Anda di halaman 1dari 6

Kata aluan

Zikir penenang jiwa bergitulah tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini. Zikir
bermaksud memperingati Allah dengan bertaubat, bersyukur dan memuji kepadanya.

.Manakala frasa kata penenang jiwa pula ialah beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohani
terisi, subur dan sihat

Tuntasnya tajuk syarahan saya pada hari ini ialah,dengan berzikir dan sentiasa
memperingati allah, diri kita akan sentiasa tenang dan damai.

Hadirin sekalian

Pertama, zikir mendekatkan diri kita kepada Allah. Berzikir adalah amalan utama yang tidak
bolehdiabaikan oleh orang islam kerana amalan ini menunjukkan iman dan islamnya
seseorang itu..zikir adalah amalan yang dilakukan melalui hati dengan memperbanyakkan
kalimah-kalimah agung seperti istigfar, tasbih, tahmid takbir dan lain-lain. Dengan
menyebut kalimah-kalimah ini, kita berasa ada hubungan yang dekat Allah s.w.t pada
setiap masa dan keadaan Allah melihat kita. Dengan itu, kita tidak akan berani melakukan
dosa dan kita akan takut kepadanya. Seperti mana firman allah dari surah al-ahzab ayat 41-
42 yang bermaksud

hai orang-orang yang beriman, berzikirlah ( dengan menyebut nama) Allah, zikirlah
sebanyak-banyaknya Dan bertasbihlah kepadanya pagi dan petang.

Ayat ini jelas memerintahkan kepada seluruh mukmin supaya mengingati allah sebanyak-
banyaknya baik ketika pagi mahupun petang.

Hadirin sekalian

Kedua zikir penyembuh penyakit hati. Antara kehebatan berzikir ialah dapat menyucikan diri
iaitu merawat penyakit-penyakit batin yang ada dalam diri kita seperti bonglak, bersangka
buruk, cemburu, suka dipuji dan lain-lain,disebabkan itulah, allah menyuruh kita sebagai
umatnya mengamalkan zikir pada setiap hari. Dengan itu, kita akan dapat fadhilat, hikmah
dan ganjaran yang besar disisinya dengan amalan zikir setiap hari seperti mana firmn allah
dalam surah Ali- imran ayat 41 yang. Inilah satu khasiat zikir kepada allah iaitu menjadikan
hati sentiasa tenang.sesungguhnbermaksud dan sebutlah nama tuhanmu seanyak-
banyaknya serta bertasbihlah di waktu pagi dan petangya zikir adalah ubat yang paling
mejarab untuk menenangkan hati.

Hadirin sekalian,

Ketiga zikir penawar hati yang sedih menurut Allah, tidak ada yang mampu meredam gundah dan
gelisah kecuali zikir kepada-Nya. Tidak ada yang mampu menghilangkan rasa sedih, selain mengingat
keagungan dan kemahaan Allah SWT. Dengan zikir, hati setiap orang yang bermasalah akan menjadi
tenteram dan tenang. Ini adalah konsep Qurani-Ilahi. Orang-orang yang beriman dan hati
mereka menjadi tentram karena zikrullah. Sungguh, dengan zikrullah hati-hati menjadi
tentram. (Qs. al-Radu: 28). Dengan berzikir kesedihan akan hilang dan keimanan akan bertamabah.
Hadirin sekalian sesungguhnya zikir mendekatkan diri kepada allah dan seterusnya akan menjadikan
seseorang itu tenang jiwanya. Wabillah.

Anda mungkin juga menyukai