Anda di halaman 1dari 2

6.

0 REFLEKSI UMUM

Pada umumnya pengalaman 3 bulan pertama di sekolah adalah sangat-


sangat berharga dan penting dalam pengadaptasian guru dengan budaya
sekolah dan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) subjek yang ditugaskan.
Program Pembangunan Guru Baharu adalah satu inisiatif yang saya kira
amat bagus dan melambangkan keprihatian Kementerian Pelajaran
Malaysia dan semua pegawai dari peringkat pusat, ke Pejabat Pendidikan
Daerah dan dari sekolah sendiri.

Pementoran amat berkesan bagi saya kerana merasakan adanya figure


untuk saya merujuk apa sahaja kekusutan dan masalah yang saya hadapi
selama saya menyesuaikan diri kerana sememangnya sebagai guru
baharu, segalanya adalah baru bagi saya. Pengalaman semasa Praktikum
4 bulan adalah sangat terhad dan tidak merangkumi segala yang guru
harus laksanakan secara realitinya di sekolah. Dengan adanya mentor,
saya tidak akan merasa malu untuk bertanya kerana mentor
sememangnya sedar akan keterbatasan saya.

Bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan akan memastikan guru


berkualiti dapat dihasilkan dan membendung apa-apa masalah adaptasi
yang seringkali dihadapi guru baru. Sememangnya mencegah adalah lebih
baik dan lebih mudah daripada merawat.

Sepanjang fasa orientasi, saya merasakan bahawa saya telah mendapat


pengalaman yang sangat berharga dan saya bersedia menjadi guru untuk
jangka masa yang lebih lama. Tugas sebagai guru dirasakan amat sesuai
bagi saya yang berjiwa kental dan mengutamakan pendidikan berdasarkan
konsep Guru Penyayang. Pelajar harus dianggap seperti anak sendiri
supaya didikan dapat dialirkan dengan ikhlas dan berkesan. Selain P&P,
saya menyedari tugas guru lebih besar dan banyak dari berada di dalam
kelas. Kita harus sentiasa bersedia memikul pengurusan sekolah secara
bekerjasama kerana kejayaan sesuatau sekolah adalah hasil usahasama
semua pihak, bukan hanya pengetua, atau sesetengah guru, atau pelajar
sahaja. Semua guru memikul tanggungjawab ini dah harus ikhlas dalam
melaksanakan semua tugas yang tidak terbatas kepada P&P sahaja. Ini
juga memberi pendedahan kepada saya tentang pengurusan organisasi
yang cemerlang.

KEKUATAN / KELEMAHAN / KEKANGAN / HALANGAN / ISU


BERBANGKIT

Saya merasakan kekuatan hasil daripada program orentasi ini dapat


menjadikan tugas guru menjadi lebih lancar. Menambahkan ilmu
pengetahuan guru baharu. Tugas guru lebih sistematik dengan adanya
program ini. Selain itu, tanggungjawab sebagai guru dapat dilaksanakan
dengan penuh dedikasi dan memberikan keyakinan dan motivasi kepada
guru baharu.

159
Manakala kelemahan program ini ialah jadual program tidak dapat diikuti
sepenuhnya kerana kekangan masa yang timbul.

Dari segi kekangan, sebagai guru, banyak tugasan sedia ada selain
menyiapkan tugasan PPGB ini. Jadi guru mungkin agak tertekan dari segi
prioriti kerja kerana semuanya harus dilaksanakan secepat mungkin.
Waktu P&P sudah memenuhi waktu persekolahan/kerja guru jadi masa
untuk membuat tugasan lain agak terhad. Tetapi tidak dinafikan segalanya
sangat mampu dilakukan oleh guru cuma mungkin tekanan akan timbul.

Isu berbangkit yang dihadapi ialah format Laporan PPGB tiada garis
panduan yang khusus untuk diikuti.

CADANGAN

Saya mengharapkan template laporan disediakan dengan lebih informasi


tentang apa yang diingini oleh pihak pengurusan PPGB kerana saya sendiri
sedikit keliru apa yang saya harus tuliskan diruangan Bidang/Aspek.

Pada keseluruhannya, Program Pembangunan Guru Baharu ini amat


bermakna bagi saya kerana saya mendapat perhatian mentor dan pihak
pengurusan sekolah membantu saya dalam menyesuaikan diri dengan
budaya dan persekitaran sekolah.

160

Anda mungkin juga menyukai