Anda di halaman 1dari 2

(NABIHAH)

Panas kering siapakan tahu,


Hujan rintik di Pulau Pandan,
Berjalan seiring bersentuh bahu,
Samalah cantik samalah padan.

Diiringi paluan kompang, berjalan ke arah Dewan, pasangan


pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan,
pasangan Raja Sehari; Mohd Afiq dan Nur shuhada.

Anak Cina memasang lukah,


Lukah dipasang di Tanjung Selasih,
Pasangan pengantin segak melangkah,
Mara menuju mahligai kasih.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal BismilLah pembuka bicara.

Bagi meneruskan acara kita perdengarkan pantun gurau senda


antara pihak pengantin perempuan dan pengantin lelaki.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, apa yang dapat
kita saksikan kini, adalah persembahan silat pengantin untuk
kedua-dua mempelai.
______________________________________________________
(NURIN)

Bersarang merbah di Kuala Langat,


Manis madunya pabila dimakan,
Suasana meriah bertambah hangat,
Tarian piring kami persembahkan.

Untuk memeriahkan lagi Majlis Perkahwinan kita pada hari ini,


marilah sama-sama kita dengarkan nyanyian yang akan
dipersembahkan oleh najehah dan nabihah sebagai hadiah yang
cukup istimewa buat kedua-dua mempelai kita. Lagu yang akan
dipersembahkan ialah selamat pegantin baru.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa


syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja
Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan
memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Majlis menjemput hadirin dan hadirat untuk menjamu selera untuk


acara makan beradab di bawah.

Sekian sahaja, persembahan kami hari ini .

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai