Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELAWAT

16370 BACHOK, KELANTAN.


Tel : 09-7787400 & Fax : 09-7787401
e-mail : dea0036@1bestari.yes.my

LAPORAN KURSUS DALAMAN

PENYEBARAN DAN PENATARAN KURIKULUM

STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) BAGI

MATA PELAJARAN ASAS SAINS KOMPUTER

TINGKATAN 1 TAHUN 2017


1.0 SEKOLAH/PPD/JPN/BAHAGIAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat, PPD Bachok, Kelantan Darul Naim.

2.0 PROGRAM/AKTIVITI

Kursus Dalaman Penyebaran dan Penataran Kurikulum Standard Sekolah

Menengah (KSSM) bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer Tingkatan 1

Tahun 2017

3.0 RASIONAL

Memastikan semua guru ASK memahami Kurikulum Standard Sekolah

Menengah (KSSM) bagi mata pelajaran ASK Tingkatan 1.

4.0 OBJEKTIF

i. Memberi pendedahan awal kepada semua guru ASK tentang Kurikulum

Standard Sekolah Menengah (KSSM) ASK Tingkatan 1.

ii. Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang kandungan

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) ASK Tingkatan 1.

iii. Meningkatkan pemahaman tentang Pentaksiran Standard Kandungan,

Standard Pembelajaran,Standard Prestasi dan Tahap Penguasaan.

iv. Membimbing guru-guru menulis Rancangan Pelajaran Harian ASK

Tingkatan 1 Tahun 2017


v. Membantu guru-guru mengetahui perubahan standard kandungan KSSM

dengan KBSM yang terdahulu.

5.0 TARIKH

7 SEPTEMBER 2016 (Rabu)

6.0 TEMPAT

Makmal Komputer SMK Jelawat

7.0 KUMPULAN SASARAN

Semua guru ASK SMK Jelawat

8.0 IMPAK YANG DIHARAPKAN

i. Guru dapat mengetahui dan memahami isi kandungan Dokumen

Standard Kurikulum dan Pentaksiran ASK Tingkatan 1 dengan sebaik-

baiknya.

ii. Guru dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

iii. Guru dapat memahami tentang Pentaksiran Standard Kandungan,

Standard Pembelajaran,Standard Prestasi dan Tahap Penguasaan.

iv. Guru dapat menulis rancangan pengajaran harian berasaskan kaedah

pembelajaran abad ke-21.


Disediakan oleh : Disahkan oleh :

(PN.SITI MAHIDA BT MANSOR) (PN CHE ROSHAYATI BT YUSOF)


Guru Asas Sains Komputer Tingkatan 1, Guru Kanan Teknik & Vokasional
SMK Jelawat, SMK Jelawat,
16370 Bachok, 16370 Bachok,
Kelantan. Kelantan

Anda mungkin juga menyukai