Anda di halaman 1dari 3

AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

PECUT SUT PENGGAL 2 : Q&A PENGURUSAN STRESS BAB


1Ditulis oleh: Cikgu aZLyWednesday, May 15, 2013KES 1 [TRIAL 2013]Manja Lara Sdn. Bhd.
merupakan sebuah perniagaan pemborongan. Perniagaan ini telah beroperasi selama lebih
sepuluh tahun. Jumlah permintaan dari peruncit semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Akibatnya pekerja terpaksa melakukan penghantaran barangan yang lebih kerap. Pekerja tidak
diberikan waktu rehat yang cukup dan kadangkala pekerja di bahagian stor terpaksa melakukan
kerja-kerja pengkeranian yang ditinggalkan oleh pekerja yang cuti bersalin. Kenderaan untuk
menghantarkan barangan yang disediakan oleh pihak syarikat sudah uzur dan segala kerosakan
mekanikal terpaksa ditanggung oleh pekerja yang menggunakan kenderaan tersebut..Keadaan
ini menyebabkan motivasi pekerja semakin menurun dan kadar tekanan kerja semakin
meningkat. Ada pekerja yang sudah mula kerap mengambil cuti kerana tidak tahan dengan
keadaan kerja. Ada juga yang telah berhenti kerja. Luahan perasaan pekerja jarang diambil berat
oleh pengurus Manja Lara Sdn Bhd. Akhirnya banyak pesanan terpaksa dibatalkan kerana
kekurangan tenaga pekerja dan masalah penghantaran yang lambat.Berdasarkan kes di atas,
jawab soalan-soalan berikut:i. Terangkan punca stres pekerja dalam syarikat ini. [15]ii.
Jelaskan bagaimana pengurus syarikat dapatmenguruskan stres yang dialami oleh pekerja
syarikat seperti dalam 2(a)(i). [10]iii. Nyatakan kesan stres pekerja kepada perniagaan
Manja Lara Sdn Bhd.[8]CADANGAN JAWAPAN:SOALAN i: Terangkan punca stres pekerja dalam
syarikat ini.1. Fakta : Bebanan kerja/kerja terlalu banyak/tugas banyak [1]Kaitan kes:
pekerja Manja Lara Sdn Bhd terpaksa melakukan penghantaran barangan yang lebih kerap[1]
KERANA jumlah permintaan dari peruncit semakin meningkat dari tahun ke tahun.[1]2.
Fakta: Hak Pekerja Dicabuli/Diabaikan/Disekat.[1]Kaitan kes : pekerja Manja Lara sdn bhd tidak
diberikan waktu rehat yang cukup [1]menyebabkan mereka berasa letih dan tertekan.[1]3.
Fakta:Konflik PerananKaitan kes : Pekerja Manja Lara Sdn Bhd di bahagian stor terpaksa
melakukan kerja-kerja pengkeranian yang ditinggalkan oleh pekerja yang cuti bersalin[1]
menyebabkan mereka merasa tertekan kerana tidak tahu tugas mana yang perlu diberi
keutamaan.[1]4. Fakta: Keperluan kerja[1]Kaitan kes: Segala kerosakan mekanikal terpaksa
ditanggung oleh pekerja Manja Lara Sdn Bhd yang menggunakan kenderaan penghantaran yang
sudah usang [1] menyebabkan mereka tertekan kerana duit mereka terpaksa digunakan untuk
membaiki kenderaan yang rosak.[1]5. Fakta: Kurang sokongan sosial[1]Kaitan kes: Luahan
perasaan pekerja Manja Lara Sdn bhd jarang diambil berat oleh pengurus Manja Lara Sdn Bhd
[1] menyebabkan mereka berasa terabai dan tidak diperlukan oleh syarikat.[1]SOALAN ii:
Jelaskan bagaimana pengurus syarikat dapat menguruskan stres yang dialami oleh pekerja
syarikat seperti dalam 2(a)(i).1. Punca stres: Bebanan kerja/kerja terlalu banyak/Tugas
banyak [1]Langkah mengatasi: pengurus Manja Lara Sdn Bhd boleh menambah bilangan pekerja
untuk mengurangkan bebanan kerja yang semakin meningkat. [1]2. Punca stres: hak
pekerja dicabuli/diabaikan/disekatLangkah mengatasi: Pengurusan Manja Lara Sdn Bhd
sepatutnya memberi ruang dan hak kepada pekerja untuk berehat, dan membuat/menyusun
jadual kerja supaya tidak berlaku.3. Punca stres: konflik peranan:Langkah: Pengurusan
perlu bijak dalam mengagihkan tugas yang ditinggalkan kepada pekerja yang lebih
sesuai/mempunyai kemahiran yg sesuai dengan kerja tersebut.4. Punca stres: Keperluan
kerjaLangkah atasi: Pengurusan Manja Lara Sdn Bhd perlu menyediakan van untuk
pengangkutan yang lebih baik dan baharu serta menyediakan peruntukan kewangan untuk
belanja baik pulih.5. Punca: kekurangan sokongan sosial.Langkah atasi: Pengurusan Manja
Lara Sdn Bhd perlu menyediakan tempat mengadu pekerja/uit kaunseling di tempat
kerja./wujudkan system mentorSOALAN iii: Nyatakan kesan stres pekerja kepada perniagaan
Manja Lara Sdn Bhd.1. Kesan ke atas pekerja : Motivasi pekerja menurun [1]Kesan ke
syarikat: menyebabkan produktiviti menurun. [1]2. Kesan atas pekerja : Penghantaran
lambat/pekerja ponteng tidak menghantar barang tepat pada masa,[1]Kesan ke atas syarikat:
Syarikat akan hadapi kerugian-sebab pesanan dibatalkan kerana masalahkelambatan
penghantaran/reputasi dan imej syarikat jatuh.[1]3. Kesan ke atas pekerja: Pekerja kerap
mengambil cuti.[1]Kesan ke atas syarikat : Produktiviti menurun/syarikat mengalami kerugian.4.
Kesan ke atas pekerja : Pekerja telah berhenti kerja.[1]Kesan ke atas syarikat: Kadar lantik henti
meningkat/kos merekrut meningkat/Produktiviti menurun.[1][Kesan ke atas pekerja=1m x 4,
Kesan ke atas syarikat=1m x 4][Jumlah=8m]SOALAN 2 [KES]-STPM 2008Puan Roslida baru
bertugas sebagai eksekutif kewangan di Syarikat Sutra Sdn Bhd [4S]. Semasa tempoh
percubaan selama enam bulan, beliau gagalmencapai sasaran jumlah kutipan hutang syarikat
yang telah ditetapkan. Beliau telah diarahkan oleh pengurus kewangan untuk meningkatkan lagi
jumlah kutipan hutang syarikat. Pada masa yang sama, pengurus Besar telah mengarahkan
beliau untuk memberikan kursus asas pemasaran kepada jurujual syarikat. Syarikat juga tidak
menyediakan kenderaan dan pasukan pengutan hutang semasa menjalankan tugas. Setiap kali
beliau hendak keluar untuk memungut hutang, beliau mesti mendapat kebenaran daripada
pengurus kewangan. Situasi ini membuat beliau berasa tertekan.i. Jelaskan punca
ketegangan eksekutif kewangan tersebut. [8]ii. Nyatakan lima cadangan untuk
mengurangkan ketegangan yang dihadapi oleh eksekutif kewangan tersebut. [5]CADANGAN
JAWAPANKes 2i.Punca ketegangan eksekutif KewanganPunca keteganganHuraianKekaburan
peranan / Kesamaran peranan/ Tugas yang diberi tidak jelas (1m)Puan Roslida diarahkan untuk
meningkatkan jumlahkutipan hutang tetapi beliau tidak dimaklumkan tentang sasaran kutipan
yang perlu dicapai / sasaran tidak jelas.(1m)Keperluan kerja/ Tuntutan kerja/ Kemudahan kerja
(1m)Puan Roslida tidak diberikan kemudahan kenderaanuntuk beliau keluar melaksanakan
tugas memunguthutang.(1m)Konflik peranan / Pertindihan peranan (1m)Puan Roslida
menerima arahan daripada dua orang ketua iaitu Pengurus Besar dan Pengurus
Kewangan.Puan Roslida menghadapi konflik kerana diarah untuk memberi kursus dalam bidang
pemasaran sedangkan beliau seorang eksekutif kewangan.Kebebasan peranan / Tiada
autonomi (1m)Puan Roslida tidak diberikan autoriti untuk keluar masuk beliau perlu mendapat
kebenaran setiap kali hendak keluar memungut hutang.(1m)Bebanan kerja / Kerja terlalu
banyak (1m)Puan Roslida perlu menjalankan tugas sebagai seorang eksekutif kewangan dan
diminta pula memberi kursus pemasaran.(1m)ii.Cadangan untuk mengurangkan
ketegangan:1.peranan perlu jelas dari segi objektif / hasil kerja i.e. tugas yang diberikan
sepatutnya sesuai dengan jawatan yang dipegang(1m)2.pertindihan / percanggahan arahan
perlu dielakkan, i.e. sistem pelaporan harus dipatuhi, arahan hanya daripada seorang pengurus
sahaja (1m)3.tugas dibuat dalam tempoh yang berpatutan (1m)4.sokongan fizikal (e.g.
kenderaan) daripada pihak atasan (1m)5.maklumat yang cukup dan tepat (iaitu untuk
mengadakan kursus) (1m)6.beri autoriti yang secukupnya dalam menjalankan tugas (i.e. tidak
perlu kebenaran pihak pengurusanatasan untuk keluar mengutip hutang) (1m)Kes 3SOALAN
KES [TARGET STPM 2013]Puan Maimun dan Encik Saufi ialah pekerja di sebuah kilang minyak
masak. Puan Maimun mempunyai dua orang anak yang telah bersekolah dan baru mendapat
seorang cahaya mata. Puan Maimun terpaksa bangun awal pagi setiap hari untuk menghantar
anaknya ke sekolah dan pusat penjagaan kanak-kanak. Ini menyebabkan Puan Maimun selalu
sakit dan kurang bertenaga. Puan Maimun mula mengelak diri daripada berkomunikasi dengan
pekerja lain. Prestasi kerjanya semakin merosot.Encik Saufi pula baru bercerai dengan isterinya.
Akibatnya beliau selalu meminum banyak alkohol, bersikap panas baran dan merosakkan bahan
mentah. Beliau kerap tidak hadir ke tempat kerja tanpa sebab.i. Huraikan tanda-tanda
ketegangan yang dihadapi oleh Puan Maimun dan Encik Saufi.[8]ii. Jelaskan empat
program sokongan keluarga yang boleh membantu Puan Maimun untuk menyelesaikan
ketegangannya.[8]iii. Huraikan kaedah individu yang sesuai kepadaEncik Saufi bagi
mengurus ketegangannya.[9]CADANGAN JAWAPAN:i.Tanda-tanda ketegangan yang dihadapi
oleh Puan Maimun dan Encik Saufi.1.Perubahan fisiologi/kesihatan-Puan Maimun selalu sakit
dan kurang bertenaga2.Perubahan sikap/ psikologi/ emosi-Puan Maimun mengelak diri
daripada berkomunikasi dengan pekerja lain-Encik Saufi bersifat panas baran.3.Perubahan
tingkah laku-Encik Saufi meminum banyak alkohol-Encik Saufi merosakkan bahan
mentah4.Perubahan prestasi/kognitif-Encik Saufi selalu tidak hadir ke tempat kerja
tanpasebab-Pretasi kerja Puan Maimun merosotii.Empatprogram sokongan keluarga yang
boleh membantu Puan Maimun untuk menyelesaikan ketegangannya.Fakta (1m)Huraian (2
huraian x m = 1m)Pusat penjagaan kanak-kanak- Membantu Puan Maimun menghantar anak
ke sekolah- Menubuhkan pusat penjagaan kanak-kanak berhampiran kilang- Puan Maimun tidak
perlu tergesa-gesa ke tempat kerjaPusat penyusuan anak- Berhampiran dengan tempat kerja
Puan Maimun- Puan Maimun tidak perlu risau tentang anaknya / boleh menyusukan anaknya
pada bila-bila masaJadual kerja fleksibel/ anjal- Puan Maimun boleh datang lambat untuk
mengurus hal rumah tangga- Puan Maimun boleh pulang lewat untuk menyiapkan kerjaKerja
dari rumah- Puan Maimun boleh bekerja di rumah sambil menguruskan anak-anaknya- Puan
Maimun dibenarkan membawa pulang bahanatau alatan supaya boleh bekerja di
rumahiii.Kaedah individu yang sesuai kepada Encik Saufi bagi mengurus ketegangannya.Kaedah
(1m)Huraian (1m)Pengurusan masa- En Saufi menggunakan masa bekerja untuk bekerja dan
tidak dicampuradukkan dengan masalah keluargaTeknik fisiologi- En Saufi menggunakan
kaedah berehat dan bermeditasi- En Saufi menggunakan amalan duduk yang selesa- Encik Saufi
bernafas dengan perlahanSenaman- En Saufi boleh melakukan aktiviti senaman seperti aerobik,
berjogging, menunggang basikalSokongan sosial- En Saufi meluahkan masalah dan mendapat
nasihat daripada ahli keluarga, rakan dan kaunselorMengamalkan tabiat menyelesaikan
masalah- En Saufi perlu bersikap proaktif apabila menghadapi masalah- Encik Saufi perlu
mencari jalan penyelesaian yang terbaik- Encik Saufi perlu berbincang dengan rakan

Anda mungkin juga menyukai