Anda di halaman 1dari 4

BAB V

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.0 PENGENALAN

Seperti yang kita ketahui, setiap binaan yang terletak di atas tanah perlu mempunyai

asas yang sesuai. Oleh itu, pemilihan sesuatu jenis asas bergantung pada beberapa faktor

seperti tapak,jenis tanah dan beban yang ditanggung. Selain itu, pembinaan asas pad, nisbah

bancuhan dan saiz yang digunakan mestilah berupaya menampung beban keseluruhan beban

struktur binaan. Walaubagaimanapun, masalah yang tidak dijangka boleh berlaku semasa

melaksanakan projek disebabkan faktor cuaca dan faktor prosedur pembuatan. Tenaga pekerja

juga sangat memberi kesan kepada kemajuan kerja pembinaan.

5.1 KESIMPULAN

Merujuk kepada penemuan yang dilaporkan di dalam bab III, Dalam praktikal kerja

asas pad terdapat banyak prosedur perlu dipatuhi bagi memastikan asas pad yang dihasilkan

dapat menyebarkan beban yang dikenakan di atasnya ke tanah dengan selamat. Proses kerja

asas semasa kerja pembinaan tidak menghadapi sebarang masalah. Hanya keadaan cuaca dan

prosedur pembuatan sahaja yang menentukan proses pembinaan cepat siap mengikut masa.

Permasalahan kelewatan (delay) kerja adalah yang paling kerap berlaku terutamanya semasa

pembinaan.
5.2 MASALAH YANG DIHADAPI.

Masalah-masalah yang dihadapi adalah seperti yang dinyatakan dan dilaporkan dalam

bab III. Cuaca hujan menyebabkan tanah yang digali termendap dan kerja-kerja pembinaan

asas terpaksa ditangguhkan. Selain itu, terdapat retakkan kecil pada asas setelah 2 hari kerja

pembinaan asas siap.

5.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN.

Setiap penemuan dan masalah yang timbul harus ada kaedah penyelesaiannya.

Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan supaya pengurusan pembinaan asas pad

dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

Berlaku retakkan kecil pada asas setelah 2 hari kerja pembinaan asas siap. Bagi

masalah ini, ia dapat diselesaikan dengan menampal simen pada bahagian

retakkan.

Cuaca hujan menyebabkan tanah pada bahagian dalam lubang untuk asas yang

digali termendap dan berlumpur. Cara mengatasi masalah ini ialah dengan

membuang tanah berlumpur tersebut dan memasukkan tanah baru yang kering

Faktor cuaca menyebabkan kerja-kerja konkrit tidak dapat dijalankan.

Cara mengatasi masalah ini ialah dengan meminta pekerja bekerja lebih masa agar

kerja dapat disiapkan mengikut perancangan.


RUJUKAN

1 Anuar bin M.Lela,Amran bin Hussein, Nawawi bin Mohd Jan, (2005)

. Bahan Binaan Tingkatan 4 dan 5. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

2 Ismail bin Yusof, Abdul Aziz bin Abu Bakar, Prof. Madya Abd. Aziz bin Abd.
Latif.(2003). Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5. Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur.

3 Abd Azis bin Samat, Subri bin Abu Kassim, Mohd Riduwan bin Wahab.(2005).

Teknologi Binaan Tingkatan 4 dan 5. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
LAMPIRAN

Gambar projek

Borang soalseidik

Gambar pekerja semasa pembinaan

Anda mungkin juga menyukai