Anda di halaman 1dari 6

Kandungan

Pengenalan Akupuntur

Ciri-Ciri Akupuntur

Bentuk-Bentuk Akupuntur

Rawatan Melalui Akupuntur

Keberkesanan Rawatan Akupuntur

Penyakit Yang Kerap Dirawat Melalui Akupuntur

Kemusykilan Yang Timbul Melalui Rawatan Akupuntur

Kesimpulan

Bibliografi

Lampiran

Pengenalan Akupuntur

Akupuntur berasal daripada perkataan Latin di mana acus bermaksud


jarum dan pungere bermaksud cucuk.. Akupuntur adalah sejenis
perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik
tertentu badan yang lebih dikenal sebagai acupunture point .

Rawatan akupuntur boleh dikatakan telah digunakan oleh pelbagai


masyarakat kuno tamadun awal seperti orang-orang Bunti Afrika, Arab
Tigris, Mesir kuno, India dan China. Namun begitu, ahli-ahli perubatan
memberikan penghormatan mereka kepada China. Hal ini kerana amalan
akupuntur ini telah lama diamalkan oleh rakyar China iaitu sejak 4000
tahun dahulu dan diteruskan sehingga hari ini.

Sejarah juga ada membuktikan bahawabangsa China merupakan bangsa


pertama di dunia yang mencatatkan sejarah dalam perubatan akupuntur.
Hal ini terbukti apabila Maharaja China telah menulis dengan lengkap
dalam bukunya yang bertajuk Huang ti The Yellow Emperor Canon of
Medicine yang dikarang pada tahun 2000 SM. Buku yang diterjemahkan
masih berada dalam simpanan seorang penulis di Beijing, China.

Ciri ciri Akupuntur


Rawatan akupuntur berbeza sedikit di antara cara rawatan masyarakat
kuno China dengan rawatan masa kini. Dahulu, masyarakat kuno China
menggunakan

batu batu tajam, kayu dan buluh sebagai asas rawatan untuk menekan
dan menusuk pada bahagian bahagian tertentu. Tetapi kini, alat alat
asas ini diganti dengan cara yang lebih moden iaitu penggunaan jaurm
jarum yang halus yang telah disterilkan atau disucihamakan. Jarum
jarum ini diperbuat daripada pelbagai bahan logam seperti jarum silver
atau jarum perak, jarum copper atau tembaga, dan jarum emas.

Jarum emas adalah jarum termahal di kalangan jarum jarum halus.


Jarum ini dipercayai dapat mengeluarkan tenaga Qi 100 kali ganda
daripada jarum silver. Tenaga Qi adalah tenaga yang menggerakkan jasad
kita. Jika pengaliran tenaga ini terganggu, maka badan kita akan berasa
sakit.

Pada jarum-jarum halus tersebut, sudah tersedia magnetik iaitu kuasa


ubat terhadap jarum tersebut. Hal ini membolehkan kita berasa seperti
berdenyut denyut, kebas, berat dan bengkak apabila jarum - jarum
tersebut ditusuk pada suatu titik khas di badan. Rasa yang kita alami ini
dikenal sebagai Deqi dan ia mengeluarkan arus elektrik melalui apa yang
dinamakan sebagai kolestrol, channel, atau meridian. Dalam hal ini,
kesemua rasa kesakitan atau bisa dikeluarkan melalui kuasa Qi yang
secukupnya dan seterusnya memberi kelegaan dan menyembuhkan
penyakit.

Pengamal perubatan akupuntur menyatakan bahawa terdapat 365 titik


akupuntur yang utama dan lebih 1000 titik akupuntur luar biasa pada
tubuh manusia. Titik akupuntur luar biasa wujud apabila sesuatu penyakit
pada organ badan kita akan mewujudkan rasa sakit dan bengkak di tempat
yang jauh daripada organ kita. Sebagai contoh, kesakitan pada diafragma
boleh menyebabkan rasa sakit di hujung bahu..

Pengamal akupuntur juga mengelaskan sebahagian besar titik akupuntur


kepada 12 kumpulan utama di mana titik titik ini digabungkan melalui
Meridian. Meridian yang mempunyai 12 meridian utama mengawal edaran
seks, paru-paru, usus besar, perut, limfa, jantung, usus kecil, pundi
kencing, buah pinggang, pundi hempedu, triple warmer dan hati. Dalam
pada itu, jumlah titik akupuntur pada meridian adalah berbeza. Sebagai
contoh meridian jantung mempunyai sembilan titik manakala meridian
pundi kencing mempunyai 67 titik.

Seorang penyelidik kesakitan terkemuka, iaitu Dr. Ronald Melzack


menyatakan bahawa tekanan pada titik titik tertentu adalah berkaitan
dengan pola kesakitan dan sesuatu rangsangan yang singkat tetapi
berkeamatan tinggi pada titik itu melalui jarum halus dapat melegakan
kesakitan. Selain itu, penyelidikan saintifik tentang akupuntur telah
dijalankan di Amerika Syarikat yang menunjukkan otak mengeluarkan
endorfin yang boleh melegakan kesakitan secara semulajadi semasa
rawatan akupuntur. Di kebanyakkan negara seperti Amerika Syarikat,
United Kingdom, dan Hong Kong di mana terdapatnya ramai penagih dadah
jenis Heroin,mereka menggunakan cara rawatan akupuntur kerana ia dapat
meningkatkan kadar endorfin dalam badan. Hal ini kerana kebanyakkan
penagih dadah mempunyai kadar endorfin lebih rendah dalam cecair spina
mereka.

Pada tahun 1965, Ronald Malzack dan Patrick Wall iaitu penyelidik
kesakitan telah mengesyorkan satu teori tentang kewujudan sejenis pintu
pada setiap tahap saraf tunjang. Pintu tersebut sentiasa tertutup dan tidak
membenarkan rangsangan kesakitan sampai ke otak . Selain itu , pintu
dalam saraf tunjang itu dikawal oleh dua rangsangan secara berterusan .
Sesetengah rangsangan itu cuba menutup pintu dan sesetengah
rangsangan lain pula cuba untuk membuka pintu. Namun kelebihan lebih
memihak kepada rangsangan untuk menutup pintu dan hal ini
menyebabkan kesakitan tidak dirasai walaupun rangsangan wujud. Namun
begitu, rawatan melalui akupuntur boleh bertindak untuk membuka dan
menutup pintu dalam saraf tunjang secara berkesan.

Bentuk Bentuk Akupuntur Moden

Di dalam akupuntur moden hari ini, terdapat pelbagai teknik yang


diamalkan oleh ahli-ahli akupuntur atau pengamal akupuntur. Secara
keseluruhan terdapat lebih daripada 11 bentuk akupuntur moden.
Antaranya adalah akupuntur klasik di mana kebiasaanya menggunakan
jarum-jarum halus sebagai rawatan . terdapat juga akupuntur elektrik di
mana ia menggunakan stimulator elektrik voltage rendah supaya tidak
membahayakan pesakit dan akupuntur elektronik yang menggunakan alat-
alat elektronik kecil.

Selain itu, akupuntur bekam darah menggunakan acu bekam untuk


menggeluarkan darah kotor dari badan kita. Terdapat juga akupuntur
bekam yang menggunakan acu bekam untuk menyedut keluar angin dari
badan kita. Akupuntur mosibusi ialah akupuntur yang menghangatkan
pada titik-titik tertentu. Manakala akupuntur urut yang meliputi pelepasan
tekanan, urut ( massage ) dan reiki. Selain itu, terdapat juga akupuntur
homeopathy, akupuntur mata, kepala, telinga, dan sebagainya.

Rawatan Akupuntur

Akupuntur dikatakan salah satu kaedah rawatan Hipnosis dan berkesan


dalam rawatan sebagai ubat penahan sakit atau Anestetik . Pesakit juga
boleh berada dalam keadaan sedar ketika mereka menerima rawatan
akupuntur. Misalnya, pesakit boleh memberitahu pengamal akupuntur
sekiranya jarum tidak ditusuk pada titik akupuntur . Rawatan akupuntur
juga boleh digunakan dalan merawat seseorang yang terkena pancaran
kilat. Hal ini terbukti apabila rawatan ini telah dapat memulihkan kulit
seperti sedia kala.

Titik akupuntur mempunyai sifat elektrik yang sangat luar biasa. Titik-titik
ini mampu mengalirkan aliran elektrik disekeliling kulit dan pada kawasan
yang berdekatan atau berkaitan. Namun, apa yang luar biasa adalah titik
akupuntur berubah mengikut emosi pesakit. Jika ditinjau mengikut cara
perubatan Cina ia dikaitkan dengan tenaga Qi dan konsep Yin dan Yang.
Konsep Yin dan Yang membawa maksud organ dalam tubuh yang baik
dikenal sebagai Yin dan Yang pula dikenal sebagai organ dalam tubuh yang
kurang baik. Keseimbangan dalam Yin dan Yang menentukan kestabilan
kesihatan badan .

Perubatan Cina juga mengkaitkan hubungan cuaca dengan 5 unsur iaitu


kayu, air, api, logam, dan bumi dengan kesihatan dan penyakit. Manakala
organ dalam tubuh badan dikaitkan dengan 5 unsur serta Yin dan Yang.
Sebagai contoh hati dikaitkan dengan kayu, jantung dengan api, limfa
dengan bumi. Namun begitu, perkara yang paling utama dalam kaedah
akupuntur adalah diagnosis nadi. Kaedah ini adalah penting kerana ia
dapat mengesan penyakit yang pernah dihidapi. Hal ini memudahkan
pengamal pengamal akupuntur mengenal pasti dengan mudah latar
belakang perubatan pesakit berkenaan. Selain itu, pengamal akupuntur
tradisional juga boleh mengukur tahap tenaga dalam meridian dengan
memeriksa nadi arteri radial pada pergelangan tangan. Tahap tenaga dalam
meridian ini boleh mencapai sehingga 14 jenis nadi arteri pada keduadua
pergelangan tangan . Namun begitu, ahli-ahli akupuntur berpendapat 5
atau 6 nadi sahaja yang boleh dikesan bagi tujuan perubatan . Selain itu,
pengamal akupuntur tradisional juga akan memeriksa lidah, warna, tisu
kulit, tisu rambut, pergerakkan dan kedudukan tubuh , pernafasan dan
bunyi suara dalam rawatan akupuntur. Di samping itu, gaya hidup , diet,
senaman tidur yang mencukupi, fobia, dan reaksi terhadap penyakit turut
diambil kira. Proses ini dikenal sebagai Mempalpat iaitu mendiagnosis
gangguan pengaliran Qia dan serangan penyakit terhadap organ dalaman.

Keberkesanan Rawatan Akupuntur

Pengamal akupuntur berpendapat bahawa hanya kemahiran dalam


mempraktikan akupuntur dapat mencapai rawatan yang dikehendaki iaitu
mengetahui di mana hendak merangsang kulit . Walaupun terdapat banyak
cara untuk merangsang kulit seperti moxibustion, urut , elektrik, getaran,
mekanikal, panas, dan hayunan magnetik di amalkan secara meluas
namun kaedah yang terbaik adalah kaedah rangsangan jarum.

Jarum akupuntur yang terdiri daripada jarum silver diperbuat daripada aloi
perak dan semua jarum adalah berjenis besi berkalis karat Selain
memastikan kedudukan jarum tepat pada titik akupuntur, keberkesanan
rawatan akupuntur bergantung kepada jumlah jarum akupuntur yang
digunakan, kedalaman menembusi kulit, tempoh jarum itu ditusuk pada
titik akupuntur dan jumlah rawatan yang dijalankan.
Apabila titik akupuntur yang berkaitan dikesan, jarum akupuntur akan
dicucuk pada kulit pesakit dan dibiarkan beberapa lama iaitu dari beberapa
saat hingga ke beberapa minit. Sesetengah pengamal akupuntur akan
memutarkan jarum dengan menggunakan hujung jari yang bertujuan
untuk merangsang titik akupuntur . Selain itu, mereka juga akan
merangsangkan titik akupuntur dengan menggunakan jarum elektrik.

Pesakit tidak akan berasa sakit ketika rawatan akupuntur dijalankan. Hal
ini kerana jarum yang digunakan adalah sangat tajam dan hanya beberapa
milimeter sahaja dimasukkan ke dalam kulit pesakit. Bagi pesakit yang
menghadapi penyakit yang agak kronik rawatan dijalankan sebanyak sekali
atau dua kali seminggu. Sebaliknya, rawatan yang lebih kerap diberikan
bagi penyakit yang agak kritikal. Sesetengah pesakit memerlukan empat
atau lima rawatan akupuntur sebelum melakukan sebarang perubahan
pada dirinya seperti berasa santai, segar, dan mampu menjalankan aktiviti
seharian.

Penyakit Yang Diubati Oleh Akupuntur

Rawatan melalui akupuntur mempunyai banyak kelebihan kerana ia dapat


menyembuhkan banyak penyakit. Badan Kesihatan Dunia ( WHO ) telah
menggariskan beberapa penyakit yang dapat dirawat dengan baik melalui
kaedah akupuntur. Kaedah rawatan ini dapat merawat gangguan dalam
sistem pernafasan iaitu sinusitis, selesema, dan tonsilitis. Manakala bagi
gangguan pencernaan seperti gastrik, sembilit, cirit-birit dan paralysis
usus. Selain itu ia juga merawat gangguan pada mata seperti sakit mata
awal dan retinismyopia dan gangguan mulut seperti sakit gigi, gusi dan
halkum.

Selain itu, penggunaan kaedah rawatan akupuntur juga berkesan pada


penyakit yang membabit disfungsi proses fisiologi sakit kepala, paru-paru,
keadaan reumatik yang agak genting, masalah haid, masalah pencernaan
dan masalah saraf. Sebagai contoh, di Britian para doktor telah
menggunakan kaedah akupuntur merawat pesakit yang menghidapi sakit
kepala dan migrain. Rawatan ini dianggap berjaya di sana apabila 80%
daripada pesakit tersebut telah sembuh sepenuhnya .

Di samping itu, beberapa doktor yang telah menyaksikan pembedahan


menggunakan kaedah akupuntur turut mengakui bahawa di negara China
rawatan perubatan akupuntur buka sahaja tertakluk pada disfungsi proses
fisiologi tetapi juga pada jenis penyakit yang memerlukan rawatan seperti
pembedahan caesarean, tumor, pembedahan gigi dan paru-paru pesakit .
Kesemua pesakit berada dalam keadaan sedar dan tidak menerima
sebarang ubat anestetik. Hanya jarum akupuntur yang dirangsang dengan
elektrik di masukkan dalam kulit pesakit.

Kemusykilan Yang Timbul Terhadap Rawatan Akupuntur.


Walaupun kaedah rawatan akupuntur memberikan kesan yang baik kepada
pesakit-pesakit, namun masih ada persoalan-persoalan yang ditimbulkan
akibat keraguan mereka . Pelbagai persoalan yang ditimbulkan mengenai
kesan-kesan penusukan jarum, perbandingan jarum dan sebagainya.

Sebenarnya, rawatan akupuntur mendapat pengiktirafan daripada WHO.


Penusukan jarum tidak mendatangkan sebarang kesakitan. Hal ini terbukti
apabila jarum-jarum yang digunakan adalah terlalu halus dan ia dicucuk
hanya sedalam 0.5 cm hingga 1 cm sahaja. Penusukan jarum hanya
bagaikan gigitan semut pada kali pertama .

Selain itu, jarum akupuntur moden tidak mendatangkan bahaya kerana ia


adalah dalam keadaan siap terbungkus setelah disterilkan dan sentiasa
bersih serta selamat digunakan .

Di samping itu, masyarakat tidak perlu ragu tentang jangkitan AIDS


melalui rawatan akupuntur . Hal ini kerana belum pernah ada sejarah
bahawa AIDS merebak melalui jarum akupuntur. AIDS hanya merebak
melalui jarum yang tidak bersih, khususnya yang digunakan oleh penagih
dadah .

Kesimpulan.

Umumnya rawatan akupuntur masih lagi kurang mendapat sambutan


walaupun keberkesanan kaedah ini telah terbukti melalui beberapa kajian
yang telah dijalankan . Negara China misalnya, mempunyai lebih daripada
500,000 ahli terapi akupuntur manakala Jepun pula mempunyai lebih
daripada 30, 000 pengamal akupuntur. Sementara itu terdapat juga
segelintir pengamal akupuntur Jerman dan Peranchis yang mengamalkan
kaedah ini secara sepenuh masa. Kaedah ini semakin hari semakin
berkembang seiring dengan perkembangan pesat teknologi dalam
perubatan moden. Hal ini kerana rawatan akupuntur sebenarnya mampu
mengubati pelbagai penyakit yang tidak dapat dirawat dengan kaedah
moden . Kaedah moden lebih cenderung menggunakan cara pembedahan
dan dadah sebagai jalan penyelasaian bagi merawat sesuatu penyakit.

Bibliografi

1. Dewan Kosmik Keluaran Jun 1995


2. Wawancara Keluaran, April 1999
3. Encylopedia Britainica, Edisi 1982 , Jilid 1
4. Ronald Malzek, Buku Acupunture Theraphy
5. Mark Fenn, Acupunture m/s 58 - 70

Anda mungkin juga menyukai