Anda di halaman 1dari 14

1

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN 3

2.0 BUTIRAN IMPAK TERHADAP ALAM SEKITAR 4

3.0 HURAIAN YANG DICADANGKAN UNTUK MIGITASI IMPAK 8

4.0 CADANGAN UNTUK PROSEDUR PENGURUSAN ALAM 10

SEKITAR

5.0 KESIMPULAN DAN LANGKAH MENGATASI 13

BIBLIOGRAFI 14

2
Pendahuluan

Perkembangan arus kemodenan pada hari ini memperlihatkan kepada kita penggunaan alat
teknologi maklumat yang serba canggih. Kemudahan gadget dan alat peranti moden membantu
kepada perkembangan ilmu dan tamadun dalam sesuatu masyarakat. Namun begitu,
perkembangan yang di lihat pada hari ini bermula daripada satu peringkat ke satu peringkat yang
berbeza, selari dengan arus kemodenan yang lain. Dan perkembangan kepada kemajuan alat
telekomunikasi pada hari ini bermula daripada perkembangan ilmu melalui sistem penulisan.

Apabila kita membincangkan soal penulisan dan budaya ilmu, sebelum era globalisasi,
budaya ilmu dan penulisan amat sinonim dengan penulisan buku. Proses perkembangan ilmu yang
semakin pesat dan membangun telah membuka lembaran baru kepada manusia untuk meneroka
ilmu pengetahuan dengan kemudahan capaian dan keperluan semasa. Maka perkembangan kepada
penggunaan kemudahan ini dibantu oleh penerapan budaya ilmu melalui buku-buku terbitan dan
penulisan-penulisan yang berkualiti. Secara tidak langsung, penghasilan jurnal dan buku ilmiah
merupakan perkaitan secara langsung dengan penggunaan kertas.

Dalam melihat perkembangan ilmu yang semakin pesat, maka penggunaan kertas juga
dilihat semakin banyak dan meluas. Keperluan yang tinggi dan mendesak ini memberi petanda
kepada semakin banyak penghasilan kertas diperlukan bagi menampung keperluan penghasilan
buku. Maka menjadi satu fokus kepada pihak bertanggungjawab untuk melihat modus operandi
bagi mengatasi masalah yang bakal berlaku iaitu keperluan untuk menebang lebih banyak pokok
yang sudah pasti akan membawa kepada masalah alam sekitar. Dan masalah alam sekitar tersebut
juga termasuk kepada kurangnya usaha kitar semula bagi mengelak daripada berlakunya
pembaziran terhadap sumber yang umum diketahui semakin berkurangan sehingga mampu
membawa kepada masalah kepanasan global yang berlaku kepada hari ini.

3
Butiran mengenai impak alam sekitar yang disebabkan oleh industri pulpa dan kertas.

Kertas dan hasilan berasaskan gentian merupakan bahan yang memainkan peranan penting
dalam kehidupan kita seharian. Penggunaan kertas dan produk-produk daripada kertas semakin
meningkat dari semasa ke semasa selaras dengan peningkatan populasi manusia, peningkatan taraf
hidup manusia dan pembangunan negara yang semakin pesat dan maju. Kertas didefinisikan
sebagai jaringan penyilangan gentian-gentian selulosa yang terikat antara satu sama lain. Sehingga
hari ini, terdapat pelbagai jenis kriteria kertas yang dihasilkan mengikut kehendak kegunaan
pengguna. Bagi menghasilkan produk mengikut spesifikasi yang dikehendaki terdapat pelbagai
jenis gentian, kaedah pemasakan serta rawatan-rawatan yang boleh dilakukan.

Kertas merupakan evolusi pelbagai bahan lain yang digunakan sebagai media untuk
merakam, menyimpan dan menyebar maklumat dari berzaman dahulu antaranya adalah kepingan
tanah liat, tembikar, batu, kepingan logam, tulang, kayu, buluh, papirus dan juga kulit binatang.
Asia telah menggunakan kepingan-kepingan kayu atau buluh untuk dijadikan media maklumat.
Sementara itu, orang-orang Sumeria, Babilon dan Mesopotamia menggunakan kepingan-kepingan
tanah liat. Orang-orang Mesir, Greek 7 dan Rom pula menggunakan skrol papirus dan orang-orang
Parsi, Arab dan Yahudi menggunakan skrol kulit haiwan (Atchison dan McGovern, 1983). Kertas
merupakan perkataan dari Arab iaitu Qirtas yang merujuk kepada kepingan Papirus (Azami,
1978). Terjemahan bahasa Inggerisnya; paper juga merujuk kepada Papirus iaitu dari perkataan
latin papyrus. Papirus atau nama saintifiknya Cyperus papyrus merupakan sejenis tumbuhan air
yang boleh didapati di Mesir, Ethopia, Jordan dan Sicily. Ia merupakan tumbuhan yang
ketinggiannya boleh menjangkau 3 meter. Proses penghasilannya adalah dengan penyusunan
empulurnya secara berselang-seli. Empulur ini dibasahkan, ditekan dan dijemur (Atchison dan
McGovern, 1983). Penggunaan ini telah wujud sejak 3000 B.C.

Penggunaan ini telah wujud sejak 3000 B.C. Kertas yang diperbuat dari buluh agak
menyamai proses pembuatan kertas kini cuma ia memakan masa yang lama. Kaedah ini mula
diamalkan sejak 327 B.C. Kepingan-kepingan buluh akan direndam selama 10 hari, kemudiannya

4
akan direbus bersama air kapur selama 8 hari dan 8 malam untuk memisahkan gentian-gentiannya
(Atchison dan McGovern, 1983). Kaedah ini seterusnya mengalami proses perubahan dan
penyuaian semula sehingga 1690 A.D. Kertas mula-mula dicipta di negeri China. Perjumpaan-
perjumpaan sejarah menunjukkan bahawa kertas telah digunakan semenjak penciptaan kertas
dikreditkan kepada Tsai Lun pada tahun 105 A.D. Beliau merupakan sida di istana Han Timur
milik Maharaja Hi Ti. Kertas-kertas ini diperbuat dari pulpa buluh dan kulit pokok mulberi.
Potongan-potongan buluj dan mulberi direndam lebih kurang sepuluh hari dan kemudiannya
direbus dalam air kapur selama lapan hari dan lapan malam untuk memisahkan gentian-gentian
mereka.

Penduduk Malaysia mula mengenali kertas melalui pedagang-pedagang China dan Islam.
Peniaga-peniaga dan pendakwah-pendakwah Islam telah membawa naskah-naskah al-quran yang
ditulis di atas kertas. Penghijrah-penghijrah dari negeri China ke Tanah Malaya telah membawa
teknik pembuatan kertas untuk kegunaan sanitasi dan keagamaan.

Kategori kertas cetakan mempunyai permintaan yang paling tinggi antara kumpulan
fungsian yang terdapat pada Jadual 2-1. Seperti yang disenaraikan, terdapat banyak jenis kertas
yang dikategorikan dalam fungsi cetakan. Setiap jenis kertas tersebut mempunyai ciri-ciri yang
berbeza. Kaedah pembuatannya turut berbeza bergantung kepada permintaan dan kegunaannya
(Payne, 1997). Kriteria utama yang diperlukan bagi kertas cetakan adalah kebolehjalanan
(runnability). Kertas terulang biasanya tidak mampu memberikan ciri kebolehjalanan yang baik.
Oleh itu, kebanyakkan kilang mengadunkan gentian terulang dengan gentian dara pada nisbah 3:7
untuk mengatasi masalah tersebut (Nordman, 1976). Kategori kertas industri pula lebih banyak
menggunakan kertas terulang terutamanya bahagian pembungkusan. Hal ini kerana ia
menghasilkan kertas bergred rendah, oleh itu memerlukan gentian berkualiti rendah dengan sedikit
kekuatan dan boleh diperbaiki dengan penggunaan kanji (Lonnstedt, 1995).

5
Proses penghasilannya adalah dengan cara yang mudah. Langkah pertama ialah penyediaan
gentian iaitu bahan yang digunakan bagi menghasilkan kertas dihancurkan menjadi pulpa,
campuran gentian pekat terampai dalam cecair. Oleh kerana kebanyakan gentian ini dihasilkan
daripada sumber semula jadi, proses ini membabitkan langkah pembasuhan dan pengasingan.
Apabila gentian telah dihasilkan, ia akan diluntur atau diwarnakan bagi menukar gambaran
barangan akhir.

Rajah 1.1 Mekanisme kedudukan gentian semasa penyaliran

Seterusnya,campuran pulpa kemudiannya dicairkan dengan air menjadikan ampaian cair.


Ampaian cair ini ditapis melalui tapisan bergerak nipis untuk membentuk jaringan
bergentian. Tera air boleh ditekan kepada kertas pada tahap ini. Jaringan bergerak ini ditekan dan
dikeringkan menjadi golongan kertas panjang. Proses penggunaan acuan, sejumlah pulpa
dibentukkan, dengan asas berjaring (atau sebarang peranti penapis lain), dengan itu gentian
tertinggal selapis atas jaring dan air berlebihan akan dikeringkan.

Pada masa ini, tekanan boleh dikenakan bagi menghilangkan air melalui tindakan tekanan.
Kertas kemudiannya boleh dikeluarkan dari acuan semasa basah atau kering untuk diproses lebih
lanjut. Kebanyakan kertas dihasilkan dengan menggunakan proses berterusan (Fourdrinier) untuk
membentuk gelungan atau jaringan. Apabila dikeringkan, jaringan berterusan ini boleh dipotong
menjadi kepingan bersegi dengan memotongnya pada saiz yang diingini. Saiz kertas
piawaian ditetapkan oleh badan penyelaras seperti Organisasi Piawaian Sejagat (International
Organization for Standardization) (ISO).

6
Proses yang terakhir ialah, kertas mungkin akan dikeringkan beberapa kali semasa
pengilangan (kertas kering lebih kukuh berbanding kertas basah, dengan itu lebih baik dikekalkan
kertas kering untuk menghalangnya putus dan menghentikan baris pengeluaran). Kadangkala
kertas masih putus bila mana ia akan ditukar menjadi pulpa dan diproses semula.

7
Huraian proses yang boleh dicadangkan untuk mitigasi impak daripada industri pulpa dan kertas
dengan menggunakan prosedur pengurusan alam sekitar dan teknologi bersih.

Pada 5 Jun lalu, dunia menyambut Hari Alam Sekitar iaitu suatu sambutan yang dianggap
semakin kritikal dari tahun ke setahun. Manakan tidak, daripada satu bencana kepada satu bencana
dikaitkan dengan kerakusan manusia memusnahkan alam sekeliling untuk kesenangan kehidupan
mereka. Kemusnahan hutan antara faktor teratas yang dikaitkan sama ada untuk tujuan pembukaan
kawasan penempatan baru mahu pun bagi tujuan pembalakan. Antara sektor yang sering dilabel
dengan penyumbang utama kepada permasalahan yang semakin meruncing ini ialah industri
pembuatan kertas dan pulpa.

Kesan atau impak kepada alam sekitar tetap ada dalam proses penghasilan kertas dan pulpa
ini. ISO 14001 merupakan satu panduan untuk sesebuah organiasasi melaksanakan sistem
pengurusan alam sekitar (SIRIM Berhad 200). Standard ini noleh digunakan oleh mana-mana
organisasi yang ingin melaksanakan dan memperbaiki sistem pengurusan alam sekitar dan aktiviti
yang dijalankan menepati sijil sistem pengurusan alam sekitar (EMS). Antara organisasi yang telah
menerima pensijilan bagi Standard Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001 sejak tahun 2004 iaitu
Syarikat Double A (1991) Public Company Limited.

Syarikat Double A (1991) Public Company Limited merupakan sebuah kilang pengeluaran
kertas dan pulpa yang telah ditubuhkan pada tahun 1991 yang terletak di dataran pusat Thailand
wilayah Prachinburi. Telah beroperasi pada tahun 1995 dan mempunyai kapasiti tahunan sebanyak
600,000 tan pulpa dan 600,000 tan kertas. Keunikan operasi penghasilan pokok kertas yang
ditanam di sepanjang permatang sawah yang diusahakan lebih 1.5 juta petani seluruh Thailand.

Penghasilan kertas dan pulpa ini memberikan kesan yang minimum kepada alam sekitar
disebabkan bekalan pulpa daripada pokok Eucalyptus yang ditanam antara ruang-ruang tanaman
tradisional terutama di kawasan sawah Thailand. Sebanyak 100 juta anak pokok yang dibiakkan

8
setiap tahun menggunakan teknologi kultur tisu di tapak semaian wilayah Prachinburi, setelah
empat minggu, anak pokok diedarkan kepada petani dalam program Paper drom Farmed Treea
(PFPT).

Kajian Penilaian Kitaran Hayat (LCA) terhadap produk Double A telah dijalankan oleh
Institut Teknologi Asia, KCL-Finland dan National Pusat Kecemerlangan Alam Sekitar dan
Pengurusan Sisa Berbahaya di Chulongkorn University pada tahun 2009 telah menepati standard
ISO 14040 Penilaian Kitaran Hayat. Selain itu, penggunaan air yang efisien iaitu menggunakan
teknologi Wash Press digunakan untuk memerah air dari pupla basah agar air tersebut dapat diguna
semula. Proses pengeringan cip kayu dibuat sebagai salah satu cara amalan tradisional rendaman
kayu bagi tujuan pengelupasan kulit kayu.

Sistem rawatan biologi state-of-the-art yang dikenali sebagai bacteria digestion process
dilaksanakan iaitu rawatan air tercemar yang membolehkan penggunaan air yang dirawat untuk
mengairi tumbuh-tumbuhan hijau di sekitar kilang tersebut dan tidak ada air limbah yang
disalurkan laluan air semula jadi. Proses pemutihan yang bebas dari gas klorin juga dapat
mengurangkan impak kepada alam sekitar dalam penghasilan kertas dan pulpa. Teknologi ini
berkesan mengurangkan hasil sampingan toksik proses pemutihan dan meminumkan bahaya
kesihatan klorin berkaitan.

Kulit kayu dan serpihan kayu daripada proses pengeluaran pulpa dan kertas menjadi bahan
api digunakan untuk menjana 100 W tenaga elektrik. Jumlah tenaga elektrik yang dijana ini
melebihi keperluan bekalan elektrik untuk kilang.

9
Dalam prosedur pengurusan alam sekitar dan teknologi bersih yang dicadangkan, merangkumkan
sekurang-kurangnya SATU (1) kajian kes kejayaan industri pulpa dan kertas yang menggunapakai
konsep pengurusan alam sekitar yang baik.

Kertas dan hasilan berasaskan gentian merupakan bahan yang memainkan peranan penting
dalam kehidupan kita seharian. Penggunaan kertas dan produk-produk daripada kertas semakin
meningkat dari semasa ke semasa selaras dengan peningkatan populasi manusia, peningkatan taraf
hidup manusia dan pembangunan negara yang semakin pesat dan maju. Kertas didefinisikan
sebagai jaringan penyilangan gentian-gentian selulosa yang terikat antara satu sama lain. Sehingga
hari ini, terdapat pelbagai jenis kriteria kertas yang dihasilkan mengikut kehendak kegunaan
pengguna. Bagi menghasilkan produk mengikut spesifikasi yang dikehendaki terdapat pelbagai
jenis gentian, kaedah pemasakan serta rawatan-rawatan yang boleh dilakukan.

Kitar semula merupakan salah satu langkah yang dapat diambil untuk mengurangkan
jumlah sampah. Masalah sampah yang semakin bertambah menyebabkan banyak kawasan
pelupusan sampah dibuka. Di Malaysia, kebanyakan sisa pepejal akan dihantar ke kawasan tapak
pelupusan sampah atau ke pusat incinerator (pembakaran). Bahan boleh dikitar semula termasuk
kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil dan elektronik. Bahan yang hendak dikitar
semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan kemudian disusun,
bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan Dalam erti sebenar, mengitar
semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh
kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene
terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ia terlalu sukar atau
terlalu mahal berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau
sumber lain kerana kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" membabitkan kegunaan
semula bagi menghasilkan bahan lain seperti kadbord

Isu-isu alam sekitar sukar untuk diselesaikan kerana aspek pertumbuhan ekonomi dan
keperluan penduduk yang semakin bertambah. Sikap dan komitmen individu terhadap alam sekitar

10
memainkan peranan dalam isu ini. Akibatnya, kesedaran hanya tinggal kesedaran tanpa ada
perubahan dari segi amalan tingkah laku mesra alam sekitar. Penglibatan individu dalam
pemuliharaan alam sekitar merupakan satu langkah besar dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.
Manusia mesti bijak dalam merancang penggunaan alam sekitar agar dapat mengurangkan
kerosakan alam kepada tahap yang paling minumum. Namun, tingkah laku manusia semakin rakus
dalam mengeksploitasi sumber alam sekitar tanpa memikirkan hak generasi akan datang (Ibrahim,
2005).

Banyak kajian meninjau penglibatan masyarakat terhadap alam sekitar terutamanya pada
pelajar di institusi pendidikan. Banyak dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa pengetahuan,
sikap dan kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi di
Malaysia berada pada tahap yang baik (Fadzilah 1999; Ruhaya 2001; Mohd Yusop et. al. 2003;
Ramli 2003; Zurina & Norjan 2003; Seow & Nor Wariza Jufri 2004; Ismail 2005; Norjan et. al.
2005 dan Norlila 2007). Ini selari dengan dapatan kajian oleh Ridener (1997) yang mendapati
walaupun pelajar mempunyai kesedaran alam sekitar yang tinggi tetapi dari aspek tingkah laku
dan penglibatan pelajar dalam menangani masalah alam sekitar adalah pada sederhana dan rendah.

Dapatan oleh Ridener (1997) ini didapati juga wujud di Malaysia, contoh kajian oleh
Zurina dan Norjan (2003) mengenai tahap kesedaran alam sekitar dalam kalangan pelajar
universiti. Mereka mendapati kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar Universiti
Kebangsaan Malaysia adalah pada tahap yang tinggi tetapi kesediaan pelajar untuk terlibat sama
dalam mengatasi masalah alam sekitar adalah terlalu minumum. Mohd Yusop et. al. (2003)
mendapati hasil yang sama melalui kajiannya yang mana pengetahuan dan sikap pelajar berada
pada tahap yang tinggi namun amalan terhadap alam sekitar berada pada tahap yang sederhana.
Dapatan kajian tersebut selaras dengan pendapat Azizan (2008) yang mengatakan bahawa pelajar-
pelajar mempunyai kesedaran yang baik mengenai masalah alam sekitar tetapi kesedaran ini tidak
lagi diubahkan kepada satu praktikal. Ini juga disokong oleh Wahida et. al. (2004) yang
menyatakan bahawa kesedaran terhadap isu-isu alam sekitar dan kesedaran bahawa alam sekitar
perlu dipelihara telah meningkat dalam kalangan masyarakat, tetapi tahap penglibatan individu
dalam aktiviti-aktiviti pemeliharaan alam sekitar masih di peringkat yang rendah.

11
Fenomena yang sama berlaku di luar negara seperti yang dinyatakan oleh Berenguer (2007)
di mana banyak kajian menunjukkan masyarakat mempunyai kesedaran terhadap pelbagai
masalah alam sekitar termasuklah isu alam sekitar tempatan sehingga masalah global (pemanasan
global dan penipisan ozon). Walau bagaimanapun, tingkah laku yang bertanggungjawab terhadap
alam sekitar masih tidak menjadi kebiasaan. Dzulkifli (2005) pula menyatakan bahawa apa yang
kurang dalam masyarakat ialah sikap mengutamakan kesenangan orang lain dalam penjagaan alam
sekitar. Rakyat harus diberi kuasa dengan membekalkan mereka dengan kaedah dan mekanisme
yang sesuai serta mengetahui bagaimana mereka boleh mengambil bahagian aktif untuk menjaga
alam sekitar. Cara bertindak ke atas masalah alam sekitar perlu menjangkaui kesedaran iaitu
kepada tindakan (Atsuk 1999). Tugas mendidik warga dan pemimpin masa hadapan terhadap isu
kelestarian dan bagaimana untuk hidup dan bekerja dalam budaya lestari adalah monumental.
Sekolah perlu memperbaiki setiap aspek termasuk operasi, akademik dan perkhidmatan supaya
selaras dengan usaha membudayakan kelestarian di kalangan warganya, khususnya pelajar
(McNamara 2008; Miller et. al. 2011). Program yang berkaitan dengan kelestarian harus direka
bentuk supaya menjadi sebuah program yang menarik minat dan penyertaan seluruh warga
institusi pendidikan (Haron et al. 2005). Program yang dianjurkan haruslah bersesuaian dan
menitik beratkan soal kekangan masa para pelajar, agar mereka dapat menyertainya dalam tempoh
masa yang sesuai dan pada masa yang relevan supaya tidak mengganggu jadual kelas dan waktu
pengajaran dan pembelajaran.

Banyak kajian meninjau kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar terutamanya pada
pelajar di institusi pendidikan. Banyak dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa pengetahuan,
sikap dan kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi di
Malaysia berada pada tahap yang baik (Fadzilah 1999; Ruhaya 2001; Mohd Yusop et. al. 2003;
Ramli 2003; Zurina & Norjan 2003; Seow & Nor Wariza Jufri 2004; Ismail 2005; Norjan et. al.
2005 dan Norlila 2007). Ini selari dengan pendapat Ridener (1997) yang menyatakan bahawa
kebanyakan pelajar sudah mempunyai kesedaran alam sekitar yang tinggi. Namun, apabila dikaji
dari aspek tingkah laku dalam menangani masalah alam sekitar, didapati tahap penglibatan para
pelajar adalah sederhana dan rendah.

12
Kesimpulan

Daripada kajian kes dan dapatan yang dibuat, didapati bahawa memang terdapat usaha dan
inisiatif kepada proses kitar semula bagi meminimumkan penerokaan sumber hutan sekaligus
mengelakan kepupusan alam flora dan fauna. Masalah sikap individu dan masyarakat umumnya
yang masih kurang sedar akan kepentingan dan keperluan kepada proses kitar semula
menyebabkan usaha yang digarap tidak dapat diadaptasikan oleh masyarakat. Sikap sambil lewa
dan kurang cakna kepada keperluan tersebut memberikan kesan negatif yang berterusan dalam
jangka panjang. Maka keperluan untuk memperkasa pengurusan sumber dan teknologi alam
sekitar dilihat sebagai salah satu program utama dan serampang dua mata dalam kerangka
menjadikan alam sekitar kita lebih terpelihara dan memacu kepada perkembangan teknologi
moden.

13
RUJUKAN

Anon. 2008. Mengharmonikan masyarakat egocentrik dan alam sekitar melalui pendidikan luar.
http://www.freewebs.com/ outdoorasia/ mengharmonikan masyarakat egocentrik dengan
alam sekitar melalui pendidikan luar.html [ 2 Mac 2010].

Fazida, O. ,2012. Amalan pembuangan sampah dalam kalangan pensyarah, pelajar dan
pekerja kafetaria di IPG-kampus pendidikan islam, persidangan kebangsaan pembangunan
dan pendidikan lestari IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam,Penang.

Hanunah Ahmad Shah. 2007. Satu kajian tentang penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar dalam
kokurikulum di kalangan guru pelatih maktab perguruan. http://geografi.um.edu.my/
persidangan%202007/ kertaskerja/hanunah. doc [ 21 Jan 2010]
Ibrahim Komoo. 2005. Sains dan Tsunami.

Norjan. Y., Nur Ibtisam,I. Rohana, S. & Rohayati, M. (2005). Tinjauan Pengetahuan dan
Kesedaran Alam Sekitar di kalangan Pelajar Orang Asli. Prosiding Seminar Kebangsaan
Pengurusan Persekitaran .Bangi :Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norhusna binti Mohamad, 2014. Penglibatan dalam aktiviti kitar semula kertas terpakai
dalam kalangan pelajar fakulti pendidikan teknikal dan vokasional, Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia
Nurul Hidayah Liew Abdullah, Haryati Shafii dan Seow Ta Wee, 2013, Pengetahuan Murid dan
Perkaitan Ibu Bapa Terhadap Kesedaran Alam Sekitar: Satu Kajian Awal, Jurnal
Teknologi, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM), 64:1 (2013), 5157
Siti Rohani, J. ,2012. Kesedaran teknologi hijau dalam kalangan warga Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana, UTHM.
Seow Ta Wee , 2004, Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia, Jurnal Sains Sosial, Penerbit
KUITTHO, Jilid 1. Bil 1. pp 9-25.
Wahida Ayob, Hamidi Ismail & Tuan Rokiyah Syed Hussain. 2004. Sokongan dan Penglibatan
Masyarakat ke arah Pemantapan Pengurusan Alam Sekitar Mampan. Seminar Kebangsaan
Geografi dan Alam Sekitar. Bangi :Universiti Kebangsaan Malaysia
Department of Standard Malaysia, 2004. Malaysia Standard. Environment Management Systems-
Requirement with guidance for use (First Version) ( ISO14001:2004, IDT)

Putrajaya :Department of Standard Malaysia Kadaruddin Aiyub.2000. Sistem pengurusan


persekitaran Siri ISO 14000 dan pengimplementasiannya di Malaysia

Kadir Ariffin (pnyt). Pengurusan Persekitaran di Malaysia : Isu dan Cabaran :293-309. Bangu :
Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

14

Anda mungkin juga menyukai