia 3 tahun

memperoleh kemahiran mengira dan lama-kelamaan mereka berupaya untuk mengira koleksi

yang lebih besar dalam berbagai jenis susunan, tanpa perlu sebarang sentuhan dan gerakkan

objek ketika mengira.

Masalah pembelajaran matematik semasa peringkat awal kanak-kanak

Sering didapati, pada peringkat awal kanak-kanak mempunyai masalah menguasai

kemahiran mengenai simbol dan nombor 1 10 dalam matematik. Maka dengan itu, pendidikan

awal kepada kanak-kanak haruslah nenitikberatkan penguasaan mereka di dalam segala

pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya dipelajari. Ianya juga hendaklah tidak menjejaskan

kemahiran matematik yang sepatutnya dikuasai dalam peringkat umur mereka.

3
Kanak-kanak mengenal nombor secara semulajadi melalui pengalaman dalam

kehidupan seharian Ginsburg (1977). Pengetahuan nombor adalah konsep asas dalam

pembelajaran Matematik. Konsep nombor ini merujuk kepada bilangan yang terdapat dalam

sesebuah kumpulan dan diadaptasikan dalam bentuk angka atau simbol untuk mewakili konsep

nombor.

Kaedah penghafalan dan penyaluran ilmu dari guru kepada kanak-kanak di dalam

matematik semakin tidak digemari kerana dengan ini murid-murid mungkin dapat menyelesaikan

soalan tetapi tidak dapat mengaplikasikan kemahiran tersebut di dalam kehidupan seharaian

mereka. Ahmad Ismail (2009), menyatakan penguasaan konsep matematik tidak datang

daripada buku kerja atau tugasan atas kertas dan pen.

Pengetahuan serta pengembangan kemahiran matematik kanak-kanak adalah melalui

pengalaman hands-on dengan aktiviti real-life. Bagi membantu membina keyakinan kanak-

kanak dalam kemahiran matematik yang amat berguna kepada mereka apabila dewasa kelak,

kanak-kanak perlu dibiasakan dengan menggunakan pemikiran matematik dalam menyelesaikan

masalah harian yang konkrit.

Pendekatan Belajar Melalui Bermain

Terdapat beberapa pendekatan yang boleh dijalankan untuk menguasai kemahiran

matematik dan salah satunya adalah melalui bermain. Bermain adalah satu keperluan dan

aktiviti semulajadi bagi setiap kanak-kanak dimana mereka dapat belajar dan meneroka kerana

imaginasi mereka yang tinggi. Seperti yang telah dihuraikan di dalam Huraian Pendidikan

Prasekolah Kebangsaan (2003), penekanan telah diberikan tentang pendekatan belajar melalui

4
bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Fitrah kanak-kanan memang

suka bermain dan melalui permainan mereka akan menjelajah, meneroka, mencari penemuan dan

pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi.

Kini setelah Program Tranformasi Kerajaan (GTP) dilaksanakan, Standard Kurikulum

Prasekolah Kebangsaan (2010) telah digunapakai dan pendekatan belajar melalui bermain masih

disenaraikan sebagai pendekatan yang perlu dilaksanakan di prasekolah seluruh Malaysia.

Pendekatan ini dijadikan keutamaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak

memandangkan bermain adalah sifat semula jadi kanak-kanak yang boleh dijadikan perantara

dan membantu meningkatkan pembelajaran kanak-kanak ke tahap yang optimum.

Bermain juga telah diakui penting untuk pembelajaran dan

perkembangan kanak-kanak oleh ramai penyelidik seperti Moyles (1989),

Bruce (1991), Hall dan Abbott (1991), Wood dan Artfield (1996), Drake

(2001), Riley (2003), Broedhead (2004) dan Brock et. al (2009). bermain

dapat menyediakan peluang kepada kanak-kanak melalui proses pengayaan,

proses penyusunan semula, penemuan baru, pembinaan pengalaman dan

pengetahuan serta penemuan konsep-konsep baru (Brock et. al (2009).

Di samping itu juga, dengan bermain kanak-kanak tidak akan merasa

bosan dan dapat

menghilangkan rasa takut kanak-kanak terhadap mata pelajaran matematik.

Bagi Hurlock (1987) konsep bermain yang disediakan oleh guru bukan sahaja

bertujuan untuk menggembirakan suasana bilik darjah malah memberi

makna yang luas kepada kanak-kanak sewaktu berinteraksi dengan suasana

dan persekitarannya .

5
Terdapat literatur yang menunjukkan bahawa pendekatan belajar

melalui bermain penting untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran pada peringkat prasekolah. Pakar-pakar seperti (Bodrova &

Leong, 2001, 2003; Bruce, 2001; Owocki, 1991; Sawyers & Rogers, 1998),

perkembangan sosial (Parten, 1932; Sluss, 2005, Trawick-Smith, 2006) telah

membina kurikulum prasekolah yang menggunakan pendekatan bermain

untuk meningkatkan perkembangan kognitif dan pembelajaran kanak-

kanak.

Lantaran itu, pendekatan belajar melalui bermain tidak boleh

dipandang remeh oleh guru-guru prasekolah kerana terdapat bukti yang

kukuh daripada penyelidik-penyelidik terdahulu bahawa kanak-kanak boleh

menunjukkan tahap komunikasi lisan yang lebih tinggi, pemikiran yang

kreatif, berimaginasi dengan lebih baik dan menyelesaikan masalah (Brock

et. al., 2009), meningkatkan motivasi dan menggalakkan penglibatan serta

tumpuan (Riley, 2003) melalui aktiviti belajar melalui bermain.

Malah Mariani dan Siti Hawa (2009) juga menyokong bahawa aktiviti

bermain berperanan dalam membantu perkembangan kanak-kanak dari

aspek sahsiah dan tingkah laku kanak-kanak dan bukan sahaja dari aspek 3M

(membaca, menulis dan mengira). Namun begitu, akibat kekangan dan

masalah yang dihadapi oleh guru antaranya kesukaran mengawal kanak-

kanak di dalam kelas, kekangan masa, kurang kreativiti guru, kekurangan

bahan permainan dan ketiadaan panduan yang khusus untuk menjalankan

6
pendekatan belajar sambil bermain dengan cara yang sistematik, maka

pendekatan belajar melalui bermain ini tidak dapat diamalkan dengan baik.

Sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Sharifah

Norhaidah Syed Idros dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains

Malaysia pada tahun 2007 hingga 2010 telah memperolehi dapatan kajian

yang menguatkan pendekatan tersebut. Hasil kajian tersebut mendapati 15

daripada 19 orang guru yang ditemu bual menyatakan bahawa mereka tahu

tentang kelebihan pendekatan belajar sambil bermain tetapi sukar untuk

melaksanakan kerana kesuntukan masa, kekurangan bahan dan alat dan

sukar dalam mengawal tingkah laku kanak-kanak.

Modul Belajar Melalui Bermain

Modul belajar melalui bermain adalah berasaskan kepada teori konstruktivisme yang

menggabungkan teori Perkembangan Kognitif oleh Piaget dan teori Perkembangan Kognitif oleh

Vygotsky. Berdasarkan teori teori di atas, aktiviti bermain yang disediakan dalam modul belajar

melalui bermain adalah aktiviti bermain kognitif yang dilaksanakan secara koperatif iaitu aktiviti

belajar perlu dijalankan secara berkumpulan. Teori Piaget dan Vygotsky ini juga percaya bahawa

perkembangan kognitif dan pengetahuan kanak-kanak adalah hasil daripada interaksi secara

berterusan dan juga faktor persekitaran.

Fosnot (1996) menyatakan persekitaran bukan sahaja meliputi aspek fizikal tetapi

termasuk aspek perhubungan sosial dan budaya disekelilingnya . Pengetahuan akan terbina

dengan sendiri semasa seseorang kanak-kanak berinteraksi dengan dunia di sekitarnya secara

aktif. Mereka bukan hanya menerima maklumat secara pasif melalui proses pengajaran dan

pembelajaran tetapi membina pengetahuan hasil interaksi dengan persekitaran. Secara

7
ringkasnya, unsur sosial dan kognitif adalah saling berkait dalam interaksi kanak-kanak dengan

persekitarannya.

Guru-guru prasekolah khasnya perlu merancang dan menyusun permainan agar

pengalaman bermain dapat membantu meningkatkan semua domain perkembangan kanak-kanak

khususnya domain kognitif, fizikal, emosi dan sosial. Permainan yang akan dilaksanakan

bergantung pada pengetahuan, nilai dan kemahiran yang hendak diterapkan oleh guru kepada

kanak-kanak bagi menyokong pembelajaran awal matematik. Setiap aktiviti bermain yang

dirancang pula perlu selari dan mengikut objektif standard pengajaran dan pembelajaran yang

terkandung dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010).

Terdapat empat jenis aktiviti di dalam modul pendekatan belajar melalui bermain iaitu

main konstruktif, main berfungi, main dramatika dan main dengan peraturan. Ianya perlu

dilaksanakan dengan berkumpulan bertujuan untuk meningkatkan perkembangan kognitif dan

juga sosial kanak-kanak secara serentak dan menyeluruh. Di samping itu, guru juga perlu

menyediakan bahan bantu mengajar mengikut kesesuaian dalam konteks tersebut.

Satu kajian Numerical abstraction by human infants oleh Prentice Starkey, Elizabeth

S. Spelke dan Rochel Gelman telah menunjukkan bahawa pembelajaran awal matematik dalam

topik pengalaman pranombor dengan menggunakan modul belajar melalui bermain memberi

kesan yang positif terhadap kefahaman kanak-kanak.

Keputusan kajian tersebut menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan terhadap

kefahaman kanak-kanak dalam topik pengalaman pranombor apabila menggunakan modul

belajar dengan bermain. Perkara ini dapat menjelaskan bahawa kanak-kanak yang mengikuti

proses pengajaran dan pembelajaran awal matematik dengan menggunakan modul belajar

8
melalui bermain lebih memahami konsep pengalaman pranombor berbanding kanak-kanak yang

mengikuti pengajaran biasa. Dapatan kajian ternyata ini telah berjaya menyokong kenyataan

Bodrova dan Leong (2001, 2003), Bruce (2001), Owocki (1991), dan Sawyers dan Rogers

(1998) yang sebelum ini menjelaskan bahawa pendekatan belajar melalui bermain dapat

meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak.

Pengalaman hanns-on dan aktiviti yang bermakna yang boleh diperoleh melalui aktiviti

bermain yang dilaksanakan di dalam atau di luar bilik darjah dapat mengembangkan penguasaan

konsep awal matematik kanak-kanak. Kamii dan Yasuhiko (2006) menerangkan bahawa aktiviti

bermain adalah lebih baik berbanding penggunaan lembaran kerja yang diberikan kepada kanak-

kanak. Ini adalah kerana, dalam bermain kanak-kanak diberi rangsangan dan merangsang tindak

balas pada waktu itu juga.

Kajian-kajian lain mengenai pendidikan awal kanak-kanak telah menitik beratkan

persekitaran pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang perlu menyediakan aktiviti bermain

sambil belajar supaya kanak-kanak dapat meneroka, menyiasat dan menyelesaikan masalah

secara bersama-sama (Broadhead, 2004). Aktiviti bermain ini dilihat sepadan dengan prinsip

konstruktivisme yang menganjurkan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan hands-on

dan minds on.

Nutbrown (1994) , menjelaskan aktiviti bermain yang disediakan kepada kanak-kanak

sebenarnya memberi ruang kepada mereka untuk membina kefahaman tentang alam semula jadi

hasil gabungan daripada keseronokan, dan pengalaman sendiri. Pada akhir pembelajaran, kanak-

kanak menjadi lebih berkemahiran dalam membina keperluan dan kefahaman sendiri melalui

persekitaran pembelajaran yang menyokong dan sesuai. Hasil kajian tersebut memberi implikasi

9
kepada guru-guru prasekolah supaya berusaha melaksanakan pendekatan belajar melalui bermain

dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak khususnya dalam pembelajaran awal

matematik.

Keimpulannya, bidang matematik adalah amat penting di dalam kehidupan seharian

apatah lagi dalam masyarakat kita yang menuju ke arah sebuah Negara maju. Kemahiran

matematik perlu dipupuk sejak dari peringkat awal kanak-kanak lagi kerana pembelajaran yang

berkesan dari usia kanak-kanak lagi akan membentuk asas pembelajaran yang kukuh. Kanak-

kanak perlu mempunyai kefahaman yang kuat terhadap konsep-konsep matematik asas yang

akan membolehkan mereka melanjutkan pelajaran pada peringkat yang seterusnya.

Ausubel et. al. (1978), menyatakan proses pengajaran dan pembelajaran tidak lagi dilihat

dari perspektif orang dewasa iaitu pendidikan sahaja tetapi juga dari perspektif kanak-kanak

dimana para pendidik akan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan serta kefahaman

terhadap strategi pengajaran dan pembelajaran matematik.

Pendekatan belajar melalui bermain dilihat sebagai satu pendekatan yang efektif di dalam

pengajaran dan pembelajaran matematik awak kanak-kanak. Pembinaan modul belajar melalui

bermain ini telah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran awal matematik dengan

sistematik dan berkesan di peringkat prasekolah. Buktinya, dapatan kajian-kajian yang telah

dijalankan menunjukkan peningkatan kefahaman konsep pengalaman pranombor bagi kanak-

kanak yang terlibat dalam pelaksanaan modul belajar melalui bermain di prasekolah.

10
Daripada tinjauan literature di atas, tidak dinafikan lagi, pendidikan awal matematik

kanak-kanak amat penting bagi menyediakan mereka untuk menghasilkan generasi Malaysia

yang bukan sahaja kreatif dan inovatif dalam pemikiran mereka malah berketerampilan dan

berintelek tinggi.

Rujukan

Buku

Baroody, 1987 Children's Mathematical Thinking: A Development Framework For Preschool,


Primary, and Special Education Teachers, Teachers College Press, New York.

Griffin, S.A., Case, R., & Siegler, R.S. (1994). Rightstart: Providing The Central Conceptual
Prerequisites For Formal Learning Of Arithmetic To Students At Risk For School Failure.

Nurul Amirah Mohd Razali, PM Dr Zaidatun Tasir. Rekabentuk Sistem Pembelajaran Konsep
Nombor Berasaskan Pendekatan Permainan yang Menerapkan Teori Perkembangan Kognitif
Kanak-Kanak. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Piaget, J. (1952). The origins of intelligence in children. New York: International Universities
Press.

Starkey, P., Spelke, E. S., & Gelman, R. (1990). Numerical abstraction by human infants.
Cognition, 36, 97-128

Rozumah Baharudin dan Salma Ishak (1986), Panduan Aktiviti Prasekolah. Fajar Bakti Sdn. Bhd

Internet
The Developmental Bases For Early Childhood Number and Operations Standard. Arthur J.
Baroody , University of Illinois. Sumber:
http://gse.buffalo.edu/org/conference/confwritings2/baroody.pdf

11
Numerical abstraction by human infants Prentice Starkey, Elizabeth S. Spelke dan Rochel
Gelman. Sumber:
http://www.wjh.harvard.edu/~lds/pdfs/Numerical%20abstraction%20by%20human
%20infants.pdf

Implikasi Teori Pembelajaran dalam Pembelajaran Matematik Awal Kanak-kanak. daripada


sumber :
http://www.scribd.com/doc/91148561/Implikasi-Teori-Pembelajaran-Dalam-Pembelajaran-
Matematik-Awal-Kanak

Pembelajaran Awal Matematik Di Prasekolah. daripada sumber :


http://www.scribd.com/doc/17468601/Pembelajaran-Matematik-di-Prasekolah

Donaldson, S. K. Infinite determinants, stable bundles and curvature. Duke Mathematical


Journal 54 (1987), no. 1, 231--247.doi:10.1215/S0012-7094-87-05414-7. Sumber
http://projecteuclid.org/euclid.dmj/1077305512.

12

Anda mungkin juga menyukai