Anda di halaman 1dari 5

Alat Muzik Modern

Accordion
Accordion alat muzik berbentuk kotak daripada keluarga bellow-driven
free-reed aerophone kadang kala di rujuk sebagai squeezebox (kotak
picit). Bunyi accordion datang dari udara yang dimampat & dikembang
mengguna bellow semasa butang atau key ditekan menyebabkan udara
bergerak & menggetarkan strip besi (reed) mengeluarkan bunyi dari
dalam badan alat muzik itu. Prinsip nya sama seperti alat & nama
purba harmonikos --harmonika Greek bermaksud music. Accordion, alat
muzik biasa diguna dalam muzik folk (rakyat) & tradisional Eropah &
seluruh dunia. Ia juga tergolong dalam keluarga Sheng & Khaen di
china & Indochina (Asia timur). (menyerupai sompoton juga seruling
dayak). Bentuk asal accordion dicipta di Berlin 1822 oleh Christian
Friedrich Ludwig Buschmann, Pada abad ke 19 accordion mula sampai
ke India menjadi alat muzik harmonium India & asia tenggara dibawa
orang Eropah & perlahan-lahan meresap masuk kedalam permainan
muzik tradisi tempatan. seperti joget, zapin & dondang sayang.

Fender Electric Guitar


Ilmu Bermain Alat Muzik Modern Berasal Dari Barat

Seorang pemuzik atau pendengar lagu tempatan mungkin tahu setiap aspek
dalam permainan muzik atau muzik moden yang didengarnya adalah ke-
barat-an. Walaupun mungkin dia belajar dari mendengar muzik moden artis
tempatan tetapi artis tempatan itu juga mendengar & belajar dari artis
barat. Chord gitar ciptaan barat, bunyi rock gitar dari barat, scale muzik
dari barat, bass line dari barat, pukulan beat drum 4/4, 2/4, 3/4 juga dari
barat. Piano dari barat, keyboard dari barat, riff gitar barat inpirasi barat
juga. Style nyanyian rock & pop baru atau lama juga kebaratan.

Memang kita tidak nafikan alat-alat muzik modern semuanya berasal dari
barat. Di cipta atau diperbaiki hasil ciptaan itu oleh orang yang mahir di
barat seperti Eropah atau Amerika. Bukan saja alat alat muzik tetapi theory
muzik juga banyak yang di fikirkan, dicipta oleh artis karyawan seni dari
barat sejak dari zaman kegemilangan seni Greek. Menulis nota muzik, aturan
scale muzik & kord-kord untuk piano, gitar dicipta oleh mereka dari zaman
itu kemudian diperbaiki pada zaman renaissance - baroque - romantic.
Dipraktikkan dalam persembahan muzik orchestra, band marching military,
lagu-lagu rakyat & juga muzik pop terawal pada permulaan abad ke 19.

Gitar atau Guitar ialah alat muzik paling popular dalam dunia. Dimana-mana
sahaja kita boleh melihat orang bermain gitar. Gitar juga terdapat dalam
berbagai rupa & bentuk samada gitar kayu atau elektrik.
Orchestra

Orchestra Bamboo dari Jepun

Orchestra -- sekumpulan besar himpunan alat-alat muzik yang mengandungi


bahagian string, brass,woodwind, & alat percussion. Istilah orkestra
(orchestra) asalnya dari perkataan Greek nama kawasan didepan pentas
Greek purba yang disediakan untuk Greek chorus (penyanyi latar &
pemuzik). Orkestra menjadi berkembang menjadi sepanjang abad ke 18 &
19, tetapi sedikit pertukaran dari segi komposisi semasa abad ke 20. Saiz
orkestra kecil (50 atau kurang sikit dipanggil "chamber Orchestra" ataupun
"orchestra" sahaja). Saiz penuh (100 pemain) dipanggil "symphony orchestra"
atau "philharmonic orchestra". Perubahan ini tidak semestinya menunjukkan
kelainan peranan orkestra tetapi berguna untuk membezakan himpunan
(ensemble) dibandar yg sama seperti London Symphony Orchestra & London
Pilharmonic Orchestra. Satu kumpulan besar mengandungi alat-
alat muzik tradisional juga boleh di panggil orchestra.

Chord organ dicipta oleh Laurens Hammond tahun 1950. Sejak 1940an organ
elektrik kecil boleh diperolehi yang bunyinya sama seperti organ berpaip kemudian
menjadi permulaan kepada alat muzik keyboard moden. Tahun 1960an-1970an
organ menjadi alat popular kumpulan muzik Pop & Rock pada masa itu seperti The
Doors, Led Zeppelin, Deep Purple, Iron Butterfly & banyak lagi. Ada juga rakaman
alat organ dalam muzik Pop & pop tradisional Malaysia pada tahun 1960-an &
1970-an. Hari ini bunyi organ boleh dimainkan dari Keyboard Synthesizer yang
menggunakan Digital Sound Processor didalam atau Sound Sampler dalam hardware
keyboard. Alat keyboard moden hari ini boleh mengeluarkan pelbagai bunyi seperti
alat windwood, reed, brass, string & percussion yang menyerupai bunyi alat
sebenar.
AL-FARABI: TOKOH SENI MUZIK ISLAM

1.0 PENDAHULUAN
Agama Islam merupakan agama fitrah bagi manusia. Oleh sebab
itulah setiap ajaran yang telah disyariatkan kepada umatnya sudah
semestinya bertepatan dan selari dengan fitrah semulajadi mereka.
Jika diperhatikan, setiap manusia biasanya akan cenderung
kepada hiburan, khususnya terhadap seni muzik. Muzik adalah
suatu tuntutan fitrah manusia. Akan tetapi, untuk memenuhi
kehendak naluri manusia ini, tidak semua jenis muzik dibenarkan
oleh Islam.Oleh kerana itulah, para ilmuan Islam telah
memperkenalkan muzik mengikut acuan Islam agar mereka tidak
terpesong.
Kesenian Islam telah mencapai tahap yang amat tinggi ketika
era kegemilangan empayar Islam ketika dahulu. Malahan
sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa sebahagian besar
cabang kesenian yang ada pada hari ini adalah sumbangan awal
para ilmuan Islam. Mereka telah berjaya menghasilkan kerja seni
yang luar biasa mutunya, malahan kekal hingga ke hari ini. Samada
dari aspek seni muzik, seni khat,seni bina,seni sastera dan lainnya.
Dalam pengkajian mengenai seni muzik, bangsa Yunani dikatakan
perintis dalam bidang seni ini dan dipelopori oleh orang-orang
Islam serta memajukannya. Perkembangan seni muzik berlaku
pesat pada zaman kerajaan Abbasiyyah di mana kebolehan
menyanyi dan bermain alat muzik dijadikan pra syarat untuk
diterima bekerja. Kesannya lahirlah ramai tokoh terkemuka yang
arif dalam bidang muzik seperti al-Farabi, al-Kindi, Khalil Ibn
Ahmad dan lainnya.
2.0 DEFINISI MUZIK
Kalimah muzik tidak dapat kita temui di dalam al-Quran dan al-
Hadith. Walaupun di dalam al-Quran Allah s.w.t menceritakan
kisah Nabi Daud (al-Quran, al-Nisa 4, 163; al-Isra 17, 55; al-Nur 24,
10; al-Maidah 5, 78; al-Anam 6, 84; al-Anbiya 21, 78; al-Furqan 25,
15) dan Nabi Sulaiman (al-Quran, al-Baqarah 2, 102; al-Nisa 4, 123;
al-Anam 6, 84; al-Anbiya 21, 78; al-Naml 27, 15) yang memiliki
mukjizat berkaitan dengan seni suara, namun istilah muzik ini
gagal ditemui di dalam al-Quran. Di dalam teks (matan) al-Hadith,
kalimah muzik sukar ditemui dan hanya beberapa kalimah sahaja
yang boleh dikaitkan dengan muzik seperti al-Macazif, al-
Ghina dan al-Mughaniyyah (Ishaq Suliaman, 2000, 2).
Asal penggunaan istilah muzik dan definisinya dari aspek
terminologi adalah dipercayai bahawa kalimah muzik berasal
daripada bahasa Greek. Dikatakan telah dipinjam penggunaannya
oleh orang-orang Islam pada kurun kelapan hingga kesepuluh
Hijrah. Memandangkan asal kalimah muzik ini daripada tamadun
Greek, maka definisi yang dirumuskan oleh ahli muzikologi dan
ahli etnomuzikologi adalah seni dan sains memadukan bunyi atau
nada suara atau bunyi alat bagi membentuk berbagai-bagai
penyataan yang memuaskan emosi, estetika dan struktur bagi
sistem kepercayaan yang membentuk asas kepercayaan (Lois
Lamya, 1993, 31).
Daripada definisi tersebut, terdapat tiga ciri utama yang mendasari
muzik itu sendiru iaitu :
1)Bunyi suara atau bunyi peralatan.
2)Hasilan yang memuaskan emosi dan estetika.
3)Memenuhi tujuan tertentu seperti sistem kepercayaan dan
sebagainya.
Oleh itu, sekiranya kita mengambil tiga ciri tersebut dan
mengaitkannya dengan beberapa bentuk ibadah di dalam Islam,
maka akan ditemukan contoh-contoh ibadah tersebut yang
berkaitan dengan muzik. Namun peralatan muzik tidak digunakan
terutamanya di dalam ibadah yang berkaitan dengan al-Quran,
haji, tahmid dan takbir hari raya (Ishak Suliaman, 2000, 4-5).

Anda mungkin juga menyukai