Anda di halaman 1dari 44

NOTA SEJARAH PENGGAL 3

ASALAMUALAIKUM WBT..

Nio nak kongsikan bahan sejarah yang cg nio berikan ...semoga nota ini dapat membantu
rakan2 sekalian..
selepas berusaha dan berdoa barulah berserah kepada Allah SWT ..
mantfaatkanlah nota ini dengan sebaiknya.. ingat kejayaan adalah hak milik setiap insan
yang berusaha..
ooohh.. satu lagi result MUET dah nak keluar la.. 19 sep ni kalau tak silap ..

SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA


[1800 2000]

BAHAGIAN A : SEJARAH MALAYSIA

TEMA 1 : MASYARAKAT [ INSTITUSI PEMERINTAHAN ]


Soalan 1
Peranan dalam pemerintahan di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British
sebenarnya terletak di bawah seseorang raja. Nilaikan penyataan di atas.

Pengenalan
Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874, Negeri-
negeri Melayu diperintah oleh Raja-raja Melayu. Sultan dan raja menduduki heirarki tertinggi
dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing. Mengikut sistem
pemerintahan dan pentadbiran tradisional seseorang raja berkongsi kuasa dan peranan dengan
golongan pembesar dalam menjalan dan melicinkan jentera pentadbiran Namun demikian,
semua Raja-raja Melayu ini sebenarnya mempunyai peranan luas dalam politik, ekonomi dan
sosial sehingga campur tangan Inggeris pada tahun 1874.
Isi
1. Politik
a. Ketua Kerajaan
Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran
negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak
sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat termasuk pembesarr tidak boleh membantah perintah
sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang.
Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia dan
hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman
termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah yang tidak ada pada golongan
pembesar.
b. Melantik Pembesar
Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri.
Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan pembesar-
pembesar yang lain. Baginda juga berhak melantik penggantinya sendiri, iaitu dalam kalangan
putera-putera baginda. Contohnya di Perak, sehingga tahun 1874, jawatan Bendahara
dipegang oleh keluarga diraja. Jawatan Temenggong dijawat oleh pembesar daerah Kota Lama,
Kuala Kangsar.
Dalam hal ini, Sultan yang melantik pembesar-pembesar daerah sahaja akan menerima sepucuk
surat dan hadiah sebilah pedang sebagai lambang jawatannya. Di dalam surat tauliah itu
dinyatakan nama daerah yang dikurniakan tetapi tidak ditentukan butir-butir sempadannya.
Biasanya pembesar dipilih secara turun temurun dalam kalangan keluarga pembesar
berkenaan. Sultan hanya akan campur tangan memilih pembesar yang baru dari keturunan lain
sekiranya keturunan pembesar tadi ketiadaan waris. Ini menunjukkan pembesar hanya
menjalankan peranannya di bawah kuasa raja. Apabila raja berkuasa melantik pembesar,
baginda juga mempunyai hak untuk melucutkan jawatan mana-mana pembesar.
c. Menentukan Hubungan Diplomatik
Sultan lebih aktif dalam menjalin hubungan hal ehwal luar berbanding bertindak sebagai ketua
perang. Perjanjian dengan kuasa-kuasa asing tidak sah jika tidak ditandatangani oleh sultan.
Selain itu, ia juga memerlukan tanda tangan 12 orang pembesar. Kebimbangan campur tangan
Inggeris di Tanah Melayu menjadikan hubungan sultan dengan para pembesar kian rapat.
Kehadiran British di Perak pada tahun 1875 membawa kepada perjumpaan-perjumpaan antara
sultan dengan pada pembesar.
Namun demikian, ada juga pembesar yang menentang sultan secara halus tidak hadir dalam
pertemuan seumpama ini. Misalnya pada tahun 1875 pentadbir British telah bersusah payah
untuk mendapatkan tanda tangan pembesar-pembesar Perak yang tidak hadir di Pangkor dalam
tahun 1874 untuk menandatangani persetiaan Melayu-Inggeris itu.
d. Ketua Pertahanan
Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan, sultan
akan mengetuai angkatan tentera dan membuat keputusan bagi mempertahankan negara
daripada serangan musuh atau menakluk negara lain. Baginda bertanggungjawab menjaga
keamanan negara daripada ancaman luar. Pada tahun 1830 an-1870an di Negeri-negeri Melayu
tidak terdapat peperangan luar yang serius atau ancaman perang. Kedatangan British juga tidak
menggunakan tentera yang besar, hanya menggunakan tentera Negeri-Negeri Selat sahaja.
Oleh yang demikian, peranan sultan sebagai ketua tentera tidak menonjol pada masa ini. Malah
perang saudara yang berlaku antara tahun 1865-1875 banyak melibatkan perang saudara antara
pembesar-pembesar. Hanya di Pahang berlaku pemberontakan seorang pembesar tetapi sultan
telah mengarahkan pembesar lain untuk menamatkan pemberontakan tersebut.
2. Ekonomi
Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi. Sultan mengambil bahagian dalam
perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal
perburuhan, hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan menyelaras
sistem cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai
negerinya. Contohnya, Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih timah) daerah Kelang
daripada Raja Mahadi. Sultan Pahang memperoleh cukai import yang dikenakan di muara
Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari segi pertanian sultan berhak mengerahkan
rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri.

Sultan juga berkuasa melaksanakan sistem kerah. Melalui sistem ini rakyat dikerah
melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang
tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera,membina jalan,
membina jambatan, membina benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya.
Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi juga
dikecualikan dari sistem ini. Contohnya di Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem ini
ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan baik-baik seperti haji, lebai, penghulu,
kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial
dalam kalangan rakyat.
3. Sosial
a. Lambang dan memelihara perpaduan negeri
Di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19 terdapat beberapa faktor yang membawa kepada
perselisihan dan perpecahan. Di dalam sesebuah negeri, selain Negeri Sembilan terdapat
pelbagai kebudayaan yang diamalkan oleh rakyatnya. Pembesar-pembesar daerah merupakan
pusat-pusat kuasa tempatan. Tentangan sering berlaku dalam kalangan mereka dan
mengganggu pentadbiran pusat. Malah mereka sering juga menentang sultan dan ada kalanya
menentang pelaksanaan perintah raja di daerah mereka.
Namun demikian, untuk menjaga kepentingan perdagangan, pertahanan negeri dan
ketenteraman dalam satu kawasan yang lebih luas dari sebuah daerah memaksa mereka tunduk
kepada sultan. Mereka tidak bersedia untuk memusnahkan kesultanan itu sendiri, walaupun
pertentangan dan perebutan takhta sering berlaku dalam kalangan pembesar. Mereka melihat
tidak ada satu sistem lain sebaik sistem beraja yang diamalkan.
Kedudukan sultan sebagai lambang perpaduan diperkukuhkan dengan baginda diberi
kekeramatan dan kuasa-kuasa sakti. Antaranya, baginda dikatakan berdarah putih,
menggunakan lambang-lambang kebesaran seperti pakaian dan peralatan berwarna kuning,
memiliki alat-alat muzik sendiri seperti nobat, nafiri, seruling dan terumpet. Alatan lain seperti
kayu gamit, puan naga, taru, kemala, surat chiri, cop halilintar, ubor-ubor dan lain-lain.
Selain itu, terdapat juga senjata-senjata seperti pedang, tombak dan keris panjang serta
penggunaan bahasa dalam atau bahasa istana yang dikhaskan untuk sultan dan kerabatnya.
Semua hak-hak keistimewaan ini bertujuan untuk mengagung-agungkan seseorang sultan
supaya rakyat taat setia kepada baginda. Sesiapa yang melanggar perintah sultan pula dikatakan
akan mendapat tulah, seperti kemalangan dan kesengsaraan.

b. Ketua agama Islam dan Adat istiadat Melayu


Sultan juga bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan dianggap
sebagai khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Sultan juga
memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di dalam negeri dan seluruh
tanah jajahannya. Lantaran itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat
penyebaran agama Islam di Tanah Melayu.
Hanya sedikit sahaja istiadat yang dihadiri oleh sultan sebagai pemimpin rakyat. Peranannya
tidak begitu aktif. Upacara-upacara besar dalam masa pemerintahan baginda ialah hari
pertabalan dan pemakaman. Pada masa ini pembesar dan rakyat jelata akan berhimpun. Pada
masa perayaan besar tahun Islam seperti Hari Raya Puasa, sultan akan mengadakan majlis
jamuan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, sultan memainkan peranan yang cukup besar sama ada dalam bidang
politik, ekonomi mahupun sosial. Kedaulatan dan kedudukan seseorang raja menjadikan
seseorang raja/sultan mempunyai hak yang mutlak untuk membuat semua
keputusan. Pengenalan sistem Residen pada tahun 1874 di Perak, seterusnya Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang telah menjejaskan kedudukan kuasa sultan dari sudut politik, ekonomi
dan sosial. Sultan kini hanya berkuasa dalam bidang agama Islam dan adat istiadat Melayu
sahaja, semua kuasanya yang lain dikuasai oleh Residen Inggeris.
TEMA 1 : MASYARAKAT [ SISTEM SOSIAL ]
Soalan 2
Di dalam struktur masyarakat Melayu tradisional, golongan yang diperintah
berperanan
mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah. Bincangkan.

Pengenalan
Sebelum tahun 1874, struktur masyarakat Melayu adalah bercorak feudal. Masyarakat
Melayu dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan yang
diperintah. Golongan pemerintah merupakan kumpulan yang kecil tetapi mempunyai kuasa
dan pengaruh dalam masyarakat Melayu tradisional. Golongan pemerintah terdiri daripada
golongan sultan atau raja, kerabat diraja, pembesar dan ulama. Golongan yang diperintah
terdiri daripada rakyat biasa yang merdeka, rakyat asing dan golongan hamba.

Isi

Golongan Yang Diperintah

Golongan ini berperanan sebagai pengikut atau pengiring pembesar peringkat pusat
atau menjadi penyokong pentadbir peringkat jajahan takluk.

1. Golongan merdeheka/bebas
Golongan ini terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing.
Rakyat biasa merupakan penduduk peribumi yang bermastautin tetap di negeri-negeri
tertentu . Rakyat biasa hidup bebas menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing seperti
berniaga, menangkap ikan, melombong , tukang mahir dan sebagainya. Rakyat biasa
merupakan pengikut setia terhadap pembesar yang mentadbir daerah. Mereka akan sentiasa
mengikut arahan golongan pembesar. Mereka akan menjalankan semua suruhan
pembesar,misalnya dalam sistem kerah dan serah. Rakyat biasa juga akan mengerjakan kerja-
kerja raja dan para pembesar. Mereka dikerah untuk membina serta membaiki jalan, membina
tambak, masjid, parit, dan benteng pertahanan. Rakyat akan dikerah membersihkan sungai,
membersihkan hutan belantara dan sebagainya. Mereka tidak tahu tempoh masa yang
diperlukan untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Kadang-kadang mereka akan berkhidmat
jauh daripada kampung untuk tugas-tugas seperti menarik bot untuk perjalanan dan
mengangkut barang-barang. Mereka dikerah untuk membuat persediaan berperang dan
menyediakan kelengkapan berperang. Ketika peperangan atau untuk pertahankan daerah dari
serangan luar, rakyat biasa akan menyumbangkan tenaga kepada para pembesar. Apabila
Sultan memerlukan tentera, rakyat akan dikerah dan mereka wajib menyertainya.

Rakyat Asing. Golongan ini hanya tinggal sementara di Tanah Melayu dan akan
kembali
ke negara asal mereka. Golongan ini terdiri daripada pedagang, perantau, mubaligh dan santeri
serta orang asing, yang datang ke Tanah Melayu sebagai tentera upahan. Orang asing yang
berkahwin dengan orang tempatan biasanya akan terus menetap di Tanah Melayu. Masyarakat
Tamil-Islam merupakan kumpulan orang asing yang paling ramai di Tanah Melayu. Golongan
orang asing tidak wajib mematuhi tradisi dan kebudayaan tempatan Melayu. Mereka tidak
terkecuali daripada hukum-hukum adat dan undang-undang negeri seperti yang dikenakan
kepada rakyat biasa.
2. Hamba

Golongan hamba menduduki lapisan paling bawah dalam struktur masyarakat


Melayu. Hamba dalam masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu
hamba biasa, hamba berhutang dan hamba raja. Hamba menjadi lambang ketinggian martabat
bagi orang yang memilikinya. Lebih ramai hamba, maka lebih tinggilah taraf sosial seseorang
sebagai anggota masyarakat dan semakin kukuhlah ekonomi tuannya.
Golongan hamba biasa merupakan golongan orang suruhan atau keturunan
hamba.Golongan ini biasanya akan dijual beli dan menjadi hamba seumur hidup. Seluruh
keluarganya akan menjadi hamba kepada tuannya. Manakala hamba berhutang merupakan
orang biasa yang menjadi hamba kerana gagal membayar hutang. Hamba berhutang akan bebas
apabila nilai hutang tersebut habis setelah bekerja dengan tuannya. Antara kerja yang biasa
dilakukan ialah bertani dan melombong.

Selain itu ,hamba raja merupakan golongan merdeheka yang telah melakukan
kesalahan jenayah dan diampunkan oleh sultan. Hamba raja juga terdiri daripada tawanan
perang. Hamba raja mempunyai kedudukan paling tinggi dalam kalangan semua hamba.
Mereka akan menjadi hamba secara turun temurun. Hamba abdi dan hamba berhutang
berkhidmat untuk tuan mereka sebagai pengikut dan sebahagiannya membuat kerja-kerja
rumah. Hamba lelaki akan melakukan tugas-tugas pertanian seperti membajak, menanam,
menuai, dan memugar tanah baharu. . Ada juga hamba lelaki yang mengikut tuannya
berdagang/berniaga. . Hamba perempuan membuat kerja-kerja di rumah atau menjadi dayang
kepada pemerintah. Mereka akan memasak, mencuci, mengasuh anak, mengambil air,
membelah kayu dan menganyam untuk tuannya. Kadangkala mereka akan menuai padi. Ada
di kalangan hamba perempuan yang ditugaskan memperoleh pendapatan bagi tuan mereka
dengan cara
menjadi pelacur.

Kesimpulan

Masyarakat Melayu tradisional mempunyai sistem sosial yang lengkap dan


tersusun. Setiap golongan mempunyai tugas dan peranan masing-masing. Kedudukan
susunan masyarakat Melayu tradisional yang berlapis-lapis telah meletakkan lapisan atasan
(golongan pemerintah) sebagai satu golongan yang menguasai dan mempunyai kepentingan
politik dan ekonomi. Sementara lapisan bawahan (golongan yang diperintah) berfungsi
sebagai golongan yang memainkan peranan daripada segi fizikal, moral dan tradisi
kemasyarakatan dan menjadi penyokong utama institusi raja dan pembesar. Kelancaran
sistem sosial ini telah menyumbang kepada kestabilan politik kerajaan yang
memerintah. Setelah campur tangan British dalam sistem politik negeri-negeri Melayu,
struktur
masyarakat Melayu telah mengalami perubahan yang ketara kerana peranan golongan
pembesar dan hamba telah mula dihapuskan oleh penjajah British.

TEMA 1 : MASYARAKAT [ SISTEM EKONOMI ]


Soalan 3
Sejauhmanakah kegiatan ekonomi tradisional dikatakan lebih berpusatkan kepada
aktiviti pertanian dan menangkap ikan semata-mata? Bincangkan penyataan ini.

Pengenalan
Ekonomi tradisional bermaksud kegiatan ekonomi yang dilakukan secara kecil-kecilan
bagi menampung keperluan diri dan keluarga sahaja. Kegiatan ini dikenali sebagai ekonomi
sara diri. Ia merupakan kegiatan ekonomi yang paling asas dan utama melibatkan masyarakat
Melayu tradisional.
Ciri-ciri utama kegiatan ekonomi tradisional ialah:
Tiada pengkhususan kerja kebiasaannya masyarakat Melayu melakukan pelbagai jenis
pekerjaan pada masa yang sama. Selain menjadi petani dan nelayan, mereka juga melakukan
kegiatan ekonomi sampingan yang lain seperti menternak binatang, bertukang dan lain-lain.
Penggunaan peralatan tradisional Tiada penggunaan alatan moden dalam kegiatan
pertanian, Penduduk hanya menggunakan alatan tradisi seperti tajak, cangkul, jala, pukat
dan lain-lain.
Berskala kecil kegiatan ekonomi dilakukan secara kecil-kecilan sahaja dan tidak melibatkan
penggunaan modal yang besar. Mereka hanya menghasilkan keperluan untuk diri dan keluarga
sahaja. Sebaliknya, mereka tidak menghasilkan keperluan untuk orang lain. Jika terdapat
lebihan, barulah dijual.
Tenaga kerja hanya melibatkan ahli keluarga kaum lelaki melakukan kerja yang lebih
berat. Sementara kaum wanita, orang tua dan kanak-kanak membantu melakukan kerja-kerja
yang lebih mudah dan ringan.
Amalan bergotong-royong atau berderau menjadi amalan kebiasaan masyarakat tempatan
terutamanya melibatkan kerja-kerja menanam dan menuai padi yang dilakukan secara bersama
dan berkumpulan bagi memudah dan mempercepatkan pekerjaan. Hubungan antara anggota
masyarakat semakin erat.
Isi
Kegiatan ekonomi tradisional mempunyai hubungan rapat dengan kawasan
petempatan sama ada terletak di kawasan pedalaman, pinggir sungai dan laut.Penduduk yang
tinggal di kawasan pedalaman menjalankan kegiatan pertanian. Manakala penduduk yang
tinggal di pinggir sungai dan laut pula terlibat dengan kegiatan menangkap ikan.Kedua-dua
aktiviti ekonomi ini merupakan kegiatan ekonomi yang paling asas atau utama melibatkan
masyarakat Melayu tradisional.Walau bagaimanapun, selain menjalankan kegaiatan pertanian
dan menangkap ikan, masyarakat tempatan juga banyak melakukan aktiviti sampingan yang
lain untuk menyara kehidupan seperti menternak binatang, melombong, mengutip hasil
hutan, pertukangan dan kraf tangan.
Pertanian
Bercucuk tanam atau pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat
tradisional.Tanaman utama tertumpu kepada tanaman padi sawah dan padi huma. Padi
sawah ditanam di kawasan lembah sungai yang merupakan kawasan tanah lanar yang subur.
Padi huma atau padi bukit pula ditanam di kawasan dataran tinggi atau di lereng bukit.Selain
padi, tanaman lain turut ditanam seperti pelbagai jenis ubi, sayur-sayuran, buah-buahan dan
bijirin. Kegiatan pertanian dilakukan secara kecil-kecilan sahaja dengan menggunakan
peralatan tradisional seperti tajak, cangkul, kuku kambing untuk menanam pokok padi , sabit
dan ketam padi untuk menuai padi.
Menangkap ikan
Menangkap ikan juga merupakan kegiatan ekonomi yang penting bagi masyarakat
Melayu tradisional selain pertanian. Kegiatan menangkap ikan dijalankan oleh penduduk
yang tinggal berhampiran laut dan sungai. Aktiviti ini diusahakan oleh penduduk secara kecil-
kecilan dengan menggunakan peralatan tradisional seperti jaring atau pukat, bubu, kelong, jala,
lukah, tangguk dan sebagainya. Mereka hanya mampu melakukan kegiatan menangkap ikan di
tepi pantai sahaja. Selain laut, penduduk juga menangkap ikan air tawar di kawasan sawah
padi, kolam dan sungai.
Menternak binatang
Selain pertanian dan menangkap ikan, penduduk turut melakukan aktiviti ekonomi lain
sebagai aktiviti sampingan seperti menternak binatang. Ayam dan itik merupakan binatang
ternakan utama. Selain untuk dimakan dagingnya, bahan buangan ternakan turut digunakan
sebagai baja bagi menyuburkan tanaman. Lembu dan kerbau turut diternak bagi membantu
kerja-kerja pembajakan tanah. Penternakan binatang hanya dilakukan di kawasan petempatan
penduduk.
Melombong
Perlombongan secara mendulang dilakukan secara kecil-kecilan oleh masyarakat yang
tinggal berhampiran dengan sungai. Bijih timah, bijih besi dan emas merupakan galian utama
yang dilombong. Aktiviti ini melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak. Hasil lombong dijual
di kawasan berhampiran untuk mendapatkan barang keperluan harian yang lain.
Mengutip hasil hutan
Mengutip hasil hutan dilakukan di kawasan pedalaman. Hasil hutan yang dipungut
adalah seperti rotan, damar, kapur barus, getah perca, daun mengkuang dan akar-akar kayu
sebagai ubat-ubatan. Selain untuk kegunaan sendiri, hasil hutan yang berlebihan dijual kepada
kawasan berhampiran.
Pertukangan
Masyarakat tradisional juga sering menghabiskan masa lapang dengan melakukan
kerja-kerja pertukangan seperti membuat rumah, perahu dan perabot. Aktiviti pertukangan
melibatkan golongan lelaki. Sementara kaum wanita terlibat dengan aktiviti kraf tangan seperti
menganyam tikar, membuat bakul dan lain-lain.
Kesimpulan
Kesimpulannya, adalah jelas bahawa kegiatan ekonomi tradisional bukanlah tertumpu
kepada pertanian dan menangkap ikan semata-mata. Walaupun pertanian dan menangkap ikan
merupakan kegiatan ekonomi yang paling asas, namun kegiatan ekonomi lain turut dilakukan
sebagai kegiatan sampingan seperti menternak binatang, melombong, mengutip hasil hutan,
petukangan dan kraf tangan. Umumnya, kedatangan British pada akhir abad ke-19 telah
mengubah corak tradisi orang-orang Melayu dalam bidang ekonomi.

TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ PENGUBAHSUAIAN DALAM


PENTADBIRAN ]
Soalan 4
Sejauhmanakah Sistem Residen mempengaruhi perubahan pentadbiran di negeri-
negeri Melayu selepas 1874.

Pengenalan
Sebelum kedatangan British pentadbiran di Negeri-negeri Melayu diketuai oleh
raja/sultan. Sultan/raja menjadi pemerintah mutlak dengan dibantu oleh pembesar.
Campurtangan British dalam pentadbiran Negeri-negeri Melayu telah merubah struktur
pentadbiran Negeri-negeri Melayu secara tidak langsung. Pengenalan system residen telah
menyebabkan pentadbirandi setiap NNM tidak seragam. Masalah ini cuba diatasi melalui
pelbagai perubahan dan pengubahsuaian dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan social.
Isi
i) Sistem Residen
Diperkenalkan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.Residen ialah seorang
pegawai British yang ditugaskan sebagai penasihat sultan dan nasihatnya mesti dipatuhi.
Menasihati sultan dalam semua perkara kecuali agama Islam dan adat-istiadat
Melayu.Walaupun British menjamin kedudukan dan kedaulatan raja tetapi kuasa pemerintahan
sebenarnya berada di tangan residen.Residen British berkuasa dalam semua urusan pentadbiran
termasuk kutipan cukai dan kawalan ke atas semua hasil negeri.
Pengaruh lain
ii) Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN)
Dianggotai oleh sultan, residen British, 12 orang pembesar melayu dan seorang wakil
masyarakat Cina. Ditubuhkan untuk membincangkan perkara-perkara yang melibatkan
pentadbiran negeri. Berperanan sebagai badan penasihat dalam menggubal undang-undang dan
menjadi mahkamah rayuan tertinggi. MMN juga menguruskan perubahan struktur cukai,
pencen orang melayu dan perlantikan ketua-ketua tempatan. MMN tidak mempunyai kuasa
perundangan yang luas. MMN hanya berperanan untuk mengesahkan segala keputusan yang
telah dibuat. Kuasa sultan juga terbatas kerana hanya berkuasa dalam agama islam dan adat-
istiadat Melayu. Setiap negeri menubuhkan perkhidmatan awam sendiri dengan jawatan
penting dikuasai oleh British. Jawatan di peringkat bawahan diberi kepada orang Serani, India,
Ceylon dan Melayu.

iii) Sistem pentadbiran tanah


British menyusun semula system pentadbiran tanah. Undang-undang hak milik
persendirian, tanah perlu didaftar dan boleh disewa atau dipindahmilik melalui system jual beli.
Tanah menjadi sumber pendapatan kerajaan. Menimbulkan bantahan dan penentangan
pembesar Melayu.
iv) Sistem pentadbiran negeri
Pembahagian negeri kepada beberapa daerah. Perlantikan pegawai daerah
menggantikan jawatan pembesar melayu. Pegawai daerah bertugas mengendalikan urusan
cukai, sewa tanah, menjaga keamanan, menguatkuasakan undang-undang dan
bertanggungjawab terhadap kawasan. Wujud sempadan geografi antara negeri yang jelas.
Setiap daerah dibahagikan kepada mukim dengan diketuai oleh seorang penghulu. Di peringkat
kampung diketuai oleh ketua kampung yang berperanan sebagai penghubung antara penduduk
kampung dengan pentadbiran yang lebih tinggi.
v) Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
Menggabungkan persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Pahang dan Negeri
Sembilan di bawah satu unit pentadbiran. Mewujudkan pemusatan kuasa antara keempat negeri
yang diselaraskan. Residen Jeneral mengetuai pentadbiran persekutuan NNMB dalam semua
perkara kecuali agama islam dan adat-istiadat Melayu. Gabenor Negeri-negeri Selat bertindak
sebagai Pesuruhjaya Tinggi NNMB. Penubuhan Majlis Raja-Raja (Durbar) yang memberi
peluang kepada raja-raja Melayu untuk menyuarakan pandangan. Kewujudan jawatan-jawatan
baru seperti penasihat undang-undang, pesuruhjaya kehakiman, pesuruhjaya polis dan
pengarah jabatan kerja raya serta penubuhan jabatan-jabatan lain membantu melicinkan
pentadbiran.
Kesimpulan
Sistem Residen telah mengubah pentadbiran di negeri-negeri Melayu yang memberi
kekuasaan kepada British. Kuasa pentadbiran negeri-negeri Melayu beralih kepada kerajaan
British manakala sultan/raja hanya berkuasa dalam agama Islam dan adat-istiadat Melayu
sahaja. Penguasaan British ke atas pentadbiran tanah membolehkan mereka mengeksploitasi
kekayaan ekonomi di negeri-negeri Melayu. Perubahan pentadbiran ini juga menyebabkan
kuasa raja dan pembesar terhakis.
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ MASYARAKAT PELBAGAI
KAUM ]
Soalan 5
Sejauh manakah perkembangan ekonomi menyebabkan pembentukan masyarakat
majmuk di Tanah Melayu.
Pengenalan
Masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan budaya
tersendiri dan hidup dalam satu unit politik secara terasing antara satu sama lain. Mereka hanya
berhubung untuk tujuan ekonomi dan berpotensi berlaku konflik bagi mempertahankan
kepentingan kaum mereka. Di Tanah Melayu masyarakat majmuk terbentuk akibat daripada
dasar penjajah memajukan ekonomi komersil yang membawa kepada penghijrahan masuk
beramai-ramai kaum Cina dan India.
Isi
Faktor-faktor pembentukan masyarakat majmuk.:

1. Perkembangan ekonomi
i) Perkembangan pesat perusahaan bijih timah.
Perkembangan pesat bijih timah memerlukan buruh yang ramai dan British berhadapan
dengan masalah tenaga buruh kerana orang Melayu hanya tertumpu pada kegiatan pertanian.
Kawasan pengeluar bijih timah : Lembah Kinta ,Lukut, Klang, Sg Ujong. Bagi menarik
kemasukan orang Cina, kerajaan British telah melakukan beberapa perkara : melonggarkan
syarat kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu, memberi jaminan keselamatan nyawa dan
harta benda dan diberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing di bawah
kawalan ketua masing-masing.

ii) Perkembangan pesat perusahaan getah


Perusahaan getah berkembang menjelang abad ke 20 akibat perkembangan perusahaan
automobil di Amerika Syarikat. Pembukaan ladang-ladang getah menyebabkan British
memerlukan lebih banyak buruh India. British lebih berminat mengambil buruh India bekerja
di ladang getah mereka disebabkan buruh India sanggup bekerja lebih lama, menerima gaji
rendah dan mudah dikawal. Bermula 1857 hingga 1938 , buruh India datang ke Tanah Melayu
melalui tiga cara iaitu : buruh kontrak, sistem kangani, buruh bebas. Masyarakat India telah
membawa masuk budaya kehidupan mereka ke Tanah Melayu.

iii) Kegiatan ekonomi tersendiri.


Masyarakat Melayu menjalankan kegiatan ekonomi sara diri dan pertanian tradisional
seperti menanam padi , manangkap ikan dan mengutip hasil hutan. Masyarakat Cina
menjalankan menjalankan kegiatan ekonomi komersial seperti perlombongan, perdagangan
dan perniagaan. Masyarakat India menjalankan kegiatan perladangan getah sebagai buruh
Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan kemunculan masyarakat majmuk

1. Dasar kerajaan British


Matlamat British adalah menguasai ekonomi Tanah Melayu melalui dasarpecah dan
perintah. British tidak mahu orang Melayu diberi peluang luas dalam ekonomi moden kerana
takut disingkirkan Kerajaan British membawa masuk orang Cina dan India bagi mencapai
matlamat untuk mengimbangi kaum MelayuMasyarakat berbeza akan menyukarkan penduduk
untuk bersatu dan bangkit menentang mereka

2. Lokasi pertempatan yang berasingan


Masyarakat pelbagai kaum mempunyai lokasi pertempatan berbeza dan terasing.Orang
Melayu tinggal di kawasan luar bandar dan kampung. Orang Cina di kawasan perindustrian
dan perlombongan bijih timah. Orang India tinggal di kawasan perladangan getah. Mereka
hidup berasingan dan amat jarang berlaku perhubungan antara kaum.
3. Pengamalan budaya hidup tersendiri
Masyarakat Cina dan India mengamalkan budaya hidup mereka dari China dan India.
Mereka telah menubuhkan pergerakan, persatuan bagi mempertahan dan melindungi amalan
budaya mereka. Masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu jelas dengan pengamalan dan
anutan agama yang berbeza dan dipertahankan iaitu orang Melayu beragama Islam, Cina
beragama Buddha dan Kristian, India beragama Hindu.

4.Sistem pendidikan berbeza


Pendidikan Melayu berasaskan kepada budaya Melayu dan Islam dengan bahan
pengajaran dan pembelajaran dan sukatan pelajaran berasaskan budaya Melayu, Bahasa
Melayu, Arab, dan agama Islam diutamakan. Ini membawa lahirnya sekolah Melayu dan
sekolah pondok.Masyarakat Cina telah mendirikan sekolah Cina dengan menggunakan bahasa
Cina, guru, sukatan pelajaran serta buku rujukan dari negara China. Masyarakat India pula
menggunakan bahasa Tamil, guru, sukatan pelajaran dan buku dari India

Kesimpulan
Pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu telah membawa kesan yang besar
ke atas struktur kependudukan di Tanah Melayu. Kesan ketara ialah masalah
ketidakseimbangan antara kaum berlaku dalam bidang ekonomi, sosial, budaya dan politik.

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA


[ PENDUDUKAN JEPUN 1941 1945 ]
Soalan 6
Nilaikan/Analisa dasar-dasar dan kesan-kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu
dari tahun 1941-1945.

Pengenalan.

Jepun menyerang Tanah Melayu pada 8hb. Disember 1941. Pada 15hb. Februari 1942,
Tanah Melayu dan Singapura jatuh kepada pemerintahan Jepun. Pendudukan Jepun di Tanah
Melayu selama kira-kira 3 1/2 tahun telah meninggalkan kesan-kesan politik, ekonomi dan
sosial.

Isi.

a) Dasar Pemerintahan Jepun


Pemerintahan bercorak tentera yang berpusat di Singapura untuk menjayakan dasarnya.
Tanah Melayu dan Sumatera disatukan dalam satu wilayah tetapi kemudiannya diasingkan
pada April 1943.Negeri-negeri Melayu Utara diserahkan kepada Siam pada Ogos 1943 untuk
membalas bantuan Siam kerana membantu Jepun menawan Tanah Melayu.Setiap negeri dikir
a sebagai daerah. Kuasa tertinggi bagi setiap daerah adalah gabenor. Di bawah gabenor terdapat
biro-biro.

b) Dasar Pentadbiran Jepun


Jepun amalkan dasar yang memberi keuntungan kepada mereka. Jawatan Sultan masih
dikekalkan tetapi hanya terbatas kepada adat istiadat Melayu dan agama Islam. Jepun
membahagikan daerah kepada unit yang lebih kecil iaitu kampung, jiran tetangga dan
keluarga. Sijil Kehidupan dan Keamanan dikeluarkan untuk memantau kelahiran,
perkahwinan dan kematian. Pasukan polis tentera dinamakan kempetai untuk mengawasi
pergerakan penduduk tempatan.

1. Dasar Sosial Jepun


Layanan berbeza mengikut kaum. Orang Melayu dan India dilayan baik,manakala
orang Cina dilayan buruk.Penindasan dan kezaliman terhadap orang Cina kerana Jepun
berperang dengan negara China.Dasar diskriminasi kaum memberi kesan buruk kepada
hubungan kaum di Tanah Melayu.Orang Cina benci kepada orang Melayu kerana terlibat
dengan kempetai

c) Dasar penjajahan budaya


Dengan memaksa penduduk tempatan mempelajari bahasa Jepun,
Penyebaran propaganda Jepun dilakukan melalui radio, akhbar dan wayang gambar.Lagu
kebangsaan dinyanyikan setiap pagi.Sekolah Cina dan Inggeris ditutup manakala sekolah
Melayu dan sekolah Tamil dibuka. Sekolah Inggeris ditukar menjadi sekolah rendah dan
bahasa Jepun dijadikan bahasa pengantar utama.Bahasa Jepuun diajar dalam akhbar bahasa
Melayu..

d) Dasar Ekonomi
Jepun mengamakan dasar ekonomi kawalan untuk mengawal kegiatan rakyat.Akhirnya,
bekalan makanan tidak cukup,harga barangan meningkat dan berlakunya inflasi. Jepun
galakkan tanama makanan sendiri untuk menampung bekalan makanan dalam negara. Jepun
mencetak wang pokok pisang untuk mengatasi masalah kekurangan wang tetapi akhirnya
berlaku inflasi.

Kesan-Kesan Politik
Pendudukan Jepun mengakibatkan kesedaran politik yang lebih mendalam dalam
kalangan penduduk di Tanah Melayu, khususnya kepada orang Melayu. Penderitaan yang
dialami dan propaganda Jepun seperti Asia untuk orang-orang Asia menambahkan keazaman
orang-orang Melayu mencapai kebebasan politik dan kemerdekaan. Orang Melayu mendapat
pengalaman pentadbiran semasa pendudukan Jepun. Pengalaman memegang jawatan-jawatan
kanan seperti Pegawai Daerah telah memberi keyakinan diri yang lebih tegas. Orang-orang
Melayu sedar bahawa mereka mempunyai keupayaan memerintah Tanah Melayu
sendiri. Pendudukan Jepun juga memberi kesedaran bahawa orang Melayu tidak boleh
berharap sepenuhnya kepada British. Mereka harus menentukan nasib sendiri. Pendudukan
Jepun telah menamatkan kepercayaan bahawa British tidak boleh dikalahkan. Sikap anti-
penjajahan dalam kalangan orang Melayu telah berkembang. Pendudukan Jepun membolehkan
Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu muncul sebagai golongan politik yang teratur
dan sangat kuat di antara tahun-tahun 1945 - 1948. Kezaliman Jepun membolehkan Parti
Komunis Malaya mendapat sokongan terutamanya dari orang Cina. PKM telah menubuhkan
Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (MPAJA). Hampir kesemua ahli-ahli MPAJA terdiri
daripada orang-orang Cina.

Kesan-Kesan Ekonomi
Ekonomi dan taraf kehidupan pendudukan Tanah Melayu merosot. Perusahaan bijih
timah dan getah terbantut. Masalah ini timbul kerana pihak British telah memusnahkan
peralatan perlombongan bijih timah dan loji-loji memproses getah seberlum berundur ke
Singapura untuk mengelakkan ianya jatuh ke tangan Jepun. Malahan Tanah Melayu juga
terputus daripada pasaran-pasaran eksport yang biasa akibat peperangan. Pihak Jepun teleh
menitikberatkan eksploitasi bahan-bahan yang berkurangan di negeri Jepun seperti besi dan
bauksit. Tanah Melayu mengalami kekurangan segala jenis barang pengguna terutamanya
tekstil. Makanan seperti beras juga berkurangan kerana sukar diimport. Penduduk Tanah
Melayu terpaksa bergantung kepada makanan lain seperti ubi kayu dan keledek. Pengedaran
wang kertas yang tidak terkawal dan kekurangan makanan dan barang pengguna menyebabkan
inflasi di Tanah Melayu. Pihak Jepun tidak mengendalikan infrastruktur dengan
baik. Penduduk Tanah Melayu memulakan beberapa perusahaan tempatan memandangkan
banyak barang tidak dapat diimport.

Kesan-Kesan Sosial
Penduduk Tanah Melayu terutamanya orang Cina menderita akibat kezaliman dan
seksaan Jepun. Tentera polis Jepun iaitu Kempeitai sangat kejam dan telah membunuh ramai
orang-orang yang anti-Jepun. Tanah Melayu mengalami masalah kekurangan makanan
terutamanya beras kerana ianya sukar diimport dari negeri-negeri lain akibat
peperangan. Taraf kesihatan penduduk Tanah Melayu merosot. Penyakit-penyakit seperti beri-
beri dan malaria berleluasa. Ini kerana ubat-ubatan telah dirampas oleh Jepun bagi merawat
askar-askarnya. Pendudukan Jepun telah mengakibatkan permusuhan antara orang-orang
Melayu dan Cina. Layanan Jepun yang lebih baik terhadap orang Melayu mengakibatkan
kemarahan dalam kalangan orang-orang Cina. Malahan pemerintahan Jepun telah mengambil
orang-orang Melayu untuk menjadi askar dan polis. Sebahagian daripada pasukan Jepun yang
menyerang tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (Pertubuhan Komunis yang dikuasai oleh orang
Cina) terdiri daripada orang Melayu. Ini mengukuhkan lagi permusuhan perkauman Melayu-
Cina. Beberapa pertempuran perkauman yang kecil antara Melayu dengan Cina berlaku
selepas Jepun menyerah kalah pada 15hb. Ogos 1945. Sistem pendidikan Jepun yang lebih
menekankan latihan akhlak/watak daripada akademik telah mengukuhkan tatatertib dan
menanam sifat kerajinan dalam kalangan pemuda-pemuda terutamanya Melayu.

Kesimpulan

Pendudukan Jepun merupakan satu zaman penting dalam sejarah Tanah Melayu.
Pendudukan Jepun bukan sahaja membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan penduduk
Tanah Melayu tetapi juga mengukuhkan perasaan perkauman.Pada keseluruhannya,
pendudukan Jepun telah mengubah keadaan politik, ekonomi dan sosial Tanah Melayu
sebelum perang dengan begitu radikal sehingga British terpaksa merombak dasarnya selepas
perang. Suasana ini telah mempercepatkan proses pencapaian kemerdekaan Tanah Melayu.

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA


[ PERJUANGAN SECARA BERPERLEMBAGAAN 1946 1960 ]
Soalan 7
Perlembagaan Malayan Union yang diperkenalkan Kerajaan British pada tahun
1946 merupakan satu bentuk tindakbalas terhadap kelemahan pentadbiran mereka di
Tanah Melayu sebelum perang. Namun demikian, pengenalan Perlembagaan
Malayan Union ini sebenarnya telah menimbulkan banyak reaksi negatif dan
penentangan daripada kalangan masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Bincangkan.

Pengenalan

Malayan Union (MU) telah diisytiharkan secara rasmi pada 1 April 1946 di King's
House (Carcosa Seri Negara) merupakan sebuah gabungan negeri-negeri
Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British
Malaya.yang bertujuan untuk menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu di bawah satu
sistem pemerintahan berpusat yang diketuai oleh Gabenor.
Menurut kerajaan British, Malayan Union adalah persediaan kepada orang Melayu
untuk berkerajaan sendiri. Tetapi Penubuhan Malayan Union telah mendapat penentangan
yang kuat daripada kaum Melayu. Hal ini adalah disebabkan bahasa cadangan yang
dikemukakan dalam kertas putih pelaksanaan MU telah mengancam kedudukan orang
Melayu sebagai penduduk Bumiputera. Sebagai contoh, hak istimewa orang Melayu telah
dihapuskan dan syarat kerakyatan yang lebih longgar telah diberi kepada bangsa asing. Untuk
menunjukkan ketidakpuasan, kaum Melayu telah bergabung untuk menentang Malayan Union
pada tahun tersebut juga. Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada penentangan
masyarakat Melayu terhadap pelaksanaan Rancangan Malayan Union.
Isi
Faktor-Faktor Penentangan Masyarakat Melayu
1. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan sultan-sultan
Orang Melayu tidak bersetuju dengan cara Harold MacMichael mendapatkan
tandatangan Sultan bagi mempersetujui penubuhan MU. Semasa diminta menandatangani
persetujuan tersebut, Sultan-sultan tidak diberitahu cadangan-cadangan yang terkandung dan
perlembagaan MU. Sultan-sultan juga tidak diberi masa cukup untuk meneliti kebaikan dan
keburukan MU. Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan berbincang dengan pembesar atau
Majlis Mesyuarat Negeri sebelum menandatangani persetujuan penubuhan MU. Ugutan
Harold MacMichael telah menambahkan kemarahan orang Melayu. Sekiranya mana-mana
Sultan enggan menandatangani persetujuan penubuhan MU, Sultan tersebut akan dianggap
pro-Jepun dan disingkirkan dari takhta. Contoh yang jelas ialah Sultan Badlishah (Kedah) yang
diberi kata dua sama ada menandatangani persetujuan penubuhan MU atau turun dari takhta.

2. Kekuasaan Dan Kewibawaan Sultan


Orang Melayu bangkit menentang Malayan Union kerana Malayan Union telah
mengancam kedaulatan raja-raja Melayu. Kuasa raja-raja Melayu dikurangkan dan pentadbiran
di ambil alih oleh Gabenor yang mempunyai kuasa veto. Akibat raja-raja kehilangan kuasa,
orang Melayu bimbang tentang masa hadapan untuk menghadapi persaingan daripada kaum
bukan Melayu.
Gabenor Malayan Union akan menjadi Pengerusi Majlis Islam dan ini menjatuhkan
maruah dan kesucian agama Islam kerana orang bukan Islam menjadi Pengerusi Majlis Agama
Islam. Orang Melayu bimbang sultan akan kehilangan kuasa politik and hak keistimewaan.
Orang Melayu tidak rela melihat Sultan mereka dilucutkan kuasa politik. Kehilangan kuasa
sultan akan menyebabkan status Tanah Melayu menjadi Tanah Jajahan British. Hal ini, telah
menimbulkan semangat nasionalisme yang membara dikalangan orang Melayu.

3. Hak Istimewa
Penubuhan MU akan menghapuskan hak-hak istimewa yang dinikmati oleh orang
Melayu sebagai bumiputera Tanah Melayu kerana perlembagaan MU memberi hak dan
peluang yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Orang
Melayu tidak mahu hak istimewa dinikmati oleh orang Cina dan India yang dianggap
pendatang yang menumpang di Tanah Melayu. Penghapusan hak istimewa menyebabkan
orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi oleh orang Cina akan bertambah besar dan ini
akan meluaskan jurang ekonomi antara orang Melayu dengan Cina.

4. Hak Kerakyatan
Orang Melayu tidak bersetuju dengan syarat kerakyatan yang longgar mengikut
prinsip Jus Soli. Orang Melayu tidak mahu orang Cina dan India diberi syarat kerakyatan yang
longgar kerana mereka masih tidak yakin dengan taat setia orang Cina dan India terhadap
Tanah Melayu. Pemberian taraf kerakyatan yang longgar akan menyebabkan ramai orang Cina
dan India menjadi warganegara Tanah Melayu. Orang Melayu bimbang orang Cina yang
sudahpun menguasai ekonomi akan menguasai politik apabila bilangan mereka melebihi orang
Melayu. Kebimbangan mereka bertambah kerana pada tahun 1947, jumlah Melayu hanya
49.46% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

5. Balas Dendam
Orang Melayu juga menentang MU kerana mereka menyedari perlembagaan MU
merupakan balas dendam British terhadap orang Melayu kerana menyokong Jepun. James V.
Allen dalam bukunya The Malayan Union mendakwa sejak kekalahan British di tangan
Jepun, majoriti pegawai British bersikap anti Melayu kerana kecewa dengan tindakan orang
Melayu bekerjasama dengan Jepun. Akibatnya, perlembagaan MU amat merugikan orang
Melayu, terutamanya yang berkaitan dengan hak istimewa dan kekuasaan serta kewibawaan
Sultan.

6. Masa Cemas
MU dilaksanakan pada masa cemas dalam hubungan antara orang Melayu dan Cina
akibat pemerintahan Jepun. Oleh itu, orang Melayu mendakwa perkembangan ini dilaksanakan
dalam suasana anti Melayu dan pro Cina kerana MU merugikan orang Melayu dan
menguntungkan orang Cina.

7. Orang Melayu Tidak Terlibat Dalam Merangka Perlembagaan MU


Orang Melayu tidak terlibat dalam merangka perlembagaan MU. Perlembagaan itu
dirancang oleh Pegawai British dalam MPU di London. Pendapat orang Melayu langsung tidak
diminta oleh British semasa mereka merangka perlembagaan tersebut.

Reaksi Bukan Melayu


Walaupun MU ditentang oleh masyarakat Melayu, Perlembagaan MU ini sebenarnya
telah diterima baik oleh orang bukan Melayu kerana pemberian hak yang sama rata kepada
semua kaum. Syarat-syarat kewarganegaran yang longgar juga amat dipersetujui kerana
memberi peluang kepada mereka untuk menjadi warganegara Tanah Melayu.
Tetapi dengan pengenalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang
menggantikan Malayan Union, hak-hak tersebut diketepikan dengan syarat-syarat
kewarganegaraan yang lebih ketat. Bantahan telah dibuat oleh kaum bukan Melayu, parti
politik Melayu berhaluan kiri dan golongan revolusioner. Ketiga-tiga pihak tidak bersetuju
dengan perlembagaan Persekutuan kerana mereka tidak diajak sama berbincang dan tidak
mewakili semua kaum yang ada di Tanah Melayu.

Penilaian Pelaksanaan MU
Penentangan terhadap Malayan Union berjaya mencapai matlamatnya apabila MU
diganti dengan Persekutuan 1948. Gagasan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British di
Tanah Melayu bukan sahaja mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu, malahan
sultan-sultan Melayu turut memulaukan gagasan tersebut. Gagasan tersebut menemui
kegagalan disebabkan syarat-syarat yang terkandung dalam perlembagaan tersebut amat tidak
memuaskan hati kaum Melayu, terutama berkaitan hak istimewa dan taraf kewarganegaraan
yang akan menggugat kepentingan kaum peribumi.
Akibat tentangan orang Melayu dan perakuan Edward Gent serta Malcolm MacDonald,
maka British telah menghantar satu perwakilan ahli Parlimen British yang diketuai oleh L.D.
Grammant dan D.R. William untuk meninjau kehendak orang Melayu. Hasil daripada laporan
mereka, British bersetuju membubarkan MU dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu
pada 1 Februari 1948. Persekutuan Tanah Melayu menjadi lindungan British. Dalam
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, hak-hak istimewa orang Melayu dan kekuasaan
serta kewibawaan Sultan dikekalkan. Selain itu, syarat kerakyatan telah diperketatkan.

Kesimpulan

Syarat di dalam Perlembagaan Malayan Union yang membelakangkan kepentingan hak


orang Melayu, kehilangan kuasa Sultan, taraf kewarganegaraan yang longgar telah memaksa
perlembagaan ini diganti dengan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang lebih bersifat
tolak ansur. Dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, hak-hak istimewa orang Melayu
dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan dikekalkan. Selain itu, syarat kerakyatan telah
diperketatkan. Ini menunjukkan muncul sifat toleransi antara kaum dan ianya dapat dilihat
berdasarkan kepada isi kandungan syarat yang terdapat di dalam kedua-dua perlembagaan yang
telah dibincangkan. Hasrat ke arah berkerajaan sendiri menjadi lebih jelas apabila kepentingan
orang Melayu telah diberi perhatian oleh British. Beberapa perubahan pentadbiran yang dibuat
memberi peluang kepada orang Melayu mentadbir dan hasilnya pada 31 Ogos 1957 Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan.

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA [


KEMERDEKAAN]
Soalan 8
Sejauhmanakah faktor ancaman komunis telah mempengaruhi pembentukan
Malaysia pada tahun 1963? Bincangkan.

Pengenalan
Konsep Persekutuan Tanah Melayu pada mulanya dicadangkan oleh Lord Brassey, iaitu
Pengarah Syarikat Borneo Utara British pada tahun 1887 yang merangkumi penyatuan Tanah
Melayu, Singapura dan Borneo. Pada tahun 1947 Sir Malcom Mac Donald, Pesuruhjaya Tinggi
British Asia Tenggara mencadangkan idea yang sama. Konsep negara berbentuk Persekutuan
semakin menarik perhatian apabila Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan Malaysia
dalam Perhimpunan Agong UMNO 25 Disember 1955. Setelah Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman sekali lagi mencadangkan penubuhan
Malaysia, iaitu pada 27 Mei 1961.Tunku Abdul Rahman mencadangkan Tanah
Melayu,Singapura,Sabah,Sarawak dan Brunei dicantumkan menjadi Persekutauan yang
dinamai Malaysia. Cadangan ini telah disambut baik oleh kerajaan British kerana salah satu
tujuan penubuhan Gagasan Malaysia adalah untuk mengekang ancaman pengaruh komunis.
Namun begitu terdapat juga sebab-sebab lain yang membawa kepada pembentukan gagasan
ini.

Isi

Faktor-faktor Pembentukan Gagasan Malaysia

1. Mengekang pengaruh komunis

A. Perkembangan politik di Singapura.

Ancaman komunis merupakan masalah serius kepada negara. Masalah yang sama turut
berlaku di Singapura. Pengaruh komunis meluas di Singapura pada tahun-tahun 1950-an.
Fahaman komunis telah merebak ke sekolah-sekolah Cina dan kesatuan-kesatuan sekerja.
Fahaman komunis telah menyerap masuk ke dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang
memerintah pada masa itu. Keadaan ini memberi tekanan politik yang kuat ke atas Lee Kuan
Yew. Tunku bimbang sekiranya pengaruh komunis di Singapura tidak
dibendung kemungkinan besar fahaman komunis akan merebak ke Tanah Melayu. Kejayaan
golongan komunis menguasai sebahagian ahli PAP telah membawa kepada penubuhan Parti
Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. PAP akhirnya mengalami perpecahan sehingga
mengalami kekalahan kepada Parti Sosialis dalam pilihan raya 1961 di kawasan Hong Lim dan
Anson. Keadaan ini menguatkan alasan Singapura untuk menyertai Gagasan Malaysia.
Lee Kuan Yew cuba menghapuskan golongan kiri dalam PAP dengan menyingkirkan
golongan tersebut dari PAP, namun pengaruh golongan kiri semakin berkembang. Keadaan ini
membimbangkan Tunku Abdul Rahman kemungkinan fahaman komunis akan merebak ke
Tanah Melayu. Ketidakmampuan Lee Kuan Yew membendung pengaruh komunis bukan
sahaja membimbangkan Tunku tetapi juga membimbangkan Britain dan Amerika Syarikat.
Oleh itu, kedua-dua negara itu menyokong gagasan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku.

B. Perkembangan politik di Sarawak.


Pengaruh komunis turut berkembang di Sarawak sejak zaman pendudukan Jepun lagi.
Pihak komunis telah menubuhkan Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut pada tahun 1947.
Namun, pertubuhan itu diharamkan setahun kemudian apabila darurat diisytiharkan. Bagi
menggantikannya sebuah pertubuhan sulit ditubuhkan iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak
(SAYA). Pertubuhan ini telah menghasut orang-orang Cina terutamanya dalam kalangan
pelajar dan petani. Kesatuan sekerja dan sekolah-sekolah Cina di luar bandar telah digunakan
untuk menentang Inggeris. Antara propaganda yang dimainkan oleh pihak komunis ialah
sistem pendidikan Inggeris dikatakan mengancam pendidikan Cina.

Pengaruh komunis semakin kuat apabila mereka berjaya menembusi Parti Bersatu
Rakyat Sarawak (SUPP). Kerajan British telah melancarkan operasi pisang bagi
membanteras komunis dalam SUPP tetapi gagal. Semua ini telah mendorong kepada
pengabungan dalam Malaysia. Selain itu, pihak British bimbang dengan ancaman komunis dari
Indonesia. Parti Komunis Indonesia (PKI) telah merebak ke wilayah-wilayah Borneo dan ini
telah mengancam kepentingan dan kedudukan British di Sarawak. Kebimbangan semakin
memuncak apabila pengaruh PKI mula merebak ke Brunei.

2. Mempercepatkan proses kemerdekaan

Penubuhan Malaysia telah mendorong mempercepatkan proses kemerdekaan Sabah,


Sarawak dan Singapura. Hal ini disebabkan negeri-negeri tersebut berada dalam satu sistem
pentadbiran yang sama, iaitu British. Malahan negeri-negeri ini mempunyai hubungan politik
dan ekonomi dengan Tanah Melayu semasa pentadbiran British. Oleh itu, Tanah Melayu,
Singapura dan negeri-negeri Borneo akan mendapat faedah keseluruhnnya semasa
pemerintahan British. Jika Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura memperoleh kemerdekaan
secara berasingan sebelum tahun 1963, Tunku berpendapat negeri-negeri tersebut belum
bersedia dari segi politik dan pentadbiran.

Pada masa itu Sabah dan Sarawak mempunyai Majlis Eksekutif dan Legislatif yang
semuanya dilantik oleh gabenor. Brunei pula diperintah oleh seorang Sultan. Walau
bagaimanapun, tiada perbezaan ketara antara pentadbiran negeri itu dengan negeri yang wujud
di tanah jajahan British yang berjiran dengannya. Di Sarawak pilihan raya kerajaan tempatan
telah diadakan pada tahun 1959 dan 1963, manakala di Borneo Utara pilihanraya pertama
Lembaga Bandaran dan Majlis Daerah diadakan pada Disember 1962. Di Brunei pula
pilihanraya Majlis Penasihat Negeri diadakan pada Ogos 1962.

Kerajaan British telah mencadangkan pemerintahan sendiri bagi wilayah-wilayah


Borneo atau bercantum dengan Tanah Melayu. Tunku berpendapat melalui percantuman
dengan Tanah Melayu rancangan komunis akan dapat digagalkan dan kemerdekaan negeri-
negeri Borneo dapat dipercepatkan. Kerajaan British telah berjanji untuk memberi
kemerdekaan dalam tempoh yang terdekat sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura
bersedia menyertai Persekutuan Malaysia.

3. Keseimbangan Kaum

Kemasukan negeri-negeri Borneo dalam Malaysia juga untuk mewujudkan


keseimbangan komposisi kaum. Tunku Abdul Rahman sedar bahawa kemasukan Singapura
akan menimbulkan keadaan tidak seimbang dari segi pecahan kaum di Malaysia. Hal ini
disebabkan lebih 75% penduduk Singapura adalah kaum Cina, sedangkan di Tanah Melayu,
orang Melayu hanya 49% dan selebihnya orang Cina dan India. Keadaan ini akan menggugat
kedudukan orang Melayu dalam jangka panjang. Orang Melayu berkemungkinan akan hilang
kedudukan istimewa dan hak mereka akan dicabar oleh kaum lain. Tunku Abdul Rahman
berpendapat adalah perlu Sabah, Sarawak dan Brunei dimasukkan ke dalam penubuhan
Malaysia.

4. Kerjasama Ekonomi antara wilayah

Sebelum penubuhan Malaysia kemajuan ekonomi antara Tanah Melayu, Sabah,


Sarawak, Brunei dan Singapura adalah tidak seimbang. Tanah Melayu, Singapura dan Brunei
lebih berkembang pesat akibat ramai pelabur Eropah telah melabur di negeri-negeri berkenaan
sedangkan ekonomi di Sabah dan Sarawak masih mundur. Contohnya hasil ekspot bijih timah
dan getah telah menyumbang sumber pendapatan terbesar Tanah Melayu. Singapura telah
berkembang pesat dalam kegiatan perdagangan. Brunei pula kaya dengan hasil minyak. Oleh
itu, penubuhan Persekutuan Malaysia dijangka akan mewujudkan kerjasama dan kesimbangan
ekonomi yang menguntungkan kepada negeri-negeri berkenaan.

Kesimpulan:

Kesimpulannya, pembentukan Gagasan Malaysia telah dapat menyekat perkembangan


pengaruh komunis di Tanah Melayu, Singapura , Sabah dan Sarawak. Selain itu, pembentukan
Gagasan Malaysia juga mempercepatkan kemerdekaan Sabah dan Sarawak. Di samping itu,
penubuhan Malaysia dapat membantu perkembangan ekonomi di Sabah dan Sarawak. Namun
begitu pembentukan Malaysia turut memberi kesan kepada hubungan serantau di Asia
Tenggara terutamanya daripada Indonesia dan Filipina. Singapura kemudiannya telah menarik
diri dan keluar daripada Gagasan pada tahun 1965.

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [SISTEM PEMERINTAHAN]


Soalan 9
Huraikan peranan dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja
berperlembagaan dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di
Malaysia.

Pengenalan
Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara dalam sistem raja berperlembagaan
di Malaysia dan bidang kuasa baginda ditentukan oleh perlembagaan. Baginda berada di
kemuncak di antara ketiga-tiga bidang kuasa perundangan, eksekutif, dan kehakiman. Jawatan
Yang di-Pertuan Agong mula diwujudkan pada tahun 1957. Jawatan ini adalah unik dan satu-
satunya jawatan seumpama itu di dunia dengan seorang raja berperlembagaan memegang
jawatan secara dipilih dan bukannya dilantik seperti di negara lain yang mengamalkan sistem
beraja.

Isi

Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan bertindak atas nasihat


Perdana Menteri dan Kabinet. Baginda juga berhak memperoleh maklumat tentang
pemerintahan daripada Kabinet. Tambahan pula, Baginda akan menghadiri persidangan Majlis
Raja-Raja dengan diiringi oleh Perdana Menteri untuk membincangkan dasar-dasar negara.
Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dengan Parlimen adalah seperti memanggil,
menangguh, dan membubarkan parlimen. Sebenarnya, Yang di-pertuan Agong berperanan
sebagai satu daripada tiga komponen parlimen. Baginda akan memberi titah ucapan dalam
persidangan parlimen. Di samping itu, Baginda perlu memberi persetujuan ke atas semua rang
undang-undang yang diluluskan oleh parlimen.
Selanjutnya, tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dalam bidang kehakiman
negara. Baginda akan melantik Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Tinggi, dan hakim-
hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi mengikut nasihat Perdana Menteri
setelah berunding dengan Majllis Raja-Raja. Baginda juga akan memberi pengampunan
kepada segala kesalahan di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putarjaya), dan
segala hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah,
Sarawak, dan Wilayah Persekutuan.
Seiring kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan, maka
baginda bertindak atas nasihat Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, baginda diperuntukkan
kuasa budi bicara dalam perkara-perkara berikut, iaitu kuasa melantik Perdana Menteri.
Perdana Menteri yang dilantik hendaklah mendapat sokongan majoriti daripada ahli Dewan
Rakyat. Kuasa budi bicara yang seterusnya seperti tidak bersetuju dengan permintaan
membubarkan parlimen. Baginda juga berhak meminta diadakan satu persidangan Majlis Raja-
Raja bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.
Peranan dan tanggunjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja berperlembagaan
dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia adalah menjadi
Panglima Tertinggi Angkatan Tentera. Baginda juga merupakan Ketua Agama Islam bagi
negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur,
Labuan, dan Putrajaya). Tambahan pula, seperti diperuntukkan di bawah Perkara 153,
Perlembagaan Persekutuan, Yang di Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan
isitimewa orang Melayu dan kaum bumiputera lain di Sabah dan Sarawak.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, peranan dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja
berperlembagaan dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia
adalah sangat mustahak. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara berada di kemuncak
ketiga-tiga bidang kuasa eksekutif, kehakiman dan perundangan. Akhirnya, Baginda
merupakan lambang kedaulatan dan simbol perpaduan negara.

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ MENILAI SUMBANGAN TOKOH ]


Soalan 10
Nilaikan sumbangan Tun Abdul Razak Bin DatoHussien dalam pembangunan
negara.
Pengenalan

Tun Abdul Razak bin Dato Hussein dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada
tanggal 11 Mac 1922. Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato Hussein bin
Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau berkhidmat menggantikan Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Tun Abdul Razak
Dato Hussein meninggal dunia sewaktu masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada 14
Januari 1976.
Tun Abdul Razak memperoleh pendidikan di MCKK. Setelah menyelesaikan
pengajiannya di MCKK, beliau memperoleh biasiswa untuk meneruskan pengajian di Raffles
College di Singapura pada 1939 dalam bidang undang-undang, ekonomi dan sejarah selama
tiga tahun untuk mendapatkan diploma. Tun Abdul Razak memulakan kariernya dengan
kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1952 apabila beliau dilantik sebagai
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Pada Februari 1955, beliau dilantik sebagai Menteri
Besar Pahang. Pada ketika itu beliau baru sahaja berusia 33 tahun. Pada Jun 1955, Tun Abdul
Razak meletakkan jawatannya dalam kerajaan dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum
pertama sebagai calon Perikatan. Dengan sokongan masyarakat, Tun Abdul Razak
memenangi kerusi Majlis Undangan Persekutuan Kawasan Semantan.

Isi

Kemenangan Perikatan dengan meraih 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan,


membolehkan Perikatan mentadbir negara. Sekali gus Tun Abdul Razak menjadi orang penting
dalam kabinet Tunku Abdul Rahman. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Menteri
Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1955. Sumbangannya yang terpenting
sebagai Menteri Pelajaran ialah memper-kenalkan Penyata Razak yang intipatinya ialah
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam usaha mewujudkan sebuah
bangsa yang bersatu padu.
Langkah pertama Tun Abdul Razak sebagai Menteri Pelajaran adalah merombak sistem
pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Beliau mendapati sekolah-
sekolah Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diberi sebarang
kelebihan. Hasil usaha Tun Abdul Razak, melalui Penyata Razak 1956, beliau berjaya
mensepadukan sistem pelajaran untuk membina bangsa yang bersatu padu, Bahasa Melayu
dijadikan sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi bahasa pengantar utama.
Tun Abdul Razak juga merupakan seorang daripada ahli Parti Perikatan yang telah ke
London bersama rombongan kemerdekaan. Beliau telah menjadi perunding dalam rundingan
tersebut pada 1956 yang pulang membawa kejayaan apabila British menjanjikan kemerdekaan
Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Tun Abdul Razak dilantik sebagai
Timbalan Perdana Menteri. Selepas pilihan raya umum 1959, Tun Abdul Razak menjadi
Menteri Pembangunan Luar Bandar di samping memegang portfolio Timbalan Perdana
Menteri dan Menteri Pertahanan. Selama 10 tahun beliau memegang jawatan Menteri
Pembangunan Luar Bandar, beliau telah berjaya membasmi buta huruf dalam kalangan tiga
juta rakyat.
Sebagai Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak membawa perubahan kepada Angkatan
Tentera dengan melengkapkannya dengan senjata yang moden dan cekap. Selain itu, beliau
yang mempunyai pengalaman dalam perang gerila dan mengenali taktik pengganas komunis
telah melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga zaman darurat. Beliau juga
melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tentera untuk menjamin keselamatan
rakyat.
Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan
raya umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan
seluruh negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih
pentadbiran kerajaan. Tun Abdul Razak dilantik oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Pengarah
MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan.
Sumbangan Tun Abdul Razak yang paling penting adalah berusaha membangunkan
Malaysia. Tujuan Tun Abdul Razak adalah untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan
penyakit. Oleh itu, beliau telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang merangka
pembangunan negara secara berperingkat melalui Rancangan-rancangan Malaysia dari 1970
hingga 1990.
Oleh itu beliau berusaha meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui
Rancangan Buku Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA.
Penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land Development Authority
(FELDA) merupakan idea cetusan Tun Abdul Razak yang bertujuan untuk meningkatkan
penggunaan tanah dengan lebih cekap dan berkesan. Antara projek terawal yang dilaksanakan
oleh FELDA ialah pembukaan rancangan tanah Lembah Bilut (1957) yang meliputi kawasan
seluas 22 batu persegi melibatkan perbelanjaan sebanyak $2.5 juta. Melalui rancangan ini
setiap peserta diberi tanah seluas tujuh ekar bagi tanaman getah dan tiga ekar tanah dusun. Hari
ini FELDA telah menjadi sebuah organisasi raksasa dengan pembukaan lebih setengah juta
hektar tanah dan lebih daripada setengah juta orang mendapat manfaat dari FELDA.
Tun Abdul Razak juga telah merangka Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip
pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan yang mengandungi hasrat
murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang demokratik, adil,
saksama, liberal dan progresif.
Di arena antarabangsa, Tun Abdul Razak juga adalah orang yang bertanggungjawab
berunding dengan Indonesia untuk menamatkan konfrantasi yang dilancarkan oleh negara itu
ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Beliau juga mewakili
Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963. Beliau banyak menjadi
wakil untuk sebarang rundingan, mesyuarat dan hubungan diplomatik dengan negara-negara
luar. Tun Abdul Razak juga telah mengadakan beberapa lawatan keamanan ke negara-negara
Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Kesimpulan

Beliau telah dianugerahkan gelaran sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Beliau


merupakan seorang negarawan yang telah mengabadikan kehidupannya untuk kemakmuran
dan kemajuan rakyat serta negara Malaysia. Beliau juga adalah seorang pemimpin ulung yang
berjiwa besar dan setia.

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ WAWASAN 2020 ]


Soalan 11
Sejauhmanakah cabaran mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang perlu
dihadapi oleh negara Malaysia dalam usaha merealisasikan wawasan 2020.

Pengenalan

Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
maju menjelang tahun 2020. Idea wawasan ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri keempat,
iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan
negara ini sebagai sesebuah negara industri yang maju dan setanding dengan negara-negara
maju yang lain. Terdapat beberapa perkara asas yang perlu dititik beratkan untuk mencapai
kemajuan bersepadu seperti perpaduan rakyat, kestabilan politik, ketinggian taraf hidup,
kekukuhan nilai moral dan etika, kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah bangsa serta
semangat yakin diri bangsanya. Terdapat Sembilan cabaran yang perlu dihadapi oleh negara
Malaysia bagi merealisasikan Wawasan 2020.
Isi
a) Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang
Merujuk kepada sistem sosial yang meletakkan kepentingan masyarakat melebihi
kepentingan individu dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu, tetapi di
sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.
Masyarakat penyayang akan hidup muafakat, saling memahami, hormat menghormati
dan saling membantu antara satu sama lain. Masyarakat berbudaya penyayang mengutamakan
kepentingan masyarakat melebihi kepentingan diri sendiri.
Asas pembentukan masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, kasih sayang
dalam kekeluargaan dan amalan nilai-nilai murni. Hubungan sesama manusia dalam
masyarakat juga ditekankan dalam agama.
Kasih sayang dalam masyarakat bermula daripada kasih sayang yang terjalin dalam
keluarga. Hubungan baik sesama manusia amat ditekankan dalam agama. Budaya tradisi yang
penuh dengan nilai-nilai murni perlu ditonjolkan dan dihayati semula untuk memupuk
masyarakat yang bersifat penyayang.

b) Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu


Malaysia menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum
dengan rakyat hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil serta didokong oleh
satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
Asas kekuatan penting untuk kejayaan sesebuah negara ialah perpaduan yang menjadi
cabaran pertama Wawasan 2020.
Semua ini telah dilakukan melalui pelbagai dasar kerajaan sepanjang tiga dekad lalu
seperti Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar Pembangunan Nasional sebagai usaha mewujudkan
perpaduan kaum dan rakyat yang beridentitikan Malaysia.

c) Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram, dan keyakinan


Masyarakat Malaysia mesti dapat dikenali melalui usaha untuk mencapai
kecemerlangan, sedar terhadap semua kemampuan yang ada, tidak mudah mengalah kepada
sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain.
Masyarakat Malaysia perlu berbangga dengan pencapaian dan berani menghadapi pelbagai
masalah.
Rakyat Malaysia yang memiliki dan menghayati ciri-ciri tersebut akan menjadi sebuah
bangsa gagah yang sentiasa berusaha untuk memajukan negara sehingga dapat mengangkat
martabat bangsa dan negara di persada antarabangsa serta mampu mematahkan serangan
musuh dengan mudah.

d) Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang


Malaysia perlu mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang dan prinsip
demokrasi yang menjadi amalan boleh dijadikan contoh oleh kebanyakan negara membangun
yang lain.Sebuah masyarakat yang matang dapat dilahirkan sekiranya dipupuk dan dibina.
Masyarakat demokratik memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan.Rakyat yang rasianol
akan menggunakan hak-hak demokrasi dengan bijak . Perasaan tidak puas hati dan teguran
disalurkan melalui saluran tertentu secara berhemah dan bersifat membina.

e) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika


Etika melibatkan tingkah laku atau perangai yang berkait rapat dengan tabiat dan
kelakuan manusia. Tabiat dibina di atas tiga unsur, iaitu ilmu, kemahiran, dan keinginan. Bagi
membentuk etika yang baik, seseorang perlu mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran, dan
keinginan yang tinggi.Ketiga-tiga unsur penting itu perlu diasah dan dipupuk sekaligus
dihayati bagi melahirkan rakyat Malaysia yang dinamik dan berusaha untuk meningkatkan
hasil kerja yang cemerlang.Kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang
cemerlang, keberkesanan sistem pendidikan, dan keunggulan sistem kekeluargaan juga
menjadi sumber untuk membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika.Falsafah
Pendidikan Negara contohnya, bertujuan untuk melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak,
seimbang dan harmonis.

f) Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal, dan bertolenrasi


Masyarakat yang matang mampu berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara
melulu.Mereka akan membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran
terbuka menerima perubahan dan pandangan orang lain.Masyarakat yang bertolenrasi dapat
digambarkan melalui kebebasan yang dianuti oleh setiap rakyat untuk mengamalkan adat
resam, kepercayaan, dan kebudayaan masing-masing tanpa menjejaskan kesetiaan kepada
negara.Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa
Kebangsaan merupakan langkah ke arah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan
bertolenrasi.

g) Mewujudkan masyarakat yang maju dan saintifik


Masyarakat maju ialah masyarakat progresif yang dapat menyerap segala perubahan
persekitaran agar dapat mencapai kecemerlangan. Masyarakat yang maju tidak boleh terpisah
daripada masyarakat saintifik. Penguasaan ilmu pengetahuan berunsurkan sains dan teknologi
merupakan ukuran kemajuan sesuatu bangsa.Masyarakat yang maju dan saintifik mempunyai
budaya ilmu yang menjana produktiviti, kreativiti dan inovatif.Malaysia seharusnya
mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan dan turut sama menyumbang
kepada tamadun saintik dan teknologi masa depan.

h) Menjamin masyarakat yang adil dan saksama dalam bidang ekonomi


Pengagihan kekayaan negara dilaksanakan secara adil dan saksama dengan
mewujudkan perkongsian secara bersama dalam segenap masyarakat. Masyarakat yang
dibentuk itu akan menghapuskan pengenalan kaum yang berdasarkan fungsi ekonomi yang
diwarisi dari zaman penjajah serta kemunduran kaum dari sudut ekonomi.Kerajaan telah
melaksanakan pelbagai rancangan pembangunan ekonomi untuk menjamin keadilan ekonomi
dan meningkatkan taraf hidup rakyat seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan
Nasional dan Rancangan Pembangunan Lima Tahun.

i) Memupuk dan membina masyarakat yang makmur


Masyarakat yang makmur ialah masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan
mempunyai taraf hidup yang tinggi.Masyarakat makmur juga bermaksud tidak ada anggota
masyarakat yang hidup dalam kemiskinan. Pendapatan isi rumah dan pendapatan negara juga
berada pada tahap yang tinggi. Malaysia perlu mempunyai kekuatan ekonomi untuk bersaing,
dinamik, giat, dan kental dalam menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang untuk menjadi
masyarakat yang makmur.

Kesimpulan
Kesimpulannya, Wawasan 2020 akan terus memacu kemajuan negara. Dasar-dasar
kerajaan adalah bertujuan merealisasikan Wawasan 2020. Kesejahteraan rakyat yang menjadi
agenda utama pembangunan negara dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan
negara.

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ PERHUBUNGAN LUAR ]


Soalan 12
Malaysia telah banyak memainkan peranan dan sumbangan dalam ASEAN sejak
penubuhannya hingga tahun 1990-an.Bincangkan pernyataan ini.

Pengenalan

Dasar luar negara Malaysia untuk berbaik-baik dan mengadakan kerjasama dengan
negara jiran tetap diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yang dibentuk sebelum ini, iaitu
ASA dan MAPHILINDO gagal. Usaha ini akhirnya berhasil setelah Deklarasi Bangkok
dimeterai pada 8 Ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan Association of South East
Asian Nations (ASEAN).

Isi
a ) Peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN
Malaysia merupakan negara terawal menyedari kerjasama serantau demi keselamatan
negara-negara serantau di Asia Tenggara dan mencatuskan idea penubuhan ASEAN.Kesedaran
Malaysia adalah berdasarkan scenario politik,ekonomi dan sosial rantau Asia Tenggara rata-
rata negaranya baru merdeka, mengalami ketidakstabilan politik, warisan ekonomi penjajah
yang tidak seimbang, perpecahan penduduk dan keadaan sosial yang tidak kukuh.
Dalam Mesyuarat Menteri Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada November
1971, Deklarasi Kuala Lumpur telah ditandatangani bagi mewujudkan zon aman , bebas, dan
berkecuali (ZOPFAN).Tujuan penubuhan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan
kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan tidak bersekongkol dengan mana mana
kuasa besar sama ada dari blok Barat atau blok Timur.
Konsep ZOPFAN teruji apabila Veitnam menceroboh Kampuchea pada tahun 1978 dan
menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN berusaha mengatasi masalah ini dengan
mengadakan mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di
bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk.Melaysia telah memainkan peranan sebagai orang
tengah dalam isu Kemboja ini. Veitnam telah bersetuju dengan cadangan yang
dikemukakan dan mesyuarat ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.
Dalam mesyuarat pada tahun 1984,Menteri-Menteri Luar ASEAN telah memutuskan
bahawa ASEAN merupakan Zon Bebas Senjata Nuklear melalui Perjanjian SEANWFZ.Ini
bermakna rantau ini tidak membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan serta
kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear.
Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi,namun
perkembangan ke arah kerjasama ekonomi agak perlahan.Negara-negara ASEAN telah
membentuk kerjasama dalam projek perindustrian,contohnya Projek Baja Urea di Bintulu
(Sarawak) dan Acheh (Indonesia).
Kerjasama ekonomi ASEAN juga cuba dilaksanakan melalui ASEAN Free Trade Area
(AFTA) yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun
1992.
Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop
kerjasama ekonomi dengan melibatkan China ,Jepun, dan Korea Selatan. Idea yang
dikemukakan oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad dikenali sebagai East Asian Economic
Caucus(EAEC).
Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara-negara maju terutamanya
Amerika Syarikat, tetapi usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana kerjasama secara tidak
rasmi terus diadakan melalui konsep ASEAN +3. Konsep ASEAN +3 ini merujuk pada
kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara-negara Timur,iaitu
China, Jepun, dan Korea.Menteri-Menteri Luar negara tersebut dijemput menghadiri siri
perbincangan tentang kerjasama yang ingin diwujudkan.
Dalam bidang sosial, kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tubuhnya
Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).Contohnya,pembinaan Pusat
Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang,Malaysia.Kerjasama lain
yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan sosial
seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung
Kebudayaan ASEAN.Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara
melalui semangat kesukanan.Dalam bidang pelancongan, kerjasama dijalinkan dengan
mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.

Kesimpulan
Peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN dapat dilihat sebagai asas yang kuat
dalam menjalin kerjasama serantau .Jika dilihat dari awal penubuhannya hingga kini, banyak
rancangan yang berjaya dilaksanakan demi kebaikan bersama.

SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA


[1800 2000]
BAHAGIAN B : SEJARAH ASIA TENGGARA
TEMA 1 : MASYARAKAT [ INSTITUSI PEMERINTAHAN ]
Sejauh manakah peranan raja dan pembesar dalam sistem pemerintahan di Thailand
sebelum kedatangan kuasa Barat

Pengenalan

Sebelum campur tangan kuasa-kuasa Barat pada abad ke-19, negara-negara Thailand
telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Sistem ini meletakkan raja sebagai ketua
pemerintahan tertinggi sesebuah negara, pemimpin yang paling berkuasa , dan menjadi
perantara rakyat dengan tuhan serta menguasai seluruh ekonomi negara dan menjadi golongan
yang menduduki lapisan teratas dalam stratifikasi sosial masyarakatnya. Raja merupakan
pemimpin kerajaan dan dianggap devaraja iaitu wakil dewa dan jelmaan tuhan di bumi untuk
memimpin. Raja-raja di Thailand bukan sahaja memainkan peranan yang sangat penting dalam
aspek politik, ekonomi , sosial, dan agama bahkan raja berperanan sebagai simbol penyatuan
rakyat di samping menjaga keamanan dan mentadbir negara dengan bantuan golongan
pembesar .

Isi
Peranan Raja dari segi politik:
Seorang ketua pentadbir yang berkuasa mutlak.Berkuasa melantik pembesar. Raja
dianggap sebagai dewaraja yang dipengaruhi oleh agama Hindu dan Buddha. Kedudukan raja
disahkan oleh golongan Brahmin bertanggungjawab menjalankan pelbagai upacara
keagamaan. Raja melantik golongan Brahmin sebagi penasihat agama. Raja sebagai penggubal
undang-undang .Titah raja menjadi undang-undang yang perlu dipatuhi. Raja berkuasa
menjatuhkan hukuman bunuh tanpa dipersoalkan

Peranan Raja dari segi social


Raja sebagai sebagai pelindung kepada rakyat. Raja sebagai lambing perpaduan
masyarakat tempatan sesuai sebagai penaung kepada pengembangan agama Buddha. Raja
dikenali sebagi Tuhan kehidupan sesuai dengan konsep Dharmaraja dengan pelbagai
gelaran seperti Dhaoi Chiwit (Raja Nyawa) dan Chao Phaendin (Tuhan Tanah)

Peranan raja dari segi Ekonomi


Raja berkuasa ke atas semua tanah kerajaan dan menganugerahkan tanah kepada
kerabat diraja untuk ditadbir. Raja menguasai sumber ekonomi pungutan cukai, hasil
pertanian , dan kegiatan perdagangan Raja berkuasa ke atas balak dan beras. Bagi menjamin
bekalan ekonomi dan kawasan pedalaman berterusan Raja Thailand mewujudkan hubungan
baik dengan kawasan pengeluran ekonomi. Raja melantik pegawai untuk menguruskan
kegiatan ekonomi bagi pihaknya.Raja bertanggungjawab menentukan dasar ekonomi negara.
Raja menentukan hubungan diplomatik untuk tujuan perdagangan. Raja berkuasa mutlak ke
atas nyawa, tanah dan harta rakyat

Peranan pembesar
Di Thailand pembesar golongan bangsawan ( Nai ) yang digelar Khunnang dan kerabat
diraja dipanggil Chao. Pembesar pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja dan melaksnakan
tugas-tugas dalam bidang kuasa sebelum kedatangan Barat. Kedudukan pembesar sangat
penting selepas raja dalam hieraki pemerintahan kerana membantu raja dalam urusan
pemerintahan. Raja tidak berupaya untuk melaksanakan urusan pemerintahan secara
bersendirian. Pembesar di Thailand merupakan wakil kepada raja dalam menjalankan
pemerintahan. Peranan pembesar diberi kuasa untuk mentadbir wilayah bagi pihak raja seperti
Samuha Nayok. Peranan pembesar bertanggungjawab terhadap hal ehwal tanah, hal ehwal
istana dan kewangan bagi melicinkan pentadbiran

Kesimpulan
Peranan raja amat penting dalam pemerintahan di Thailand. Selain peranan raja ,
peranan pembesar juga penting dalam menguruskan pentadbiran di Thailand.Selepas
kedatangan British di Thailand, sistem pemerintahan beraja masih dikekalkan, namun
menerima perubahan iaitu apabila Rama VII , Raja Prajadhipok menerima sistem
pemerintahan raja berpelembagaan dan sistem ini terus kekal sehingga sekarang.

TEMA 1 : MASYARAKAT [ INSTITUSI PEMERINTAHAN ]


Soalan 2
Pihak penjajah telah menguasai pentadbiran di Vietnam, kesannya kuasa pembesar
tempatan telah tergugat. Bincangkan peranan pembesar di Vietnam sebelum campur
tangan Barat.

Pengenalan
Golongan pembesar memainkan peranan yang penting dalam tampuk pemerintahan
sesebuah negara. Merupakan tulang belakang dalam sistem politik sesebuah negara kerana
mereka bertanggungjawab dalam membantu pemerintahan yang dijalankan oleh raja atau
maharaja. Golongan pembesar di Vietnam merupakan pegawai kerajaan yang dilantik oleh
maharaja untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu. Sistem pembesar di Vietnam terbahagi
kepada beberapa kelas atau peringkat dan mempunyai gelaran tertentu. Pembesar kanan
merupakan golongan yang paling rapat dengan maharaja dan mendapat kepercayaan. Diikuti
oleh pembesar wilayah atau daerah dan akhir sekali pembesar peringkat kampung.

Isi
Terdapat perbezaan yang agak ketara antara pembesar Vietnam berbanding dengan
pembesar tempatan di negara-negara lain di Asia Tenggara. Vietnam di bawah Maharaja Gia
Long merupakan sebuah kerajaan pusat san segala urusan kerajaan berpusat di Hue. Mereka
tidak berhak memungut cukai, manakala gaji mereka dibayar oleh Maharaja. Kuasa
pemerintahan dan kutipan cukai terletak pada golongan Mandarin atau Quan yang mendapat
pangkat dalam ajaran Confucius.

Kelayakan penting dalam melantik seorang pembesar. Pendidikan yang diutamakan


adalah sistem pelajaran Confucius yang mementingkan daya ingatan dan hafalan. Hanya
pemilik ijazah kedoktoran sahaja diberikan jawatan dalam perkhidmatan awam.

Sistem pembesar pada zaman Dinasti Nguyen merupakan satu sistem pentadbiran yang
sistematik dan efisien. Maharaja Gia Long dibantu oleh enam Kementerian atau Quan yang
diketuai oleh golongan Mandarin. Kementerian tersebut ialah Kementerian Hal Ehwal Awam,
Kementerian Kerja Raya, Kementerian Upacara,Kehakiman,Kewangan dan Peperangan.
Kesemua Quan mempunyai kedudukan istimewa dalam sistem pentadbiran kerajaan.

Terdapat sebuah Noi Cac atau Majlis Tertinggi yang dipengerusikan oleh Maharaja dan
Enam orang Ketua Quan. Bertanggungjawab memberi pandangan kepada Maharaja dalam
semua hal yang berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran. Majlis ini juga medan dalam
menyelesaikan masalah dan perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat kementerian.

Di peringkat daerah, golongan pembesar menjalankan tugas demi melicinkan


pentadbiran daerah.Tugas utama mereka ialah menjaga keselamatan dan ketenyeraan wilayah
serta mengutip cukai. Tugas utama ialah menjaga keselamatan dan ketenteraan wilayah serta
mengutip cukai. Mereka juga wajib menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat. Mereka
perlu menyelesaikan hal-hal berkaitan dengan kehakiman. Pembesar wilayah mengambil dan
melatih tentera untuk mempertahankan negara.

Golongan pembesar yang paling rendah kuasa ialah pembesar peringkat kampung atau
Komun.Mereka mendapat kepercayaan daripada kerajaan pusat untuk menjaga keamanan ,
ketenteraan dan penguatkuasaan undang-undang di kampong masing-masing.

Kesimpulan:
Sistem pembesar di Vietnam sebelum campur tangan Perancis merupakan satu sistem
yang tersusun dan sempurna. Dalam corak pentadbiran Perancis , Mandarin yang tidak
berkhidmad dengan penjajah akan dipindahkan ke Annam. Pentadbiran peringkat tertinggi
diambil alih oleh pegawai Perancis. Jawatan rendah diisi penduduk tempatan yang menerima
pendidikan Perancis. Kesannya golongan Mandarin kehilangan kuasa.

TEMA 1 : MASYARAKAT [ SISTEM SOSIAL]


Soalan 3
Sistem sosial yang diamalkan oleh masyarakat di Vietnam dan Indonesia menunjukkan
pembahagian lapisan masyarakat yang jelas. Bandingkan susun lapis masyarakat di kedua-
dua buah negara tersebut.

Pengenalan
Masyarakat di Vietnam dan Indonesia mengamalkan sistem sosial yang berasaskan
sistem feudal, berbentuk piramid dan bersusun lapis. Susun lapis masyarakatnya, terdiri
daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Di Vietnam susun lapis
masyarakatnya banyak dipengaruhi daripada sistem feudal di China dan ajaran Confucius.
Manakala di Indonesia mengikut kerajaan yang memerintah. Susun lapis ini semakin jelas
selepas kemunculan kerajaan Islam di Sumatera dan Pulau Jawa.

Isi
1. Persamaan
Raja kedua-dua masyarakat berada pada kedudukan paling atas dalam susun lapis
masyarakat dan berkuasa mutlak.Raja mewarisi takhta secara warisan.Raja dianggap suci dan
perlu ditaati. Di Vietnam seorang raja wajib mendapat pendidikan Confucius dan
bertanggungjawab kepada rakyat . Di Acheh raja merupakan ketua agama Islam dan menjadi
pelindung kepada rakyat.
Golongan bangsawan merupakan kumpulan yang paling dipercayai oleh raja dan
mempunyai kedudukan yang baik/ istimewa dalam masyarakat. Jawatan penting dalam
kerajaan dikuasai oleh golongan ini.Mereka bertanggungjawab mengutip cukai, menjaga
kebajikan masyarakat , mengetuai upacara agama dan menjalankan tugas raja. Di
Vietnam golongan ini lebih dikenali sebagai golongan Quan atau mandarin. Mereka terdiri
daripada golongan cendiakawan yang mesti lulus peperiksaan awam.DiAcheh golonagan ini
lebih dikenali sebagai Uleebalang yang sangat dihormati oleh masyarakat kerana ketinggian
ilmunya dan menjadi tempat rujukan masyarakat setempat, selain daripada ulama.
Rakyat merupakan golongan paling bawah. Kebanyakan daripada mereka adalah petani
yang mengusahakan tanah golongan bangsawan. Mereka juga menjalankan kegiatan pertanian
secara sara diri khususnya penanaman padi sawah di samping aktiviti kelautan.

2. Perbezaan
Susun lapis masyarakat di Vietnam terikat dengan ajaran Confucius dan Buddha.
Manakala di Acheh dan Mataram dipengaruhi oleh ajaran Islam.
Di Vietnam berlakunya mobiliti masyarakat dalam kalangan rakyat biasa sekiranya
mereka lulus peperiksaan awam China.Mereka berpeluang menjadi pegawai tinggi
kerajaan. Di Indonesia tidak berlakunya mobiliti sosial dalam kalangan rakyat.
Maharaja Vietnam dianggap sebagai anak syurga atau wakil tuhan yang dapat mandat
dari syurga untuk memerintah di muka bumi. Manakala sultan atau raja di Indonesia ( Acheh
dan Jawa ) merupakan khalifah Allah dalam memerintah sesebuah kerajaan Islam.Di Pulau
jawa sultan dianggap istimewa, mempunyai sifat luarbiasa, dianggap berdaulat serta tidak
boleh diderhakai.
Golongan mandarin/ bangsawan di Vietnam merupakan cendiakawan yang lulus
peperiksaan awam di China dan mampu menguasai ajaran Confucius dengan baik.. Manakala
priyayi di pulau jawa mewarisi daripada keturunan keluarga diraja atau kerabat diraja.

Kesimpulan
Susun lapis kedua-dua masyarakat jelas menunjukkan pembahagian antara golongan
yang memerintah dan diperintah. Susun lapis ini mengalami perubahan apabila penjajah Barat
memperkenalkan sistem pentadbiran/ dasar mereka dikedua-dua negara.

TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [PELUASAN KUASA ASING]


Soalan 4
Bincangkan peristiwa yang membawa kepada tercetusnya Perang Inggeris-
Myanmar 1 pada tahun 1824.

Pengenalan
Merupakan peristiwa penting, sebagai titik peralihan dlm sejarah negeri Burma. Tamat
Dasar Pemencilan dan mengakui keutuhan kuasa-kuasa Barat.

Isi
Sebab-sebab berlaku Peperangan :
(i) Dasar Perluasan Wilayah oleh Burma :
Pada tahun 1784, Burma menakluki Arakan menyebabkan orang Arakan melarikan diri
ke Benggala. Mereka menggunakan Chittagong untuk menyerang balas orang-orang Burma.
Tentera Burma sering memasuki wilayah India kerana memburu orang Arakan, menimbulkan
masalah sempadan.

(ii) Kegagalan Hubungan Diplomatik :


Pihak British di India berusaha menyelesaikan pertikaian. British menghantar
perwakilan ke Burma pada tahun 1796, tahun 1798 dan tahun 1803 tetapi gagal. Burma enggan
mengadakan hubungan yang sama taraf.

(iii) Pemberontakan Chin Byan, 1811 :


Burma menuduh British memberi bantuan kepada pemberontak, hubungan menjadi
tegang. British menghantar John Canning bagi menyelesaikan pertikaian.

(iv) Campur Tangan Burma di Assam, Manipur dan Cachar


Pada tahun 1817, Burma campur tangan di Assam. Raja Bagidaw mengarahkan
Jeneral Bandula menakluki Assam. Seterusnya Burma campur tangan di Manipur dan
Cachar. Raja Manipur dan Cachar meminta bantuan British.

(v) Penaklukan Pulau Shahpuri pada tahun 1823 :


Pada tahun 1823, Burma menawan Pulau Shahpuri, dibantah oleh British.Burma
membuat persiapan untuk berperang.Pada tahun 1824, British mengisytiharkan perang ke atas
Burma.

(a) Perjanjian Yandabo, 1826 :


Burma kehilangan wilayah Assam, Arakan dan Tenasserim.Burma tidak akan campur
tangan di wilayah2 British.Burma bersetuju menerima Residen British dan menghantar
wakilnya ke Culcutta.Burma akan membayar ganti rugi kpd British.

Kesimpulan
Sikap agresif dan keengganan mengadakan hubungan dengan British merupakan sebab
utama.Malangnya hubungan British-Burma tetap renggang, meletus semula peperangan.

TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [PENENTANGAN TERHADAP


KUASA ASING]
Soalan 5
Pangeran Diponegoro telah memainkan peranan penting dalam gerakan penentangan
terhadap pemerintahan Belanda di Pulau Jawa pada awal abad ke -19. Bincangkan

Pengenalan
Penglibatan Belanda di Indonesia telah mencetuskan tindak balas daripada penduduk
tempatan khususnya di Jawa, Sumatera, Acheh dan Maluku. Perang Diponegoro atau Perang
Jawa merupakan penentangan terbesar rakyat Indonesia terhadap pemerintahan Belanda.
Pemimpin utama penentangan ini ialah Diponegoro iaitu seorang putera dari keluarga Diraja
Jogjakarta. Perang ini meletus dari tahun 1825 hingga 1830 dan dilihat sebagai gerakan
nasionalisme peringkat awal di Indonesia. Terdapat beberapa sebab Diponegoro memimpin
gerakan menentang pemerintahan Belanda

Isi
i) Masalah pewarisan takhta kerajaan
Diponegoro merupakan putera sulung kepada Sultan Amangku Buwono III. Beliau
sepatutnya mewarisi takhta pemerintahan selepas kemangkatan ayahandanya pada tahun 1814.
Diketepikan atas alasan ibunya orang kebanyakan. Adik tirinya iaitu Djarot telah ditabalkan
sebagai pemerintah kerajaan dengan gelaran Sultan Amangku Buwono 1V oleh Stamford
Raffles. Raffles berjanji akan melantiknya selepas kemangkatan Djarot. Selepas kemangkatan
Djarot pada tahun 1822, beliau sekali lagi diketepikan sebagai pemerintah. Belanda melantik
waris Djarot iaitu Raden Menol yang berusia dua tahun sebagai pemerintah Jogjakarta.
Diponegoro hanya dilantik sebagai pemangku sultan sehingga Raden Menol berusia 21 tahun.
Diponegoro merasakan Belanda telah mempermainkannya dan cuba melancarkan
pemberontakan ke atas pihak Belanda

ii) Pembatalan Kontrak Sewa Tanah


Kontrak Sewa tanah telah diperkenalkan oleh Stamford Raffles di Pulau Jawa pada
tahun 1811 1816. Kontrak ini membenarkan orang-orang Cina dan Eropah mengikat kontrak
dengan golongan bangsawan tempatan untuk menyewa tanah milik mereka di Pulau Jawa.
Sistem ini memperlihatkan keadaan petani yang mengusahakan tanah-tanah ini menjadi buruh
paksa bagi orang Eropah dan Cina. Belanda melihat system ini sebagai satu penindasan
terhadap golongan petani lalu membatalkannya atas arahan Van der Capellan. Pembatalan
tersebut menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan bangsawan kerana mereka
kehilangan punca pendapatan. Pembatalan ini juga menyebabkan pengusaha Eropah dan Cina
memulangkan semula tanah kepada tuan tanah dan meminta wang pendahuluan mereka
dikembalikan. Golongan bangsawan gagal memulangkan wang pendahuluan tersebut kerana
telah habis dibelanjakan. Keadaan ini juga turut melibatkan Pangeran Diponegoro yang
terpaksa membayar ganti rugi kepada penyewa tanah di kebun kopinya sebanyak 60 ribu rial.
Hal ini menyebabkan Diponegoro tidak berpuas hati kerana beliau terpaksa mengerahkan
petani bekerja lebih kuat untuk beliau membayar kembali tuntutan tersebut.Keadaan ini juga
menyebabkan petani tidak berpuas hati dengan dasar baharu Belanda ini.

iii) Ratu Adil atau Putera Pembebas


Diponegoro seorang yang alim dan dianggap sebagai pemimpin agama oleh
masyarakat tempatan. Beliau juga menganggap dirinya membawa wahyu Allah untuk berjihad
menentang penjajah iaitu menghalau orang kafir dari tanah airnya. Tujuannya adalah untuk
memulihkan pemerintahan Islam di Pulau Jawa yang dianggap telah tercemar dengan
kedatangan Belanda dan agama Kristian. Beliau juga dianggap sebagai ulama dan digelar Ratu
Adil yang bermaksud Putera Pembebas yang akan menyelamatkan umat Islam daripada
penindasan dan kekejaman penjajah Belanda. Justeru, Diponegoro telah memimpin kumpulan
penentang yang terdiri daripada masyarakat tempatan dalam melancarkan perang jihad ke atas
Belanda

iv) Pembinaan jalan merentasi makam diraja


Pada tahun 1825, Belanda merancang untuk membina sebatang jalan dari Jogjakarta
ke Mangelang melalui tanah Diponegoro dan juga makam raja-raja Jogjakarta, iaitu makam
nenek moyangnya yang dianggap keramat.Beliau berasa terhina malah berpendapat tindakan
Belanda sebagai penghinaan terhadap keluarganya dan juga mencabuli kesucian Islam.
Diponegoro telah mengambil tindakan mencabut papan tanda pembinaan jalan tersebut dan
digantikan dengan mata tombak serta merosakkan peralatan untuk pembinaan jalan tersebut.
Tindakan Diponegoro ini merupakan sebab semerta yang membawa kepada meletusnya Perang
Jawa pada bulan Julai 1825.

v) Diponegoro mengetuai penentangan


Belanda menjemput Diponegoro untuk berunding sebaliknya beliau menghantar
wakilnya Pangeran Mangkabumi.Belanda tidak berpuashati dan mengarahkannya ditangkap
tetapi gagal. Diponegoro melarikan diri ke hutan dan menggunakan taktik perang gerila untuk
menentang Belanda. Pasukan Diponegoro kemudiannya menyerang pertahanan Belanda di
Jogjakarta dan mencapai kemenangan. Residen Jogjakarta kemudiannya menawarkan
perdamaian kepada Diponegoro namun tidak diendahkannya. Pada 1830 Diponegoro bersedia
untuk berunding dengan Belanda namun ditangguhkan kerana bulan puasa. Ketika rundingan
pada Hari Raya Aidilfitri 1830 beliau telah ditangkap dan dibuang negeri ke Makasar, Sulawesi
dan mangkat di sana pada 1855

Kesimpulan
Diponegoro telah memainkan peranan penting dalam penentangan terhadap
pemerintahan Belanda di Pulau Jawa. Ketokohan peribadinya serta kedudukannya sebagai
putera raja ditambah dengan sentiment antiasing dan penindasan yang dilakukan orang Cina
menjadikan rakyat tempatan menyahut usaha Diponegoro menentang pihak Belanda.
Walaupun penentangan ini gagal menggulingkan pemerintahan Belanda namun ianya telah
berjaya membangkitkan semangat nasionalisme rakyat Indonesia khususnya di Pulau
Jawa menentang penjajahan asing.

TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ PENGUBAHSUAIANDALAM


PENTADBIRAN, EKONOMI DAN PENDIDIKAN ]
Soalan 6
Penguasaan kuasa asing terhadap Indonesia menyebabkan berlaku perubahan dalam
pentadbiran tempatan dan membawa kesan yang signifikan dalam pentadbiran
kedua-dua negeri tersebut. Jelaskan

Pengenalan
Pada abad ke-17, kepulauan Indonesia telah mengalami perubahan dalam
pentadbirannya dengan kehadiran Belanda yang berpusat di Betawi(Jakarta). Pada tahun 1799,
pihak Belanda telah membubarkan Syarikat Hindia Timur Belanda dan melantik seorang
Gabenor Jeneral bagi menyusun semula pentadbiran di Pulau Jawa.

Isi
Dengan kedatangan Belanda, pemerintah tempatan semakin terhimpit. Pentadbiran
yang diperintah oleh sultan tidak dapat mengawal pepecahn dalam kerajaan Mataram.
Perpecahan ini melibatkan pemerintahan Susuhunan di Surakarta dan sebuah lagi di bawah
pimpinan Sultan Deyok di Jakarta. Pihak Belanda cuba mengawal institusi ketua daerah
(bupati) di Jawa. Pihak Belanda cuba mengurangkan peranan dan pengaruh golongan Bupati.
Pada tahun 1819, Baron Van Der Capellan dilantik sebagai Gabenor
Jeneral.Pembaharuan yang dibuat oleh Capellan telah membangkitkan perasaan tidak puas hati
dalam kalangan penduduj tempatan kerana tindakannya yang menamatkan system kontrak
sewa tanah yang dibuat oleh golongan bangsawan Jawa.
Golongan bangsawan menghadapi kesulitan untuk menyelesaikan hutang akibat
pembalatan kontrak sewa tanah tersebut manakala petani pula hilang pekerjaan.
Perasaan tidak puas hati ini sampai kemuncaknya apabila berlaku Perang Jawa pada
tahun 1825 hingga 1830 di Jogjakarta dan Surakarta di bawah pimpinan Diponegoro.
Sistem Tanaman Paksa telah diperkenal selepas tamatnya Perang Jawa pada tahun
1830. Melalui system ini, Belanda menggunakan sepenuhnya keuntungan yang diperoleh untuk
membayar hutang dan memulihkan ekonomi negaranya tanpa melakukan apa-apa perubahan
terhadap rakyat Indonesia yang tertindas.
Dasar Liberal yang diperkenalkan pada tahun 1870 bertujuan untuk membuka Pulau
Jawa kepada perdagangan bebas dan memperbaik taraf hidup petani.
Dasar Etika pula diperkenalkan bagi menggantikan Dasar Liberal yang gagal
menyelesaikan masalah petani di Jawa.Melalui Dasar Etika beberapa pembaharuan telah
dibuat. Sebagai contoh,dari segi pentadbiran, Undang-undang Pembahagian Kuasa
Pusat,(1903) telah diwujudkan.Mengikut undang-undang ini, sebuah Majlis Perbandaran dan
Daerah akan ditubuhkan.
Majlis Perbandaran dan Daerah akan dianggotai oleh pegawai Belanda,orang
Indonesia, dan orang Cina.
Pengalaman Perang Jawa menyebabkan Gabenor Jeneral cuba berbaik-baik semula
dengan pembesar tempatan.Pada tahun 1874, system pentadbiran tempatan disusun semula.
Proses melatih penduduk tempatan dalam bidang politik dimulakan dengan penubuhan
Volksraad (Dewan Rakyat) dan mempunyai ahli seramai 39 orang yang dilantik oleh raja
Belanda.

Kesimpulan
Perubahan pentadbiran yang diperkenal oleh Belanda di Indonesia telah menimbulkan
semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Indonesia. Kemunculan pepimpin seperti
Seokarno telah membantu mempercepat proses berkerajan sendiri dan bebas daripada
cengkaman Belanda.
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ PENGUBAHSUAIAN DALAM
PENTADBIRAN, EKONOMI DAN PENDIDIKAN ]
Soalan 7
Penguasaan kuasa asing terhadap Myanmar menyebabkan berlaku perubahan dalam
pentadbiran tempatan dan membawa kesan yang signifikan dalam pentadbiran
kedua-dua negeri tersebut. Jelaskan

Pengenalan
Di Myanmar, pemerintah Dinasti Konbaung menghadapi cabaran besar pada abad ke-
19.Kekalahan Myanmar kepada British dalam Perang Inggeris-Burma III(1885) telah
menamatkam penguasaan Dinasti Konbaung. -British seterusnya telah membuat beberapa
perubahan dalam system pentadbiran tempatan.
Isi
Sistem pemerintahan beraja atau monarki dihapuskan. British menjadikan ketiadaan
putera raja yang layak untuk ditabalkan sebagai pewaris takta kerajaan sebagai alasan untuk
menghapuskan system beraja di Myanmar.
Sistem pentadbiran tradisional yang lain seperti Myothugyi dan Thaithugyi, Hutdaw,
dan Thatnabaing dihapuskan. Desakan daripada penduduk Myanmar agar system Thatnabaing
dikekalkan juga telah ditolak oleh British.
Pada tahun 1889, Undang-undang Kampung Myanmar diperkenalkan untuk
membolehkan pelaksanaan Majlis Kampung dikuatkuasakan.Seorang ketua kampong akan
dilantik sebagai pegawai kerajaan. Antara tugas ketua kampong ialah mengekalkan
ketenteraman awam dan mengutip cukai.
Wilayah Pegu dibahagi kepada lima buah daerah dengan setiap daerah diketuai oleh
Pesuruhjaya Daerah berbabgsa Inggeris.Daerah-daerah pula dibahagi kepada bandar-bandar
kecil di bawah seorang Pegawai Bandar atau Myo-ok.
Pada tahun 1897, pemerintahan British di Myanmar telah melakukan perubahan
terhadap system pentadbiran di peringkat pusat. Di peringkat pusat, pentadbiran diketuai oleh
Leftenan Gabenor.Leftenan Gabenor yang pertama ialah Arthur Phayte.
Sebuah majlis diwujudkan iaitu Majlis Perundangan yang terdiri daripada pegawai-
pegawai kerajaan dan ahli-ahli yang dipilih untuk membantu Leftenan Gabenor.
Pada tahun 1937, Myanmar dipisahkan daripada pentadbiran India dan mempunyai
perlembagaannya sendiri. Perlembagaan itu mencadangkan pembentukan dua buah dewan bagi
parlimen iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.
Separuh daripada ahli Senat dipilih oleh Gabenor dan ahli Dewan Perwakilan dipilih
sepenuhnya oleh penduduk Myanmar.

Kesimpulan

Perubahan pentadbiran British di Myanmar telah menimbulkan semangat


nasionalisme yang akhirnya telah membawa kepada kemerdekaan Myanmar.
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA [ FAKTOR
KEMUNCULAN ]
Soalan 8
Golongan intelektual memainkan peranan penting dalam kebangkitan dan
perkembangan gerakan kesedaran di Indonesia pada akhir abad ke -19 dan awal abad
ke-20. Bincangkan.

Pengenalan
Golongan intelektual yang kebanyakkannya terdedah kepada pendidikan barat memainkan
peranan yang penting dalam kebangkitan dan perkembangan gerakan kesedaran,
menyatukankan rakyat yang berpecah belah , dan berjaya membentuk satu gerakan kebangsaan
menuju ke arah pencapaian kemerdekaan masing-masing. Peranan mereka dalam
perkembangan dan pencapaian kemerdekaan tidak boleh disangsikan. Golongan intelektual
ini membekalkan kepimpinan bagi gerakan kesedaran nasionalis di negara masing-masing.
Peranan golongan intelektual dalam kebangkitan dan perkembangan nasionalis di
Indonesia.
1. Golongan intelektual tidak berpuas hati dengan pemerintahan Belanda yang
mengamalkan dasar diskriminasi dalam peluang pendidikan, pekerjaan, dan pentadbiran.
Mereka ingin membela nasib golongan bawahan yang tertindas dan diperas oleh golongan
Belanda dan orang Cina. G. Kahin pernah menyatakan bahawa golongan intelektual ini adalah
golongan yang , acutely dissatisfied, cramped and frustrated.
Intelektual yang mula-mula membangkitkan kesedaran tentang pentingnya pendidikan
ialah Raden Adjeng Kartini. Bagi memajukan kaum wanita, beliau telah menubuhkan sebuah
sekolah bagi anak-anak pegawai Indonesia. Beliau diikuti oleh Dr. Mas Wahidin Soediro
Hoesoedo yang mengasaskan Budi Utomo untuk mencapai kemajuan kebudayaan dan
pendidikan orang Jawa.

2. Gerakan kesedaran seterusnya dipelopori oleh Omar Said Tjokroaminoto yang


memimpin Sarekat Islam. Sarekat Islam ialah sebuah parti massa pertama di Indonesia.
Perjuangannya mendapat sokongan segenap lapisan masyarakat . Ianya bertujuan untuk
memajukan kedudukan sosio-ekonomi dan kepentingan agama islam masyarakat Islam
Indonesia.Selepas tahun 1916 Sarekat Islam menuntut kerajaan sendiri melalui cara
perlembagaan.

3. Intelektual Indonesia yang berjaya membawa Indonesia ke arah pencapaian


kemerdekaan ialah Sukarno. Sukarno, pemimpin utama Parti Nasionalis Indonesia
mengamalkan cara tidak bekerjasama dengan Belanda untuk mencapai kemerdekaan. Sukarno
sedar bahawa Indonesia tidak akan mencapai kemerdekaan secepat mungkin selagi tiada
perpaduan di kalangan parti-parti yang ada.Usaha beliau ke arah perpaduan telah berjaya
membawa terbentuknya Pemuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia, terdiri
daripada gabungan beberapa buah parti utama. Perjuangan Sukarno yang radikal menyebabkan
beliau telah ditangkap. Ini tidak sekalipun melemahkan semangat perjuangannya.Apabila
dibebaskan , beliau telah menyertai Partindo dan membawa ke arah perjuangan radikal.

4. Peranan Kiyai Haji Ahmad Dahlan dan Kiyai Hashim Ashari yang beraliran
agama memberi motivasi dan pendorong ke arah perjuangan kemerdekaan. Kiyai Haji Ahmad
Dahlan telah menubuhkan Muhammadiyah yang menekan pentingnya menyebarkan Islam
berdasarkan al Quran sebagai pegangan hidup. Kiyai Hashim Ashaari pula telah menubuhkan
Nahdatul Ulama iaitu sebuah parti konservatif pada tahun 1926 yang berjuang menyebarkan
ajaran ortodoks islam.

5. Semasa Jepun di Indonesia, Sukarno berpura-pura menyokong Jepun demi


mencapai kemerdekaan.Selepas Jepun menyerah kalah, Sukarno dan pemimpin-pemimpin
lain seperti Hatta dan Sjharir meneruskan perjuangan kemerdekaan. Golongan intelektual ini
mendesak Kerajaan Belanda supaya memberi kemerdekaan. Akhirnya
Belanda mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia selepas berlakunya beberapa
pemberontakan dan rusuhan. Sukarno dilantik sebagai Presiden yang pertama sementara
Mohamad Hatta menjadi Presiden Menteri yang pertama.

Kesimpulan

Peranan golongan intelektual dalam gerakan kesedaran di Indonesia tidak boleh


dipersoalkan. Peranan mereka dalam membangkitkan dan memperjuangkan kemerdekaan
adalah besar dan bermakna. Golongan ini menggunakan beberapa cara dengan harapan
mencapai impian mereka. Ada yang mendedahkan kelemahan dan penindasan melalui bahan
media, ada yang ingin menggunakan cara perlembagaan, dan ada pula yang
ingin menggunakan cara revolusi dan militan. Dalam apa jua cara pun, kita boleh membuat
kesimpulan bahawa golongan intelektual ini membekalkan kepimpinan dan bertindak demi
kepentingan Negara dan bangsa.

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA [ PARTI


POLITIK DAN PERSATUAN ]
Soalan 9
Huraikan peranan dan sumbangan Young Men Buddhist Association (YMBA) dalam
gerakan nasionalisme di Myanmar.

Pengenalan
Pemerintahan dan pembaharuan British di Myanmar. Latar belakang dan pengasas
Persatuan Belia Buddha (YMBA)
Peranan dan sumbangan Persatuan Belia Buddha dalam gerakan nasionalisme di
Myanmar
1 Peringkat awal (1909-1916)
Merupakan pertubuhan reformasi dalam bidang sosial dan budaya
Kecenderungan kepada kegiatan pembangunan pendidikan dan kesusasteraan
Konsep perjuangan ialah Buddha Penyelamat kita dan Raja
Menerbitdkan akhbar Thuriya

2 Kegiatan sehingga tahun 1916


Memberikan tumpuan kepada pengajian agama, kesenian dan kesusasteraan
Mendirikan sekolah-sekolah mengikut sistem barat tetapi menitikberatkan pengajian agama
Buddha
Menuntut hak pelajaran yang sama kepada rakyat

3 Peringkat Kedua (1916-1919)


Pemimpin lebih radikal dan mengubah haluan perjuangan
Antara faktor perubahan ialah zaman kemelesetan akibat Perang Dunia Pertama dan kata-kata
Woodrow Wilson tentang hak-hak Negara di dunia untuk menentukan nasib negara sendiri

4 Kegiatan sehingga tahun 1919


Menimbulkan isu kasut
Melancarkan protes kerana orang Barat memakai kasut ketika memasuki kuil dan pagoda
Mendapat sokongan kuat daripada golongan pongyi
British mengeluarkan undang-undang melarang pemakaian kasut di kuil dan pagoda

5 Kegiatan sehingga tahun 1920


Mula terlibat dalam gerakan politik
British memperkenalkan Sistem Diarki di India
British meluluskan laporan Montagu-Chelmford di India tetapi tidak dilaksanakan di
Myanmar
YMBA menyokong mogok para pelajar di Universiti Rangoon
YMBA menyertai Majlis am Persatuan-persatuan Myanmar (GCBA)
Kesimpulan
YMBA memainkan peranan penting dalam meningkatkan semangat nasionalisme di
Myanmar
YMBA berjaya menyatupadukan masyarakat dan memelihara tradisi agama Buddha

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ PEMBINAAN NEGARA BANGSA]


Soalan 10
Bincangkan bentuk pemerintahan monarki berperlembagaan yang diamalkan di
Thailand selepas tahun 1932.

Pengenalan
Thailand merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan monarki
berperlembagaan. Ia merupakan satu sistem pemerintahan yang diamalkan sejak tahun 1932.
Mulai tahun 1932, rakyat Thai telah berjaya menamatkan sistem pemerintahan monarki mutlak.
Sebagai gantinya, golongan yang merampas kuasa telah menubuhkan bentuk pemerintahan
demokrasi dengan mengekalkan raja sebagai ketua negara.
Isi
Raja Thailand bertindak ketua bagi tiga komponen utama kerajaan iaitu badan
Eksekutif, badan Legislatif dan badan Judiasiary.
Badan Eksekutif adalah badan pembuat dasar kerajaan Thailand yang dipimpin oleh
Perdana Menteri. Beliau juga mengetuai kabinet kerajaan. Perdana Menteri dan ahli-ahli
kabinet yang lain terdiri daripada parti yang memenangi majoriti dalam pilihan raya. Raja
Thailand pula bertindak melantik Perdana Menteri.
Badan legislative atau perundangan mengandungi dua dewan yang dinamakan Majlis
Nasional ( Rathasapha) yang terdiri daripada Dewan Perwakilan ( Sapha Phuthaen Ratsadon )
yang mengandungi 480 orang anggota dan senat ( Wuthisaph ) seramai 150 orang anggota.
Dua dewan ini berperanan untuk menetapkan undang-undang negara. Ahli-ahlinya dipilih oleh
rakyat menerusi pilihan raya. Sebuah lagi badan ialah kehakiman, yang bebas daripada badan
Legislatif dan badan Eksekutif.
Kesimpulan
Walaupun sepanjang tahun 1932 hingga 1963 berlaku banyak rampasan kuasa, namun
bentuk pemerintahan monarki berperlembagaan tetap diamalkan oleh pemerintah Thailand.
Politik Thailand hanya dikejutkan dengan peristiwa pembunuhan misteri Raja Ananda, namun
ia tidak mengubah sistem pemerintahan demokrasi Thailand. Kesinambungan waris
pemerintahan raja Thailand tetap diterukan sehingga sekarang. Di Thailand, raja adalah
dihormati. Ia menjadi institusi penting bagi penyataan negara. Ia juga adalah tonggak
kestabilan negara apabila sistem demokrasi gagal menyelesaikan masalah politik dalaman
Thailand

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ SUMBANGAN TOKOH]


Soalan 11
Nilaikan sumbangan Phibun Songkhram terhadap Thailand.

Pengenalan
Phibun Songkhram memainkan peranan penting dalam revolusi Thailan 1932. Beliau
telah membantu kerajaan Pya Bahol mengatasi rampasan kuasa yang dianjurkan oleh Putera
Boworadet. Phibun Songhkram mewakili pihak tentera sering bertelagah dengan Pridi dari
pihak awam. Beliau muncul sebagai pemimpin yang kuat apabila menggunakan tentera untuk
menjalankan rampasan kuasa sehingga berjaya memegang jawatan Perdana Menteri beberapa
kali.
Isi
1. Sumbangan Phibun Songkhram memainkan peranan penting dalam
perjuangan nasionalisme di Thailand.
Pada tahun 1933, memainkan peranan menamatkan pemberontakan golongan
bangsawan di bawah pimpinan Putera Bovaradet yang ingin memulihkan kekuasaan raja.
Pada tahun 1938, beliau telah dilantik menjadi Perdana Menteri menggantikan Pya
Bahol yang meletak jawatan.
2. Pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan :-
Semasa Perang Dunia Kedua, beliau telah bekerjasama dengan Jepun untuk
mengelakkan Thailand diserang dan dijajah dan mendapatkan semula hak kekuasaan ke atas
wilayah yang pernah dikuasai seperti Indochina,Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Pada tahun 1947 setelah kembali sebagai Perdana Menteri, beliau menghidupkan
kembali sistem demorakrasi dengan membentuk perlembagaan pada tahun 1949.
Pada tahun 1951, beliau telah memansuhkan perlembagaan 1949 kerana berasakan yang
perlembagaan tersebut tidak mengekalkan kekuasaannya dan mengembalikan Perlembagaan
1932.
Beliau bertanggungjawab mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan ancaman
pengaruh komunis dan penghapusan aktiviti orang Cina di bawah Akta Thai-Activities,
menutup sekolah dan surat khabar Cina .
Mementingkan pencapaian ekonomi masyarakat tempatan dengan memperkenalkan
Akta Perkapalan dan Kanun Hasil Negara.
Dari sudut sosial, beliau melarang rakyat Siam berkahwin dengan orang Kristian tanpa
kebenaran. Penganutan agama Buddha disamakan dengan semangat patriotism terhadap
Negara. Menukarkan nama Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.

Kesimpulan
Sumbangan terpenting Phibun Songkhram ialah menggerakkan nasionalisme
melampau bertujuan untuk melindungi kepentingan ekonomi rakyat dan negara. Phibun
Songkrham menjalankan dasar anti_Cina untuk menggalakkan orang Thai menceburi bidang
perniagaan dan perdagangan. Phibun Songkrham menjadi diktator tentera yang memegang
kuasa mutlak dalam segala-gala hal sehingga beliau hilang sokongan dalam kalangan
pegawai kerajaan dan rakyat.

Anda mungkin juga menyukai