Anda di halaman 1dari 5

STRUKTUR MEMBRAN PLASMA

membran plasma terdiri daripada protein dan fosfolipid.

FOSFOLIPID

sejenis trigliserida yang tersusun dalam dua barisan (dwilapisan) dalam membran
plasma.

fosfolipid mempunyai bahagian kepala yang berkutub yang bersifat hidrolik(tertarik


kepada air) manakala bahagian ekor yang tidak berkutub bersifat hidrofobik(tidak
tertarik kepada air).

bahagian kepala molekul fosfolipid lapisan luar menghala ke arah bendalir interstis
sementara bahagian kepala fosfolipid lapisan dalam menghala ke arah sitoplasma.

bahagian ekor semua molekul fosfolipid menghadap antara satu sama lain.

DWILAPISAN FOSFOLIPID

penghalang yang mengasingkan kedua-dua belah membran.

mengandungi kolestrol yang menghubungkan asid-asid lemak bersam.

kolestrol menstabilkan dan menguatkan membran plasma serta membuatkan membran


plasma lebih fleksibel tetapi kurang telap kepada bahan larut air seperti ion.

terdapat pelbagai jenis molekul protein yang terbenam sama ada separa atau
sepenuhnya dalam membran.

molekul protein yang membentuk liang atau terusan disebut protein liang dan molekul
protein yang berfungsi sebagai pembawa disebut protein pembawa..

sesetengah protein yang mengandungi karbohidrat yang melekat padanya disebut


glikoprotein.

SIFAT KETELAPAN MEMBRAN PLASMA

tidak telap sekiranya semua bahan tidak dapat menembusinya.

telap sekiranya membenarkan semua bahan bergerak merentasnya secara bebas.

membran separa telap atau telap memilih kerana hanya membenarkan molekul-
molekul lain dihadkan.

dua faktor yang menentukan sama ada sesuatu molekul boleh bergerak merentas
membran plasma atau tidak iaitu saiz dan sifat kekutuban molekul.

molekul hidrofobik yang laru dalam lipid, seperti asid lemak dan gliserol boleh
merentas dwilapisan fosfolipid dengan mudah.

molekul kecil tidak berkutub seperti oksigen dan karbon dioksida juga boleh bergerak
merentas dwilapisan fosfolipid dengan mudah.air masih boleh bergerak merentas
membran plasma kerana molekul air adalah cukup kecil untuk menggelongsor melalui
dwilapisan fosfolipid.

molekul air juga boleh bergerakmenerusi protein liang.

bagi molekul yang besar seperti glukosa dan asid amino, molekul ini tidak dapat melalui
ekor hidrofobik fosfolipid kerana saiz yang terlalu besar.

molekul ini diangkut merentas membran plasma oleh protein pembawa.

molekul molekul kecil larut air dan ion bergerak masuk dan keluar daripada sel melalui
protein liang.

PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA: PENGANGKUTAN PASIF

sesetengah bahan boleh bergerak merentas membran plasma tanpa menggunakan


tenaga (daripada kecerunan kepekatan tinggi ke kepekatan rendah).

RESAPAN RINGKAS

proses ini tidak melibatkan penggunaan tenaga oleh sel.

sumber tenaga datangnya daripada tenaga kinetik hasil pergerakan rawak molekul.

pengeangkutan pasif yang paling mudah ialah resapan ringkas.

molekul-molekul yang boleh merentasinya ialah oksigen, karbon dioksida dan molekul
lipid.

RESAPAN AIR:OSMOSIS

proses pengangkutan pasif yang serupa dengan resapan tetapi hanya melibatkan
molekul air.

proses pergerakan molekul air dari larutan berkepatan zat terlarut rendah (kepekatan
molekul air tinggi) ke larutan berkepekatan zat terlarut tinggi (kepekatan molekul air
rendah) merentas membran separa telap.

RESAPAN BERBANTU

kebanyakan molekul kecil bercas seperti ion atau molekul berkutub yang tidak larut
dalam lipid dan bersaiz besar seperti asid nukleik, asid amino dan glukosa tidak dapat
bergerak merentas dwilapisan fosfolipid membran plasma.

bahan ini bergerak merentas membran dengan bantuan protein pembawa dan protein
liang.
proses ini dinamakan resapan berbantu.

khusus kerana setiap satu hanya boleh bergabung dengan molekul tertentu sahaja.

PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA: PENGANGKUTAN AKTIF

pergerakan zat terlarut yang diperlukan oleh sel yang menentang kecerunan kepekatan.

satu proses fisiologi yang hanya berlaku dalam organisma hidup kerana proses ini
memerlukan tenaga yang dijanakan oleh sel hidup.

pergerakan bahan (ion dan molekul) merentas membran plasma menentang kecerunan
kepekatan iaitu dari kawasan berpekatan rendah ke kawasan berpekatan tinggi dengan
menggunakan tenaga metabolisme.

memerlukan bantuan protein pembawa dan tenaga untuk mengangkut bahan merentas
membran plasma.

tenaga untuk pengangkutan aktif datangnya daripada molekul ATP(adenosina trifosfat)


yang dijana oleh mitokondria.

PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA DALAM KEHIDUPAN


SEHARIAN

KESAN LARUTAN HIPOTONOK, HIPERTONIK DAN ISOTONIK TERHADAP SEL


TUMBUHAN DAN SEL HAIWAN

SEL HAIWAN DAN TUMBUHAN DALAM LARUTAN ISOTONIK (ZAT TERLARUT DAN AIR
ADALAH SAMA)

kepekatan zat terlarut di luar sel sama dengan kepekatan zat terlarut di dalam sel.

bendalir luar sel biasanya isotonik dengan bendalir dalam sel (bendalir intrasel).

air meresap masuk dan keluar sel secara osmosis adalah seimbang.

SEL HAIWAN DALAM LARUTAN HIPOTONIK (AIR LEBIH BANYAK BERBANDING ZAT
TERLARUT)

air akan meresap masuk secara osmosis.

menyebabkan isi padu sel bertambah dan sel mengembang. kemudiannya pecah.

proses ini dikenali sebagai hemolisis.


SEL TUMBUHAN DALAM LARUTAN HIPOTONIK (AIR LEBIH BANYAK BERBANDING
ZAT TERLARUT)

air akan meresap masuk secara osmosis.

vakuol sel mengembang memenuhi dinding sel dan menekan sitoplasmaserta menolak
membran plasma ke dinding sel.

dalam keadaan segah kerana mempunyai dinding sel untuk menghalang sel tumbuhan
supaya tidak pecah.

SEL HAIWAN DALAM LARUTAN HIPERTONIK (ZAT TERLARUT LEBIH BANYAK


BERBANDING AIR)

air akan meresap keluar secara osmosis.

menyebabkan isipadu sel berkurang dan mengecut.

proses ini dikenali sebagai krenasi.

SEL TUMBUHAN DALAM LARUTAN HIPERTONIK (ZAT TERLARUT LEBIH BANYAK


BERBANDING AIR)

air akan meresap keluar secara osmosis.

vakuol dan sitoplasma mengecut dan menjauhi daripada dinding sel.

proses ini dikenali sebagai plasmolisis.

jika sel tersebut dipindahkan ke dalam larutan hipotonik, air akan memasuki semula sel
secara osmosis dan sel menjadi segah semula.

proses ini dikenali sebagai deplasmolisis.

KESAN DAN APLIKASI OSMOSIS DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

bunga akan menjadi layu kerana terlalu banyak baja.

ikan kering dan jeruk timun diawetkan supaya tahan lama.

MENSYUKURI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA

pergerakan bahan merentas membran plasma berlaku secara berterusan dan dalam
terkawal.

membran plasma mengawal atur bahan yang masuk dan keluar daripada sel dengan
bersifat separa telap terhadap bahan berlainan.

Anda mungkin juga menyukai