Anda di halaman 1dari 4

Apa itu Vitamin C?

Vitamin C terdapat banyak dalam sayur-sayuran dan buah-buahan. Vitamin yang larut air
dan mempunyai antioksidan yang tinggi ini dapat membantu membentuk tubuh badan dan
mengekalkan tisu penghubung, termasuk tulang, saluran darah, dan kulit.

Vitamin C membantu untuk membaiki dan memulihkan tisu, melindungi daripada penyakit
jantung, membantu penyerapan besi, mencegah skurvi, dan mengurangkan jumlah dan
kolesterol LDL ("buruk") dan trigliserida. Penyelidikan menunjukkan bahawa vitamin C boleh
membantu melindungi daripada pelbagai jenis kanser dengan memerangi radikal bebas, dan
membantu meneutralkan kesan nitrit (bahan pengawet yang terdapat dalam beberapa
makanan yang dibungkus yang mungkin menimbulkan risiko kanser tertentu). Vitamin C
tambahan juga boleh mengurangkan tempoh dan gejala demam, membantu menunda atau
mencegah katarak, dan menyokong fungsi imun yang sihat.

Kelebihan Vitamin C.
Sistem Imunisasi
Vitamin C mampu melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan
tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita
juga terpelihara dari bakteria, virus serta jangkitan. Ia juga diperlukan untuk membina
kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang dimakan boleh
membantu mempercepatkan penyembuhan luka, melindungi kulit dari dirosakkan oleh
radikal bebas dan gelombang ultra ungu (UV).

Demam
Mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan
mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan
kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam, mengurangkan paras
histamin dan biasanya menyembuhkan demam dengan lebih cepat.

Anti-oksida
Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat serta berkesan dalam melindungi badan dari
radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau sel karat yang boleh menyebabkan
kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit
jantung dan strok.

Tekanan Darah Tinggi


Berkesan untuk merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko menghidap
tekanan darah tinggi.

Saluran Darah
Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik
ini dapat menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.
Mengurangkan Berat Badan
Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk mengurangkan berat badan
dan mengekalkan berat yg ideal.

Tekanan
Vitamin C membantu mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan
kortisol yang tinggi.

Katarak
Mengelakkan katarak dan memperbaiki penglihatan.

Barah
Ciri-ciri anti-oksida yang ada pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan
mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang.

Tenaga
Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia
membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf dan membantu
fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

Sakit Jantung
Vitamin C menghalang menghidap sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari
merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini
menyebabkan kolestrol teroksida.

Diabetes
Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan
simptom sedia ada.

Asma
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma.
Pengambilan Vitamin C yang tinggi dapat mengurangkan penghasilan histamin dalam badan
yang menyebabkan keradangan.

Perlindungan dari matahari


Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya
matahari, pencemaran dan kesan merokok. Ia juga mengurangkan kesan sunburn.

Penghasilan Kolagen
Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk
mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menjadikan kulit menjadi gebu serta
warna tona pada kulit.

Penyembuhan Luka
Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak lalu menyembuhkan
luka dengan cepat.
Melindungi dari perubahan warna kulit
Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan
warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine
dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma (masalah kulit).

Memperbaiki tekstur kulit.


Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu
sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien
yang menghasilkan kulit yang sihat.

Meningkatkan Pertumbuhan Rambut


Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang iaitu tanda tidak sihat
pada rambut.

Apa itu Manjakani?


Manjakani (Quercus infectoria) adalah tumbuhan yang merupakan spesies dari Quercus,
serta digunakan dalam pengubatan tradisional di Asia. Manjakani merupakan jenis pohon
kecil yang tumbuh di kawasan Yunani dan Asia, dengan tinggi mencapai 4 hingga 6 kaki.

Merawat Miss V
Buah manjakani dapat membersihkan bakteria di kawasan Miss V. Khasiatnya sangat bagus
untuk mengatasi keputihan.

Membersihkan bakteria
Buah manjakani berkhasiat untuk membersihkan bakteria di kawasan Miss V. Selain itu, ia
sangat bagus untuk mengatasi cairan berlebihan di kawasan Miss V dan membasmi bakteria
penyebab keputihan. Untuk rawatan lanjutan buah manjakani juga bagus untuk mencegah
kanser rahim.

Mengetatkan Miss V
Buah manjakani berfungsi sebagai ubat herba yang dapat membantu mengetatkan Miss V.

Awet Muda
Antioksidan dalam manjakani mampu melambatkan proses penuaan.

Mencegah Kencing Manis


Asid galik yang terkandung di dalam buah ini dapat mencegah kencing manis.

Mencegah kanser payudara dan rahim


Kadar antioksidan yang tinggi yang terkandung di dalam buah manjakani ini mampu
mencegah kanser payudara dan kanser rahim.
Mencegah bau yang tidak diingini
Membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak enak pada Miss V.

Merawat otot-otot di dalam Miss V


Tannin yang terdapat di dalam buah manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-
otot dalam Miss V dan menjadikan ia sempit.

Mengurangkan lendir pada Miss V


Astringen juga mampu menyerap segala lendir pada miss v yang menyebabkan bau tidak
enak.

Menegangkan dan mencantikkan kulit


Khasiat yang terkandung di dalam buah manjakani mampu mencantikkan kulit dan
mencegah jerawat.

Menegangkan payudara
Buah manjakani mempunyai sifat menegangkan kembali otot-otot dan mampu
memperbaiki payudara yang kendur.

Gigi dan tulang


Buah manjakani juga mengandungi kalsium yang membantu menguatkan gigi dan tulang.

Kulit kering dan berminyak


Buah manjakani juga mampu merawat kulit kering dan berminyak.

Melancarkan pembuangan air besar


Buah manjakani mempunyai serat makanan yang membantu dalam melancarkan
pembuangan air besar.

Anda mungkin juga menyukai