Anda di halaman 1dari 5

UKU 10502: BRIGED GAYONG MALAYSIA

TAJUK TUGASAN: ZIKIR


NAMA PENSYARAH:

CIKGU ZULKORNAIN BIN ZULKIFLI

NAMA PELAJAR NO. MATRIK


AINA SYAZANA BINTI C22A0478
NORYAZIT
1. PENGENALAN ZIKIR
Zikir berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud ingat atau sebut. Menurut
syarak, zikir adalah mengingati Allah SWT serta menyebut nama-namaNya untuk
mendekatkan diri kepadaNya. Menurut istilah pula, zikir merupakan mengingati Allah
SWT bilamana dan di mana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh
syarak seperti menerusi ucapan, perbuatan atau hati.
Zikir terbahagi kepada tiga iaitu zikir Qalbi, zikir Fe’li dan zikir Lisani/Qauli.
Zikir Qalbi merujuk kepada zikir yang dilakukan untuk memperingati Allah SWT
dengan cara berzikir dalam hati. Zikir Lisani/Qauli pula merupakan zikir yang
dilakukan untuk mengingati Allah SWT dengan berzikir menggunakan lidah manakala
zikir fe’li dilakukan untuk mengingati Allah SWT melalui perbuatan.
Hukum berzikir adalah sunat dan amalan ini sangat digalakkan agar dapat
menenangkan serta mententeramkan jiwa. Zikir berperanan melembutkan hati manusia
dan disebabkan oleh itu, sangat penting untuk setiap umat Islam meluangkan masa
sedikit dalam sehari untuk mengingati Allah SWT. Bukan sahaja hati, malah anggota
pacaindera kita yang lain juga turut mengingati Allah SWT. Dengan berzikir, ia boleh
menjadi sumber amal yang soleh bagi seseorang individu.
Zikir mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kecemerlangan cahaya batin dan
hati yang selalu terisi dengan cahaya zikir akan meancarkan nur Allah dan
keberadaannya akan mempengaruhi perilaku yang positif. Apabila melakukan zikir
dengan baik dan ikhlas akan menimbulkan ketenteraman hati. Hikmah zikir amatlah
besar bagi orang yang ingin membangkitkan kekuatan batin dan zikir merupakan
latihan untuk menuju ikhlasnya hati dan istiqomah dalam berkomunikasi dengan Allah
SWT.
2. OBJEKTIF
Objektif tugasan ini adalah:
a. Mengenal pasti konsep zikir yang menjadi amalan untuk mengingati Allah SWT
b. Mengenal pasti jenis-jenis zikir
c. Membincangkan manfaat-manfaat berzikir kepada Allah SWT
3. MANFAAT
Zikir banyak memberikan manfaat kepada umat Islam. Berikut merupakan
manfaat- manfaat berzikir kepada umat Islam yang berzikir dan mengingati Allah SWT:
➢ Dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT
Berzikir merupakan salah satu cara bagi seseorang umat Islam untuk
mendekatkan diri kepada Allah SWT.
➢ Dilancarkan rezeki
Sebagai umat Islam, kita perlu sentiasa bersyukur dengan rezeki yang
diberi oleh Allah SWT. Salah satu cara untuk bersyukur kepada Allah
SWT adalah dengan berzikir.
➢ Menghilangkan perasaan gundah
Manusia sentiasa mengalami fasa stress dan gundah. Oleh itu, sebagai
umat Islam, kita disarankan untuk memperbanyakkan diri untuk berzikir
bagi mengingati Allah SWT. Daripada zikir, kita dapat meningkatkan
kesabaran dalam diri dan menenangkan fikiran.
➢ Menjauhkan diri dari godaan jin
Dengan berzikir, umat Islam dapat menjauhkan diri dari gangguan jin
dan iblis. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila kita berzikir, rasa
keimanan dalam diri akan meningkat dan jin serta iblis enggan
mendekati.
➢ Dapat mengawal emosi dalam diri
Mengawal emosi dan bersabar merupakan dua perkara yang susah untuk
dilakukan. Namun dengan berzikir, umat Islam dapat mengawal dan
menjaga kestabilan emosi.
4. KESIMPULAN
Kesimpulannya, zikir merujuk kepada lafaz tertentu yang telah disyariatkan
oleh Allah dengan menggunakan bibir, perbuatan atau di dalam hati. Zikir adalah
sesuatu yang amat dituntut di dalam agama. Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat-
ayat yang menyentuh tentang perintah supaya manusia berzikir kepada Allah. Oleh itu
jelaslah bahawa amalan berzikir sangat penting kepada setiap umat Islam. Hal ini
dikatakan demikian kerana zikir merupakan salah satu kaedah yang penting kepada
umat Islam dalam mendekatkan diri kepada Allah.

Anda mungkin juga menyukai