Anda di halaman 1dari 19

ASSIGNMENT

FEBRUARY 2017 SEMESTER

SUBJECT CODE : TD 10203

SUBJECT TITLE : CHILD DEVELOPMENT

STUDENTS NAME : AIVE NURUL HASANAH JAMRIN ABDULLAH

MATRIC NO. : YT2016-1228

1
Isi Kandungan
Bil Tajuk Muka Surat

1 Pengenalan 3

Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Sosio - emosi Kanak-


2 kanak 4-5

Faktor-faktor dalam keluarga yang mempengaruhi pembentukan


3 personaliti individu 6-9

Kesan Kemurungan Ibu Bapa Terhadap Emosi Kanak-kanak


4 10-11

Kaedah dan cara-cara Mengatasi Masalah Konsep Sosio-emosi


5 Kanak-kanak 12-16

6 Kesimpulan 17

7 Rujukan 18-19

2
2.Why do children of depressed parents have difficulty regulating emotion?

Pengenalan

Emosi adalah suatu yang wajar hadir dalam kehidupan setiap manusia kerana tanpa
emosi hidup seseorang akan menjadi kosong dan membosankan. Perasaan gembira atau
sedih, suka atau duka, marah atau sayang, berani atau takut dan pelbagai perasaan yang
wujud dalam diri manusia akan mempengaruhi tindakan, presepsi dan aktiviti kehidupan
hariannya. Hal ini bermakna kehidupan manusia sedikit banyak dipengaruhi oleh
pembentukan emosi. Pelbagai cara boleh diimplementasikan oleh seseorang untuk
merangsang pembentukan emosinya. Dalam hal ini akan wujud perbezaan antara golongan
kanak-kanak dengan orang dewasa berhubung pembentukan emosinya.

Menurut Mohd. Mansur & Siti Nordinar (1988) emosi merupakan suatu tindak balas
dari seseorang manusia terhadap suatu bentuk stimulus ataupun gabungan reaksi dari
keseluruhan organisma itu sendiri, yang dapat dilihat perkembangannya. Reaksi ini disertai
oleh sama ada kekecewaan ataupun kejayaan. Seandainya kemahuan ini dipenuhi dia akan
gembira, suka, bahagia dan berasa sayang. Tetapi sekiranya tidak dipenuhi, maka ia akan
marah, takut, bimbang, cemburu, dengki dan penuh dengan kemurungan. Yang mendorong
semua perkara di atas ialah emosi, iaitu penyesuaian psikologi yang sementara pada
seseorang individu. Menurut kamus Advanced Learners English-Malay Dictionary (2001)
menghuraikan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap, seperti kasih gembira,
benci, takut, gembira dan sebagainya.

Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa terdapat hubungan ekspresi emosi ibu bapa
dengan pemahaman emosi oleh kanak-kanak itu sendiri. Keluarga atau ibu bapa sebagai
sosialisasi yang mempengaruhi tahun-tahun awal kanak-kanak seharusnya menjadi model
ekspresi emosi kepada kanak-kanak dan memberi peluang kepada mereka untuk mengingati
dan memahaminya (Norly Jamil,2010). Selalunya, pada peringkat awal kanak-kanak iaitu
ketika berumur dua hingga tujuh tahun emosi kanak-kanak cepat berubah dan sukar untuk
difahami. Pada masa ini juga, emosi kanak-kanak juga sukar untuk dikawal terutamanya
ketika mereka tidak mendapat sesuatu yang diinginkan.

3
Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Sosio - emosi Kanak-kanak

Mengikut teori Psikososial Erikson perapatan yang selamat (secure attachment)


bermula apabila bayi mengalami keselesaan fizikal pada awal kelahirannya, justeru
membawanya membina kepercayaan yang pertama terhadap dunia (Erikson, 1968).
Kepercayaan ini yang dikenali sebagai kepercayaan asas (basic trust) akan berkembang
menunjangi kepercayaan seterusnya terhadap dunia. Sementara itu Ainsworth dalam
kajiannya mengenai reaksi bayi terhadap Situasi Pelik (Strange Situation) telah membawa
kepada penemuan empat jenis perapatan yang biasa ditemui dalam kalangan bayi, iaitu
perapatan selamat (secure attachment), perapatan tidak selamat penolakan (insecure resistant
attachment), perapatan tidak selamat berkecamuk atau ambivalen (insecure disorganised
attachment atau ambivalent attachment) dan perapatan tidak selamat pengelakkan (avoidance
attachment) (dalam Santrock, 2014). Bayi yang mengalami perapatan selamat adalah yang
menerima perhatian, kasih sayang dan jagaan yang secukupnya, dan selalunya dikaitkan
dengan menunjukkan emosi yang positif, ceria, responsif kepada persekitaran dan
mempunyai rutin seharian yang teratur. Sebaliknya bagi bayi yang menerima jenis perapatan
yang tidak selamat seperti perapatan ambivalen dan penolakan seringkali kurang diberikan
perhatian dan layanan kasih sayang secukupnya. Ibu bapa atau penjaga kepada bayi dalam
kategori ini tidak konsisten dalam memberikan kasih sayang dan jagaan kepada bayi yang
berkenaan dan sikap ini dipercayai menjadikan bayi kurang mesra, agak kaku bila
berhadapan dengan persekitaran baru, dan mudah mengalami emosi positif seperti menangis
apabila ditinggalkan (Mazni Mustapha & Mahirah Masdin,2014).

Perkembangan sosio-emosi seorang kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh keluarga


kanak-kanak itu sendiri.Terdapat juga beberapa faktor lain yang mempengaruhi
perkembangan sosio-emosi kanak-kanak antaranya adalah faktor baka, persekitaran,rakan
sebaya,media, keluarga dan banyak lagi. Aminah Ayob (2009) menyatakan bahawa
persekitaran yang paling penting untuk kanak-kanak adalah keluarganya. Hal ini kerana
kanak-kanak banyak meluangkan masa bersama keluarganya dan keluarga ini mempengaruhi
atau kesan kepada emosi kanakkanak tersebut. Tambahan pula, perkembangan kanak-kanak
akan ditentukan oleh pengalaman mereka di persekitaran ini. Institusi keluarga merupakan
satu unit sosial yang memberi kesan keatas perkembangan personality termasuk sosio-emosi
kanak-kanak kerana keluarga terutamanya kedua ibu dan bapa berfungsi sebagai
transmitter atau penyebar utama pengetahuan, sikap, nilai, moral, prinsip, tabiat dan cara
berfikir dan bertingkahlaku yang memberi kesan terhadap perkembangan personaliti kanak-

4
kanak; yang akan dipindahkan dari satu generasi ke generasi yang berikutnya. Proses ini
berlaku melalui kata-kata dan contoh tingkahlaku, dimana keluarga membentuk personaliti
dan mengekalkan mod atau cara berfikir cara berkelakuan yang kemudiannya menjadi tabiat.
Peterson dan Rollins (1987) menamakan proses ini sebagai generational transmission.
Keluarga didefinisikan oleh Rice (1999, ms 4) dipetik semula dalam Rice (2000, ms 226)
sebagai,

any group of persons united by the ties of marriage, blood, or adoption or any sexually
expressive relationship, in which (1) the people are committed to one another in an intimate,
interpersonal relationship, (2) the members see their identity as importantly attached to the
group, and (3) the group has an identity of its own

Berdasarkan definisi di atas, Rice telah menyenaraikan beberapa jenis keluarga, iaitu,

i. Keluarga ibu atau bapa tunggal (a single-parent family) yang mengandungi seorang
parent yang mungkin telah atau tidak berkahwin dan seoarang atau beberapa anak
kerana beliau menerima perhubungan parent-anak secara angkat (adoption).
ii. Keluarga nuklear atau keluarga asas yang mengandungi seorang bapa, seorang emak
dan anak-anak merekaKeluarga luas (extended family) terdiri daripada seseorang (a
person), seorang teman hidup (a possible mate), anak-anak, saudara-mara yang
tinggal bersama serumah atau saudaramara yang tinggal berhampiran.
iii. Sebuah keluarga luas mengandungi sepasang suami-isteri dan anak-anak mereka
serta ahli keluarga atau saudara-mara yang hampir (immediate relatives) seperti
datuk, nenek, emak dan bapa saudara dan sepupu; tetapi bagi Rice ikatan antara
keluarga tidak semestinya secara biologikal.
iv. Keluarga binuclear terbentuk akibat perceraian dimana sebuah keluarga asal
terbahagi dua. Dengan itu, ia mengandungi dua keluarga nuklear; keluarga nuklear
sebelah ibu (maternal nuclear family) diketuai oleh ibu sementara keluarga nuklear
sebelah bapa (paternal family) diketuai oleh bapa. Setiap keluarga dianggotai anak-
anak hasil dari keluarga asal, cuma diketuai oleh sama ada ibu atau bapa tunggal atau
ibu bapa hasil perkahwinan kedua ibu atau bapa.
v. Keluarga communal (komunal atau bersama) terdiri dari individu-individu yang
tinggal bersama dan berkongsi beberapa aspek dalam kehidupan mereka. Kadang-
kadang mereka tidak dianggap sebagai sebuah keluarga. Keluarga gay atau
lesbian mengandungi orang-orang dewasa yang sama jantina, lelaki bersama lelaki

5
(gay) dan perempuan bersama perempuan (lesbian), tinggal bersama dan berkongsi
penyataan seksual dan komitmen berkeluarga.
vi. Keluarga bersekedudukan (cohabiting family) dimana dua pasangan berlainan jantina
tinggal bersama, beranak atau tanpa anak serta berkongsi penyataan seksual dan
komitmen kekeluargaan tetapi tanpa pernikahan yang sah.

Kanak-kanak diajar amalan dan nilai dalam sesuatu masyarakat melalui perhubungan
dengan setiap individu yang telah sedia mengamal norma dan nilai masyarakat tersebut; dan
ini lazimnya bermula dari keluarga.Hal ini disebabkan keluarga merupakan individu yang
paling rapat dengan kanak-kanak tersebut sedari lahir lagi (Norly Jamil, 2010).

Faktor-faktor dalam keluarga yang mempengaruhi pembentukan personaliti individu

1. Pengaruh Mengikut Jenis Keluarga

Perkembangan personaliti kanak-kanak berbeza mengikut jenis-jenis keluarga. Datuk


mempunyai pengaruh yang besar keatas kanak-kanak di dalam sebuah keluarga luas tetapi
sangat sedikit pengaruh dalam keluarga nuklear; kerana hanya bertemu sekali sekala.
Demikian juga pengaruh seorang bapa yang telah bercerai sangat kurang dan terhad jika
anak-anaknya dipelihara oleh bekas isterinya di dalam sebuah keluarga ibu tunggal. Ibu
bapa yang rapat secara emosi dengan anak-anak serta mengekalkan perhubungan kasih
sayang dalam tempoh yang lebih panjang dan selalu, mempunyai pengaruh yang lebih
besar keatas anak-anak, seperti di dalam sebuah keluarga nuklear. Kata-kata ibu bapa
sahaja tidak memadai tetapi juga apa yang dapat anak-anak perhatikan (perceive) kepada
apa yang ibu bapa percaya dan buat yang banyak mempengaruhi mereka. Di dalam tiga
situasi di atas, dapat disimpulkan betapa struktur dan komposisi yang berbeza dalam
sebuah keluarga, maka pengaruh keatas ahli-ahli keluarganya juga berbeza.

2. Faktor perbezaan individu

Faktor perbezaan anak-anak itu sendiri, selaku ahli keluarga juga turut menentukan
pengaruh keluarga keatas mereka. Faktor yang menentukan pengaruh keluarga keatas
personaliti anak-anak adalah perbezaan dari segi baka, pembawaan (temperament),
persepsi kognitif dan perkembangan tipikal anak-anak serta tahap pematangan mereka.
Oleh itu, tidak semua anak bertindakbalas dengan cara yang sama bila berhadapan dengan

6
isu yang sama pada persekitaran keluarga yang sama. Jika terdapat persamaanpun, tidak
pada tingkat atau tahap yang sama. Seorang anak yang dipelihara dalam suasana keluarga
yang kucarkacir dan konflik, sukar baginya untuk mengujudkan sebuah perkahwinan
yang harmoni kelak.

3. Faktor dari segi kecekapan keibubapaan dan persekitaran keluarga.

Tidak semua ibu bapa mampu mengujudkan persekitaran keluarga yang positif dan sihat.
Terdapat tiga proses, pelarasan psikologikal ibu bapa, stail keibubapaan dan kualiti
perkahwinan yang memberi kesan terhadap kematangan emosi anak-anak, kecekapan
sosial dan perkembangan kognitif.

(a) Pelarasan psikologikal ibu bapa


Kanak-kanak yang terdedah dengan sifat kemarahan ibu bapa (parental anger)
akan mengakibatkan meningkatnya tindakbalas emosi dan tingkahlaku kanak-
kanak itu. Ibu bapa yang sihat dari segi psikologikal selalunya memberi kesan
positif terhadap pertumbuhan kanak-kanak. Ini bermaksud, ibu-ibu yang
mempunya sifat keyakinan diri (self-efficacy) atau percaya dengan kemampuan
sendiri sebagai ibu yang efektif menghadapi kurang masalah penjagaan bayi
berbanding dengan ibu yang kurang berkeyakinan. Kajian menunjukkan tekanan
(depression) yang dihadapi oleh ibu berkait dengan penghargaan kendiri yang
rendah, mengurangkan kawalan diri, merendahkan keupayaan kognitif dan
memburukkan terimaan sosial di kalangan kanak-kanak lelaki. Ibu-ibu yang
berpuas hati dengan kualiti dan kuantiti perhubungan personal dan jaringan sosial
mereka telah menunjukkan tingkahlaku keibuan yang optimal. Mereka memberi
lebih pujian kepada anak-anak mereka dan kurang mengganggu dalam mengawal
anak-anak. Tahap kesihatan psikiatrik dan status perkahwinan bapa dapat
menerangkan keragaman dalam kecekapan sosial dan emosi anak-anak. Bila
bapa (dan ibu) didiagnos dan mengalami gangguan, psikosis atau tekanan, maka
anak-anak berisiko untuk mengalami kesukaran atau bermasalah dalam kognitif,
sosial, emosi dan berhadapan dengan masalah di sekolah.
(b) Kualiti perkahwinan
Kualiti sesuatu hubungan perkahwinan memberi kesan keatas penyesuaian dan
perkembangan kanak-kanak dan mempengaruhi masalah tingkahlaku mereka.
Contohnya, apabila seorang suami dan seorang isteri berpuas hati dengan
perkahwinan mereka, anak-anak akan berasa selamat. Kualiti perkahwinan yang

7
rendah menjurus kepada amalan-amalan keibubapaan dan sosialisasi yang
bermasalah seperti meningkatnya sifat permusuhan dan tindakan punitif
(melibatkan hukuman), mengurangkan kemesraan dan justifikasi atau
kemampuan menaakul yang kemudiannya memberi kesan buruk kepada kualiti
hubungan antara ibu bapa dan anak. Penggunaan kata-kata kesat dan cacian
menambah kemarahan, ketakutan dan kesedihan anak-anak; mengakibatkan
mereka berasa kecewa. Biarpun begitu, tidak semua konflik dalam perkahwinan
memberi kesan negatif dan buruk kepada kanak-kanak. Jika ibu bapa berupaya
menyelesai kekeliruan dan salah faham melalui perbincangan dan dilakukan
dengan tenang serta dalam suasana emosi yang tenteram dan stabil, kesannya
adalah positif dan menguntungkan anak-anak. Anak-anak telah diperlihatkan dan
belajar cara menyelesaikan konflik mengikut contoh atau pengalaman yang
diperolehi. Sebenarnya, konflik itu sendiri bukan masalah yang mengganggu
kanak-kanak tetapi konflik yang keterlaluan, kekerapannya, sebab-musabab atau
puncanya dan akibat yang dihasilkan oleh konflik yang memberi kesan keatas
anak-anak.
(c) Kesan dari corak keibubapaan
Keluarga yang berbeza mengamalkan corak keibubapaan yang berbeza. Terdapat
tiga corak keibubapaan.
(i) Authoritarian menekankan kepatuhan dan menggunakan paksaan
untuk mengekang kebebasan bertindak anak-anak, menganggap anak-
anak kurang penting, menyekat autonomi dan tidak menggalakkan
nilai bertolak-ansur dalam perbualan atau percakapan. Ibu bapa jenis
ini cenderung untuk untuk menggunakan disiplin yang keras kerana
mereka telah dididik secara yang demikian pada masa lalu. Corak
keibubapaan sebegini menghasilkan anak-anak yang suka menyisihkan
diri, penakut, mempamer sikap tidak berdikari, cepat marah, tidak
asertif, moody, menunjuk sikap permusuhan dan cenderung untuk
bergaduh (agresif).
(ii) Ibu bapa yang permissive membebaskan anak-anak dari sekatan dan
sebaliknya menerima gerak hati dan tingkahlaku mereka; malahan
membantu membentuk tingkahlaku mereka. Sesetengah ibu bapa
memanja dan menurutkan kemahuan anak-anak mereka dan ada yang
tidak mengambil peduli dengan membiarkan anak-anak berbuat sesuka
hati mereka. Anak-anak cenderung memberontak bila disekat

8
kemahuan mereka, suka menurut nafsu, agresif, mengikut kehendak
sendiri dan tiada kecekapan bersosial. Kekurangan disiplin di rumah
dikaitkan dengan agresif dalam bersoasial dan akhirnya mengakibatkan
dirinya disisih oleh rakan sebaya.
(iii) Ibu bapa authoritative sentiasa mencari ruang untuk memandu aktiviti
anak-anak secara rasional, menggalakkan perbincangan dan
menggunakan kawalan yang tegas jika anak-anak cuba engkar; tetapi
ini tidak bermakna terlalu keras. Ibu bapa mengiktiraf keperluan dan
minat individu anak-anak tetapi harus mematuhi peraturan atau lebih
tepat standard of conduct. Anak-anak biasanya boleh berdikari,
boleh mengawal diri, ada keyakinan diri dan cekap bersosial.

4. Pengaruh keluarga dari kalangan status sosio-ekonomi rendah.


Pendapatan yang rendah bermaksud tidak berkecukupan untuk membiaya keluarga
dari segi kewangan, isi rumah yang sesak di kejiranan yang miskin dimana kadar
jenayah dan masalah sosial dan keluarga adalah ketara. Keluarga berstatus sosio-
ekonomi rendah tidak mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna, berhadapan
dengan kadar kematian yang tinggi serta penyakit-penyakit fizikal dan mental.
Insiden kematian akibat kemalangan, bunuh diri dan pembunuhan adalah tinggi. Ibu-
ibu mengandung kebanyakannya masih muda dan tidak berkahwin; kemudian
menggunakan alkohol dan dadah tanpa preskripsi. Ditambah dengan tidak menerima
penjagaan prenatal yang sempurna di pusat-pusat kesihatan yang akhirnya
mengakibatkan mereka melahirkan anak tidak cukup bulan (premature) dan rumit,
yang sukar dipelihara dan untuk diberi kasih sayang yang sempurna. Kejadian
penganiayaan kanak-kanak juga sangat lumrah. Ekoran dari maklumat di atas, status
sosio-ekonomi keluarga dihubungkaitkan secara signifikan kepada faktor sosialisasi
kanak-kanak yang diantaranya disiplin yang kasar, kurang kemesraan keibuan,m
terdedah kepada model agresif orang dewasa, nilai agresif sebelah ibu, punca stres
kehidupan keluarga, kurang sokongan sosial sebalah ibu, kumpulan sebaya yang tidak
stabil dan kurang rangsangan kognitif.

Kesan Kemurungan Ibu Bapa Terhadap Emosi Kanak-kanak

9
Kemurungan (depression) juga dikenali salah satu penyakit psikologi yang
melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu baik lelaki atau wanita, kanak-
kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Ia melibatkan rasa kesedihan, kepiluan, kecewa,
putus atau putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan yang bermakna dan
gembira. Kemurungan yang berlarutan boleh memberi implikasi yang buruk kepada individu.
Selain dari terganggu emosi, individu berkaitan juga akan terganggu fungsi fizikal dan
interaksi sosialnya. Rawatan perubatan dan bantuan psikoterapi dan kaunseling perlu diberi
seawal mungkin kepada mereka yang terlibat. Penyakit kemurungan telah dikenalpasti oleh
WHO sebagai penyakit keempat terbesar yang menyumbang kepada penyakit global (global
disability) yang dialami oleh manusia di seluruh dunia pada ketika ini. Kajian juga
meramalkan bahawa penyakit kemurungan akan menjadi penyebab utama masalah kesihatan
dalam negara-negara membangun menjelang tahun 2020 ( Dr. Amer Siddiq,2014).

Mengikut Dacey & Kenny ( 1977), kemurungan boleh dianggap sebagai satu
perkataan, suatu sindrom atau suatu penyakit klinikal. Setiap individu akan mengalami
perasaan sedih atau muram pada masa yang tertentu sepanjang hayatnya. Bagi kebanyakan
orang, gangguan emosi ini hanya berjangka masa pendek sahaja. Namun dalam kes-kes
tertentu perasaan murung ini berlanjutan sehingga membawa kepada akibat yang tidak
diingini seperti membunuh diri atau penyakit mental yang lebih serius. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa kemurungan boleh menjejaskan pelbagai espek hidup seseorang individu
sama ada dari segi kognitif, emosi, sosial mahupun fizikal. Kemurungan di kalangan kanak-
kanak dan remaja merupakan satu isu kontroversi sejak beberapa dekad yang lalu. Ini kerana
sebelum satu dekad yang lalu banyak pakar menafikan wujudnya kemurungan dikalangan
kanak-kanak dan remaja. Banyak kajian yang dibuat pada tahun 1960an dan 1970an telah
membuktikan bahawa kemurungan bukan sahaja wujud pada zaman kanak-kanak tetapi ia
lebih serius yang dijangkakan. Oleh itu kemurungan dikalangan remaja khususnya pelajar-
pelajar memerlukan perhatian dan intervensi yang baik (Norhayati Yaacob,2013).

Kanak-kanak yang mengalami kemurungan akan menunjukkan simptom-simptom


seperti berikut;

i. Kanak-kanak yang kerap menangis. Tidak boleh berlaku kesilapan atau


menegur sikapnya, pasti anak itu menangis.

ii. Kerap berasa sedih, mereka seolah-olah tiada semangat untuk meneruskan
hidup. Segala yang berada di depan matanya hanyalah kesedihan.

10
iii. Kebiasaannya, kanak-kanak murung tidak boleh diharap bila diminta
melakukan sesuatu.

iv. Hilang minat terhadap sebahagian besar aktiviti dan individu lain. Biarpun
orang lain sedang bernyanyi, dia kelihatan tiada perasaan dan dia lebih rela
bersendiri daripada bercampur-gaul.

v. Di sebabkan mereka seperti tiada semangat, maka mereka kelihatannya cepat


letih, pucat dan kurang bermaya.

vi. Anak yang murung dikenal pasti mudah meradang dan mudah tertekan serta
sering berasa bimbang.

vii. Anak yang murung selalunya akan di pulau dan sering diketepikan oleh
kanak-kanak sebaya yang lain.

viii. Anak bukan sahaja berubah daripada segi personaliti, prestasi dalam pelajaran
juga akan merosot.

ix. Sering mendakwa mengalami masalah kesihatan seperti sakit kepala, perut
dan sebagainya. Kadang kala mereka hanya menipu untuk merayu simpati.

x. Sesetengah kanak-kanak kurang selera makan apabila menjadi murung, ada


sesetengahnya pula menjadi sebaliknya.

Kaedah dan cara-cara Mengatasi Masalah Konsep Sosio-emosi Kanak-kanak

11
Berikut merupakan beberapa saranan bagi mengatasi masalah sosio-emosi dan tingkah laku
kanak-kanak ;

i. Peranan Sistem Kekeluargaan

Secara umum, keluarga boleh dijelaskan dari segi penstrukturannya yang merentas budaya
dan perubahan masa dengan adanya hubungan darah, kaitan psikologi , tinggal serumah
atau berdekatan. Keluarga juga merupakan asas dalam proses sosialisasi individu.Ibu
bapa dan adik beradik merupakan unsur sosialisasi utama. Pengenalan awal sama ada
seseorang itu dikasihi, diterima, berjaya atau sebaliknya terdapat dalam keluarga.Cabaran
keibubapaan ialah untuk membentuk komunikasi yang positif dan berkesan antara suami
isteri dengan anakanak dan ahli keluarga lain dari awal perkahwinan sehingga ke akhir hayat
malah sehingga dibangkitkan pada kehidupan abadi dan ia hanya dapat dihadapi jika ibu
bapa mempunyai pengetahuan, kemahiran, sikap dan emosi yang tulus dan peka.

Penghayatan keluarga adalah pemangkin ke arah meningkatkan kesedaran supaya kita


menjalankan tanggungjawab dan memainkan peranan sebenar dalam keluarga. Ini bertujuan
mengukuhkan institusi kekeluargaan kerana jika tiada perhatian sewajarnya, ia akan
mengakibatkan wujudnya masalahmasalah sosial yang menghantui masyarakat ketika ini.
Justeru ia perlu dimantapkan dengan penyediaan diri dalam memainkan peranan sebagai
pemimpin rumahtangga, keluarga, bangsa, agama dan negara.

Adalah dipercayai bahawa kesulitan yang dialami oleh individu atau tingkahlaku bermasalah
dapat dikesan dengan tepat dalam keluarga berkenaan. Dengan andaian ini juga ahli
keluarga bermasalah boleh dibantu dalam situasi keluarga mereka. Contohnya, sepasang ibu
bapa yang sering berbalah akan meninggalkan kesan emosi dan psikologi dalam
perkembangan jiwa anak mereka. Anak mungkin akan didapati tidak dapat memberikan
tumpuan kepada apa yang sedang dilakukan. Apabila diselidiki, anak mungkin menjawab
bahawa ia takut kerana tumpuan terganggu oleh bunyi bising perbalahan ibu bapa. Jelas di
sini, anak bermasalah kerana masalah yang ditimbulkan oleh ibu bapa.

Menjadi ibu bapa merupakan satu jawatan atau peranan terpenting dalam struktur keluarga.
Jika sesuatu jawatan perlukan surat perlantikan maka surat lahir anak merupakan surat
perlantikan itu. Tugas dan tanggungjawab menjadi ibu bapa amat berat dan tentunya akan
memperolehi ganjaran. Tidak dalam bentuk kewangan tetapi ganjaran lain seperti sumber
inspirasi, sumber kebanggaan dan sumber peribadi yang sukar dipenuhi oleh kejayaan lain.
Hakikatnya , menjadi ibu bapa hari ini amat mencabar Johan Jaafar (Mingguan Malaysia,

12
1997) menyatakan bahawa ibu bapa hari ini menghadapi persekitaran yang berbeza dari
zaman mereka membesar di mana tiada internet, multimedia, permainan komputer dan 32
saluran TV. Ibu bapa harus bersekolah semula untuk mendidik anakanak.

ii. Membina Kemahiran Keibubapaan

Bagi melaksanakan kewajipan, ibu bapa memerlukan


ilmu, kemahiran dan sikap positif dalam hidup. Hubungan yang harmonis antara suami
isteri adalah asas kebahagiaan rumah tangga.
Kebiasaannya, pasangan lelaki dan perempuan mempunyai fikiran positif sesama mereka
sebelum berkahwin. Sebaliknya, selepas berkahwin sangkaan buruk, prejudis dan fikiran
negatif menyelubungi kehidupan mereka. Keadilan adalah nilai yang wajib dihayati dalam se
mua keadaan. Isteri dan anak yang terasa
diabai dan dianiaya akan memberontak dan kesannya amat negatif bagi sesebuah keluarga.
Anakanak yang terlalu dikongkong tidak dapat
mengembangkan potensi diri mereka. Mereka perlu diberikan pendedahan dan kepercayaan
untuk bertindak di bawah pengawasan kita.

Kebengisan dan kekerasan juga merencatkan pengembangan potensi anakanak. Jiwa


mereka yang tertekan dipenuhi perasaan takut dan kecewa. Justeru, kelembutan dan
kemesraan adalah pendekatan yang amat penting bagi mendidik anakanak. Mengikut Imam
Tirmidzi, nabi pernah bermainmain dengan cucucucu baginda, Hasan dan Husain, dengan
membiarkan mereka menunggang di belakang baginda. Imam Bukhari meriwayatkan kisah
seorang lelaki yang terkejut apabila melihat baginda mencium cucu baginda. Nabi bersabda
kepadanya, Apa yang dapat aku lakukan jika Allah telah mencabut perasaan belas kasihan
dari hatimu.

Apabila hubungan suami isteri serta anakanak diselimuti kemesraan dan kesejahteraan, anak-
anak bermotivasi tinggi dalam mengejar citacita mereka. Pengarang buku The
Unmotivated Child mengutarakan teori yang dikenali sebagai The Attachment Theory untuk
menjelaskan punca seseorang anak bermotivasi tinggi ataupun sebaliknya. Beliau berkata,

Bentuk ikatan, hubungan serta interaksi yang berlaku antara kanakkanak dengan ibu
bapa serta orang lain pada peringkat awal pertumbuhannya menentukan
sikapnya semasa menghadapi dunia dan kehidupan pada masa hadapan. Dalam
konteks ini, ikatan yang kukuh lagi terjamin (secure base) memerlukan dua kriteria.
Pertama kanakkanak perlu berasa selamat serta sejahtera dan kedua mereka

13
memerlukan sokongan dan rangsangan bagi menerokai kehidupan. Kanakkanak yang
mendapat keduadua ini membesar dengan penuh keyakinan di samping
berkemampuan membantu orang lain. Sebaliknya, kanakkanak yang tidak
memperoleh keduadua ini membesar dengan seribu satu prasangka pada orang
lain dan akhirnya menjadi kanakkanak yang gagal dalam hidup. Pendidikan Anakanak
Tanggungjawab ibu bapa amat besar sekali dalam pendidikan anakanak bermula sejak
tahun kelahiran anak hingga dewasa. Cabaran yang akan ditempuh oleh anakanak masa
sekarang amat hebat dan mereka tidak akan dapat menghadapinya tanpa bantuan dan
bimbingan ibu bapa melalui pendidikan yang berteraskan kepada Islam. Kaedah pendidikan
Islam perlu diterapkan bagi mencegah mereka melakukan perkara yang salah dan terkutuk d
i sisi agama. Ibu bapa perlu memperkenalkan asasasas keimanan dan membiasakan diri
anak dengan prinsipprinsip syariat dan asas pengajaran Islam dari segi akidah dan ibadah.
(Abdullah Nasih Ulwan, 2000).

Di samping itu juga, pemikiran anakanak perlu dibentuk dengan perkaraperkara bermanfaatd
aripada ilmuilmu syariat, pengetahuan ilmiah dan kesedaran pemikiran yang matang
kerana kesihatan akal dan pemikiran anakanak perlu dijaga dengan menjauhkan mereka
daripada anasir yang boleh merosakkan akal seperti rokok, arak dan dadah, mendapatkan
bahanbahan lucah atau menonton filemfilem lucah yang boleh mendorong mereka untuk
melakukan salah laku. Anakanak yang terdidik dengan akhlak Islam tidak akan mudah
terpengaruh dengan unsurunsur yang bertentangan dengan etika akhlak Islam yang boleh
merosakkan diri dan orang lain.

Terdapat beberapa hadis daripada Rasulullah s.a.w yang menerangkan beberapa kaedah
pendidikan anakanak yang ditujukan kepada ibu bapa untuk mengaplikasikannya dalam
proses pendidikan, antaranya bermaksud :

Tiada seorang bapa memberikan anaknya suatu pemberian yang lebih baik
daripada adab yang mulia. (H.R alTirmidzi).

Ibu bapa mesti melazimkan anakanak dengan adab susila dan asas kerohanian yang tinggi,
melengkapkan mereka dengan ilmu pergaulan yang baik dalam keluarga dan masyarakat.Ana
kanak yang terdidik dengan kaedah ini akan berada dalam sebuah keluarga dan
masyarakat dengan baik dan tidak mudah terjebak kepada perlakuan salah laku yang
berleluasa pada hari ini.

iii. Pendidikan Bersepadu

14
Islam menitik beratkan hubungan sesama manusia. Manusia sebagai makhluk sosial
memerlukan orang lain untuk memenuhi tuntutan dan keperluan hidup. Masalah sosial yang
berlaku dalam masyarakat hari ini banyak berpunca daripada kekeliruan memahami konsep
dan tuntutan hidup bermasyarakat. Masyarakat boleh diumpamakan sebagai satu tubuh yang
tidak akan senang jika anggotaanggota lain sakit.

Pendidikan kemasyarakatan boleh


diterapkan di kalangan seluruh anggota masyarakat melalui media dan seminarseminar yang
membincangkan isuisu kemasyarakatan yang semakin mengganggu ketenteraman semua
pihak. Satu rancangan pendidikan bersepadu membabitkan beberapa pihak tertentu seperti
dari sudut penempatan dan kemasyarakatan perlu dilaksanakan bagi memastikan masalah
tingkahlaku yang berlaku di kalangan kanakkanak dapat dibendung. Keciciran boleh
menyebabkan banyak salah laku sosial terjadi. Keadaan ini menjadi satu kitaran sosial
negatif yang memberikan kesan yang besar kepada ketenteraman awam.

Pelaksanaan amar maruf dan nahi mungkar serta konsep nasihat menasihati antara satu sama
lain perlu diketengahkan dalam kehidupan bermasyarakat bagi menangani masalah
tingkahlaku di kalanagan kanakkanak. Kesilapan mentafsir maksud pepatah menjaga tepi
kain orang talah menyebabkan orang Melayu lebih bersikap keakuan dalam hidup
berkomuniti. Sebagai anggota masyarakat terutama jiran berdekatan perlu bertanggungjawab
dan mengambil berat terhadap persekitarannya dan peka dengan keadaan yang berlaku di
sekelilingnya. Sikap tegurmenegur antara satu sama lain adalah perlu supaya menjamin
keadaan persekitaran yang sihat dan bebas daripada unsurunsur gejala salah laku.
Walaupun tiada sebarang hubungan persaudaraan, setiap individu yang bertanggungjawab
perlu berperanan dalam membendung masalah sosial.

iv. Pendekatan Terapi Sistem Keluarga

Perkembangan diri seseorang individu bermula dalam lingkungan keluarga, budaya dan
agama yang dianuti. Individu mewarisi agama dan adat resam daripada keluarga dan
keturunan. Apabila mereka memasuki alam persekolahan mereka membawa
bersama kepercayaan dan nilai yang diperolehi daripada keluarga, kawankawan, masyarakat,
agama,
budaya yang melibatkan aspek diri serta perhubungan dengan individu lain. Kepercayaan
dan nilai yang ditanam dalam diri mereka ada kalanya bercanggahan dengan apa yang

15
dialami di dalam situasi persekitaran. Dalam hal ini, kanakkanak mungkin
mengalami konflik untuk memilih tingkahlaku yang sepatutnya.

Mereka sentiasa mencari makna dalam kehidupan yang dipelajari melalui peranan yang
dimainkan oleh sistem keluarga sendiri. Pelbagai permasalahan yang menimpa mereka
antaranya kesunyian, rasa bersalah, marah, putus asa dan sebagainya biasanya terhasil
daripada salah tafsir individu terhadap permasalahan dalam keluarga yang akhirnya
membawa kepada tekanan dan rasa tidak berguna.

Kaunselor yang dianggap sebagai ejen perubahan perlu memahami ciriciri yang
mempengaruhi tahap perubahan seseorang individu, kelompok masyarakat secara etnografi
melalui konsep homophili dan empati yang mendalam. Ini disebabkan setiap individu akan
mengalami sesuatu perubahan mengikut tahap penerimaan yang berbeza seperti dalam
tahap kelompok pembaru atau inovator, penerima awal, penerima lewat dan pemundur atau
lagaat.

Justeru golongan kanakkanak bermasalah tingkahlaku ini terutamanya amat memerlukan


kepada bantuan dalam mengenalpasti kepercayaan dan nilai yang sepatutnya mereka
pegang. Sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memupuk nilainilai murni
serta kepercayaan dalam diri pelajar. Oleh yang demikian, pengalaman yang diberikan dalam
persekitaran sekolah khususnya penglibatan kaunselor memainkan peranan dalam memupuk
kepekaan pelajar kepada nilai dan kepercayaan yang sebenar agar konflik yang dialami
dapat diatasi dengan sewajarnya.

16
Kesimpulan

Kanak-kanak merupakan amanah dan anugerah dari tuhan yang tidak ternilai
harganya. Kanak-kanak patut dihargai dan diasuh sebaiknya oleh setiap ibu bapa dengan
belaian penuh kasih saying dan perhatian yang khusus.Hal ini,disebabkan ibu bapa
merupakan individu yang paling rapat dan merupakan faktor utama yang mempengaruhi
sosio-emosi anak-anak mereka.Institusi kekeluargaan yang mempunyai persekitaran yang
positif disamping corak asuhan yang baik mempengaruhi perkembangan sosio-emosi yang
positif di kalangan kanak-kanak. Jesteru itu,setiap ibu bapa perlu berusaha sebaiknya
memberi persekitaran dan asuhan yang terbaik kepada kanak-kanak demi perkembangan
sosio-emosi yang positif terhadap kanak-kanak.

Lelaki atau bapa harus terlibat secara langsung dalam aktiviti memelihara dan
membesarkan anak kerana bapa memberi impak yang positif dalam perkembangan anakanak.
Apabila kedua-dua ibu bapa berkongsi tanggungjawab, hubungan perkahwinan akan menjadi
bertambah baik dan harmoni, kesejahteraan individu bergelar isteri meningkat dan anak-anak
mendapat faedah kerana kebajikan mereka terpelihara hasil dari kualiti hubungan antara ibu
bapa dan anak telah dipertingkat. Dengan pertambahan bilangan wanita berkahwin yang
bekerja, permintaan keatas suami untuk bertanggungjawab keatas kerja-kerja di rumah dan
memelihara anak semakin meningkat. Kesan positif dapat diperhatikan dikalangan bapa-
bapa yang berpendidikan yang pernah dipelihara oleh bapa mereka melakukan kerja-kerja di
rumah dan memelihara anak-anak mereka yang lazimnya dilakukan oleh ibu; kesannya
mereka memainkan peranan melakukan kerja-kerja di rumah dan memelihara anak-anak
mereka.

Disamping itu,sokongan daripada ahli keluarga, masyarakat, pihak sekolah juga amat penting
dalam mempengaruhi perkembangan sosio-emosi kanak-kanak kerana anggota keluarga dan
masyarakat turut berinteraksi secara langsung dan tidak langsung dengan kanak-kanak
tersebut.Implikasinya, kanak-kanak yang membesar dengan kasih sayang dan asuhan yang
positif akan melahirkan individu yang seimbang dan menyeluruh perkembangannya iaitu dari
segi sahsiah,sosio-emosi,kerohanian,mental dan fizikal agar dapat sama-sama mendokong
hasrat kerajaan kearah melahirkan masyarakat Malaysia yang berbudi pekerti dan berjiwa
luhur serta kental jiwanya dalam menerajui kepimpinan Negara kelak.

17
Rujukan

Zarinah.A, Rozumah.B, Rumayajuhari & Rojanah.K.(2002). Tingkah Laku


Keibubapaan dan Penyesuaian Tingkah Laku Anak dalam Keluarga Berisiko di Luar Bandar.
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 10(2): 165-178.Diperolehi dari ;
http://psasir.upm.edu.my/3380/1/Tingkah_Laku_Keibubapaan_dan_Penyesuaian_Tingkah_L
aku_Anak.pdf
Prof. Madya Dr. Azizi Hj.Y. Pembentukan Personaliti Remaja.Diperolehi dari ;
http://eprints.utm.my/6034/1/aziziyah_personaliti.pdf
Nordin Tahir. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Kanak-kanak.
Diperolehi dari ;
http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203102/Tajuk%203_Faktor
%20Mempengaruhi%20Perkembangan%20Kanak-kanak.pdf
http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203102/Tajuk%207_Perkembangan%20Sosio-
emosi.pdf
Azizi.Y. Perkembangan Emosi : Emosi Remaja Dan Pembentukan Konsep Kendiri.
Diperolehi dari ;
http://eprints.utm.my/20178/1/PERKEMBANGAN_EMOSI_PART_2.pdf
Arba'ie Sujud & Rafidah,N.M.A.(2011). Pembentukan Emosi Kanak-Kanak Melalui
Bahan Bacaan Sastera. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 22, (66-89) Diperolehi dari ;
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/23579/Article_4.PDF
Norly Jamil. (2010). Tingkah Laku Emosi Kanak-Kanak Dan Ekspresi Emosi Ibu
Bapa. Diperolehi dari ;
http://file.upi.edu/Direktori/PROCEEDING/UPIUPSI/2010/Book_2/TINGKAH_LA
KU_EMOSI_KANAK-KANAK_DAN_EKSPRESI_EMOSI_IBU_BAPA.PDF
Mazni Mustapha, Mahirah Masdin.(2014). Pengaruh Perapatan Ibu, Bapa Dan
Rakan Sebaya Ke Atas Adaptasi Di Universiti Dan Kepuasan Hidup Dalam Kalangan
Pelajar Tahun Pertama Fakulti Psikologi Dan Pendidikan, UMS.
Norhayati Yaacob.(2013). Kajian Terhadap Faktor Kemurungan Bagi Pelajar
Darjah Empat, Darjah Lima Dan Darjah Enam Di Tiga Buah Sekolah Agama Daerah Johor
Bahru, Johor Darul Tazim, Malaysia. ) Diperolehi dari ;

http://library.oum.edu.my/repository/989/1/library-document-989.pdf

Dr. Amer Siddiq.(2014). Penyakit Kemurungan dan Anda.Diperoleh dari ;

18
https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00008316_104293.pdf

Saadah Sumrah, Salwan Sudirman & Roslee Ahmad.(2008).


Kaedah Menangani KanakKanak Bermasalah Tingkahlaku.Diperolehi dari ;

http://eprints.utm.my/6290/1/SaadahSumrah2008_KaedahMenanganiKanakkanakBermasalah
Tingkahlaku.pdf

19

Anda mungkin juga menyukai