Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENDAHULUAN

Tidak dapat dinafikan bahawa kefahaman konsep di dalam matematik adalah


amat penting dalam proses pembelajaran. Kaedah pemahaman konsep dalam
pengajaran matematik pada masa kini telah memberi keutamaan kepada
pembentukan konsep matematik yang dikaitkan dengan pengalaman pelajar di
dalam bilik darjah maupun di luar bilik darjah. Para pendidik juga sedia maklum
bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari
seseorang kepada seseorang yang lain sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh
pelajar itu sendiri melalui proses berinteraksi dengan persekitaran pembelajaran.
Persekitaran boleh dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat mengaitkan idea
matematik dengan pengalaman harian. Ia juga dapat memberi pengertian baru
kepada konsep pembelajaran. Pembentukan konsep pembelajaran yang betul dalam
matematik amatlah sukar untuk dicapai. Kesukaran ini adalah disebabkan oleh ciri-
ciri matematik yang kebanyakkan konsepnya saling berkait di mana pemahaman
sesuatu konsep adalah bersandar kepada pemahaman konsep-konsep sokongan
yang lain. Penekanan diberikan kepada pembelajaran matematik bercorak
pengembangan pemikiran pelajar, iaitu kemahiran menyelesaikan masalah yang
merangkumi proses penyelesaian masalah contohnya seperti memahami masalah,
merancang strategi, melaksanakan rancangan dan menyemak kesudahannya.
Pengetahuan dalam matematik amatlah penting dalam kehidupan seharian terutama
sekali dalam teknologi moden. Matematik juga sebenarnya telah diaplikasikan
sebagai aktiviti kebudayaan yang berterusan tanpa kita sedari.

1.1 PERANAN MATEMATIK DALAM TEKNOLOGI MODEN

(i) Peranan Matematik Dalam Penciptaan Komputer

Komputer merupakan alat atau mesin automatik yang boleh diaturcarakan


untuk menerima data dan mengolah data, seperti melakukan pengiraan matematik,
logik atau pemprosesan lain dan kemudian mengeluarkan data terproses secara
bersistem. Komputer berfungsi sebagai alat untuk memproses data menjadi
maklumat. Komputer boleh melaksanakan berjuta-juta perintah dengan cepat dan
tepat dalam sesaat. Sejarah penciptaan komputer bermula dengan terciptanya alat-
alat perniagaan, seperti Abakus yang sekarang ini dilakukan oleh komputer. Pada

1
zaman dahulu pengiraan dilakukan dengan menggunakan jari, manik, kayu dan kulit
kerang. Dengan terciptanya Abakus 5000 tahun yang lalu telah memudahkan ahli
perniagaan dalam proses pengiraan asas campur, tolak dan darab.Ia telah
digunakan secara meluas oleh ahli perniagaan China, Turki dan Yunani.

Blaise Pascal merupakan seorang ahli saintis dan matematik Perancis yang
di lahirkan pada tahun 1623. Pada tahun 1642, beliau telah merekacipta satu mesin
pengiraan mekanikal yang pertama mengikut prinsip persepuluhan. George
Boole adalah seorang ahli matematik Inggeris pada tahun 1815-1864. Beliau telah
mengembangkan konsep logik algebra True/False. Beliau juga telah
memperkenalkan simbol matematik dan asas kepada penggunan dalam
merekabentuk litar logik dalam komputer. Charles Babbage dilahirkan pada 1792,
merupakan seorang ahli matematik dan perekacipta. Beliau telah membina The
Difference Engine yang boleh menyelesaikan pengiraan sifir matematik. Kemudian
beliau telah memikirkan satu penciptaan mesin lain iaitu Analytical Engine yang
diharapkan dapat melaksanakan pengiraan yang pelbagai. Malangnya mesin
tersebut tidak sempat dibina semasa hidupnya. Analytical Engine mempunyai ciri-
ciri komputer pada masa sekarang iaitu mempunyai peranti input, secondary
storage, Processor, unit kawalan dan peranti output.

Augusta Ada Byron membantu Charles Babbage dalam membina arahan-


arahan pengiraan bagi mesin Analytical Engine. Beliau merupakan pengaturcaraan
komputer yang pertama dengan menggunakan Analytical Engine. Bahasa
pengaturcaraan ADA diambil sempena namanya. Beliau juga telah menerbitkan
nota yang menggalakan ahli sains supaya menyempurnakan apa yang Charles
Babbage tidak sempat lakukan. Herman Hollerith telah membangunkan satu peranti
automat yang boleh memproses pengiraan banci. Mesin tersebut dapat menyiapkan
pengiraan banci dalam masa dua tahun. Pada tahun 1880, banci penduduk Amerika
Syarikat diketahui keputusannya. Perbezaan di antara mesin Hollerith dan
Babbage ialah mesin Hollerith menggunakan kuasa elektrik manakala mesin
Babbage menggunakan kuasa mekanikal.

Howard Aiken telah memperkenalkan mesin elektromekanikal yang


digelar MARK I. Dengan terhasilnya MARK I maka bermulalah komputer era moden.
Mesin ini adalah untuk menyelesaikan pengiraan asas dan masalah fungsi-fungsi

2
trigonometri. Ciri-ciri MARK I , mempunyai ketinggian 8 kaki dan panjangnya 55 kaki.
Ia dibina daripada besi dan kaca, mengeluarkan bunyi yang kuat semasa
pemprosesan dilalakukan, mengandungi lebih daripada 750000 bahagian yang diikat
bersama menggunakan Wayar sepanjang 500 batu. Sebahagiannya daripada sistem
berada pada aras yang berbeza. Dengan itu pengguna perlu naik ke atas mesin
menggunakan tangga untuk memasangkan suis.

Sementara itu, Dr. John Mauchly dan pelajarnya J. Presper Eckert diminta
oleh pegawai tentera Amerika membina mesin yang boleh mengira peluru-peluru
dengan cepat. Mereka telah merujuk kepada hasil kerja Dr. John Atanasoff dan
pembantunya Clifford Berry. Atanasoff dan Berry berjaya membina komputer digital
yang pertama menggunakan elektronik yang di gelar ABC (Atanasoff-Berry
Computer). Manakala Mauchly dan Eckert telah menggunakan ABC sebagai asas
untuk membangunkan komputer yang lain iaitu ENIAC (Electronic Numerical
Integrator And Calculator). ENIAC merupakan komputer pertama yang dicipta untuk
tujuan umum kemudian muncul UNIVAC I iaitu komputer pertama yang
diperdagangkan secara komersil.

(ii) Peranan Matematik Dalam Kejuruteraan Aeroangkasa

Kejuruteraan ruang angkasa ialah cabang kejuruteraan yang berkenaan


dengan pesawat udara, kapal angkasa lepas, serta topik-topik berkait. Bidang ini
sering kali digelarkan kejuruteraan penerbangan, terutamanya ketika merujuk hanya
kepada pesawat udara, dan kejuruteraan astronautik ketika merujuk kepada kapal
angkasa lepas. Dalam pembinaan kapal angkasa, peranan matematik adalah sangat
penting dan menjadi salah satu asas pembinaan kapal angkasa yang canggih.
Pengetahuan dan aplikasi matematik adalah sangat penting oleh sebab kebanyakan
mata pelajaran dalam bidang kejuruteraan ruang angkasa melibatkan persamaan
serta manipulasi dan penerbitan matematik, penguasaan matematik yang kukuh dan
menyeluruh diperlukan untuk membolehkan pembelajaran yang berkesan terhadap
modul-modul yang lain.

Di antara fungsi atau peranan matematik dalam kejuruteraan aeroangkasa ini ialah
dalam :

3
(a) Kejuruteraan kawalan - kajian tentang pemodelan matematik untuk sistem-
sistem dan tentang perekaan bentuk supaya pesawat-pesawat akan bertindak
dengan cara yang dikehendaki. Oleh sebab sistem kawalan penerbangan
pesawat udara semakin rumit, bidang ini kini dikaji sebagai satu modul yang
berasingan.
(b) Risiko dan kebolehpercayaan iaitu kajian tentang risiko dan teknik penilaian
kebolehpercayaan, serta matematik yang terlibat dan kaedah-kaedah
kuantitatif.

(iii) Matematik Dalam Permainan Roller Coaster

Selain daripada gajet berteknologikan komputer, permainan canggih pada


zaman moden ini juga menggunakan hokum matematik dalam pembinaannya.
Sebagai contoh, permainan Roller Coaster yang terdapat dalam taman hiburan atau
fun fair yang sangat diminati oleh para pengunjung. Pelbagai cabang matematik
digunakan bagi memastikan pembinaan Roller Coaster adalah selamat dan
mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Pertama sekali terdapat penggunaan
ilmu kalkulus dalam pembinaan Roller Coaster. Pembinaan akan dimulakan dengan
membuat cetakan biru (blue print), yang dihasilkan berdasarkan pelbagai persamaan
matematik terutamanya fungsi kubik untuk cerun keatas ataupun kebawah yang
terkandung dalam trek Roller Coaster. Di samping itu, adalah penting untuk
mempunyai cetakan biru reka-bentuk Roller Coaster yang akan dibina bagi
memudahkan pekerja pembinaan mengenalpasti jenis bahan serta kuantiti bahan,
dari segi pecahan dan saiz. Dalam konteks ini ilmu kalkulus sebenarnya
diaplikasikan bagi menetukan persamaan yang tepat bagi mewakili setiap
segmen Roller Coaster.

4
Proses menentukan persamaan setiap satu segmen roller coaster ini adalah
penting bagi menentukan setiap persamaan dapat dikaitkan kepada segmen
seterusnya dengan tepat supaya keduanya bertemu dengan lancar. Konsep ini lebih
mudah difahami dengan menggunakan contoh. Apabila terdapat dua fungsi kubik
yang bersambung, kedua-duanya haruslah bersifat continuous dan boleh
dibezakan pada tempat pertemuan jika tidak para penumpang akan mengalami
perubahan kecerunan yang tajam atau mengejut pada titik pertemuan di antara dua
fungsi kubik tadi dan ini juga boleh mengakibatkan kegelinciran gerabak roller
coaster. Iaitu suatu keadaan yang berbahaya kepada keselamatan penumpang. Ini
secara langsung menunjukkan kepentingan ilmu matematik iaitu kalkulus dalam
pembinaan roller coaster bagi menjamin keselamatan para penumpangnya.

Roller Coaster berkaitan dengan ilmu geometri Reka


bentuk roller coaster mengaplikasikan teori
geometri dari pelbagai sudut. Antaranya
adalah bagi proses proper bracing,
muatan stuktur dan dalam sebilangan kes
nilai kecantikan reka bentuk. Apabila
gerabak roller coaster sedang bergerak
pada kelajuan permulaan di bahagian lift hill, disebabkan oleh chain lift. Bentuk bukit
pertama dalam trek roller coaster selalunya berbentuk parabola ini selaras dengan
pergerakan projektil gerabak. Lembah yang dihasilkan dalam bulatan kebanyakkan
didapati bulatan. Bentuk-bentuk vertical adalah berbentuk clothoid dan seharusnya
diselesaikan dengan menganggap setiap sesi mengandungi parabola, hiperbola dan
bulatan.

(iv) Peranan Matematik Dalam Peralatan Perubatan

Bidang perubatan adalah bidang yang sangat penting di semua negara.


Perubatan boleh menjamin kesihatan dan keselamatan. Ramai berpendapat, bidang
perubatan hanya berkaitan dengan bidang sains. Namun harus disedari bahawa
matematik turut memainkan peranan penting terutama sekali membantu pesakit,
jururawat dan doktor mengendalikan peralatan dengan lebih efisien. Sebagai contoh,
penggunaan termometer telah memudahkan doktor untuk mengesan dengan cepat
suhu badan pesakit. Selain itu, alat pengesan tekanan darah juga telah memberi

5
kesan positif kepada pesakit yang mempunyai masalah tekanan darah. Alat itu boleh
diperolehi daripada farmasi. Oleh yang demikian,
pesakit boleh memeriksa sendiri tekanan darah
mereka pada bila-bila masa dan cuba mengawasi
tekanan sendiri. Alat itu menggunakan nombor agar
mudah difahami dan dibaca.

1.2 MATEMATIK SEBAGAI AKTIVITI KEBUDAYAAN YANG BERTERUSAN

Terdapat banyak stigma yang mengatakan bahawa orang Melayu tidak


mempunyai pemikiran dan kemahiran sains dan matematik seperti bangsa lain.
Rata-rata orang Melayu sendiri mengiyakan dakwaan ini dan mengakui bahawa
mereka memang tidak pandai di dalam bidang sains dan matematik. Kesenian
menganyam memerlukan banyak kemahiran sains dan matematik untuk
menghasilkan kombinasi motif dan corak yang indah dan simetri. Semua ini
memerlukan pemikiran dan kebijaksanaan di dalam ilmu sains dan matematik itu
sendiri di dalam proses untuk menghasilkankannya.

(i) Seni Anyaman

Seni anyaman mempamerkan budaya dan cara hidup orang-orang melayu


dahulu kala. Penghasilan sesuatu produk rotan bukanlah perkara yang mudah bagi
orang dahulu kala. Bahan mentahnya, iaitu rotan, hanya didapati di dalam hutan
belantara. Sepanjang menghasilkan anyaman ini, kemahiran matematik sangatlah
penting. Pembuat bukan sahaja perlu mengira rotan yang perlu digunakan tetapi
juga perlu mengukur panjang atau diameter setiap rotan. Diameter rotan penting
untuk menentukan mata pisau yang akan digunakan untuk setiap peringkat
memotong rotan. Rotan akan diukur diameternya sekali lagi kerana saiz rotan

6
mengecil apabila kulit luarnya dibuang. Mata pisau yang sesuai dengan saiz baru
rotan digunakan untuk mendapat jumlah maksimum penjalin rotan. Semasa proses
ini bahagian tengah rotan yang dipanggil hati rotan akan diproses sekali lagi untuk
mendapatkan beberapa lagi bilah rotan penjalin. Sebagai contoh rotan yang
berdiameter 9mm boleh menghasilkan lapan bilah rotan penjalin semasa peringkat
pertama proses memotongnya dan empat lagi semasa proses kedua. Bahagian
paling dalam pada batang rotan akan diproses untuk digunakan sebagai struktur
tiang pada produk rotan yang bakal dihasilkan. Pada keseluruhannya, hanya sedikit
sahaja bahagian rotan yang tidak boleh digunakan.

Masyarakat Melayu dahulu tidak didedahkan kepada sebarang teknologi


moden dalam menghasilkan produk mereka. Pengetahuan mereka adalah
berasaskan apa yang diturunkan oleh nenek moyang mereka selain dari penerokaan
melalui trial and error dan pengalaman konkrit yang dilalui. Latihan tidak formal ini
telah memungkinkan mereka merekacipta dan membentuk produk yang bukan
hanya sesuai untuk kegunaan harian mereka malah merupakan penciptaan yang
kreatif dan penuh daya estetika. Disebalik kreativiti dan nilai estetika yang terpancar
pada sesuatu produk hasil anyaman, tidak dinafikan bahawa ia terhasil dari
pemikiran penggubahnya dan proses-proses tertentu yang perlu dilalui untuk
mendapatkan hasil yang terbaik. Produk anyaman yang terhasil sudah cukup
membuktikan bahawa masyarakat melayu mempunyai daya pemikiran yang bukan
hanya mampu mengenalpasti bahan dan proses malah menjalankan perkiraan
mental (mental arithmetic) secara tepat dan terperinci dan menaakul secara saintifik
didalam penghasilan produk berasaskan rotan. Jika diteliti secara mendalam
pemikiran saintifik dan matematik masyarakat melayu sememangnya tersirat di
dalam gubahan dan corak yang sangat halus dan berseni yang dihasilkan.

(ii) Catatan Hari Penting dalam Kalendar Tahunan

Pada zaman sekarang, manusia tidak mampu untuk hidup aman dan damai
tanpa matematik. Matematik tetap menjadi suatu ilmu yang sangat penting dalam
kehidupan seharian setiap manusia. Antara contoh kepentingan matematik ialah
penggunaan masa, wang ringgit dan juga calendar. 3 perkara tersebut tidak mungkin
manusia dapat lakukan tanpa ilmu matematik. Penggunaan masa dan calendar

7
menekankan konsep nombor, manakala wang ringgit menekankan konsep operasi
asas dalam matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi.

Matematik digunakan dalam


penentuan bilangan hari seperti mana yang
kita ketahui sekarang. Setahun mempunyai
365 hari manakala sebulan mempunyai
purata 30 hari. Sebenarnya bilangan hari ini
ditentukan hasil kajian dalam bidang
matematik dan astronomi. Pengkaji pada
masa silam membuat perkiraan tentang putaran bumi mengelilingi matahari dan
memdapati bumi mengambil 365 hari untuk mengelilingi matahari. Oleh yang
demikian, mereka menetapkan setahun mempunyai 365 hari manakala setiap 4
tahun sekali, setahun mempunyai 366 hari dimana setiap hari pada tahun
sebelumnya dikumpulkan bersama. Begitu juga dengan bilangan hari dalam
sebulan. Bilangan ini sebenarnya merupakan bilangan hari bulan mengelilingi bumi.
Dapat kita lihat disini bahawa konsep nombor membawa impak yang cukup besar
dalam teknologi masa silam. Selain itu, konsep integer juga memainkan peranan
penting terutama dalam kes penentuan hari dalam setahun.

Kalendar adalah menggunakan kemahiran matematik yang sangat berguna.


Budaya menetapkan hari-hari penting dalam calendar telah menjadi cara hidup
masyarakat pada masa sekarang. Dengan adanya calendar, setiap acara itu telah
dirancang seawal mungkin sebagai persediaan menjelang hari penting yang
ditetapkan. Contohnya dalam penetapan tarikh Sukan Olimpik Dunia, Hari Kanak-
kanak Sedunia mahupun hari pertabalan raja-raja dan sultan di negara kita. Dengan
pengiraan dan penggunaan calendar ini, biasanya perancangan dapat dilaksanakan
dengan jayanya kerana hari persediaan yang dibuat mencukupi.

(iii) Aktiviti Perniagaan

Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan banyak memberi


kepentingannya yang tersendiri kepada individu.Seperti yang kita tahu dalam
kehidupan seharian, matematik sering wujud dan banyak digunakan dalam

8
kehidupan seharian. Bagaimana perniagaan saham boleh naik turun setiap
detik,setiap waktu, dan setiap saat? Matematik yang berperanan untuk
menyelesaikan masalah kewangan di setiap syarikat dan perniagaan. Tanpa
matematik , tidak akan wujud urusan perniagaan di seluruh negara. Bukan sahaja
itu, wujud manusia yang buta ilmu pengiraan dan terbantutlah pemikiran manusia
kerana penyelesaian masalah dalam matematik yang memberi keselesaan dalam
kehidupan . Seperti yang kita tahu,setiap pemegang saham sesuatu syarikat pasti
mempunyai masalah dalam pelaburannya seperti kekurangan bayaran saham, dan
sebagainya. Bayangkan sekiranya masalah tidak dapat diselesaikan, implikasinya
pasti sangat besar dan memberikan kesan yang sangat besar dalam kehidupan
seharian kita. Itulah kepentingan penyelesaian masalah dalam matematik. Sesuatu
urusan kehidupan manusia pasti akan dapat diuruskan dengan efektif dan lancar .

Antara pemikir yang menyumbangkan kepada keberkesanan penyelesaian


masalah matematik ialah George Polya yang telah mengemukakan empat langkah
dalam proses penyelesaian masalah matematik yang bukan hanya boleh
digunakanb untuk masalah matematik, malah masalah yang sering kita hadapi
dalam kehidupan seharian. Di samping itu, kemahiran penyelesaian masalah
matematik dalam kehidupan seharian dapat merangsang perkembangan intelek
seseorang individu itu. Ia meningkatkan lagi perkembangan kognitif dalam
perkembangan seseorang supaya lebih cepat untuk menyelesaikan masalah yang
sering berlaku dalam kehidupan. Bayangkan,seorang penjual aiskrim bergerak juga
akan menghadapi kesukaran apabila berhadapan dengan pelanggan yang ramai.
Itulah kepentingan matematik yang wujud secara tidak sedar kerana pada waktu
yang sama, penjual aiskrim itu meningkatkan kemahiran mengiranya setiap kali dia
berurusniaga dengan pelanggan. Bayangkan sekiranya dia menjual ais krim yang
beharga pelbagai harga dan sebagai contoh, Aiskrim yang berharga RM1.20 dan
aiskrim ini yang menjadi sambutan kanak-kanak. Oleh itu, peniaga ini seharusnya
sudah memikirkan untuk menukar syiling yang banyak kerana banyak syiling
diperlukan untuk dipulangkan kepada pelanggan. Secara tidak langsung, penjual
aiskrim sudah belajar cara memulangkan baki kepada pelanggan.Ramai peniaga
peniaga yang wujud di dunia ini tidak pandai menulis tapi pandai mengira dengan
lancarnya.Itulah kepentingan matematik dalam kehidupan seharian kerana wujud
praktikal jika diamalkan selalu.

9
(iv) Aktiviti ekonomi

Penyesuaian diri itu amat penting kerana kepekaan terhadap aspek


perubahan ekonomi yang wujud di dunia ini kerana kemodenan banyak
meningkatkan kos taraf hidup manusia. Kos taraf kehidupan merupakan salah satu
masalah matematik yang diurus secara langsung oleh setiap individu yang
menghadfapi masalah ini. Harga minyak di Malaysia yang semakin naik setiap tahun
adalah salah satu contoh terbaik untuk perubahan kesan daripada faktor ekonomi
negara Mesir yang menghadapi krisis pemberontakan. Harga minyak Petrol RON 97
seliter yang naik 10 sen pada harga pasaran ialah RM2.50 yang dikuatkuasakan
serta merta pada awal Februari yang lalu. Oleh itu, sebagai seorang yang boleh
berfikir dan boleh merancang perbelanjaaan diri kita perlu mengelakkan dan
merancang penggunaan wang kita agar tidak berlaku masalah kewangan yang akan
membebankan kita. Ini adalah salah satu kepentingan matematik dalam kehidupan
seharian ,iaitu diajar untuk menerima arus perubahan sedia ada supaya tidak
mengalami kejutan budaya dan berusaha untuk mencapai standard individu yang
berkualiti dari segi intelek.

Bayangkan jika kita kehidupan tanpa nombor? Manusia mungkin tidak boleh
melakukan pengiraan terhadap sesuatu. Matematik wujud ke arah kepentingan yang
paling umum dan menjadi rutin yang sebati dalam kehidupan ialah ia membantu
untuk memudahkan kehidupan seharian dengan kewujudan Matematik dalam
kehidupan.dan ia sudah sebati dalam konteks kehidupan manusia.Proses jual beli
yang berlaku pada setiap kedai yang wujud di seluruh dunia.Kewujudannya yang
meluas yang menyebarkan perdagangan ke seluruh dunia dari zaman Kesultanan
Melayu Melaka di mana pedagang pedagang Arab yang sanggup berdagang ke

10
Tanah Melayu untuk berdagang rempah ratus dan pada waktu yang lalu,mereka
hanya menggunakan duit kupang sebagai nilai emas mereka.

Bukan sahaja itu, sekiranya matematik tidak wujud, wujudkah lagi bank di
dalam dunia? Itulah menjadi persoalan dan menjadi salah satu faktor yang penting
tentang kepentingan matematik. Proses yang melibatkan operasi matematik seperti
akaun, fizik, kimia yang menjadikan pengiraan sebagai langkah untuk mahir dalam
subjek ini. Oleh itu,pakar pakar Intelek mengatakan bahawa matematik adalah
subjek yang peting yang membawa kepada kecerdasan otak kiri yang menjadikan
seorang itu cenderung untuk melakukan kira kira iaitu Abacos sebagai contoh teknik
mengira yang paling kreatif di dalam dunia dan banyak pakar matematik yang wujud
disebabkan kaedah Abacos ini. Kaedah ini membantu ramai individu di dalam
penyelesaian masalah yang melibatkan operasi tambah dan tolak.

(v) Anggaran Perbelanjaan dan Agihan Bantuan

Perbelanjaan adalah kegiatan yang perlu dikawal dan dirancang dengan teliti.
Perbelanjaan selalunya membabitkan mereka yang telah berkeluarga ataupun
mempunyai keluarga yang besar. Sudah menjadi kebiasaan kepada setiap ketua
keluarga atau surirumah untuk memastikan perbelanjaan harian dan bulanan
mencukupi berdasarkan pendapatan bulanan yang diperolehi. Menggangar
perbelanjaan bukan tugas mudah. Selepas menyenaraikan barang keperluan, kita
perlu menganggar jumlah harga yang perlu dibayar. Sekiranya terdapat lebihan
perbelanjaan, maka suatu barang mungkin dikurangkan untuk mengelakkan
pembaziran atau mengurangkan bajet. Menganngar perbelajaaan adalah suatu
budaya dalam masyarakat tanpa mengira kaum di negara ini. Kita tidak perlukan
kelulusan yang tinggi untuk membuat anggaran perbelanjaan tetapi cukup dengan
pengetahuan ilmu matematik tambah, tolak, darab dan bahagi.

11
Begitu juga dengan agihan bantuan negara kepada golongan yang
memerlukan di negara kita. Agihan pendapatan ini merupakan suatu budaya di
Malaysia untuk membantu golongan yang kurang mampu bersama-sama menikmati
hasil negara. Tugas mengagih bantuan ini dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan
memerlukan pengiraan bajet yang besar serta tepat bagi memastikan tidak berlaku
kesilapan semasa mengeluarkan bajet. Peranan matematik dalam perbelanjaan
sangat penting kerana setiap kesilapan dalam pengiraan boleh menyebabkan orang
yang sepatutnya menerima bantuan, tercicir atau tidak mendapat agihan. Kita boleh
mendengar agihan bantuan ini sama ada dalam paparan bursa-bursa saham di kaca
televisyen, siaran berita ekonomi mahupun dalam pembentangan bajet tahunan oleh
Perdana Menteri.

12
1.3 KESIMPULAN

Sekiranya kita sedar bahawa Matematik adalah ilmu yang bukan berdasarkan
teori malah perlu praktikal selalu supaya tidak lupa apa yang dipelajari. Ia adalah
satu disiplin penting kerana peranan praktikal bagi individu dan masyarakat melalui
pendekatan penyelesaian masalah, aspek matematik ini dapat dibangunkan.
Peranan matematik dalam mengembangkan kemahiran yang diperlukan untuk
menyelesaikan masalah yang lebih baik dari pengajaran kemahiran tanpa konteks
tersebut memberikan penyelesaian masalah nilai khusus sebagai salah satu cara
untuk belajar konsep baru dan kemahiran atau penguatan kemahiran yang telah
diperoleh. Mendekati matematik melalui penyelesaian masalah dapat mencipta
konteks yang mensimulasikan kehidupan nyata dan kerana matematik daripada
memperlakukannya. Penyelesaian masalah menjadi fokus utama dalam matematik
kerana ia bukan sahaja berguna untuk keperluan aktiviti seharian malah mempunyai
peranan besar dalam penggunaan teknologi moden. Selain itu ,ia juga dapat
membantu orang untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan masalah tak
terduga dalam kerjaya mereka dan aspek lain dari kehidupan mereka. Matematik
pada masa kini bukan sahaja sebagai pelajaran wajib di sekolah tetapi menjadi
salah satu budaya masyarakat kita yang sememangnya sudah tidak boleh lari dari
penggunaan nombor dalam semua aktiviti seharian.

13
RUJUKAN

Balka.P.S.(1996). Characteristics Of Understanding Secondary School Mathematic


Teacher. School Science and Mathematic. Vol.86 (4). Apr.1986. m.s.322-325.
Ee Ah Meng.(1995). Pendidikan Sebagai Atu Proses. Shah Alam: Fajar Bakti.

Fakhrur Razi B Ahmad (2008). Pembangunan Majalah Web Kesenian, Isu Semasa
dan E-forum Matematik. UTM Skudai: Laporan Projek Sarjana Muda.Gardner
M. (1983).

Greeno. J.G.(1977). Process Of Understanding In Solving Problem. Castelian Jr,


(Ed), Cognitive Theory, Vol.II.
Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asa Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan
Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman.

Wheels, Life and Other Mathematical Amusemenst. W. H. Freeman and


Company,New York.

http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2010/april-2010/592-fokus/725-
fungsi-matematik

http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com/2011/03/subjek-matematik-fungsi-
peranannya.html

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gunacarakreatiftarikminatpelajar/Article

http://jaimirahman.tripod.com/sejarah.html

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-dan-matematik-
dalam.html

http://www.oocities.org/uranus_stewart/ilmiahlysta.htm

14

Anda mungkin juga menyukai