Anda di halaman 1dari 1

Sedikit-Sedikit Lama-Lama Menjadi Bukit

"Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Peribahasa ini


bermaksud sesuatu yang dilakukan secara kecil-kecilan tetapi secara
berterusan akan menjadi banyak. Peribahasa ini boleh dikaitkan dengan
aktiviti menabung dan perbelanjaan harian yang dilakukan.

Masyarakat perlu mengamalkan nilai kesederhanaan dengan


menjimatkan duit melalui aktiviti seperti menabung. Aktiviti menabung
membolehkan kita mempunyai wang untuk digunakan apabila kita
memerlukannya sama ada ketika kecemasan atau jika kita ingin
membeli sesuatu yang diingini. Baki wang yang digunakan dalam
perbelanjaan harian boleh ditabung. Apabila kita sentiasa menabung,
lama-kelamaan duit kita akan menjadi banyak dan kita akan pandai
mengurus wang kita.

Selain itu, kita boleh mengamalkan nilai bertanggungjawab


dengan mengetahui perbezaan antara perbelanjaan keperluan dan
perbelanjaan pertimbangan. Perbelanjaan keperluan adalah untuk
membeli barangan atau untuk perkhidmatan sahaja manakala
perbelenjaan pertimbangan adalah untuk membeli sesuatu mengikut
keadaan kewangan. Jika kita, mengetahui perbezaannya kita dapat
menjimatkan wang kita dan akan mengumpul banyak wang akhirnya.

Kesimpulannya, sesiapa sahaja yang tidak mengamalkan aktiviti


menabung atau tidak mengetahui perbezaan antara perbelanjaan
keperluan dan perbelanjaan pertimbangan, perlu insaf dan mempunyai
kesedaran akan tindakan mereka dan mula mengamalkan sikap-sikap
tersebut sejak sekarang. Semua jenis lapisan masyarakat perlu
mempunyai perubahan sikap dan menjimatkan wang mereka untuk
mempunyai masa hadapan yang cerah. Lebih-lebih lagi, masyarakat
juga perlu mengambil iktibar daripada masyarakat yang telah berjaya
melalui menjimatkan wang supaya mereka dapat mengetahui dengan
lebih dalam tentang cara berjimat-cermat.

(221 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai