Anda di halaman 1dari 29

BAB 4

KO-KURIKULUM DAN KEMAHIRAN INSANIAH: GAYA UMS

PENGENALAN

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, matlamat utama


pendidikan negara adalah untuk menghasilkan individu yang seimbang serta
harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal, berasaskan pegangan
teguh dan kepercayaan kepada Tuhan. Oleh itu, aktiviti pengajaran dan
pembelajaran harus difokuskan kepada pencapaian hasil pembelajaran
dalam empat domain utama, iaitu kognitif (pengetahuan), psikomotor
(kemahiran fizikal), afektif, dan sosial. Namun, dalam sistem pendidikan yang
diamalkan, tumpuan kepada kemahiran kognitif dan psikomotor terlalu
diutamakan. Justeru, focus kepada domain afektif dan sosial yang sangat
perlu bagi pembentukan insan kamil yang seimbang amat jauh ketinggalan.
Akibatnya, produk sistem pendidikan kini ataupun modal insan yang
dibentuk tidak seimbang seperti yang dihasratkan.

Jika diteliti, masalah ini antara lain berpunca daripada


ketidakseimbangan kurikulum, terutamanya dalam menentukan Hasil
Pembelajaran (LO) dan taksonomi pembelajaran yang perlu dicapai,
ketidakpelbagaian dalam teknik penyampaian serta ketidakberkesanan
pentaksiran dan penilaian sekaligus, mengakiatkan domain-domain ini statik
dan tidak dinamik. Strategi, pendekatan dan kaedah penyampaian dan
penilaian pengajaran dan pembelajaran tidak diberi perhatian yang
sewajarnya bagi memenuhi keperluan semasa. Aktiviti kokurikulum juga
gagal dilihat sebagai komponen yang berasingan dan tidak disepadukan
secara optimum dalam usaha membentuk dan menjana Kemahiran Insaniah
(KI) yang diharapkan.

IPT sebagai institusi pendidikan tertinggi harus menjadi tempat yang


paling sesuai untuk menggilap Kemahiran Insaniah (KI) pelajar. Tidak
dinafikan pelajar IPT telah mengikuti matapelajaran kokurikulum diperingkat
persekolahan yang memerlukan setiap murid mengambil Tiga (3) komponen
matapelajaran iaitu komponen beruniform, sukan dan kelab atau persatuan.
Seperti yang dibincang di peringkat awal, pengambilan matapelajaran ini
tertumpu kepada pengembangan domain psikomotor dan kognitif. Murid-
murid kurang mendapat pendedahan dari aspek afektif yang amat berkait
rapat dengan pembangunan nilai kemanusiaan serta domain social yang
menampilkan kepada kemahiran-kemahiran social dan komunikasi.
Dengan demikian juga, pembelajaran kokurikulum di IPT dapat dilihat
sebagai satu kesinambungan dari peringkat persekolahan. Kesinambungan ini
pula dilihat sebagai satu mileage dan advantage kepada pelajar yang dapat
meneruskan aktiviti kokurikulum diperingkat sekolah ke peringkat universiti
sekaligus memberi peluang kepada pelajar mempelajari dengan lebih
mendalam bidang yang diminati. Sebagai contoh, bagi pelajar yang juga ahli
kadet polis diperingkat persekolahan dapat meneruskan pembelajaran kadet
polis ini melalui kursus kokurikulum SUKSIS. Menjadi satu advantage bagi
pelajar kerana telah biasa dengan latihan-latihan lasak melalui kursus ini yang
mana pada akhir pengajian akan ditauliahkan dengan pangkat yang
memberangsangkan.

Walaupun konsep kesinambungan ini mempunyai banyak kelebihan,


namun terdapat juga kelemahannya kerana pelajar tidak member pilihan
kepada diri sendiri untuk meneroka pembelajaran bagi penguasaan
kemahiran teknikal yang baru. Namun demikian, dengan adanya pelan
transformasi pendidikan khususnya yang melibatkan pembelajaran kursus
kokurikulum, aspek penguasaan kemahiran teknikal ini diselarikan dengan
keperluan penguasaan lima (5) tujahan kemahiran insaniah. Konsep
pembelajaran kini lebih bersifat holistik dan bermatlamat iaitu melahirkan
pelajar yang holistik dan mempunyai ketrampilan diri yang jitu. Kemahiran
teknikal kini adalah pemangkin yang penting bagi pelajar untuk
membangunkan potensi kemahiran insaniah. Bagi mencapai matlamat ini,
adalah menjadi tanggungjawab IPT menerapkan ilmu kemahiran insaniah
(KI) secara menyeluruh dalam silibus pengajaran dan sistem penyampaian
pengajaran dan pembelajaran. Diseminasi ilmu ini juga tidak terhad kepada
konteks pembelajaran dan pengajaran berasaskan platform akademik, ianya
juga hendaklah diamalkan oleh kakitangan-kakitangan universiti yang
mempunyai kaitan terus dalam pengendalian aktiviti-aktiviti pelajar samada
di dalam atau di luar kampus dan aktiviti yang bersifat ekstra kurikulum.

PERSPEKTIF KEMAHIRAN INSANIAH

Kemahiran Insaniah adalah kemahiran generik yang juga disebutkan


sebagai employability skills, soft skill, demonstrated skills dan istilah-istilah lain
yang pelbagai. Namun demikian, pengertian kemahiran insaniah ini menjurus
kepada penguasaan seseorang pelajar dalam kemahiran-kemahairan yang
bersifat non-acedemic tetapi lebih terfokus kepada pembangunan ketrampilan
diri, personaliti dan kemanusiaan. Walaupun tidak terdapat satu senarai
kemahiran yang khusus tentang Kemahiran Insaniah (KI), tetapi
kebanyakannya berkait dengan kemahiran yang dapat menampilkan nilai-nilai
personaliti yang tinggi antaranya, daya kepimpinan, kebolehan bekerjasama
secara berpasukan atau team player seperti istilah yang banyak digunakan
dalam iklan perjawatan dalam sektor swasta dan korporat, kebolehan
berkomunikasi dan pembelajaran berterusan. Kemahiran Insaniah (KI) adalah
antara elemen yang dikenal pasti amat kritikal dalam dunia pekerjaan yang
bersifat global, apatah lagi dengan perubahan dan perkembangan teknologi
yang begitu pantas. Oleh itu, graduan IPT harus bijak menilai keperluan ini
bagi memenuhi dan menepati kehendak pasaran kerja dan kehidupan seharian
yang kian mencabar.

Dalam usaha menentukan elemen Kemahiran Insaniah (KI) untuk


dilaksanakan dan diterima guna oleh IPT, KPT telah menetapkan Tujuh (7)
elemen utama sebagai teras kemahiran termasuk elemen keusahawanan.
Walubagaimanapun, bagi keperluan pembelajaran kursus kokurikulum, Lima
(5) elemen seperti dibawah merupakan tujahan kemahiran yang perlu
diterapkan dalam sistem pembelajaran sesuai dengan konsep pembelajaran
kokurikulum iaitu perlunya imbangan penguasaan kemahiran teknikal dan
kemahiran insaniah untuk pembangunan holistik pelajar. Lima (5) elemen
yang merupakan tujahan kemahiran adalah:

i. Kemahiran Kepimpinan
ii. Kemahiran Berkomunikasi
iii. Kemahiran Kerja Berpasukan
iv. Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
v. Etika dan Moral Profesional

Bagi setiap kemahiran, ianya diperincikan kepada dua kategori, iaitu


Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) dan Kemahiran Insaniah Tambahan (KIT).
KIM membawa pengertian iaitu pelajar wajib menguasai kemahiran ini.
Ianya merupakan kemahiran yang mesti dimiliki oleh setiap pelajar IPT.
Pelajar dianggap tidak kompeten dalam elemen berkaitan sekiranya tidak
menguasai KIM.

KIT pula ditafsirkan sebagai kemahiran tambahan yang dapat


memanafaatkan pelajar sekiranya menguasai kemahiran tersebut.
Kemahiran Insaniah Tambahan ini dianggap sebagai kemahiran generik yang
memberi nilai tambah kepada pelajar. Jika kemahiran ini dimiliki oleh pelajar
bersama KIM, pelajar dianggap memiliki kompeten cemerlang dalam elemen
berkaitan.

Persepsi yang dapat disimpulkan bagi kedua-dua kategori kemahiran


ini ialah penguasaan secara keseluruhan bagi kedua-dua kategori adalah
penting dan merupakan nilai tambah kepada kecemerlang dan ketrampilan
personaliti yang akan dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan
yang mampan. Dengan itu juga, metode penyampaian bagi kursus
kokurikulum hendaklah menerapkan dan mengintergrasikan secara
embedded keseluruhan pembelajaran kemahiran insaniah (KI) dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Insaniah (KI) ini tidak harus lagi
dianggap kurikulum tersembunyi tetapi perlu dilaksanakan secara nyata dan
ditaksir mengikut sistem penaksiran dan penilaian yang ditetapkan dengan
bermatlamat dan terkesan.

KOKURIKULUM DAN KEMAHIRAN INSANIAH DI UMS

Dalam perlaksanaan tujahan-tujahan kemahiran ini di PKPP, UMS, inisiatif


PKPP dalam memperincikan kualiti-kualiti setiap tujahan kemahiran akan
dapat membantu para tenaga pengajar untuk membimbing pelajar dalam
pembangunan kemahiran insaniah ini. (Sila lihat Bab 5). Bagi setiap KIM dan
KIT yang digariskan oleh KPT, UMS memperincikan dan meletakkan kualiti-
kualiti yang menyokong kepada setiap satu KIM dan KIT dengan tujuan
supaya pelajar mengetahui perkara-perkara yang perlu dikuasai dan dimiliki
oleh setiap pelajar. Di peringkat kejurulatihan, perincian kualiti ini dapat
membantu tenaga pengajar mengenal pasti kualiti dan seterusnya dapat
membuat penaksiran dan penilaian dengan lebih telus dan terarah.

PKPP menggabungjalinkan (embedded) KI dalam semua kursus yang diajar di


PKPP. Pada tahun 2010, PKPP telah mengadakan tiga (3) bengkel secara
berterusan ( Berringgis Resort, Julai 2010, Keningau Ogos 2010 dan Ranau,
Ogos 2010) bagi memurnikan KI lebih terperinci daripada panduan yang
disediakan oleh KPT. Panduan KPT dalam konteks KI dalam pengajaran-
pembelajaran kokurikulum hanya sebagai garispanduan supaya semua IPTA
dapat mengaplikasikan mengikut kehendak sesebuah universiti. Dalam hal ini,
PKPP telah mengenalpasti lima (5) KI (KIM dan KIT) yang diperincikan konsep,
criteria, ciri-ciri utama dan seterusnya mengorak satu langkah baru dalam
konteks penaksiran dan penilaian KI yang diterapkan dalam semua kursus
kokurikulum yang diajar di UMS. Sebagai contohnya, seseorang pelajar bukan
sahaja akan memiliki kemahiran teknikal atau professional dalam bidang
teknik bermain bola keranjang dengan betul dan tepat malah akan juga dapat
menguasai kemahiran insaniah mengikut kualiti dan trait yang digariskan bagi
menyokong sesuatu KIM atau KIT tersebut. Kaedah ini dilihat sebagai sangat
praktikal dalam membimbing pelajar yang seimbang dari segi rohani, dan
fizikal terutamanya mencerminkan peribadi yang baik dan menguasai semua
KIM dan KIT dengan lancar dan betul. Setiap kemahiran ini memperjelaskan
cara penilaian dan sistem penggredan rubrik yang mudah diukur dan dinilai
agar pelajar dapat dibantu untuk memperbaiki kemahiran yang dianggap
lemah Di Universiti Malaysia Sabah. Kemahiran Insaniah yang ditetapkan
untuk perlaksanaan di UMS ialah kemahiran kepimpinan, kemahiran
komunikasi, kemahiran Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan
Masalah, Kemahiran Kerja Berpasukan dan Etika dan Moral Profesional.
PERSPEKTIF KEMAHIRAN KEPIMPINAN

Kepimpinan didefinisikan dengan cara yang berbeza-beza daripada


pelbagai sudut. Kepimpinan merupakan proses mempengaruhi kegiatan
kelompok yang diorganisasikan dalam usaha untuk menentukan tujuan dan
pencapaian. Gribben (1972), seorang tokoh pengurusan menyatakan bahawa
kepimpinan itu adalah sebagai proses mempengaruhi sesuatu kelompok
dalam situasi dan masa tertentu untuk memberi pengalaman dan kepuasan
sejajar dengan kepimpinan yang diamalkan. Pendapat ini dipersetujui oleh
Hersey dan Blanchard (1982) yang menyatakan bahawa

kepimpinan ialah proses mempengaruhi kegiatan individu, atau


kelompok dalam usaha untuk mencapai sesuatu tujuan dalam situasi
tertentu.

Certo (1997) pula menegaskan bahawa kepimpinan ialah proses


pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif.
Pengarahan bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu
atau mengikut deskripsi kerja manakala Ahmad Atory (1996), berpendapat
bahawa organisasi yang cemerlang dipengaruhi oleh kepimpinan yang cekap,
khususnya dalam mencapai sesuatu matlamat.

Kepimpinan dipengaruhi oleh kuasa yang ada pada seseorang


pemimpin. Kuasa dalam konteks organisasi ialah sejauhmanakah seseorang,
atau sesuatu unit organisasi berkeupayaan mempengaruhi pembuatan
keputusan mengikut kehendaknya. Aminuddin (1990) yang memetik
daripada Fiedler (1967) mengatakan bahwa kepimpinan adalah hubungan
antara perseorangan yang menunjukkan kuasa dan pengaruh yang diagihkan
secara tidak rata sehingga seseorang individu boleh mengarah dan mengawal
tindakan-tindakan orang lain lebih daripada kawalan mereka ke atas

Keberanian menyuarakan pendapat menjana pemikiran kritis


(Pelajar kokurikulum dalam Bengkel KI di Membakut Lake Eco Resort)
individu itu manakala Hollander (1984) pula mendefinisikan kepimpinan
sebagai satu proses pengaruh-mempengaruhi antara pemimpin dan
pengikut. Walaupun mempunyai kuasa, tetapi kekuatan pengaruh lebih
bergantung kepada kerelaan berbanding paksaan. Hal ini disebabkan proses
kepimpinan selalunya melibatkan pengaruh yang bersifat dua hala dengan
tujuan untuk mencapai matlamat. Pendapat yang diutarakan oleh Wan Mohd.
Zahid Mohd. Nordin (1993) pula menyatakan bahawa:

kepimpinan adalah kebolehan untuk mendorong manusia berusaha


dengan penuh keghairahan bagi mencapai matlamat yang telah
dikenal pasti sehingga mencetus kuasa motivasi yang berada dalam
diri individu dan membimbing mereka ke arah matlamat organisasi.

Kepimpinan menekankan kepada tingkah laku pemimpin yang


mempengaruhi orang bawahan bertindak mencapai objektif tertentu.
Kepimpinan adalah unsur penting dalam pengurusan yang menjadi
penggerak bagi sesebuah organisasi. Kepimpinan dalam jabatan hendaklah
memainkan peranan aktif dan mendorong kakitangan bawahannya memberi
kerjasama dalam memberi khidmat mereka terhadap pencapaian strategi
dan perancangan jabatan yang telah ditetapkan.

Kesimpulan dari pendapat dan pandangan diatas ialah, kepimpinan adalah


satu proses yang melibatkan orang lain iaitu orang bawahan, penggunaan
kuasa di kalangan pemimpin, mempengaruhi dan mengarah tindak tanduk
orang bawahan dalam pelbagai cara bagi mencapai matlamat organisasi.
Proses ini melibatkan hubungan atau komunikasi dua hala antara orang yang
memimpin dengan orang yang dipimpin. Justeru, dapat ditegaskan bahawa
tugas pemimpin adalah mempengaruhi orang bawahannya supaya mengikuti
tanggungjawab yang hendak dilaksanakan ke arah satu matlamat yang
dirancang. Berdasarkan konsep kepimpinan ini, Pusat Kokurikulum dan
Pemajuan Pelajar UMS telah menggariskan tiga kualiti dan kebolehan utama
dalam kemahiran kepimpinan iaitu:

i. Mempamerkan kualiti dan sifat seorang pemimpin


ii. Kebolehan memimpin projek
iii. Kebolehan untuk mengambil peranan bersilih ganti antara
ketua pasukan dan anggota pasukan.

Dalam melihat kebolehan mempamerkan sifat seorang pemimpin, setiap


pelajar akan dinilai berasaskan kualiti-kualiti berikut:

a. Kompetensi dalam pengucapan awam,


b. Mempunyai daya pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif,
c. Mampu membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
d. Nilai-nilai murni dan moral, etika professional dan
keprihatinan masyarakat.
Semua kualiti dan trait diatas dinilai berasaskan Empat (4) aras pencapaian
yang akan menunjukkan tahap-tahap pencapaian berdasarkan rubric iaitu:

i. bawah pencapaian (Below Performance)


ii. Menghampiri Tahap Pencapaian (Approaching Performance)
iii. Memenuhi Tahap Pencapaian (Meet Performance).
iv. Melebihi Tahap (Exceed Performance).

Dalam kualiti kompetensi kebolehan dalam pengucapan awam,


pelajar yang mencapai tahap ke-empat seharusnya telah dapat menunjukan
pengucapan awam yang berstruktur, fakta yang betul, menarik perhatian dan
berjaya mempengaruhi pemikiran khalayak dan mengajak mereka
mengambil tindakan. Begitu juga bagi kualiti kompetensi daya pemikiran
yang kritis, kreatif dan inovatif, pelajar yang mencapai tahap 4 perlu
mempunyai misi, visi, gagasan idea yang asli, kreatif dan/atau berinovasi
tinggi. Dengan adanya penilaian sedemikian memudahkan pensyarah atau
penceramah dapat melihat dan memberi penilaian yang lebih menyeluruh.

Bagi kualiti mampu membuat keputusan dan menyelesaikan


masalah, pelajar yang mencapai tahap 4 dapat mempamerkan nilai-nilai
kredibiliti (tanggungjawab dengan keputusan), toleransi, intergriti, ketelusan
(transparent) dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara
cost effective, manakala kualiti nilai-nilai murni dan moral, etika professional
dan keprihatinan masyarakat pelajar yang mencapai tahap 4 seharusnya
telah dapat memenuhi semua aspek nilai-nilai sifat pemimpin yang
cemerlang.

Bagi kualiti Kebolehan Memimpin Projek, pelajar akan dinilai dengan


perkara seperti berikut:

i. Kemampuan menyelia anggota pasukan


ii. Kemampuan memberi arahan yang jelas
iii. Kemampuan bekerja dalam keadaan tekanan.

Kualiti kompetensi Kebolehan untuk mengambil peranan bersilih


ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan pula digariskan bagi
memperjelaskan perkara-perkara yang patut difahami dan dikuasai oleh
pelajar seperti berikut:

i. Berkebolehan berbincang sebelum mengambil sebarang


keputusan.
ii. Bersedia menerima tugas dan tanggungjawab.
iii. Berkemampuan bekerja dengan pelbagai etnik,gender dan
umur.
iv. Berkebolehan untuk mengenalpasti tahap kemampuan ahli
pasukan dan mengagihkan tugas.
v. Berkebolehan untuk menyusul, memantau dan menyelia
tugasan sehingga selesai.

Setiap kebolehan ini akan dinilai secara terperinici menggunakan skala likert
dari tahap dan aras bawah pencapaian ke tahap tinggi pencapaian.

Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) dan Kemahiran Insaniah Tambahan (KIT)


dalam Kemahiran kepimpinan (LS) ditunjukkan dalam Jadual 4.1. Keterangan
tahap LS adalah seperti berikut:

Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) Kepimpinan mengikut gaya UMS

Tahap Kemahiran

L1 MEMPAMERKAN SIFAT SEORANG PEMIMPIN

Item/Faktor (spesifik):

a. Berkebolehan dalam pengucapan awam


b. Berkaliber/kredibiliti/integriti dan produktif
c. Mempunyai daya pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif
d. Mampu membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
e. Mempunyai nilai-nilai karisma
f. Bertoleransi dalam membuat keputusan
g. Prihatin, bertanggungjawab dan berfikiran positif
h. Memiliki sifat terbuka dalam menerima pandangan/kritikan
i. Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan

L2 KEBOLEHAN UNTUK MEMIMPIN PROJEK

Item/Faktor (spesifik):

a. Mampu menyelia anggota pasukan


b. Memberi arahan yang jelas
c. Mampu mengurus kewangan dengan bijak
d. Mampu bekerja dalam keadaan tekanan
e. Kebolehan mengurus masa dengan bijak
.
L 3 KEBOLEHAN UNTUK MEMAHAMI DAN MENGAMBIL PERANAN
BERSILIH GANTI ANTARA KETUA PASUKAN DAN ANGGOTA
PASUKAN

Item/Faktor (spesifik):

a. Kebolehan berbincang sebelum mengambil sebarang keputusan


b. Kebolehan untuk menerima tugas dan tanggungjawab
c. Berkemampuan bekerja dalam pelbagai etnik,gender dan umur
d. Berkebolehan bagi mengagihkan tugas secara adil dan saksama
e. Kebolehan untuk memantau, menyusul dan menyelia tugasan
sehingga selesai
PERSPEKTIF KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

Istilah komunikasi berasal dari kata Latin Communicare atau


Communis yang bermaksud sama atau menjadikan milik bersama. Kalau kita
berkomunikasi dengan orang lain, berarti kita berusaha agar apa yang
disampaikan kepada orang lain akan menjadi miliknya.

Komunikasi adalah sangat penting dalam kehidupan manusia.


Komunikasi berlaku pada setiap gerak langkah manusia. Manusia adalah
makhluk sosial yang saling bergantungan dan memerlukan antara satu sama
lain dalam lingkungannya. Unsur utama untuk dapat berhubungan dengan
orang lain dilingkungannya adalah komunikasi samada secara verbal
maupun non- verbal. Bagi komunikasi secara non-verbal, bahasa tubuh dan
isyarat merupakan alat perhubungan yang utama khususnya seperti yang
berlaku dalam masyarakat primitive dari pelbagai suku bangsa. Dalam
masyarakat Melayu tradisi pula, bahasa isyarat juga digunakan misalnya,
pola ketukan kerantong atau tabuh di masjid menyampaikan maklumat,
pengertian dan mesej-mesej kepada kelompok masyarakat tersebut.

Komunikasi juga dapat dirumuskan sebagai suatu proses


penyampaian maklumat atau informasi diantara beberapa orang. Dengan
demikian aspek berkomunikasi melibatkan seorang pengirim atau pemberi
maklumat, maklumat atau informasi yang dibawa dan penerima maklumat
yang mungkin juga memberikan respon kepada pengirim untuk menyatakan
bahwa maklumat telah diterima dan diambil tindakan. Dalam proses untuk
berkomunikasi, seseorang harus memiliki dasar seperti berikut; niat, minat,
pandangan, lekat, libat. Dalam proses ini juga akan wujud hambatan samada
dari pengirim, saluran, penerima dan respon serta hambatan fisik dan
psikologis.

Tujuan komunikasi adalah berhubungan dan mengajak orang lain


untuk memahami apa yang kita sampaikan untuk mencapai sesuatu tujuan.
Keterampilan berkomunikasi diperlukan dalam bekerja sama dengan orang
lain. Terdapat dua jenis komunikasi, iaitu verbal dan non verbal. Komunikasi
verbal meliputi kata-kata yang diucapkan atau tertulis, dan komunikasi non
verbal meliputi bahasa tubuh. Menurut bentuk komunikasi, ada yang disebut
komunikasi satu arah dan komunikasi dua arah. Komunikasi satu arah
berarti sebuah pesan atau maklumat yang dikirim dari pengirim ke
penerima tanpa ada respon atau tindakan susulan. Komunikasi dua arah
pula terjadi apabila pengiriman pesan atau maklumat dilakukan dan
mendapatkan respon atau tindakan susulan.

Dalam memahami konteks komunikasi dengan pengertian yang lebih


kompleks, aspek pemahaman sosio-budaya bagi sesuatu kelompok
masyarakat adalah penting. Sistem budaya bagi sesebuah masyarakat
berbeza dengan budaya masyarakat dari suku dan kaum khsusnya dalam
negara majmuk seperti Malaysia. Adab dan adat, pantang larang dan tradisi
kehidupan bagi sesuatu suku kaum hendaklah dihormati bagi menjaga
keharmonian dan kelestarian sistem budaya tersebut. Dalam konteks ini,
pola dan strategi untuk berkomunikasi dengan kumpualan masyarakat ini
hendaklah bersesuaian sesuai dengan adab dan adat atau norms and
conventions bagi masyarakat tersebut. Dengan hal yang demikian juga,
kriteria kebolehan pelajar berkomunikasi dengan peserta komunikasi dari
latar budaya yang berbeza dilihat sebagai satu perkara yang penting dalam
meenujudkan kemesraan, memelihara dan melestarikan nilai-nilai
kemanusiaan, menghormati sistem budaya masyarakat setempat serta
pengamalan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat plural di negara
ini. Berdasarkan konsep komunikasi ini, PKPP UMS telah mengariskan empat
kebolehan utama yang dituntut untuk menguasai kemahiran
keberkomunikasi iaitu:

i. Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan


dengan penuh keyakinan, secara lisan.

ii. Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan


dengan penuh keyakinan, secara bertulis.

iii. Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan


memberi maklum balas.

iv. Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh


keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar.
v. Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan.

vi. Kebolehan berkomunikasi dengan peserta yang mempunyai


latar budaya yang berlainan.

Bagi semua bentuk kemahiran diatas, PKPP menggariskan beberapa kualiti


atau perkara yang akan menyokong kepada objektif pencapaian kemahiran
tersebut. Kualiti-kualiti ini akan dinilai mengikut aras-aras pencapaian dan
skor akan diberi mengikut panduan skala penggredan rubrik.

Dari segi kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan
penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis setiap pelajar akan dinilai melalui :

a. Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas dan mudah difahami.


b. Menyampaikan idea secara extrovertisme iaitu tanpa perasaan gugup
dan takut
c. Menggunakan bahasa badan (Body language) yang sesuai semasa
menyampaikan idea
d. Fleksibiliti, kelancaran dan keaslian dalam menyampaikan idea
e. Berkemampuan untuk menarik minat audien.
f. Berkemampuan menyediakan laporan yang sistematik, berstruktur,
kandungan yang relevan dan penguasaan bahasa yang sesuai.

Bagi kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi


maklum balas pelajar akan dinilai melalui :

a. Kebolehan mendengar secara konsentrasi dan kritis


b. Berkebolehan untuk menghormati pendapat (opinion) orang lain.
c. Kebolehan mengawal emosi sendiri dan menjaga perasaan orang lain dalam sesi
dialog

Bagi kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan
bersesuaian dengan tahap pendengar pula pelajar akan dinilai melalui:

a. Membentang dengan fakta, kreatif dan bersesuaian dengan tahap pendengar


b. Kemahiran menggunakan pelbagai kaedah dalam pembentangan bersesuaian
dengan tahap pendengar
c. Kebolehan menggunakan Alat Bantuan Mengajar dalam pembentangan bersesuaian
dengan tahap pendengar
d. Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan.

Bagi Kebolehan berkomunikasi dengan peserta yang mempunyai budaya


berlainan pelajar akan dinilai melalui sikap menghormati, memahami,
prihatin terhadap budaya dari pelbagai kaum, dan semangat kerjasama
dengan budaya lain. Kemahiran ini dianggap sangat penting dalam
membantu pelajar untuk menghargai antara satu sama lain tanpa mengira
bangsa, gender, ethnik, umur dan sebagainya.
Jadual 4.2. menunjukkan KIM dan KIT serta keterangan lapan kemahiran
berkomunikasi (CS) adalah seperti berikut:

Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) dan Kemahiran Insaniah Tambahan


(KIT)

KIM

Tahap Kemahiran

CS 1 Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan


dengan penuh keyakinan, secara lisan

Kualiti

a. Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas dalam Bahasa


Malaysia dan Inggeris
b. Menyampaikan idea secara extrovertisme iaitu tanpa perasaan
gugup dan takut
c. Menggunakan bahasa badan (Body language) yang sesuai
semasa menyampaikan idea
d. Dapat menyampaikan idea dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan
e. Fleksibiliti, keaslian dan kelancaran dalam menyampaikan
idea
f. Berkemampuan untuk menarik minat audien.

CS 2 Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan


dengan penuh keyakinan, secara bertulis

Kualiti

a. Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas dalam Bahasa


Malaysia dan Inggeris
b. Dapat menyampaikan idea dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan
c. Fleksibiliti, keaslian dan kelancaran dalam menyampaikan
idea
d. Berkemampuan untuk menarik minat pembaca/penilai.
e. Berkemampuan menyediakan laporan yang sistematik,
berstruktur, kandungan yang relevan dan penguasaan bahasa
yang sesuai.
CS 3 Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif
dan memberi maklum balas.

Kualiti

a. Kebolehan mendengar secara konsentrasi dan kritis


b. Berkebolehan untuk menghormati pendapat (opinion) orang
lain.
c. Kebolehan memahami dan memberi maklumbalas (response)
fizikal topik perbualan dengan jelas dan rasional.
d. Kebolehan berinteraksi dua hala secara aktif dan berobjektif
e. Kebolehan mengawal emosi dalam sesi soal jawab

CS 4 Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan


penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap
pendengar

Kualiti

a. Membentang dengan yakin


b. Membentang dengan fakta yang betul
c. Kebolehan mengurus masa
d. Tidak menimbulkan isu yang sensitif
e. Kebolehan mengawal emosi dalam sesi pembentangan
f. Kebolehan menggunakan Alat Bantuan Mengajar dalam
pembentangan.
g. Kelancaran dan kefasihan pengucapan dalam Bahasa
Malaysia dan Inggeris
h. Kemahiran menggunakan teknik dan kaedah pembentangan
yang pelbagai

CS 5 Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan.

Item/Faktor (spesifik):

a. Menunjukkan daya kreatif dan inovatif dalam menggunakan


Information Communication Technology
b. Menunjukkan kemahiran penggunaan kepelbagaian perisian
computer dalam sesi pembentangan
c. Kebolehan penggunaan internet untuk pencarian maklumat
secara berkesan
CS 6 Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang
mempunyai budaya berlainan.

Item/Faktor (spesifik):

a. Memahami, prihatin dan menghormati budaya dari pelbagai kaum


b. Menunjukkan semangat kerjasama dengan budaya lain
c. Berusaha memahami budaya dari pelbagai kaum dan
mengasimilasikan suasana dengan pelbagai budaya tempatan
d. Mewujudkan suasana komunikasi verbal yang kondusif

KIT

CS 7 Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan.

CS 7 Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi perseorangan.

CS 8 Kebolehan menggunakan kemahiran


bukan lisan.
PERSPEKTIF KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN PENYELESAIAN
MASALAH

Terdapat pelbagai tafsiran berkaitan dengan terminologi dan istilah


pemikiran kritikal. Beyer (1985) berpendapat bahawa pemikiran kritikal
adalah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau
membuat penentuan manakala Pascarella dan Terenzini (1991, 2005) pula
mendefinisikan pemikiran kritikal sebagai kebolehan individu untuk
melakukan perkara-perkara berikut: mengenalpasti isu-isu utama dan
membuat andaian untuk dibahaskan, mengenalpasti hubungan penting
berkaitan isu-isu yang dibincangkan, membuat inferensi dan rumusan yang
tepat daripada maklumat dan data yang ada, dan seterusnya
menginterpretasi kesimpulan serta menilai bukti.

Umumnya. kebanyakan ahli falsafah bersetuju bahawa pemikiran kritikal


dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah. Ini juga bermaksud bahawa
pemikiran kritikal ialah satu proses intelektual yang melibatkan
pembentukan konsep (conceptualizing), aplikasi, analisis, sintaksis, dan
menilai informasi yang terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan,
pengalaman, refleksi, pentaakulan, atau komunikasi sebagai landasan kepada
satu keyakinan dan tindakan. Pandangan ini selari dengan pendapat yang
dikemukakan oleh Dr. Richard Paul, Pengasas dan Pengarah kepada The
Center for Critical Thinking, satu badan yang terkenal dengan penglibatannya
dalam pemikiran kritis di Amerika Syarikat.

Facione (2007) pula dalam essei beliau Critical Thinking: What Is It and Why
It Counts telah mengemukakan definisi pemikiran kritikal yang dirumuskan
daripada pendapat sekumpulan pakar. Definisi tersebut adalah hasil kajian
yang beliau lakukan pada tahun 1990 dan dikemukakan dalam Laporan
Delphi (The Delphi Report). Pakar merumuskan bahawa konsep asas yang
terpenting dalam pemikiran kritikal ialah kebolehan menginterpretasi
(interpretation), membuat analisis, menilai, membuat inferensi,
menghuraikan dan kawalan kendiri (self-regulation).

Dalam situasi untuk meningkat kemampuan pelajar dalam bidang kemahiran


ini, pelajar perlu sentiasa dibimbing untuk mengembang dan membaiki
kemahiran berfikir. Kini kita hidup di dalam masyarakat yang sangat
kompleks dan berkembang maju. Maklumat dan ilmu pengetahuan sering
kali berubah. Tambahan pula dengan kemajuan sains dan teknologi yang
semakin canggih menyebabkan penyebaran ilmu dan maklumat berlaku
dengan cepat. Oleh itu, kita seharusnya bersedia dan sentiasa terbuka untuk
terus menimba ilmu pengetahuan bagi menempuh cabaran yang bakal
ditempuhi. Hal ini juga bersesuaian dengan pandangan dari Chaffee (1997)
yang menyatakan bahawa proses belajar dan berfikir adalah proses yang
saling berkait sepanjang hayat.
Dalam kehidupan seharian kita sering diajukan dengan soalan-soalan yang
mencabar minda dan kritis. Manakala dalam bidang pendidikan juga kita
sering berhadapan dengan situasi yang memerlukan kita menyoal soalan
yang releven kemudian disokong dengan fakta yang kukuh tentang sesuatu
isu yang telah dinyatakan serta memperolehi suatu rumusan berdasarkan
kajian yang telah dijalankan. Jelaslah di sini terdapat keperluan untuk kita
mempersiapkan diri untuk menghadapai persoalan sosial dan masyarakat
secara amnya, dan para pelajar khususnya untuk memiliki kemahiran
berfikir secara kritikal bagi menhadapi cabaran globalisasi. Pakar-pakar
pendidikan (Goldman, Hasselbring et. Al. 1997; Montague, Wagner & Morgan
2000) juga menegaskan tentang keperluan pelajar untuk mempersiapkan
diri dengan kemahiran-kemahiran seperti kemahiran penyelesaian masalah,
kemahiran komunikasi berkesan, kemahiran membuat keputusan dan
sebagainya.

Bagi merealisasikan perkara ini dikalangan pelajar IPT, kurikulum pengajian


hendaklah digubal dengan mengintergrasikan elemen kemahiran berfikir
bagi melahirkan graduan yang mempunyai daya pemikiran yang mampan.
Cornell Critical Thinking Skills (1989) juga menekankan tentang keperluan
untuk mengintegrasikan kemahiran berfikir di dalam kurikulum di peringkat
pengajian tinggi bagi membentuk seseorang graduan menjadi pemimpin
yang efektif.

Secara kesimpulannya, Kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan


masalah (CTPS) melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, kreatif, inovatif,
analitis, serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan
kepada baru dan berlainan. Dalam hubungan ini, KPT telah menggariskan
beberapa elemen kemahiran pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah
untuk dikuasai oleh pelajar dan, berdasarkan konsep dan pemikiran yang
dianalisis dari pandangan ahli falsafah diatas, PKPP telah meletakkan
beberapa kualiti yang relevan untuk menyokong matlamat dan pencapaian
setiap satu kemahiran tersebut.

CTPS 1 Kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah


dalam situasi kompleks dan kabur, sertamembuat
penilaian yang berjustifikasi.
CTPS 2 Kebolehan mengembang dan membaiki kemahiran
berfikir (seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai
perbincangan)
CTPS 3 Kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian
alternatif
CTPS 4 Kebolehan berfikir melangkau batas. (KIT)

CTPS 5 Kebolehan membuat keputusan yang berdasarkan bukti


yang kukuh.
Jadual 4.3: KIM and KIT dalam Kemahiran berfikir dan kemahiran
menyelesaikan masalah (CTPS)

Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) dan Kemahiran Insaniah Tambahan (KIT)

Tahap Kemahiran

CTPS 1 Kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah


dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian
yang berjustifikasi

Kualiti

a. Mempunyai pelbagai teknik kemahiran dalam menyelesaikan


masalah
b. Membuat keputusan selepas membuat analisis yang terperinci
c. Berkeupayaan mengenal pasti skop masalah
d. Berkeupayaan menjustifikasikan masalah dalam situasi yang
kompleks

CTPS 2 Kebolehan mengembang dan membaiki kemahiran berfikir seperti


menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan

Kualiti

a. Berkeupayaan membuat pertimbangan terhadap penilaian


keputusan yang dibuat.
b. Mampu mencerna pemikiran secara tanpa kebergantungan
kepada orang lain.
c. Berkeupayaan mempertikaikan penilaian orang lain secara
berobjektif.
d. Berkeupayaan memberi hujah yang bernas dan logik dalam
menilai isu atau perbincangan

CTPS 3 Kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif

Kualiti

a. Membuat sumbangsaran dan mencapai persetujuan dengan


menggabungjalinkan idea penyelesaian secara persetujuan
bersama.
b. Berkemampuan menyelesaikan masalah dalam situasi ad-hoc.
c. Berkeupayaan memberi idea kreatif dan inovatif.
d. Mencari alternatif yang sesuai sebelum membuat keputusan.
CTPS 4 Kebolehan berfikir melangkaui batas (Thinking Beyond).

Kualiti

a. Berkeupayaan meramalkan sesuatu masalah sebelum membuat


keputusan.
b. Berkeupayaan menyelesaikan masalah dalam apa-apa situasi.
c. Mengaplikasikan pemikiran kreatif dan inovatif dalam
menyelesaikan masalah dalam keadaan tertekan.
d. Berkebolehan menganalisis isu perbincangan

CTPS 5 Kebolehan membuat keputusan berdasarkan bukti yang


kukuh.

Kualiti

a. Kebolehan mengumpul bukti dan fakta


b. Membuat keputusan dalam masa yang ditetapkan
c. Berkemampuan membuat keputusan berdasarkan analisis bukti
dan alternatif lain
d. Kebolehan membuat keputusan untuk kepentingan bersama
PERSPEKTIF KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN

Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa kerja berpasukan menyerlahkan


potensi dan meningkatkan prestasi apabila tugasan yang melibatkan
pelbagai kemahiran, pengalaman dan penilaian digabungkan. Dalam erti kata
yang lain, kerja berpasukan membantu sesebuah organisasi
memaksimumkan bakat, potensi dan kemahiran anggota-anggota kumpulan.
Memahami dan mengenal pasti ciri-ciri kerja berpasukan boleh membantu
pengukuhan organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Terdapat
empat cirri utama kerja berpasukan seperti berikut:

Usaha Kolektif

a. Ahli dalam organisasi hendaklah memahami dan berkongsi


pandangan tentang hala tuju dan matlamat yang hendak dicapai
oleh organisasi.

b. Menyedari peranan dan fungsi masing-masing boleh memberi


motivasi kepada ahli untuk mengambil bahagian dalam setiap
peranan dan tindakan yang telah diputuskan.

c. Bekerja bersama-sama boleh dicapai jika usaha kolektif dijadikan


sebagai prinsip bekerja kerana semua kekuatan dan sumber
dapat digembleng ke arah pencapaian matlamat yang satu.

Positif

a. Setiap anggota organisasi harus melihat kerja berpasukan sebagai


peluang bagi pencapaian matlamat, memenuhi keperluan hidup
dan menyediakan sokongan sosial ketika berlaku krisis.

b. Melihat dari perspektif positif dapat mewujudkan keharmonian


sesama ahli kumpulan seterusnya kuasa sinergi yang
menggerakkan organisasi ke arah prestasi yang maksimum.

c. Kesepaduan di antara peranan ahli dan prestasi akan


menggalakkan idea yang lebih kreatif dan mengurangkan jurang
Perbezaan pendapat.

Kerjasama

a. Tidak semua anggota organisasi benar-benar mamahami peranan yang


diamanahkan kepada mereka. Ini kerana terdapat di antaranya yang lebih
suka bekerja bersendirian.
b. Cabaran besar organisasi bagi menarik perhatian anggotanya ialah
mendedahkan peluang yang bakal dinikmati jika bergerak secara
berkumpulan. Di peringkat awal, komunikasi yang lebih kerap sesama
ahli dapat meningkatkan 'esprit de corp' untuk mereka saling kenal-
mengenal dan seterusnya memahami aspirasi organisasi.

Saling lengkap-melengkapi

a. Setiap anggota ada peranan masing-masing mengikut kepakaran.

b. Pengkayaan ilmu dan peningkatan prestasi akan lebih terserlah jika


setiap anggota menyumbang kemahiran dan kepakaran masing-masing.

c. Proses lengkap-melengkapi di dalam organisasi akan mewujudkan


integrasi yang lebih kukuh dan menjadi teras kepada kejayaan yang lebih
besar.

Elemen kerja berpasukan adalah suatu keperluan yang kritikal dan sangat di
perlukan dalam sektor pekerjaan. Sampel iklan seperti perbincangan dalam
bab 1 secara jelasnya memerlukan seseorang calon itu mempunyai semangat
bekerja sebagai seorang team player untuk sesebuah organisasi. Bagi
mencapai skil ini, kualiti dan trait kemahiran kerja berpasukan perlu
diterapkan (embedded) dalam pembelajaran di IPT bagi seluruh sistem
pembelajaran samada dalam spektrum pengajian akademik ataupun aktiviti-
aktiviti kemahasiswaan. Konteks Kerja berkumpulan juga merupakan satu
elemen yang penting dalam pembelajaran berorientasikan student centred
learning (SCL) bagi mencapai sesuatu output hasil dari proses
permuafakatan atau diskusi-diskusi berkumpulan.

Berdasarkan kepada keperluan kemahiran kerja berpasukan sebagai salah


satu ciri dalam pembangunan holistik pelajar, PKPP menggariskan Tiga (3)
kebolehan utama untuk dikuasai oleh pelajar:

i. Kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dengan


orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk
mencapai objektif yang sama.

ii. Kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti


antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan

iii. Kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan, dan


kepercayaan orang lain.
Bagi setiap pernyataan diatas, terdapat beberapa kualiti yang menyumbang
kepada matlamat untuk mencapai kebolehan tersebut. Kualiti-kualiti ini
dinilai mengikut aras pencapaian dalam skel penggredan rubric.

Dalam menilai Kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang


lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang
sama pelajar akan dinilai melalui :

a. Kebolehan membina hubungan baik dengan orang lain untuk


mencapai objektif yang sama
b. Berinteraksi (mendengar/mencerna minda/gaya pertuturan
/perbuatan) dengan orang lain untuk mencapai objektif yang
sama
c. Bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai
objektif yang sama.

Bagi Kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara


ketua kumpulan dan ahli kumpulan kompetensi berikut akan diobservasikan
sebagai rkiteria penilaian:

a. Kebolehan berbincang sebelum mengambil sebarang


keputusan
b. Sikap suka menerima tugas dan tanggungjawab
c. Berkemampuan bekerja dengan pelbagai kumpulan etnik,
gender dan umur
d. Berkebolehan untuk mengenalpasti tahap kemampuan ahli
pasukan dan mengagihkan tugas

Kemahiran Kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan, dan


kepercayaan orang lain adalah satu ekspresi dan simbol jatidiri bangsa
Malaysia yang amat relevan dengan perkembangan persekitaran sosial dan
budaya. Kemahiran ini juga membimbing pelajar kepada konsep apresiasi
antara suku kaum dan bangsa serta mengelakkan dari berlakunya pemikiran
dan persepsi serta sentimen-sentimen kaum yang negatif, Ianya juga
dianggap sebagai satu perkara yang akan dapat mweujudkan masyarakat
Malaysia yang harmonis, hormat-menghormati, meningkatkan ketinggian
budi dan bahasa serta mewujudlan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Dengan itu beberapa kualiti dikenal pasti sebagai satu manifestasi bagi
mencapai matlamat kemahiran ini.

a. Kebolehan mengenali dan menghormati kepercayaan


(agama) orang lain.

b. Kebolehan mengenali dan menghormati sikap orang lain


c. Kebolehan mengenali dan menghormati kelakuan orang
lain

Kemahiran kerja berpasukan (TS) melibatkan kebolehan untuk bekerjasama


dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk
mencapai matlamat yang sama. Keterangan lima tahap kemahiran TS adalah
seperti berikut ditunjukkan di Jadual 4.4.

Jadual 4.4: Kemahiran kerja berpasukan (TS) (KIM dan KIT)

Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) dan Kemahiran Insaniah Tambahan (KIT)

KIM

Tahap Kemahiran

TS 1 Kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan


bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang
sama.

Kualiti

a. Telah menunjukkan semangat permuafakatan dari pelbagai etnik


b. Bertanggungjawab dalam mencapai persetujuan secara kolektif
dalam mencapai objektif yang sama.
c. Mengelak perselisihan faham dalam kumpulan dan mengaktifkan
pencernaan minda yang positif.
d. Mewujudkan suasana kerjasama, komunikasi verbal yang kondusif
dan harmonis.
e. Tidak mengamalkan sikap polarisasi kaum.

TS 2 Kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti

Kualiti

a. Berkebolehan mengagihkan tugas secara adil dan saksama


b. Mempercayai keupayaan sesama rakan dalam kumpulan
c. Mengamalkan amalan fleksibiliti dalam menggalas tanggungjawab
d. Berkebolehan memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada rakan
kumpulan
TS 3 Kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan, dan
kepercayaan orang lain.

Kualiti

a. Prihatin dan menghormati rakan dari pelbagai budaya


b. Keterbukaan dalam memahami adat resam rakan dari pelbagai
budaya
c. Keupayaan ingin tahu dan menyesuaikan diri dengan rakan
kumpulan dari budaya lain
d. Menunjukkan sikap yang luhur, tulus ikhlas dan mempercayai
antara satu sama lain.
KIT

TS 4 Kebolehan memberi sumbangan kepada perancangan dan


menyelaraskan hasil usaha kumpulan.

Kualiti

a. Berkeupayaan memberi idea yang bernas, kreatif, inovatif


b. Memberi komitmen tinggi dalam perancangan projek kumpulan
c. Melaksanakan pengurusan yang sistematik dalam projek
kumpulan
d. Melaksanakan tugas yang diberi dalam tempoh masa yang
ditetapkan
TS 5 Bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan.

Kualiti

a. Membuat keputusan berdasarkan kepada fakta yang rasional dan


berjustifikasi
b. Membuat keputusan secara pemuafakatan
c. Menghormati dan mempertahankan keputusan kumpulan yang
dibuat secara bersama
d. Menggalas tanggungjawab untuk menghadapi risiko bagi keputusan
yang telah dibuat secara bersama
ETIKA DAN MORAL PROFESIONAL

Perkataan moral adalah daripada perkataan Greek; more; iaitu satu cara dan
bentuk perlakuan yang telah menjadi adat kebiasaan sesuatu kumpulan
manusia kerana telah diterima dan dipersetujui bersama oleh kumpulan
tersebut manakala etika pula diambil dari perkataan Latin: Ethos, yang
bermaksud adat atau keperibadian (custom or character). Terdapat
beberapa dimensi etika iaitu;

a. Pentaakulan moral melibatkan pemikiran dan


pertimbangan
secara bebas.

b. Perlakuan moral dikaitkan dengan tingkah laku dan tindakan


individu terhadap sesuatu keputusan yang ditunjukkan dengan
penuh perasaan tanggung jawab, tetapi mengikut kemampuan.

c. Perasaan moral ialah emosi dan kehalusan perasaan individu


yang mengandungi sentimen, empati, simpati, prihatin, belas
kasihan, altruistik dan murah hati

Membincangkan aspek etika dan moral dalam kitaran hidup manusia, nilai-
nilai dan ajaran agama amat signifikan dalam proses membentuk manusia
yang syumul dan bermaruah. Konteks maruah ini pula adalah manifestasi
perlakuan etika dan moral oleh seseorang dalam haluan mereka untuk
menerajui diri ke destinasi yang dituju. Kebelakangan ini, Kerajaan sering
melaungkan konsep intergriti, telus, kredibiliti, bertanggungjawab, jujur dan
ikhlas dan berbagai nilai-nilai positif kemanusiaan yang positif dalam
perlaksanaan tugas. Hakikatnya, ini adalah satu ekspresi untuk membina
personaliti yang bermaruah tinggi, yang akan mendapat kepercayaan dan
hormat dari masyarakat sekeliling dan tunggak kepada kredibiliti dan
keperibadian yang tulus, ikhlas dan murni sesuai dengan peranan manusia
sebagai khalifah di bumi ini.

Segala sifat dan perbuatan yang baik dan yang memanfaatkan itu, hendaklah
dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Tuhan dan bukan untuk
mendapat balasan, pujian dan pengiktirafan dari manusia. Oleh itu ada
perkaitan seperti berikut: Akhlak, Makhluk dan Khalik Akhlak yang
mencakupi segala perbuatan dan tingkahlaku yang baik itu adalah untuk
memanfaatkan makhluk dan untuk mendapatkan keredhaan Khalik iaitu
Tuhan Pencipta segala makhluk. Oleh itu konsep akhlak yang merupakan
dasar kepada pembentukan moral mengimplikasikan kepercayaan dan
keyakinan kepada Tuhan sebagai Pencipta segala makhluk di muka bumi ini.

Kemurnian aspek moral dan etika yang tinggi dan terpuji dilihat sebagai satu
nilai estetik yang mencerminkan keperibadian seseorang. Nilai-nilai estetik
ini yang merupakan satu konsep keindahan seharusnya akan mendapat
perhatian dari masyarakat sekeliling. Masyarakat akan meletakkan
keyakinan yang tinggi kepada individu yang mempunyai ciri-ciri positif ini.

Semua IPT beraspirasi melahirkan bakal pemimpin yang berwibawa dan


berkeperibadian tinggi. Dalam hal ini, aspek moral dan etika dilihat sebagai
satu unsur yang sangat penting dalam melahirkan modal insan yang
cemerlang. Kejayaan bagi seseorang individu adalah lengkap dan holistik
sifatnya sekiranya nilai-nilai kemanusiaan ini dipupuk dan dibimbing secara
berterusan dalam sistem-sistem pendidikan. Diperingkat sekolah rendah dan
menengah, matapelajaran agama bagi pelajar muslim ditekankan sebagai
matapelajaran yang dapat membina sahsiah dan keperibadian murid
manakala bagi pelajar non-muslim, matapelajaran moral diperkenalkan
sebagai satu wadah pembelajaran untuk membentuk manusia yang bermoral
dan beretika.

Kesinambungan pembelajaran di sekolah ini hendaklah diteruskan di


peringkat pengajian tinggi. Walaupun tidak wujud kursus-kursus khusus
wajib bagi matapelajaran ini seperti di sekolah, namun pembelajaran secara
terapan ilmu dalam kursus-kursus akademik dan aktiviti kemahasiswaan
hendaklah dilaksanakan dan dipantau. Adalah menjadi satu kenyataan, isu-
isu dan masalah sosial yang banyak dihebahkan melalui media massa pada
hari ini berpunca dari masalah kurangnya penguasaan moral dan etika hidup
yang positif.

Pada awal tahun 90an, isu remaja dan sosial hangat diperkatakan. Program
RakanMuda dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Berbagai
kegiatan sosial dan budaya diperkenalkan untuk menarik minat golongan
remaja dalam program pembangunan moral dan pembentukan warga
Malaysia generasi baru yang sihat dan berobjektif. Antara program yang
dianjurkan adalah Rakan Wajadiri yang menyediakan wadah pembelajaran
seni mempertahankan diri berbilang kaum dan mendapat sambutan yang
sangat menggalakkan. Pada tahun itu juga, lagu Mentera Semerah Padi yang
diilhamkan oleh M.Nasir menjadi lagu yang sinonim dengan semangat
membentuk anak muda yang mempunyai jatidiri yang jitu dan berkeyakinan.

Selain dari Rakan Wajadiri, program Rakan Sukan, Rakan Masjid, Rakan
Budaya dan Rakan Rekreasi juga mendapat sambutan yang sangat
menggalakkan. Usaha-usaha ini dilihat sebagai satu proses transformasi
sosial bagi melahirkan warga negara yang patriotik, berbudaya,
berperadaban tinggi dan dapat membantu memakmurkan negara.

Pada hari ini, proses transformasi dilakukan di peringkat pendidikan tinggi


Malaysia dengan mensasarkan golongan remaja yang bakal akan memimpin
negara atau dalam istilah lain, golongan remaja yang berpendidikan tinggi.
Melalui Projek Agenda Kritikal ke -16, pembangunan holistik pelajar
menekankan salah satu daripada objektif strategiknya iaitu golongan ini
hendaklah menguasai dan mempunyai moral dan etika yang terpuji.
Penguasaan elemen ini disarankan untuk diterapkan dalam pembelajaran
untuk menyediakan bakal graduan yang berhemah tinggi sesuai dengan
kelayakan akademik untuk sesuatu jawatan yang berpaksikan kepada nilai-
nilai intelek. Oleh itu, kemahiran-kemahiran yang dikenal pasti oleh KPT
adalah sesuai dengan amalan-amalan yang patut dilakukan dalam konteks
perlaksanaannya ditahap professional berbanding dengan konsep
rakanmuda yang lebih menjurus kepada pengisisan masa lapang untuk
mengelakkan remaja dari mengamalkan budaya melepak. Elemen Etika dan
moral profesional (EM) melibatkan kebolehan untuk mengamalkan standard
moral yang tinggi dalam amalan profesional dan interaksi sosial.

Berdasarkan kepada perbincangan diatas, PKPP menggariskan tiga


kemahiran dan kebolehan utama dalam ETIKA DAN MORAL PROFESIONAL
iaitu :

i. Kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan


sosiobudaya dalam amalan professional
ii. Kebolehan menganalisis dan membuat keputusan dalam
penyelesaian masalah berkaitan etika
iii. Kebolehan mengamalkan sikap beretika, di samping
mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.

Bagi kemahiran Kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan


sosiobudaya dalam amalan professional, kebolehan pelajar akan dinilai
berdasarkan perkara dan kualiti berikut:

a. Kebolehan memahami kesan ekonomi dalam amalan


profesional yang negatif seperti rasuah & penyalahgunaan
kedudukan
b. Kebolehan memahami kesan alam sekitar dalam amalan
profesional
c. Kebolehan memahami kesan sosiobudaya dalam amalan
profesional

Bagi pemantauan dan penilaian kemahiran Kebolehan menganalisis dan


membuat keputusan dalam penyelesaian masalah pelajar akan dinilai
berasaskan kualiti berikut:

a. Berkeupayaan mengenalpasti dan menganalisis masalah


berkaitan etika.
b. Beretika dalam membuat keputusan.
Dalam melihat kemahiaran Kebolehan mengamalkan sikap beretika, di
samping mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat, beberapa
kualiti dikenalpasti untuk dinilai:

a. Kebolehan mengamalkan sikap beretika seperti telus, jujur,


berintergriti, kredibiliti dan mempamerkan nilai-nilai murni.

b. Bertanggungjawab dan prihatin terhadap masalah dan isu


dalam masyarakat.

Jadual 4.5.: KIM and KIT- Etika dan Moral Profesionalisma

Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) dan Kemahiran Insaniah Tambahan (KIT)

KIM

Tahap Kemahiran

EM 1 Kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya


dalam amalan profesional

Item/Faktor (spesifik):

a. Sensitif dalam isu-isu sosio-budaya seperti etnik, agama


dan bangsa.
b. Fleksibel mampu untuk membuat pelbagai tugasan
pada satu masa serta pergaulan sesama rakan
dan masyarakat.
c. Mengamalkan amalan professional dalam tanggungjawab yang
diberikan
d. Mendukung dasar-dasar kerajaan kearah kesejahteraan bersama

EM 2 Kebolehan menganalisis dan membuat keputusan dalam


penyelesaian masalah berkaitan etika

Item/Faktor (spesifik):

a. Berkeupayaan mengenalpasti nilai-nilai yang baik dan


berperaturan dalam membuat sesuatu keputusan.
b. Tidak Mengamalkan budaya plagiat dalam tugasan yang diberi.
c. Keupayaan mengubah keputusan yang telah dibuat demi kebaikan
bersama
d. Keputusan yang dibuat tidak dipengaruhi oleh faktor luar
e. Zero Tolerance dalam membuat keputusan yang berasaskan
peraturan universiti.

KIT

EM 3 Kebolehan mengamalkan sikap beretika, di samping mempunyai rasa


tanggungjawab terhadap masyarakat.

Item/Faktor (spesifik):

a. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam pergaulan dan interaksi sosial


antara masyarakat.
b. Menghormati budaya lain semasa berinteraksi dengan masyarakat
luar
c. Kejujuran dalam melaksanakan tanggungjawab untuk kepentingan
bersama
d. Kepekaan terhadap isu-isu pembangunan masyarakat semasa
e. Kesopansantunan pelajar terhadap pensyarah, rakan serta
masyarakat.
f. Tahap disiplin yg tinggi.
g. Pengurusan masa (ketepatan masa)
h. Cara berpakaian mengikut kesesuaian keadaan/majlis.
i. Kerjasama dalam setiap aktiviti

Anda mungkin juga menyukai