Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN AMALAN BERBUDI BAHASA DALAMKALANGAN

MASYARAKAT
Dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, budayaberbudi bahasa
dalam kalangan masyarakat semakin lenyap dalam sanubaridewasa dan remaja.
Berita tentang remaja bertindak liar di luar batas-bataskehidupan dengan terlibat
dalam aktiviti-aktiviti jenayah sepertigengsterisme, vandalisme dan pornografi
sering terpapar di dada akhbar dankaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan
betapa kroniknya masalahkelunturan amalan berbudi bahasa dalam kalangan
masyarakat.Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa kebejatan amalan
mulia iniadalah disebabkan oleh pengaruh budaya kuning dari negara-negara
baratseperti Amerika Syarikat, Belanda dan United Kingdom yang terkenal
dengansikap keterbukaan. Malaysia merupakan sebuah negara yang demokratik
danmengamalkan dasar buka pintu bagi menggalakkan pertumbuhan
ekonominegara. Justeru, masyarakat kita tidak dapat lari dari pengaruh dunia
luar danpengaruh budaya kuning dengan mudahnya dapat bersarang di kotak
fikiranmasyarakat.Budaya berbudi bahasa perlulah dijadikan sebagai amalan
dalamkehidupan seharian kita kerana seribu satu manfaat boleh diperolehi.
Salahsatu kepentingan amalan ini adalah dapat mewujudkan perpaduan
antaramasyarakat berbilang kaum di negara kita. Masyarakat yang berbudi
bahasaakan saling menghormati tidak kira apa jua warna kulit, taraf dan
umurindividu tersebut. Apabila wujud sikap saling menghormati, masyarakat
akandapat hidup dalam suasana yang harmoni dan gembira walaupun hidupdengan
masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan. Dalampada itu,
perselisihan faham antara kaum atau rusuhan kaum sepertiperistiwa 13 Mei
1969 dapat dielakkan. Ulang tahun kemerdekaan negarayang ke-51 iaitu pada
tahun 2008 yang bertemakan Perpaduan TerasKejayaan jelas menunjukkan
pentingnya perpaduan kaum dalam negara kitayang terdiri daripada rencaman
bangsa. Pepatah ada mengatakan bersatuteguh, bercerai roboh. Justeru, apabila
masyarakat bersatu, negara dapatberkembang dengan maju dan anasir-anasir
luar tidak dapat menggugatkestabilan negara dengan mudah.Meninjau dari skop
yang lebih luas, amalan berbudi bahasa dapatmelahirkan masyarakat yang lebih
bertamadun. Menurut konteks sejarah,masyarakat yang bertamadun merupakan
masyarakat yang memiliki tahaptatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang
luhur selain pencapaian lahiriah.Oleh itu, masyarakat pada masa tersebut dapat
membina empayar dankerajaan yang kuat dan hebat seperti ketika tamadun
Mesopotamia.
Tamadun Mesir Purba, tamadun Indus dan tamadun Hwang Ho walaupun pada
masa itu teknologi masih belum berkembang dengan sepenuhnya.Namun
begitu, scenario hari ini yang menyaksikan masyarakat yang biadapdan kasar
sikapnya seperti mengeluarkan kata-kata kesat amatlahmemilukan hati bagai
duri dalam daging. Hal ini seolah-olah masyarakat kitamasih hidup dalam
Zaman Jahiliah yang mana akhlak dan nilai hidupmasyarakat pada masa
tersebut adalah sangat rendah. Perkara seumpamaitu tidak sepatutnya
wujud dalam masyarakat kkit lagi memandangkannegara kita telah lima dekad
mencapai kemerdekaan. Untuk mendapatkankemerdekaan bukanlah suatu
perkara yang mudah tetapo untukmempertahankan dan mengekalkan
kemerdekaan merupakan perkara yanglebih sukar untuk dilakukan.
Justeru, negara amat memerlukan masyarakatyang berfikiran matang dan
bijak untuk mengelakkan penjajahan semula olehkuasa-kuasa asing.Dari kaca
mata yang lain, industri pelancongan juga turut meningkat.Masyarakat yang
berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti memberi
layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadappelancong asing. Hal
ini penting agar dapat meninggalkan imej yang positif terhadap negara kita
dalam diri pelancong. Pelancong juga akan mempunyaipercutian yang
menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatanganmereka adaalah dialu-
alukan dan dihargai oleh masyarakat tempatan. Dalampada itu, pekerja-pekerja
dalam Jabatan Kastam dan Imigresen, pemandupelancong dan pemandu
pengangkutan awam perlulah memainkan pereananyang lebih penting
dengan senantiasa melemparkan senyuman dan bertuturdengan nada
yang lembut ketika berurusan dengan pelancong asing. Negara Jepun sayugia
dijadikan teladan kerana masyarakatnya sememangnya kayadengan budi
bahasa. Contohnya, ucapan irasshaimase yang bermaksudselamat datang dalam
bahasa Jepun pasti akan menusuk ke gegendangtelinga tidak kira apa-apa kedai
yang dikunjungi. Amalan berterima kasih juga merupakan sesuatu yang
biasa dalam masyarakat Jepun. Justeru,budaya murni ini perlulah diserapkan
dalam jiwa dan raga setiap individuterutamanya golongan yang berurusan
dengan pelancong asing agar merekadapat menikmati percutian yang
menyeronokkan di negara kita.Di samping itu, pemimpin yang berdedikasi juga dapat
dilahirkan.Pemimpin yang baik akan dapat mmentadbir negara dengan lancer
keranamendapat sokongan padu daripada rakyat. Dalam pada itu, golongan
remajamerupakan asset yang sangat bernilai kepada negara kerana mereka
adalahgenerasi pelapis yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara. Oleh
itu,budi bahasa perlulah dijadikan panduan kepada kehidupan
mereka supayamereka dapat menjauhkan diri daripada kancah gejala social serta
dapatmembezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Pemimpin yang berbudibahasa
juga dapat meningkatkan imej negara kerana pemimpin dari negara
lain akan kagum dan nmenghormati negara kita. Ironinya, hubungandiplomatik
bagi menjamin kemajuan dan keselamatan nbegara dapatdijalainkan dengan
mudah. Dengan itu, negara kita akan dapat duduk samarendah, berdiri sama
tinggi dengan negara-negara lain. Selain itu, negarakita akan terkenal di persada
dunia kerana sifat budi bahasa kita dan ini akanmenjadi kebanggaan masyarakat
kita.Individu yang berbudi bahasa juga akan memperolehi
pelbagaikemaslahatan, antaranya mudah didampingi oleh orang lain,. Hal ini
keranaindividu yang berbudi bahasa sentiasa lemah lembut dan bersopan
santundalam pertuturan dan perlakuan. Mereka juga tidak akan mengeluarkan
kata-kata yang kesat atau kata-kata yang menyakitkan hati. Justeru, mereka
tidaakan menyinggung perasaan orang lain. Sebaliknya, mereka
akan dihormatidan disenangi oleh orang lain. Hal ini akan turut menjaga nama
baik danmaruah individu tersebut dan keluargannya kerana sifat-sifatnya yang
muliaitu. Konklusinya, budaya berbudi bahasa perlulah digarapkan oleh
ibubapadalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi bagai melentur buluh biarlah
darirebungnya. Dengan ini, hasrat negara untuk melahirkan masyarkat
yangberbudi bahasa menjelang tahun 2020 akan dapat
direalisasikan.Kesimpulannya, sifat-sifat luhur dan amalan berbudi bahasa
yangdahulunya menjadi kebanggaan masyarakat timur tetapi kian
terhakis iniwajarlah dipulihkan dan dihidupkan semula. Mantan Perdana
Menteri, DatukSeri Abdullah Ahmad Badawi pernah menyatakan yang negara
kita akkanmudah dikalahkan jika kita mempunyai infrastruktur kelas pertama
tetapimentali kelas ketiga. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa
pembangunannilai dan budaya yang betul amat mustahak untuk negara
mencapai cita-citanya yakni untuk mencapai taraf negara maju yang duduk
sama rendahdan berdiri sama tinggi dengan negar-negara gergasi lain di dunia.
Dalampada itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing
danmengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing. Dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu.Kempen Budi
Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan darisemasa ke semasa
untuk meningkatkan kesedaran rakyat. Kitamengharapkan agar menjelang tahun
2020, tabiat buruk sepertigengsterisme, dan bercakap kesat sudah lupus
dari memori setiap rakyatMalaysia supaya negara akan lebih cemerlang,
gemilang dan terbilang

Anda mungkin juga menyukai