Anda di halaman 1dari 3

TUGAS WARDEN

Menguatkuasakan/ mempastikan peraturan asrama dipatuhi dan


mengambil tindakan ke atas hal-hal berkaitan disiplin berdasarkan
prosedur yang ditetapkan.

Menyemak, menyiasat serta mengambil tindakan


susulan ke atas laporan harian pengawas dan Ketua Dormitori.

Menyediakan laporan harian untuk tindakan


Pengetua/Penolong Kanan HEM.

Menyelia/memantau aktiviti-aktiviti harian dan berkala;


contohnya:
Kelas persediaan
Waktu Solat
Waktu makan
Kelas fardhu ain/kelas agama
Aktiviti gotong- royong
Pertandingan antara dormitori
Majlis Makan Beradab
Aktiviti Sukan dan Kokurikulum

Memantau pengawas bertugas menjalankan roll-call.

Mengadakan pemeriksaan dan roll-call .

Menguruskan kebenaran keluar/masuk murid asrama.

Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Lembaga


Pengawas Asrama dan Ketua-Ketua Dormitori.

Mengadakan pemeriksaan dan membuat laporan


harian dormitori, bilik-bilik khas, tandas, bilik air, persekitaran
serta dewan makan.

Mengurus murid sakit dan urusan yang berkaitan


dengannya.

Memantau dan memeriksa laporan prestasi akademik


serta mengambil tindakan susulan yang sesuai.

Membuat persediaan untuk mesyuarat Jawatankuasa


Pengurusan dan Pentadbiran Asrama:
Minit Mesyuarat terdahulu
Laporan bulanan asrama
Pembentangan aktiviti dan takwim bulan berikutnya.

Mesyuarat/Perjumpaan Warden dengan Lembaga


Pengawas Asrama sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Membantu mengurus kemasukan murid asrama.


Penyediaan borang/dokumen
Taklimat kemasukan
Sesi suai kenal murid baru

Menyediakan Takwim serta Jadual Harian Asrama.

Mengumpul data/maklumat murid untuk:


Menganalisa prestasi akademik/peperiksaan
Melengkapkan Borang Kutipan Data Asrama ke Jabatan
Pelajaran Negeri.

Menganjurkan aktiviti/kursus/seminar/bengkel.

Mengadakan perjumpaan dengan waris.

Mengadakan Latihan kecemasan.

Memantau peralatan, kemudahan serta perkara-perkara yang


berkaitan dengan keselamatan.

Menyelia dan memantau kebajikan murid berkaitan:


Makanan
Keselesaan di asrama
Kesihatan
Keselamatan
Biasiswa

Membantu Penyelia Asrama dalam urusan :


Pungutan yuran asrama
Perkhidmatan pembersihan kawasan
Kawalan keselamatan
Penguatkuasaan kontrak bekalan makanan asrama

Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar


dan Penolong Kanan HEM. .

Anda mungkin juga menyukai