Anda di halaman 1dari 13

GURU BERMAKNA

Oleh:

ALYAS BIN MOHAMAD

KURSUS PERKEMBANGAN STAFF


SEK. KEB. CHUKAI, KEMAMAN, TERENGGANU

8HB. JUN 2006


GURU BERMAKNA

1.0 Pengenalan

Tugas guru kini bukan sekadar mengajar dan memberikan ilmu


kepada pelajar malah menentukan maju mundur negara (Sabaruddin
Yusof, 1993). Kemajuan negara ditentukan oleh mutu pelajar yang
dihasilkan. Pelajar yang cemerlang, kreatif dan inovatif akan
membantu membangunkan negara, malah mutu pelajar dan generasi
muda akan menjadi penjamin kestabilan negara. Banyak kajian telah
membuktikan mutu guru merupakan factor penting yang
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar (Marimuthu, 1993).
Laporan Coleman (1966) juga mendapati beberapa pembolehubah
seperti tingkah laku guru, strategi pengajaran pembelajaran untuk
kumpulan dan mata pelajaran yang berbeza telah mempengaruhi
pencapaian murid. Di sini ternyata guru-guru perlu meningkatkan
keberkesanan pengajaran pembelajaran sehingga menghasilkan
pengajaran bermakna. Pengajaran bermakna akan dapat dihasilkan
oleh guru bermakna. Untuk itu guru perlu berdaya maju, kreatif dan
inovatif (Marimuthu, 1993).

1.1 Ciri-Ciri Guru Bermakna Dalam Pengajaran

Sabaruddin Yusof (1993) melalui penilaiannya telah


mengkategorikan guru kepada 4 golongan.
1. Guru yang lemah guru yang hanya mengajar secara
sambil lewa.

2. Guru yang baik yang memberitahu dan menerangkan


apa yang akan diajar supaya murid-murid faham.

Alyas Mohamad Muka Surat


1Alyas Mohamad Muka
Surat 1
3. Guru yang lebih baik guru yang bukan sahaja mengajar
dan menerangkan tetapi juga cuba memberi contoh dan
menunjuk ajar berdasarkan kreativitinya.

4. Guru yang bermakna (cemerlang) iaitu guru yang


mengamalkan ketiga-tiga pendekatan itu mengadakan latihan
tunjuk cara (bengkel), kelas tambahan dan sebagainya untuk
memastikan murid-muridnya memahami dan memanafaatkan
sepenuhnya apa yang diajar.

Penilaian terhadap kategori-kategori guru ini penting bagi


membezakan guru unggul dan guru tunggul berdasarkan ciri-ciri yang
demikian. Guru yang unggul (ideal) mengikut pandangan Ruth (1964)
ialah guru yang memiliki.

explaining, interving, showing how.


initiating, directing, administrating,
certifying the group
(Ruth, L.E., 1964. What is a good teacher)

Ruthstein (1990) pula melihat guru yang bermakna (meaningful


teacher) ialah guru yang memiliki ciri-ciri berikut:
1. Fleksibiliti.
2. Enthusiasism.
3. Pengurusan bilik darjah.
4. Pengetahuan tentang isi pelajaran, organisasi dan
persembahan yang jelas.
5. Mengamal pengajaran berpasukan.
6. Mampu mengekal suasana bilik darjah yang sesuai.
7. Mampu menggalakkan kemahiran menyoal di peringkat
tinggi dan pemikiran secara analitikal.
Alyas Mohamad Muka Surat
2Alyas Mohamad Muka
Surat 2
8. Mampu mengurus maklumat di peringkat tinggi.

Secara umum berdasarkan pendapat-pendapat Gowan (1957), Ruth


(1964), Stern (1963) dan Ryan (1960), bahawa guru yang bermakna
memiliki kriteria-kriteria berikut:

1. Mempunyai sikap bersedia bertolak ansur dan melakukan


pengubahsuaian.
2. Baik sangka.
3. Kepuasan hati dalam pengajaran (Enthusiasism, suka
berdampingan dengan murid)
4. Mempunyai kualiti personality yang stabil dan disukai oleh
murid dan guru.
5. Peramah, mesra, lemah lembut, mewujudkan keselamatan
dan keyakinan.
6. Tidak menyalahkan orang lain dan bertanggung jawab
(accountability)
7. Berkebolehan mengarah, membimbing, mentadbir dan
menyatukan kumpulan.
8. Bersedia dan sentiasa berusaha mencuba idea-idea baru,
kreatif dan inovatif.
9. Berkemahiran dalam menyoal.
10. Berpengetahuan dalam mata pelajaran yang diajar.
11. Menggunakan ABM yang sesuai.
12. Melakukan refleksi kendiri (menjalankan penilaian dan
penyelidikan tindakan).
13. Mampu memperkayakan aktiviti pengajaran.

Kesimpulannya guru yang bermakna sepatutnya memiliki ciri-ciri


tersebut. Guru bermakna akan lebih fleksibel, mampu mengubahsuai
Alyas Mohamad Muka Surat
3Alyas Mohamad Muka
Surat 3
semua strategi pengajaran, kaedah pengajaran dan berkebolehan
mengaplikasikannya mengikut situasi. Ada pengkaji mengaitkan
pencapaian murid dengan sikap enthusiasism dan peramah
(kemesraan) seseorang guru. Ini kerana factor yang berkesan dalam
pembelajaran murid adalah sikap enthusiasism guru (Rosheushine dan
Furst, 1973). Guru yang bermakna juga mampu mengekalkan suasana
pembelajaran yang harmoni. Suasana yang demikian akan
memaksimakan masa pembelajaran disamping mewujudkan suasana
yang kondusif (Noran Fauziah, 1990). Pengetahuan guru tentang isi
pelajaran, organisasi dan gaya persembahan yang berkesan akan
mampu menyepadukan ilmu-ilmu agar ia lebih bermakna. Hal ini boleh
dicapai dengan cara pembacaan, menghadiri kursus, seminar, forum
dan seumpamanya (Sabaruddin Yusof, 1993). Minat yang mendalam
terhadap profesion perguruan, peramah dan positif perlu ada pada
setiap guru bagi membantu guru-guru mendampingi murid-murid.
Sifat ini dapat menghasilkan suasana yang baik dalam projek
pengajaran pembelajaran. Guru yang bermakna adalah juga guru
yang unggul, menepati masa dan sentiasa kreatif dalam mencari dan
mengaplikasi strategi pengajaran pembelajaran.

Valentine (1990, p.34) dalam bukunya Principles and Practices for


Effective Teacher Evaluation, telah melihat ciri-ciri guru bermakna dari
3 sudut:

1. Proses Pengajaran: Disini guru menunjukkan adanya


perancangan dan persediaan mengajar, penguasaan isi pelajaran
dan kurikulum, penggunaan strategi, teknik dan penguasaan
kemahiran yang berkesan. Penggunaan masa yang
diperuntukkan dengan sesuai, ada fleksibiliti bagi memenuhi
perbezaaan perbezaan individu, menonjol kebolehan untuk
Alyas Mohamad Muka Surat
4Alyas Mohamad Muka
Surat 4
memotivasikan murid, mengekalkan suasana bilik darjah yang
kondusif dan konstruktif.

2. Hubungan Interpersonal: Hubungan interpersonal yang


baik antara guru dengan guru, guru dengan murid, guru dengan
pihak pentadbiran, guru dengan ibu bapa dan pihak luar.

3. Tanggungjawab professionalism: Hal ini dilihat dari


segi menepati waktu (punctuality), mematuhi polisi peraturan-
peraturan, menerima tanggungjawab di luar bilik darjah,
menunjukkan komitmen untuk perkembangan
profesionalismnya.

2.0 Masalah Guru Masa kini

Pencapaian kesemua objektif pendidikan guru, secara tidak langsung


bermaksud melahirkan guru yang bermakna, berwibawa, kreatif,
inovatif, dedikasi dan komited terhadap tugas dan tanggungjawab.
Guru yang bermakna dan berwibawa mempunyai pengetahuan dalam
kelima-lima aspek iaitu proses identification, diagnosis, prognosis,
theraphy dan followup.

Walau bagaimanapun tugas dan kedudukan guru kini dipersoalkan,


wibawa guru semakin luntur dan secara tidak langsung penghormatan
terhadap guru semakin menurun. Sesetengah pendapat menyatakan
bahawa kewibawaan dan taraf pendidikan guru yang menentukan
keberkesanan mutu pengajaran (Samsiah, MPKB, 2005). Pandangan
ini dikemukakan atas andaian yang guru ideal ialah guru yang
berkemampuan akademik tinggi, mempunyai kemahiran mengguna
dan menerapkan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran

Alyas Mohamad Muka Surat


5Alyas Mohamad Muka
Surat 5
pembelajaran dan mampu memotivasikan murid (Wan Ibrahim, UM,
1993). Ini kerana untuk menjadi guru yang cemerlang dan bermakna,
setiap orang guru harus faham tentang murid, selaras dengan teknik
pengajaran yang menitikberatkan murid sebagai individu (student
centered). Ini bermakna guru harus titikberatkan keadaan murid, latar
belakang, struktur mental, tahap perkembangan dan pertumbuhan
mental, minat dan keperluan, teori pembelajaran yang sesuai
disamping mengenali punca-punca kelemahan murid. Jika tidak
sekolah hanyalah berupakan tempat trial and error dan segala proses
penyampaian maklumat, kemahiran dan penerapan nilai tidak
bermakna.

Bermaknanya sesuatu pengajaran ditentukan oleh apa yang dipelajari


dan diassimilasikan oleh murid. Pembelajaran yang bermakna hanya
boleh dicapai jika murid menghargai segala maklumat, pengetahuan
dan kebolehan guru (Sulaiman Yamin, UTM, 2005). Kebolehan guru di
sini bermaksud sejauh mana guru mampu mengajar dengan berkesan.
Pengajaran berkesan bermula dengan tahap kebolehan guru. Untuk
berkebolehan dalam mata pelajaran, guru hendaklah betul-betul
berkelayakan untuk mengajarnya. Guru mesti betul-betul terlatih dan
didedahkan dengan meluas mengenai perkara-perkara yang berkaitan
dengan pelajaran yang diajar (subject matter). Pengajaran bermakna
juga tidak bergantung semata-mata kepada penguasaan pengetahuan
tetapi ia memerlukan komitmen yang kuat dalam pengajaran.

Perbezaan antara guru bermakna dan guru yang membosankan


bergantung pada tahap commitment (penglibatan) dalam pengajaran.
Guru yang komited melihat pengajaran sebagai tuntutan untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid. Beliau melihat
pengajaran sebagai tenaga untuk membantu murid-murid membina
Alyas Mohamad Muka Surat
6Alyas Mohamad Muka
Surat 6
pengetahuan yang sangat berguna sepanjang hayat. Guru bermakna
juga mengambil berat tentang kebajikan murid, dan memiliki
keinginan yang tulus ikhlas untuk melihat kebajikan sepenuhnya
kepada murid hasil pengajarannya (lulus dalam peperiksaan dan
menggunakan maklumat / pengetahuan dalam kehidupannya). Jadi
mereka ini sentiasa berusaha meneroka jalan untuk mewujudkan
suasana yang kondusif bagi menggalakkan murid belajar dengan lebih
bermakna. Untuk itu guru sepatutnya mempelajari ilmu psikologi
pembelajaran secara berterusan dalam usaha untuk mengajar dengan
lebih bermakna. Guru patut mengembangkan tahap pengetahuan yang
berkaitan dengan bidangnya. Matlamat ini boleh dicapai jika guru ada
enthusiasisma untuk meneruskan pembelajaran bagi menguasai
segala pengetahuan baru (Donald. E., 1974).

Guru yang berkesan dan bermakna adalah juga mereka yang


greatest motivators dan sering menggalakkan atau melakukan
pengkayaan segala usaha murid. Ini akan merangsangkan murid
untuk menghasilkan kerja yang lebih baik. Kemahiran berkomunikasi
yang baik tidak semestinya boleh mengajar dengan bermakna
(Rothstein, 1990).

Populariti guru pada tanggapan pelajar tidak semestinya guru yang


menguasai kandungan pelajaran atau mempunyai komunikasi yang
berkesan. Suatu sindrom yang sering diperkatakan ialah terdapat
semacam penurunan kecergasan di kalangan guru dalam
menjalankan tugas mereka di sekolah. Pandangan ini disokong
oleh Dr. T. Marimuthu yang berpendapat:

Dahulu masyarakat memandang tinggi dengan penuh


hormat kepada kerjaya ini. Sekarang persepsinya

Alyas Mohamad Muka Surat


7Alyas Mohamad Muka
Surat 7
berubah dan hal ini tidak menyeronokkan guru.
Kemudian ada pula golongan yang merendahkan status
profesion kerana tidak melengkapkan diri masing-
masing dengan ilmu dan pengetahuan komitmen dalam
tugasnya

(Dr. T. Marimuthu. BH. 16.5.1992)

Dalam ruangan forum (UM. 7.7.1990). Lotfi Haji Ismail berpendapat:

ada para pendidik yang masih lagi tidak dapat


mengubah sikap di dalam corak pendidikannya walau
pun pelbagai pendedahan telah diberikan, sekolah
menjadi tempat mengajar bukan mendidik

Satu penyelidikan adalah difikirkan sangat perlu untuk mendedahkan


situasi yang sebenar. Penyelidikan ini diharapkan dapat menjawab
semua persoalan yang berkaitan. Data-data yang akan dianalisis akan
dapat membantu untuk dibuat rumusan dan cadangan yang lebih
tepat.

3.0 Faktor-Faktor Pembantu Guru Bermakna

Satu penyelidikan yang telah dijalankan oleh sarjana pendidikan dari


UTM, 2002, dapat digambarkan dalam satu rangka konsep seperti
dalam Gambarajah 1. Faktor-faktor berkaitan yang mempengaruhi
untuk menghasilkan guru sekolah rendah yang berkesan dan
bermakna dapat dilihat secara jelas.

Alyas Mohamad Muka Surat


8Alyas Mohamad Muka
Surat 8
GAMBARAJAH 1: Rangka Konsep Guru Bermakna

3.1 Peramah

(Hamacheck, 1974) percaya guru-guru yang bermakna ialah guru-


guru yang ada unsur-unsur kemanusiaan, berkualiti, bersikap adil,
peramah dan baik hati. Hasil kajiannya mendapati minat murid
terhadap mata pelajaran sains bertambah jika gurunya peramah. Hasil
kajian beliau mendapati 6 kualiti guru yang unggul, peramah (66%).
Ini menunjukkan peramah adalah sifat terpenting bagi guru-guru

Alyas Mohamad Muka Surat


9Alyas Mohamad Muka
Surat 9
sekolah rendah untuk membantu pembelajaran murid (Rohati dan
Subahan, 1988). Jika guru garang, murid akan takut dan ini akan
menjadi rintangan pada pembelajaran (Noran Fauziah, 1990).

3.2 Kestabilan Emosi

Ryan (1967), mendapati emosi terkawal (seimbang) adalah ciri utama


guru yang bermakna. Ini kerana kestabilan emosi adalah kolerasi
dengan sikap terhadap perguruan. Guru yang beremosi stabil dapat
mengawal diri dan menyelesaikan masalah dengan tenang. Laporan
KPPK mendapati 36 orang guru (50 sekolah di Melaka) mengalami
gangguan emosi. Setiap sekolah mempunyai seorang guru bermasalah
(NST, Mac, 1987).

3.3 Komited

Noran Fauziah (1958) mendapati guru yang bermakna ialah guru yang
komited dan menyedari tentang peranannya untuk meninggikan
prestasi pembelajaran murid. Kejayaan murid akan memberi kepuasan
pada dirinya. Guru-guru ini akan dapat menyesuaikan dirinya dengan
system sekolah (Yusof Hanifah, 1981).

3.4 Berpengetahuan Tinggi

Guru yang cetek pengetahuan khususnya tentang isi pelajaran, tidak


berkemungkinan menjadi guru yang bermakna (Noran Fauziah, 1990).
Ini kerana mereka akan ketandusan idea, contoh, kerana guru hanya
mengetahui setakat yang ada dalam buku teks sahaja. Guru-guru
hendaklah berpegang kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat.

3.5 Minat

Alyas Mohamad Muka Surat


10Alyas Mohamad Muka
Surat 10
Adalah didapati ramai guru yang memilih profesion perguruan kerana
banyak cuti, waktu bekerja yang singkat, sesuai dengan kelulusan
(Noran Fauziah, 1986), pengaruh ibu bapa dan guru (FOX, 1961),
(Joseph dan Green, 1986), kerjaya yang memberikan ganjaran dan
kepuasan (Lesly, 1980), (Rowse dan Ley, 1986) tiada peluang
pekerjaan lain (Hollis, 1995 dan Obura, 1974). Hasil kajian mendapati
kejayaan menjadi guru mempunyai hubungan dengan minat dan factor
memilih pekerjaan (Noran Fauziah, 1987 dan Highert, 1965).

3.6 Kreatif dan Inovatif

Laporan PSPN (1990) dan USM (1990) mendapati kebanyakan sekolah


kurang berusaha mengadakan program membantu dan menggalakkan
guru dalam penggunaan ABM. Kekurangan bahan dan tidak mendapat
bantuan secukupnya daripada pihak-pihak tertentu. Laporan juga
mendapati guru-guru lemah dalam penyediaan dan pengurusan bahan
ABM.

4.0 Rumusan dan penutup

Kajian BPG (1993), mendapati guru-guru yang telah lama bertugas


kurang berketerampilan, ini adalah akibat kurangnya waktu bagi
mengendalikan sesi pengajaran mikro, kepadatan program dan tidak
ada keseimbangan antara teori dan praktik. Walaupun mereka telah
diajar segala teori mengenai psokologi pendidikan di bilik bilik kuliah
namun ia tidak memberikan mereka kemahiran yang cukup untuk
mengawal bilik darjah dan mengamalkan segala strategi dan kaedah
pengajaran moden (Yusof Harun, 1991). Guru-guru yang mempunyai
pengalaman kurang 5 tahun mempunyai persepsi yang lebih positif
berbanding dengan guru yang mengajar lebih 10 tahun terhadap ciri-
Alyas Mohamad Muka Surat
11Alyas Mohamad Muka
Surat 11
ciri guru bermakna.

Alyas Mohamad Muka Surat


12Alyas Mohamad Muka
Surat 12

Anda mungkin juga menyukai