Anda di halaman 1dari 15

PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH

1. Pelantikan Guru Penasihat

1.1 Pelantikan Guru Penasihat tidak berdasarkan Akta


Pendidikan 1996
1.2 Penalti yang dikenakan adalah berdasarkan :
Peraturan 2 dalam peraturan-peraturan Pendidikan
(Kurikulum Kebangsaan) 1997 seperti dalam Akta
Kerajaan Jilid 42/no 11(tambahan No 41) Perundangan
(A)P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.
Penalti yang dikenakan tidak melebihi RM50 000 atau 2
tahun penjara
1.3 Semua peraturan tentang pengurusan kokurikulum sekolah
hendaklah dirujuk pada dokumen/surat pekeliling yang
dilampirkan/ yang telah sedia ada.
1.4 Perintah Am
Seseorang Guru yang tidak masuk kelas untuk mengajar
atau tidak menghadiri aktiviti kokurikulum sebagaimana
yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan di dalam jadual waktu/
takwim adalah dianggap telah melanggar Peraturan
Sekolah dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Perlanggaran Tata Kelakuan di bawah Peraturan-Peraturan


Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib)1993:

4(2) Seseorang pegawai tidak boleh


(g) Tidak bertanggungjawab;
(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-
apa
cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah
sebagai ingkar perintah.

2. Pengurusan Badan Beruniform/Kelab/Persatuan. Sila


rujuk dan gunakan garis panduan yang disertakan.

2.1 Semua sekolah diminta untuk menggunakan garis panduan


pengurusan kokurikulum seperti dalam
lampiran 1.25 perkara yang dinyatakan dalam lampiran
berkenaan hendaklah dipatuhi.(Rujuk Peraturan-
peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
seperti dalam Warta Kerajaan Jil.42/No.11 (Tambahan No.41)
Perundangan ( A ) 196 bertarikh 21 Mei 1998.

2.2 Semua Badan Beruniform yang tidak diluluskan


pendaftarannya dikira tidak sah dan segala implikasi

1
undang-undang adalah di bawah tanggungjawab
Pengetua/Guru Besar.
2.3 Penubuhan Persatuan seperti Persatuan Agama
Hindu/Buddha/Kristian dan sebagainya mestilah mematuhi
Surat
Pekeliling Ikhtisas 9/2000(Kelulusan mestilah daripada
Pengarah Pelajaran selaku Pendaftar).

2.4 Kutipan Yuran/Derma

2.4.1 Istilah yuran tidak boleh digunakan,sebaliknya


digantikan dengan istilah derma atau sumbangan.
2.4.2 Semua kutipan mestilah mengikut peraturan Akta
1996 dan di bawah pengawasan
Pengetua/Guru Besar.

2.5 Aktiviti

2.5.1 Aktiviti yang dirancang mestilah berorientasikan


pendidikan,pengetahuan dan keperluan semasa.

2.5.2 Aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan nilai dan


tatasusila hendaklah dielakkan.

2.5.3 Aktiviti kokurikulum hendaklah dijalankan sepanjang


tahun,tiada pengecualian bagi kelas
peperiksaan,namun begitu pengisian aktiviti
hendaklah menjurus ke arah memantapkan dan
mengukuhkan kurikulum.

2.6 Pemantauan Penyeliaan Aktiviti Kokurikulum

2.6.1 Pemantauan aktiviti kokurikulum hendaklah


dilakukan oleh
pihak pengurusan kokurikulum untuk memastikan
keberkesanan pengurusan sesuatu badan
beruniform/kelab/persatuan.

2.7 Pelaporan/Dokumentasi

2.7.1 Sekolah perlu menyediakan pelaporan,dokumentasi


dan
penilaian bagi setiap program yang dijalankan
disekolah.

3. Takwim Sekolah

2
3.1 Berdasarkan takwim yang dikeluarkan oleh JPS/PPD.

3.2 Sekolah diminta memastikan bahawa aktiviti Merentas


Desa, Sukan Tahunan dan Perkhemahan dimasukkan dalam
Takwim Sekolah.3 jenis aktiviti ini wajib dilaksanakan di
peringkat sekolah.

3.3 Pihak sekolah diminta menghantar satu salinan Takwim


Sekolah ke PPD pada atau sebelum 31 Januari 2005
(U.P : Penyelia Kokurikulum)

4. Mesyuarat Bersama Jawatankuasa Kokurikulum dan


Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

4.1 Setiap sekolah wajib tubuhkan JK Kokurikulum sekolah


berdasarkan SPI / 1985

4.2 Jawatankuasa ini mesti di pengerusikan oleh Guru


Besar/Pengetua.

4.3 Ahli-Ahli Jawatankuasa boleh dilantik di kalangan Penolong


Kanan,Guru Penyelaras Persatuan,Badan Berunifom dan
Setiausaha Sukan.

4.4 Fokus,misi dan visi kokurikulum sekolah hendaklah


dibentangkan dalam mesyuarat peringkat jawatankuasa.

4.5 Satu mesyuarat penyelarasan bersama dengan


jawatankuasa
kurikulum sekolah hendaklah diadakan pada awal tahun
untuk memastikan program sekolah bersifat bersepadu
dan mempunyai halatuju yang sama.

4.6 Setiap mesyuarat mesti mempunyai minit.

5. Seni Mempertahankan Diri

5.1 Semua Kelab Seni Mempertahankan Diri/Bela Diri


dimasukkan dalam Badan Beruniform.

5.2 Perlantikan personel atau jurulatih luar mestilah mengikut


prosedur yang telah ditetapkan oleh Unit Pendaftaran JPS.
Rujuk SPUP Bil 2/1997 JPS 7780 Panduan Penubuhan
Dan Pengurusan Kelab TaekwonDo/Seni Mempertahankan
Diri.

3
5.3 Kebenaran Jurulatih Luar hendaklah diperbaharui setiap
tahun.

5.4 Sekolah berhak menggantung akademi yang gagal


mengikut memorandum persefahaman yang telah
ditandatangani antara pihak sekolah dengan akademi
tersebut.
Rujuk SPUP Bil 2/1997 JPS.77280 Panduan Penubuhan
dan Pengurusan Kelab Taekwon Do/Seni Mempertahankan
Diri.

Seni Mempertahankan Diri

1. Penubuhan Persatuan taekwando/Silat


1.1 Sila patuhi prosedur mengikut keperluan Akta Pendidikan
1996.

2. Panduan menerima jurulatih luar melatih Persatuan Taekwando


sekolah.

2.1 Jurulatih luar menghantar permohonan rasmi bersama


dokumen sokongan untuk melatih ahli-ahli persatuan
kepada pihak sekolah.

2.2 Pihak sekolah menyediakan memorandum persefahaman


yang dipersetujui kedua-dua pihak.

3. Surat permohonan jurulatih bersama-sama dokumen


persefahaman dihantar ke PPD(Unit Pendaftaran).

4. PPD akan memberi kelulusan untuk melatih dan sah laku


sehingga 31.12.2005 sahaja.

5. Persatuan dan jurulatih tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

5.1 Persatuan mempunyai rekod yang menunjukkan telah


ditubuhkan dan didaftarkan di sekolah serta mempunyai
sistem pengurusan yang teratur.(Rujuk Akta Pendidikan
1996:Peraturan-peraturan Pendidikan(Persatuan Sekolah)
1998*,

5.2 Setiap murid yang menjadi ahli persatuan ini adalah


dengan kerelaan sendiri dan hendaklah mendapat
kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga.

4
5.3 Tiada unsur paksaan kepada mana-mana pihak.

5.4 Murid tidak boleh menjadi ahli secara langsung kepada


badan luar yang didaftarkan di bawah Pendaftar
Pertubuhan.Sehubungan dengan itu,mereka tidak boleh
dilibatkan dengan aktiviti badan induk jurulatih.

5.5 Yuran pendaftaran bagi tujuan yuran bersekutu dengan


badan induk Jurulatih tidak dibenarkan untuk dikutip.

5.6 Murid tidak dibenarkan menyertai sebarang pertandingan


melainkan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran.Bila
menyertai mana-mana pertandingan /aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak luar,hendaklah terlebih dahulu
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua/Guru
Besar dan PPD.
5.7 Murid bagi sesuatu kumpulan atau unit latihan hendaklah
dalam lingkungan umur yang tidak banyak bezanya.Di
peringkat sekolah rendah,murid Tahap Satu dan Tahap Dua
hendaklah berada di kumpulan berasingan.Sebaik-baiknya
mereka hendaklah diasingkan kepada kelompok mengikut
jantina (lelaki/perempuan).

5.8 Kurikulum Seni Bela Diri Taekwando hendaklah jelas dan


terancang serta mampu menyediakan para pelajar untuk
menyertai pertandingan yang diiktiraf oleh
MSSM,SUKMA,SUKAN SEA dan peringkat dunia (OIC).

5.9 Kurikulum seni bela diri Taekwando juga perlu jelas dalam
hal-hal mengenai peringkat pencapaian dan
pensijilan.Pihak sekolah hendaklah mengatur kebenaran
untuk tujuan yang berkenaan.

5.10 Pihak sekolah sahaja yang dibenarkan membuat kutipan


wang daripada murid.

5.11 Pendaftar sekolah-sekolah berhak menyemak Imbangan


Kewangan Kelab dari masa ke semasa mengikut
peruntukan
The Schools (Societis) regulation,1956(7)(2).

5.12 Jurulatih yang dijemput oleh pihak sekolah dan diluluskan


oleh PPD/JPN sahaja yang boleh menjalankan aktiviti di
sekolah.

5
5.13 Jurulatih dilarang mewakilkan kepada orang lain untuk
melatih murid sekolah berkenaan.

5.14 Seorang Jurulatih akan hanya mengendalikan latihan


kepada suatu kumpulan ahli yang tidak melebihi 25 orang
pada setiap sesi latihan supaya pengawasan dan proses
latihan dapat dijalankan dengan berkesan.

5.15 Pihak sekolah dan Jurulatih hendaklah mematuhi Panduan


Menerima Jurulatih Luar dan kandungan Surat
Persefahaman(MoU) antara pihak persatuan dan pihak
jurulatih,termasuk bayaran perkhidmatan kejurulatihan
sebanyak RM60.00 (Ringgit Malaysia : Enam Puluh Sahaja)
sejam.

5.16 Jurulatih hendaklah menjaga etika sebagai seorang


pendidik,sentiasa berbudi pekerti dan berpakaian kemas
serta mematuhi segala peraturan,arahan yang sedang
berkuatkuasa.

5.17 Sesi latihan tidak akan mengganggu kelicinan proses


pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

5.18 Setiap sesi latihan meestilah dihadiri dan diawasi oleh guru
penasihat persatuan/kelab supaya tidak berlaku unsur-
unsur pencabulan kehormatan murid dalam apa bentuk
pun,secara langsung atau tidak langsung.Pastikan
keselamatan pelajar terjamin.

5.19 Latihan yang dijalankan hanya melibatkan murid sekolah


berkenaan sahaja.

5.20 Semua sesi latihan hendaklah diadakan di premis sekolah


berkenaan sahaja,melainkan mendapat kebenaran bertulis
daripada PPD.

5.21 Melatih murid dari beberapa sekolah yang digabungkan


adalah dilarang,melainkan mendapat kebenaran bertulis
daripada PPD.

5.22 Suatu sesi latihan tidak melebihi dua jam,iaitu pada


.dari jam hingga
seperti yang dipohon.

5.23 Pihak sekolah diingatkan bahawa latihan yang dibuat di


hari-hari cuti umum adalah dilarang sekiranya/kerana guru

6
penasihat/bertugas tidak dapat hadir bersama untuk tugas
penyeliaan dan pengawasan.

5.24 Guru,murid dan premis sekolah kerajaan dan bantuan


kerajaan adalah dalam kawalan kerajaan.Pihak sekolah/PPD
berhak menamatkan perkhidmatan atau membatalkan
kebenaran kepada mana-mana jurulatih sekiranya terbukti
telah melanggar syarat-syarat dan panduan yang tersebut
di atas.

5.25 Pihak sekolah/persatuan hendaklah mematuhi Akta


Pendidikan 1996;Peraturan-Peaturan Pendidikan (Persatuan
/ Kelab) 1998. Surat Pekeliling Ikhtisas SPI
Bil.9/2000;Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa
Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta
Kegiatan kokurikulum dan Sukan di dalam dan di luar
Kawasan Sekolah.

5.26 Sila patuhi peraturan keselamatan bagi aktiviti yang


berisiko tinggi.

5.27 Untuk kepentingan semua pihak,akademi seni


mempertahankan diri yang digunakan pihak sekolah
mesti akur dengan segala syarat dan peraturan yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah.Ini termasuk
penggunaan premis,latihan,yuran bulanan,jadual latihan
(Penjadualan-dari segi pelaksanaan bilangan minit yang
diperuntukkan hendaklah dipatuhi)dan kehadiran guru
penasihat.

6. Penilaian Aktiviti Kokurikulum

6.1 Penilaian aktiviti sekolah Rendah dan Menengah


berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.

6.2 Sekolah wajib membuat penilaian setiap tahun.Tahap


pencapaian hendaklah direkodkan.Skala A - E digunakan.

6.3 Sila ambil kira kes pelajar yang tidak dapat menyertai
ketiga- tiga aktiviti kerana terlibat dengan latihan
bermusim/pusat apabila
mewakili negeri/negara.Pelajar-pelajar berkenaan
hendaklah dibantu agar sekurang-kurangnya mendapat
markah C secara keseluruhan.

7
6.4 Sekolah diingatkan untuk merekodkan markah tertinggi
pelajar dalam tahun yang dinilai.Sebagai contoh : markah
pelajar semasa di Tahun 5 / Tingkatan 4
digunakan,walaupun pelajar tersebut kurang/tidak mahu
menyertai aktiviti kokurikulum semasa berada di Tahun
6/Tingkatan 5.Perkara ini tidak harus diumumkan kepada
para pelajar.

6.5 Berdasarkan analisis markah penilaian kokurikulum,pihak


sekolah diminta mengkaji semula keberkesanan setiap
program/aktiviti yang dijalankan.

6.6 Setiap sekolah hendaklah menghantar laporan keputusan


penilaian kokurikulum setiap tahun selewat-lewatnya pada
atau sebelum 15 November setiap tahun.

7. Kegagalan/Enggan Menghadiri Aktiviti Kokurikulum.

7.1 Semua pelajar dan guru wajib menyertai aktiviti


kokurikulum berdasarkan Akta Pendidikan 1996.Pihak
sekolah akan berhadapan dengan masalah apabila ibu
bapa enggan membenarkan anaknya menyertai aktiviti
kokurikulum atas alasan-alasan tertentu.

7.2 Garis Panduan / Peraturan Tetap mengenai perkara ini


mestilah dimasukkan dalam Peraturan Kokurikulum
Sekolah.

7.3 Penjaga/Ibu Bapa dimaklumkan secara bertulis mengenai


wajibnya menyertai aktiviti kokurikulum berdasarkan Akta
Pendidikan yang sedia ada.

7.4 Ibu bapa menjawab masih tidak mahu anaknya menyertai


aktiviti kokurikulum dan sanggup menerima apa sahaja
bentuk tindakan.

7.5 Pihak sekolah memaklumkan secara rasmi bahawa


anaknya akan mendapat pangkat E atau gagal dalam Sijil
Penilaian Kokurikulum dan akan direkodkan dalam Sijil
Berhenti Sekolah.
(Rujuk peraturan 4 dalam peraturan-peraturan pendidikan
(Persatuan sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai warta

kerajaan jilid 42/No 11 (Tambahan No 41). Perundangan

8. Cuti Umum / Hari Sabtu Minggu Pertama dan Ketiga.

8
8.1 Pihak sekolah hendaklah menghormati keputusan kerajaan
yang telah menetapkan cuti pada hari Sabtu pertama dan
ketiga. Seboleh-bolehnya tidak diadakan sebarang aktiviti
sekolah.

8.2 Semua aktiviti yang dirancang dan tidak dapat dielakkan


pelaksanaannya pada hari Sabtu berkenaan, hendaklah
mendapat persetujuan bertulis daripada murid,guru dan
ibu bapa.

9. Kelas Fardhu Ain/Sekolah Agama Rakyat(SAR) Pada


Setiap Hari Rabu.

9.1 Persetujuan membenarkan murid sekolah rendah keluar


pada hari Rabu untuk aktiviti kokurikulum telah
dipersetujui oleh JAIS,Surat makluman daripada JAIS telah
dihantar kepada semua SAR.

9.2 Semua aktiviti yang dirancang dan tidak dapat dielakkan


pelaksanaannya pada hari Sabtu yang berkenaan
hendaklah mendapat persetujuan bertulis daripada
murid,guru dan ibu bapa.

10. Majlis Rasmi Sekolah/Pengendalian Majlis Rasmi.

10.1 Pihak sekolah diminta menubuhkan jawatankuasa protokol


sekolah yang dipengerusikan oleh pengetua/guru besar.
10.2 Ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada Penolong-Penolong
Kanan, guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa,Guru Agama
dan melantik secara rasmi dua orang juruacara sekolah.

10.3 Pihak sekolah diminta melengkapkan keperluan protokol


seperti rostrum sekolah,troli hadiah dan walkie-talkie.

10.4 Dalam mengebdalikan majlis rasmi yang melibatkan


tetamu kehormat,sila dapatkan khidmat nasihat dari
PPD/JPS.

10.5 Protokol di PPD/JPS adalah di bawah Unit Perhubungan


Awam.
Rujuk SPI Bil.10/1989

11. Peruntukan Khas Kokurikulum/Motivasi Tahun 2005

9
11.1 Semua sekolah diminta untuk menghantar satu salinan
perbelanjaan peruntukan kokurikulum 2005 ke Pejabat
Pelajaran Daerah (U.P : Penyelia Kokurikulum) pada atau
sebelum 30 Mei 2005 dan 30 September 2005.

11.2 Perbelanjaan peruntukan ini mestilah mengikut garis


panduan/peraturan yang ditetapkan oleh Unit
Kewangan,JPS.

11.3 Dimaklumkan peruntukan khas untuk kokurikulum


tahun 2005 akan diteruskan.Pihak sekolah diminta
untuk
membelanjakan peruntukan ini sehingga akhir tahun.

12. Perlantikan Sebagai Pengerusi Aktiviti Peringkat Daerah.

12.1 Sila gunakan borang pelantikan/surat yang telah


disediakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah.

12.2 Pengerusi diminta memanggil mesyuarat Jawatankuasa


Kecil dan memastikan bidang tugas dilaksanakan
mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

12.3 Jika tarikh pelaksanaan aktiviti peringkat daerah tidak


begitu sesuai,Jawatankuasa berhak membuat pindaan dan
memaklumkan kepada PPD.Sebaik mungkin,tarikh
berkenaan hendaklah bersesuaian dengan tarikh peringkat
negeri.

13. Pertandingan / Aktiviti Peringkat Daerah.

13.1 Pihak sekolah sepatutnya telah membuat perancangan


awal dan latihan untuk menyertai pertandingan
peringkat daerah.

13.2 Pihak sekolah hendaklah mengenalpasti beberapa aktiviti


yang menjadi teras utama pasukan
sekolah.Persiapan,latihan dan pembentukan
pasukan hendaklah dibuat perancangan secara
sistematik dan tidak secara ad-hoc.

13.3 Sekolah dikehendaki menentukan target pencapaian untuk


melahirkan pasukan yang bekualiti.

10
13.4 Kebajikan guru/murid yang menyertai pertandingan
peringkat daerah mestilah diambil kira/diberi keutamaan.

14. Data Kokurikulum.

14.1 Sila lengkapkan borang yang diberi dan kembalikan ke


Pejabat Pelajaran Daerah pada atau sebelum 31 Januari
2005
(U.P : Penyelia Kokurikulum)

14.2 Sekolah juga boleh menghantar data berkenaan dalam


bentuk disket mengikut format borang yang
disediakan.

15. Permohonan Cuti Tanpa Rekod / Surat Pelepasan

15.1 Badan NGO memohon cuti tanpa rekod untuk


guru/kakitangan sekolah mestilah menghantar
permohonan tersebut kepada JPS(Unit
Kokurikulum).
15.2 Cuti latihan pasukan sukarela.
15.3 Cuti menghadiri latihan atau khemah tahunan
pertubuhan/persatuan
15.4 Cuti kursus-kursus lain.
15.5 Cuti menghadiri latihan syarikat kerjasama.
15.6 Cuti untuk masuk peperiksaan
15.7 Cuti menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas.
15.8 Cuti mengambil bahagian dalam olahraga/sukan.
(Rujuk Perintah Am Kerajaan (Bab C) 41-43 dan 44-47.)
15.9 Sekolah yang inginkan surat pelepasan dari PPD untuk
guru- guru bertugas dalam aktiviti kokurikulum
dikehendaki mengemukakan salinan nama guru-guru yang
terlibat seminggu sebelum tarikh aktiviti dijalankan.

16. Tuntutan Perjalanan/Harian/Elaun Makan Dalam Aktiviti


Kokurikulum

16.1 Guru-guru/pegawai yang terlibat dalam aktiviti


kokurikulum layak membuat tuntutan
perjalanan,elaun harian,elaun makan,lojing berdasarkan
kelayakan dan pekeliling sedia ada.

16.2 Semua tuntutan hendaklah disahkan oleh Pengetua/Guru


Besar dan dihantar terus ke Jabatan Pelajaran Selangor
mengikut prosedur biasa.

11
17. Garis Panduan / Peraturan Dalam Aktiviti Kokurikulum

17.1 Semua sekolah diminta menyediakan garis


panduan/peraturan keselamatan secara bertulis
melibatkan aktiviti-aktiviti berikut :
a. Perkhemahan.
b. Lawatan sambil belajar/pelancongan.
c. Penggunaan alatan sukan yang berisiko
tinggi.
d. Aktiviti-aktiviti lasak.
e. Aktitiviti yang melibatkan air.

18. Akta Pelancongan 1957.

18.1 Pihak sekolah yang ingin membuat lawatan/melancong


mesti mematuhi prosedur dan peraturan yang telah
ditetapkan.

18.2 Lima orang pelajar,satu kenderaan,satu destinasi


mestilah memenuhi keperluan Akta Pelancongan 1957.

18.3 Peraturan keselamatan dan langkah-langkah


keselamatan secara bertulis hendaklah diberi kepada
pelajar-pelajar sebelum sesuatu lawatan dilaksanakan.

18.4 Sebarang lawatan rasmi anjuran sekolah perlu buat


makluman rasmi kepada pihak ibu bapa/penjaga murid.

19. Borang Kebenaran Penjaga/Ibu Bapa

19.1 Frasa yang menyatakan pihak sekolah tidak


bertanggungjawab tidak boleh digunakan lagi.Sila Rujuk
surat pekeliling.

19.2 Aktiviti yang memerlukan tindakan segera,borang


kebenaran boleh ditandatangani oleh warden(sekolah
berasrama penuh)Bagi sekolah harian biasa,borang
kebenaran yang telah ditantangani hendaklah dibawa hari
program/aktiviti dijalankan.

19.3 Walau bagaimanapun,borang berkenaan tidak dianggap


sebagai dokumen yang sah dari sudut undang-undang.

19.4 Sekolah dinasihatkan untuk mendaftarkan borang


kebenaran ibubapa/penjaga yang membenarkan anaknya

12
menyertai aktiviti kokurikulum dalam tempoh tahun
berkenaan.

19.5 Semua pelajar mestilah menyertai Skim Insuran Takaful.

20. Tunas Kadet Remaja Sekolah / Kadet Ramaja Sekolah

20.1 Organisasi ini kepunyaan dan dilahirkan oleh Kementerian


Pelajaran Malaysia.

20.2 Setiap sekolah diminta untuk menubuhkan Pasukan Kadet


Remaja/Tunas Kadet Remaja.

20.3 Sila rujuk dengan Pengerusi Teknik KRS Daerah untuk


mengemaskini pengurusan dan pentadbiran KRS/TKRS
sekolah.

20.4 Pihak sekolah diminta untuk memastikan sistem kenaikan


pangkat pelajar sehingga ke Pegawai Waran.

20.5 Pemakaian pangkat dan gelaran dalam KRS/TKRS-sila rujuk


panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.

21. Penubuhan Kelab Setia / Kelab Rukunegara.

21.1 Sekolah diminta menubuhkan Kelab Setia (Kementerian


Penerangan)/Kelab Rukunegara (Jabatan Perdana Menteri).

22.2 Sila dapatkan garis panduan penubuhan kelab ini melalui


PPD.

22.3 Kelab ini bertujuan menyemai semangat cinta dan


sayangkan Negara.

22. Program Terima Kasih , Integrasi Pelajar dan


Perpaduan(RIMUP).

22.1 Pihak sekolah diminta memasukkan ketiga-tiga unsur ini


dalam semua program yang diadakan
disekolah.

22.2 Penekanan kepada kedua-dua unsur ini amat penting dan


perlu ditegaskan dan diterjemahkan untuk
meningkatkan sahsiah pelajar.

13
23. Program Pra Khidmat Negara peranan pihak sekolah

23.1 Program ini diletakkan dibawah penyeliaan Unit


Kokurikulum setiap sekolah.Setiap sekolah wajib
melaksanakan progran ini.
23.2 Kumpulan Sasaran ialah pelajar tingkatan 4 yang tidak
aktif dalam aktiviti kokurikulum .
24.3 Pihak sekolah hendaklah mengesahkan penyertaan
pelajar dalam program Pra Khidmat Negara dalam
Sijil Berhenti Sekolah.

25. Pusat Kokurikulum Negeri (PKN)

25.1 Penggunaan Pusat Kokurikulum Negeri berhubung terus


dengan PKN (salinan kepada PPD) dan membuat
tempahan awal serta bergantung kepada
kekosongan.

25.2 Semua aktiviti yang dijalankan di PKN perlu


menitikberatkan aspek keselamatan.

25.3 Penggunaan tapak dan khemah adalah percuma.Walau


bagaimanapun,sumbangan sebanyak RM 5 setiap peserta
akan dikenakan.

25.4 Maklumat PKN /permohonan:


Penolong Pengarah : En.Ibrahim b. Saad.(019-3022450)
Pusat Kokurikulum N.Selangor
Kem Tekali,Hulu Langat.

26. Penghargaan dan Pengiktirafan Guru/Personel


kokurikulum

26.1 Penghargaan adalah wajib diberikan kepada guru dan


pelajar yang telah memberi sumbangan dalam aktiviti
kokurikulum.

26.2 GPK Kokurikulum dikehendaki memberi sumbangan kepada


guru dan personel yang terlibat secara aktif dalam
meningkatkan kualiti pendiddikan.

27. Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah

27.1 Hari Kokurikulum boleh dijadikan acara tahunan sekolah.

14
27.2 Setiap sekolah perlu menetapkan hari di mana pelajar
perlu memakai pakaian badan beruniform yang disertai.

27.3 Pihak sekolah boleh menggunakan sedikit peruntukkan


Kokurikulum/Motivasi untuk tujuan ini.

28. Majlis Pemuafakatan PK Kokurikulum

28.1 GPK Kokurikulum digalakkan menubuhkan majlis


pemuafakatan ini.

29. Pelantikan Pengerusi Pengelola Pertandingan


Kokurikulum

29.1 PPD akan mengeluarkan surat pelantikan rasmi kepada


pihak sekolah yang akan menjadi pengelola aktiviti
kokurikulum
anjuran PPD.

30. Pelantikan Pegawai Teknik Kokurikulum Daerah

30.1 Mulai tahun 2005,PPD akan cuba melantik pegawai teknik


bagi setiap aktiviti kokurikulum terutamanya badan
berunifom.

31. Pengelolaan Aktiviti Peringkat Daerah Dan Negeri

31.1 Semua sekolah yang dilantik menjadi Pengerusi Pengelola


dikehendaki menubuhkan jawatankuasa dan merujuk
kepada garis panduan yang disediakan.

15

Anda mungkin juga menyukai