Anda di halaman 1dari 3

TAJUK : JELAJAH UJUNG DUNIA; PERJALANAN PARA PENJELAJAH

BESAR

PENULIS : JON BALCHIN

1.0 PENGENALAN

Buku in merupakan sebuah penceritaan mengenai sejarah yang telah berlaku


dalam pelayaran terawal di dunia. Manusia sejak dahulu lagi mempunyai hasrat
atau keinginan berkelana ke kawasan-kawasan yang belum pernah mereka
jejaki. Pemikiran manusia yang terbatas kerana telah teradaptasi dengan tempat
tinggal sendiri mendorong umat manusia untuk melihat serta menambah
pengalaman mereka ke kawasan lain daripada tempat tinggal mereka. Penjelajah
cuba keluar daripada kawasan mereka telah didorong oleh pelbagai faktor yang
telah memotivasi mereka untuk melakukan penjelajahan. Keinginan untuk
menambah ilmu, nasionalisme, fanatisme dan ingin tahu antara faktor manusia
ingin beradaptasi dengan dunia luar lain

2.0 ULASAN

Buku ini mengutarakan hal-hal penemuan kawasan yang dijelajah oleh


penjelajah-penjelajah dalam pada melakukan pelayaran. Apa yang dapat
difahami berkaitan buku ini, penulis cuba memperkenalkan penjelajah/pelayar
barat yang telah menemukan kawasan baharu sepanjang mereka melakukan
ekspedisi mereka yang hanya memfokuskan laut sebagai jalan pengangkutan
mereka.

Melalui buku ini, terdapat 6 perkara yang melibatkan penemuan kawasan/benua


dan bagaimana hasil jelajah yang telah dilakukan oleh penjelajah barat
menjelaskan bentuk muka bumi yang sebenar sehingga wujudnya globe bumi
berbentuk sfera yang menggambarkan seluruh kawasan di dunia.

Awal daripada buku ini lebih menceritakan bagaimana penemuan benua eropah
oleh penjelajah barat. Dengan penemuan awal penjelajah barat seperti Colaeus,
Himilco, Pytheas, Gardar Svavarsson, Ottar. Secara puratanya para penjelajah
telah melakukan penjelahan terhadap eropah bermula 9-5 sebelum masihi.
Penceritaan pelayaran mereka banyak menceritakan tentang penemuan benua
eropah seperti perancis, iceland, russia yang ada sekarang.

Juga diceritakan bagaimana penemuan Asia dan Amerika Selatan melalui jalur-
jalur penjelajah barat dalam ekspedisi mereka. Di asia, antara tokoh penjelajah
yang tersohor antaranya Marco Polo, Vasco da Gama, Alexander Agung,
Eudorus, Pero da Cavilhao, Baron Nils Adolf Erik. Marco Polo sebagai contohnya
telah melakukan penjelajahan pad usia mudanya dengan melakukan
penjelajahan awal ke istana Kublai Khan(Beijing) bersama ayah dan bapa
saudaranya.

Mengenai penemuan Amerika Selatan oleh penjelajah barat juga banyak ditulis
dalam sejarah pelayaran. Penjelajah awal barat Isabela Godin Des Odonais,
Christopher Colombus, Vicente Yanes Pinzon, Amerigo Vespucci, Alonso de Ojeda,
Pedro Alvares Cabral, Vasco Nunez de Balboa, Hernan Cortes, Francissco Pizzaro.
Christopher Colombus (1451-1506) telah pertama kalinya melintasi Samudera
Atlantik yang mana telah menemukan daratan Amerika. Colombus juga telah
menemukan Trinidad dan Venuezela.

Pencarian Jalur Barat merupakan istilah yang digunakan oleh para penjelajah
untuk menemukan ekspedisi laut mengelilingi benua amerika utara menuju ke
asia dengan tujuan perdagangan. Dengan penemuana jalan maka mudah untuk
para penjelajah untuk mengetahui perjalanan laut ke asia dengan mudah dengan
penemuan selat sebagai penunjuk jalan daripad sesat. Antara tokoh yang
memberi sumbangan terhadap jalan laut dan penemu ialah Sir Martin Frobisher,
Henry Hudson, William Buffin, Sir John Ross, Sir William Edward Parry, Sir John
Franklin, Sir James Clark Ross.

Melintasi Australasia sudah lama dilakukan oleh penjelajah barat yang terkenal
iaitu Kapten James Cook pada abad ke 17. Selain Cook, terdapat penjelajah lain
yang telah melakukan penjelajahan di Oceania iaitu Willem Janszoon, Abel
Janszoon Tasman, Mathhew Flinders, Goerge Bass, Charles Sturt, Edward John
Eyre, Friedrich Wilhem Ludwig Leichhardt, Robert O Hara Burk, wWilliam John
Wills, John McDouall Smart

Dengan menganggap dunia ini datar, maka penjelajah barat cuba menjelaskan
keadaan bentuk muka bumi sebenar dengan jelajah yang mereka telah lalui.
Mereka cuba untuk menjelaskan dan membentuk satu kefahaman bahawa dunia
ini adalah bundar. Ferdinand Magellan sekitar 1480-1521 seorang penjelajah
yang mengelilingi dunia. Beliau juga telah sampai ke filipina. Penjelajahan
mereka inilah yang menjadikan hilangnya kefahaman terhadap bentuk muka
bumi yang datar. Selain beliau tokoh yang lain seperti Sir Frances Drake, Thomas
Cavendish, Oliver van Noort, James Cook.

3.0 KESIMPULAN

Penjelajahan barat telah membuka kepada banyak penemuan kawasan baharu di


daratan/benua yang memperlihatkan kepada kita wujud tempat-tempat luar
daripada pengalaman penjelajah. Dengan ini maka telah wujud satu usaha bagi
memperkenalkan kawasan baru serta menjelaskan bagaimana bentuk bumi ini
sebenarnya.

Anda mungkin juga menyukai