Anda di halaman 1dari 5

Soalan 1: Yang mana paling dekat dan ada pada diri. Kenapa?

Pilihan saya adalah Binge Eating Disorder. Ini adalah kerana saya seorang yang sentiasa
berasa lapar dan kerap kali makan dengan kuantiti yang banyak setiap kali berasa lapar dan
kebiasaannya makanan yang saya makan tidak pernah ditimbang akan kandungan nutrisi
kerana kebanyakkannya adalah makanan yang berlemak dan tidak sihat. Namun saya pernah
merasakan badan saya gemukn kerana berat badan sentiasa naik tetapi usaha ke arah
mengurangkan pemakanan dan menurunkan berat badan tidak pernah difikirkan.

BINGE EATING

Makan secara berlebihan, kompulsif, atau dengan jumlah yang tidak normal. Ketika mengambil
makanan, merasa tidak boleh berhenti dan kehilangan kawalan pada diri.

Contohnya: ketika kita berada di pesta yang menyediakan pelbagai makanan sehingga tidak
dapat mengawal diri & terus menerus makan. Walaupun gangguan makan ini dapat terjadi pada
lelaki dan wanita dengan berat badan normal, hal ini sering mengarah ke pembangunan
kenaikan berat badan yang tidak diingini atau obesiti, yang secara tidak langsung dapat
mengukuhkan keinginan makan terus berlanjut.

Punca

Biologi: kelainan biologi, seperti penyimpangan hormon atau mutasi genetik, dapat
berhubungan dengan makan kompulsif dan ketagihan makanan.

Psikologi: Sebuah korelasi yang kuat telah dibentuk antara kemurungan dan makan yang
berlebihan. Rasa tidak puas hati terhadap badan sendiri, rendah diri, dan kesulitan mengatasi
perasaan juga boleh menyumbang terhadap gangguan tersebut.

Sosial dan Budaya: Keadaan trauma seperti riwayat gangguan seksual, boleh meningkatkan
risiko makan yang berlebihan. Tekanan sosial untuk menjadi kurus, yang biasanya dipengaruhi
melalui media, boleh mencetuskan emotional eating. Orang yang mudah terpengaruh pada
komen kritis tentang tubuh mereka atau berat badan mereka, mungkin sangat terdedah
terhadap gangguan makan berlebihan.

Tanda-Tanda

1. Terus makan bahkan ketika perut sudah merasa kenyang.

2. Ketidakmampuan untuk menghentikan makan atau mengendalikan apa yang dimakan.


3. Menimbun makanan untuk mengambil diam-diam di lain waktu.

4. Makan secara normal di hadapan orang lain, tetapi sering makan lebih banyak ketika
sendiri.

5. Mengalami perasaan stres atau kecemasan yang hanya boleh diatasi dengan makan.

6. Perasaan kurangnya sensasi saat makan sebanyak-banyaknya

7. Pernah mengalami tepu: keadaan yang puas, tidak peduli jumlah makanan yang
dimakan

Beberapa komplikasi akibat dari gangguan makan melibatkan kesulitan fizikal, sosial, dan
emosional.

1. Penyakit Kardiovaskular

2. Diabetes Jenis 2

3. Insomnia atau sleep apnea

4. Hipertensi

5. Otot atau sakit sendi

6. Kesulitan Gastrointestinal

7. Kemurungan atau kecemasan

Rawatan

Cognitive-behavioral therapy (CBT): Suatu jenis terapi yang bertujuan membantu individu
memahami fikiran dan perasaan yang mempengaruhi tingkah laku
mereka.

Interpersonal psikoterapi (IPT): Suatu bentuk terapi di mana fokusnya adalah pada
hubungan individu dengan ahli keluarga dan rakan-rakan dan cara
mereka melihat diri mereka

Dialectical Behavior Therapy (DBT): Suatu jenis terapi yang memberi tumpuan pada
kemahiran mengajar individu untuk mengatasi tekanan dan mengatur
emosi
Jangkaan

"Orang-orang yang makan secrara berlebihan (binge eating disorder) mungkin berjuang dengan
kebimbangan, kemurungan, dan kesepian, yang boleh menyumbang kepada peringkat yang
tidak sihat di mana mereka makan berlebihan. Berat badan mungkin berbeza-beza dari normal
kepada obesiti ringan, sedang, atau berat. National Eating Disorders Association (NEDA)

Soalan 2: Yang mana paling tidak mahu ada pada diri. Kenapa?

Pilihan saya ialah Bulimia Nervosa. Ini adalah kerana sayan seorang yang gemar kepada
makanan serta cepat berasa lapar dan tidak suka mengeluarkan semula dengan cara paksaan
kerana pada fikiran dan pandangan saya ianya adalah suatu tingkah laku yang tidak
sewajarnya dilakukan kerana ianya menyakitkan dan akan mendatangkan kesan tidak selesa
dan perit kepada tekak dan perut.

BULIMIA NERVOSA

Lapar dan gangguan emosi makan dengan cara memuntahkan kembali makanan yang baru
saja dimakan. Sering terjadi pada wanita dan juga lelaki. Biasanya merupakan bentuk seksaan
terhadap diri sendiri. Dimana keadaan itu bahaya bagi tubuh. Gangguan tersebut dihasilkan
oleh ketakutan bahawa tubuh akan menjadi gemuk selepas makan dan ketakutan itu terpancar
melalui penyeksaan fizikal. Hanya berlaku kepada individu yang mempunyai nafsu makan, tapi
memuntahkan kembali secara diam-diam.

Punca

Bermula dengan berdiet dan bersenam secara berlebihan.


Makan banyak tetapi memuntahkan semula semua makanan.
Mudah rasa bersalah selepas makan.
Mengambil ubat laksatif atau diuretic serta pil lain.
Pipi kembung akibat pembesaran kelenjar liur kerana selalu muntah dan kerosakan
enamel gigi sebelah dalam.

Tanda-Tanda

Berat badan sentiasa turun naik atau lebih sedikit daripada berat normal.
Boleh menyebabkan kematian akibat penghasilan asid gastrik berlebihan.
Muntah berulang kali.
Ketidakseimbangan elektrolit dalam badan.
Kerosakan lapisan perut.
Degupan jantung tidak seragam.
Kerosakan buah pinggang.
Enamel gigi rosak kerana selalu muntah.
Kerongkong berdarah.
Kerap terbabit dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol.
Gangguan fikiran, resah dan murung.

Mengalami hakisan gigi dan ulser mulut mula terbentuk disebabkan asid dalam perut
yang dimuntahkan keluar
Bengkak kelenjar air liur dan dan menyebabkan muka anda kelihatan membengkak
Masalah perut dan usus (termasuk ulser, penyakit gastrik dan sembelit)
Kelewatan haid bagi remaja perempuan
Serangan sawan

Rawatan Bulimia

Menentukan jenis makanan yang ditakuti pesakit.


Pendedahan dan maklumat tabiat pemakanan dan makanan yang betul.
Pengambilan makanan 1,500 kalori sehari.
Pengambilan makanan berlemak dapat melambatkan penghasilan asid gastrik dan
menimbulkan rasa lebih kenyang.

Jangkaan

Perunding Psikologi Pusat Perubatan Hospital Pantai, Dr Khairi Rahman, berkata pesakit
bulimia masih boleh diselamatkan berbanding pesakit aneroxia yang sememangnya membawa
maut.

Ramai tidak tahu, bulimia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi dan penyakit lain. Pesakit
turut berisiko mendapat trauma mulut (oral trauma), katanya.

Ia berlaku apabila pesakit menjolok makanan menggunakan jari berkuku panjang dan
menyebabkan kecederaan dalam tekak, katanya.

RUJUKAN
Jacquelyn Ekern. Diperolehi pada 13 Ogos 2012 daripada
http://www.teruskan.com/275/apakah-yang-dimaksud-dengan-binge-eating-disorder.html

National Eating Disorders Association (NEDA). Eating Disorders Victoria. Diperolehi pada
01 Ogos 2014 daripada
http://www.eatingdisorders.org.au/eating-disorders/binge-eating-disorder

Hidayatul Akmal Ahmad. Diperolehi pada 06 Mei 2012 daripada


http://www2.hmetro.com.my/articles/Sengajamuntahkanmakanan/Article

Prof. Madya Dr. Alvin Ng Lai Oon. Diperolehi pada 27 April 2012 daripada
http://www.myhealth.gov.my/index.php/masalah-imej-diri/bulimia-nervosa

Anda mungkin juga menyukai