Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN

Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran berdepan tugas berat bagi


melengkapkan kemahiran kira-kira 420,000 guru sekolah rendah dan menengah di
seluruh negara menghadapi perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Pengarahnya, Datuk Mohd. Ghazali Ab. Rahman berkata, pihaknya perlu
menyediakan program latihan yang sesuai dan mencukupi bagi meningkatkan
pemahaman di kalangan guru terhadap perlaksanaan PBS sekali gus menepati
hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang lebih berkualiti. Menurutnya, guru perlu
dilengkapi dengan latihan kemahiran yang memenuhi tahap perlaksanaan PBS
sebelum sistem pembelajaran baharu tersebut dilaksanakan sepenuhnya tahun
2011.

Paling penting, guru perlu memahami konsep perlaksanaan sistem PBS


ini kerana jika tidak faham, macam-macam masalah yang mungkin akan
ditimbulkan oleh guru misalnya pertambahan bebanan kerja dan lain-lain
isu,

Sistem PBS adalah salah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Pelajaran
membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu
pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan
nilai, etika dan moral yang tinggi. Ia mula dilaksanakan di sekolah rendah pada
tahun 2011 dan dijadualkan menjelang tahun 2016, murid-murid sekolah rendah
akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang telah
ditambah baik. Bagi peringkat sekolah menengah, sistem PBS baru digerakkan dan
dijangka dalam tempoh dua tahun berikutnya, ia akan mula dilaksanakan bagi
penambahbaikan pada Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pada
masa yang sama, kata Mohd. Ghazali, latihan dan pemahaman yang disalurkan
kepada guru perlu dilaksanakan secara berperingkat sebelum sistem baharu dapat
dilaksanakan sepenuhnya nanti. Tegasnya, selain guru, para ibu bapa juga perlu
diberikan pemahaman yang jelas mengenai perlaksanaan PBS agar tidak timbul
kecelaruan dengan membuat tanggapan negatif terhadap sistem pembelajaran
baharu itu (Utusan Malaysia, 22 Oktober 2012).
1.1 KONSEP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan,


kebolehan,kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran
yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian,
melaksanakan penilaian,merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian,
melapor dan membuat tindakan susulan. Penilaian yang dirancang oleh guru di
peringkat sekolah ini dikenali sebagai PBS.

Melalui aktiviti penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi individu


secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan
jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Untuk mencapai
hasrat ini penilaian di sekolah haruslah memberi penekanan kepada konsep
penilaian berterusan terhadap perkembangan bagi kesemua aspek tersebut. PBS
lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu
peringkat ke satu peringkat. Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan
perkembangan murid dari semasa ke semasa. Ini memberi peluang kepada guru
untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta-merta
supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. Di samping itu guru dapat
mengenal pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi
murid (Unit Pentaksiran Berasaskan Sekolah, 2011).

Terdapat dua jenis penilaian di sekolah iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.

Penilaian formatif
Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas
tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Oleh itu,
guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi
seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

1
Penilaian sumatif
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau
tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang
murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.

1.2 PERKAITAN ANTARA PBS DAN PENILAIAN BERPUSAT


PBS dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang perkembangan murid yang
diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat membantu
guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu. PBS boleh menilai
kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek aspek yang tidak dapat
dinilai secara berpusat. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM
dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang
pencapaian murid di seluruh negara. PBS dan penilaian berpusat saling
melengkapi dalam sistem penilaian.

PBS dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan


pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan
pengajaran guru. Melalui PBS guru akan dapat :
1. mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;
2. mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih
awal
3. dari semasa kesemasa;
4. mengetahui keberkesanan pengajarannya;
5. merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan
6. menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.

Ciri-Ciri PBS
PBS yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru akan dapat membantu murid
mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi
supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu
kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti
tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan
2
kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian
cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat.
PBS dilaksanakan berasaskan beberapa ciri yang utama seperti berikut:
A Dikendalikan oleh guru
menilai muridnya sendiri

B Berasaskan Kriteria
menilai penguasaan murid berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditentukan

C Formatif
dijalankan berterusan
mengesan perkembangan,kemajuan dan pencapaian murid

D Pelbagai kaedah
pemerhatian
lisan
penulisan

E Mengesan Perkembangan Pembelajaran Secara Menyeluruh


intelek
rohani
emosi
jasmani

F Menekankan Perkembangan Individu


berdasarkan kemampuan individu dan bukan untuk perbandingan antara individu

G Bersistem
merancang

Oleh itu menurut Morgan & Watson (2002) melalui pentaksiran pengajaran dan
pembelajaran, para guru, pelajar dan ibu bapa, pentadbir dan perancangan
pendidikan mempunyai asas yangkukuh bagi meningkatkan keberkesanan

3
pengajaran guru dan keberkesanan pembelajaran pelajar. Malah, aktiviti pentaksiran
menjadi sebati dengan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tanpa
pentaksiran, bidang pendidikan tidak mungkin berkembang sebagaimana
perkembangannya pada hari ini.

Pentaksiran formatif merupakan satu proses yang mana penilaian dijalankan secara
berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh
dapat memberi maklumbalas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah
dikuasai. Oleh itu, guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta
potensi seseorang pelajar dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya
(Holmes & Gardner, 2008).

Proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara timbal balas dan
sepadu. Sambil mengajar, guru membuat pentaksiran secara tidak formal kerana
guru tahu menilai sama ada pelajar telah menguasai apa yang diajar atau belum.
Selain itu, berdasarkan pentaksiran, guru tahu sama ada pelajar perlu mengulang
balik atau mengambil langkah untuk meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih
tinggi. Pentaksiran berasaskan sekolah juga menggalakkan hubungan dua hala
melalui peluang yang diberi kepada pelajar untuk bertanya dan seterusnya
mendapat bimbingan dan penjelasan lebih lanjut tentang prestasi yang ditunjukkan
danbagaimana meningkatkannya. Hal ini kerana maklum balas daripada pentaksir
dapat diberikan terus kepada pelajar dan dengan kadar yang segera.

Pentaksiran sekolah berfungsi bagi mendapatkan maklumat tentang pembelajaran


murid untuk mengetahui apa yang murid tahu dan boleh buat. Melalui proses
pentaksiran, guru dapat mengumpul maklumat yang sah dan boleh dipercayai
tentang prestasi murid secara berterusan berdasarkan standard prestasi
(performance standard). Maklumat yang diperolehi ini akan melaporkan tahap
penguasaan murid dan dengan ini dapat membantu murid memperbaiki dan
meningkatkan pembelajaran mereka. Selain menjadi motivasi kepada murid untuk
belajar, guru juga dapat mengubahsuai strategi pengajarannya. Maklumat ini dapat
dikelola, direkod, diterjemah dan dilaporkan dengan menggunakan pelbagai kaedah,
alat dan teknik (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).

4
ISU-ISU PELAKSANAAN PBS
Hamzah dan Sinnasamy (2009) mendapati bahawa pelaksanaan ujian lisan
berasaskan sekolah (PLBS dan ULBS) tidak akur sepenuhnya dengan kehendak
garis panduan LPM. Hal itu berpunca daripada tahap kesedaran inovasi dan
perubahan yang masih belum mencukupi. Kepimpinan PBS yang diterajui oleh
pengetua juga belum benar-benar mantap dari segi kefahaman konseptual PBS dan
peranan ikhtisas yang perlu dipatuhi.

Dari Segi Pengurusan


Kecairan maklumat akibat kaedah latihan teragih yang bermula daripada
kementerian, jabatan pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah, sekolah,
jawatankuasa kurikulum dan panitia mata pelajaran mengakibatkan proses
pendedahan kepada guru pelaksana PBS menjadi suntuk. Jurulatih utama (JU)
berkursus selama seminggu, tetapi apabila sampai kepada panitia, taklimat hanya
mengambil masa dua jam. Guru juga berhadapan dengan peruntukan aktiviti bilik
darjah untuk menyelesaikan segala keperluan kurikulum dan kemahiran insaniah
yang lain.

Pemantauan oleh pakar dan pihak berkuasa pelajaran juga berhadapan dengan
kekangan kewangan dan tatacara pergerakan guru keluar daripada kawasan
sekolah masing-masing. JU dan pentaksir kawasan tidak boleh bertugas di luar
kawasan sekolah melebihi 30 peratus daripada waktu rasmi di sekolah. Maka,
tanggungjawab pemantauan diserahkan pula kepada pengetua, penolong kanan
(pentadbiran dan kurikulum) dan guru-guru kanan mata pelajaran yang sudah sedia
sibuk dengan pelbagai jenis borang dan data.

Bagi memastikan bahawa pihak sekolah akur dengan konsep PBS, pengetua
dikehendaki menyediakan sistem data dan fail yang berfungsi sebagai bukti hitam
putih hasil kerja setiap orang murid. Bilangan fail mungkin mencecah angka ribu dan
puluhan unit almari untuk penyimpanan fail berkenaan. Sistem kod dan nombor fail
mesti seragam supaya carian fail dapat dilakukan secara serta-merta jika diminta
oleh pegawai atasan yang memantau pelaksanaan PBS secara mengejut.

5
Pengurusan PBS Secara Atas Talian
Kemajuan teknologi maya dan jaringan ialah jawapan kepada isu timbunan fail dan
pembaziran kos cetakan dan penjilidan folio murid, kecuali untuk projek pendidikan
seni visual atau kerja pertukangan kemahiran hidup. Eza Shafinaz (2011) menerusi
kertas projek sarjana sains maklumat, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah
mencadangkan sistem e-folio. Eza menyenaraikan manfaat e-folio yang dapat
menangani masalah kehilangan bukti dokumentasi bertulis, ciplak, ruang
penyimpanan, kos cetak dan jilid, melengkapkan pelbagai format borang, kecuaian
manusia dan sebaran maklumat PBS kepada semua pihak yang berkepentingan.

Penggunaan e-folio juga memberi kesempatan kepada murid untuk


mempersembahkan hasil kerja mereka secara multimedia. Folio kerja kursus tidak
lagi terhad kepada bentuk kertas berjilid, sebaliknya boleh dinaik taraf kepada format
audio visual, animasi dan grafik yang canggih. Nilai tambah pelaksanaan PBS
menerusi sistem e-folio sudah tentu lebih ketara.

Capaian e-folio boleh dilakukan di mana-mana lokasi yang mempunyai akses


internet, serta boleh dilindungi menerusi kata laluan, fail read-only dan had akses
untuk orang awam. Capaian penuh hanya dibenarkan untuk pemilik folio, pentaksir
dan pihak berkuasa pendidikan tertinggi. Pihak lain hanya boleh membaca bahagian
abstrak atau sinopsis, serta perlu mendapat keizinan pemilik folio menerusi e-mel
yang tertera jika hendak memperoleh versi folio yang lengkap.

Sistem e-folio boleh diletakkan di bawah sistem analisis peperiksaan sekolah


(SAPS) sedia ada dan skor markah terus ke laman sesawang LPM atau MPM.
Untuk keselamatan data, segala fail hendaklah juga disimpan secara talian tempatan
(off-line, LAN) dan peranti mudah alih lain seperti cakera padat (CD), pemacu jari
(thumb-drive) dan lain-lain. Selain itu, murid dan pentaksir sekolah juga digalakkan
mewujudkan sistem e-mel sebagai salinan fail tambahan untuk pelan B kepada
risiko ancaman serangan penggodam dan virus terhadap sistem induk e-folio.

6
Cabaran Pelaksanaan PBS

PBS ialah sebahagian proses perubahan konsep pentaksiran yang terlaksana di


seluruh dunia. Finland misalnya telah melaksanakan PBS tanpa peperiksaan secara
berpusat dalam tempoh 9 tahun persekolahan awal kanak-kanak. Australia, Hong
Kong dan New Zealand juga boleh dianggap berjaya melaksanakan PBS secara
sistematik. Kepesatan perubahan persekitaran pendidikan, dinamika masyarakat
dan industri bererti PBS ialah suatu keperluan yang kritikal dan segera.

Proses perubahan sentiasa menggugat status quo dan kelompok zon selesa.
Pembaharuan akan mengakibatkan kehilangan kedudukan, kebiasaan dan
kepakaran lama. Usaha menarik perhatian ke arah melemahkan rintangan terhadap
perubahan dan mengukuhkan daya pacu perubahan perlu dikendalikan secara
paling bijaksana, cermat dan hormat.

Kepercayaan terhadap pelaksanaan PBS sebagai ganti sistem pentaksiran berpusat


LPM dan MPM sepenuhnya perlu dipupuk dalam kalangan murid, guru dan
masyarakat. Murid akan lebih bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran
kendiri, guru dengan tanggungjawab ikhtisas dan masyarakat menerima PBS
sebagai kayu ukur pencapaian pembelajaran murid. Pihak LPM dan MPM pula akan
bertindak sebagai pemantau, penyelaras dan penjaga kesahan, serta
kebolehpercayaan PBS kepada semua pihak yang berkepentingan.

Langkah Memperkasa PBS


Guru akan sentiasa menjadi tulang belakang dan tumpuan pelaksanaan PBS. Maka,
keperluan latihan dalam perkhidmatan (Ladap, in-service training atau Inset) harus
berorientasi praktikum (hands-on). Ladap berbentuk ceramah, taklimat dan kursus
aras komunikasi dua hala terhad perlu kepada proses ubah suai. Gaya pengajaran
guru dengan gaya pembelajaran murid menerusi pelaksanaan PBS mestilah
sentiasa akur dan sejajar.

7
Memandangkan begitu banyak data dan fail yang hendak diuruskan, pelantikan
pembantu guru hendaklah dibuat dengan segera. Pembantu guru hanya
dikhususkan untuk meningkatkan kecekapan kemasukan data pembelajaran, bukan
untuk membantu kerja-kerja pejabat seperti urusan stok dan percetakan. Spesifikasi
dan terma tugas pembantu guru hendaklah secara jelas menegaskan hal
berkenaan, terutama sistem pengurusan data dan fail PBS.

Kuasa Autonomi Guru


PBS yang dilaksanakan adalah sesuatu yang patut dimurnikan oleh semua guru
kerana ianya memberi penilaian lebih terhadap murid. PBS dilihat sebagai satu
usaha oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memberi penambahbaikan
terhadap pencapaian murid di dalam peperiksaan utama, khususnya UPSR dan
PMR.

PBS dilihat sebagai satu langkah penting bagi menentukan penguasaan murid
secara lebih bersistematik pada setiap peringkat pengajaran dan pembelajaran.
PBS merujuk kepada pentaksiran yang bersifat holistik yang merangkumi nilai
intelek, emosi dan rohani serta jasmani selaras dengan FPK dan KSSR. Ini kerana
PBS mencakupi dan mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

Guru diberi kuasa autonomi untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran


yang dijalankan ketika proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran
yang dijalankan di akhir satu unit pembelajaran) yang berasaskan sekolah.
Pentaksiran Sekolah menjadi satu elemen utama dalam proses P&P kerana ia dilihat
berfungsi mengukuhkan pembelajaran murid serta meningkatkan pengajaran guru
serta berupaya memberi maklumat yang sah mengenai apa sahaja pencapaian dan
pelaksanaan dalam setiap proses P&P. dasar ini dilihat sebagai satu permulaan
kepada keupayaan guru, namun persoalan adakah langkah ini mampu
meningkatkan mutu kualiti pendidikan Negara.

8
Keperluan Pendidikan Semasa
Pada tahun 2014, PMR akan ditambahbaik melalui pelaksanaan pentaksiran
berasaskan sekolah (PBS) yang telah dimulakan pada tahun 2012 bagi kohot
pertama murid tingkatan 1. Pada tahun 2016, gred UPSR tidak lagi akan ditentukan
melalui peperiksaan awam sahaja, tetapi digabungkan dengan pentaksiran
berasaskan sekolah yang terdiri daripada pentaksiran sekolah dan pentaksiran
pusat. Ini bererti sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR bukan lagi
merupakan penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai
pembelajaran.

Kemajuan dan pertumbuhan seseorang murid dinilai secara adil dengan


menggunakan Standard Prestasi. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat
tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa
yang dipelajari berdasarkan pernyataan Standard Prestasi.

KPM juga akan meningkatkan secara sistematik bilangan peratusan soalan


kemahiran berfikir aras tinggi melalui PBS dan peperiksaan awam. Soalan yang
berasaskan Taksonomi Bloom ini akan menguji kemahiran seperti aplikasi, analisis,
dan penilaian. Menjelang 2016, peratusan soalan berbentuk pemikiran aras tinggi
akan ditambah sehingga 80% daripada keseluruhan soalan UPSR, 80% dalam
pentaksiran pusat untuk Tingkatan 3, 75% daripada keseluruhan soalan bagi mata
pelajaran teras SPM dan 50% dalam soalan mata pelajaran elektif SPM.

Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu meramal
bentuk soalan dan topik yang akan diuji dan pada masa yang sama tidak perlu
melaksanakan latih tubi terhadap topik tertentu. Sebaliknya, murid akan dilatih untuk
berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai konteks
keperluan.

Format pentaksiran baharu ini membolehkan murid dinilai berdasarkan keberhasilan


yang lebih luas dalam jangka masa yang lebih panjang, seperti yang dihasratkan
oleh dasar Kementerian.

9
KESIMPULAN
PBS ialah bentuk pendidikan masa hadapan yang juga berupa ucapan selamat
tinggal kepada orientasi peperiksaan per se yang telah sekian lama mengundang
kritikan bertalu-talu. Anjakan paradigma yang berlaku ini bertepatan dengan
pesanan Saidina Umar al-Khatab yang menegaskan supaya reka bentuk pendidikan
anak-anak wajib berdasarkan keperluan masa hadapan mereka. Pelaksanaan PBS
acuan Malaysia bermakna sistem pendidikan dan pentaksiran sentiasa melangkah
ke hadapan, manakala segala kebijaksanaan dan pengalaman zaman-berzaman
akan tetap dimanfaatkan dalam persekitaran terkini. Cabaran pelaksanaan PBS
memang akan sentiasa muncul dari masa ke masa. Kekurangan dan ralat yang
masih wujud tidak wajar menjadi alasan untuk pelaksanaan PBS kembali lemah.
Murid, guru dan masyarakat berhak untuk memberikan sumbangan terbaik demi
masa hadapan bangsa, negara dan umat dan pada masa yang sama memastikan
pendidikan di Malaysia standing dengan Negara maju lain.

10
RUJUKAN

Unit Pentaksiran Berasaskan Sekolah. (2011). Apa Itu Pentaksiran Berasaskan


Sekolah?. Sektor Penilaian dan Peperiksaan: Jabatan Pendidikan Pulau
Pinang.

Eza Shafinaz bt Mohamed Zaharin. (2010). A Generic Requirements Model: School-


Based Assessment and E-Portfolio Management System. Thesis Sarjana,
Universiti Utara Malaysia.

Hamzah, M.O. and Sinnasamy, P. (2009). Between the ideal and reality: teachers
perception of the implementation of school-based oral English assessment. In
The English Teacher, Vol 38, pp. 13 29.

Morgan, C., & Watson, A. (2002). The Interpretative Nature of Teachers


Assessment of Students Mathematics: Issues for Equity. Journal for
Research in Mathematics Education, 33(2), 78-110.

Utusan Malaysia. (Rabu, 22.10. 2012). Guru perlu fahami Pentaksiran Berasaskan
Sekolah. Atas talian 14 Disember 2012, dari
http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121022/pe_02/Guru-perlu-
fahami-Pentaksiran-Berasaskan-Sekolah.

11

Anda mungkin juga menyukai