Anda di halaman 1dari 20

GURU SEBAGAI PEMBIMBING

Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan


kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan
berkesan, guru perlu memastikan bahawa pelajarnya membina kemahiran untuk menangani
masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya. Sekiranya pelajar tidak tahu cara
menangani masalah emosi dan masalah peribadinya, maka hal ini akan menjejaskan
pembelajarannya. Justeru dia tidak dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah.

Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranan sebagai pembimbing kepada pelajar,
bukan sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran
dan masalah harian yang dihadapinya. Di bawah topik ini kita akan membincangkan
maksud, matlamat dan prinsip-prinsip bimbingan, kemahiran yang digunakan dalam
bimbingan, dan peranan guru dalam membimbing pelajar yang menghadapi masalah dalam
hidupnya. Kita juga akan melihat jenis-jenis bimbingan yang diberi oleh sekolah kepada
pelajar secara ringkas, serta cara guru dan murid dapat menggunakannya.

Sebelum kita teruskan, berhenti sebentar dan buat refleksi mengenai soalan
berikut.

Bagaimanakah anda telah membimbing pelajar anda untuk menangani masalah hariannya? Apakah
isu-isu kehidupan dan masalah emosi yang sering dihadapi oleh pelajar anda?

4.1 Matlamat dan Prinsip-prinsip Bimbingan

Sebelum kita melihat matlamat dan prinsip-prinsip bimbingan, mari kita teliti maksudnya
dahulu. Umumnya, bimbingan merujuk kepada proses membantu seseorang membina
kefahaman dan kemahiran untuk menangani isu dan cabaran hidup dengan berkesan.
Dalam proses ini, seseorang itu belajar untuk berubah dan membina sikap, nilai dan
kemahiran baru supaya dapat menangani situasi yang sukar dengan lebih baik. Kita perlu
faham bahawa bukan mudah untuk berubah; ia merupakan proses yang berterusan dan
sebagai guru kita perlu faham bahawa seseorang pelajar itu memerlukan masa untuk
berubah.
Oleh itu, walaupun bimbingan ialah satu cara untuk membantu pelajar, namun ini
tidak bermaksud bahawa guru atau kaunselor harus menyelesaikan masalah pelajar.
Sebaliknya, ini bermaksud guru haruslah mempunyai sikap mengambil berat dan mendengar
supaya pelajar dapat menerokai dan memahami situasi dan dirinya dengan lebih baik, lalu
membina kemahirannya sendiri untuk menangani masalahnya.

Matlamat utama bimbingan adalah untuk membantu pelajar:


Membina potensinya supaya ia boleh menjadi seorang yang sihat dan seimbang,
dengan kebolehan dan sikap yang akan membantunya menangani cabaran dan
kesukaran hidup dengan berkesan.
Membina kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan.
Membina kemahiran menguruskan diri seperti menguruskan masa, menguruskan
tekanan, dan menentukan matlamat dan keutamaan untuk dirinya.
Memperbaik hubungan interpersonalnya dan membina kemahiran komunikasi yang
baik.
Membina nilai dan sikap yang sihat dan positif terhadap dirinya dan orang lain, untuk
meningkatkan kesedran dirinya serta kefahaman peranan dan tanggung jawabnya
dalam hidaup, dan
Membina kemahiran dan sikap bagi kejayaan akademik dan kerjayanya

Guru dan kaunselor harus memastikan bahawa bimbingan yang diberi kepada pelajar
haruslah sejajar dengan prinsip dan etika tertentu seperti yang berikut:
Bimbingan adalah bagi semua pelajar, kerana perkembangan diri, dijalankan secara
sistematik dan terancang dan tidak harus ditujukan kepada pelajar bermasalah
sahaja.
Fokus utamanya ialah pencegahan iaitu, untuk mencegah masalah yang serius
dalam kalangan pelajar dengan memberi mereka kemahiran untuk menangani masalah
sementara masalah itu masih boleh dikawal;
Ia harus dijalankan secara kolaborasi dengan kakitangan sekolah yang lain, seperti
guru besar, guru-guru lain, kaunselor, serta dengan kerjasama ibu bapa dan
masyarakat;
Pelajar haruslah menyertai proses bimbingan ini sepenuhnya dan penuh rela, serta
membina matlamat sendiri untuk membantu dirinya iaitu, faham bahawa ia
bertanggungjawab terhadap perkembangan dirinya serta keputusan yang dibuat dalam
hidupnya pada akhirnya. Guru atau kaunselor tidak membuat keputusan bagi pelajar;
Ia harus mengikut garis panduan etika bagi bimbingan dan kaunseling, seperti (i)
semua keputusan yang dibuat semasa sesi bimbingan dan kaunseling adalah sulit
iaitu, maklumat mengenai pelajar dan hal yang dibincangkan semasa sesi tersebut
tidak harus didedahkan kepada orang lain tanpa kebenaran pelajar tersebut; (ii)
guru/kaunselor haruslah senantiasa bertingkah laku secara profesional terhadap
pelajar, dan mengelakkan diri daripada menjalin hubungan yang tidak sihat serta tidak
beretika dengan pelajar tersebut; dan
Guru/kaunselor perlu menggunakakan kemahiran interpersonal seperti mendengar
dengan aktif dan empati, dan mempunyai perasaan prihatin dan bersikap positif
terhadap murid, supaya dapat menjalin hubungan baik dengan pelajar.

Berhenti sejenak dan buat refleksi terhadap soalan yang berikut.

Sebagai guru, apakah aspek yang paling sukar bagi anda semasa membimbing pelajar? Apakah
halangan yang anda hadapi dalam situasi sekolah anda untuk memberi bimbingan yang berkesan
kepada pelajar apabila diperlukan oleh mereka?

Saya pasti anda sedar bahawa kebanyakan sekolah mempunyai guru bimbingan
atau kaunselor yang terlatih untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Guru
perlu berganding bahu dengan guru bimbingan/kaunselor untuk memastikan bahawa
pelajarnya mendapat bimbingan yang diperlukan.

Antara perkhidmatan bimbingan yang diberi di sekolah termasuklah:


Bimbingan pendidikan motivasi pelajar, pilihan mata pelajaran, kemahiran belajar,
persediaan untuk peperiksaan, penempatan untuk pengajian tinggi, dan lain-lain;
Sesi bimbingan kumpulan dan individu;
Bimbingan kerjaya kecerdasan dan tinjauan minat, bahan rujukan, memilih kerjaya
yang betul, dan lain-lain; dan
Bimbingan perkembangan diri komunikasi dan kemahiran memimpin, menangani
masalah hubungan dan masalah emosi, kebajikan pelajar, perbincangan dengan ibu
bapa.

Apakah caranya anda rasa seorang guru dapat bekerja secara kolaboratif dengan guru
bimbingan dan kaunselor untuk memberi bimbingan yang sesuai kepada pelajar apabila
diperlukan? Antara tugas guru bekerjasama dengan perkhidmatan bimbingan sekolah untuk
pelajar dapat diterangkan seperti yang berikut:
Memberi maklumat serta maklum balas mengenai keperluan pelajar dan
keberkesanan program bimbingan;
Memberi bimbingan awal kepada pelajar dan berbincang tentang keperluannya,
sebelum merujukkannya kepada guru bimbingan atau pegawai lain sekiranya
diperlukan bantuan/bimbingan yang seterusnya.
Guru haruslah mengenal perkhidmatan bimbingan yang diberi oleh pihak sekolah
supaya dapat memberi maklumat yang berkaitan kepada pelajar dan menggalakkan
mereka menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
Memberi sokongan dan bantuan kepada program bimbingan yang ada di sekolah,
dengan berperanan sebagai fasilitator dalam kem motivasi, sebagai mentor bagi
program mentor-menti, dan lain-lain;
Menyimpan rekod terkini mengenai pelajar dalam kelasnya, seperti maklumat latar
belakang pelajar dan laporan kemajuan kedatangan dan prestasi akademiknya;
Membina hubungan baik dengan pelajarnya, dan mempunyai sikap prihatin dan
positif terhadap mereka, supaya guru lebih peka dan memahami keperluan pelajar;
dan
Membantu pelajar membina nilai dan sikap positif, dan mereka boleh menyesuaikan
diri dan berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam menjalankan aktiviti dalam
kelas.

4.2 Kemahiran Asas dalam Bimbingan

Sekarang kita akan mempelajari beberapa kemahiran asas dalam bimbingan.


Apakah kemahiran yang diperlukan oleh seorang guru untuk membimbing pelajar dengan
berkesan, untuk membantu mereka menangani masalah isu-isu dalam hidup mereka? Kita
perlu ingat bahawa tugas guru bukanlah untuk menyelesaikan masalah pelajar, tetapi
membimbing bermaksud guru perlu membantu pelajar membina sikap serta kemahiran yang
baik untuk mengatasi masalahnya. Oleh itu, peranan guru sebagai pembimbing adalah
secara tidak langsung, dan guru perlu membina satu hubungan yang baik dengan pelajarnya
supaya ia bertanggungjawab mengatasi masalahnya, dan mempercayai bahawa gurunya
akan membantunya. Kemahiran asas bimbingan akan dibincangkan di bawah.

4.2.1 Menunjukkan hormat dan layanan yang positif


Apakah maksudnya? Ringkasnya, hal ini bermaksud bahawa guru menunjukkan
sikap positif dan prihatin terhadap pelajarnya, mesra dan tidak berat sebelah, serta
menghargai pelajar sebagai individu yang unik dan berguna. Anda boleh melakukan ini
dengan mendengar pendapat pelajar itu dan menghormatinya, walaupun anda tidak
bersetuju dengannya, serta menunjukkan minat dan keikhlasan untuk memahami situasi dan
pandangannya.

4.2.2 Kemahiran mendengar secara aktif

Mendengar ialah satu tindakan kasih sayang, tindakan prihatin,


komitmen kita kepada orang lain kita perlu mendengar sepenuh
perasaan, iaitu peka, sekiranya kita mahu menyertai rahsia insan lain
dengan mendengar kita memperoleh kuasa untuk meningkatkan atau
menghapuskan kehidupan orang lain yang berkaitan dengan kita

- daripada puisi On Listening oleh Reul L. Howe

Mendengar secara aktif bukan sekadar mendengar kata-kata lisan klien kita, tetapi
juga cuba memahami maksud klien kita dengan menjadi peka kepada petanda non-
verbalnya, seperti intonasi serta nada suara, isyarat badan dan memek muka, serta juga
mengambil kira latar belakang peribadi dan sosialnya [Nelson-Jones, R., 1997].

Untuk menjadi pendengar yang baik kita perlulah mendengar dengan telinga, mata
dan hati! Amalan mendengar secara aktif, dapat membina hubungan baik dan kepercayaan
pelajar, yang seterusnya dapat membina hubungan mesra dengan pelajar. Ini akan
membantu pelajar kita supaya menjadi lebih terbuka dan berterus terang dalam
mengeluarkan perasaannya apabila bercakap mengenai isu peribadi dan masalahnya.

Beberapa kemahiran mendengar yang penting disenaraikan di bawah:

Kemahiran Mendengar Yang Asas


Mendengar penuh perhatian :Menghantar mesej verbal dan non-verbal kepada klien;
Mendengar kandungan verbal mesejnya, dan memerhatikan tingkah laku non-
verbalnya.
Imbas kembali : Mengulangi hal yang dikatakan oleh klien.
Memparafrasa : Menyatakan kata-kata klien semula dengan menggunakan
perkataan/ayat lain
Minta penjelasan: :Meminta klien menerangkan maksudnya dengan lebih terperinci,
Sekarang marilah kita melihat kemahiran mendengar yang disenaraikan di bawah:

(i) Kemahiran mendengar dengan penuh perhatian

Mendengar dengan penuh perhatian bermaksud memberi perhatian sepenuhnya


terhadap klien, dan memberi respons yang boleh menggalakkan klien meluahkan idea dan
perasaannya dengan selesa. Tingkah laku mendengar penuh perhatian membantu klien
menerokai dan mengembangkan pendapatnya dan mengurangkan pendengar membuat
respons dan saranan yang tidak berguna. Baca dan cuba fahamkan garis panduan
kemahiran mendengar dengan penuh perhatian yang berkesan di bawah:

Garis panduan untuk kemahiran mendengar dengan penuh perhatian

Duduklah dalam kedudukan yang membolehkan anda melihat klien secara


bersemuka, tetapi janganlah merenung klien.
Air muka anda haruslah tenang, menunjukkan minat, dan konsisten dengan angin
klien.
Suara anda haruslah tenang, jelas, tidak terlalu kuat atau berdominasi, dan
menggunakan intonsi perbualan.
Memerhati dan memahami mesej non-verbal yang ditunjukkan oleh klien - seperti
gugup, tertekan, sedih atau marah melalui pergerakan badan, air muka dan
suaranya.
Galakkan klien memberi pendapatnya atau menerangkan pengalamannya dengan
menggunakan kenyataan atau soalan terbuka, tanpa mengkritik atau menolak
pendapatnya.
Gunakan respon galakan yang minimum, seperti anggukan kepala, dan bisikan
verbal untuk menggalakkan klien supaya terus bercakap.

Contoh soalan terbuka yang menggalakkan klien supaya mula bercakap mengenai
pengalamannya:

Bolehkah kamu beritahu apa yang berlaku dalam kelas Matematik semalam?
Kamu kelihatan tegang, tak perlu terburu-buru, kamu boleh beritahu saya jika kamu
mahu.

Contoh bisikan verbal yang menunjukkan minat (respons galakan minimum):

Uh-hmm ; Lepas itu? ; Sila teruskan ; Dan? Oh?


Lepas itu apa yang berlaku..?
(ii) Kemahiran imbas kembali yang mudah

Kemahiran ini membantu anda memberi fokus terhadap hal yang dikatakan oleh
klien, serta memberitahu klien bahawa anda mendengar hal yang diperkatakan olehnya.
Dalam imbas kembali, anda mengulangi sebahagian atau sepenuhnya hal yang diluahkan
klien. Penting supaya intonasi suara anda menunjukkan minat, bukannya kritikan atau
sindiran atau merendah-rendahkan. Hal ini tidak bermaksud bahawa anda mengulangi
segala yang dikatakan oleh klien, seperti burung kakatua.

Contoh kemahiran mengimbas kembali;

Pelajar: Saya bimbang saya tidak mendapat gred yang baik dalam Matematik. Saya
perlukan bimbingan
Guru: Awak perlu bimbingan dalam Matematik? (fokus anda adalah terhadap
situasi)
ATAU
Guru: Awak bimbang mengenai Matematik? (fokus anda adalah terhadap perasaan
pelajar)

(iii) Memparafrasa

Dalam memparafrasa, anda menukar perkataan atau menukar ayat yang disebutkan
oleh klien, supaya ia berpeluang mendengar semula hal yang disebutnya serta
mengembangkan maksudnya dengan anda. Contoh memparafrasa ialah;

Pelajar: Saya tak tahu mengapa kawan-kawan saya senantiasa mengganggu


saya. Saya tidak boleh membuat kerja saya. Apabila saya cuba
menjawab soalan dalam kelas, mere ketawakan saya.
Guru: Kamu rasa kamu tidak boleh membuat kerja dan menjawab soalan dalam
kelas kerana tingkah laku kawan-kawan kamu? Kamu tidak faham
mengapa mereka ketawakan dan mengganggu kamu?

Anda mungkin fikir bahawa respons pendengar seperti di atas adalah lewah, dan
membuang masa. Tetapi memparafrasa memainkan peranan penting dalam mendengar
secara aktif ia membantu anda memberi fokus terhadap hal yang dikatakan oleh klien, lalu
memastikan sama ada kita telah mendengar dengan tepat atau tidak. Ia juga memberitahu
klien bahawa kita telah mendengar dengan tepat hal yang dikatakannya, ia dapat memberi
peneguhan kepada klien dan menggalakkannya untuk meneruskan perbualan.

(iv) Mendapatkan Penjelasan

Dalam kemahiran ini, anda meminta klien menjelas dan mengembangkan hal yang
dikatakannya, supaya maksudnya menjadi lebih jelas, dan anda membuat kepastian dengan
klien sama ada anda telah faham mesejnya dengan tepat. Kemahiran ini memastikan
bahawa kedua-dua pihak memahami mesej klien dengan jelas. Contoh respons yang
meminta penjelasan daripada klien:

Pelajar: Saya tak tahu mengapa kawan-kawan saya senantiasa mengganggu saya.
Saya tidak boleh membuat kerja saya. Apabila saya cuba menjawab soalan
dalam kelas, kawan-kawan saya ketawakan saya.
Guru: Bila kamu kata kawan-kawan kamu mengganggu, apa yang dilakukan oleh
mereka?
ATAU
Guru: Apa yang saya faham ialah apabila kawan-kawan awak ketawakan dan
mempermainkan awak, awak rasa tidak selesa dan tidak boleh
menumpukan perhatian terhadap kerja, maksud awak begitu?

Cuba fikirkan soalan yang berikut buat beberapa ketika.

Mengapa anda rasa mendengar murid anda adalah penting? Adakah anda pendengar yang baik?
Apakah kesulitan yang anda alami apabila mendengar murid anda?

4.2.3 Berempati (atau menunjukkan kefahaman)

Apabila anda berempati dengan seseorang, anda sebenarnya menyelami pandangan


atau perasaan orang itu, untuk memahami pengalaman dan situasi hidupnya mengikut sudut
pandangannya. Carl Rogers menerangkan empati sebagai kebolehan menyelami dunia
dalaman seseorang yang sulit dan peribadi dan untuk menyampaikan kefahaman ini kepada
orang lain. Rogers lebih suka menganggap empati sebagai sikap atau cara hemah
seseorang, dan bukan sebagai satu kemahiran [Nelson-Jones, R., 1997].
Kefahaman empati melibatkan dua langkah utama:
1. Penanggapan tepat mengenai dunia dalaman seseorang; kebolehan
melihat sesuatu dengan cara yang sama seperti orang lain; dan
2. Berkongsi kefahamannya dengan orang lain secara lisan

Empati bukan bermakna kita bersetuju dengan orang lain (ia bukan simpati). Ia hanya
bermakna bahawa kita memperlihatkan cara orang lain berasa atau berfikir mengenai
situasinya.

Garis panduan menunjukkan empati:


Respons anda haruslah selari dengan perasaan atau angin orang itu;
Memberi respons dengan menyatakan hal yang anda fikirkan mengenai
perasaannya, dan cuba menyemak semula dengannya untuk melihat sama ada
fahaman anda adalah tepat;
Gunakan pandangan orang tersebut dan bercakap dari sudut
perspektif/pandangannya;
Selalu semak semula dengannya sama ada anda telah memahami
pandangan/perasaannya dengat tepat, jangan buat andaian;
Jangan memberi respons dengan menyatakan saya faham bagaimana anda rasa
ini tidak menggambarkan sama ada anda telah benar-benar memahami pandangan
atau perasaannya. Kenyataan seperti saya rasa sama seperti kamu juga tidak
membantu, ia merupakan simpati dan bukan empati!

Contoh respons empati dalam sesi bimbingan

Contoh 1

Pelajar: Saya gunakan wang saya untuk belanja kawan, Saya tak sukalah
menyatakan saya tak mahu bayar minuman mereka. Mereka
mengharapkan saya boleh bayar kerana saya menang perlawanan itu.
Guru: Awak rasa jika awak tidak bayar, mereka akan menganggap awak
kedekut?

Contoh 2
Pelajar: Apabila saya cuba jawab dalam kelas, pelajar lain mula ketawa dan
mempermainkan saya. Jadi saya tidak lagi mengangkat tangan untuk
menjawab.
Guru: Awak rasa tidak selesa apabila mereka berbuat demikian. Awak rasa lebih
baik berdiam diri dan tidak menarik perhatian mereka terhadap awak.

Perhatikan bahawa dalam contoh di atas guru menunjukkan empati dengan menyatakan hal
yang dirasakan oleh pelajarnya, tetapi tidak perlu menyatakan sama ada ia bersetuju dengan
pelajarnya atau mempunyai perasaan yang sama seperti pelajarnya.

4.2.4 Kemahiran Memudah Cara (facilitative)

Dalam bimbingan, kita menggunakan soalan untuk membantu seseorang itu


memfokus dan berfikir, serta membantunya menganalisis situasinya lalu mengeluarkan
maklumat relevan yang akan membantunya memahami situasinya dengan lebih jelas.
Penyoalan tidak harusnya dijalankan sebagai temu duga, atau sebagai soal siasat, atau
bertujuan untuk mendapatkan jawapan yang betul. Jangan menggunakan soalan untuk
memaksa seseorang memberi maklumat terperinci yang tidak rela diberi.

Ketika memudahcarakan, soalan dikemukakan dengan nada lembut, dan relaks,


sebagai permintaan bukan paksaan. Soalan terbuka lebih baik daripada soalan tertutup
(lihat contoh di bawah), kerana soalan terbuka membantu seseorang berasa lebih relaks dan
bebas untuk memberi maklumat secara tak langsung, yang akan membantu untuk
memulakan perbincangan.

Contoh soalan terbuka.

Aspek apakah yang awak suka bincang atau fokus dalam perbincangan kita?
Biasanya bagaimana awak belajar di rumah?
Bagaimana perasaan awak apabila tahu yang awak tidak dijemput?

Soalan mengapa selalunya tidak membantu contohnya mengapa awak tidak


menyiapkan kerja rumah? kerana ia boleh menjadikan pelajar tersebut lebih defensif, dan
mendorongnya mencari alasan, dan tidak membantunya memberi penumpuan kepada
situasi sebenar. Soalan yang lebih baik harus berbunyi Apa masalah anda dalam membuat
kerja rumah?

Contoh soalan tertutup (yang tidak membantu, kerana ia menutup perbincangan, tidak
menggalakkan untuk membuka perbincangan).

Bila awak balik ke rumah?


Apa pekerjaan bapa awak?
Apa markah yang awak perolehi dalam Matematik?
Adakah awak lebih suka sukan atau muzik?

Soalan berbentuk tertutup membuatkan orang itu berasa tertekan untuk memberi jawapan,
dan selalunya berasa dunianya dicerobohi. Ini akan menutup kerelaannya untuk memberi
respons.

4.2.5 Kemahiran membuat rumusan

Merumus melibatkan hal menyatakan kesemua aspek dan isu utama yang
dibincangkan dan dijelaskan semula. Ia juga membantu klien membuat tumpuan terhadap
matlamat dan keperluannya semula, serta mengelakkan kedua-dua pihak menyeleweng
daripada isu-isu penting. Semasa sesi bimbingan, anda boleh membuat rumusan ringkas
setelah klien bercakap beberapa minit, atau anda boleh menunggu sehingga akhir sesi untuk
membuat rumusan yang lebih panjang. Anda juga boleh membuat rumusan ringkas pada
permulaan atau pada akhir sesi untuk membantu klien membuat tumpuan mengenai hal
yang perlu dibincangkannya. Selepas membuat rumusan, pastikan anda menyemak semula
dengan klien sama ada anda telah mendapat isu yang betul. Berikut ialah contoh rumusan
dalam sesi bimbingan.

Contoh rumusan ringkas pada pertengahan sesi:

Tadi kamu menyatakan bahawa kamu masih teringatkan kawan-kawan di sekolah lama,
dan kamu berasa susah untuk berkawan dengan pelajar dalam kelas sekolah ini. Kamu
juga kata guru-guru sekolah ini tidak memberi layanan seperti guru di sekolah lama. Jadi
kamu berasa agak kecewa dan tidak berminat untuk datang ke sekolah. Begitu?
Contoh rumusan yang lebih panjang apabila hampir tamat sesi:

Liza, ketika kamu bercakap, saya berasa bahawa kamu sering menekankan hal betapa
pentingnya kamu disukai oleh kawan-kawan sedarjah dan guru-guru kamu. Ia sangat
penting kepada kamu, sehingga kamu berasa sangat sedih dan tidak boleh membuat kerja
kamu apabila kamu rasa mereka tidak suka kamu dan tidak menerima kamu. Kamu cuba
bersungguh-sungguh untuk menyukai kawan kamu, walaupun kamu rasa perkara yang
mereka mahu kamu buat adalah tidak betul. Meskipun begitu, kamu rasa betapa
bersungguh-sunguh anda cuba, namun tiada orang yang berpuas hati. Keadaan ini
membuatkan kamu berasa tertekan dan tidak seronok dengan diri dan hidup kamu. Dalam
perbincangan seterusnya nanti, kita akan memberi fokus kepada sebab-sebab pentingnya
bagi kamu untuk memuaskan hati kawan-kawan kamu, dan kita cuba cari jalan, cara lain
untuk mendekati mereka. Boleh tak begitu?

Setakat ini kita telah membincangkan lima kemahiran asas yang anda boleh gunakan
semasa sesi bimbingan dengan klien anda, ia adalah (i) menunjukkan layanan positif dan
hormat, (ii) kemahiran mendengar secara aktif seperti mendengar penuh perhatian,
kemahiran komunikasi non-verbal, imbas kembali, memparafrasa dan kemahiran
menerangkan atau menjelaskan; (iii) empati; (iv) menyoal bertujuan untuk memudah cara
(facilitative), dan (v) kemahiran membuat rumusan.

Kemahiran ini memerlukan banyak latihan sebelum anda boleh menggunakannya


secara alamiah. Walau bagaimanapun, kemahiran asas inilah yang akan membantu anda
membimbing pelajar anda dengan lebih berkesan pada setiap peringkat dalam proses
bimbingan. Berikutnya adalah beberapa latihan kemahiran yang boleh anda lakukan dengan
rakan-rakan.

Latihan untuk dipraktikkan;

1. Dalam pasangan, main peranankan satu sesi bimbingan, seorang memainkan


peranan pembimbing dan seorang lagi sebagai pelajar. Cuba gunakan setiap
kemahiran secara bergilir-gilir, dapatkan seorang rakan lain untuk memerhati dan
mencatat nota untuk memaklumkan balik.
2. Minta rakan atau pelajar anda berbincang dengan anda masalah yang sedang
dialaminya. Minta kebenarannya untuk merakam sesi perbincangan tersebut.
Kemudian, dengar semula dan cuba buat penilaian mengenai bagaimana anda
menggunakan kemahiran asas dalam membimbing. Apa kekuatan anda? Apa
kelemahan atau kekurangan anda?
4.3 Masalah pelajar

Dalam bahagian ini, kita akan bincang beberapa masalah pelajar dan bagaimana
mengenalpastinya, dan bagaimana untuk melaksanakan proses bimbingan untuk menangani
masalah tersebut.

4.3.1 Mengenalpasti masalah pelajar


Masalah pelajar boleh dikategorikan seperti berikut:

MASALAH PELAJAR

Isu-isu personal Masalah akademik Penyesuaian


sosial

Rajah 4.1 : Masalah Pelajar

Isi-isu peribadi yang menyebabkan masalah kepada pelajar termasuklah :


Masalah perhubungan dengan ahli keluarga, kawan-kawan, kawan wanita/lelaki,
kawan sedarjah;
Masalah keluarga ibu bapa yang bercerai, kematian ibu bapa/ahli keluarga,
persekitaran rumah yang tidak selesa, dan lain-lain;
Masalah emosi konsep kendiri negatif, rendah harga diri, tekanan, perasaan takut
dan tidak selamat, kemarahan yang amat sangat, tidak upaya mengawal emosi, mood
yang tidak stabil, kesukaran menyuarakan emosi yang sebenar, tingkah laku
menyendiri, dan lain-lain;
Masalah kesihatan - penyakit fizikal dan mental, kecacatan fizikal, kekurangan
pemakanan, masalah makan, berlebihan/kekurangan berat badan
Masalah kewangan pendapatan keluarga rendah - lemah dalam pengurusan
kewangan, dan
Isu pengurusan kendiri lemah dalam mengurus masa, lemah kemahiran
komunikasi, tidak mempunyai kemahiran untuk menangani situasi yang tegang.

Masalah akademik termasuklah:


masalah pembelajar dalam mata pelajaran tertentu;
pencapaian akademik yang rendah;
masalah berkomunikasi dengan guru;
motivasi rendah dan kurang berminat untuk belajar;
tidak menyertai aktiviti kelas; dan
kemahiran belajar yang kurang baik

Masalah penyesuaian sosial merujuk kepada masalah tingkah laku yang disebabkan
oleh kurang kebolehan pelajar tersebut untuk mengadaptasikan diri dengan situasi sosial
serta ekspektasi norma dalam masyarakat. Ia termasuklah:

tidak mematuhi peraturan sekolah;


ponteng, melepak;
salah guna bahan-bahan;
perhubungan sex secara rambang;
perosak;
bergaduh; dan
aktiviti jenayah mencuri, peras ugut, gangster, rusuhan, mengedar dadah kepada
kawan sekolah, dan lain-lain.

Guru dan kakitangan sekolah harus mengenal pasti masalah pelajar dengan segera,
supaya boleh memberi bantuan kepada pelajar sebelum masalahnya menjadi lebih besar
atau lebih serious. Sekiranya guru itu tiada masa atau tidak terlatih untuk membimbing
masalah tersebut, ia haruslah mempastikan bahawa pelajar tersebut dirujukkan kepada
orang lain yang lebih bertauliah supaya pelajar tersebut mendapat bantuan yang
diperlukannya.

Beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mengenal pasti masalah pelajar ialah:
perhatikan tingkah laku pelajar anda di dalam dan di luar kelas, bagaimana ia
berinteraksi antara satu sama lain, bagaimana ia berkomunikasi dan menyuarakan
perasaannya;
galakkan pelajar anda membincangkan masalah dan pengalamannya secara terbuka
dengan anda . Ini akan membolehkan anda mengesan masalah yang serious lebih
awal;
rujuk kepada rekod dan laporan prestasi pelajar. Ini membolehkan anda mengesan
sejarah masalah tersebut;
bincangkan pemerhatian anda terhadap pelajar tersebut dengan guru lain yang
berkenaan, untuk melihat sama ada terdapat satu corak tingkah laku yang konsisten
yang menyebabkan masalahnya;
berbincang dengan ibu bapa untuk meninjau sama ada mereka mempunyai
maklumat terhadap anaknya, rekod kesihatannya, tingkah laku di rumah, dan
sebagainya; dan
ada sesi bimbingan secara peribadi dengan pelajar tersebut untuk membicangkan
masalahnya yang telah anda perhatikan, supaya mereka boleh mengenal pastinya
dengan lebih awas dan langkah-langkah pencegahan boleh diambil.

Berhenti sebentar dan buat refleksi mengenai soalan di bawah.

Apakah masalah yang dialami oleh kebanyakan pelajar? Apakah cara yang anda gunakan untuk
mengenal pasti masalah tersebut? Apa tindakan yang biasa anda ambil?

Seterusnya, kita akan pertimbangkan, bagaimana melaksanakan proses bimbingan


dalam menangani masalah pelajar.

4.3.2 Melaksanakan proses bimbingan

Membimbing pelajar untuk menangani masalahnya dengan berkesan adalah satu


proses yang memakan masa dan melibatkan beberapa peringkat. Jadual berikut
menunjukkan garis panduan mengenai lima peringkat utama dalam proses bimbingan
[Nelson-Jones, R., 1997], dengan tugas-tugas yang sejajar dengannya untuk kedua-dua
guru dan pelajar.

Jadual 4.1 : Peringkat Dalam Proses Bimbingan

Peringkat dalam Peranan guru sebagai Peranan pelajar.


proses bimbingan pembimbing

I. Bina perhubungan dan Menunjukkan layanan yang positif Mahu berbincang


kenal pasti masalah dan rasa hormat mengenai masalah
bina rapo Tingkah laku yang tidak menilai atau situasinya
bina saling Membentuk persekitaran yang Beriltizam untuk
mempercayaai & mesra dan selesa mencari cara
saling hormat Menggunakan kemahiran menangani
iltizam untuk bekerja mendengar secara aktif untuk masalahnya
bersama untuk mendengar dan memahami Bekerjasama dengan
matlamat yang sama masalah pelajar. gurunya dengan
jelaskan masalah dan Menunjukkan empati menepati temu janji
bentuk matlamat awal Realistik dalam membantu pelajar untuk sesi bimbingan
menentukan matlamat awal untuk Jujur serta ikhlas
sesi tersebut. Mengambil tanggung
Tidak memberi nasihat; tidak cuba jawab untuk mencari
menyelesaikan masalah untuk penyelesaian
pelajar. Berusaha membentuk
Menggalakkan pelajar mengambil matlamat awal untuk
tanggung jawab membina menangani situasinya
kemahirannya sendiri untuk
mengatasi masalahnya

II. Teroka dan fahami Memikirkan tentang masalah Menerokai pemikiran


masalah, dan nyatakan tersebut dan membuat penilaian dan perasaan sendiri
semula masalah dalam pertama mengenai situasi pelajar Menganalisa masalah
istilah yang lebih Menggunakan empati dan dan mengenal pasti
praktikal kemahiran membuat penjelasan sebab-sebabnya
untuk membantu pelajar Meningkatkan
Mengenal pasti menyedari perasaannya kesedaran kendiri
sumber atau sebab Menggunakan kemahiran dengan sentiasa
masalah menyoal dan membuat rumusan menyedar perasaannya
Meneliti & mengenal untuk membantu pelajar Memahami pertalian
pasti komponen- mengenal pasti punca kepada antara pemikiran,
komponen atau masalahnya perasaan dan tindakan,
bahagian masalah. Bantu pelajar menyatakan semula dan akibatnya
Menterjemahkan masalahnya dengan menyatakan Membentuk persepsi
masalah apa kemahiran dan perubahan yang tepat mengenai
menggunakan istilah- sikap yang diperlukan masalahnya
istilah yang lebih Bantu pelajar melihat pertalian Bertanggung jawab
praktikal, supaya antara tindakan dan akibatnya membuat pilihan untuk
mudah untuk kerja hidupnya
membimbing

III. Bina matlamat, terokai Bimbing pelajar dalam proses Membina


alternatif, buat menentukan matlamat untuk keyakinan diri dan
keputusan dan dirinya motivasi dengan
rancang tindakan Bantu pelajar menentukan menentukan matlamat
matlamat yang realistik untuk dan membuat
Bina matlamat menangani situasinya keputusan hidupnya
yang realistik untuk Menggalakkan pelajar berfikir sendiri
membina kemahiran secara kreatif untuk mencari Menggunakan
menangani masalah penyelesaiannya sendiri dan kreativiti dan
dan mengubah situasi cadangan untuk tindakan kemahiran berfikir
yang bermasalah itu. Bimbing pelajar berfikir untuk menyarankan
Mencari secara kritikal dan menilai penyelesaian yang
penyelesaian masalah beberapa alternatif untuk tindakan kreatif yang sesuai
yang kreatif dan Bimbing pelajar dengan dengan situasinya.
praktikal proses membuat keputusan Merancang
Membuat Menunjukkan sikap yang tindakan yang boleh
keputusan positif dan optimistik, untuk diambil dan beriltizam
Merancang memotivasi pelajar, dan untuk menjalankan dan
tindakan yang perlu memberinya keyakinan untuk menyelesaikannya
diambil membuat keputusannya sendiri

IV. Mengambil tindakan Memberi masa dan perhatian Berbincang


untuk membina untuk membimbing pelajar berlatih mengenai
kemahiran hidup, kemahiran yang diperlukan untuk kebimbangan dan
mengubah sikap dan mengambil tindakan seterusnya sangsi mengenai
corak tingkah laku Mengurangkan rasa bimbang tindakan yang telah
supaya dapat pelajar dengan berlatih di tempat diputuskan
berhadapan dengan yang selamat terlebih dahulu, Berlatih kemahiran
situasi bermasalah sebelum melaksanakan tindakan menangani masalah
dengan lebih berkesan yang telah dipersetujui untuk menghadapi
Belajar kemahiran Membimbing dan situasi bermasalah
baru, mengubah sikap mendemonstrasikan kemahiran Mengambil risiko
dan corak tingkah laku langkah demi langkah, tidak untuk mencuba tingkah
Mengambil mengharapkannya memperoleh laku baru untuk
langkah yang sesuai kemahiran dengan serta merta mengubah amalan
untuk menangani Memberi peneguhan kepada berfikir dan beraksi
situasi bermasalah pelajar dengan memberi maklum yang tidak membantu
balas kepada pelajar mengenai Mengambil
kemajuannya tindakan untuk
Main peranan dengan pelajar menangani masalah
untuk membantunya berlatih atau situasinya
kemahiran-kemahiran tersebut
Menggalakkannya untuk
mencuba tingkah laku baru, yang
lebih sihat dalam berhadapan
dengan situasi harian dalam
hidupnya.

V. Maklum balas, Memberi maklum balas positif dan Berbincang secara jujur
penilaian mengenai negative mengenai usaha pelajar dengan gurunya
keberkesanan untuk membaiki dirinya mengenai
tindakan, memantau Menggalakkan pelajar untuk kemajuannya dalam
kemajuan, serta menilai dirinya serta kemajuannya menggunakan
mengakhiri sesi Berbincang dengan pelajar kemahiran barunya
bimbingan mengenai keberkesanan tindakan atau dalam mengubah
Laporan-kendiri oleh yang diambil, dan samada tingkah lakunya
pelajar mengenai rancangan tindakan yang baru Berbincang dengan
kemajuannya perlu dibuat gurunya mengenai
Pemerhatian guru atau Semak dengan pelajar untuk kerisauan terhadap
kaunselor melihat sejauh mana matlamatnya kemajuannya
Maklum balas dari telah dicapai Meminta maklumbalas
guru dan orang lain Berbincang dengan pelajar daripada guru, rakan
mengenai mengenai menamatkan sesi atau keluarganya
keberkesanan bimbingan, serta kerisauan pelajar Sentiasa memantau
tindakan mengenainya. kemajuannya, dan
Penilaian semula Menamatkan sesi bimbingan memotivasikan dirinya
matlamat, jika perlu dengan kedua-dua guru dan untuk terus
Pemantauan pelajar merasakan matlamatnya memperbaiki
kemajuan pelajar telah dicapai, atau kemajuan kemahiran dan tingkah
dalam mengubah seterusnya tidak boleh dibuat lakunya dalam
tingkah laku melalui sesi ini menangani masalah
Menamatkan sesi Jadualkan perjumpaan susulan Menilai keberkesanan
bimbingan untuk memantau kemajuan tindakannya dan
pelajar. pencapaian matlamat
Membuat keputusan
untuk menamatkan
sesi bimbingan, setelah
berbincang dengan
gurunya.
Cuba buat refleksi mengenai soalan berikut

Fikirkan pengalaman yang anda telah ada mengenai membantu pelajar yang mempunyai masalah.
Aspek mana yang berkesan? Apa yang tidak berkesan? Manggunakan kemahiran membimbing dan
peringkat-peringkat bimbingan, apakah kelainan yang akan anda lakukan?

Rumusan

Topik ini membincangkan guru sebagai pembimbing. Isi-isi utamanya ialah:

Matlamat utama bimbingan ialah untuk membantu pelajar membina potensi dan
kemahiran hidup supaya ia boleh menjadi individu yang sihat dan seimbang, dengan
kebolehan dan sikap yang membantunya menangani cabaran dan kesukaran hidup
dengan berkesan;
Prinsip melaksanakan proses bimbingan adalah berdasarkan kepada garis panduan
etika seperti kerahsiaan dan hormat kepada hak pelajar untuk menerima bimbingan;
Kemahiran asas bimbingan termasuk menunjukkan layanan positif dan hormat,
kemahiran mendengar dengan aktif, berempati, kemahiran menyoal, dan kemahiran
membuat rumusan;
Masalah pelajar yang sering berlaku termasuk peribadi, akademik dan masalah
perkembangan sosial; dan
Lima peringkat utama proses bimbingan telah diterangkan, dengan tugas-tugas guru
dan murid.

Berikut adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan

Teks bacaan asas

Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (1994). Falsafah dan Konsep Pendidikan. Edisi
Kedua. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Gutek, G.L. (1997). Philosophical and Ideological Perspectives on Education.


Second Edition. Needham Heights: Allyn and Bacon.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi
Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Rujukan

Ead, H.A. (1998). Averroes As A Physician.


http://www.frcu.eun.eg/www/universities/html/hamed2.htm
Egan, G. (1990), The Skilled Helper, (4th Ed.), Pacific Grove: Brooks/Cole Publishing Co.

Armstrong, D.G., Henson, K.T. & Savage, T.V. (1995). Education: An Introduction.
New York: Macmillan Publishing Company.
Barrow,R. (1984). Giving Teaching Back to Teachers. A Critical Introduction to
Curriculum Theory. Brighton: Wheatsheaf Books.
Bondi, W. (1989). Curriculum Development: A Guide to Practice. (3rd ed.).Ohio:
Merrill Publishing Co.
Duke, D.L. (1990). Teaching: An Introduction. New York: McGraw-Hill Publishing Co.
Eisner,E.W. (1994). The Educational Imagination. New York: Macmillan College Pub.
Frazee, B. & Rudnitski, R.A. (1995). Integrated Teaching Methods. Albany, New
York: Delmar Publishers.
Glatthorn, A.A. (1987). Curriculum Leadership. Glenview: Scott, Foreman.
Jenkins, D. (1976). Curriculum Evaluation (Unit 19 till Unit 21). Walton Hall, Milton
Keynes: Open University Press.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (1992), Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di Sekolah, Kuala Lumpur: DBP
Nelson-Jones, R. (1997), Practical Counselling and Helping Skills, (4th Ed.), London:
Cassell Publications
Ozmon, H.A. & Craver, S.M. (1995). Philosophical Foundations of Education.
Englewood Cliffs: Prentice Hall.
Stenhouse. (1975). An Introduction to curriculum Research and Development.
London: Heinemann.
Taba, H. (1962). Curriculum Development: Theory and Practice. New York: Harcourt
Brace and World.
Tyler, R.W. ( 1969). Basic Principles of Curriculum and Instruction. Chicago: The
University of the Chicago Press
Teacher Education Division (2002). Education Resource Book for Lecturers. Kuala
Lumpur: Ministry of Education.
Teacher Education Division (1982). The Philosophy of Education (Report of the
National Workshop and Survey). Kuala Lumpur: Ministry of Education.
Titus, H. A. (1970). Living Issues in Philosophy. Fifth Edition. New York: Van
Nostrand Reinhold Company.
Raslan, Y.F. (1997). Ibn Rushd, Philosopher and Theologian. Al-Jadid, 3 (20).
http://www.aljadid.com/index.html

http://www.susancanthony.com/Workshops/philosophy_hand.html

http://www.moe.gov.my

http://cw.prenhall.com/bookbind/pubbooks/armstrong3/chapter3/chapter12/deluxe.html
http://www.siu.edueyctr/cdromsup.html

http://www.soe.purdue.edu/fac/georgeoff/phil am ed/essentialism.html
http://www.morehead-st.edu/people/w.willis/fourtheories.html

http://www.wikipedia.org/wiki/Philosophy
http://www.infed.org/biblio/b-curric.htm.
http://pages.nyu.edu/~asr209/curriculum.doc
http://www.cast.org/udl/EnvisioningFutureCurriculum189.cfm

Anda mungkin juga menyukai