Anda di halaman 1dari 2

Hari ni nak berkongsi resepi homemade dadih yang resepinya saya warisi dari mak mertua kesayangan.

Resepi: Homemade Dadih Umi


Sumber:Puan Hazel

Bahan-bahan
15 gm agar-agar
15 cawan / 3 liter air
2 cawan gula
3 cawan / 350 gm susu tepung Dutch Lady (guna Nespray pun bole)
3 cawan air panas
Secubit garam

Caranya:-

1. Masak agar-agar bersama air


2. Masukkan gula bila agar-agar hancur
3. Dalam masa yang sama, campurkan susu tepung & air panas ke dalam blender. Blend sebentar - untuk
mengadunkan susu dan air sekata
4. Tambahkan ke dalam periuk tadi dan kacau sebentar agar sebati. Jangan biarkan sehingga mendidih
5. Tutup api
6. Sediakan bekas kecil dan tuang agar-agar ke dalam bekas tersebut.
7. Simpankan semalaman dan sedia dimakan!
Pesanan penaja:- Bancuhan ini akan menghasilkan 50 bekas kecil seperti gambar di atas.

DADIH VERSI 1 (SUSU TEPUNG)

Bahan-bahanya:
20 gm agar-agar kering
3.5 liter air
3 cawan susu tepung (Ummi guna Dutch lady honey)
500 ml air suam untuk bancuh susu tepung
1.5 cawan gula putih
1/2 sudu teh garam
Perwarna makanan/Perwarna untuk perisa air contonya sirap, anggur, pandan, vanilla dll

DADIH VERSI 2 (FRESH MILK)

Bahan-bahanya:
20 gm agar-agar kering
3 liter air
1 liter fresh milk Dutch Lady
1.5 cawan gula putih
1/2 sudu teh garam
Perwarna makanan/air

Cara Membuatnya:
1. Rebus agar-agar dengan air sehingga larut sepenuhnya.
2. Masukkan susu tepung yang telah dibancuh/ fresh milk bersama gula. Kacau hingga larut & susu mendidih.
3. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian yang berasingan.
4. Letakkan setiap bekas dengan perisa/pewarna yang dikehendaki.
5. Tuangkan kedalam acuan & sejukkan.
6. Simpan kedalam peti ais & sedia untuk dimakan.
Bahan-bahan ( boleh hasilkan 2.3L dadih )

Bahan A
1800ml air
10g agar-agar strip
Bahan B
200g susu every day
100g coffee mate
gula
1 asam keping
500ml air panas (untuk bancuh bahan B)
Bahan C (perisa dan pewarna)
saya guna star brand untuk perisa vanila, strawberry dan mangga
saya guna pewarna star brand untuk warna pink dan hijau epal
Cara-cara

1. Didihkan bahan A sampai semua agar2 larut.. jangan ditinggalkan tanpa di kacau, nnti agar2 tu mendap dan
keras di bahagian bawah
2. Apabila semua agar2 dah larut, bancuh bahan B pada bekas yang berlainan.. pastikan semuanya larut. jika tidak
larut, boleh amik air rebusan bahan A tadi
3. Selepas bahan A dan B sudah siap, tutup api.
4. Masukkan bahan B tadi ke dalam A (DGN API TERTUTUP) dan kacau perlahan-lahan.. rasa dulu sedap ke tak..
elok jika dimaniskan sedikit.. jage2 nanti aras gula dalam darah tinggi.. hehe
5. Bahagikan kepada 3 bekas besar
6. Pastu masukkan perisa mengikut kegemaran...
7. Masukkan ke dalam bekas. tunggu sehingga suam-suam panas then masukkan ke dalam peti sejuk
8. Bila dah jadi, bagi jiran-jiran anda rasa.. hehe

Anda mungkin juga menyukai