Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN 2: Kajian Kes (30 %)

Anda dikehendaki menghasilkan satu penulisan berdasarkan kajian kes yang membanding
beza perkembangan dan pencapaian Islam pada zaman khalifah Daulah Umaiyah dengan
khalifah Daulah Abbassiyah.

Kajian Kes: Membanding Beza Perkembangan dan Pencapaian Islam Daripada Aspek Institusi
Pendidikan (Perpustakaan) Pada Zaman Daulah Umaiyah dan Daulah Abbassiyah.

1.0 Pendahuluan

Sejak zaman permulaan Islam, pendidikan telah berkembang kerana didorong oleh faktor
perkembangan ilmu dan masyarakat Islam. Oleh itu, tempat pengajaran dan pembelajaran
merupakan satu elemen yang dititikberatkan untuk menghasilkan satu sistem pendidikan yang
sempurna. Bermulanya pendidikan di masjid, kuttab, istana khalifah dan berkembang kepada
adanya perpustakaan pada zaman Daulah Umaiyah dan Daulah Abbassiyah. Kesannya, ilmu
pengetahuan juga semakin berkembang seperti Ilmu Sains, Ilmu Perubatan, Ilmu Falsafah dan
Ilmu Bahasa dan Sastera. Oleh itu, penulisan yang dihasilkan ini merupakan kajian kes yang
akan dilaksanakan terhadap institusi pendidikan pada zaman Daulah Umaiyah dan Daulah
Abbassiyah.

2.0 Pernyataan Masalah

Tajuk ini dipilih berdasarkan beberapa kajian literatur yang telah dilakukan. Antara kajian yang
dilakukan ialah Institusi Pendidikan Pada Zaman Pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah yang
ditulis oleh Zuhri pada tahun 2013. Kajian ini hanya menyentuh secara umum 10 institusi
pendidikan pada zaman Umaiyah. Selain itu, kajian yang bertajuk Kebangkitan Pendidikan
Bani Abbasiyah Perspektif Sejarah Pendidikan Islam yang ditulis oleh Serli Mahroes pada
tahun 2015 pula ada menyatakan mengenai institusi pendidikan seperti Bait Al-Hikmah namun,
tidak menyeluruh. Justeru, kajian ini akan membanding beza perkembangan dan pencapaian
Islam daripada aspek institusi pendidikan (perpustakaan) pada zaman Daulah Umaiyah dan
Daulah Abbassiyah.

1
3.0 Objektif

i. Membanding beza perkembangan dan pencapaian perpustakaan pada zaman


Daulah Umaiyah dan zaman Daulah Abbassiyah dari aspek fungsi perpustakaan.

ii. Membanding beza perkembangan dan pencapaian perpustakaan pada zaman


Daulah Umaiyah dan zaman Daulah Abbassiyah daripada sudut peranan
pemerintah untuk mengembangkan perpustakaan.

4.0 Kaedah Kajian

Kajian perpustakaan dan internet merupakan kaedah yang akan digunakan dalam kajian
penulisan kajian kes ini. Kajian perpustakaan ini memerlukan pengkaji mencari bahan di
perpustakaan. Manakala kajian internet pula memerlukan kemahiran pengkaji untuk mencari
bahan yang sesuai melalui laman sesawang. Akhirnya, pengkaji perlu melaksanakan tinjauan
literatur untuk menetapkan kaedah dan tajuk yang bersesuaian.

5.0 Persoalan

i. Apakah persamaan dan perbezaan perkembangan perpustakaan pada zaman


Daulah Umaiyah dan zaman Daulah Abbassiyah dari aspek fungsi
perpustakaan?

ii. Apakah persamaan dan perbezaan perpustakaan pada zaman Daulah Umaiyah
dan zaman Daulah Abbassiyah dari sudut peranan pemerintah untuk
mengembangkan perpustakaan?

6.0 Analisis Dapatan Kajian

Perpustakaan pada zaman Daulah Umaiyah dan Daulah Abbassiyah mempunyai persamaan
namun terdapat juga beberapa perbezaan kerana pemerintah pada zaman tersebut masing-
masing menekankan aspek yang berbeza dalam pentadbiran institusi pendidikan.

6.1 Fungsi Perpustakaan

Persamaan perpustakaan pada Daulah Umaiyah dan Daulah Abbassiyah ialah fungsinya untuk
menyimpan buku. Menurut Zuhri (2013), Ibnu Hazm menyatakan bahawa perpustakaan al-
Umawiyah yang didirikan pada masa pemerintahan Khalifah Al-Hakam ibn Nasir memiliki
100,000 koleksi buku di dalamnya. Al-Hakam juga menyimpan hadiah manuskrip kuno yang

2
diterimanya daripada negara luar untuk disimpan dalam perpustakaan al-Umawiyah. Manakala
pada zaman Bani Abbassiyah pula menurut Mahayudin Haji Yahaya & MD. Sum Dulah (1984),
Bait al-Hikmah yang didirikan pada zaman Al-Makmun terletak di Kota Baghdad berfungsi untuk
menyimpan buku-buku kuno yang didapati dari Parsi, Bizantium dan India. Hal ini turut
dinyatakan oleh Khairuddin Hj. Muhammad (1979), Bait al-Hikmah mempunyai banyak kitab
yang terdiri daripada pelbagai bidang ilmu yang didapati di Rom, Parsi dan India serta dari
negeri-negeri lain. Jelaslah bahawa perpustakaan pada kedua-dua zaman ini menyimpan buku
atau manuskrip kuno dari negara-negara luar bagi memperkembangkan lagi ilmu pendidikan
ketika itu.

Perbezaan fungsi perpustakaan yang dapat dilihat daripada aspek penekanan bidang
ilmu pendidikan. Menurut Mahmud (1960) dalam Salmah Omar (2009), perpustakaan pada
masa Al-Hakam lebih cenderung kepada aktiviti kesusasteraan. Aktiviti penulisan dan
kesusasteraan ini semakin meluas pada kurun ke-10 M. Hal ini kerana menurut Azizan
Baharudin (1986), wujudnya perpustakaan persendirian yang menyebabkan aktiviti
kesusasteraan dan aktiviti penulisan semakin berkembang. Berbanding dengan Daulah
Abbassiyah, Ahmad Mohd Salleh (2000), Bait al-Hikmah dikembangkan oleh para cendekiawan
Islam menjadi berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti matematik, falsafah, astronomi,
perubatan dan fizik. Ilmu pengetahuan pada zaman itu telah berpecah menjadi beberapa
bidang seperti sejarah, hukum dan fonetik (Ahmad Ricky Baidhawi, 2014). Sememangnya
dapat dilihat bahawa bidang ilmu yang ditekankan semasa Daulah Umaiyah lebih kepada
kesusasteraan berbanding Daulah Abbassiyah yang menjurus kepada pelbagai bidang seperti
astronomi dan fizik.

Perbezaan seterusnya dapat dilihat bagi fungsi perpustakaan sebagai pusat


penterjemahan karya. Pada zaman Daulah Umaiyah, Zakaria Ismail (2015), Khalid ibn Yazid
mengumpulkan sekumpulan ahli falsafah yang tinggal di Mesir untuk datang berjumpa
dengannya dan meminta mereka untuk menterjemahkan karya-karya Yunani ke dalam bahasa
Arab. Menurut Ibn al-Nadim, ini merupakan kegiatan penterjemah yang terawal dalam dunia
Islam. Dari sudut zaman Daulah Abbassiyah pula, Menurut Khairuddin Haji Muhammad (1979),
kota Baghdad mengalami kemajuan yang pesat sekali dalam lapangan ilmu pengetahuan.
Banyak kitab dari bahasa Yunani dan Parsi diterjemahkan ke bahasa Arab seperti kitab
mengenai perubatan diterjemahkan oleh ulama seperti Hunain bin Ishak, karangan Bukrat
(Hippocrate) dan Jalinous (Galien) dan kitab karangan Aklidas (Euclide) mengenai Geometri.
Jelaslah bahawa pada zaman Bani Umaiyah, kebanyakan karya yang diterjemahkan dalam

3
bahasa Arab merupakan karya Yunani sahaja manakala zaman Bani Abbassiyah pula
penterjemahan lebih meluas kepada pelbagai bidang seperti perubatan dan geometri dan ianya
bukan terdiri daripada karya Yunani sahaja malahan melibatkan karya Parsi.

6.2 Perkembangan Perpustakaan atas Peranan Pemerintah

Persamaan peranan pemerintah pada kedua-dua Daulah Umaiyah dan Abbassiyah ialah
pemerintahnya memberikan ganjaran untuk mengembangkan lagi perpustakaan pada ketika itu.
Pada masa Daulah Umaiyah, para penulis mendapat ganjaran dan penghargaan daripada
kerajaan. Contohnya, al-Imam ar-Rabaji Muhammad bin Yahya al-Azdi seorang penulis dan
menyimpan hasil penulisannya ke dalam Perpustakaan al-Umawiyah. Manakala pada zaman
Daulah Abbassiyah, Al-Makmun memberikan emas dan wang berdasarkan bilangan buku yang
diterjemahkan (Mahayudin Haji Yahaya & MD. Sum Dulah, 1984). Ini menunjukkan bahawa
pengembangan perpustakaan pada kedua-dua Daulah Umaiyah dan Abbassiyah didorong oleh
pemerintah yang memberikan wang dan emas sebagai ganjaran.

Seterusnya, persamaan yang dapat dilihat ialah pemerintah menghantar rombongan


atau utusan ke negara luar untuk mendapatkan kitab-kitab bagi menambahkan koleksi buku
dalam perpustakaan. Hal ini dibuktikan dengan Al-Hakam juga menghantar beberapa orang
utusan ke Mesir, syria dan Iraq untuk membeli manuskrip dan buku-buku yang tidak terdapat di
Andalus. Contohnya, utusan beliau bernama Fatimah telah meneroka kedai buku dan
perpustakaan di Kaherah, Baghdad dan Damsyik untuk membeli atau membuat salinan
manuskrip kuno dan moden (Zakaria Ismail, 2015). Manakala pada masa Abbassiyah, Al-
Makmun mengirim rombongan ulama ke Contantinople dan Byzantine untuk memindahkan
pengetahuan dari kitab asing ke bahasa Arab. Rombongan ini membawa masuk kitab
mengenai perubatan, kedoktoran, muzik dan seni bina bangunan (Mohammad Ramli, 2016).
Sememangnya, pemerintah telah menghantar utusan ke negara luar untuk menambahkan
koleksi buku dalam perpustakaan.

Perbezaan yang dapat dilihat daripada keduanya ialah pada zaman Daulah Umaiyah
kebanyakan pegawai perpustakaan yang dilantik itu sendiri menulis buku untuk penyimpanan
dalam perpustakaan (Adam Aljawiyu, 2016). Al-Hakam telah melantik pegawai-pegawai di
Perpustakaan al-Umawiyah yang profesional yang berasal dari Andalus sehingga ke Baghdad.
Mereka merupakan penulis dan cendekiawan yang menulis buku-buku baru hasil dari penelitian
mereka. Al-Hakam juga melantik penulis wanita untuk menulis buku antaranya adalah Lubna.
Lubna seorang wanita yang cerdas dan bagus dalam penulisan. Hasil bukunya di simpan dalam

4
perpustakaan Al-Hakam. Manakala zaman daulah Abbassiyah menggalakkan pelbagai bangsa
dan agama untuk menterjemahkan buku untuk disimpan dalam Bait al-Hikmah (Ismail Hamid,
1985). Al-Makmun juga menggalakkan perbezaan etnik dan agama untuk melakukan
penterjemahan. Antara para penterjemah tersebut ialah Abu Sahl Fazhl bin Nawbakht
berbangsa Parsi, Alan al-Syuubi berbangsa Syria dan Hubaish yang beragama Kristian .
Mereka diberikan kedudukan istimewa dan dapat menetap di Baghdad (Ismail Hamid, 1985).
Hal ini telah menyebabkan perkembangan ilmu pengetahuan berpecah menjadi beratus
cawangan seperti seperti sejarah, sastera, astronomi, teologi dan psikologi. Ini menjelaskan
bahawa zaman Daulah Umaiyah kebanyakan pegawai perpustakaan yang dilantik itu sendiri
menulis buku untuk penyimpanan dalam perpustakaan. Manakala zaman Daulah Abbassiyah
pemerintahnya menggalakkan pelbagai bangsa dan agama untuk menterjemahkan buku untuk
disimpan dalam Bait al-Hikmah di samping mereka mendapat kedudukan yang istimewa
sewaktu Daulah Abbassiyah tersebut.

7.0 Kesimpulan

Tuntasnya, berdasarkan analisis dapatan tersebut dapat diketahui bahawa terdapat perbezaan
dan persamaan antara zaman Daulah Umaiyah dan Daulah Abbassiyah dari sudut fungsi
perpustakaan dan peranan pemerintah bagi mengembangkan lagi perpustakaan pada ketika itu
(rujuk lampiran 1). Justeru, dapat dilihat bahawa ilmu pendidikan semakin berkembang
daripada zaman Daulah Umaiyah dan mencapai tahap kegemilangannya pada zaman Daulah
Abbassiyah. Perkembangan ilmu yang pesat ini telah melahirkan pelbagai tokoh Islam yang
dikagumi dunia seperti Al-Khawarizmi, Al-Farabi dan Ibnu Sina.

5
8.0 Rujukan

Adam Aljawiyu. (2016). Sejarah Lengkap Dinasti Bani Umayyah. Diakses pada 10 Mac 2017

melalui pautan http://lembahilmu.com/sejarah-dinasti-bani-umayyah/

Ahmad Mohd Salleh. (2000). Pendidikan Islam Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Selangor:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ahmad Ricky Baidhawi. (2014). Sejarah Perpustakaan Islam (Baitul Hikmah) Di Baghdad.

Diakses pada 12 Mac 2017 melalui pautan


http://pendidikanpustakawan.blogspot.my/2014/04/sejarah-perpustakaan-islam-
baitul.html

Azizan Baharudin. (1986). Pengenalan Tamadun Islam Di Andalus. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hamid. (1985). Pengantar Sejarah Umat Islam. Selangor: Heinemann (Malaysia) Sdn

Bhd.

Khairuddin Hj. Muhammad. (1979). Sejarah Islam Jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Mahayudin Haji Yahya. (2001). Tamadun Islam. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mahayudin Haji Yahaya & MD. Sum Dulah. (1984). Sejarah Islam Satu Interpretasi Baru. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammad Ramli. (2016). Baitul Hikmah dan Tragedi Tartar. Diakses pada 10 Mac 2017

melalui pautan
https://www.hidayatullah.com/kajian/sejarah/read/2016/05/23/95245/baitul-hikmah-dan-
tragedi-tartar-1.html

Mustafa Haji Daud. (1994). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution.

6
Salmah Omar. (2009). Andalus Semarak Tamadun di Eropah. Selangor: Karisma Publications

Sdn. Bhd.

Serli Mahroes. (2015). Kebangkitan Pendidikan Bani Abbasiyah Perspektif Sejarah Pendidikan

Islam. Diakses pada 12 Mac 2017 melalui pautan file:///C:/Users/user/Downloads/138-


247-1-PB.pdf

Zakaria Ismail. (2015). Sejarah Pendidikan Islam Pada Masa Bani Abbasiyah. Diakses pada 9

Mac 2017 melalui pautan http://www.informasi-pendidikan.com/2015/02/sejarah-


pendidikan-islam-pada-masa-bani.html

Zakaria Ismail. (2015). Sejarah Pendidikan Islam Pada Masa Bani Umayyah. Diakses pada 9

Mac 2017 melalui pautan http://www.informasi-pendidikan.com/2015/02/sejarah-


pendidikan-islam-pada-zaman.html

Zuhri. (2013). Lembaga Pendidikan Pada Zaman Pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah.

Diakses pada 12 Mac 2017 melalui pautan file:///C:/Users/user/Downloads/SPI%201-


Week%203%20(2).pdf

Anda mungkin juga menyukai