Anda di halaman 1dari 2

[75 markah]

Arahan: Sila jawab SEMUA soalan.

1. Jelaskan dua klasifikasi barang-barang menurut Seksyen 6 Akta Jualan Barang-


Barang 1957. [6]

2. Berikan lima elemen kontrak mengikut Akta Kontrak 1950. [5]

3. Huraikan dua perkara yang menyebabkan sesuatu kontrak batal mengikut Seksyen 24
Akta kontrak 1950 (termasuk pindaan). [4]

4. Huraikan tiga bentuk pelepasan kontrak mengikut Akta Kontrak 1950 (termasuk
pindaan). [6]

5. Senaraikan tiga bentuk remedi mengikut Akta Kontrak 1950 (termasuk pindaan). [4]

6. Jelaskan tiga prinsip berunding antara pengurus syarikat dengan pembekal. [6]

7. Jelaskan dua halangan komunikasi psikologikal yang boleh berlaku dalam mesyuarat
antara pengurus jualan dari Malaysia dengan pengarah bahagian pembelian dari Korea
berkaitan dengan kontrak pembelian. [4]

8. Nyatakan proses mendengar yang berlaku semasa Puan Roslina, seorang pengurus
pemasaran, mendengar pembentangan laporan jualan oleh Eksekutif Jualan. [5]

9. Jelaskan dua strategi perundingan. [6]

10. Nyatakan dua teknik mendengar secara aktif dan dua fungsi mendengar secara aktif.
[4]

11. Huraikan dua jenis keputusan dalam pengurusan organisasi pengeluaran automobil.
[5]
12. Jelaskan dua kaedah yang boleh digunakan untuk mengutip data dalam proses
pembuatan keputusan. [6]

13. Huraikan dua faktor yang boleh mempengaruhi pembuatan keputusan. [4]

14. Jelaskan teknik Delphi dan teknik Nominal dalam pembuatan keputusan. [4]

15. Huraikan tiga langkah pertama dalam proses pembuatan keputusan yang
menggunakan kaedah statistik deskriptif. [6]

___________________Selamat Maju Jaya___________________

Anda mungkin juga menyukai