Anda di halaman 1dari 6

9/4/2017 PISMP Sejarah IPGK Rajang: Peranan Penerapan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik Melalui Mata Pelajaran

an Nilai Sivik Melalui Mata Pelajaran Sejarah

More Next Blog Create Blog Sign In

PISMP Sejarah IPGK Rajang

PISMP SEJARAH
Peranan Penerapan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik Melalui Mata Pelajaran
Sejarah
1.0 PENGENALAN

Secara individu, kami dikehendaki menghasilkan satu tugasan projek untuk kursus SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah
Rendah. Penghasilan tugasan ini adalah melalui bacaan tambahan pelbagai bahan sumber mengenai peranan penerapan
elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah dalam melahirkan warganegara Malaysia yang
TAHNIAH ! ANDA bersatu padu dan bersemangat patriotik.
PENGUNJUNG KE

3 0 2 5 8 Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat,
keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan
demokrasi di Malaysia. Kandungan kurikulum menggunakan pendekatan kronologi. Persembahan kandungannya pula
PROFORMA PPISMP &
PISMP SEJARAH adalah berfokuskan tentang sejarah negara yang disepadukan dengan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik.

PPISMP
Dalam tugasan ini, fokus dan kandungan kurikulum sejarah akan dijelaskan dengan lebih lanjut. Begitu juga, tugasan ini
Semester Satu
SJH1101 - Pengantar memberi tumpuan mengenai sejauhmanakah penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran
Sejarah Sejarah dapat memainkan peranan dalam melahirkan Malaysia yang bersatu padu dan bersemangat patriotik.
SJH1102 - Sejarah
Sosioekonomi Malaysia
Sehingga 1970

Semester Dua
SJH1103 - Sejarah Politik
Malaysia Sehingga Awal
Abad Ke 20
SJH1104 - Pembinaan
Negara Bangsa
SJH1106 - Sejarah Asia

ARKIB BLOG
2.0 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
2016 (8)

http://pismpsejarah.blogspot.my/2015/02/peranan-penerapan-elemen.html 1/6
9/4/2017 PISMP Sejarah IPGK Rajang: Peranan Penerapan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik Melalui Mata Pelajaran Sejarah

2015 (14) Berdasarkan Dokumen Standard, KSSR, Sejarah Tahun 4, KPM (2013), Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah
February (13) bermatlamat untuk membolehkan murid memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air
Kajian dan kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia.
Lapangan
Pembelajara
n Di Sekolah
Jenis Keba... Begitu juga, fokus utama Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah adalah untuk menyemai ilmu pengetahuan dan asas
SK Bandar kemahiran pemikiran Sejarah di samping menerapkan semangat patriotisme melalui pengetahuan tentang masa lalu yang
Bintangor, mempengaruhi masa kini. Melalui pembelajaran ini, murid mampu membina kerangka kronologi tentang sesuatu peristiwa
Bintangor
penting dan tokoh yang terlibat. Begitu juga, murid dapat membuat perbandingan tentang pengalaman manusia dan
SJK (C) Kwang
Chien
seterusnya berupaya memahami diri mereka secara individu dan sebagai ahli dalam masyarakat.

PISMP SEJARAH
Seperti yang telah digariskan dalam Dokumen Standard, KSSR, Sejarah Tahun 4, KPM (2013), organisasi Kurikulum
Sejarah Sekolah Rendah merupakan kesepaduan tiga elemen utama iaitu mencakupi ilmu pengetahuan (kandungan), asas
Kemahiran Pemikiran Sejarah (kemahiran), penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi memupuk minat murid
Kumpulan Sejarah PISMP terhadap Sejarah. Kandungan kurikulum Sejarah sekolah rendah menggunakan pendekatan kronologi, di mana ia
View my complete profile mencakupi beberapa tema seperti; Sejarah Awal Negara (Tahun 4), Kedaulatan Negara (Tahun 5) dan Kemakmuran
Negara Kita (Tahun 6).

Begitu juga, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik turut diserapkan melalui mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah.
Penerapan elemen ini menggunakan Dimensi Kewarganegaraan. Antara dimensi kewarganegaraan yang diketengahkan
ialah perkongsian sejarah, perkongsian nilai, perasaan kekitaan, perkongsian masa depan, kesetiaan, tanggungjawab
warganegara dan keterikatan emosi kepada negara. Setiap dimensi kewarganegaraan ini bertujuan untuk membentuk
warganegara yang berketrampilan dan bermaklumat.

Kesimpulannya, mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan satu kesinambungan ke peringkat sekolah
menengah sebagai suatu disiplin ilmu yang dinamik. Kurikulum ini merupakan satu usaha untuk melengkapkan murid
dengan perkembangan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengamalan nilai murni serta penerapan semangat jati diri
sebagai warganegara Malaysia.

http://pismpsejarah.blogspot.my/2015/02/peranan-penerapan-elemen.html 2/6
9/4/2017 PISMP Sejarah IPGK Rajang: Peranan Penerapan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik Melalui Mata Pelajaran Sejarah

3.0 PERANAN ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK DALAM MELAHIRKAN WARGANEGARA MALAYSIA
YANG BERSATU PADU DAN BERSEMANGAT PATRIOTIK

Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diajar melalui mata pelajaran
Sejarah adalah sebagai asas dalam melahirkan warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan. Elemen tersebut
diharapkan agar dapat membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai kesepaduan sosial dan intergrasi nasional. Walau
bagaimanapun, sejauh manakah penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah ini
dapat memainkan peranan dalam melahirkan Malaysia yang bersatu padu dan bersemangat patriotik.

Terdapat tujuh dimensi kewarganegaraan yang diketengahkan sebagai penanda aras untuk menerapkan elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata pelajaran Sejarah. Dimensi kewarganegaraan yang pertama ialah melalui
perkongsian sejarah. Melalui perkongsian sejarah, terdapat beberapa elemen yang diterapkan seperti berbangga dengan
sejarah dan asal usul negara, menghargai kewujudan dan kegemilangan kerajaan Melayu tradisional, mengambil iktibar
kesan penjajahan kuasa luar ke atas negara, menghayati peristiwa kemerdekaan negara dan memelihara warisan negara.
Elemen-elemen ini amat penting khasnya dalam mengambil iktibar peristiwa yang telah berlaku. Abd. Rahman Abd. Rashid
(1999), mempelajari sejarah bukan semata-mata untuk pengetahuan, tetapi juga menjadi pedoman dan memberi iktibar
kepada sesuatu bangsa tentang apa yang telah berlaku. Melalui penerapan elemen-elemen ini, mata pelajaran Sejarah
akan melahirkan warganegara yang mengetahui dan memahami sejarah pembentukan negara.

Seterusnya, dimensi kewarganegaraan yang diketengahkan ialah perkongsian nilai. Dalam dimensi ini, tiga elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik yang akan diterapkan dalam mata pelajaran Sejarah. Antaranya ialah menyanjungi prinsip
Rukun Negara, menghormati kepelbagaian agama dan budaya serta berbangga dengan lambang dan simbol negara.
Menurut Nazaruddin (2000), Rukun Negara adalah satu susunan cara (prinsip) hidup bermasyarakat yang mengandungi
nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara. Dengan penerapan
elemen dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah, ia dapat melahirkan warganegara yang mengamalkan sikap dan
perlakuan yang berhemah. Ciri-ciri warganegara seperti ini amat penting di mana Malaysia merupakan sebuah negara
yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

http://pismpsejarah.blogspot.my/2015/02/peranan-penerapan-elemen.html 3/6
9/4/2017 PISMP Sejarah IPGK Rajang: Peranan Penerapan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik Melalui Mata Pelajaran Sejarah

Selain itu, dimensi kewarganegaraan yang digunakan ialah perasaan kekitaan. Dalam dimensi ini, elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik yang diterapkan ialah menghormati amalan kepelbagaian kaum, budaya dan agama,
berbangga dengan hari kemerdekaan, memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan berbangga
dengan pencapaian negara. Menurut Ismail Said (2010), mata pelajaran Sejarah membentangkan pelbagai peristiwa dan
fakta berkenaan permuafakatan pelbagai kaum pada waktu sebelum, semasa dan selepas merdeka boleh membangkitkan
semangat kebersamaan dalam kalangan setiap warganegara. Sesungguhnya, melalui penerapan elemen dan nilai sivik
seperti ini, mata pelajaran Sejarah mampu membentuk warganegara yang bersatu padu dan bersemangat patriotik.

Begitu juga, melalui dimensi kewarganegaraan seterusnya, iaitu perkongsian masa depan, elemen kewarganegaraan dan
nilai sivik seperti menghornati masyarakat pelbagai kaum, memakmurkan ekonomi negara dan mengekalkan warisan
negara dapat diterapkan. Menurut Mohd Sohaimi Esa et al. (2011), negara kita tidak dapat lari daripada menghadapi
pelbagai cabaran hubungan etnik seperti kepentingan etnik dari aspek sosial yang meliputi aspek pemisahan fizikal,
pengasingan pendidikan, popurisasi kaum dan kontrak sosial. Oleh yang demikian, penerapan elemen dan nilai sivik
khasnya melalui mata pelajarah Sejarah, masyarakat di negara ini mampu untuk bertolak ansur dan saling bekerjasama
dalam melonjakkan ekonomi negara. Begitu juga, kita mampu membina keyakinan dan tanggungjawab warganegara
Malaysia untuk mencorakkan masa depan negara pada masa depan.

Di samping itu, melalui dimensi kewarganegaraan yang seterusnya iaitu kesetiaan, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik
seperti mematuhi perintah Tuhan, mentaati Raja dan Negara, menghormati pemimpin negara serta mematuhi undang-
undang dan peraturan negara dapat diterapkan melalui mata pelajaran Sejarah. Negara Malaysia merupakan sebuah
negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Menurut Nadzan Haron dan Rozeman Abu Hassan (2010),
perlembagaan bertindak sebagai garis panduan kepada pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau
rakyat. Oleh yang demikian, dengan penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata pelajaran Sejarah, ia
dapat memupuk warganegara yang mempunyai kepercayaan kepada Tuhan dan mempunyai perasaan taat dan setia
kepada negara.

Seterusnya, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata pelajaran Sejarah diterapkan melalui dimensi
kewarganegaraan, iaitu tanggungjawab warganegara. Dalam dimensi ini, antara elemen dan nilai sivik yang akan
diterapkan ialah mempertahankan identiti negara, mempertahankan warisan negara serta menerima perbezaan kaum,
budaya dan agama. Hal ini turut dinyatakan oleh Omardin Haji Ashaari dan Yunus Muhamad (2002), sejarah dapat
membantu mengembang dan membangkitkan kesedaran terhadap tugas dan tanggungjawab warganegara itu kepada
negaranya dan mampu menanam rasa bangga menjadi warganegara. Ini sekaligus membuktikan penerapan elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata pelajaran Sejarah mampu melahirkan warganegara yang mengetahui dan
memahami tanggungjawab sebagai warganegara dengan sepenuh hati.

http://pismpsejarah.blogspot.my/2015/02/peranan-penerapan-elemen.html 4/6
9/4/2017 PISMP Sejarah IPGK Rajang: Peranan Penerapan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik Melalui Mata Pelajaran Sejarah

Dimensi kewarganegaraan yang terakhir seperti yang digariskan dalam Dokumen KSSR, Sejarah ialah keterikatan emosi
kepada negara. Dalam dimensi kewarganegaraan ini, antara elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang akan diterapkan
melalui mata pelajaran Sejarah ialah menghargai sejarah asal usul negara, menghargai warisan negara dan identiti negara,
menghayati prinsip Rukun Negara, bersyukur dengan keharmonian dan kemajuan ekonomi serta berbangga dengan
pencapaian negara. Dengan penerapan elemen dan nilai sivik ini, mata pelajaran Sejarah mampu melahirkan warganegara
Malaysia yang bersatu padu dan bersemangat patriotik. Hal ini turut disokong oleh Sheela Abraham (1994), di mana beliau
mengatakan bahawa sudah menjadi satu tradisi bahawa sejarah diberi tanggungjawab untuk menanam nilai-nilai seperti
moral, budaya dan patriotik dalam kalangan generasi muda.

Jelas sekali bahawa penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik ini dilaksanakan secara sistematik melalui tujuh
dimensi kewarganegaraan yang telah digariskan dalam Dokumen KSSR, Sejarah. Sesungguhnya, penerapan elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah dapat memainkan peranan dalam melahirkan
warganegara Malaysia yang bersatu padu dan bersemangat patriotik.

4.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, tugasan ini telah membincangkan mengenai sejauh manakah penerapan elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah dapat memainkan peranan dalam melahirkan
warganegara Malaysia yang bersatu padu dan bersemangat patriotik.

Seperti yang kita sedia maklum, mata pelajaran Sejarah akan diperkenalkan dan diajar di peringkat sekolah rendah (Tahap
2). Fokus utama Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah adalah untuk menyemai ilmu pengetahuan dan asas kemahiran
pemikiran Sejarah di samping menerapkan semangat patriotisme melalui pengetahuan tentang masa lalu yang
mempengaruhi masa kini. Manakala, organisasi Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah merupakan kesepaduan tiga elemen

http://pismpsejarah.blogspot.my/2015/02/peranan-penerapan-elemen.html 5/6
9/4/2017 PISMP Sejarah IPGK Rajang: Peranan Penerapan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik Melalui Mata Pelajaran Sejarah

utama iaitu mencakupi ilmu pengetahuan (kandungan), asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (kemahiran), penerapan
elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi memupuk minat murid terhadap Sejarah.

Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik akan diterapkan melalui mata
pelajaran Sejarah. Elemen dan nilai sivik tersebut diharapkan agar dapat melahirkan Malaysia yang bersatu padu dan
bersemangat patriotik. Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik diterapkan secara sistematik melalui dimensi
kewarganegaraan yang telah digariskan. Antara dimensi kewarganegaraan yang diketengahkan ialah perkongsian sejarah,
perkongsian nilai, perasaan kekitaan, perkongsian masa depan, kesetiaan, kewarganegaraan serta keterikatan emosi
kepada negara.

Sesungguhnya, melalui penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata pelajaran Sejarah, kita mampu
melahirkan warganegara yang bersatu padu dan bersemangat patriotik. Hal ini amat penting untuk diterapkan dari
peringkat awal lagi, khususnya di sekolah rendah bagi mengukuhkan lagi nilai yang ada dalam diri seorang warganegara.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Hasil Tugasan Projek,


Anita Dilam (PISMP Sej)

Posted by Kumpulan Sejarah PISMP

No comments:
Post a Comment

Newer Post Home Older Post

Copyright 2014 PISMP Sejarah Ambilan Januari 2013. Awesome Inc. theme. Theme images by molotovcoketail. Powered by Blogger.

http://pismpsejarah.blogspot.my/2015/02/peranan-penerapan-elemen.html 6/6

Anda mungkin juga menyukai