Anda di halaman 1dari 17

SOALAN OBJEKTIF

1. Yang manakah antara ciri-ciri di bawah termasuk dalam kategori penyelidikan kualitatif?

A Memahami fenomena sosial


B Menggunakan sampel yang sangat besar
C Analisis statistik digunakan ke atas data numerik
D Menggunakan instrumen yang telah disediakan sebelum kajian

2. Cikgu Ros menggunakan kaedah penyelidikan Y untuk mengatasi miskonsepsi di


kalangan murid tahun lima. Kajiannya dijalankan ke atas dua buah kelas di sebuah
sekolah yang dipilih berdasarkan beberapa kriteria tertentu. Bagaimanapun, dalam
proses pemilihan responden, pengagihan rawak bebas tidak dapat dilaksanakan.
Yang manakah antara berikut merupakan kaedah penyelidikan Y yang dijalankan oleh
Cikgu Ros?

A Korelasi

B Tinjauan

C Eksperimen

D Kuasi-eksperimen

3. Kesediaan profesional, pengetahuan pedagogi sains dan kemahiran latihan


mengajar guru-guru pelatih PISMP di sebuah institut pendidikan guru.
Petikan di atas adalah tajuk satu kajian penyelidikan.
Yang manakah antara kenyataan berikut menerangkan jenis kajian penyelidikan yang
terlibat?

A Suatu kajian kuantitatif tanpa rawatan terhadap sampel kajian.

B Suatu kajian kuantitatif yang mengenal pasti perkaitan antara tiga elemen

C Suatu kajian kualitatif untuk mendapatkan deskripsi bagi memahami sesuatu


entiti kes yang dikaji.

D Suatu kajian kualitatif mendapatkan gambaran yang mendalam dan lengkap


tentang kes yang dikaji.
4. Guru merenung kembali amalan dan kaedah yang di gunakan dalam
pengajaran yang baru dilakukan. Refleksi ini memberi perspektif yang lebih
luas untuk guru membuat tindakan selanjutnya untuk membaiki amalannya.

Yang manakah kenyataan di bawah paling tepat menjelaskan kepentingan kajian


tindakan berdasarkan fenomena di atas?

A Menjadikan guru seorang yang berfikiran kreatif.

B Membantu guru merapatkan jurang antara teori dan amalan.

C Menambahkan kefahaman guru tentang amalan pengajaran dan pembelajaran.

D Membolehkan guru mengenalpasti masalah dalam amalan pengajaran dan


pembelajaran

5.

Rajah 1

Rajah 1 menunjukkan carta alir lima peringkat Penyelidikan Tindakan mengikut model
John Elliott (1991).

Manakah antara berikut merupakan kelemahan dalam model John Elliott?

A Tindakannya adalah secara rawak san bersifat umum.


B Bersifat huraian pengalaman dan kajian bersifat umum.

C Bersifat huraian pengalaman dan tindakannya adalah secara rawak.

D Kajian dijalankan mengikut prosedur umum dan menjelaskan bagaimana


perkembangan guru berlaku sahaja.

Sewaktu menyemak hasil kerja murid bagi topik kelajuan ini saya sungguh
terkejut kerana seramai sepuluh orang murid tidak tahu bagaimana mengira

laju sesuatu objek menggunakan formula laju = . Latihan yang saya

berikan langsung tidak dijawab dan dibiarkan kosong. Saya dapati mereka
langsung tidak memahami konsep laju. Daya ingatan mereka juga lemah. Saya
sudah tunjukkan cara mengira laju beberapa kali dalam kelas. Mereka tidak
tahu cara untuk menggantikan nilai-nilai pembolehubah-pembolehubah; jarak
dan masa ke dalam formula itu. Perkara ini mengecewakan saya.
6.
Rajah 2
Rajah 2 menunjukkan petikan jurnal Cikgu Misnah selepas menyemak hasil kerja murid-
muridnya.
Berdasarkan jurnal di atas, apakah fokus kajian yang paling sesuai untuk penyelidikan
tindakan Cikgu Misnah ?

A Menguatkan daya ingatan murid dalam menghafal formula sains.

B Meningkatkan minat dalam mempelajari konsep sains dalam bentuk formula.

C Mengubah perspektif minda murid dalam memahami konsep sains dalam bentuk
formula.

D Memperbaiki cara membuat penerangan konsep sains yang melibatkan


penggunaan formula.

7.
Rajah 3

Apakah langkah selanjutnya yang perlu diambil oleh penyelidik dalam petikan di Rajah
3 di atas setelah ia mengenal pasti aspek amalan yang perlu ditambah baik?

A Merancang tindakan penambahbaikan

B Melaksanakan tindakan penambahbaikan

C Mengenal pasti jenis data yang akan dikumpul

D Menentukan kriteria keberkesanan tindakan penambahbaikan

8. Yang manakah antara berikut menunjukkan bahawa cikgu Filzah mempunyai rasional
yang paling sesuai untuk menjalankan kajian tindakan?

I Pengurusan kutipan data yang mudah kerana beliau merupakan guru


sains sekolah tersebut yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus
bilik sains.
II Beliau dapat menjimatkan kos perbelanjaan penyelidikan kerana
mendapat sumbangan kertas dan khidmat fotostat daripada Syarikat
Fotostat Cahaya Gemilang.
III Minat beliau yang mendalam dalam menambahbaik amalan pengajaran
dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru di sekolah tersebut yang
sangat tidak memuaskan.
IV Perasaan kasih, simpati dan rasa bertanggungjawab ke atas masa depan
anak-anak didik beliau yang terdiri daripada murid lemah dalam mata
pelajaran sains.

A. I, II dan II

B I, III dan IV

C II, III dan IV


D II, IV dan IV

9.

Satu sumber penting bagi penyelidik untuk mendapat maklumat berkaitan


dengan isu atau masalah yang diselidiki bagi memahami tujuan, rasional
dan sejarah isu atau masalah tersebut.

Cikgu Khairul telah menggunakan kaedah di atas untuk mengumpulkan data bagi kajian
tindakannya. Yang manakah di antara berikut merupakankaedah tersebut??

A Temubual
B Pemerhatian
C Dokumen analisis
D Senarai semak
10. Tarikh : 7 Februari 2013

Hari : Khamis

Masa : 8.10 pagi hingga 9.10 pagi

Tempat :Kelas Tahun 5 SK Bintang

Catatan : Pada hari ini, saya memberikan latihan menulis ayat rantai makanan
berdasarkan perkataan dan gambar kepada murid-murid Tahun 5. Latihan
tersebut mesti disiapkan di kelas dan kehendaki untuk dihantar pada tamat
waktu pengajaran dan pembelajaran. Saya mendapati Badrul nampak kurang
berminat untuk menyiapkan latihan tersebut kerana beliau lebih gemar melukis
semasa saya mengajar. Saya mula mendekati beliau dan menegur
perbuatannya. Saya memintanya menyiapkan latihan tersebut pada masa yang
telah ditetapkan. Beliau mengangguk tanpa berkata apa-apa, dan terus
memulakan aktiviti menulisnya. Saya memantau beliau dari jauh dan saya
mendapati Badrul berhenti menulis apabila saya tidak berada di sekitarnya.
Saya sekali lagi mendekati Badrul dan memberitahu kepada beliau bahawa
saya akan memberikan saguhati kepadanya jika berjaya menyiapkan latihan
sebelum tamat sesi pengajaran dan pembelajaran dengan syarat tulisannya
pada latihan tersebut lebih kemas dan mudah untuk dibaca.

Berdasarkan petikan di atas, yang manakah antara berikut merupakan jenis data yang
dikumpul oleh seorang pengkaji?

A Log
B Portfolio

C Rekod anekdot

D Nota kerja lapangan

11. Cikgu Normah merakam pengajarannya menggunakan perakam video. Disamping itu,
rakan yang memerhati pengajarannya menggunakan borang-borang untuk mencatat
tingkahlaku Cikgu Normah ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Manakah antara yang berikut menerangkan tujuan tindakan Cikgu Normah?

A Untuk memastikan kesahan dapatan kajiannya.

B Untuk membuat pemilihan subjek sesuatu kajian

C Untuk meningkatkan kebolehpercayaan kajiannya.

D Untuk mengesahkan data mentah yang dikumpulkan.

12. Dalam menjalankan penyelidikan, kod etika perlu dijadikan panduan.

Yang manakah antara berikut merupakan kod etika yang perlu dipatuhi oleh Cikgu
Anwar apabila menjalankan penyelidikan?

A Membina kod etika yang umum yang boleh digunapakai dalam semua misi

dan tugasan.

B Membuat pengisytiharan terhadap kecekapan yang tiada padanya.

C Merahsiakan apa yang akan dilakukan ke atas data-data dan maklumat yang
diberi oleh subjek kajian.

D Memahami bahawa subjek kajian mempunyai hak untuk berhenti pada bila-

bila masa , mana-mana peringkat kajian dan mengetahui tentang hak ini.

13. Cadangan yang manakah di antara berikut menunjukkan soalan kajian yang
bersesuaian dengan penyelidikan tindakan?

A Apakah cara menyelesaikan isu kekurangan guru terlatih dalam mata pelajaran
sains?

B Bagaimanakah Guru Besar dapat menambahbaik komunikasi beliau dengan guru-


guru sains?

C Apakah hubungan di antara sosio-ekonomi murid dan kegemaran dalam mata


pelajaran Sains?

D Bagaimanakah penggunaan pembelajaran berbantukan komputer dapat


meningkatkan pengajaran pembelajaran Sains?

14. Pengkodan adalah merupakan salah satu komponen yang dilakukan dalam
menganalisis data kualitatif.

Tentukan yang mana satu daripada pernyataan di bawah adalah proses pengkodan
data kualitatif?

A Mengagihkan data kepada bahagian-bahagian tertentu

B Mengenalpasti segmen data yang mengandungi episod tertentu

C Menjumlah semua skor dan mengaplikasi statistik secara deskriptif

D Mempersembah konsep secara numerik yang dikenal pasti secara praktik

15. Data penyelidikan tindakan diperolehi dari pelbagai sumber dan melalui beberapa
kaedah.

Manakah antara berikut adalah contoh pengintegrasian data yang sesuai dari dua
sumber yang berbeza?

A Maklumat temu bual berkaitan pencapaian murid dengan analisis dokumen


inventori sekolah
B Prestasi markah ujian sains dengan maklumat daripada pemerhatian guru
besar
C Hasil latihan murid dengan temubual persepsi staf

D Temubual guru kelas dengan rekod pencapaian murid dari buku laporan
peperiksaan

16. Manakah antara cara penulisan rujukan di bawah yang ditulis mengikut format American
Psychological Association (APA) dengan betul?

I Ma'rof Redzuan & Haslinda Abdullah. (2002). Psikologi. Kuala Lumpur:


McGraw Hill.

II Angelo, T.A. & Cross, P.K. (1993). Classroom Assessment Techniques


(2nd ed.). Jossey- Bass Publishers: San Francisco

III Serow R. (1994). Called to teach; A study of highly motivated preservice


teachers. Journal of Research and Development in Education, 27(2),
65-72.

IV Roychoudhury, A., Roth, W. & Ebbing, J. (1993). Becoming a reflective


science teacher: An exemplary endeavor by a preservice elementary
teacher. Dalam Rubba, P., Campbell, L. & Dana, T. (Eds.), The 1993
Yearbook of the Association for the Education of Teachers in Science.
Columbus, OH: Clearinghouse for Science, Mathematics, and
Environmental Education.

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV


17. Semasa menghadiri seminar penyelidikan, seseorang peserta dapat membaca sesuatu
penyelidikan yang bakal dibentang secara menyeluruh melalui edaran tertentu yang
dinamakan abstrak.
Mengikut pertimbangan anda, abstrak yang berkualiti seharusnya mempunyai

I Isu yang diteliti

II Kaedah yang digunakan

III Rujukan yang digunakan

IV Kesimpulan

A I, II dan II

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

18. Dalam penulisan artikel Kajian Tindakan, format yang digunakan mesti mengandungi
bahagian yang disusun secara sistematik.

Manakah antara susunan berikut adalah betul dalam menulis kandungan dalam
bahagian pendahuluan tesis.

A Tajuk, Senarai singkatan, Senarai Rajah, Isi Kandungan

B Tajuk, Abstrak, Senarai Jadual, Senarai Rajah

C Abstrak, Isi Kandungan, Senarai Rajah, Senarai Jadual


D Isi Kandungan, Abstrak, Senarai Rajah, Senarai Jadual

19. Faktor manakah yang perlu dipertimbangkan apabila anda membuat keputusan untuk
menyediakan laporan penyelidikan untuk sesuatu persidangan?

I. Anda kenal penganjur persidangan


II. Kajian anda adalah bebas daripada plagiat
III. Orang lain akan berminat dalam kerja-kerja anda
IV. Kajian anda cukup penting untuk mewajarkan persembahan atau
penerbitan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

20. Berikut adalah beberapa judul jurnal dan Faktor Impaknya pada tahun 2010.

Judul Jurnal Faktor Impak Tahun 2010

Learning And Individual Differences 1.526

Teaching And Teacher Education 1.124

International Journal Of Educational Development 0.983

Evaluation And Program Planning 0.711

Jurnal manakah yang anda akan pilih untuk menghantar laporan kajian bertajuk
Pengajaran sains berasaskan pendekatan konstruktivis: Suatu Tinjauan Latihan
Perguruan?

A Teaching and Teacher Education


B Evaluation and Program Planning

C Learning and Individual Differences

D International Journal of Educational Development

21.

Guru merenung kembali amalan dan kaedah yang mereka


gunakan perspektif yang lebih luas untuk membuat tindakan
selanjutnya untuk membaiki amalannya.

Fenomena di atas mengambarkan salah satu kepentingan kajian tindakan.

Yang manakah kenyataan paling tepat di bawah menjelaskan kepentingan


kajian tindakan berdasarkan fenomena di atas?
A Menjadikan guru seorang yang berfikiran kreatif.
B Membantu guru merapatkan jurang antara teori dan amalan.
C Menambahkan kefahaman guru tentang amalan pengajaran dan
pembelajaran.
D Membolehkan guru mengenalpasti masalah dalam amalan pengajaran
dan pembelajaran.

22.

MODEL ELLIOT 5 PERINGKAT


Kenal pasti idea: masalah, isu, idea yang ingin dikaji

Buat tinjauan terhadap idea atau masalah tersebut daripada dokumen,


bahan catatan atau individu

Buat rancangan umum terhadap prosedur kajian metadologi dan


penganalisaan data

Mulakan tindakan dan perhatikan kesannya - maklumat direkod dan


statistik membantu memberi gambaran dan panduan penilaian

Selepas beberapa gelungan tindakan, jika berjaya dapat pengetahuan


baru. Jika gagal rekodkan, buat tinjauan sekali lagi dan masuk ke tahap
2
Rajah 1

Rajah 1 menunjukkan carta alir lima peringkat model John Elliot.


Antara berikut yang manakah merupakan kelemahan dalam model John Elliot?

I Bersifat huraian pengalaman.


II Tindakannya adalah secara rawak.
III Kajian dijalankan mengikut prosedur umum.
IV Menjelaskan mengapa dan bagaimana perkembangan guru
berlaku sahaja.

A I dan II C I, II dan III


B III dan IV D II, III dan IV

23.
Sewaktu menyemak hasil kerja murid bagi topik kelajuan ini saya sungguh
terkejut kerana seramai sepuluh orang murid yang tidak tahu bagaimana hendak
mencari nilai kelajuan. Latihan yang saya berikan langsung tidak dijawap dan
dibiarkan kosong. Saya dapati mereka langsung tidak memahami konsep
kelajuan. Daya ingatan mereka juga lemah. Mereka tidak tahu cara untuk
mencari formula yang sesuai dan menggunakan formula bagi mengira kelajuan,
jarak dan masa apabila salah satu daripada pembolehubah dalam rumus ini
dimalarkan. Perkara ini menyebabkan mereka patah semangat.

Kenyataan di atas merupakan refleksi pengajaran dan pembelajaran Misnah


yang lalu.
Berdasarkan refleksi di atas apakah matlamat kajian Misnah yang paling sesuai
untuk difokuskan dalam kajian tindakannya?

A Meningkatkan minat dalam mempelajari konsep sains dalam bentuk


formula.

B Mengubah perspektif minda dalam memahami konsep sains dalam bentuk


formula.

C Menguatkan ingatan mereka dalam menghafal formula sains dalam


konsep sains.

D Membangkitkan semangat kendiri murid untuk memahami konsep sains


dalam bentuk formula.

SOALAN STRUKTUR

1.
.
Sewaktu menyemak hasil kerja murid bagi topik kelajuan ini saya sungguh
terkejut kerana seramai sepuluh orang murid yang tidak tahu bagaimana
hendak mencari nilai kelajuan. Latihan yang saya berikan langsung tidak
dijawap dan dibiarkan kosong walaupn contoh telah diberikan. Saya dapati
mereka langsung tidak memahami konsep kelajuan. Mereka tidak tahu
bagaimana mengira kelajuan dan membezakan antara mencari nilai
kelajuan dengan jarak dan juga nilai kelajuan dengan masa. Mereka tidak
tahu cara untuk mencari formula yang sesuai dan menggunakan formula
bagi mengira kelajuan, jarak dan masa apabila salah satu daripada
pembolehubah dalam rumus ini dimalarkan. Daya ingatan mereka juga
lemah. Perkara-perkara tersebut menyebabkan mereka patah semangat.

Sumber: Kartini et.al. (2012)


Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran Cikgu Siti, beliau ingin menjalankan
kajian tindakan untuk memudahkan pemahaman konsep sains supaya murid tidak lagi
rasa takut untuk mencuba dan menerima konsep sains dalam bentuk formula dengan
menggunakan kaedah Mari main lumba kereta.

a. Apakah objektif yang paling sesuai untuk kajian tindakan Siti ?


b. Dalam kertas cadangan kajian tindakan Siti berpendapat adalah sesuai
menggunakan kaedah senarai semak bagi menilai tahap penggunaan formula
sains untuk tujuan pengumpulan data. Reka satu borang senarai semak bagi
tujuan tersebut.

c. Dalam menulis proposal kajian tindakan Siti juga perlu memikirkan perbelanjaan
dalam menjalankan kajian tindakan ini. Dalam pada itu Misnah mengalami
masalah dalam penyediaan peralatan memandangkan kemudahan makmal
sains yang serba kekurangan. Bina satu jadual kos perbelanjaan termasuk item-
item yang terlibat dalam kos perbelanjaan kajian ini.

2. Penyelidikan asas, penyelidikan tindakan, penyelidikan gunaan dan penyelidikan


penilaian adalah penyelidikan yang dipraktikkan oleh para penyelidik semasa
menjalankan kerja-kerja penyelidikan.

a Nyatakan tiga langkah asas sesuatu penyelidikan.

b Terangkan dua contoh Penyelidikan Kuantitatif dan nyatakan bagaimana


penyelidikan itu dijalankan.

c Nyatakan satu persamaan dan dua perbezaan utama di antara penyelidikan


asas dan penyelidikan gunaan.

3. Analisis keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2003 untuk kelas 5 Saga saya
tatapi dengan perasaan yang berbaur. Ada rasa kecewa, marah, sedih dan seribu
satu macam perasaan yang Tuhan sahaja mengetahuinya. Hanya dua orang sahaja
pelajar yang lulus, itu pun dengan gred E. berbanding dengan pelajar 5 Wira,
hanya empat orang sahaja yang gagal dengan markah yang hampir lulus. Saya
mengajar di kedua-dua kelas ini sejak mereka di Tahun 4 lagi. Rasanya saya telah
berusaha semampu yang boleh sehinggakan saya sanggup membelanjakan
RM550.00 untuk membeli bahan bantu mengajar. Setiap kali mengajar, saya
pastikan pelajar berinteraksi dengan bahan-bahan itu.
Saya tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Saya telah
meminta semua guru yang mengajar 5 Saga menulis pandangan mereka mengenai
sikap dan pencapaian pelajar 5 Saga. Kesemua guru mengatakan pelajar lelaki 5
Saga kurang berdisiplin, rendah motivasi diri, tidak serius terhadap pelajaran dan
mereka cepat lupa. Saya fikir saya mesti buat sesuatu terhadap cara pengajaran
saya supaya dapat membantu pelajar saya belajar dengan lebih baik.
Kenyataan di atas adalah sebahagian daripada catatan diari Hafeez yang menjalani
praktikum di salah sebuah sekolah di Lembah Klang.

a. i. Nyatakan isu yang sesuai untuk kajian tindakan berdasarkan sumber di


atas.

ii. Kenal pasti dua teknik pengajaran yang sesuai dan sertakan rasionalnya
untuk menangani isu yang anda pilih dalam soalan 3a.i. di atas.

b. Huraikan satu rancangan tindakan penyelidikan untuk memperbaiki isu


pembelajaran itu.

4. Temubual ialah satu kaedah pengumpulan data dalam penyelidikan tindakan.Terdapat


dua jenis temubual iaitu temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur.

a Pada pendapat anda apakah satu kekuatan bagi setiap jenis temubual di atas.

i Temubual Berstruktur

ii Temubual Tidak Berstruktur

b.
Guru: Adakah anda suka membuat kerja rumah?

Kenapa?

Murid : Saya tak suka. Rasa sangat bosan.

Guru: Apakah pendapat anda tentang Sistem Pasukan

Kerja Rumah yang cikgu telah melaksanakan?

Murid: Suka cikgu. Sangat seronok. Tidak membosankan

lagi.
Temubual di antara seorang guru dan seorang murid.

i Daripada petikan temubual di atas, nyatakan fokus penyelidikan tindakan


yang telah dijalankan.

ii Beri satu contoh soalan terbuka yang boleh digunakan untuk temubual di
atas.

c. Tentukan dua perkara yang perlu dipertimbangkan jika anda ingin menjalankan
temubual.

Anda mungkin juga menyukai