Anda di halaman 1dari 23

MTE3103 Geometri

Topik 1
Teselasi Satah

1.1 Sinopsis

Topik ini merupakan permulaan pendedahan kepada kegunaan matematik dalam seni dan
rekaan manusia. Ia merupakan satu bidang yang luas dan untuk bahagian ini, kita akan
bincangkan ciptaan untuk satah 2-Dimensi. Bahagian ini meliputi jenis-jenis teselasi, teselasi
dan seni serta fraktal geometri.

1.2 Hasil Pembelajaran

1. Menambahkan pengetahuan anda dalam konsep matematik yang berkaitan dengan


geometri pada satah.

2. Menghargai peranan geometri dalam seni dan rekaannya.

1.3 Kerangka Konseptual

Teselasi Satah

Jenis-jenis
Teselasi dan Seni Geometri Fraktal
Teselasi

1.4 Teselasi

Teselasi adalah satu bentuk pola yang melitupi sesuatu permukaan sepenuhnya, dengan
tiada celah di antara bentuk dan tanpa sebarang pertindihan bentuk (yang digunakan) berlaku.

1
MTE3103 Geometri

Contoh teselasi yang paling asas termasuklah jubin di bilik air. Bentuk-bentuk teselasi yang
lebih menarik termasuklah teselasi Islam berbentuk bintang dan teselasi ciptaan Escher yang
akan dibincangkan kemudian.

Teselasi Islam Berbentuk Bintang

Teselasi Ciptaan Escher

1.4.1 Jenis-Jenis Teselasi

Terdapat beberapa cara untuk mengkategorikan teselasi, termasuklah bilangan


bentuk berlainan yang digunakan dalam satu-satu teselasi atau mengkategorikan
telasi dari segi sama ada menggunakan poligon sekata (regular polygons), poligon
separa sekata (Semi-regular polygons) atau poligon tidak sekata (Irregular polygons).

2
MTE3103 Geometri

Modul ini akan mengkategorikan teselasi berdasarkan bilangan bentuk berlainan yang
digunakan.

1.4.1.1 Teselasi Berdasarkan Satu Bentuk Poligon

Kita mulakan dengan merujuk kepada bentuk paling ringkas teselasi pada satah—bagi
yang teselasi berdasarkan satu bentuk sahaja. Ia boleh dibahagikan kepada teselasi
berdasarkan satu bentuk sekata dan satu bentuk tidak sekata.

Terdapat tiga jenis teselasi satu bentuk sekata sahaja dapat dihasilkan, iaitu asas
segitiga sisi sama, segi empat sisi sama dan heksagon sisi sama.

Teselasi dengan segitiga sisi sama


sebagai bentuk asas

Teselasi dengan segiempat sisi


sama sebagai bentuk asas

Teselasi dengan heksagon sisi


sama sebagai bentuk asas

Berehat sebentar dan cuba renungi, mengapa hanya terdapat tiga bentuk sekata
yang boleh membentuk teselasi?

3
MTE3103 Geometri

Jika kita perhatikan dengan teliti, kita akan dapati setiap bucu dalam satu-satu teselasi
haruslah kelihatan sama dan sekurang-kurangnya bertemu dengan tiga poligon. Apa
itu bucu? Gambaran bagi bucu ditunjukkan seperti di bawah:

Bucu

Poligon adalah rajah pada satah dengan sekurang-kurang mengandungi tiga garis
lurus yang bercantum, yang dikenali sebagai sisi. Untuk permukaan satah, jumlah
sudut pada bucu haruslah berjumlah 360⁰. Misalnya sudut dalaman bagi segitiga sisi
sama ialah 60⁰, terdapat 6 segitiga bertemu pada setiap bucu. 6 × 60° = 360°, maka
segitiga boleh membentuk teselasi. Bagi segiempat sisi sama, sudut dalaman adalah
90⁰. Pada setiap bucu, 4 × 90° = 360°. Oleh itu, segiempat sekata juga boleh
membentuk teselasi.

Poligon sisi lima dikenali sebagai pentagon. Setiap sudut dalaman adalah 108⁰,
3 × 108° = 324°. Maka penggunaan pentagon sahaja tidak dapat membentuk teselasi.

Gabungan bagi tiga


pentagon.

Bagi poligon sisi enam pula, ia dikenali sebagai heksagon. Sudut dalaman bagi
heksagon sekata adalah 120⁰. Pada setiap bucu, 3 × 120° = 360°. Oleh itu heksagon
boleh membentuk teselasi.

Jika dilanjutkan kepada heptagon, yakni poligon dengan sisi tujuh, setiap sisi dalaman
adalah 128.57⁰. Apabila tiga heptagon bertemu pada satu bucu, 3 × 128.57° = 385.71.
Pertindahan akan berlaku; seperti rajah yang ditunjukkan di bawah:

4
MTE3103 Geometri

Bagi poligon dengan bilangan sisi yang lebih banyak, pencantuman tiga poligon sekata
yang sama pada satu bucu tanpa pertindihan adalah mustahil. Oleh yang demikian,
hanya terdapat tiga bentuk poligon sekata yang boleh membentuk teselasi.
Bagaimana pula dengan teselasi dengan bentuk tidak sekata?

Teselasi juga boleh dibentuk dengan menggunakan bentuk asas yang tidak sekata.
Di sini disertakan beberapa contoh teselasi dengan bentuk asas yang tidak sekata:

Segiempat Tepat

Trapezium

1.4.1.1 Teselasi Berdasarkan Dua atau Lebih Poligon Berlainan

Homogenus teselasi adalah teselasi yang menggunakan dua atau lebih poligon sekata
yang akan membentuk teselasi dengan syarat, pada setiap bucu mempunyai bentuk
yang sama. Homogenus teselasi juga dikenali sebagai teselasi poligon separa sekata
(semi-regular polygons). Beberapa contoh teselasi poligon separa sekata adalah
seperti berikut:

5
MTE3103 Geometri

3.6.3.6

4.8.8

3.3.3.4.4

3.3.3.3.6

Teselasi poligon separa sekata diberi nama atau simbol berdasarkan bilangan sisi
poligon-poligon yang bertemu pada setiap bucu. Misalnya pada teselasi pertama,
terdapat dua heksagon dan dua segitiga yang bertemu pada setiap bucu. Heksagon
mempunyai enam sisi dan segitiga mempunyai tiga sisi. Oleh itu, bila dibaca mengikut
putaran, ia dibaca sebagai 3.6.3.6. Mungkin anda tertanya-tanya, mengapa ia tidak
dibaca sebagai 6.3.6.3? Memang ada bahan bacaan yang meletakkan nama sebagai
6.3.6.3. Ianya tidak salah, tapi kita cuba meletakkan nombor yang kecil di hadapan.
Tetapi jika anda meletakkan nombor 3.3.6.6, ia bukanlah nama bagi teselasi yang
pertama itu, kerana ia haruslah dibaca mengikut susunan putaran.

6
MTE3103 Geometri

Nama bagi teselasi separa sekata adalah penting untuk memastikan sama ada ia
homogenus atau tidak. Terdapat juga teselasi yang terdiri daripada lebih sejenis
poligon sekata tetapi dikategorikan sebagai teselasi tidak homogenus. Di bawah ini
menunjukkan satu teselasi yang tidak homogenus. Bolehkah anda bezakan antara
teselasi homogenus dan tidak homogenus?

Cuba luangkan masa setengah jam dan cari teselasi homogenus sebanyak yang
anda boleh dengan mencantumkan segiempat sisi sama, segitiga sisi sama, pentagon sisi
sama, heksagon sisi sama, heptagon sisi sama atau oktagon sisi sama. Selamat mencuba
!

1.5 Teselasi dan Seni

Jika kita kaitkan teselasi dengan seni, kita tidak dapat tidak menyentuh hasil seni yang
telah dikembangkan oleh seorang artis terkenal Belanda yang dikenali sebagai M.C
Escher (1898-1972). Terdapat beberapa hasil kerja M.C Escher yang mempunyai nilai
matematik yang tinggi, termasuklah yang telah dicetak pada baju-T, buku, cawan dan
‘jingsaw puzzle’.

Salah satu pencetus Escher dalam memulakan rekaannya berlaku apabila dia
melawat Alhambra, Sepanyol pada tahun 1922. Pada ketika itu, dia sedang meneliti
jubin rekaan Moorish yang sangat menarik. Walau bagaimanapun, tidak seperti
Moorish yang hanya mencipta jubin daripada bentuk geometri, Escher cuba
mengubah idea Moorish dengan menggunakan bentuk yang menyerupai benda,
binatang, burung dan sebagainya.

7
MTE3103 Geometri

Baca bahan bacaan dari ‘Reader’: Escher—Geometry meets art oleh B. Ansell,
The Magic Mirror of M. C. Escher oleh B. Ernst dan M. C Escher at work oleh G.A. Escher.

Beberapa contoh hasil kerja M.C. Escher:

1.5.1 Menghasilkan Teselasi Jenis-Escher

Pada bahagian ini, kita akan membincangkan dua cara termudah untuk membentuk
teselasi Jenis-Escher. Walaupun prinsipnya kelihatan sangat mudah, tetapi anda
harus sedar (daripada pembacaan anda sebelum ini) bahawa untuk menghasilkan
teselasi yang berasaskan binatang adalah tidak mudah. Daripada artikel yang telah
anda baca, Escher sebenarnya meluangkan banyak masa dalam proses menyelidik,
melatih dan menggunakan rekaannya untuk membentuk teselasi.

1.5.1.1 Teselasi Berdasarkan Mengubah sisi Bertentangan yang Selari

Teknik ini melibatkan mengubah pada satu sisi dan seterusnya mengubah sisi
bertentangan yang selari dengan perubahan yang serupa.

8
MTE3103 Geometri

Teselasi ringkas yang berasaskan segiempat sisi sama.

1.5.1.2 Teselasi Berdasarkan Putaran

Kita telah melihat hanya terdapat tiga jenis poligon sekata yang boleh membentuk
teselasi, iaitu segitiga sisi sama, segiempat sisi sama dan heksagon sisi sama.
Segiempat sisi sama dan heksagon boleh menggunakan teknik mengubah satu sisi
dan seterusnya mengubah sisi bertentangan yang selari dengan perubahan yang
serupa. Walau bagaimanapun, ini tidak dapat dilakukan untuk segitiga sisi sama
kerana ia tidak mempunyai sisi bertentangan yang selari.

Namun demikian, kita boleh mengubah pada satu sisi dan mengubah sisi yang
bersebelahan dengan bentuk yang sama dengan menggunakan teknik putaran.
Teknik ini juga dilakukan untuk heksagon sekata.

9
MTE3103 Geometri

Rajah di atas menunjukkan hasil ciptaan yang menggunakan bentuk asas segitiga dan
teknik yang digunakan adalah mengubah pada satu sisi dan kemudiannya mengubah
pada sisi yang bersebelahan dengan bentuk yang sama dengan menggunakan teknik
putaran. Jika anda perhatikan dengan teliti, sisi yang ketiga dibentuk dengan
mengubah separuh daripada sisi tersebut dan sisi yang telah dibentuk itu diputarkan
pada titik tengah sisi tersebut. Dapatkah anda melihat bagaimana ia dibentuk?
Bincangkan dalam kumpulan !

Cuba cipta satu teselasi jenis-Escher dengan menggunakan antara satu teknik
yang dinyatakan di atas.

1.6 Geometri Fraktal

10
MTE3103 Geometri

Pernahkah anda membesarkan sebahagian daripada mana-mana gambar dengan


menggunakan komputer? Apabila gambar tersebut dibesarkan dengan skala yang tinggi
daripada gambar asal, gambar tersebut kelihatan kabur. Seorang ahli matematik, Benoit
Mandelbrot (1924- ) menyatakan bahawa pembesaran sepatutnya membolehkan kita
mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan lengkap. Pada tahun 1970-an, Mandelbrot
menemui satu cara yang membolehkan kita untuk mereka bentuk geometri dengan satu sifat
khas: jika sebahagian daripada bentuk itu dibesarkan berulang, maka maklumat tambahan
yang jelas dan lengkap akan diperolehi. Mandelbrot menamakan bentuk geometri yang
berulang tanpa had ini sebagai ‘fraktal’.

Set Mandelbrot
Benoit Mandelbrot dikenali sebagai bapa kepada ‘Fraktal Geometri’. Beliau bukanlah orang

yang pertama yang mencipta fraktal, tetapi beliau merupakan orang pertama yang
mengabung idea beberapa ahli matematik seperti Georg Cantor, Giuseppe Peano, Helge Von
Koch, Waclaw Sierpinski dan Gaston Julia untuk membentuk jenis geometri yang baru.
Mandelbrot juga mendapati bahawa kebanyakkan fraktal berkongsi sifat yang sama dalam

11
MTE3103 Geometri

alam semula jadi. Misalnya, pada daun pakis, bila kita bandingkan dengan keseluruhan daun
pakis, ia kelihatan hampir sama dari segi bentuk, cuma berbeza dari segi saiz.

Buat masa ini, fraktal tidak ada definisi yang dipersetujui secara umum. Walau
bagaimanapun, fraktal bolehlah dinyatakan sebagai bentuk geometri yang mempunyai motif
serupa-diri (selfsimilar motif) yang berulang tanpa had. Satu contoh motif serupa-diri
ditunjukkan di bawah:

Motif Serupa Diri yang Ditunjukkan oleh Sierpinski Gasket

Rekaan fraktal umumnya menggunakan proses lelaran (iterative), dengan hasil lelaran sangat
menghampiri motif asalnya. Misalnya dalam pembinaan ‘Koch Curve’, cara pembinaan
adalah seperti di bawah:

Tahap 0: Bermula dengan satu garis lurus. Garis lurus ini dikenali sebagai initiator.

12
MTE3103 Geometri

Tahap 1: Garis lurus tersebut dibahagi kepada tiga bahagian yang sama. Pada bahagian
tengah tersebut, satu segitiga sama sisi dilukis dan garis pada tapak dialihkan.
Tahap ini dikenali sebagai generator.

Tahap 2: Gantikan setiap bentuk initiator dengan bentuk generator pada versi skala untuk
membentuk tahap selanjutnya dalam Koch Curve. Panjang versi skala pada
generator adalah sama dengan panjang garis yang digantikannya. Untuk tahap
seterusnya, tahap 2 diulang.

Contoh (i): Koch Curve

Tahap 0:

Tahap 1:

Tahap 2:

Contoh (ii): Sierpinski gasket

13
MTE3103 Geometri

Tahap 0:

Tahap 1:

Tahap 2:

Contoh (iii): Box Fractal

Tahap 0:

14
MTE3103 Geometri

Tahap 1:

Tahap 2:

Contoh (iv): Peano curve

Tahap 0:

15
MTE3103 Geometri

Tahap 1:

Tahap 2:

Cuba dapatkan tahap 3 dan tahap 4 bagi semua contoh fraktal di atas.

1.6.1 Fraktal Serupa-diri Tepat (Strictly Self-Similarity Fractals)

Semua fraktal menunjukkan motif serupa-diri dengan skala yang menyusut, walau
bagaimanapun terdapat beberapa fraktal yang fraktal serupa-diri tepat, yang
memenuhi definisi berikut.

Definisi:

Sesuatu fraktal dikatakan fraktal serupa-diri tepat jika sebarang

bahagian pada fraktal itu merupakan replika bagi keseluruhan fraktal.

16
MTE3103 Geometri

Contoh:
Tentukan sama ada fraktal berikut adalah fraktal serupa-diri tepat.
a. ‘Koch snowflake’. b. ‘Koch curve’

Penyelesaian:
a. Koch snowflake adalah satu bentuk yang tertutup. Mana-mana bahagian yang diambil
daripada Koch snowflake(misalnya yang dibulatkan) bukanlah satu bentuk yang
tertutup. Maka Koch snowflake bukanlah fraktal serupa-diri tepat.

Bahagian yang dibulatkan


bukan merupakan replika
bagi mana-
mana bahagian bagi snowflakes tersebut.

b. Dapat diperhatikan dengan jelas bahawa mana-mana bahagian pada Koch curve adalah
replika bagi keseluruhan fraktal, Maka Koch curve adalah fraktal serupa-diri tepat.

Didapati bahawa mana-mana bahagian pada Koch curve adalah


replika bagi seluruh Koch curve.

17
MTE3103 Geometri

Tentukan sama ada Sierpinski Gasket dan Peano curve adalah fraktal
serupa-diri tepat.

1.6.2 Nisbah Gantian (Replacement Ratio) dan Nisbah Skala (Scaling Ratio)

Dua bentuk kiraan yang boleh dilakukan terhadap fraktal ialah Nisbah Gantian dan
Nisbah Skala.

Makna bagi Nisbah Gantian dan Nisbah Skala:

• Jika generator bagi sesuatu fraktal mengandungi N replika bagi initiator,


maka Nisbah Gantian bagi fraktal tersebut adalah N.
• Jika initiator bagi fraktal tersebut mempunyai r kali linear dimensi bagi
replikanya pada generator, maka Nisbah Skalanya adalah r.

Contoh:

(i) Koch Curve

Tahap 0: Tahap 1:

(ii) Sierpinski Gasket

18
MTE3103 Geometri

Tahap 0: Tahap 1:

Cari nisbah gantian dan nisbah skala bagi


(i) Koch Curve
(ii) Sierpinski Gasket

Penyelesaian:

(i) Pada generator mengandungi empat garis lurus, tetapi initiator mengandungi satu
garis lurus. Maka nisbah gantian bagi Koch Curve ialah 4 : 1, atau 4.

Garis lurus pada initiator adalah tiga kali lebih panjang daripada replikanya pada generator.
Maka nisbah skalanya ialah 3 : 1, atau 3.

(ii) Pada generator mengandungi tiga segitiga, tetapi initiator mengandungi satu setiga.
Maka nisbah gantian bagi Sierpinski Gasket ialah 3 : 1, atau 3.

Segitiga pada initiator mempunyai kelebaran dua kali lebih panjang daripada
segitiganya pada replika di generator. Maka nisbah skalanya ialah 2 : 1, atau 2.

Dapatkan nisbah gantian dan nisbah skala bagi


a. Peano curve b. Box Fractal

19
MTE3103 Geometri

1.6.3 Dimensi Keserupaan (Similarity Dimension)

Satu perwakilan yang dikenali sebagai dimensi keserupaan, D digunakan untuk


menilai kemampatan fraktal serupa-diri tepat.

Dimensi keserupaan, D bagi fraktal serupa-diri tepat diberi sebagai

D =log𝑁log𝑟

Dengan N sebagai Nisbah Gantian dan r sebagai Nisbah Skala.

Contoh:

Cari dimensi keserupaan bagi,


(i) Koch Curve
(ii) Sierpinski Gasket

Penyelesaian:

(i) Koch Curve adalah fraktal serupa-diri tepat, maka kita boleh mendapatkan dimensi
keserupaannya. Daripada soalan sebelum ini, nisbah gantian bagi Koch Curve ialah
4 dan nisbah skalanya ialah 3. Maka dimensi keserupaannya adalah:

(ii) Daripada soalan sebelum ini, nisbah gantian bagi Sierpinski Gasket ialah 3 dan nisbah
skalanya ialah 2. Maka dimensi keserupaannya adalah:

20
MTE3103 Geometri

Cari dimensi keserupaan bagi


a. Peano curve b. Box Fractal

1.6.3 Fraktal Geometri di Kehidupan Seharian

1.6.3.1 Fraktal pada Alam Semula Jadi

Sungai Himpunan Awan

21
MTE3103 Geometri

Pancaran Kilat Urat Daun

1.6.3.2 Fraktal pada Rekaan Manusia

Ba-Ili di Afrika Menara Eiffel di Paris

Untuk mendapatkan pemahaman yang lebih, anda digalakkan untuk membuat


pembacaan tambahan dan melayari internet untuk tajuk di atas. Pastinya anda akan
berasa seronok, betapa menariknya mempelajari matematik! Selamat membaca!

22
MTE3103 Geometri

Ingatan: Sila pastikan semua bahan bacaan yang telah dicetak, termasuk nota dan
penyelesaian soalan disimpan dengan baik di dalam portfolio anda.

23

Anda mungkin juga menyukai