Anda di halaman 1dari 1

Selain itu, pengaplikasian model disiplin Asertif Canter juga sedikit sebanyak mampu

membantu menangani masalah dalam kes 1 ini. Lee dan Marlene Canter (1976), telah
membentuk satu model disiplin berdasarkan ribuan jam pemerhatian yang telah dilakukan
ke atas guru-guru di dalam bilik darjah. Dalam model ini, disiplin tegas diri merupakan
pendekatan positif dan berterusan untuk membolehkan guru-guru mengajar, manakala
murid pula dapat belajar. Dalam model ini, guru digesa untuk menjadi guru yang tegas diri
agar murid dapat mendengar dan menurut segala perintah yang diutarakan. Ketegasan
seorang guru dalam mendidik pelajar di dalam kelas adalah sangat penting kerana
ketegasan mampu mengurangkan suasana bising di dalam kelas dan mengatasi masalah
tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah tersebut.

Dalam model ini juga, guru boleh menentukan peraturan manakah yang ingin
dilaksanakan di dalam bilik darjah. Peraturan ini akan menjadi panduan kepada semua
murid dan juga guru dalam bilik darjah. Guru berhak menentukan elemen-elemen yang wajib
dipatuhi oleh murid ketika berada di dalam kelas. Jika dilihat tentang situasi bilik darjah
dalam kes 1, guru boleh menetapkan peraturan tentang konsep bising dan juga berjalan-
jalan di dalam kelas semasa guru mengajar. Jika murid gagal mematuhi peraturan ini,
maka, denda hendaklah dilaksanakan supaya dapat memberi pengajaran kepadanya.
Pengajaran yang diberikan mampu menimbulkan rasa serik dalam diri pelajar dan secara
tidak langsung mereka tidak akan mengulangi tingkah laku tersebut.

Anda mungkin juga menyukai