Anda di halaman 1dari 5

Apa Itu Keberanian Zaman

Tuan Mohammad Khairullah Mohd Zainudin, Pengasas UBS


Usahawan Budak Sekolah Malaysia memberikan pembayang.
Menurut beliau, keberanian zaman ertinya The Initiator orang yang
memulakan suatu usaha yang belum pernah diusahakan.

Jelas sekali pembayang itu tidak cukup. Penjelasan yang lengkap


tetapi ringkas diperlukan. Aku campak telefon Xiaomi Redmi 1S yang
sudah terkopek catnya ke atas tilam. MacBook Air terpakai juga
menjadi mangsa rebahan di atas tilam walaupun panas di bawahnya.
Tidak apa-apa, sekejap sahaja. Demikian aku menyedapkan hati.

Aku keluarkan senaskhah nota daripada beg selempang. Ke mana pun


aku pergi, jarang-jarang aku tinggalkan beg itu. Semenjak dua bulan
yang lalu, nota ilmiah itu tersimpan di dalam beg sehingga koyak
hujungnya. Nota itu bertajuk Keberanian Zaman ditulis oleh
Tuan Ahmad Naim Jaafar, Pengasas Foresight Academy.

Pemimpin Perubahan

PENGASAS UBS SENTIASA MEMIKIRKAN NASIB GENERASI


MASA DEPAN.
Kipas berpusing laju, tetapi aku masih berpeluh. Nota itu aku tatap
dan selak. Teringat aku semasa melanjutkan pengajian sarjana dua
tahun lalu. Membaca dan mengulas artikel adalah tugas wajib setiap
minggu. Terutamanya dalam tajuk inovasi, aku melihat banyak
inovasi pada zaman tertentu, dan keruntuhannya selepas beberapa
lama.

Kitaran hayat organisasi adalah perkara biasa, tetapi tidak semestinya


berlaku sedemikian. Ada organisasi yang hampir mati, dan tiba-tiba
berinovasi menjadi sesuatu yang lain. Inovasi itu merupakan
terjemahan keberanian zaman, menurut aku. Tanpa pemimpin
perubahan yang berani pada zamannya, tentulah inovasi tidak
berlaku.

Keberanian zaman bukan istilah baru. Buya Hamka (1908 1981) ada
menyebut tentang keberanian zaman. Menurut beliau, anak muda
yang membawakan perubahan adalah orang yang melalui keberanian
zaman.

Dengan kata lain, mereka berani melakukan sesuatu yang benar,


penting dan berwawasan besar sebelum mereka benar-benar dewasa.
Mereka berani memulakan sesuatu yang baru (initiate something
new) tanpa menunggu semua perkara menjadi sempurna. Merekalah
pemberani pada zaman mereka.

Justru, apa syarat menjadi pemimpin perubahan? Apakah


pengerasnya? Daripada nota itu, aku dapat senaraikan sekurang-
kurangnya 10 ciri yang mesti ada di dalam diri seseorang yang
berhasrat melakukan keberanian zaman.

1. Memeta masa hadapan sendiri.

Menurut penulis, membawa perubahan adalah fitrah anak muda. Oleh


itu, anak muda yang selesa memeta masa hadapan mengikut versi
realiti sendiri berpotensi melakukan keberanian zaman.

2. Mendepani gelombang perubahan.


Menurut penulis, anak muda perlu mendepani gelombang dasar laut
(groundswell) dengan membawakan semangat zaman (zeitgeist)
untuk generasinya dalam apa jua bidang kehidupan.

3. Memimpin dan membangun perubahan dengan budaya ilmu.

Menurut penulis, anak muda yang memperolehi ilmu perlu


mengaplikasikannya supaya mereka bebas membina keupayaan diri
secara mapan.

4. Membina potensi diri dengan bebas.

Menurut penulis, anak muda perlu bebas membina potensi tanpa


keterikatan kepada faktor luaran, contohnya tekanan ekonomi.
Kebebasan itu membolehkan anak muda mempertingkatkan ilmu bagi
mencipta nilai untuk lebih ramai orang.

5. Mengutamakan impak, bukan pengiktirafan dan jawatan.

Menurut penulis, ramai anak muda yang mahu membuat perubahan


jikalau mereka diiktiraf dengan anugerah ataupun dilantik memegang
jawatan tinggi. Namun, impak perubahan tidak memerlukan input
dan belanjawan besar, sebaliknya anak muda perlu jujur dalam usaha
menyelesaikan masalah dengan perubahan yang dipimpinnya itu.

6. Dikenali kerana merit dirinya, bukan siapa di belakangnya.

Menurut penulis, anak muda perlu berusaha membina keupayaan diri


pada tahap premium supaya dapat menyumbangkan penyelesaiannya
dan diterima oleh orang lain walaupun tiada sokongan orang atasan.

7. Mahu persekitarannya berubah mengikut kepercayaannya.

Menurut penulis, ada dua jenis manusia


iaitu reasonable dan unreasonable. Orang
yang reasonable menyesuaikan diri dengan persekitaran dan dia
selesa berubah di dalam persekitaran itu. Orang
yang unreasonable pula mahu persekitarannya yang berubah
mengikut apa yang dipercayainya dan akhirnya persekitarannya itu
dapat diubah juga. Justru anak muda yang memimpin perubahan
adalah unreasonable.

8. Membaca buku secara tegar.

Menurut penulis, cara melahirkan pencipta perubahan adalah dengan


budaya membaca yang tegar. Hal ini kerana buku adalah pintu kepada
dunia yang tidak dapat diimaginasikan dengan pandangan mata
sahaja. Dengan membaca idea dan gagasan yang besar, seseorang
anak muda dapat membina keyakinan bahawa dialah yang perlu
membawakan perubahan untuk tanah airnya.

9. Mahir berfikir menggunakan Design Thinking.

Menurut penulis, sebelum ini banyak penyelesaian dicari


menggunakan pemikiran kritis (critical thinking). Pun begitu, bagi
mendapatkan sudut pandang baru yang unik dan disruptif, alat fikir
Design Thinking perlu digunakan oleh anak muda yang memimpin
perubahan.

10. Mengangkat diri sendiri bagi menyelesaikan masalah.

Menurut penulis, apabila seseorang anak muda berhadapan dengan


tekanan dan kesusahan di depan mata, pada masa itu dia tiada pilihan
selain menyelesaikan masalah itu dengan tangan sendiri. Itulah titik
tolak yang membawa anak muda itu daripada iltizam kepada
komitmen, seterusnya mengundang jiwa, rasa dan fikir orang lain
yang mahu ikut serta dalam perjuangannya. Demikianlah tercetusnya
karisma diri, sebagaimana ucapan Mahatma Gandhi:

Apabila seseorang telah membuat keputusan tentang apa yang betul dan
bermanfaat, orang-orang yang diperlukan beserta segala sumbernya akan hadir
kepadanya, kerana mereka tertarik kepada perjuangan itu, bukan kepada orangnya.
Kanvas Pemimpin Perubahan

SITI MUNAWWARAH CEMERLANG DALAM AKADEMIK, DEBAT DAN BISNES.

Aku melipat kembali nota itu dan mengambil sehelai kertas kosong
buat mencatat. Eh, rupa-rupanya tidak kosong! Ini kanvas pemimpin
perubahan atau Changemaker Canvas. Tidak seperti Business Model
Canvas (BMC), kanvas ciptaan Tuan Ahmad Naim Jaafar ini ada 12
petak merangkumi masalah, manifesto, orang dan pelaksanaan.

Dan kanvas ini tidak kosong, sebaliknya sudah diconteng oleh tim
UBS semasa aku belum menyertai mereka. Barangsiapa yang dapat
memenuhkan kanvas ini, maka dia dapat memulakan sebuah
keberanian zaman. Tinggal lagi hipotesisnya diuji dan disahihkan.

Aku bertambah yakin bahawa UBS akan mencetuskan semangat


zaman untuk generasi ini. Dan nota keberanian zaman itu aku simpan
semula di dalam beg selempang. Minggu depan aku mahu bertapa di
Foresight lagi.

Anda mungkin juga menyukai